Adsense

Jumaat, 5 November 2010

Zon Artis

Zon Artis


Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik 25

Posted: 05 Nov 2010 11:47 AM PDT

SENARAI LAGU SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 25

Berikut adalah senarai penuh lagu yang akan bertanding pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 25 bermula 8 November ini (Isnin) jam 10 malam. Cuma tak pasti sama ada ianya akan disiarkan di kaca TV ataupun tak. Tapi macam tahun-tahun sudah, rasanya ada kot.

8 November 2010 (Tema 80-an):

1. Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
2. Inilah Cinta – Akim / Akim / Akim
3. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
4. Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
5. Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
6. Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
7. Hujan Bunga Di Kuala Lumpur – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
8. Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
9. Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
10. Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
11. Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
12. Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

15 November 2010 (Tema 90-an):

1. Tika Masanya – Mirwana & Hujan / Akmal Mirwana / Mirwana & Noh Hujan
2. Manifestasi Cinta – Fiq & Mirwana / Kuncidemak / Kunci Demak & Akmal
3. Kau Harus Ada – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
4. Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
5. Menggegar Dunia – Adam & Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
6. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
7. Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
8. Susun Silangkata – Aizat / Aizat & Anas / Aizat & Anas
9. Cinta Kosmik – The Fabulous Cats / Alibi Hustler / Alibi Hustler
10. Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
11. Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
12. Adrenalin – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

22 November 2010 (Tema Milennium):

1. Realiti Dewi – Alyah / Omar K / Zel Firdhaus
2. Pelita – A.P.I / Loque / Loque
3. Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
4. Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
5. Nadiku – Sabhi Saddi / Omar K / Zel Firdhaus
6. Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir

*RUJUKAN: Lagu – Penyanyi / Pencipta lagu (komposer) / Penulis lirik

Nanti dulu.. Alang-alang dah post senarai lagu ni, apa kata korang teka 10 lagu yang akan ke pentas akhir atau Juara Lagu ke-25 nanti. Apa, nak hadiah? OK! Tekaan pertama yang betul akan dapat RM50 tunai (tajaan www.azizwan.com) dan 1 t-shirt Zon Artis size L.

Tapi sebelum korang teka, sila baca dulu syarat kat bawah ni yer:

1) Hanya berikan tekaan kat kotak komen bawah tu.
2) Tekaan selepas 21 November 2010 tidak akan dilayan.
3) Mesti LIKE fan pages dan follow twitter kitorang.
4) Tweet ayat ni "@zonartis Saya dah join contest http://bit.ly/9ZyeS3 – #zonartis"

Itu aje.. Jadi tunggu apa lagi? Teka la sekarang!

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Gambar Anak Nikki & Audi Mok

Posted: 04 Nov 2010 11:26 PM PDT

GAMBAR ANAK NIKKI DAN AUDI MOK

Inilah wajah anak lelaki Nikki dan Audi Mok yang telah selamat dilahirkan pada 27 Oktober lalu. Seriously, comel giler. Tapi sayangnya, kami cuma dapat 1 gambar ni je. Kalau banyak, confirm ramai yang tak sabar nak dapat anak dek kecomelan anak Nikki dan Audi Mok tu. Huhu..

PSSTT: Jom layan www.zonbebas.com plak!

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


'Memburu' pekerja, majikan

Posted: 05 Nov 2010 05:17 PM PDT


LAMAN web www.oranggaji.com terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menganggur, suri rumah, ibu tunggal, pelajar lepasan sekolah atau sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan.


BERIKUTAN permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia yang mencari khidmat orang tempatan untuk bekerja di rumah mereka secara harian, Syarikat Homeneed Services Sdn. Bhd. telah melancarkan laman web www.oranggaji.com sejak April tahun lalu.

Sejak itu, aktiviti mencari pemberi khidmat yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun yang tidak tahu menggunakan Internet giat dijalankan.

Menurut Pengarah Urusannya, Nazari Zain, peluang tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang menganggur, suri rumah, ibu tunggal, pelajar lepasan sekolah atau sesiapa sahaja yang berminat menambah pendapatan sampingan.

Urus rumah tangga

"Antara kerja yang ditawarkan adalah seperti mengurus rumah tangga, menjaga kanak-kanak dan warga emas, mengurus wanita selepas bersalin, bidan atau tukang urut.

"Laman web itu juga menyediakan kerja-kerja untuk lelaki iaitu mengurus taman, mencuci bilik air, mencuci tangki air, membaiki perabot dan lain-lain kerja yang berkaitan," katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! baru-baru ini.

Kerja yang ditawarkan tidak memerlukan si pemohon berhijrah kerana pekerja akan ditempatkan berhampiran kawasan tempat tinggal mereka.

Ilham untuk membuka laman web berkonsepkan direktori itu tercetus apabila Nazari melihat ramai orang muda yang menganggur selain permintaan pembantu rumah yang tinggi.

"Sambutan terhadap laman web ini sangat menggalakkan daripada majikan di seluruh negara tetapi ramai yang tidak faham cara ia beroperasi.

"Kami bukan agensi pembantu rumah tetapi menyediakan platform untuk majikan dan pemberi khidmat (PK) untuk mengiklankan diri mereka," jelasnya.

Caranya mudah, majikan hanya perlu mengiklankan keperluan mereka secara talian untuk disiarkan sama seperti iklan di akhbar. Bagaimanapun, mereka akan dikenakan bayaran minimum.

Sebaliknya, tiada bayaran dikenakan kepada PK.

"Majikan yang berminat kepada PK boleh terus menghubungi PK. Majikan yang mahu melihat profil PK juga perlu membayar yuran langganan.

"Kepada mereka yang kurang mahir menggunakan Internet, boleh mendaftar secara manual dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) nama dan alamat pada nombor 013-258 2668 bagi mendapatkan borang untuk diisi secara manual," katanya.


NAZARI


Tambahnya, borang tersebut perlu dikembalikan pada alamat yang dinyatakan atau e-mel kepada info@oranggaji.com.

Buat masa ini, bilangan majikan jauh lebih tinggi berbanding jumlah PK yang berdaftar iaitu seramai 2,000 majikan berbanding 100 PK.

"Kami tidak menetapkan harga yang perlu dibayar oleh majikan terhadap khidmat PK. Ia terpulang kepada perbincangan antara majikan dan PK itu sendiri.

"Namun, kami sarankan PK supaya meletakkan kadar upah yang tidak terlalu tinggi bagi menarik perhatian majikan seterusnya memilih mereka," katanya.

Walaupun tiada sebarang garis panduan kepada majikan dan PK, namun pihaknya ada menitipkan pesanan buat PK seperti bertanggungjawab apabila menjalankan tugas, menjaga personaliti, kemas, bersih, menjaga keselamatan diri, elakkan perbalahan dengan majikan dan menerima upah secara tunai.

Bagai karier baru bermula

Posted: 05 Nov 2010 05:16 PM PDT

BERBAKAT...Eyeja menimba pengalaman melalui tiga bidang seni berbeza.
BERBAKAT...Eyeja menimba pengalaman melalui tiga bidang seni berbeza.

PERNAH mencipta nama menerusi pertandingan Bintang RTM pada 2004, pesona penyanyi berbakat, Eyeja Arshad, mula menyerlah.

Jika dihitung, pengalaman yang ditimba selama enam tahun lalu, boleh dianggap ia mencukupi buat dia mencipta nama sebagai penyanyi terkenal. Namun tak semudah itu kejayaan berlaku dalam hidup Eyeja kerana ada sebab tertentu.

  • Foto

    NEKAD...Eyeja sanggup mengeluarkan duit sendiri terbit album solo.

  • Foto

    MENCUBA...ingin terus berlakon dan mengacara jika ada kelapangan.

Bagi Eyeja, apa yang dilalui selama ini banyak mengajar diri menjadi lebih matang dalam membuat keputusan. Walaupun sepatutnya dia sudah dianggap 'senior' dan berpengalaman luas, dia tidak keberatan untuk memulakan kariernya dari bawah.

"Untuk memperkenalkan kembali diri saya pada orang ramai, saya mengambil risiko menerbitkan album sendiri yang dijangka berada di pasaran Januari tahun depan."Ketika ini, saya masih dengan mempromosikan 'single' Prasangka ciptaan Intan Shaharuddin. Lagu yang berkonsep pop ini sudah mula diputarkan di stesen radio sejak dua bulan lalu."Berdasarkan maklum balas peminat menerusi laman sosial, facebook (fb) saya, mereka menyukai lagu ini tetapi sebenarnya mereka juga seperti saya tertanya-tanya mengapa ada stesen radio swasta tidak mahu memainkannya.

"Kata peminat, pernah berlaku mereka membuat permintaan lagu saya kepada penyampai bertugas tetapi malangnya tidak dilayan.

"Sebagai penyanyi, saya tentu terkilan dengan perkara ini. Apa salah lagu saya hingga tidak diberi peluang atau apakah mungkin sebab saya ini bekas peserta Bintang RTM, lalu membuatkan saya tiada tempat di stesen lain?" katanya.

Di sebalik kekecewaan yang melanda, gadis kacukan Melayu-Pakistan ini tidak mahu putus asa terus menyanyi. Untuk itu dia sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk menerbitkan album pertamanya.

"Sebanyak tujuh lagu baru dimuatkan dalam album berkonsep 'free pop' ini. Perbelanjaan album ini adalah dari hasil titik peluh wang yang saya kumpul sejak enam tahun menyanyi.

"Buat masa ini, saya selesa bergerak sendiri untuk memenuhi jemputan persembahan pentas. Begitu juga, sejak awal bulan ini saya melantik Cherry Talent & Management untuk pengurusan serta promosi.

"Memang sukar mengharapkan orang lain menerbitkan album sendiri. Atas faktor itu, biarlah saya menunggu masa yang lama untuk mengumpul duit sendiri.

"Sejak awal terbabit dalam bidang seni, peminat mengenali saya dengan single Rela. Atas permintaan, saya menyanyikan kembali lagu itu dalam album solo saya.

"Bersama Cherry, saya melihat Pengurus Artis, Along Bakar cepat buat kerja dalam mengatur promosi untuk saya. Sebelum ini, saya banyak belajar bermacam perkara termasuk ditipu komposer selepas membayar duit untuk mendapatkan lagu baru.

"Namun, saya gembira kerana album kali ini dihasilkan atas pilihan peminat sendiri. Dua lagu ciptaan Intan termasuk Yang Teristimewa manakala Ezad Izuddin menghasilkan lagu Mentari Senja.

"Baki dua lagu lagi dicipta Indra dan menerusi lagu Dengarkan Aku, saya mengasah bakat menulis lirik sendiri," ujarnya.

Semakin matang menempuh cabaran sebagai anak seni, Eyeja menyatakan kesabaran cukup penting untuk terus bertahan. Walaupun album solonya lambat diterbitkan, dia beruntung kerana peminat tahu kelebihannya menyanyikan lagu lama.

"Bermula dengan lagu lama seperti zaman 70-an dan 80-an, mereka kenal saya dan dari situ, saya terima banyak tawaran lain. Saya bersyukur kerana masih mendapat pelbagai jemputan persembahan pentas. Ada ketika hingga empat persembahan saya terima dalam sebulan.

"Sejak enam bulan lalu, saya juga dilantik sebagai duta produk kecantikan Eternity. Adanya album baru dan aktiviti menerusi jemputan persembahan, ini menjadi proses penjenamaan semula diri saya.

"Biarpun saya dilabel muka RTM, saya berusaha tampil imej baru. Saya tidak ada masalah bekerjasama dengan RTM untuk projek-projek akan datang. Tapi sejak dulu, saya tidak pernah ada sebarang kontrak dengan RTM. Jadi ada yang salah anggap dengan status saya.

"Untuk bidang pengacaraan, aktiviti terbaru saya mengendalikan program Planet Seni di saluran Muzik Aktif (Astro). Di awal mengacara dulu, saya sekadar ingin mencuba tetapi tidak sangka atas 'rating' yang positif, kerja mengacara saya dilanjutkan.

"Saya masih mempunyai satu program masakan terbaru. Menjadi pengacara memberi ruang pada saya menonjol diri tetapi nyanyian tetap menjadi fokus utama.

"Ada juga tawaran berlakon yang saya terima tetapi saya tolak kerana berasakan masanya belum sesuai. Berbanding berlakon drama atau filem, saya lebih tertarik dengan teater.

"Ajakan rakan sekolah, Jihan (Raja Lawak 3) berlakon bersama Fauziah Nawi memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Jika ada tawaran menarik pada masa akan datang, saya masih berminat untuk berlakon teater dan meneruskan bidang mengacara," katanya.


PROFIL
NAMA: Shahizal Mohd Arshad
NAMA KOMERSIAL: Eyeja Arshad
TARIKH LAHIR: 21 Oktober 1983
USIA: 27 tahun
ASAL: Seremban, Negeri Sembilan
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi, pengacara dan pelakon.
PENCAPAIAN: Tempat ketiga, Bintang RTM (2004)
ALBUM: Pop Terbaik - Kompilasi (2005)
TEATER: Kembang Layarku dan Monolog Menangislah Anak
PROGRAM: Legasi dan Destinasi Etnik (2009), Aroma Pagi, Sarapan Apa, Tiga Kupang, Gah 1 serta Planet Seni.

Dicekup 15 minit lepas samun

Posted: 05 Nov 2010 05:14 PM PDT



RAMPAS...antara barangan yang dirampas daripada perompak, semalam.
RAMPAS...antara barangan yang dirampas daripada perompak, semalam.

GOMBAK: Tiga lelaki ditahan dalam tempoh 15 minit sejurus selepas menyamun sebuah kedai runcit, di Selayang Baru, di sini pagi kelmarin.

Ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 26 tahun terbabit menyamun kedai berkenaan selepas berpura-pura menyamar sebagai pelanggan.


Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, seorang daripada suspek masuk ke kedai itu sebelum berpura-pura bertanya sama ada kedai berkenaan menjual minuman keras.

"Bagaimanapun, pemilik kedai memberitahu premisnya tidak menjual minuman keras menyebabkan suspek naik angin dan memarahi mangsa.


"Suspek yang tidak berpuas hati keluar dari kedai berkenaan sebelum datang semula beberapa minit kemudian membawa sebilah parang. Suspek sekali lagi bertanya soalan sama kepada mangsa," katanya.


Menurutnya, dalam keadaan mangsa masih terpinga-pinga, dua lagi rakan suspek menyerbu masuk sebelum mengacukan parang ke arah mangsa."Suspek menyelongkar barangan di dalam premis itu sebelum mengambil rokok, wang jualan dan beberapa barang lain. Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri.


"Mangsa yang tidak dicederakan segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu sebelum polis menjalankan gerakan memburu suspek," katanya.Menurutnya, hasil tindakan pantas polis, ketiga-tiga suspek diberkas kurang 15 minit kemudian di kawasan berhampiran kedai berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan penahanan ketiga-tiga lelaki terbabit. "Semua suspek ditahan jam 11.45 pagi pada hari sama kejadian. Hasil pemeriksaan menemui sebilah parang, dua cota warna hitam, enam pucuk pistol mainan plastik, sebilah pisau lipat, tujuh telefon bimbit, dan pelbagai barangan runcit hasil samun kedai berkenaan," katanya.


Beliau berkata, semua suspek direman sehingga Isnin ini dan setakat ini pihaknya masih menyiasat sama ada mereka terbabit dalam kes rompakan lain atau tidak.

Khazanah tak ternilai

Posted: 05 Nov 2010 05:10 PM PDT

ANGGUN...Syarifah Kirana (tengah) bersama model yang memakai 10 persalinan peribadi rekaannya yang mempunyai nilai tradisi yang sangat tinggi.
ANGGUN...Syarifah Kirana (tengah) bersama model yang memakai 10 persalinan peribadi rekaannya yang mempunyai nilai tradisi yang sangat tinggi.

JIKA dulu songket tenun diraja Pahang hanya terhad untuk golongan bangsawan atau kerabat diraja dan menjadi pakaian untuk majlis rasmi, kini penggunaan fabrik ini sudah semakin meluas.

Malah dengan corak kontemporari, kain tenun Pahang mampu diangkat menjadi fabrik yang boleh digayakan untuk pelbagai acara.

  • Foto

    CANTIK...potongan moden, namun mengekalkan ciri baju kurung dan diperindahkan menerusi jahitan manik pada leher.

  • Foto

    BAJU KURUNG...keindahan baju kurung Pahang tidak lapuk ditelan zaman. Perincian manik di bahagian depan baju memberi seri tidak ternilai.

  • Foto

    MODEN...ciri moden terserlah menerusi potongan gaun beropol bertingkat.

  • Foto

    KOMBINASI...gabungan kain tenun Pahang pada baju serta songket pada kain menyerlahkan nilai estetika tinggi.

  • Foto

    KONTEMPORARI...Sharifah Kirana mengekalkan konsep Melayu kontemporari menerusi potongan baju pendek manakala kain berpotongan serong cetus ilham segar si pemakai.

Walaupun terdapat pelbagai jenis fabrik moden di pasaran, kain tenun diraja Pahang masih kekal dalam kedudukan tersendiri. Ini kerana selain fabrik songket dan batik, kain tenun adalah khazanah negara yang tidak ternilai kerana menjadi lambang keagungan budaya Melayu yang penuh dengan ciri kesopanan dan kesantunannya.

Bagi pereka tersohor Sharifah Kirana Syed Ghazali, walaupun melalui pelbagai zaman, peredaran fesyen silih berganti namun dia masih mengekalkan ciri kemelayuan menerusi kerja tangannya.Setiap rekaan masih mengekalkan konsep Melayu kontemporari namun dipermodenkan sesuai kehendak pelanggan dan peredaran semasa.Menurut Sharifah Kirana, dia tidak mahu terus menghilangkan identiti Melayu pada setiap ciptaannya. Justeru, dia mengekalkan motif pada fabrik tenun namun diperindahkan dan diperbaharui menerusi potongan moden supaya nampak lebih versatil dan anggun kala disarungkan ke tubuh wanita.

"Saya percaya kecantikan serta keaslian budaya Melayu tidak akan terlerai sekiranya kita masih menjaga apa yang menjadi tunjang kepada budaya itu sendiri.

"Dengan mengekalkan ciri ini, budaya akan terus terpelihara selain mampu memartabatkan industri ini ke tahap yang lebih baik," katanya.

Ketika mempersembahkan 10 persalinan di pentas terbuka di Hotel Royale Chulan pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama 2010, Kirana mengagumkan tetamu yang hadir dengan hasil ciptaannya yang penuh berseni.

Berkonsepkan Melayu kontemporari, kebanyakan pakaian diadaptasi daripada baju kurung dan kebaya tetapi dipermodenkan menerusi potongan yang lebih pendek dan mengikut bentuk tubuh.

Penggunaan warna pastel tentunya menjadikan himpunan peribadi Sharifah Kirana ini menjadi lebih eksklusif.

"Kesemua busana yang dipersembahkan ini saya hasilkan istimewa untuk majlis ini. Namun jika ada yang berminat mendapatkannya saya akan reka yang baru mengikut cita rasa pelanggan," katanya.

Tambahnya, kebanyakan hasil rekaannya sesuai untuk semua golongan serta warna kulit. Padanan disediakan boleh dipakai untuk acara rasmi serta kasual yang diperhalusi menerusi jahitan manik pada bahagian tertentu seperti leher, tangan dan dada baju.

Ini kerana kain tenun itu sendiri sudah unik dan cukup cantik, tidak perlu perhiasan terlalu sarat sehingga menenggelamkan ketulenannya.

Selain terdapat di KLCC dan Putrajaya, koleksi sedia dipakai Sharifah Kirana kini boleh didapati di Karyaneka, Kompleks Kraftangan.

Rekaan sedia dipakai bermotifkan batik ini sesuai untuk semua acara sama ada kasual atau rasmi. Antaranya baju kurung, skirt labuh, blaus, gaun dan kebaya. Selain Sharifah Kirana, turut dipersembahkan ialah pertunjukan fesyen pereka tempatan seperti Calvin Thoo, Tom Abang Saufi, Nazari, Khadani dan Roziah Yusuf.

'Tak pernah-pernah'

Posted: 05 Nov 2010 05:09 PM PDT

TENGGELAM...laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.
TENGGELAM...laluan di Kilometer 4 dan 5 Jalan Langgar, Alor Setar yang tidak pernah ditenggelami air dinaiki air sehingga 0.5 meter, semalam.

ALOR SETAR: "Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas." Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.

Menurutnya, ketika keluar dari rumahnya ke pusat bandar raya untuk membeli keperluan rumah kira-kira jam 7 malam semalam, keadaan jalan dari Hutan Kampung ke Alor Setar masih seperti biasa sedangkan daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Langgar teruk dilanda banjir selain beberapa kawasan bersebelahan Sungai Kedah di Alor Setar.


"Bagaimanapun, air meningkat mendadak di Hutan Kampung dan Jalan Langgar sejak awal pagi tadi (semalam) menyebabkan sebahagian besar jalan utama di Hutan Kampung ditenggelami air.

"Keadaan air juga dilaporkan agak tinggi di Kepala Batas berpunca dari banjir yang sudah surut di Bukit Pinang mengalir ke Hutan Kampung dan Kepala Batas," katanya.


Peniaga, Tolha Ahmad, 49, pula bimbang barangan persediaan perkahwinan anaknya dua minggu lagi musnah apabila rumahnya di Taman Mawar, Hutan Kampung dilanda banjir.


"Saya hanya mendapat tahu rumah kami dimasuki air pagi ini (semalam) apabila dihubungi jiran ketika saya berada di rumah seorang lagi anak di Kuala Kedah sejak dua hari lalu," katanya.Menurutnya, dia bergegas pulang bersama dua anaknya untuk menyelamatkan barangan dalam rumah termasuk peralatan perkahwinan anak ketiganya yang akan berlangsung dua minggu lagi.

'Bas ni terlalu laju...aku seram'

Posted: 05 Nov 2010 05:08 PM PDT

MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.
MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.
MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.
MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.

PEKAN: "Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram," itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.


Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.


Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju.


Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.


"Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan."Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian," katanya ketika ditemui, semalam.


Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas.


Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam.

'Nenek marah lambat solat'

Posted: 05 Nov 2010 05:07 PM PDT

JOHOR BAHRU: Perbezaan agama tidak menjadi halangan buat satu keluarga besar Islam untuk menyempurnakan mayat mendiang nenek mereka yang beragama Buddha di tanah perkuburan Cina Johor Jaya di sini, semalam.

Atas nama kasih sayang dan pertalian kekeluargaan yang kukuh, pengebumian Liang Ho, 95, yang meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Jalan Landak Batu, Century Garden di sini, kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, diuruskan 16 cucu dan 50 cicitnya yang beragama Islam.


Upacara pengebumian mengikut adat agama Buddha itu turut disaksikan satu-satunya anak perempuan Liang yang masih hidup dan beragama itu, Low Ah Oi, 62. Tiga anak Liang yang lain sudah meninggal dunia, masing-masing seorang perempuan dan dua lelaki memeluk Islam selepas berkahwin dengan pasangan masing-masing berketurunan Melayu manakala suaminya, Low Song meninggal dunia pada 1974.

Menurut cucu sulung mendiang, Hamidah Ahmad, 49, pemergian Liang amat dirasai berikutan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat dengan nenek disebabkan sikapnya yang sangat mengambil berat hal keluarga.


"Ketika kecil saya dijaga nenek. Walaupun beragama Islam dan dia Buddha, itu tidak menjadi halangan untuk mencurahkan kasih sayang kepada seorang cucu.


"Nenek seorang yang tegas dan pernah beberapa kali memarahi saya kerana lambat menunaikan solat, menunjukkan dia amat prihatin serta menghormati agama lain."Dia sering menghantar saya mengaji al-Quran, jika malas nenek tidak teragak-agak merotan saya," katanya. Seorang lagi cucunya, Kalsom Ahmad, 43, berkata, neneknya memiliki daya ingatan yang kuat walaupun sudah berusia 90-an dan dia masih boleh mengingati nama cucu-cucunya. "Walaupun tiga daripada empat anaknya memeluk Islam, nenek sangat sayangkan kami malah tidak ada pilih kasih dalam melayan kami.


"Malah, kami semua paling gembira setiap kali menjelang musim perayaan kerana kami menyambut tiga perayaan setiap tahun iaitu Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Aidiladha," katanya.Kalsom berkata, nenek juga sering mengingatkan mereka agar bersederhana dalam perbelanjaan harian kerana dia sudah terbiasa dengan kehidupan susah sejak zaman muda.


Sementara cicit pertama mendiang, Marfuaah Mahfuz, 28, berkata, dia dan ahli keluarga lain tidak kekok membantu menguruskan pengebumian moyangnya itu selain turut mengiringi jenazah mendiang hingga ke tanah perkuburan.


Katanya, bukan saja tidak pernah membezakan agama, moyangnya juga melarang mereka daripada menjamah makanan tidak halal hinggakan menu makanan istimewa pada majlis makan besar Tahun Baru Cina turut diubah kepada masakan Melayu.


Moyang yang manja dengan panggilan 'Mama' itu juga dianggap istimewa apabila meminati penyanyi Melayu kelahiran negeri ini, Mawi selain gemar menonton drama Melayu dan Indonesia di televisyen (TV) termasuk sinetron Bawang Putih Bawang Merah.


"Oleh kerana tidak mahu terlepas rancangan kegemarannya, Mama sanggup makan malam lebih awal sebelum duduk depan TV.


"Pling menarik, Mama tidak membaca akhbar berbahasa Cina, tetapi memilih Harian Metro sebagai bacaan kegemarannya.


"Saya sentiasa ingat pesan Mama yang tidak suka perbuatan kurang ajar apa lagi menderhaka kepada orang tua atau membuli ahli keluarga," katanya.

Satu Indiepretasi: Penghormatan 20 Pemuzik Indie Untuk P. Ramlee

Posted: 05 Nov 2010 05:06 PM PDT

20 pemuzik bebas bergagung tenaga dan kreativiti mengangkat lagu-lagu P. Ramlee menerusi P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.

KUALA LUMPUR: Selepas penyanyi Datuk Sheila Majid dan Liza Hanim pernah tampil dengan projek khas yang mengangkat lagu-lagu Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebelum ini, kini 20 pemuzik bebas tempatan pula bergabung tenaga dan kreativiti bagi menjayakan projek P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.

Projek yang memberikan nafas baru kepada 18 lagu popular seniman agung itu dicetuskan oleh stesen radio XFM dengan kerjasama Era fm, Sinar fm dan THR Gegar dengan membariskan pemuzik dan penyanyi generasi muda seperti Azlan & The Typewriter, Yuna, One Buck Short, Sevencollar T-Shirt, Monoloque, Hujan, Meet Uncle Hussain & Hazama, Altimet dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Program XFM, Adly Syairi Ramly, projek tersebut dicetuskan oleh pemuzik-pemuzik bebas yang berhasrat untuk menerbitkan lagu-lagu P. Ramlee mengikut susunan dan sentuhan segar berseuaian dengan perkembangan muzik hari ini.

Gabungan pemuzik indie ini adalah bertepatan dengan tema dan konsep stesen radio XFM sendiri yang mengangkat muzik Malaysia oleh anak-anak seni tempatan.

"Usaha ini diusulkan oleh pemuzik-pemuzik indie itu sendiri. Apabila mereka berhasrat untuk memberikan nafas baru kepada lagu-lagu P. Ramlee, sudah tentu kami menyambut baik usaha itu kerana ia boleh disiarkan di stesen XFM dan bersesuaian dengan konsep stesen radio kami.

"Pada awalnya, lagu-lagu nafas baru ini adalah untuk diputarkan di stesen radio XFM saja. Bagaimanapun, ia mendapat sambutan baik daripada pihak Astro. Bermula daripada situ, perancangan ini berkembang menjadi satu projek besar yang turut melibatkan tiga lagi stesen radio lain iaitu Era fm, Sinar fm dan THR Gegar," katanya.

Pengurus Program XFM, Adly Syairi Ramly

Mengulas tentang kemungkinan wujudnya pertikaian daripada peminat muzik yang menyifatkan usaha pemuzik ini akan merosakkan keaslian karya seniman agung itu, Adly berkata, usaha ini bukanlah bertujuan untuk mencemarkan keindahan lagu-lagu P. Ramlee. Sebaliknya ia adalah penterjemahan generasi muda hari ini dalam memartabatkan karya-karya Allahyarham mengikut cara mereka dan peredaran muzik semasa.

"Saya yakin usaha mereka (pemuzik indie) menyuntik nafas baru pada lagu-lagu P. Ramlee ini boleh diterima baik oleh semua golongan. Buktinya, sejak lagu-lagu ini diputarkan di empat stesen radio yang berlainan sasaran audiensnya ini kami mendapat respons yang baik daripada pendengar.

"Kalau ada yang mendakwa usaha ini mencemarkan keaslian lagu-lagu Allahyarham dan tidak boleh diterima oleh pendengar dewasa ternyata dakwaan itu tidak tepat. Lagu-lagu ini juga dimainkan di stesen radio Sinar fm, di mana majoriti pendengarnya adalah golongan dewasa. Setakat ini kami mendapat respons baik daripada pendengar," katanya.

Memandangkan album kompilasi ini diterbitkan dalam bentuk digital secara muat turun, Adly turut ditanya jika pihaknya mempunyai perancangan untuk menerbitkan album tersebut dalam format fizikal.

Yuna memberikan sentuhan baru pada lagu Gelora Jiwa yang dipetik daripada filem Anjuran Nasib (1952).

Jelas Adly, sebagai langkah permulaan album kompilasi itu akan dijual secara digital, bersesuaian dengan trend pasaran album pada hari ini. Bagaimanapun, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk mengeluarkan album itu dalam bentuk fizikal selepas ini.

"Seiring dengan perkembangan era muzik digital pada hari ini, album kompilasi ini boleh dibeli secara muat turun dengan melayari laman sesawang xfm.com.my. Bertepatan dengan sasaran kami untuk mempromosikan lagu-lagu P. Ramlee di kalangan golongan muda jadi pasaran secara digital adalah bertepatan dengan trend hari ini.

"Bagaimanapun, kami juga merancang untuk mengeluarkan album ini dalam bentuk fizikal di masa akan datang. Cuma buat masa ini, kita tidak pasti bila dan ia bergantung kepada sambutan masyarakat terhadap projek ini," katanya.

Setiap muat turun bagi lagu penuh berharga RM5, RM4 untuk nada sebenar dan RM3 untuk nada pemanggil. Sebahagian hasil jualan album kompilasi ini akan disalurkan kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee.

Projek yang julung kali diadakan ini merupakan sebahagian daripada usaha santai stesen radio itu bagi menyokong kempen Di Mana Kan Ku Cari Ganti oleh Astro sepanjang Oktober.

Miley Cyrus Tertekan Ibubapa Bakal Bercerai

Posted: 05 Nov 2010 05:05 PM PDT

PENYANYI remaja Miley Cyrus kini sedang bersedih dengan kedua dua ibu bapanya yang bakal bercerai tidak lama lagi.

Setelah 17 tahun hidup bersama, Billy Ray Cyrus, 49, dan Tish, dikatakan tidak bersefahaman lagi dan telahpun memfailkan cerai pada 26 Oktober lalu.

Bagaimanapun, menurut sumber, Miley enggan berada di mana-mana pihak kerana masih menaruh harapan untuk ibu bapanya berbaik semula.

"Setakat ini dia tidak mahu sama ada berpihak pada bapa atau ibunya. Dia terlalu sedih dengan keluarganya yang bakal berpecah itu.

"Dia cuba menyimpan masalah keluarganya dengan rapi dan enggan kecoh kepada umum dengan harapan masalah mereka dapat diperbaiki semula," kata sumber kepada laman portal newkerala.com.

Dalam pada itu, Billy dan Tish turut memfailkan pembahagian tiga orang anak mereka termasuklah Miley.

Sementara itu, Billy pula berkata, dia dan Tish sedang melalui detik yang agak sukar dan berharap agar masyarakat luar memberikan sedikit ruang privasi kepada mereka.

Emma Watson Selesa Di Kampus

Posted: 05 Nov 2010 05:05 PM PDT

JIKA selebriti remaja Hollywood nekad berhenti sekolah demi mencapai cita-cita menjadi seorang pelakon mahupun penyanyi popular, bintang siri filem Harry Porter, Emma Watson lebih selesa kekal belajar di kampus.

Bagi Emma yang melanjutkan pelajarannya di Brown University, Amerika Syarikat, dia begitu mementingkan akademik dan menganggap pelajaran mampu memberikannya berfikiran tajam.

"Selain itu saya rasa lebih tenang dan lebih menyeronokkan, saya rasa seperti remaja lain kerana dapat berkawan dan belajar bersama kawan rapat anda.

"Malah keadaan di kampus jauh berbeza dengan lokasi penggambaran. Saya rasa lebih bebas di sini," katanya kepada MaleFirst.

Bagaimanapun, demi pelajarannya, dia terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan demi memberi fokus yang lebih terhadap akademiknya.

"Inilah masaya untuk kita melalui zaman kolej. Kalau nak fikirkan tentang lakonan, saya boleh melakukannya selepas pelajaran saya tamat," ujar gadis berusia 20 tahun itu.

Carey Mulligan Kalahkan Victoria Beckham

Posted: 05 Nov 2010 05:04 PM PDT

Carey Mulligan

AKTRESS Carey Mulligan berjaya mengalahkan Victoria Beckham dan Kate Moss dengan menerima gelaran pakaian terbaik wanita 2010 oleh majalah Harper's Bazaar.

Pelakon berusia 25 tahun itu, gaya fesyennya yang unik mampu menarik perhatian ramai dan dia mampu mengatasi ikon-ikon fesyen lain termasuklah Victoria, yang mempunyai jenama fesyen baju sendiri.

Menurut pereka fesyen yang juga merupakan juri pemilihan pkaian terbaik bagi majalah tersebut, Erdem Moralioglu, pemakaian Carey tampak moden bila pelakon itu memakai pakaian gaya 60-an.

"Saya rasa, dia begitu bergaya sederhana dan tidak pelu terlalu berkayakinan tinggi dengan setiap pakaian yang dikenakannya," kata Erdem.

Bagi Carey pula, dia tidak merasakan yang dia merupkan seorang ikon fesyen memandangkan pereka bajunya yang sentiasa menyediakan pakaian untuk Carey.

"Saya tak kisah sangat dengan fesyen. Cuma saya mempunyai seorang perunding imej serta pereka fesyen yang hebat dan merekalah yang menggayakan diri saya," ujarnya.

Sementara itu, Gwyneth Paltrow, Stella McCartney dan Sienna Miller antara aktres yang mendapat tempat Top 10 bagi pakaian terbaik tahun 2010 Harper's Bazaar.

Naomi, Vladislav, Kahwin Di Mesir

Posted: 05 Nov 2010 05:03 PM PDT

Naomi Campbell dan Vladislav Doronin.

MODEL terkenal Britain, Naomi Campbell sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Vladislav Doronin pada Disember ini.

Pasangan tersebut akan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah kuil yang bernama 'Temple of Luxor' yang berusia 3,500 tahundi Mesir.

Menurut sumber, pasangan itu juga merancang untuk tinggal di Hotel Palace berdekatan dengan Sungai Nil yang dibina pada tahun 1886.

"Mereka begitu bahagia dan sedang membuat persiapan perkahwinan dan ternyata Naomi serius dengan perhubungannya bersama jutawan tersebut," kata sumber kepada laman portal newkerala.com.

Sebelum ini Naomi pernah dikritik kerana bercinta dengan Vladislav yang telah pun mempunyai seorang isteri dan anak.

Bagaimanapun, jutawan tersebut telahpun menceraikan bekas isterinya itu selepas merasakan Naomi adalah wanita yang terbaik untuknya.

Lagu P. Ramlee Nafas Baru Boleh Diterima Tetapi Hilang Penjiwaan - Rosnani Jamil

Posted: 05 Nov 2010 05:02 PM PDT

Datin Rosnani Jamil

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Seniwati Datin Rosnani Jamil, 75, atau mesra disapa Mak Nani menyambut baik usaha pemuzik dan penyanyi bebas yang memberikan nafas baru kepada lagu-lagu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dalam album kompilasi P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.

Menurut Mak Nani yang ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi tersebut, baru-baru ini, walaupun lagu-lagu popular Allahyarham itu dipersembahkan dalam susunan yang baru, rancak dan bertenaga, ia masih boleh diterima dan dinikmati oleh generasi lama sepertinya.

"Walaupun saya sudah tua tapi minat terhadap muzik tidak pernah pudar. Pembaharuan yang ditampilkan oleh pemuzik-pemuzik generasi baru ini masih boleh didengar dan diterima walaupun saya tak nafikan ia agak rancak dan bertenaga.

"Usaha mereka dalam memartabatkan lagu-lagu P. Ramlee untuk dikongsi dengan generasi pendengar pada hari ini adalah satu tindakan yang baik dan harus disokong," katanya.

Bagaimanapun, tambah Mak Nani, sentuhan asal pada sesebuah lagu P. Ramlee itu tidak boleh digubah atau dibuang sepenuhnya kerana ia hanya akan menghilangkan penjiwaan dan keaslian lagu tersebut.

"Memang saya dan Datuk Jamil boleh terima dan dengar lagu-lagu nafas baru ini tetapi bagi saya keaslian dan sentuhan asalnya tidak boleh dibuang sepenuhnya kerana penjiwaan sesebuah lagu itu akan hilang jika terlalu banyak pengubahan dilakukan.

"Sebaiknya, kalau hendak gubah atau beri sentuhan baru pada mana-mana lagu lama pun, elemen dan ciri asli lagu itu mesti dikekalkan untuk memelihara identiti dan keasliannya," katanya.

Pada majlis yang sama, Mak Nani turut ditemani oleh pengarah dan penulis veteran Datuk Jamil Sulong yang diundang sebagai penghormatan kepada dua bintang veteran yang seangkatan dengan P. Ramlee.

Jamil merupakan penulis lirik bagi 40 buah lagu ciptaan Allahyarham termasuklah lagu Tiada Kata Secantik Bahasa yang turut termuat dalam album kompilasi tersebut.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuk Jeritan Batinku (oleh Azlan & The Typewriter dan AG & Co), Gelora Jiwa (Yuna), Tiada Kata Secantik Bahasa (Monoloque), Bunyi Gitar (Subculture), Ya Habibi Ali Baba (Meet Uncle Hussain & Hazama), Itulah Sayang (The Ramlees) dan banyak lagi.

Album kompilasi yang melibatkan 20 pemuzik bebas tempatan ini kini boleh dimiliki dengan melayari laman sesawang xfm.com.my untuk pembelian secara digital.

Setiap muat turun bagi lagu penuh berharga RM5, RM4 untuk nada sebenar dan RM3 untuk nada pemanggil. Sebahagian hasil jualan album kompilasi ini akan disalurkan kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee.

Letusan Merapi paling dahsyat

Posted: 05 Nov 2010 05:02 PM PDT


para penunggang motosikal melalui sebatang jalan di Muntilan dekat Yogyakarta yang diselaputi abu Gunung Merapi semalam.


JAKARTA - Letusan Gunung Merapi tengah malam semalam adalah yang paling dahsyat setakat ini dengan semburan awan panas setinggi 8,000 meter ke udara selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta yang terletak kira-kira 30 kilometer dari gunung berapi itu.

Sekurang-kurangnya 54 orang, kebanyakannya dari kawasan Cangkringan di daerah Sleman, mati akibat melecur di seluruh badan terkena abu volkanik, manakala 66 lagi cedera dengan lebih 40 peratus kesan lecuran.

Berpuluh ribu penduduk dipindahkan selepas pihak berkuasa meningkatkan radius zon keselamatan kepada 20 kilometer di luar puncak Gunung Merapi, termasuk penduduk Sleman yang dipindahkan ke Stadium Maguharjo, Yogyakarta ekoran sering terdedah kepada ancaman awan panas Merapi.

Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pula ditutup kerana ditimpa abu volkanik, sementara penerbangan ke destinasi itu serta ke Solo dibatalkan.

Sementara itu, di Yogyakarta, seramai 320 pelajar Malaysia telah dipindahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia ke penempatan sementara di Solo petang semalam berikutan letusan tersebut.

Mereka yang merupakan sebahagian daripada 500 pelajar dari Universitas Gadjah Mada, Institusi Seni Indonesia dan Politeknik Seni Yogyakarta telah dipindahkan pada pukul 3 petang (waktu Malaysia) menggunakan 10 buah bas.

Kedah kritikal, Perlis mula surut

Posted: 05 Nov 2010 05:01 PM PDT


SEORANG peniaga, Zurinah Ali (kiri) melayan pelanggan dikedainya yang dilimpahi banjir di Sungai Baru Gunung, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Keadaan banjir di Kedah semakin kritikal apabila jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 39,783 orang berbanding 28,569 orang semalam manakala keadaan di Perlis semakin baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 11,965 orang daripada 15,027 orang semalam.

Di Kedah, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat di tiga daerah utama iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang.

Bagi daerah Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang manakala daerah Kota Setar seramai 16,436 orang dan Pendang pula 244 orang.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara memberitahu, sehingga pukul 4 petang semalam, sebanyak 100 pusat pemindahan banjir dibuka dan daripada jumlah itu 50 adalah di Kubang Pasu, lapan di Padang Terap, 34 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Tinjauan Kosmo! di sekitar bandar raya ini semalam mendapati, semakin banyak jalan raya dan premis kerajaan digenangi air manakala beberapa kawasan perumahan berhadapan masalah gangguan bekalan air.

Dalam pada itu, banjir yang melanda Kedah sejak Isnin lalu turut memberi kesan terhadap perkhidmatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini apabila 55 pesakit kritikal terpaksa dipindahkan ke lima buah hospital di daerah lain setelah hospital itu mengalami gangguan bekalan air.

Janin dibuang depan hotel

Posted: 05 Nov 2010 05:01 PM PDT


ANGGOTA polis melihat bungkusan berwarna kuning yang mengandungi janin yang masih bertali pusat di tempat letak kereta di hadapan Hotel Sentosa Regency, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Angkara manusia tidak berperikemanusiaan, satu janin yang masih bertali pusat dan beruri ditemui dalam satu bungkusan di hadapan Hotel Sentosa Regency, Jalan Lumpur di sini semalam.

Bungkusan yang diletakkan di atas rumput dekat tempat letak kereta itu dijumpai dua pekerja hotel berkenaan kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Menurut seorang pekerja hotel itu, Nor Hamidah Che Long, 30-an berkata, hanya kawasan tempat letak kereta itu sahaja yang belum dinaiki air banjir yang menyebabkan dia terpandang bungkusan tersebut.

"Saya curiga dengan kandungan bungkusan tersebut lalu saya ajak kawan saya, Saidatul Zainuddin, 32, untuk melihat kandungan beg plastik berwarna kuning tersebut.

"Bila saya buka bungkusan itu, saya nampak janin yang masih ada tali pusat, uri dan bungkusan tersebut dipenuhi darah," ceritanya di sini semalam.

Sengatan maut tebuan tanah

Posted: 05 Nov 2010 05:00 PM PDT


DI teratak inilah Halimah dikatakan telah keluar untuk ke rumah iparnya sebelum dilaporkan hilang Ahad lalu.


KEMAMAN – Misteri kehilangan seorang warga emas selepas keluar dari rumahnya di Bandar Seri Bandi dekat sini Ahad lalu terungkai apabila dia ditemui mati disyaki akibat disengat tebuan tanah.

Halimah Sidik, 74, ditemui dalam keadaan mayatnya telah berbau dan mereput selain lengkap berpakaian di kawasan belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya pada pukul 11 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya.

Pasukan penyelamat menemui sarang tebuan kira-kira satu meter dari mayat mangsa dan siasatan awal tidak menolak kemungkinan wanita yang menghidap penyakit nyanyuk itu meninggal dunia kerana disengat serangga berbahaya berkenaan.

Sarang tebuan itu kemudiannya dibakar.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat memberitahu, siasatan awal mendapati, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

"Kami sebelum ini sudah beberapa kali melalui kawasan itu tetapi gagal mengesan mangsa.

"Bagaimanapun pagi tadi, (semalam) kami berjaya mengesan mangsa selepas terhidu bau busuk dari arah semak," katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

Maut sebelum sempat tegur pemandu

Posted: 05 Nov 2010 05:00 PM PDT


ORANG ramai melihat keadaan sebuah bas ekspres yang terbabas ke dalam sebatang tali air hingga menyebabkan Ismail Natayuddin maut di Pekan semalam.


PEKAN – Niat seorang lelaki untuk menegur sikap pemandu yang memandu sebuah bas ekspres dengan laju tidak kesampaian apabila kenderaan itu terbabas ke dalam tali air dekat Sungai Miang di sini sehingga mengorbankan nyawanya.

Kejadian pukul 8.15 malam di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi di sini itu mengakibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Elektrik Universiti Tenaga Nasional, Ismail Natayuddin Hamdan, 25, mati di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas itu membawa 33 penumpang. Empat lagi penumpang cedera parah dan dirawat di Hospital Pekan di sini manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ismail Natayuddin dipercayai lemas selepas gagal diselamatkan apabila bahagian kiri bas itu terbalik ke dalam tali air tersebut.

Difahamkan, sebelum kejadian Ismail Natayuddin bersama seorang rakannya berada di barisan kedua tempat duduk di belakang pemandu. Mereka dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan selepas mengikuti kursus latihan jalur lebar di Senai, Johor sejak sebulan lalu.

Rakannya, Mohd. Shukri Zahat, 25, memberitahu, beberapa minit sebelum kejadian, mangsa memberitahu hasratnya untuk menegur cara pemanduan pemandu bas tersebut.

Ditahan miliki senapang angin

Posted: 05 Nov 2010 04:59 PM PDT


MOHD. SABRI (tengah) mendengar taklimat yang diberikan oleh pegawainya mengenai senapang angin yang dirampas daripada lima lelaki pada sidang akhbar di Bahau, Negeri Sembilan semalam.


BAHAU – Hasrat lima sekawan untuk memburu ayam hutan dengan menggunakan senapang angin buatan sendiri tidak kesampaian apabila mereka ditahan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Raja Alias, Jempol di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhamad berkata, kesemua suspek yang berusia di antara 21 dan 50 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam Rabu lalu di Kilometer 4, Lebuh Raya Bahau-Keratong berhampiran Felda Raja Alias 4 di sini.

"Sebaik diarahkan berhenti, polis yang melakukan pemeriksaan menjumpai lima laras senapang angin di dalam beg galas yang dibawa oleh kelima-lima lelaki terbabit," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, selain senapang, pihaknya turut merampas sebilah parang dan pisau serta hampir 200 bebola besi dan batu timah yang dipercayai hendak digunakan sebagai peluru.

Menurut Mohd. Sabri, soal siasat mendapati ketika ditahan suspek dari Jempol itu dalam perjalanan untuk memburu ayam hutan di satu kawasan ladang kelapa sawit berhampiran dengan menggunakan senjata itu.

"Senjata tersebut mampu menembak dua bebola besi pada satu-satu masa. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 50 meter serta boleh mengakibatkan kematian jika mengenai sasaran," katanya yang memberitahu kesemua suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Balagi rayu dirawat segera

Posted: 05 Nov 2010 04:58 PM PDT


BALAGI kelihatan sugul kerana tidak dapat meraikan perayaan Deepavali di Hospital Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Berbeza seperti tahun sebelumnya, tiada pakaian baru atau makanan kegemaran dijamah lelaki obes, M. Balagi, 43, pada sambutan Deepavali tahun ini.

Dia yang masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 10 hari lalu hanya terlantar di katil seorang diri menantikan kunjungan saudara-mara dan rakan-rakan.

"Petang nanti mungkin ibu dan adik-adik saya datang. Sedih juga kerana tidak dapat ke kuil bersama-sama mereka seperti selalu," ujarnya yang kelihatan sugul.

Menurut Balagi, setiap kali Deepavali, ibunya, Rajasundi, 60, akan menyediakan hidangan ayam masak merah kegemarannya yang dimakan bersama tose pada pagi Deepavali.

Dia yang kini ditempatkan di Wad Ortopedik HPP hanya berehat di katil hospital itu sejak 10 hari lalu dan diberikan suntikan antibiotik serta dibenarkan minum susu rendah lemak sahaja bagi mengawal diet pemakanannya.

Sepanjang tempoh itu juga dia tidak dibenarkan menjamah nasi atau makanan pejal.

Balagi berkata, doktor memberitahu ketiadaan mesin pengimbas Imej Magnetik Resonan (MRI) yang boleh memuatkan individu berbadan besar di HPP menyebabkan usaha untuk merawatnya masih tertangguh.

5 beranak sedih disisih masyarakat

Posted: 05 Nov 2010 04:58 PM PDT


ZURINA (dua dari kiri) menolong suaminya, Jasni, memakai kaki palsu sambil diperhatikan anaknya dari kiri, Muhammad Yusri, Muhammad Shah dan Azura semasa ditemui di rumahnya di Sungai Buloh semalam.


SUNGAI BULOH – Ketika rakan seusianya menikmati zaman kanak-kanak, tiga beradik termasuk salah seorang penghidap penyakit Sindrom Down tersisih daripada masyarakat.

Tidak seperti orang lain, Azura Jasni, 14, Muhammad Shah, 12, dan Muhammad Yusri, 9, yang tubuhnya seperti kanak-kanak empat tahun itu juga ketinggalan dalam persekolahan akibat dihimpit kesusahan.

Derita keluarga malang itu makin berganda apabila mereka dipulau sesetengah masyarakat termasuk sanak-saudara sendiri.

Semuanya bermula selepas bapa mereka, Jasni Susah, 43, hilang mata pencarian sebagai operator kilang apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kencing manis kira-kira dua tahun lalu.

Sejak itu, Jasni memberitahu, kehidupan dia dan isterinya, Zurina Ali, 35, dan keluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan bergantung kepada ihsan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Kadang-kadang nak makan nasi, beras pun tiada. Saya dan isteri terpaksa ikat perut dan cari makanan untuk anak-anak," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Kampung Paya Jaras Hilir di sini semalam.

Kasmadi kini boleh tidur lena

Posted: 05 Nov 2010 04:56 PM PDT


KASMADI tidur nyenyak sambil mendengar surah Yassin ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Palas, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - "Saya bersyukur dapat tidur lena seperti dulu setelah 15 bulan berjaga pada waktu malam."

Itulah kata Kasmadi Jusoh, 35, dari Kampung Kubang Palas, Bukit Payung dekat sini yang menghadapi masalah tidak boleh tidur setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada April tahun lalu.

"Segalanya seperti mimpi. Selama 15 bulan ini, saya hanya berbaring dan bangun sekali sekala kerana badan saya lesu dan sering mengalami lenguh-lenguh sendi.

"Saya tidak mampu bekerja kerana belakang tengkuk saya sakit sangat dan terpaksa bergantung kepada isteri yang bekerja sambilan di tempat pemprosesan keropok lekor," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurut Kasmadi, dia juga kini boleh melelapkan mata pada waktu siang seperti sebelum diserang penyakit misteri tersebut.

"Badan saya juga tidak lagi sakit. Selepas ini, saya akan kembali bekerja untuk menyara keluarga dan berharap penyakit tersebut tidak berulang lagi," ujarnya.

Kosmo! 8 April lalu menyiarkan penyakit misteri yang menimpa Kasmadi sehingga tidak boleh tidur selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal di Seberang Takir pada April tahun lalu.

Kesedihan Sarah Aqilah

Posted: 05 Nov 2010 04:56 PM PDT


LAGU Biar Hati Mencintaiku berkait dengan personal Sarah.


SUASANA santai dan mesra di Red Box Ria, Sogo, Kuala Lumpur masih lagi tidak mampu untuk pendatang baru seni suara dari Kota Singa itu melupakan kesedihan atas pemergian allahyarham adik perempuannya, Shaffadina yang ketika itu hanya berusia 20 tahun.

Ketika hendak menyanyikan lagu yang dijangka hit, Biar Hati Mencintaiku, lagu dan lirik oleh Aiman dan Zimi Sofaz, Sarah Aqilah tidak dapat menahan air mata daripada tumpah membasahi pipi.

"Adik penyokong kuat saya sejak dalam pertandingan Anugerah 2009 lagi. Dia insan yang bersungguh-sungguh melobi untuk saya sehingga saya menjuarai pertandingan tersebut.

"Dia tidak dapat hadir ketika saya menjuarai pertandingan tersebut. Namun, dia orang pertama yang ucapkan tahniah atas kemenangan saya melalui panggilan telefon.

"Lagu Biar Hati Mencintaiku khusus saya tujukan kepada adik. Adik beria-ia mahu mendengar lagu pertama yang saya rakam. Tetapi arwah tidak berkesempatan mendengar lagu ini kerana meninggal dunia tahun lalu. "Hanya beberapa minggu selepas lagu ini tamat rakaman," kata Sarah menahan sebak.

Dalam nada sayu, Sarah menambah, semangat Allahyarham dan hajat yang tidak dapat dipenuhi membuatkan saya menjadi sebak setiap kali menyanyikan lagu Biar Hati Mencintaiku.

Pada majlis pelancaran album sulung Sarah Aqilah yang ringkas tetapi penuh bermakna itu. Penyerahan album berjudul Sarah Aqilah daripada Pengurus Besar Suria Record (SRC) Edwin Tan kepada Sarah dilakukan sebagai simbolik bermula edaran album tersebut di Malaysia.

Sarah juga turut menyanyikan lagu Ku Ingin Kamu ciptaan Sharon Paul. Lagu berentak balada itu yang menceritakan keinginan seorang kekasih untuk mendampingi pasangannya walaupun sehingga akhir hayat.

Menariknya, Ku Ingin Kamu telah dijadikan runut bunyi drama Buih-Buih Cinta.

Walaupun rentak balada sudah menjadi makanan ruji Sarah sejak di pertandingan Anugerah lagi. Itu bukan alasan untuk tidak menjadi versatil. Jatuh Cinta, lagu ciptaan Pam Yuen dan Mohariz Yakup jelas berjaya memancarkan personaliti Sarah yang ceria. Lagu berentak rancak itu, kelainan yang mampu disampaikan oleh Sarah dengan baik.

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa gadis dari Toah Payoh, Singapura ini seorang yang lasak. Sarah pernah mewakili Singapura dalam pertandingan Bola Sepak Wanita dan menjadi sukarelawan sepenuh masa dalam angkatan tentera Singapura.

"Pengalaman selama tiga tahun setengah di dalam tentera yang tidak dapat Sarah lupakan, bermalam di hutan. Ketika itu, Sarah sentiasa berjaga-jaga umpama persediaan untuk berperang dengan musuh. Sarah juga pernah menggunakan M16, bayangkan ukuran panjang M16 itu setinggi Sarah," seloroh Sarah lagi.

Siapa sangka, Sarah juga mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Antara drama yang pernah dibintangi di Singapura ialah Projek Cerpen-Impian Gadis Jeans dan Cinta Izora.

Ketika ditebak persoalan minat sama ada lakonan atau nyanyian lebih diutamakan, Sarah berkata, dia belum puas lagi dengan dunia nyanyian. Pasti tumpuan lebih ke arah itu, lakonan pula rezeki daripada Tuhan yang tidak baik kita menolak.

Sarah seorang yang bertuah kerana sejurus menjuarai Anugerah dia disambar untuk menerbitkan album. Dengan imej dan lagu yang telah dirangka oleh Suria Record, semestinya ia suatu pertaruhan besar.

Album Sarah yang sudah berada di pasaran Malaysia pada 24 Mei lalu telah dilancarkan di Singapura pada 16 Jun lalu di Furama Riverfront.

Sambutan yang hangat di sana membolehkan album Sarah menjadi album Melayu Singapura pertama yang dijual di kedai-kedai Muzik HMV dan Gramophone. Umum mengetahui HMV dan Gramophone hanya menjual album daripada penyanyi-penyanyi antarabangsa sahaja.

Jahat yang baik, baik yang jahat

Posted: 05 Nov 2010 04:55 PM PDT




KEUPAYAAN pecah panggung filem-filem animasi pada masa ini dilihat setanding filem cereka. Filem terbaru terbitan DreamWorks Animation, Red Hour Films dan Paramount Pictures, Megamind kini muncul dan apa yang menarik ia menggabungkan suara latar pelakon-pelakon ternama seperti Will Ferrell, Tina Fey dan Brad Pitt.

Dalam sesi temu bual, Will Ferrell dan Tina Fey banyak berlucu dan berkongsi momen bekerjasama buat kali pertama dalam Megamind. Kedua-duanya saling mengusik dan memuja kebolehan masing-masing.

Adakah ini kali pertama anda berdua bekerjasama?

WILL: Ya, ini merupakan kali pertama kami bekerjasama.

TINA: Saya sudah bermula dengan kempen di Internet untuk memastikan kami bekerja bersama, tetapi ketika itu saya menggunakan iVillage bukannya Facebook, jadi tidak begitu mendapat perhatian.

WILL: Itulah sebabnya, saya tidak sedar. Ketika saya berharap untuk meninggalkan Saturday Night Live dan berlakon semula, Tina pula mendapat momentum untuk bekerjasama. Apabila filem ini memulakan proses rakaman, saya begitu senang berada di samping Tina. Lucu rasanya apabila kita bersama.


MEMUKAU visual dengan busana serba biru, Megamind (Will Ferrell) cuba memaparkan aura adi wira yang diimpikan selama ini.


Adakah bekerjasama dengan Brad Pitt dalam filem ini sesuatu yang mengecewakan kerana dalam maksud lain, kalian sebenarnya tidak berlakon dengan Brad Pitt secara realiti?

TINA: Saya pasti suatu hari nanti, kami akan bergandingan dalam erti kata sebenar.

WILL: Saya tidak rasa dia mahu berjumpa dengan Tina.

TINA: Saya akan hantar lebih daripada 100 keping surat kepada Brad Pitt untuk menyatakan kepastian saya yang kami akan berjumpa kelak.

Anda berdua memiliki anak, begitu juga dengan Brad dan Angelina. Adakah kalian menghabiskan masa keluar bersama dengan mereka?

WILL: Kami harus cuba berjumpa di bandar yang lebih bersifat neutral.

TINA: Seperti bandar Denver.

WILL: Bandar Kansas, Denver atau St. Louis. Kami boleh berjumpa di sana, kita tidak pasti. Jika Brad mahukan perjumpaan tersebut disertai dengan anak-anak, pasti boleh dirancang.

Ada atau tidak elemen menarik buat orang dewasa menonton Megamind?

TINA: Sudah pasti. Terdapat beberapa bahagian yang saya sudah lihat memaparkan visual amat menakjubkan.

WILL: Bagi saya, Megamind adalah filem dewasa. Daripada apa yang saya dengar, Megamind merupakan salah satu cerita dewasa yang pernah DreamWorks hasilkan. Saya berharap ia bukanlah sesuatu yang mendatangkan keburukan.

Apakah perkara menarik sewaktu pembikinan filem ini?

TINA: Sudah pasti kerana saya dapat bekerja dengan Will, Jonah (Hill) dan Tom McGrath. Megamind juga mempunyai konsep filem yang mudah.


DARI kiri: Watak Roxanne Ritchi, Tighten dan Metro Man meminjam vokal padu Tina Fey, Jonah Hill dan Brad Pitt.


Apabila anda mendengar konsep filem ini dengan hanya sebaris ayat sahaja, anda akan berkata: "Oh, itu sebuah cerita yang bagus, kenapa kita tidak pernah terfikir mengenainya?"

WILL: Ya, saya mempunyai pengalaman terlibat dalam animasi dengan Curious George. Tetapi saya lebih suka dengan perasaan ambivalen secara keseluruhan dalam sesebuah filem. DreamWork mempunyai rekod prestasi yang hebat dan menawarkan peluang tersebut kepada saya. Kata mereka, Megamind adalah filem yang cukup kelakar. Saya berkata: "Oh, ini sepatutnya yang berlaku" dan saya menyertainya.

Adakah anda berdua dibenarkan melakukan tambahan secara spontan sepanjang pembikinan filem ini?

TINA: Oh, tentu sekali boleh dan ia tidak merugikan. Mereka rekod semua. Jadi kami tidak akan tergagap-gagap melakukannya secara spontan.

WILL: Ya, benar sekali. Itulah keindahan bekerja dengan set Megamind. Dalam kebanyakan filem, pelakon boleh menyimpang daripada cerita asal tetapi dalam filem animasi, kami dibenarkan bereksperimen dengan mana-mana adegan dan dalam apa cara sekali pun. Malah ia amat mengalakkan dan juga tidak melambatkan proses pembikinan filem.

Apakah kuasa terhebat yang sesuai dengan personaliti anda berdua?

WILL: Tina sudah ada kuasa terhebat.

TINA: Saya ada, saya boleh mengeluarkan laser dengan menggunakan mata saya. Itu bukan masalah besar. Tetapi saya tidak akan melakukannya sekarang.

WILL: Dia tidak mahu mengeksploitasi dirinya. Malah dia tidak suka bercakap mengenainya. Saya minta maaf kerana membawa perkara tersebut ke dalam perbincangan ini.

TINA: Dalam masa sejam Will akan dapat menukarkan sesuatu objek kepada ais dan ais kepada air.

WILL: Saya dapat menukarkan sesuatu menjadi air dengan hanya durasi satu jam dan kondisi yang panas.


DUA hero, satu heroin. Metro Man dan Megamind cuba menarik perhatian wartawan, Roxanne Ritchi terhadap tugasan mereka. Percaturan Megamind menjadikan Tighten sebagai anak didik, akhirnya memakan diri.


Siapakah adi wira yang menggambarkan 'alter ego' anda berdua?

TINA: The Hulk. Saya akan bertukar apabila marah.

Will: Wonder Women kerana dia memiliki pesawat halimunan.

Tidak pernah ke salon

Posted: 05 Nov 2010 04:54 PM PDT


JOJO (kiri) dan Shinta.


DUO yang terkenal melalui lagu Keong Racun ini sedang melalui zaman kegemilangan mereka. Namun akui Sinta dan Jojo, kini mereka jarang menjejakkan kaki ke salon. Ujar mereka sebelum ini mereka sering menjejakkan kaki ke pusat kecantikan tetapi semakin jarang melakukannya sejak nama mereka semakin dikenali ramai.

"Sudah tidak pernah ke salon kecantikan. Kalau dahulu, kita sering ke salon tetapi sekarang kita semakin santai sahaja," ujar Sinta dalam satu temu ramah sewaktu anugerah SCTV di Jakarta Selatan.

Jojo kemudian memberitahu bahawa mereka semakin bersyukur kerana dapat bergelar artis dan diterima ramai seperti sekarang. Buat Jojo mungkin ini adalah jalan yang diberikan buat dirinya dan Sinta.

"Syukur kerana sudah dapat jadi seperti sekarang. Mungkin ini adalah jalannya," ujar Jojo yang sering ponteng kuliah kerana dilanda kesibukan menyanyi.

Buat mereka, sudah tiba masanya juga mempersiapkan diri untuk ditimpa dengan gosip dan kontroversi. Namun duo ini berusaha untuk tidak menjuruskan diri mereka ke arah perkara yang boleh menimbulkan cerita-cerita buruk.

"Kalau masuk dunia seni maksudnya perlu berhati-hati dan tidak berbuat perkara yang macam-macam," ujar Jojo lagi.