Adsense

Jumaat, 5 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Watak baru

Posted:

Watak baru

Watak baru

SEMAKIN meningkat usianya, semakin bertuah Leonardo DiCaprio dalam meneruskan legasi seninya sebagai seorang aktor.

Mana tidaknya. Lewat ini, kerap sekali DiCaprio diberikan watak yang cukup mencabar kredibilitinya sebagai seorang pelakon seperti mana yang sering dimahukan tuan punya badan.

Alasan DiCaprio adalah dia mahu membuktikan kepada masyarakat bahawa dia sebenarnya mampu memberikan lakonan yang berkesan menerusi watak-watak yang diberikan kepadanya.

Malah, DiCaprio juga enggan lagi membawakan watak yang melabelkan dirinya sebagai lelaki idaman Hollywood seperti mana yang dilakukannya menerusi filem Titanic dan Romeo + Juliet.

Selepas sukses dengan lakonan yang cukup hebat menerusi filem Inception dan Shutter Island tahun ini, DiCaprio kini sudah bersedia untuk kembali ke lokasi.

Kali ini, watak yang bakal dibawakannya bukan calang-calang kerana dia akan menjadi seorang pembunuh bersiri yang paling awal wujud di Amerika Syarikat.

Diberi judul The Devil in the White City, DiCaprio dan rakan kongsinya berjaya mendapatkan hak penerbitan filem itu daripada penulis buku tersebut, Erik Larson.

Filem itu akan berkisar kepada kehidupan Dr. HH Holmes yang memperdayakan mangsanya terutama wanita dengan membawa mereka ke hotel kepunyaannya, The World's Fair Hotel sebelum membunuh mereka.

Dipercayai Holmes telah membunuh sekurang-kurangnya 200 orang di hotel tersebut yang menempatkan pusat pembakaran mayat, meja bedah dan juga bilik gas.

Setiap mayat yang dibunuhnya, tengkorak mereka akan diambil dan kemudiannya dijual untuk tujuan penyelidikan perubatan dan saintifik.

Sehingga kini, masih belum ada pengesahan tentang penggambaran filem tersebut memandangkan tiada studio yang menyatakan minat mereka untuk menerbitkannya setakat ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

World Cafe

Posted:

World Cafe

World Cafe


Antara aksi menarik Bobby Chin yang bakal dipaparkan dalam World Cafe: Middle East yang bersiaran di saluran TLC (saluran 707 Astro) setiap Isnin pukul 10 malam.


MELANGKAH ke musim terbaru, World Cafe: Middle East yang bersiaran setiap Isnin di saluran TLC (saluran 707 Astro) pukul 10 malam kini membawa anda ke beberapa lagi destinasi menarik di negara Timur Tengah.

Bersama chef terkemuka dunia, Bobby Chin yang sebelum ini membawa anda ke seluruh Asia dengan memperkenalkan resipi-resipi menarik hasil kreativitinya, kini membawakan resipi yang lebih menarik dan lazat dari Timur Tengah.

Melatari musim terbaru World Cafe, siri rantaian empat episod itu kali ini menyaksikan Bobby membawa anda menjelajahi Timur Tengah. Bobby akan memperkenalkan pelbagai resipi unik di samping menyelami sejarah masyarakat tempatan dan kebudayaan mereka.

Destinasi Timur Tengah yang menjadi persinggahan Bobby termasuklah Istanbul, Damascus dan Aleppo, Jordan dan The West Bank, serta Kaherah dan Alexandria.

Pemuda berdarah kacukan Cina dan Mesir berkelulusan bidang kewangan dan ekonomi dari Richmond College, London itu juga akan memaparkan sejarah Timur Tengah itu sendiri.

Bercerita tentang masakan Timur Tengah, Bobby berpendapat ia cukup meluas apatah lagi apabila perbezaan yang ketara dengan jenis masakan dari negara lain disebabkan oleh keadaan cuaca dan budaya masyarakat itu sendiri.

Malah daripada pemerhatian yang dilakukannya mendapati, masakan Timur Tengah dipengaruhi oleh empat faktor iaitu Parsi, Levantine, Turki dan Afrika Utara.

Perjalanan Bobby dalam rancangan ini turut melatari kebudayaan masyarakat yang membentuk sesuatu masakan termasuk pengetahuan meluas mereka tentang makanan.

Di Istanbul, Bobby membawa penonton melalui ibu kota Empayar Ottoman untuk melihat pelbagai jenis hidangan asal empayar itu termasuk kebab, pilaf, pai filo, yogut dan salad timun, puding susu serta pelbagai kekacang dan pastri manis.

Perjalanan ke Damascus dan Aleppo membawa anda ke bandar tertua dunia, di mana masakan Damascus itu sendiri memperingatkan kepada penduduknya tentang sejarah bandar tersebut dari pelbagai aspek.

Bobby buat pertama kali dapat mencuba pelbagai jenis makanan Jordan ketika menjalani penggambaran di Jordan dan West Bank. Antara tempat yang turut dilawati oleh Bobby di sana termasuklah Ramallah, Bethlehem, Jericho dan Jerusalem.

Kepada anda yang meminati masakan dan ingin menyaksikan secara lebih dekat tentang masakan dari Timur Tengah, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan World Cafe: Middle East setiap Isnin di TLC (saluran Astro 707) pukul 10 malam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.