Adsense

Jumaat, 5 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


'Belum Bagus Jadi Imam' - Shah Jazly

Posted: 04 Nov 2010 08:03 PM PDT

PETALING JAYA: Aktor Shah Jazle, 22, (gambar) yang sebelum ini memiliki rambut panjang terpaksa memotong rambutnya untuk menjayakan watak sebagai imam muda.

Watak tersebut adalah untuk drama 12 episod berjudul Telal Dihalalkan Epal Itu.

Menurut Shah yang memegang watak sebagai Halim, peranan yang diberikan itu sangat berlainan daripada watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Saya perlu menjadi seorang yang sangat penyabar kerana berlakon sebagai imam muda yang hidup berlandaskan al-Quran dan hadis.

"Bagaimanapun, saya rasa tercabar untuk melakonkan watak itu kerana merasakan diri-sendiri belum cukup bagus untuk menjadi seorang imam muda," katanya kepada mStar Online.

Tambah pemuda berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, drama ini menceritakan secara menyeluruh tentang agama merangkumi solat fardu, mandi jenazah dan solat jenazah.

Atas faktor itu, Shah tetap melakukan persediaan dengan mempelajari banyak ilmu agama dari seorang ustaz yang diundang oleh pihak produksi.

Dia juga sentiasa berhati-hati ketika menyampaikan sesuatu perkara berkaitan fakta agama agar tidak mengundang komen negatif daripada penonton kelak.

"Drama ini akan disiarkan di TV Al-Hijrah dalam masa terdekat. Setakat ini ia sudah menjalani penggambaran sebanyak 50 peratus dan menampilkan pelakon baru dan lama seperti Fida, Zain Saidin, Datuk Rahim Razali, Rozie Othman, Fauziah Nawi, Riz Amin dan Norman Hakim," ujarnya mengenai drama berkonsepkan kekeluargaan itu.

google: shahz jaszle, shahz jaszle potong rambut, gambar rambut baru shahz jaszle, shahz jaszle imam muda, foto terbaru shahz jaszle , gambar terbaru terkini shahz jaszle, rambut style baru shahz jaszle, shahz jaszle dan kekasih, drama terbaru shahz jaszle

Salih Yaccob Terbit Album Selepas 16 Tahun

Posted: 04 Nov 2010 08:02 PM PDT

PETALING JAYA: Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaccob, 49, tampil dengan album ketujuh selepas kali terakhir menghasilkan album pada 16 tahun lalu.

Walaupun telah lama tidak menghasilkan album baru, lelaki yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 pada 25 November ini tidak pernah hilang minat dalam bidang nyanyian.

Seiring dengan usianya selama 30 tahun dalam industri seni ini, Salih menantikan kemunculan album edaran Luncai Emas yang melibatkan lima komposer tersohor termasuk Adnan Abu Hassan, M. Nasir dan A. Ali.

"Saya akan melancarkan album terbaru ini pada bulan Disember tahun ini. Lagu-lagu tersebut akan dirakamkan pada bulan ini," katanya.

Bagaimanapun, dia yang juga pernah menceburkan diri dalam bidang lakonan selama 25 tahun akui sudah tidak berlakon lagi.

"Saya rasa bayaran lakonan tidak sama seperti dulu lagi, jadi saya rasa tak berbaloi untuk kembali dalam bidang lakonan," ujarnya.

Bagi menjana pendapatan sampingan, Salih menjalankan perniagaan menjual ikan Arowana di Bukit Merah, Perak bersama-sama seorang rakan baiknya sejak pertengahan tahun ini.

Katanya, perniagaan tersebut dinamakan Selebriti Arowana kerana ia melibatkan rakan selebriti.

"Saya mahu menjadikan perniagaan ini sebagai pendapatan untuk jangka masa panjang. Jadi, saya rasa berbaloi mengeluarkan modal kira-kira ratusan ribu ringgit untuk menceburi perniagaan ini," ujarnya.

Menurutnya, ikan yang dijadikan perhiasan dan popular di kalangan masyarakat Cina itu dijual pada harga RM15,000 hingga RM35,000 seekor.

Ini kerana ikan tersebut diimport dari Hong Kong.

Bapa kepada 11 orang anak dan beristeri tiga ini juga akui menceburi bidang ini setelah merasakan puas dengan dunia glamor dan sebolehnya mahu mengecapi hidup seperti orang biasa semula.

Zed Zaidi Digelar Suka Kencing Malam

Posted: 04 Nov 2010 08:01 PM PDT


PETALING JAYA: Biarpun telefilem Ngompol sudah disiarkan pada September lalu, namun kesan yang ditinggalkan amat mendalam kepada pelakon utamanya, Zed Zaidi Jamil (gambar).

Ceritanya berkisar tentang Jim atau nama jawanya Wagiman, seorang pelakon lelaki popular.

Jim bukan sahaja mempunyai personaliti yang menarik dan kacak, malah dia mempunyai jutaan peminat di seluruh Malaysia.

Namun begitu, Jim menyembunyikan satu rahsia yang amat besar dalam hidupnya yang cuma diketahui oleh ahli keluarganya iaitu dia mempunyai penyakit kencing malam yang kronik.

Kata Zed, selepas telefilem tersebut disiarkan di Astro Ria, ramai orang yang mengejeknya suka kencing malam.

Melalui telefilem itu juga, dia akui orang semakin yakin bahawa dia sebenarnya mampu berlakon dalam cerita dan watak berunsur komedi.

"Sekarang, saya banyak berlakon watak komedi dan orang sudah nampak saya boleh buat lawak. Selain berlakon watak serius, romantik dan aksi, saya pun boleh buat lawak.

"Misalnya, saya ditawar berlakon watak komedi dalam filem Cuti-Cuti Cinta. Selain itu, saya turut berlakon sebagai pak lawak dalam drama Dollah Hapak dan Along Gedebe untuk Astro Prima," katanya kepada mStar Online.

Zed yakin dengan percubaan melakonkan watak komedi itu sedikit-sebanyak menunjukkan dia seorang yang versatil.

Berbanding cerita cinta, juara Hero Remaja 2001/2002 itu akui lebih mudah melakonkan cerita komedi.

"Saya susah nak hayati watak dalam cerita cinta kerana saya perlu menunjukkan ekspresi muka yang tenang dan memberikan kata-kata yang manis. Saya bimbang sekiranya penonton merasakan saya tidak betul-betul romantik dan gagal menyampaikan seperti yang diinginkan.

"Begitu juga dengan watak dalam cerita berunsurkan keagamaan, saya rasa agak sukar berlakon dalam cerita seperti itu. Pada saya, watak komedi lebih relaks dan ia tidak membuatkan saya tertekan," ujarnya lagi.

Kenapa Farid Terus Bersuara? - Syamsul Yusof

Posted: 04 Nov 2010 08:01 PM PDT


PETALING JAYA: Bertitik-tolak daripada kenyataan pelakon Farid Kamil yang mempertikaikan kemenangan Syamsul Yusof sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), baru-baru ini, pengarah muda itu menegaskan bahawa mereka tiada sebarang isu peribadi sehingga ia perlu diperbesar-besarkan.

Menurut Syamsul yang dihubungi mStar Online, Khamis, sebagai rakan dalam industri yang sama, dia sebenarnya tidak pasti mengapakah Farid perlu mempersoalkan kemenangannya apabila keputusan sudah termaktub.

"Saya pun tidak tahu jika dia ada sebarang rasa tidak puasa hati atau marah dengan saya? Setahu saya, kami memang tiada isu peribadi. Jadi, apabila saya diberitahu bahawa Farid menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap kemenangan saya, sejujurnya perkara itu benar-benar mengelirukan," katanya.

Menyangkal dakwaan kononnya mereka mempunyai masalah peribadi di antara satu sama lain, Syamsul berkata, sekalipun dia mengetahui Farid mula menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya aktres Diana Danielle selepas hubungan mereka putus pada hujung 2008.

Syamsul sama sekali tidak pernah mencampur-adukkan urusan peribadi dengan kerja.

Malah, ketika mereka bertiga terlibat dalam filem Evolusi KL Drift 2 tahun lalu, Syamsul sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama.

"Selepas saya putus hubungan dengan Diana sebelum ini, saya memang sudah tahu Farid dan Diana menjadi semakin intim. Malah, ketika kami terlibat dalam filem Evolusi KL Drift 2 pun, saya tiada masalah mengenai hubungan mereka kerana kami cukup profesional.

"Jadi, saya tidak faham mengapa dia (Farid) perlu berterusan menyuarakan itu dan ini tentang saya sedangkan kami tidak ada sebarang hal berbangkit," jelasnya.

Tambah Syamsul, selepas dia dimaklumkan tentang pertikaian yang disuarakan oleh Farid itu, dia bagaimanapun tetap menghantar kiriman Khidmat Ringkas (SMS) kepada Farid bagi mendapatkan penjelasan.

"Selepas saya menang pada malam itu, saya ada menghantar SMS kepadanya agar dia tidak membesarkan hal itu kerana bagi saya apa yang pernah berlaku sebelum ini tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Saya ada nyatakan yang tidak mahu bergaduh dan terbuka untuk menjernihkan keadaan semula. Malangnya, dia langsung tidak membalas SMS saya.

"Jadi, apabila isu ini dihebah-hebahkan saya sendiri pun buntu dan tidak tahu apa sebenarnya masalah yang wujud di antara kami. Setahu saya, kami tiada sebarang masalah peribadi," katanya.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan Farid berhubung isu ini menemui kegagalan apabila aktor itu tidak menjawab panggilan.

Bkay tinggalkan bidang guaman

Posted: 04 Nov 2010 07:58 PM PDT

MESKIPUN industri hiburan tanah air belum sehebat Hollywood, masih ramai anak muda Malaysia mengharap peluang bergelar artis. Namun, tidak semua mereka bertuah menjadi insan seni jika tidak berbekalkan bakat dan aura hebat.

Menyentuh soal ini, ternyata nasib menyebelahi bekas ratu cantik, Tryambikay Vendages atau mesra dengan panggilan Bkay Nair yang sangat meminati seni lakon. Pengorbanannya meninggalkan kerjaya peguam langkah berani yang diambilnya.


Mujur juga percubaan pertama Bkay untuk menjadi bintang layar perak berhasil apabila dia dipilih antara pelakon utama filem Ratu arahan Profesor Madya A Razak Mohideen yang akan ditayangkan Mac 2011.


Bkay yang melakonkan watak Shereen berkata, dia tidak menduga akan memperoleh peluang keemasan itu. Ujarnya, selepas terbabit dalam penggambaran filem Ratu, baru dia sedar bukan mudah bergelar pelakon.

"Apapun, saya tidak gentar berdepan cabaran kerana minat yang mendalam. Sejak kecil, saya sudah didedahkan dengan seni apabila memasuki kelas tarian klasikal India ketika usia lima tahun. Pada zaman persekolahan pula, saya juga belajar menari zapin.


"Apabila mengikuti pengajian undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya belajar tarian Latin seperti salsa. Jadi, minat itu memang sudah digilap sekian lama dan atas sebab ini juga saya memberanikan diri di uji bakat filem Ratu.


"Saya rasa sangat gembira membintangi Ratu kerana dapat mengumpul pengalaman. Malah, saya juga dapat membuktikan kepada ayah bahawa inilah minat sebenar saya. Kini, ayah saya sudah boleh menerima keputusan saya mengundur diri daripada bidang guaman.

"Tambahan pula apabila ayah tahu saya turut bekerja sebagai pengurus koordinasi di Wayang Studios International Sdn Bhd, dia lega.

"Jadi mulai sekarang saya mahu menjadi pelakon yang bagus," katanya.


Pernah menyandang gelaran Miss India Tourism 2007/2008, Bkay juga antara finalis Miss Malaysia India Global 2008/ 2009. Apapun, gadis muda ini tidak sesekali meletakkan kecantikannya sebagai pakej utama menjadi artis.

Katanya, dia sudah berusaha sebaik mungkin berlakon dalam filem Ratu. Sekalipun, dia berhadapan cabaran besar seperti memanjat bukit dan masuk ke dalam gua, Bkay tidak pernah berputus asa. Katanya, dia perlu cuba sedaya-upaya.


Menurut Bkay, dia bukanlah individu yang mudah mengaku kalah. Ini kerana, baginya tidak mudah meraih kejayaan tanpa kesabaran yang tinggi, keyakinan dan usaha. Justeru, dia sangat berbangga sudah melakukan semuanya dengan bersungguh-sungguh.


Berbicara pula mengenai sambutan Deepavali diraikan kaum India esok, Bkay berkata dia dan keluarga hanya bersederhana kerana baru kehilangan seorang anggota keluarga. Nenek Bkay meninggal dunia kerana sakit tua, dua bulan lalu.


"Sekarang, saya sekeluarga masih sedih dengan kematian nenek, Rukumani, 84. Jadi, tak seronok hendak meraikannya dengan meriah. Lagipun, saya adalah India berketurunan Malayali yang lebih mengutamakan sambutan perayaan Onum.


"Onum adalah perayaan tahun baru bagi India Malayali yang diraikan September setiap tahun. Pada perayaan Onum itu, masyarakat Malayali akan menyediakan kira-kira 16 makanan untuk dihidangkan yang semuanya berasaskan sayuran.

"Seisi keluarga berkumpul memasak juadah enak bersama dan ia mengeratkan hubungan kasih sayang. Kami bersembahyang dan makan bersama. Manakala, Deepavali pula kami meraikannya secara sederhana," katanya yang sangat fasih berbahasa Melayu.


Sering dianggap sebagai Anak Mami Penang, Bkay berkata di negara ini, perayaan Deepavali selalu disambut dengan gemilang kerana sebilangan besar India tempatan adalah berketurunan Tamil. Bagi masyarakat Punjabi pula, semestinya perayaan Vasaki lebih diutamakan.


Melihatkan dirinya yang sangat fasih berbahasa Melayu, Bkay berkata sejak kanak-kanak, dia membesar dalam kelompok masyarakat Melayu. Maklumlah ayahnya kakitangan kerajaan yang banyak bergaul dengan orang Melayu.


"Saya juga bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kulai, Johor yang rata-rata muridnya Melayu. Justeru, saya sudah terbiasa dengan budaya dan adat Melayu. Malah, saya juga meraikan Aidilfitri dengan rakan Melayu di kampung," ujarnya.


Kata Bkay, sehingga kini dia masih lagi berhubungan rapat dengan rakannya yang berbangsa Melayu. Bersahabat dengan masyarakat berbilang kaum, secara tidak langsung mengeratkan perpaduan dalam negara. Ia seiring dengan misi Gagasan 1Malaysia.




>PROFIL:
NAMA: Tryambikay Vengades
PANGGILAN KOMERSIAL: Bkay Nair
TARIKH LAHIR: 15 Februari 1982
USIA: 28 tahun
ASAL: Kulai, Johor
KELUARGA: Anak tunggal
KETURUNAN: Malayali
KARIER SEKARANG: Pelakon dan Pengurus Koordinasi Wayang Studios International Sdn Bhd
FILEM: Ratu, Raya Tak Jadi dan Bujang Terlajak
IKLAN TV: Kao Laurier dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk 1Malaysia
PENDIDIKAN: Ijazah Undang -Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kini sambung pengajian peringkat Sarjana Undang- Undang di Universiti Of London.
BAKAT SENI: Berlakon, bermain muzik, menari tarian klasik India, zapin dan salsa latin
PENCAPAIAN: Finalis Miss Malaysia India Global 2008/2009 dan penyandang gelaran Miss India Tourism 2007/2008

google: bkay, bkay facebook, bkay blog, bkay myspace, bkay twitter, bkay biodata, bkay biography, bkay 2010, terkini bkay, terbaru bkay

Gambar Anak Afdlin Shauki

Posted: 04 Nov 2010 05:15 PM PDT


Nama anak Afdlin ni Ileana Matin Shauki. Lahir pada bulan April yang lalu, kini usianya dah nak masuk 6 bulan. Sungguh comel melihat anak Adlin ni. Mana tak comel, ayahnya kan seorang penghibur terkenal, jadi iras-iras anak pun mesti ada bakat juga ni nanti. Cuma dari segi size, nampaknya Ileana masih lagi tak gemuk seperti Adlin, biasalah anak perempuan, kalau anak lelaki, sah gemuk macam Afdlin juga. Lagi nampak comel.

google: afdlin shauki, anak afdlin shauki, foto anak afdlin shauki, gambar afdlin shauki dan anak, afdlin shauki dan keluarga, afdlin shauki facebook, afdlin shauki blog, afdlin shauki myspace, afdlin shauki twitter, terbaru afdlin shauki, terkini afdlin shauki, afdlin shauki dan filem, keluarga afdlin shauki

Cabaran tiga aktres Natrah

Posted: 04 Nov 2010 05:10 PM PDT


TRAGEDI tragis Natrah serta liku-liku kehidupan gadis Belanda ini bukan lagi perkara baru bagi masyarakat Malaysia. Kisah hidup Natrah atau Huberdina Maria Hertogh ini telah dipentaskan di Istana Budaya di bawah arahan Erma Fatima untuk tatapan masyarakat.


Jika menerusi versi teater, watak itu dilakonkan oleh Maya Karin, kini drama bersirinya pula diterajui oleh gadis manis berwajah kacukan Inggeris-Melayu, Juliana Evans.

Selain Juliana, dua lagi aktres yang turut ditampilkan menerusi drama yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra menerusi slot Suatu Ketika itu ialah Sherie Merlis dan Natasha Hudson.

Sherie menggalas tanggungjawab untuk menghidupakn watak ibu angkat Natrah, Che Aminah, manakala karakter ibu kandung Natrah, Adeline Hertogh diserahkan kepada Natasha Hudson.

Drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang dijadualkan untuk tayangan menjelang Januari tahun depan itu turut dibintangi Fikree Bakar sebagai suami Natrah, Mansor Adabi.

Memikul tanggungjawab paling berat sudah tentulah pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans.

Sebagai pelakon yang diberi kepercayaan melakonkan watak teraju drama bersiri itu, Juliana mengakui karakter Natrah adalah cabaran terbesar yang pernah dibawanya berbanding lakonan sebelumnya.

Ia juga dianggap Juliana sebagai watak yang sangat berat untuk dipikulnya sebagai pelakon yang masih setahun jagung dalam industri hiburan tempatan.


NATRAH versi layar kaca menampilkan gandingan Juliana Evans bersama Fikree Bakar.

"Walaupun diberi tanggungjawab yang berat untuk melakonkan watak Natrah, pada masa yang sama saya berasa gembira menerima tawaran oleh Wan Haslilza kepada saya," ujar aktres yang pernah popular menerusi drama bersiri Kami itu.

Sepanjang menceburi bidang lakonan, sehingga kini, jelitawan berumur 21 tahun itu mengakui watak Natrah adalah karakter yang pertama kalinya menguji kewibawaannya sebagai pelakon sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bidang ini.

"Watak ini memerlukan saya menangis dan menjadi seorang gadis berumur 13 tahun sedangkan pada hakikatnya saya sudah berusia 26 yahun. Ia memang berbeza daripada apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini, kerana ia bukan di dalam situasi moden," jelasnya lagi.

Selain itu, babak yang sedikit mencabar dirinya adalah semasa penggambaran yang mana Natrah dihadapkan ke mahkamah dan dipisahkan daripada ibu angkatnya Che Aminah serta semasa rusuhan berlaku.

Penghayatan Juliana bagi watak tersebut dimulakan dengan penyelidikan melalui buku mengenai Natrah untuk mengkaji tentang kisah hidupnya. Melalui pengkajian itu telah mendorong Juliana untuk lakonkan watak ini dengan lebih berkesan.

Antara cabaran Juliana dalam memegang watak Natrah ialah mengharuskan dia mahir dialek Terengganu dan berbahasa Indonesia. "Bertutur bahasa Indonesia tidak sukar bagi saya kerana ia hampir sama dengan bahasa Melayu," ucapnya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu menyatakan hasratnya ingin menceburkan diri ke dalam bidang teater jika diberi peluang oleh mana-mana pihak. "Saya tidak menafikan lakonan teater memerlukan penghayatan yang lebih mendalam berbanding lakonan di dalam drama mahupun filem."

KOLABORASI. Barisan tenaga lakonan utama drama bersiri empat episod, Natrah (dari kiri), Natasha, Juliana, Sherie dan Fikree.

Nama Sherie Merlis seakan semakin sepi di dalam dunia hiburan tanah air sejak kebelakangan ini. Namun, setelah beberapa lama menyepi, kemunculannya menerusi Natrah itu mengembalikan semula dirinya dalam dunia lakonan tempatan.

Sherie bertutur empat bahasa.

Wanita yang masih lagi menawan walaupun sudah berumur 39 tahun itu mengakui bahawa mempelajari empat dialek dan bahasa tidaklah terlalu sukar. Namun, bagi mengaplikasikan kesemuanya dalam satu babak agak mencabar.

Tambahnya, watak Che Aminah yang dipikulnya ialah seorang penterjemah bahasa. Jadi dia secara tidak langsung Sherie harus mempelajari dialek dan bahasa tersebut. Ia termasuk bahasa Melayu dialek dahulu kala, bahasa Indonesia, dialek Terengganu dan juga bahasa Inggeris.

Berbicara mengenai watak Che Aminah yang dilakonkannya, aktres kecil molek ini berkata bahawa kejayaan membawa watak ini dianggap satu pencapaian besar dalam kariernya sebagai pelakon selama ini. Memandangkan ini adalah watak yang agak mencabar dirinya sebagai pelakon yang telah lama menapak di industri seni tanah air.

"Untuk bercakap di dalam empat bahasa di dalam satu babak, adalah perkara yang agak sukar bagi saya kerana jika gagal, lakonan akan kelihatan kaku," katanya serius tatkala bersuara mengenai lakonannya dalam drama Natrah.

Sambil melemparkan senyuman manis di bibir, Sherie menjelaskan banyak lakonan yang diterima adalah berdasarkan kesesuaian dengan dirinya sendiri. Watak yang dipilihnya juga akan diteliti kerana ingin membawa kelainan di dalam lakonannya.

"Adakalanya saya akan memilih watak yang belum pernah dibawa oleh saya dalam mana-mana lakonan. Jika dua tiga bulan saya melakonkan watak yang hampir sama, kebiasaannya saya akan menolak dan berikan diri saya masa untuk berehat," jelasnya sambil ketawa kecil.

Walau bagaimanapun, watak Che Aminah adalah satu watak yang dinantikan olehnya kerana watak Che Aminah adalah seperti menjadi kayu ukur kejayaannya sebagai seorang aktres wanita yang telah lama berkecimpung di dalam bidang seni tanah air.

Sebagai Che Aminah, aktres bertubuh kecil molek itu terpaksa membuat penyelidikan mengenai latar belakang karakter lakonannya memandangkan ia merupakan figura seorang wanita Melayu zaman silam yang bijaksana.

WAN HASLIZA (tengah) di set penggambaran drama, Natrah di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Selain bahan ilmiah dan laman web, latihan juga menjadi sebahagian rutin Sherie sebelum melakonkan watak tersebut.

"Selain membuat penyelidikan mengenai Che Aminah menerusi buku-buku dan juga Internet, saya juga membuat latihan bersama pelakon lain selama tiga minggu sebelum penggambaran Natrah ini bermula," ujarnya.

Sherie menjelaskan sebagai pelakon, apa sahaja watak yang diberi harus dihayati dan perlu juga setiap pembawa watak tersebut menganggap dirinya berada dalam situasi karakter yang dimainkan.

Menurutnya lagi, ada juga babak yang dilakonkan dalam drama ini, pernah dialaminya sendiri, justeru itu membuatkan dia lebih menghayati dan menghampirkan dirinya kepada realiti wanita bernama Che Aminah itu.

Menyentuh mengenai aktiviti lain, Sherie berkata: "Saya baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul, Tujuh Lagu arahan Khabir Bhatia yang juga akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada Januari depan."

google: natrah, sejarah natrah, pelakon natrah, drama natrah, cerita natrah, jalan cerita natrah, pengarah natrah, masa tayangan natrah, natrah astro citra, slot natrah, juliana evans dan natrah, latar belakang natrah, biography natrah, biodata natrah, sejarah hitam natrah, natrah dan keluarga, natrah dan suami

Artis kenamaan di majlis hari jadi Sultan Pahang

Posted: 04 Nov 2010 05:05 PM PDT

Majlis memang kelas kenamaan yang hadir adalah kerabat diRaja, golongan VVIP, VIP, kaya raya adalah menjadi sebagai penyeri majlis. Mungkin majlis makan malam agaknya, majlis ini adalah sempena ulang tahun Sultan Pahang baru-baru ini. Kelas kenamaan ni menampakkan serinya apabila didatangi oleh artis-artis yang bertaraf dengannya, maknaya mereka berkahwin dengan golongan berkenaan ler. Lihatlah siapa yang datang. Artis bergelar Datuk dan Datin. Siti Nurhaliza dan suami pun turut datang.











google: ulangtahun sultan pahang, gambar ulangtahun sultan pahang, foto ulangtahun sultan pahang, artis di majlis ulangtahun sultan pahang, gambar artis, foto artis terkenal, ulangtahun sultan pahang dan artis

Gambar Scha Alyahya, Yuna, Liyana Jasmay, Juliana Evans

Posted: 04 Nov 2010 05:00 PM PDT


Siapa cantik diantara mereka? semestinya anda tahu sendiri menilai. Memang itulah yang bakal ditakdirkan dalam '20 yang anggun' pada 28 November nanti. Mereka berempat ni sempat jadi cover majalah Eh! keluaran November ni. Fesyen kemerah-merahan, memang padanlah jika seorang wanita memakai warna merah. Nampaknya, gambar ini juga sudah diedit, semuanya nampak hitam manis, tidak putih seperti biasa. Tapi pada dasarnya, mereka tetap cun melecun.

google: majalah eh!, edisi terkini majalah eh!, keluaran terbaru majalah eh!, editor majalah eh!, cetakan majalah eh!, cover majalah eh!, majalah eh! 2010, ulangtahun majalah eh!, harga majalah eh!, statistik majalah eh!