Adsense

Jumaat, 5 November 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti

Posted: 05 Nov 2010 09:08 PM PDT

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Tercari-cari kat mana nak dapat tiket untuk menonton secara LIVE anugerah paling HIP di Malaysia, Shout! Awards 2010?

Okay, Budiey ada 100 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca Sensasi Selebriti – Budiey.com. Tapi Budiey awal-awal lagi nak minta maaf kat sini sebab tiket yang ada pada Budiey ni bukannya tiket VVIP atau VIP. Budiey cuma ada tiket untuk PUBLIC sahaja iaitu seat di Tingkat 3, Stadium Putra Bukit Jalil sahaja. Harap semua maklum ya.

Korang nak menonton Shout! Awards secara live tak kat Stadium Putra, Bukit Jalil jam 8.30 malam pada 20 November ni? Jom sertai peraduan anjuran Budiey.com dengan kerjasama 8TV ini.

Mahu menyaksikan secara live selebriti dan artis tersohor seperti…

Iyaz-Replay

International Artiste – IYAZ

Faizal Tahir & Aizat

Faizal Tahir

Yuna

Yuna

Mizz Nina

Mizz Nina

… dan ramai lagi!

Haaaa… hari ini, Budiey ingin memberikan kepada korang 100 keping tiket Shout! Awards kepada pembaca yang dapat menjawab soalan ini:

1. Siapakah artis antarabangsa yang akan perform di Shout! Awards 2010?

2. Stesen TV manakah yang menganjurkan Shout! Awards 2010?

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 di Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:
15 November 2010

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email. Tiket akan diserahkan kepada pemenang di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil pada 20 November mulai jam 6 petang.

Kepada pembaca, jom undi artis kegemaran anda di:

www.shoutawards.com.my

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards di Sensasi Selebriti
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15
  • Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010
  • International Artiste Iyaz Bakal Gegarkan Shout! Awards 2010
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Temui Shahir dan Adira di Ujibakat Raja Lawak 5 di The Mall

    Posted: 05 Nov 2010 06:32 PM PDT

    Ujibakat Raja Lawak dah tiba di penghujungnya.

    Astro Prima kini semakin giat untuk mencari bakat baru untuk melawak. Setelah penjelajahan ke lima buah negeri untuk cari pelapis pelawak baru, episod ujibakat akan tamat di The Mall.

    Kepada pembaca yang berminat untuk join audition ni, sesi akan diadakan di The Mall pada 6 dan 7 November (Sabtu & Ahad) dari jam 10 pagi hingga 10.00 malam.

    Temui Afdlin Shauki dan Sathiya sebagai juri ujibakat serta kemunculan Johan dan Zizan untuk ujibakat kali ini.

    Shahir

    Shahir: See u there!

    Adira FFM23

    Adira: Kepada peminat, Adira akan perform di The Mall hari ini.

    Nantikan juga persembahan istimewa daripada juara dan naib juara AF Musim 8; Shahir dan Adira dari jam 12 tengahari hingga 2 petang ini di The Mall.

    Satu-satunya pertandingan realiti untuk mencari pelapis bakat lawak di Malaysia, Raja Lawak Astro ternyata tidak menghampakan apabila pihak Astro mengumumkan untuk meneruskan lagi inisiatifnya menjelajah ke enam buah negeri di seluruh Malaysia pada petang ini.

    Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, "Kami telah bersetuju untuk berkunjung ke sebuah lagi negeri iaitu Sarawak bagi mencungkil bakat-bakat baru kerana menerima sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari penduduk di negeri itu.

    Melalui pertambahan sebuah lagi negeri untuk sesi ujibakat ini, kami yakin pihak produksi akan mendapat lebih ramai bakat-bakat baru yang pastinya akan memeriahkan lagi dunia hiburan tanahair terutamanya dalam bidang lawak."

    Pertandingan realiti bakat lawak, Raja Lawak Astro (musim kelima) ini terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan haruslah mempunyai bakat dan minat di dalam bidang komedi. Mereka perlu membuat persembahan pentas secara spontan dan menarik perhatian juri dalam tempoh maksima tiga minit. Pertandingan ini terbuka kepada peserta solo mahupun berkumpulan tidak melebihi tiga orang.

    Para juri akan menilai peserta-peserta berdasarkan beberapa kriteria pemilihan seperti kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti, bakat dan kemahiran lakonan dan sama ada peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak terkenal.

    Pemenang tempat kedua dan ketiga; Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan terus diberi kepercayaan untuk mengacarakan program raja Lawak Astro memasuki musim kelima ini.

    "Kami akan mengumumkan senarai baru barisan juri pada minggu pertama gelanggang Raja Lawak berisaran kelak. Sama ada kami akan mengekalkan barisan juri yang sedia ada dan mencari seorang pengganti bagi kerusi Allahyarham Din Beramboi, atapun membuat rombakan secara keseluruhan, semuanya akan terjawab apabila Raja LawakAstro (musim kelima) mula berisaran pada 7 Januari 2011. Nantikan sahaja," tambah Nizam.

    Anda berbakat boleh buat lawak tak ingat, inilah masanya mencungkil bakat anda. Mana tahu, boleh jadi pelawak terkenal!

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Shahir & Adira di Konsert Reunion Akademi Fantasia 8
  • Ujibakat Raja Lawak Musim 5
  • Bintang Akademi Fantasia 8 di Media Nite Suria FM
  • Gambar Adira di Festival Filem 23
  • Gambar Adira di Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • Perkahwinan Along Raja Lawak dan Zila Seeron Pecah Rekod
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.