Adsense

Rabu, 12 September 2012

Zon Artis

Zon Artis


Ning Sahkan Tidak Terlibat Dalam Show Minuman Keras

Posted: 12 Sep 2012 09:17 AM PDT

NING BAIZURA KONSERT ARAK

Jika Mizz Nina dengan bangganya menyatakan sudah 2 kali berkerjasama dalam menjayakan persembahan pentas yang dianjurkan oleh syarikat minum keras, sebaliknya pula bagi Ning Baizura apabila dia secara rasminya telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan persembahan tersebut dan memaklumkan dia tidak pernah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung untuk mempromosi program tersebut.

Pengesahan Ning menarik diri telah disahkan oleh pihak pengurusan Ning iaitu HappenNings (M) Sdn Bhd menerusi kenyataan media yang telah disiarkan di laman web rasmi Ning. Menerusi kenyataan itu, Ning difahamkan berasa kecewa dengan memaklumkan bahawa gambarnya yang dapat dilihat pada poster iklan itu telah digunakan tanpa persetujuan darinya sekaligus menjejaskan reputasi dan menerima kritikan daripada banyak pihak.

NING BAIZURA KONSERT ARAK

Berikut kenyataan daripada pihak Ning yang disiarkan itu:-

NING BAIZURA TIDAK TERLIBATKAN DI PERSEMBAHAN SOULED OUT "GUINNESS ARTHUR'S DAY"

Ning dengan dukacitanya telah mendapati bahawa Gambar Ning telah digunakan tanpa persetujuannya di dalam sebuah poster untuk persembahan bagi acara "Guinness Arthur's Day" yang akan berlansung pada 28hb September 2012 di Souled Out, Mont Kiara. Poster ini telah disebarkan melalui laman internet.

Ning ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak langsung terlibat dalam promosi "Guinness Arthur's Day" sepertimana yang disalahgunakan dalam poster promosi itu.

Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB.

Ning dan Pihak Pengurusan Happenings memang sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana Syarikat yang mempromosikan minuman keras. Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.

Related Posts with Thumbnails

OHBULAN!

OHBULAN!


Ning Baizura Dapat Pujian, Tarik Diri Daripada Persembahan “Guinness Arthur’s Day”

Posted: 12 Sep 2012 08:14 PM PDT

Menerusi laporan pihak OHBULAN! semalam, Ning Baizura dikatakan telah menarik diri daripada menjayakan persembahan di acara "Guinness Arthur's Day" yang bakal berlangsung pada 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara. Penarikan diri tersebut adalah berikutan isu yang kononnnya persembahan penyanyi ini ditaja oleh jenama minuman keras dan mukanya telah disalahgunakan oleh syarikat tertentu sebagai poster untuk mempromosikan minuman keras tersebut.

Berikutan penarikan diri Ning Baizura daripada meneruskan persembahan tersebut, dia telah mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menerusi laporan di Sinar Harian Online hari ini. Dr Asri yang juga merupakan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia telah melahirkan ucapan tahniah kepada Ning Baizura atas tindakan bijaknya itu.

"Saya ucapkan tahniah kepada Ning. Ini adalah sikap yang baik," katanya.

Selain itu, Dr Asri turut mengeluarkan kenyataan bahawa, sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram.

Menurut laporan yang sama, Dr Asri turut menyeru agar para artis memperbaiki diri mereka dengan mempelajari asas-asas agama untuk kebaikan diri sendiri.

"Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan," ujar Dr Asri.

True Reflection Wangian Terbaru Dari Kim Kardashian!

Posted: 12 Sep 2012 07:26 PM PDT

Simbahan wangian keseksian Kim Kardashian, pasti membuatkan orang disekeliling anda tertawan.

Harumannya yang menusuk ke kalbu dengan limpahan wangian True Reflection pasti membangkitkan aura kecantikan si gadis.

Minyak wangi yang mengiurkan ini menghasilkan bauan yang mengoda dan berahi. Larutan aroma wangian pada kulit anda bakal mencipta haruman terbaik yang sebenar.

Aroma wangian True Reflection adalah benar-benar feminin dimana penghasilan terdiri daripada buah-buahan yang hebat, air yang eksklusif dan bunga-bungaan ketenangan yang mampu memberikan komposisi seimbang.

Ianya dirumus khas daripada Night Blooming Gardenia, Chocolate Orchid, Lotus Flower, Textured Woods, Patchouli dan Skin Musk.

Simbahan keharuman ini diterapkan dengan unsur istimewa bagi membangkitkan keyakinan, kebijaksanaan dan glamor merangkumi setiap sisi anda.

Berikut merupakan iklan haruman kewangian True Reflection dari Kim Kardashian :

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Zizan Razak Dapat Tawaran Jadi Penyampai Era FM

Posted: 12 Sep 2012 05:52 AM PDT

Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio Era FM yang dibuat oleh pihak pengurusan stesen itu.

Zizan, 28, berkata, banyak perkara yang perlu diberi perhatian sebelum bersetuju menyertai stesen radio itu. Dia juga akan bertemu dengan Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran bagi membincangkan tawaran tersebut.

Zizan Razak

"Jika saya bersetuju untuk menyertai Era FM itu bermakna saya sudah bersedia untuk terikat dengan satu lagi komitmen yang besar. Sebab itu saya perlu berfikir dan melihat jadual tugas saya sebelum memberi apa-apa keputusan. Bagaimanapun saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Era FM terlebih dahulu sebelum berbincang mengenai perkara berkenaan sebelum memberi apa-apa keputusan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya di sini, pada Selasa.

Zizan turut memberitahu dia telah dihubungi oleh pihak Era FM bulan lalu untuk tugas tersebut secara sambilan selama sekali seminggu.

Zizan berkata, dia ditawarkan untuk bergandingan dengan Aznil Nawawi menerusi slot Carta Era 40 Bersama Aznil pada setiap Sabtu yang ke udara bermula pukul 12 tengah hari.

"Adalah satu penghormatan jika dapat bergandingan dengan seseorang yang cukup berpengalaman dan saya hormati namun seperti yang saya katakan tadi saya perlu melihat pelbagai aspek sebelum berkata 'ya'. Tambahan pula saya ada sedikit keraguan sama ada dapat menjadi seorang penyampai radio yang baik seperti Pak Nil dan Johan ataupun tidak," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan memberitahu dia dan Johan akan tampil dengan idea dan persembahan segar untuk pementasan Lawak Ke Der 2 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 September sehingga 3 Oktober depan.

Zizan menjelaskan mereka terharu dengan sambutan penonton yang hadir pada musim pertama telah memberikan mereka semangat untuk memeriahkan edisi terbaru ini.

"Alhamdulilah nasib baik jadual saya dan Johan tidak terikat dengan apa-apa projek pada tarikh tersebut dan boleh kami menghiburkan peminat," katanya. Sumber Mstar Online

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Kereta Zed Zaidi Kena Curi

Posted: 12 Sep 2012 03:32 AM PDT

Pelakon yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kehilangan kereta kedua kesayangan dipercayai dicuri dalam kejadian di Kondominium Perdana View, Damansara Perdana di sini, petang Selasa.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, dia menyedari kehilangan kereta itu ketika pulang dari sebuah pusat beli-belah dekat sini bersama isteri, Natalia Mustafa Kamil, 29, dan anak mereka Ryan Ziqry yang baru berusia dua bulan.

"Semasa pulang bersama keluarga, saya mahu melihat kereta kedua saya sebelum masuk ke kondominium dan mendapati ia hilang sedangkan kuncinya berada dalam simpanan isteri saya. Ia diletakkan di tempat letak kereta luar kondominium kerana pihak pengurusan kediaman hanya membenarkan sebuah kereta pemilik sahaja boleh diletakkan dalam kawasan tempat tinggal," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Zed yang enggan memberitahu jenis kereta itu berkata, ia merupakan kejadian kedua selepas kehilangan sebuah pada tahun 2007.

Dia turut kecewa kerana alat pengesan yang dipasangnya dalam kereta itu tidak berfungsi selain beranggapan penjenayah berkenaan mempunyai kepakaran dalam mencuri kenderaan.

"Saya menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika meletak kenderaan masing-masing agar kejadian seperti ini tidak berlaku," ujarnya.

Berikutan kejadian itu isterinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara di sini, malam Selasa. Sumber Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Ingin Atasi Pembengkakan, Kelamin Lelaki Ini Terbuang

Posted: 12 Sep 2012 09:15 PM PDT

KENTUCKY - Seorang lelaki asal Negara Bagian Kentucky, Amerika Syarikat (AS), Phillips Seaton, mendakwa doktor yang mengoperasinya t memotong beberapa bagian alat kelaminnya. Amputasi itu merupakan prosedur yang tidak diketahui oleh Seaton.

Foto : Phillips Seaton (AP)

Pada 2007, Dr John Patterson menjalankan proses operasi untuk mengobati pembengkakan di alat kelamin Seaton. Namun pada saat operasi berlangsung, Patterson menemukan adanya kanser di bagian tubuh pasiennya yang harus segera diangkat.

Pengangkatan kanser itu ternyata harus diikuti pula dengan proses amputasi di beberapa bagian di alat kelamin Seaton. Pengacara Seaton menilai, peristiwa ini merupakan pengabaian medis. 

Patterson seharusnya memberi tahu pesakitnya terlebih dulu sebelum menjalankan proses amputasi. Seaton juga mengatakan bahwa, dirinya tidak pernah menyetujui proses amputasi terhadap alat kelaminnya.

"Masalahnya adalah, pesakit memiliki hak. Dokter tidak berhak melakukan apapun yang diinginkannya, meski hal itu masuk akal," ujar pengacara Seaton, Kevin George, seperti dikutip Daily Mail, Rabu (12/9/2012).

Seaton dan istrinya mendakwa Patterson, pria itu juga mendakwa rumah sakit yang dikelola oleh warga Yahudi AS itu. Perdebatan mengenai kasus Seaton akan dimulai pada pekan ini di Pengadilan Kentucky.

Sementara itu, pengacara Patterson, Clay Robinson mengatakan, kasus hukum itu bukanlah merupakan kasus pengangkatan penis namun, kasus pengangkatan kanker. Sementara itu George kembali menegaskan, Seaton menandatangani dua surat persetujuan sebelum menjalankan operasi, namun sayangnya Seaton buta huruf.

Meski demikian, Seaton tidak pernah mengizinkan Patterson untuk mengamputasi alat kelaminnya. Seaton yang berambut putih itu juga tidak mau berkomentar lebih lanjut mengenai kasus ini.(AUL)

Pelana Terkutuk Ratu Elizabeth Dilelong

Posted: 12 Sep 2012 09:00 PM PDT


Pelana kuda yang digunakan Ratu Elizabeth I (Foto: Daily Mail)

LONDON - Pelana yang biasa digunakan oleh Ratu Elizabeth I dilelong oleh sebuah balai lelong di Inggris. Pelana kuda yang dikutuk tersebut sebelumnya dimiliki oleh penulis Miles Kington.

Balai lelong Dreweatts yang menjual pelana ini memperkirakan benda bersejarah ini mampu terjual hingga 10 ribu poundsterling . Pelana kuda berwarna hijau zamrud itu, digunakan oleh Ratu Elizabeth pada saat melakukan kunjungan ke Bristol pada 1957 silam. Demikian diberitakan Daily Mail, Rabu (12/9/2012).

Pelana kuda ini memang mengundang banyak perhatian, disertai hiasan emas, pelana kuda tersebut menjadi benda berharga bagi keluarga Kington selama bertahun-tahun. Ratu Elizabeth I menggunakan pelana itu saat menempuh jalanan Kota Bristol, di mana dirinya menghadiri latihan perang selama tiga hari dan mendapatkan hadiah emas dari penguasa setempat.

Menurut ahli sejarah dari Dreweatts, pelana ini sudah berusia 438 tahun dan tersimpan dalam keadaan baik. Miles Kington yang memilikinya selama ini, menceritakan kutukan yang berada di balik pelana tersebut.

Kutukan itu diceritakan oleh Kington kepada isterinya, Catherine, sebelumnya kematiannya di usia 66 tahun. Cerita mengenai kutukan ini pun akan disertakan kepada siapapun yang membeli pelana kuda itu.(faj)

Ini Dia Lamaran-lamaran Pernikahan Unik Dan Gila

Posted: 12 Sep 2012 08:45 PM PDT


 Ada begitu banyak lamaran-lamaran pernikahan unik dan juga gila yang boleh dilakukan seorang lelaki untuk melamar kekasihnya. 

Dan berikut adalah beberapa lamaran pernikahan unik dan tergila yang boleh jadi menghabiskan belanja yang banyak dan pastinya mendapat jawaban ya dari para awek mereka.

1. Strip Proposal (lamaran telanjang)

Howard Stern (penyiar radio)  memerintahkan kekasihnya, Beth Ostrosky (seorang artis dan pembawa acara TV di AS) untuk telanjang habis dan kemudian melamarnya tepat sebelum kemudian mereka berhubungan seks.

2. Police Raid (lamaran serangan polis)

Jon S. Cardin, seorang Demokrat County Baltimore menggunakan para petugas polis dari laut dan beberapa unit helikopter untuk memperagakan serangan atau penyerbuan palsu selama si anggota parlimen itu melamar kekasihnya - yang mana belakangan hal itu menjadi heboh dan kontroversi di kalangan polis setempat dan pastinya membuat sang anggota parlimen itu mendapat masalah, tapi untungnya kekasihnya mengatakan "ya".

 3.Movie Trailer Marriage Proposal

Lelaki yang namanya tak diketahui ini melamar kekasihnya selama 14 tahun, Tracey, dimana lelaki ini mengajak Tracey pergi nonton wayang.

Seperti yang ditulis si lelaki ini dalam video yang di uploadnya pada 20Ogos 2008 dengan judul yang sama di YouTube, lelaki itu menyewa seluruh teater dan juga mengundang sekitar 160 orang keluarga dan teman di teater itu.

"Aku membuat seolah-olah kami datang sedikit terlambat dan masuk ke dalam setelah lampu-lampu dimatikan  dan film-film trailer sedang diputar," ujar si lelaki.
Lelaki itu membuat sebuah trailer film tentang beberapa kenangan dan perjalanan hidup mereka dimana pastinya dalam film itu Tracey dan si pria digantikan oleh peran pengganti.

Tracey sendiri tak menyangka kalau film itu adalah untuk melamar dirinya hingga 2 detik terakhir trailer itu disiarkan, dimana saat adegan pemeran lelaki mencuba melamar si wanita, pemeran pengganti itu kemudian berganti menjadi si pria atau kekasih Tracey sambil membawa cincin tunangan.

 4. A surprise Broadway Marriage Proposal

David McDonald, seorang pemain Broadway, anggota Memphis, melamar kekasihnya di akhir pertunjukkan di Shubert Theatre dimana beratus-ratus mata menyaksikan adegan itu.

Lewat video yang diup load pada 20 April 2011  terlihat usai pergelaran Memphis, dihadapan semua para pemain Memphis dan penonton, David melamar kekasihnya  yang menonton dan berdiri di bahagian kerusi depan (usai penonton memberi standing aplaus), David pun memperkenalkan kekasihnya itu sebelum akhirnya dirinya melamar sang kekasih yang pastinya nampak terharu sekaligus senang saat dirinya dilamar.


5. Lamaran Pura-pura Mati Dilanggar Kereta 
Baru-baru ini seorang pria Rusia melamar kekasihnya dimana si pria berpura-pura meninggal akibat kecelakaan kereta.

Adapun Alexey Bykov janjian bertemu dengan kekasihnya, Irene Kolokov di tempat yang sudah ditentukan. Ketika Irene tiba di lokasi disana sudah terlihat mobil-mobil yang hancur, ambulans dan pastinya Alexey yang terbaring di jalan, pura-pura mati dengan darah palsu dimana-mana. Karuan hal itu membuat Irene menangis. Namun kemudian Alexey pun bangkit dan melamar Irene dengan masih tertutup darah palsu.

Nenek mangsa buli dapat derma RM2.1 juta

Posted: 12 Sep 2012 08:30 PM PDT


TORONTO, Kanada - Seorang pengawas bas sekolah yang dibuli tanpa belas kasihan oleh empat pelajar sekolah menengah rendah di New York menerima lebih AS$700,000 (RM2.1 juta) dalam derma yang dikumpulkan oleh seorang lelaki Kanada.
Karen Klein (gambar), 68, menerima cek berkenaan pada satu majlis di sini kelmarin.
Seorang jurucakap untuk kempen dana tersebut berkata, lebih 30,000 orang dari 84 buah negara telah menyumbang bagi membantu meringankan beban Klein.
Jumlah derma terkumpul itu jauh melebihi jangkaan seorang lelaki Kanada, Max Sidorov yang memulakan inisiatif mengmpulkan dana AS$5,000 (RM15,560) supaya Klein boleh pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya.
Simpati orang ramai terbit susulan insiden buli tersebut yang dirakam oleh seorang pelajar di dalam bas berkenaan dan disiarkan di YouTube pada Jun lalu.
Klip video itu menunjukkan Klein cuba untuk tidak menghiraukan cemuhan, cacian dan ugutan yang dilemparkan terhadapnya oleh keempat-empat pelajar itu. - AP
sumber : mymetro

Facebook mahu bina sistem untuk peranti mudah alih

Posted: 12 Sep 2012 08:15 PM PDT


SAN FRANCISCO - Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kelmarin berkata, gergasi laman sosial itu sedang memberi fokus kepada sistem peranti mudah alih. Ia perlu dilihat sebagai satu langkah bijak walaupun kemunculannya dalam pasaran saham sebelum ini mengecewakan.
"Ia amat jelas daripada statistik dan gerak hati saya bahawa ekosistem menuju ke arah peranti mudah alih dan bukan komputer meja. Itulah masa hadapan. Kami akan menghasilkan produk terbaik," kata Zuckerberg ketika ditemu bual pada persidangan TechCrunch Disrupt di sini.
Zuckerberg menegaskan bahawa syarikat itu pernah dipandang rendah dan kini berada di landasan betul untuk menjana keuntungan menerusi peranti mudah alih berbanding komputer.
Ini merupakan penampilan pertama beliau sejak nilai tawaran awam (IPO) Facebook pada 18 Mei lalu yang sepatutnya mendapat sambutan tetapi gagal. Saham Facebook susut setengah daripada nilainya IPO asalnya iaitu AS$38 (RM116.8) sesaham.
Zuckerberg bagaimanapun menafikan pihaknya akan menghasilkan telefon pintarnya sendiri. "Apple, Google dan semua orang menghasilkan telefon. Kami menuju ke arah berlawanan. Kami mahu membina sistem yang boleh diintegrasi di antara semua peranti pintar," katanya. - AFP
sumber : kosmo online

Mati akibat suntikan silikon pada kemaluan

Posted: 12 Sep 2012 08:00 PM PDT


NEWARK, New Jersey - Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin.
Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.
Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.
Rivera menjalankan prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia mati akibat embolisme silikon.
Pasukan penyiasat percaya Rivera ada melakukan prosedur sama sebelum ini, tetapi tiada saksi baharu yang tampil. Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$75,000 (RM230,294). Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun. - AP

sumber : kosmo online

Penyelidik cipta robot mampu jawab soalan peperiksaan universiti

Posted: 12 Sep 2012 07:45 PM PDT


TOKYO: Penyelidik di dua syarikat gergasi Jepun sedang menyiapkan satu robot yang diharap cukup pintar untuk menduduki peperiksaan di universiti terkemuka negara itu yang menjalankan pelbagai ujian, termasuk matematik dan bahasa asing.
Otak robot itu akan menganalisis perkataan, nombor dan persamaan sebelum - diharap - mampu memberikan jawapan betul bagi soalan peperiksaan Universiti Tokyo yang terkenal rumitnya. Pegawai syarikat penyelidik teknologi maklumat gergasi Jepun, Fujitsu Laboratories, Hidenao Iwane, berkata robot berkenaan perlu menganalisis soalan peperiksaan universiti itu dan mengubah formula serta persamaan bagi membolehkan ia diproses sebelum diselesaikan melalui algebra komputer.

Fujitsu dan National Institute of Informatics berkata, mereka menyasarkan robot itu mampu memperoleh markah tinggi dalam peperiksaan berkenaan. Bagaimanapun, sebelum itu, robot berkenaan akan terlebih dulu diuji untuk menjawab peperiksaan bagi lepasan sekolah yang bakal memasuki universiti. Matlamat akhir mereka, kata Fujitsu, ialah "membangunkan teknologi yang membolehkan seseorang menggunakan peralatan penganalisis matematik canggih dengan mudah." - AFP







sumber : mymetro

Penerbit filem sembunyi

Posted: 12 Sep 2012 07:30 PM PDT


LOS ANGELES: Seorang penerbit filem Israel yang berpejabat di California bersembunyi semalam selepas filemnya yang menghina Nabi Muhammad (SAW) mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di Mesir dan Libya.
Bercakap menerusi telefon dari lokasi yang tidak didedahkan, penulis dan pengarah, Sam Bacile terus angkuh dengan menyifatkan Islam sebagai 'barah.' Bacile, 56, berkata, dia menghasilkan filem itu sebagai kenyataan politik yang bersifat provokasi untuk mengutuk Islam. Bacile yang juga pemaju hartanah di California yang memperkenalkan dirinya sebagai Yahudi Israel berkata, dia percaya dengan mendedahkan 'keburukan' dalam Islam kepada dunia menerusi filem itu akan dapat membantu Israel.

"Islam ialah barah," katanya berulang kali dalam wawancara dengan AFP.


Pembikinan filem ' Innocence of Muslims,' sepanjang dua jam itu menelan belanja RM15 juta dan dibiayai oleh lebih 100 penderma Yahudi, kata Bacile.

Seorang jururunding filem berkenaan, Steve Klein berkata, Bacile bimbang mengenai nasib keluarganya di Mesir.


Menurut Klein, dia membantu Bacile menerbitkan filem berkenaan tetapi sebelum itu mengingatkannya, dia mungkin ditimpa nasib yang sama seperti Theo van Gogh.



Van Gogh ialah pengarah filem Belanda yang dibunuh pada 2004 kerana menerbitkan filem yang menghina Islam. - AFP

sumber : mymetro

Gaji cuci pinggan RM7,500 sebulan

Posted: 12 Sep 2012 07:15 PM PDT


SINGAPURA: Jumaat lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sakae Sushi, Douglas Foo bercerita di radio UFM100.3 mengenai kepayahan untuk mencari pekerja berkolar biru tempatan. Ketika diwawancara, Foo berkata, dia tidak dapat mencari pencuci walaupun ditawarkan gaji Sg$3,000 (RM7,500) sebulan.
Perbualan itu menyebabkan debat umum, di mana ramai pengguna internet berpendapat tawaran gaji setinggi itu sukar dipercayai. 
Seorang lelaki dipetik oleh akhbar tempatan sebagai berkata, "Saya pernah menjadi pengurus dan hanya dibayar gaji Sg$2,500 (RM6,247). Sukar untuk dipercayai seorang pencuci mendapat gaji Sg$3,000 (RM7,500)."

Walau bagaimanapun, ketika Foo ditemui oleh akhbar untuk diwawancara, bukan saja dia menolak kata-kata mereka yang skeptikal, malah menambah, Sakae Sushi kini mencari 10 pekerja untuk mencuci pinggan dan menjaga kebersihan kedai mereka.



Mereka juga perlu datang kerja lebih awal, sebelum kedai dibuka untuk membersihkan premis dan membuang sampah.


Walaupun restoran itu dilengkapi dengan mesin pencuci pinggan mangkuk, Foo berkata pekerja manual masih diperlukan untuk membersihkan sisa makanan dari pinggan mangkuk.

Katanya, calon pekerja mencuci pinggan didapati tidak sesuai, kerana itu mereka mempunyai kekosongan untuk 10 pekerja.

Semalam, syarikat itu melalui laman Facebooknya, mengesahkan mereka mencari pencuci pinggan warga tempatan atau penduduk tetap Singapura dengan tawaran gaji Sg$3,000, sebulan.

Dalam status yang dikemas kini pada jam 5 petang, Sakae Sushi berkata: "Kami mengesahkan kami mencari pekerja warga Singapura atau penduduk tetap dengan gaji Sg$3,000."

Mereka yang memberi respons kepada status itu skeptikal dan menganggap ia cuma helah pemasaran. - ST 


SUMBER : MYMETRO

Moustafa bangga jadi ‘Popeye’

Posted: 12 Sep 2012 07:00 PM PDT


BOSTON: Seorang ahli bina badan kelahiran Mesir diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter, lapor media semalam.
Moustafa Ismail, 24, menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.
Disiplin itu membolehkan Moustafa memiliki bisep yang sama besarnya dengan ukur lilit pinggang lelaki dewasa.

Walaupun fizikalnya seperti watak kartun Popeya, Moustafa mengaku dia tidak gemar sayur bayam, sebaliknya dia memakan sehingga 1.5 kilogram ayam, 0.5 kilogram daging atau ikan dan empat cawan almond bersama sembilan liter air dan tiga liter bancuhan protein.



Disebabkan komited dengan aktiviti bina badan, Moustafa membawa semua ahli keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan dia menggunakan peralatan lebih baik.


Kata Moustafa, ramai mendakwa mereka terkenang kepada Popeye setiap kali melihatnya.

"Saya hanya ketawa dan berpendapat, lengan saya lebih besar daripada Popeye," katanya.

Moustafa berkata, dia memulakan aktiviti bina badan 10 tahun lalu dalam usahanya mengekalkan kecergasan.

Selepas sering mengunjungi gimnasium, katanya, dia menerima banyak pujian mengenai bisepnya.

"Justeru, saya menumpukan aktiviti latihan kepada bisep dan membentuknya menjadi lebih besar," katanya.

Lima tahun lalu Moustafa gagal dipilih menyertai pasukan bina badan Mesir.

Kegagalan itu mendorong dia berhijrah ke AS.

Walaupun mengakui mengambil bancuhan protein untuk membentuk badannya, Moustafa berkata, keupayaannya itu juga dipengaruhi genetik bapanya - seorang ahli gusti Mesir.

Setiap hari, Moustafa berlatih dari jam 5 pagi hingga 8 pagi dengan tumpuan diberikan kekuatan jantung serta pembentukan fizikal.

Jika tidak berada di gimnasium, Moustafa menguruskan dua stesen minyak miliknya di Massachusetts.

Kata Moustafa, latihan fizikal membolehkan dia fokus dalam setiap apa yang dilakukan.

"Pada masa sama, anda boleh melihat bagaimana fizikal anda berubah," katanya.

Bisep Moustafa kini disahkan sebagai paling besar dan namanya muncul dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 yang dilancarkan di London, semalam. - DM


SUMBER : MYMETRO

Tertuduh kes amuk pakai topeng ‘Masked Rider’ pula

Posted: 12 Sep 2012 06:45 PM PDT


PUTRAJAYA: Muhdalena Ahmad yang didakwa terbabit dalam kes amukan bersenjata bersama seorang lelaki di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, Julai lalu, sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia dilihat memakai topeng 'Masked Rider' sewaktu berjalan masuk dan keluar bagi sebutan semula kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Sebelum ini, ibu dua anak berusia 28 itu yang juga bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menarik perhatian media dengan topeng 'Power Rangers' bagi mengelakkan wajahnya dirakam media ketika hadir untuk sebutan kesnya.

Dalam sebutan semula kesnya itu, Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Kamil Nizam menetapkan 11 dan 12 Oktober depan bagi tarikh perbicaraan, manakala sebutan bagi pengurusan kes itu pada 28 September ini. Ketetapan itu dibuat selepas kedua pihak iaitu pendakwa raya terdiri daripada Kalmizah Salleh, Nadia Mohd Izhar dan Henry Tan serta peguam bela tertuduh, M Visvanathan bersetuju dengan tarikh berkenaan. Mohamad Kamil berkata, di dalam prosiding juga meminta pihak pendakwa dan peguam bela mengadakan pertemuan bersama di luar mahkamah sebelum perbicaraan kes. Muhdalena yang hadir ditemani bapanya, Ahmad Adam, 55, memakai baju kurung berwarna hitam bercorak batik hijau serta bertudung berdiri di kandang tertuduh. Terdahulu, pihak pendakwa memberitahu mahkamah sudah memberikan dokumen berkaitan kepada tertuduh, tetapi peguam bela memberitahu belum menerima sebarang dokumen kerana baru saja dilantik dan beliau yakin tertuduh akan menyerahkan dokumen berkenaan kepadanya. Sementara itu, Visvanathan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan pihaknya akan memohon pemeriksaan mental di Hospital Tanjung Rambutan bagi anak guamnya ketika pertemuan di luar mahkamah bersama pendakwa raya. "Saya akan memohonnya dan bila-bila masa sekiranya diperlukan, saya akan mengemukakannya," katanya. Pada 16 Julai lalu, Muhdalena mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan membawa senjata berbahaya.


Pendakwaan terhadapnya dilakukan di Wad 3B, Bilik 28, Hospital Putrajaya (HPJ) kerana dia ketika itu masih menerima rawatan selepas cedera di paha kanan akibat terkena tembakan dalam kejadian turut menyebabkan lelaki bersamanya, yang mengaku 'Imam Mahadi', Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, terbunuh.

sumber : mymetro

Apek mati tinggal gigi

Posted: 12 Sep 2012 06:30 PM PDT


ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas yang terbabit kemalangan di Jalan Padang Sebang-Alor Gajah, sempat mengeluarkan gigi palsu dipakainya dan diletakkan di sisinya sebelum meninggal dunia, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, mangsa, Chai Koh Mek, 74, yang menunggang Honda EX-5 bersendirian dikatakan datang dari arah bandar ini menuju Pulau Sebang.

Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tayar belakang basikal Muhamad Fazrul Ayman Fazri, 12, yang berada di laluan kiri jalan berkenaan.


Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Muhamad Fazrul Ayman yang sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula bengkak di kaki kiri akibat terpelanting dari basikalnya.


Bapa murid itu, Fazri Duamit, 43, tersentak apabila menerima panggilan daripada isterinya, Mahanum Ahmad, 39, memaklumkan anak sulung mereka terbabit kemalangan.



"Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja di pekan Alor Gajah dan bergegas pulang untuk melihat keadaan anak. Ketika dalam perjalanan, saya ternampak sekujur tubuh manusia terbaring atas jalan dan menyangkakan lokasi itu tempat anak terbabit kemalangan.

"Sebaik tiba di rumah, saya mendapati Fazrul ada dan terus memeluknya. Dia kemudian memberitahu tayar basikalnya dirempuh sebuah motosikal," katanya yang bekerja sebagai pemandu bas.


Menurutnya, dia difahamkan anaknya tercampak ke tepi longkang manakala mangsa tercampak di tengah jalan sebelum Fazrul yang ketakutan pulang ke rumah dengan basikal rakan.

Bagi Muhamad Fazrul yang ditemui di rumahnya di Padang Sebang, dia terkejut selepas basikalnya dirempuh motosikal mangsa sebelum tercampak.


"Ketika itu, dua rakan saya sudah melintas ke seberang jalan sebelum mereka datang semula dan meminjamkan basikal supaya dapat memaklumkan kejadian kepada ibu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


sumber : mymetro

Bapa bedil kepala sendiri

Posted: 12 Sep 2012 06:15 PM PDT


IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), membunuh diri dengan menembak kepalanya sendiri.
Mayat lelaki itu ditemui terbujur berhampiran kawasan ladang limau di Kampung Rapat, berhampiran pinggir Lebuh raya Utara-Selatan, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
S Ravindran, 44, didakwa melepaskan dua das tembakan ke arah kaki anaknya, R Hariharen, 15, selepas bertengkar dengan isterinya di hadapan rumah mereka di Taman Panorama Indah, Gunung Rapat, di sini, jam 4.40 petang kelmarin.

Sumber polis berkata, dia ditemui mati oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.




sumber : mymetro

Mati dikapak suami

Posted: 12 Sep 2012 06:00 PM PDT


SHAH ALAM: "Sebaik masuk dalam bilik, badan saya menggigil apabila melihat dia sudah tidak bernyawa dan tompokan darah memenuhi sebahagian bilik," kata Poziah Supian@Supien, 56, jiran seorang wanita Indonesia yang mati dipercayai akibat dikapak suaminya sendiri.
Mangsa dikenali sebagai Noviaryani, 34, ditemui mati di rumah sewanya di Lorong Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, di sini, jam 9 malam kelmarin dan polis turut menemui sebilah kapak yang dipercayai digunakan untuk menetak belakang kepala mangsa.
Sebelum kejadian, mangsa yang juga suri rumah bertengkar dengan suaminya dalam bilik mereka yang disewa bersama tiga pasangan lain sebelum suaminya dilihat keluar dan meninggalkan rumah dengan motosikal.

Poziah berkata, ketika berada di luar rumah, dia melihat suami Noviaryani atau lebih mesra dipanggil Ani, keluar dari rumah dengan membawa beg dan menaiki motosikal dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa berlaku di rumahnya.


sumber : mymetro

Perut hampir pecah

Posted: 12 Sep 2012 05:45 PM PDT


MUKAH: "Hati saya sayu melihat perut budak lelaki itu hampir pecah," kata saksi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kanak-kanak berusia lapan tahun apabila lori dipandu bapanya merempuh sebuah lori lain di Sungai Selat, Jalan Bintulu-Tatau, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Bryant Tiong Kung Yan, murid tahun dua sekolah rendah di bandar Sibu, mati di tempat kejadian akibat cedera di perut selepas lori membawa muatan gam dipandu bapanya, Tiong Ing Tung, 44, merempuh belakang lori baja.

Saksi berkenaan, Edward Banting, 21, berkata, ketika kejadian dia memandu keretanya mengekori lori berkenaan sebelum pemandu lori di depannya menekan brek secara tiba-tiba sambil mengelak sesuatu sebelum berhenti secara mengejut.


"Saya sendiri nyaris merempuh belakang lori dipandu mangsa, tetapi disebabkan berada pada jarak yang selamat, saya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.

"Sejurus kemudian saya melihat pemandu lori berkenaan turun dengan kepalanya berlumuran darah menuju ke arah tempat duduk sebelah pemandu," katanya. Edward berkata, dia memberhentikan kereta dan terkejut apabila mendapati pemandu lori itu cuba mengeluarkan anak lelakinya yang tidak sedarkan diri, tersepit di tempat duduk penumpang.


"Ketika itu saya sempat melihat perut kanak-kanak itu cedera parah dan banyak darah keluar. Selepas 10 minit, kami mengeluarkan kanak-kanak itu, namun tubuhnya langsung tidak bergerak," katanya.



Pemandu lori baja terbabit, Latip anak Kerani, 42, berkata ketika kemalangan, lalu lintas di jalan berkenaan sesak kerana ada kerja naik taraf jalan dilakukan menyebabkan kenderaan berderet menunggu giliran melepasi kawasan pembinaan.

"Tiba-tiba lori saya dirempuh kuat dari belakang. Saya turun dan mendapati lori lain melanggar bahagian belakang kenderaan saya.


"Ketika itu saya nampak pemandunya cedera di kepala manakala seorang kanak-kanak berlumuran darah tersepit di tempat duduk depan," katanya.

Difahamkan, Bryant menemani bapanya menghantar muatan gam ke Bintulu berikutan cuti sekolah sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung sekarang. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian beberapa minit kemudian akibat cedera parah pada badan, manakala bapanya dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan dilaporkan menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kemalangan berkenaan menyebabkan keadaan lalu lintas di situ sesak lebih tiga jam.


sumber : mymetro

Nama pelik bagi syarikat

Posted: 12 Sep 2012 05:30 PM PDT




Bagi mereka biasa.....








Siapa menang?

Posted: 12 Sep 2012 05:15 PM PDT


LETAK MAKLUMAT IKLAN

Cara paling brutal menghukum murid

Posted: 12 Sep 2012 05:00 PM PDT

image

Kalau macam menghukum murid mahu patah tulang pungkuk murid ni…..

Memang hebat..

Posted: 12 Sep 2012 04:45 PM PDT


Oops…Sedang Asyik Laporkan Berita, Rambut Reporter TV Dikunyah Unta

Posted: 12 Sep 2012 04:30 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID,VIRGINIA – Seorang wartawan berita TV terkejut ketika sedang melaporkan berita. Sebuah mulut kotor berbau ternyata tiba-tiba muncul di hadapannya. Adalah seekor unta yang cuba memakan rambut sang wartawan ketika sedang melaporkan berita tentang penyiksaan haiwan.

TV Virginia wartawannya, Tara Morgan, ketika itu sedang berusaha untuk meakam sebuah laporan tentang pelecehan haiwan ketika unta mulai mengunyah rambut panjangnya. NBC12 memfilemkan kejadian tersebut di Richmond yang menjadi tempat di mana sang wartawan diganggu oleh unta lapar.

Ketika Tara Morgan sedang akan membaca laporannya, seekor unta tiba-tiba muncul di samping Tara Morgan. Si Unta memandang rambut perang Tara Morgan penuh kelaparan. Lalu, binatang padang pasir itu tiba-tiba mengambil, mengunyah dan cuba menarik rambut dari kepala Tara Morgan. Juru Kamera langsung berhenti mengambil gambar dan pergi membantu Tara Morgan untuk membebaskan rambutnya dari mulut unta.

Perlu waktu beberapa detik untuk melepaskan rambut Tara Morgan dari mulut unta. Ketika unta mendekatinya, Tara Morgan sudah merasa laporan beritanya tidak akan berlangsung mulus. ''Sesuatu itu (unta) mungkin bukan idea yang baik,'' katanya.

Setelah rambutnya dibebaskan dari mulut unta, Tara Morgan bertanya kepada unta,"Mengapa kamu memakan rambutku?" Stesen setempat mengatakan tidak ada haiwan atau wartawan terluka dalam rakaman dari cerita tersebut.

Wajah Spiderman bila pencen

Posted: 12 Sep 2012 04:15 PM PDT

boleh relaks sambil hisap rokok

Berhati-hati akak,kan dah koyak...

Posted: 12 Sep 2012 04:00 PM PDT

Kesian akak ni tak pasal-pasal
seluanya terkoyak...



Burger+pizza+nuggets+kentang goreng,all-in-one

Posted: 12 Sep 2012 11:00 AM PDT






sekali rasa semunya....

Buku Pelajaran sex khusus budak sekolah rendah yang bikin heboh

Posted: 12 Sep 2012 10:30 AM PDT

Buku Pelajaran Sex anak sekolah rendah di China yang berbentuk komik manga membuat heboh dan menimbulkan kontroversi terutama dari pihak luar negeri.Tujuan buku ini katanya untuk pendidikan seks diusia awal.

Berikut adalah cuplikan dari buku Sex untuk anak sekolah rendah di China, mulai dari sampul depan sampai ke yang ehem - ehem



Tempat menyorok barang yang unik

Posted: 12 Sep 2012 10:15 AM PDT

Cuba kita lihat gambar-gambar tempat menyimpan barang yang berharga ini.Begitu unik dan kita tidak menjangka ada barang berharga yang tersimpan didalamnya.