Adsense

Rabu, 12 September 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Esma Daniel Tidak Berniat Burukkan Zaiton Sameon

Posted: 12 Sep 2012 06:41 PM PDT

Esma Daniel berharap filem Zaiton Ceritaku akan mendapat perhatian daripada penonton.
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Esma Daniel menyangkal dakwaan bahawa filem pertama arahannya iaitu Zaiton Ceritaku yang berdasarkan pengalaman hidup penyanyi Zaiton Sameon dihasilkan untuk memburuk-burukkan artis itu.
Esma menjelaskan jalan cerita filem itu adalah berdasarkan fakta yang diceritakan sendiri oleh Zaiton dan mendapat persetujuan daripadanya untuk difilemkan.
"Filem ini dihasilkan mengikut perspektif Zaiton sendiri dan beliau banyak memberi nasihat mengenai apa yang patut dimasukkan ke dalam karya ini sebagai jalan cerita.
"Walaupun ada beberapa bahagian yang menceritakan mengenai sejarah buruk mengenai dirinya tetapi Zaiton membenarkan ia dipaparkan supaya penonton dapat mengetahui perkara sebenar tentang kisah hidup dirinya," kata Esma.
Filem Zaiton Ceritaku yang menampilkan Nadia Aqilah sebagai Zaiton bakal ditayangkan pada 1 November depan.
Dalam pada itu, Esma berkata, Zaiton berharap dengan paparan mengenai kisah hidupnya ia dapat membuka mata masyarakat mengenai apa yang telah terjadi supaya mereka mengambil pengajaran daripadanya.
Zaiton memberi input mengenai kisah hidupnya untuk dijadikan jalan cerita filem tersebut.
Esma memberitahu, menerusi filem ini juga Zaiton dapat menjawab segala tohmahan dan tanggapan buruk terhadap dirinya oleh sesetengah pihak sebelum ini.
"Bagi Zaiton filem ini amat penting untuk beliau menceritakan perkara sebenar kepada masyarakat dan atas dasar itu juga beliau banyak memainkan peranan penting dalam menjayakannya.
"Malah ada beberapa kali beliau turun padang untuk memberi sokongan kepada kami semasa penggambaran dibuat," ujarnya.
Sementara itu, Esma memberitahu filem berkenaan tidak menggunakan mana-mana visual asal yang melibatkan penyanyi itu sebaliknya ia dibuat kembali bagi menggambarkan sesuatu situasi.
Malah kata dia cukup berpuas hati dengan prestasi Nadia yang memegang watak sebagai Zaiton dan pelakon itu berjaya menyelami watak tersebut dengan baik.
"Saya sendiri terkejut hasil lakonan Aqilah yang sangat bagus dan kelebihannya yang boleh menyanyi dengan baik telah memberi tambah nilai kepada lakonannya," jelasnya.
- ---

Terlewat Tu Kurang Disiplin La - Kamal Adli Nafi

Posted: 12 Sep 2012 06:35 PM PDT

Kamal menolak dakwaan kononnya dia seorang artis yang tidak berdisiplin. Foto SHAARI CHE MAT.
PETALING JAYA: Pelakon kacak Kamal Adli menolak dakwaan kononnya dia mengalami masalah disiplin sehingga menjejaskan sesuatu penggambaran filem atau drama yang dilakonkannya.
Kamal, 26, berkata, dia berasa hairan apabila isu itu dibangkitkan bagi merosakkan reputasinya sebagai pelakon namun bersyukur masih mendapat sokongan daripada ramai pihak.
"Jika betul saya tidak berdisiplin sudah lama kerjaya lakonan saya terkubur tetapi Alhamdulillahlah penerbit dan pengarah masih memberikan kepercayaan untuk saya berlakon dalam produksi mereka," katanya.
Bagaimanapun Kamal mengakui ada kalanya dia terlambat ke lokasi penggambaran dan ia bukan disengajakan.
"Saya bukanlah sempurna dan mengakui ada kalanya saya terlambat ke lokasi kerana terikat dengan jadual lain dan paling lambat pun, lebih kurang sejam," katanya.
Kamal bergandingan dengan Fasha Sandha dan Shah Iskandar dalam drama bersiri terbaru berjudul Runtun Qalbu.
Dalam pada itu, Kamal berkata, dia tidak berkecil hati dengan tuduhan itu kerana menganggap ia adalah bukti masyarakat sayang dan prihatin terhadap dirinya.
"Saya lebih bimbang jika orang langsung tidak berminat untuk menegur atau mempedulikan tentang diri saya. Lebih baik ada yang menasihati supaya saya tidak lupa diri," jelasnya.
Sementara itu, Kamal melahirkan rasa teruja apabila diberi kepercayaan memegang watak utama dalam drama bersiri terbaru berjudul Runtun Qalbu arahan Khalid Nadzri.
Menurut Kamal, watak dalam drama yang turut menggandingkannya dengan pelakon Fasha Sandha itu cukup berat dan memerlukan perhatian yang cukup mendalam.
"Watak yang saya pegang penuh dengan tekanan dan bukan mudah untuk memberi reaksi itu supaya penonton percaya dengan apa yang kita cuba sampaikan.
"Saya banyak berlatih di hadapan cermin untuk memastikan mimik muka tertekan dapat digambarkan dengan jelas," ujarnya.
Drama bersiri 13 episod itu bakal menemui penonton menerusi slot Zehra mulai 21 September ini.
Ia akan disiarkan pada pukul 9 malam setiap Jumaat di TV3.
- ---