ANUGERAH SKRIN KEMBALI… Sebahagian Telefilem Terpilih Bakal Serikan Malam Ahad Anda
Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin kini kembali untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air pada bulan November ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah Skrin bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah ia juga menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara.
Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2012, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2012. Ia akan disiarkan setiap Ahad, jam 9.00malam – 11.00 tengah malam mulai 16 September 2012 hingga 4 November 2012, antaranya, Pelarian, Ku Petik Dosa, Di Telapak Kaki Bonda, Bedah Tong Gas, Aku Mahu Terbang, Ajaibnya Cinta, Hilangnya Doa Seorang Ibu dan Maharku Untukmu.
Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV Al-Hijrah untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 berkata, "Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka. Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan bermutu yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami berharap agar penganjuran ASK 2012 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain."
"Untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas Anugerah Skrin 2012 pada bulan Oktober nanti," tambah Cik Sherina.
Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif disamping boleh menarik perhatian penonton. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012 dan pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement mengikut 'genre' masing-masing. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.
Berikut adalah sinopsis antara TELEFILEM ANUGERAH SKRIN 2012:
Pelarian (16 September 2012, 9.00malam) "Pelarian" mengisahkan tentang tiga beradik, Muhamad, Miza dan Bobok mencari ibu mereka yang meninggalkan mereka untuk mencari suaminya. Pengembaraan Muhamad, Miza dan Bobok bermula apabila mereka pergi ke bandar untuk mencari ibu mereka, Ramlah yang turut membawa sama adik mereka yang cacat iaitu Yusoff. Tiga beradik ini melalui pelbagai dugaan dan cabaran dalam usaha untuk mencari ibu yang masih tidak dapat dipastikan nasib mereka. Muhammad mendapat perlindungan di Yayasan Rabiah manakala Miza terjerumus di lembah kota. Pelakon: Aeril Zafril, Vanidah Imran, Sharifah Amani, Talha Harith, Azhan Rani, Noorkhiriah.
Di Telapak Kaki Bonda (23 September 2012, 9.00malam) Fairuz, seorang pembuat sepatu manik yang mewarisi kemahiran kaum Peranakan yang unik tersebut daripada ibu mertuanya yang merupakan seorang Nyonya, Bibik Lim. Bibik Lim menyayangi Fairuz sebagai anak kandung dan telah menurunkan ilmunya tentang cara menyulam manik atas sepatu nyonya kepadanya. Namun, Fairuz tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sejak meninggalkan kampung untuk menyambung pelajaran di bandar kerana tidak direstui oleh ibunya, Umi Kalsom. Fairuz pada zaman mudanya seorang gadis yang keras kepala dan sangat memberontak. Kini, Fairuz telah berubah menjadi seorang wanita yang berpegang teguh kepada agama dan nilai-nilai murni. Harapan Fairuz untuk memperbaiki hubungannya dengan Umi Kalsum tersimpan dalam sebelah sepatu manik yang disulam 'Al-Jannah'. Apakah doanya akan dimakbulkan? Pelakon: Diana Danielle, Hansen Lee, Hairie Othman, Sherry Merlis, Angelina Tan, Munif Isa, Izreen Azminda, Shukri Yahaya.
Ku Petik Dosa (30 September 2012, 9.00malam) Aina dan Haris berkahwin pada usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina mengambil keputusan untuk kembali bekerja apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Qaseh telah dihantar ke rumah jirannya, Kak Sal. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk bekerja siang dan malam. Suami Kak Sal, Khalid yang terlalu mengikut nafsunya telah menodai kanak-kanak yang masih kecil itu. Kak Sal menjadikan Qaseh sebagai mangsa kemarahannya terhadap Khalid dan merahsiakan hal tersebut daripada Aina dan Haris. Perwatakan Qaseh mula berubah menjadi penyedih dan pendiam. Kebetulan Aina sedang mengandung anak kedua maka perubahan Qaseh dianggap merajuk dan merasakan dirinya tidak disayangi. Keadaan Qaseh semakin teruk sehingga dia selalu demam dan akhirnya muntah darah dan pengsan. Aina mengejarkannya ke hospital dan terkejut apabila pihak hospital mengesahkan Qaseh didera dan dirogol. Pelakon: Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia, Fikree Bakar
Bedah Tong Gas (7 Oktober 2012, 9.00malam) Bedah menjalankan perniagaan menjual tong gas dalam kampungnya. Dia yang baru sahaja mencecah 27 tahun merupakan anak tunggal kepada Mak Senah, seorang penjual jamu kurus. Gaya Bedah tidak ubah seperti artis wanita yang cantik. Dia merasakan dirinya antara yang paling cantik dalam kampung. Bedah mempunyai akaun Facebook dan laman blog iaitu www.bedahtonggas.blogspot.com. Laman Facebooknya pula dia menggunakan nama 'Bedah Cun'. Dua orang pemuda nakal kampung iaitu Zamri dan Ucop sering mengganggu Bedah. Mereka berdua suka mengenakan Bedah termasuklah menyamar menjadi pemuda kaya yang berkenalan di Facebook Bedah dan juga membuat tempahan palsu. Ayah Zamri, Lebai Kulop, seorang yang pakar dalam berbudi bahasa dan pandai berjenaka turut menyukai Bedah dan menjadi rakan Bedah di facebook. Pelakon: Noorkhiriah, Bell Ngasri, Joey Daud, Syanie, Jalil Hamid.
Aku Mahu Terbang (14 Oktober 2012, 9.00malam) Aku Mahu Terbang berkisar tentang seorang kanak-kanak bernama Rezki yang mengejar impian dan cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang. Rezki, 12 tahun, dibesarkan dalam keluarga penoreh getah yang serba kekurangan dan hanya bergantung harap kepada ibu serta abangnya iaitu Mak Hanun dan Syukur. Suatu hari, sebuah syarikat penerbangan swasta Info Tech Quest Sdn Bhd menganjurkan Karnival Kerjaya untuk tujuan mendedahkan kerjaya juruterbang kepada penduduk Felda. Info Tech Quest Sdn Bhd menawarkan kelas juruterbang kepada pelajar namun hanya pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dalam PMR sahaja layak untuk masuk. Rezki berjaya mendapat 8A dalam PMR dan membolehkan dia masuk ke sekolah tersebut. Rezki berjanji akan membawa ibu dan abangnya melihat tempat dia belajar. Malangnya sebelum peperiksaan bermula, dia menerima berita mengejutkan mengenai ibu dan abangnya yang meninggal dunia akibat kebakaran. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Pelakon: Shafie Naswip, Beto Kushairi, Puteri Sarah, Amar Asyraf, Fadhilah Mansor.
Ajaibnya Cinta (21 Oktober 2012, 9.00malam) Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Affendi yang kerap mencuri. Seluruh penduduk kampung tahu tentang perangai buruk Affendi termasuklah emak Affendi sendiri yang mengakui tidak mampu lagi menasihati anaknya. Suatu hari, Affendi memecah masuk ke dalam rumah Ramli untuk mencuri tiket perlawanan bola seperti yang dijanjikannya pada Musliha. Namun, Affendi tertangkap dan dipukul oleh Ramli serta kawan-kawannya. Mak Tom yang menyedari situasi tersebut datang menyelamatkan Affendi. Apakah Affendi akan menyedari kesilapan yang dilakukannya atau dia tetap dengan perangai buruknya? Pelakon: Johan Asari, Umie Aida, Qhusairi Razali (Qi), Anzalna Nasir, Nadia Nissa.
Hilangnya Doa Seorang Ibu (28 Oktober 2012, 9.00malam) Laila boleh dijadikan idola bagi muslimah moden kerana berjaya menjadi usahawan dengan usaha sendiri. Namun walaupun seorang yang alim, bertudung dan tak tinggal solat, Laila hilang hormat pada keluarga sendiri kerana lebih berjaya dan kaya dari yang lain. Sedar bahawa doa ibu amat mustajab, Laila sering minta ibunya, Zubaidah doakannya. Dalam pada itu, dia sering mengutuk dan memaki abang dan adiknya yang kesempitan hidup sebagai tak cuba berusaha lebih lagi. Zubaidah ke Umrah untuk mendoakan kesejahteraan anak-anaknya. Namun ketika itulah Laila diserang penyakit misteri, mulut bengkak berkudis bagai digam, tak boleh bercakap dan tak boleh bergerak. Itulah karma Allah atas kelancangan mulut Laila pada ibu dan adik beradiknya yang lain. Pelakon: Lisdawati, Maimon Mutalib, Zamarul Hisham, Roy Azman, Watie Elite
Maharku Untukmu ( 4 November 2012, 9.00malam) "Maharku Untukmu" mengisahkan tentang gadis bernama Tengku Aishah di mana ibu bapanya hanya mementingkan darjat semata-mata. Bapa Aishah iaitu Tengku Hamid menyedari sukar untuk menemui lelaki sebaik dan sealim seperti Putera pada zaman ini. Dia melantik Putera sebagai pemandu untuk keluarganya. Pada hari pertama Putera memulakan kerja, Tengku Aishah langsung tidak memandang terhadap Putera. Sebelum itu, Tengku Aishah telah bertunang dengan Tengku Ariff seperti diaturkan oleh ibunya, Tengku Puan Marina. Tengku Aishah disahkan mengandung dan lebih menyulitkan keadaan, Tengku Ariff meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Tengku Puan Marina mahu Tengku Aishah menggugurkan kandungannya tetapi dibantah oleh Tengku Hamid yang bercadang untuk menjodohkan Tengku Aishah dengan Putera. Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Pelakon: Nabila Huda, Ady Putra, Norish Karman, Rahim Jalani, Iqram Dinzly.
Bersempana dengan tayangan telefilem-telefilem yang tercalon, penonton juga boleh berinteraksi melalui alam maya bersama dengan artis yang bertanding selama 1 jam bermula jam 10.30 malam – 11.00 malam. Istimewa bagi penonton juga mereka boleh menonton drama-drama tersebut selama 14 hari secara percuma melalu lama web rasmi Anugerah Skrin di www.tv3.com.my/ask2012. Layari laman sesawang serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
No tags for this post.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com. Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
#SiswaMerdeka menawarkan pelbagai hadiah untuk pelajar Malaysia di dalam & luar Negara!
Sempena menyambut Hari Malaysia pihak Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Erama TV sedang menganjurkan pertandingan mudah secara online bagi mengenalpasti dan menilai bakat pelajar dalam mengekpresikan diri mereka terhadap perasaan cintakan Negara. Pertandingan terdiri dari 3 kategori iaitu slogan #siswamerdeka, gambar cintai negara & juga video kemerdekaan.
#SiswaMerdeka dilihat sebagai pertandingan yang dekat dengan kehidupan kini pelajar dimana ia menggunakan media sosial terkini bagi menghantar penyertaan. Bagi slogan #siswamerdeka pelajar hanya perlu menulis "Saya @siswamerdeka kerana…….." di twitter, menghantar gambar cintai Negara di Instagram hanya dengan tag #siswamerdeka dan video yang menceritakan pengalaman dan harapan pelajar terhadap Malaysia. Semudah itu pelajar berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik antaranya Ipad 3, Iphone 4, Kamera DSLR dan wang tunai.
Salah seorang pengguna twitter menghantar penyertaan menulis "Saya @siswamerdekakerana kelahiran saya adalah untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan Negara sehingga akhir nyawa". Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Saifuddin Abdullah juga ada menulis, "#siswamerdeka dapat melihat bakat mahasiswa meluahkan perasaan cinta mereka terhadap Malaysia dengan menggunakan cara mereka, iaitu dengan menggunakan media sosial sepenuhnya". Katanya lagi, "Bagi mengetahui nilai patriotism dalam diri seorang siswa, kita dekati cara mereka kerana saya percaya mahasiswa mempunyai semangat cintai Negara dan ada nilai patriotisme hanya penyampaian mereka berbeza".
Pada Hari Malaysia sendiri 16 September ini, upacara penyampaian hadiah akan diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Peserta dan pelajar dijangka menghadiri majlis santai ini. Majlis ini akan di hoskan oleh Kamal Adli dan Tauke Rajalawak.
Bagi pelajar yang berminat, mereka boleh melayari www.erama.tv/sm untuk maklumat lanjut atau guna sahaja akaun twitter / instagram ada dan ikuti susur masa #siswamerdeka. Masih belum terlambat!!
No tags for this post.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com. Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Sehingga 28 September ini, Suria FM menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM70,000 dalam peraduan 'Ceria Xtra Itu Aje' yang sudahpun bermula sejak 3 September lalu. Peraduan yang menjadi peraduan wajib di dalam segmen Ceria Pagi di Suria FM ini menjadi lebih berganda dan lebih 'xtra' hadiahnya.
Untuk mengambil bahagian, pendengar hanya perlu mendengarkan Suria FM, tunjukkan kehebatan dalam meneka nama penyanyi dan tajuk lagu bagi petikan lagu yang dimainkan. Jika betul, wang tunai berjumlah RM388 menjadi miliknya. Jumlah wang tunai akan meningkat jika jawapan yang diberikan salah.
Jika hendak menyertainya, pendengar perlu mendaftar dan ianya dilakukan hanya sekali sahaja. Caranya dengan menghantar SMS, taip SURIA <jarak> XIJ <jarak> NAMA ke 33988. Pengirim SMS terpilih akan dihubungi penyampai untuk menyertai 'Ceria Xtra Itu Aje'.
Jika pendengar berada di dalam WAKTU BONUS, hadiah XTRA menanti iaitu tiket penerbangan ke destinasi terpilih. Pembayang akan diberikan pada bila-bila masa di udara oleh para penyampai, melalui Twitter Suria FM, Facebook Suria FM, laman web dan juga SMS.
WASHINGTON - Seorang penulis buku cerita kriminal tertangkap menulis ulasan mengenai bukunya sendiri. Ulahnya ini terungkap setelah penulis lainnya menyelidiki kecurangan dari penulis tersebut.
Roger Ellory yang biasa menggunakan nama samaran RJ Ellory, menulis ulasan buku yang memuji novel karyanya sendiri. Tidak puas dengan ulahnya, ia bahkan mengkritik dan mencerca buku penulis saingannya dengan kata-kata merendahkan. Demikian diberitakan Sky News, Sabtu (8/9/2012).
Lelaki berusia 47 tahun itu, menggambarkan bukunya sebagai sebuah karya terbaik dalam dunia sastra moden. Buku berjudul "Quiet Belief In Angels" bahkan dikhabarkan laku hingga tiga juta buah, setelah dimasukan dalam daftar Richard and Judy Book Club list pada 2008.
Pada ulasan itu, Ellory menulis, "yang saya ingin katakan adalah buku ini membuat saya hampir tewas dalam bayangan sendiri...ini benar-benar buku yang luar biasa". Menggunakan nama samaran Jelly Bean pada ulasannya, Ellory memberikan lima bintang pada setiap buku karangannya.
Tetapi ulasan itu menimbulkan kecurigaan dari pengarang lainnya, termasuk Mark Billingham dan Stuar MacBride. Mereka bertindak seperti halnya detektif untuk mencari tahu siapa pengulas buku itu sebenarnya.
Sedar perbuatannya diketahui oleh penulis lain, penulis kelahiran Birmingham, Inggris tersebut meminta maaf kepada penulis lainnya yang sudah menjadi korbannya.(faj)
Penyanyi yang tidak lepas dari kotroversi ini tidak pernah merasa malu mencapur adukkan politik dengan bisnis pertunjukkan. Dan baru-baru ini Madonna kembali melakukannya dengan mempamerkan sebuah tato besar bertuliskan Obama punggungnya.
Penanyi 'Frozen' ini menyatakan dukungannya terhadap Presiden Barack Obama dengan membuat sebuah tato sementara Obama berukuran besar di punggungnya selama Tour MDNA nya di New York Yankee Stadium.
Hanya dengan berbalut bra dan seluar panjang, penyanyi yang genap berusia 54 tahun pada 16 Ogos lalu ini berbalik kepada penonton, mempamerkan tato tersebut.
Kita tahu bahwa cahaya dapat bergerak. Tapi, kerana kecepatannya yang mencapai 299,792,458 meter per saat, melihat proses pergerakan cahaya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain adalah sesuatu yang mustahill, kecuali, kita punya kamera yang mampu merakam gambar dalam kecepatan 1,000,000,000,000 frame per saat. Seperti apa bentuknya? Mari kita saksikan.
Dalam video diatas yang dirakam menggunakan teknik femto-photography, kita bisa melihat bagaimana sebetulnya pergerakan partikel cahaya ketika ditembakkan kedalam sebuah botol plastik berisi air. Kejadian tersebut, yang pada dunia nyata terjadi dalam rentang waktu kurang dari satu nanosecond, memperlihatkan bagaimana cahaya yang menembus botol itu pecah, dan photonnya (partikel yang membawa cahaya) bertebaran dan memantul kemana-mana sehingga menimbulkan efek kaustik. Jika kamu meneruskan video ini, kamu juga boleh melihat bagaimana pergerakan cahaya yang begitu mirip dengan pergerakan riak air.
Kamera yang dipakai untuk merakam gambar ini dirancang oleh MIT. March lalu, berdasarkan pengamatan ini, MIT telah mengembangkan sebuah kamera laser yang dapat dipakai untuk melihat objek dibalik tembok.
Seorang pemandu di Switzerland benar-benar beruntung, sebab dirinya mampu lepas dari maut setelah kereta yang dikendarainya melanggar sebuah Tank militer.
Tentara Swiss sedang melakukan latihan militer di Unterrealta, dan mengendalikan lalu lintas untuk memungkinkan sejumlah tank melewati persimpangan dengan aman.
Namun mereka gagal untuk menghentikan sebuah truk mini dengan kecepatan tinggi yang mengarah tepat ke arah konvoi tersebut dan melanggar kendaraan tempur lapis baja seberat 15 ton tersebut.
"Dia melanggar Tank kemudian terpental dan terguling sebanyak tiga atau empat kali, sebelum akhirnya terhenti. Itu merupakan sesuatu yang parah," kata seorang saksi mata yang dikutip Orange.
Polis mengatakan pemandu dan dua orang penumpangnya dilarikan ke rumah sakit setelah tabrakan dan saat ini sementara dalam pemulihan.
"Tiga orang terluka. Militer berada pada kawalan penuh dari persimpangan itu," kata seorang juru bicara polis.
Mulai dari Pee Cola, Pet Sweat, hingga Urinal, berikut adalah 30 nama produk terburuk yang pernah dipikirkan (dan direalisasikan) oleh manusia. Tips: Google translate mungkin dapat membantu.
TRIBUNNEWS.COM, CUMBRI - Apa yang akan Anda rasakan ketika melihat wajah orang yang sudah meninggal, muncul di dinding rumah Anda?
Terkejut dan ketakutan. Itulah yang dirasakan Andrea Samuels (41), saat melihat kotor tiba-tiba muncul di dinding kamar tidurnya. Ia semakin shock, ketika menyedari kotoran itu adalah wajah suaminya, Brian, yang meninggal dunia empat tahun lalu.
Andrea yang ketakutan lantas memutuskan untuk memanggil seorang pastor Katolik bernama Paul Dadson.
Sang pastor kemudian berdoa dan memercikkan air suci di rumah Andrea di Carlisle, Cumbria, Inggris.
"Ada beberapa jenis gambar di dinding yang muncul dari kejauhan, seperti sosok seorang lelaki," ujar Dadson seperti diwartakan The Sun, Jumat (7/9/2012).
Andrea yang sudah tinggal di rumah itu selama 10 tahun, terpaku ketika melihat wajah mendiang suaminya seakan sedang mengawasi dirinya.
"Aku melihat gambar itu selama tiga jam," kata Andrea.
Rumah Andrea menjadi angker setelah anjing peliharaannya yang bernama Hoob mati. Setelah itu, hal-hal ganjil sering terjadi, seperti furniture yang tiba-tiba pecah, atau lukisan yang jatuh dari dinding.
"Dulu aku punya sebuah rumah yang indah, dan itu baru saja," tutur Andrea mengomen rumahnya yang misteri. (*)
SEORANG wanita berusia 30-an terjaga daripada tidur pada suatu pagi dan apabila menghadap cermin, dia mendapati wajahnya senget sebelah dan tidak berupaya mengerutkan dahinya. Lebih mencemaskan apabila dia gagal mengawal pengeluaran air liur serta bergegas ke bilik air untuk memberus gigi. Malangnya, dia mengalami kesukaran berkumur kerana lidahnya terasa kebas sebelum segera ke hospital.
Mungkin ramai yang menganggap wanita berkenaan mengalami strok. Telahan anda silap kerana wanita berkenaan sebenarnya mengalami Bells palsy atau simptom kelumpuhan sebelah wajah.
Menurut Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, sesiapa saja boleh mengalami Bells palsy.
"Bells palsy adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka.
"Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi 'isyarat' awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur.
"Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain," katanya, baru-baru ini.
Menurut Julia lagi, ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan.
"Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan.
"Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok," katanya.
Apakah punca Bells palsy?
Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex.
Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang.
Simptom atau gejala Bells palsy:
Muka menjadi senget.
Mata dan kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah.
Tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bells palsy.
Garisan pada pipi akan jatuh.
Sukar mengawal pengeluaran air liur.
Kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus.
Bahagian depan lidah terasa kebas.
Sukar meniup dan menghembus.
Sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.
Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan?
1. Mata
Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell's palsy.
2. Lidah
Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu.
3. Mulut
Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya.
Apakah rawatan Bells palsy?
Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan.
Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya.
Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi.
Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu.
Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell's palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital.
Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka.
Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat.
Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius.
Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik.
Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali?
Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus.
Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan?
Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka.
Apakah rawatan untuk Bells palsy?
Biasanya pesakit akan dibekalkan ubat steroid untuk tempoh satu hingga dua minggu.
TAIPING - Ibu kandung kanak-kanak perempuan yang maut akibat didera di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas, Melaka Ahad lalu mahu individu yang menyebabkan kematian anaknya dikenakan hukuman setimpal.
Noor Azwana Mat Paduzi, 31, berkata, meskipun tidak menjaga Noor Sofia Syaqira Abdullah, 6, sejak anak keempatnya itu berusia dua bulan, dia mengakui tidak boleh menerima perbuatan kejam terhadap kanak-kanak tersebut.
"Walaupun tidak dapat mencurahkan kasih sayang seperti anak-anak saya yang lain, Noor Sofia Syaqira adalah darah daging saya.
"Kini tiada lagi panggilan 'ibu' daripadanya kepada saya dan hanya mereka yang mempunyai anak tahu bagaimana perit menerima khabar sedih ini. Saya harap suspek mendapat balasan setimpal," katanya kepada wartawan Kosmo! di Kampung Pasir, Kamunting di sini semalam.
Noor Azwana memberitahu, kali terakhir dia bertemu anak perempuannya itu pada Disember lalu.
Jelasnya, dia tidak mengenali kekasih kakak sulungnya iaitu Amiezul Al-Ikram Mohamed atau dikenali sebagai 'Ayah Mi' yang merupakan suspek utama kes kematian anaknya.
LONDON: Seorang jururawat penjara di Wakefield dibicarakan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang tahanan yang ditahan atas tuduhan rogol sambil dibantu dua rakan setugasnya, lapor media semalam. Karen Cosford didakwa berasmara dengan Brian McBride selepas memberi telefon bimbit kepada banduan terbabit dan berbalas mesej pesanan ringkas lucah. Karen, 47, juga membiayai kos belian tambahan prabayar untuk McBride bagi membolehkan mereka terus berbalas mesej. Hubungan itu terbongkar apabila McBride membocorkan rahsia berkenaan kepada suami Karen, Darrie Cosford, yang bertugas sebagai warden di penjara berkenaan.
Dua rakan Karen, Carolyn Falloon, 50, dan Jacqueline Flynn, 46, turut didakwa bersekongkol dengan menyembunyikan insiden berkenaan. Karen menjadi jururawat di penjara itu sejak 15 tahun lalu dan McBride adalah seorang daripada pesakitnya. Perbicaraan masih bersambung. - TS sumber : mymetro
CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya - yang ketika itu khayal - mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam. Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup. Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada 21 Mac 2010 itu.
Pendakwa, Jon Alexander, berkata tertuduh didakwa membunuh rakan seperguruannya, Taylor Powell, 21. "Paling awal Wyatt boleh bertemu lembaga parol (untuk mendapatkan pembebasan awal) adalah pada 2062," katanya. Sementara itu, peguam Wyatt, James Fallman, berkata tertuduh tidak mahu memberi keterangan dalam perbicaraan dan enggan membenarkan keluarganya dipanggil sebagai saksi. "Justeru, kami memohon persetujuan yang membolehkan Wyatt diberi sekurang-kurangnya peluang mendapat parol pada satu hari nanti," katanya.
Kata Fallman, dipenjara selama 50 tahun hingga seumur hidup lebih baik daripada dipenjara tanpa kemungkinan diberi parol," katanya. Persetujuan di antara Wyatt, 29, dengan pendakwa dicapai empat hari sebelum perbicaraan dimulakan. Ketika polis tiba di rumah Wyatt yang terletak di muara Sungai Klamath, mereka menemui dia berbogel dan berlumuran darah. Dia juga mengaku membunuh, membelah dada Powell serta memotong lidah mangsa.
Polis juga menemui mayat Powell terbaring di sofa dengan dadanya terbelah, manakala jantung, lidah dan kulit mukanya hilang. Jantung Powell kemudian ditemui pihak berkuasa rentung dalam dapur kayu di rumah berkenaan. Dokumen dikemukakan kepada mahkamah menyatakan, bedah siasat menunjukkan organ Powell diambil ketika dia masih bernyawa. Saksi pula berkata, sebelum insiden itu berlaku, Wyatt dan Powell memakan sejenis cendawan beracun. Saksi juga percaya mereka terbabit dalam sejenis ritual membabitkan "pertembuangn kuasa baik dan jahat." - AP
KUALA LUMPUR: "Rasulullah SAW sendiri tidak ada ilmu kebal, luka dan berasa sakit. Maknanya kebal bukanlah ciri-ciri yang kita nak kaitkan kerana ia pemberian Allah," kata pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah. Beliau berkata, sesuatu perkara yang dianggap kebal atau luar biasa mungkin dipengaruhi beberapa faktor termasuk aspek amalan seharian, keadaan hidup dan pemakanan, selain kemungkinan seseorang itu berdepan masalah kesihatan membabitkan penyakit saraf. "Sebab itu, apa saja yang berlaku kita perlu tanya semula kepada remaja berkenaan (Mohd Adam Jamaluddin), sepanjang 13 tahun usianya, apa yang sudah dilakukannya, siapa rakannya dan apa makanan dinikmatinya setiap hari.
"Sesuatu kelebihan itu tidak jadi dengan saja-saja tanpa keizinan Allah. Ia bercanggah fitrah manusia yang diciptakan Allah dan apa yang berlaku bukan wahyu atau sebagai petunjuk Allah supaya manusia lebih berhati-hati," katanya. Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai keistimewaan Mohd Adam yang digelar 'budak kebal' kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan tidak berdarah apabila dicucuk objek tajam. Kelebihan diperolehnya secara semula jadi selepas sering 'bermain' dengan api ketika membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, Kuala Kubu.
Malah, Adam berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya sejuk apabila api membakar kulitnya. Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu, dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal. Mengulas lanjut, Dr Rubiah berkata, keistimewaan dimiliki remaja itu sepatutnya tidak didedahkan kepada umum sehingga boleh mendatangkan syirik dan sikap bermegah dalam diri.
AMPANG: Terkejut diserbu polis, beberapa wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) lari lintang pukang sehingga tertinggal kasut dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di sini, semalam. Operasi bermula jam 12 tengah malam yang diketuai Inspektor Joycelyn Liza Edmund itu bagaimanapun berjaya menahan enam wanita warga Mongolia dan China berusia antara 29 hingga 41 tahun. Joycelyn Liza berkata, pusat hiburan itu baru beroperasi empat bulan dengan menyasarkan pelanggan Korea dan China dengan mengenakan bayaran antara RM150 hingga RM350 kepada mereka yang melanggan GRO terbabit.
"Dua wanita terbabit menggunakan pas pelajar, dua lagi memiliki pas lawatan sosial manakala selebihnya gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan. "Turut ditahan seorang pelelaki warga Korea berusia lingkungan 30-an," katanya. Menurut Joycelyn, ketika serbuan, ramai GRO serta pelanggan melarikan diri menggunakan laluan khas, namun berjaya ditahan.
"Layanan diberikan GRO dengan menari dan berhibur di depan pelanggan menggunakan tamborin. "Polis menemui beberapa kondom disyaki dibuang GRO terbabit dan percaya terdapat kegiatan seks di premis berkenaan," katanya.
Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk proses dokumentasi serta tindakan lanjut. sumber : mymETRO
KOTA KINABALU: Perasaan bimbang seorang wanita terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin terjawab apabila lelaki terbabit ditemui mati dalam timbunan batu bata sebuah kedai di Kompleks Citymall, Luyang, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikenali sebagai Yunus Osman, 37, dipercayai bekerja sebagai buruh ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tidak bernyawa selepas dihempap dinding yang dipercayai runtuh. Menurut seorang ahli keluarga yang enggan dikenali, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah di Kampung Kalansanan, Inanam, meskipun selepas habis waktu bekerja.
Oleh kerana risau dengan keadaan mangsa, mereka mencarinya di premis berkenaan dan ketika ditemui, mangsa tertimbus di bawah timbunan batu-bata. sumber : mymETRO
KUALA LUMPUR: Asalnya ia hanya digunakan untuk sukan terutama di kalangan golongan remaja dan belia. Bagaimanapun, akhir-akhir ini beberapa senjata yang digunakan untuk paintball sama ada berbentuk senapang atau pistol disalah guna termasuk untuk tujuan jenayah. Ini berikutan ada antara senjata ini yang dipanggil 'marker' hampir 95 peratus menyamai senjata asli, bahkan bentuk luaran, saiz, kelongsong dan kelopak peluru, picu serta warnanya menyamai warna asal senjata tulen. Lebih membimbangkan, selain boleh dijadikan muslihat untuk melakukan jenayah, senjata berkenaan menjadi lebih berbahaya jika diubah suai hingga boleh menggunakan 'peluru' berbahaya seperti bebola besi, guli atau paku yang mampu mencedera atau meragut nyawa jika terkena manusia.
Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, senjata ini bukan saja digunakan secara berleluasa, malah mudah diperoleh di negara ini, sama ada membelinya di kedai ataupun melalui Internet. sumber : mymetro
SEREMBAN: Mendakwa kononnya mahu melangsaikan hutang along, seorang lelaki nekad menyamun sebuah restoran di Seremban Jaya, di sini, dengan menggunakan pemetik api berbentuk pistol tidak ubah seperti senjata sebenar, Selasa lalu. Bagaimanapun, kelicikan suspek berusia 30-an menyamun RM1,200 daripada pengusaha restoran yang juga pasangan suami isteri masing-masing berumur 38 tahun itu akhirnya tumpas tidak sampai enam jam apabila ditahan di rumahnya di Rahang, di sini. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 4 September lalu itu, suspek menyerbu sebuah restoran yang sedang dikemas berikutan pengusahanya mahu menamatkan operasi.
"Suspek yang memakai cermin mata gelap dan menggunakan kereta Proton Saga Aeroback berwarna hitam itu nekad memasuki restoran berkenaan menerusi pintu hadapan yang ditutup separuh. "Kemudian suspek terus mengacukan 'pistol' kepada pengusaha restoran iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 38 tahun sebelum memaksa menyerahkan wang. "Mangsa yang takut apabila diacukan 'pistol' itu menyerahkan sejumlah wang sebelum suspek melarikan diri dengan keretanya diletakkan di luar premis," katanya.
Menurutnya, polis kemudian dapat mengesan alamat suspek pada hari sama kejadian itu menerusi nombor pendaftaran sebenar kereta digunakan untuk menyamun. Kira-kira jam 11 malam hari sama kejadian itu, suspek ditahan di rumahnya di Taman Bunga Blossom, Rahang, di sini, di hadapan isteri dan anak-anak suspek. sumber : mymetro
CHADWELL HEATH, Britain - Seorang remaja berusia 19 tahun, Kelly Sears menghidap penyakit ganjil apabila dia terlena semasa berjalan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelly kerap terjatuh semasa sedang berjalan apabila dia tertidur dengan tiba-tiba menyebabkannya mengalami luka.
Ekoran itu, remaja tersebut diberikan seekor anjing yang terlatih oleh sebuah pertubuhan kebajikan yang diajar untuk menjilat leher dan muka Kelly apabila dia tidur dengan tiba-tiba untuk menyedarkannya daripada tidur.
Anjing berusia dua tahun itu menjadi teman baharu remaja berkenaan sejak dua bulan lalu.
Kelly mula menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tidur itu yang dikenali sebagai Narcolepsy semasa berumur 15 tahun apabila dia tertidur di dalam kelas di sekolahnya. - Agensi
Seorang lelaki sanggup berhenti dari pekerjaannya di sebuah syarikat indurans untuk bekerja di asrama universiti tempat anak lelakinya menuntut ilmu.
Alasannya, lelaki itu ingin membantu pembelajaran anak tercintanya di sebuah kampus di Wuhan, Provinsi Hubei, China.
Dikutip dari Xinhua, Sun biasanya menerima 3.000 yuan dengan bekerja sebagai agen insurans. Namun anak lelakinya mengatakan kepada dia bahawa kehidupan di kampus pascasarjana sangat keras, sehingga membuatnya berfikir untuk menyerah dan tak mahu belajar.
Khuatir dengan pendidikan anaknya, Sun lalu mengundurkan diri dari pekerjaannya dan menjadi pelayan di asrama kampus universiti anaknya. Jelas bayaran 800 yuan sebagai pelayan yang diterima Sun jauh dibandingkan bayaran dari pekerjaan sebelumnya. Namun itu dilakukan agar anak lelakinya tidak menggantungkan beg dan berhenti dai belajar.
Sekumpulan pelajar belajar mengenai "Tujuh Keajaiban Dunia". Pada akhir pelajaran, para pelajar diminta untuk menyenaraikan apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" saat ini. Walaupun ada beberapa ketidaksesuaian, sebagian mereka menyenaraikan :
1) Piramid Besar di Mesir
2) Taj Mahal
3) Grand Canyon
4) Panama Canal
5) Empire State Building
6) St. Peter's Basilica
7) Tembok Besar China
Ketika mengumpulkan kertas yang disenaraikan murid-murid sang guru memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, sang guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesulitan untuk menyenaraikannya. Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak boleh memilih kerana sangat banyaknya."
Sang guru berkata,
"Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya."
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia adalah :
1) Boleh menyentuh
2) Boleh menghidu
3) Boleh melihat
4) Boleh mendengar
Dia terdiam sebentar, dan kemudian melanjutkan :
5) Boleh merasakan
6) Boleh tertawa
7) Dan boleh mencintai
Ruang kelas tersebut sunyi seketika ! Gurunya berkata "Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban", sementara saat kita melihat dan menikmati semua yang telah Allah lakukan untuk kita, lalu menyebutnya sebagai "biasa-biasa saja"?
sumber : http://apriel.org
bk-terfikir memang selama ini kita alpa dengan kebesaran Tuhan...
RIMANEWS – Faber-Castell merupakan jenama alat tulis yang sudah tidak asing lagi di telinga kita dengan berbagai produk seperti pensil, pensil warna, ballpen dan lain-lain. Namun, tahukah anda bila Faber-Castell setiap tahunnya mengeluarkan produk ballpen eksklusif yang harganya mungkin membuat anda tercengang.
Sejak tahun 2003 Faber-Castel mengeluarkan produk yang disebut "Pen of the Year" yang jumlahnya terbatas.
"'Pen of the year' 2011 harganya Rp 40 jutaan," ungkap Yandramin Halim, Managing Director Faber-Castell International Indonesia, di sela-sela jumpa pers lomba menggambar Faber-Castell yang bertempat di Pluit Village, Pluit, Jakarta, Minggu (13/3).
Halim mengungkapkan setiap "pen of the year" memiliki keunikan tersendiri. Ada yang terbuat dari gading binatang purba mammoth, ada juga yang terbuat dari rambut ekor kuda.
Pen of the year tahun 2011 terbuat dari batu giok asal Russia. Produk ini hanya ada sejumlah 1761 di seluruh dunia. Angka 1761 sendiri menunjuk pada tahun kewujudan Faber-Castell. Sedangkan "pen of the year" pada tahun-tahun sebelumnya diproduksi sebanyak 1.200-an di seluruh dunia.
Halim mengungkapkan meskipun menggunakan bahagian tubuh binatang, tidak ada binantang yang harus di bunuh untuk mendapatkannya. Menurut Halim gading mammoth diperoleh dari Russia, Faber-Castell baru menggunakan gading itu setelah mendapat izin dari arkeologi.
Faber-Castell merupakan pabrik pensil tertua dan terbesar di dunia. Mereka menghasilkan 2 miliar pensil setiap tahunnya.
MADRID - Seorang lelaki terkejut saat dirinya hendak mengeluarkan wang di mesin ATM. Bukan kerana jumlah wang yang membuatnya terkejut, melainkan dikejutkan oleh kehadiran seekor ular yang keluar dari mesin ATM.
Kejadian ini bermula saat pagi hari, lelaki tersebut singgah untuk mengambil wang di mesin ATM milik Bank Caja Madrid di Llodio, Alava, Sepanyol.
Setelah menetapkan jumlah yang diambil, dirinya menekan tombol-tombol sesuai dengan nominal wang yang akan diambil. Tiba-tiba saja seekor ular keluar dari tempat keluarnya wang dari mesin ATM tersebut. Demikian diberitakan Euro Weekly News.
Lelaki separuh baya itu terkejut bukan kepalang. Untungnya, dia berhasil mengambil wangnya, meskipun ular itu cuba menyerang. Kemudian dia melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Dengan bantuan dari manager bank, polis pon berhasil menangkap ular berbisa itu. Ular berbahaya itu terperangkap di tempat penyimpanan wang ATM.
Polisi tidak menutup kemungkinan bahAwa seseorang mungkin sengaja meletakkan ular itu, hanya untuk melawak. Tetapi, melihat lingkungan sekitar, mungkin juga ular tersebut memang tersesat.
WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).
Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel.
Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS.
Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik.
Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan.
Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik.
Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi
HARBIN, China - Sebuah bangunan pejabat mempunyai hiasan dalaman mirip sebuah istana mewah yang diduduki oleh pemimpin terkaya dunia.
Lebih mengejutkan, blok bangunan itu dibina di China, negara yang dikenali kerana mempraktikkan konsep binaan yang ringkas.
Hiasan dalaman bangunan tersebut ditiru daripada Istana Versailles di Perancis.
Ia merupakan pejabat kilang ubat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah Heilongjiang.
Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan muzium milik firma berkenaan.
Syarikat Farmaseutikal Harbin itu adalah milik pemerintah China.
Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat.
Penduduk mendakwa wang untuk membina hiasan dalaman itu sepatutnya dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah pembentungan di kilang-kilang firma berkenaan yang semakin serius.