borak kosong |
- Takut Rugi, Penulis Tulis Ulasan Bukunya Sendiri
- Madonna Pamer Tato Obama di Belakangnya
- Seperti Apa Bentuk Pergerakan Cahaya Jika Dilihat Dalam Slow Motion?
- Pemandu Selamat Setelah Berlanggar Dengan Tank
- Produk Dengan Nama Terburuk [Foto]
- Ketika Wajah Mendiang Suami Muncul di Dinding Kamar
- Bells palsy bukan strok
- Ibu kandung tidak maafkan Ayah Mi
- Jururawat penjara ‘layan’ banduan
- Bunuh, robek jantung rakan
- ‘Mungkin petanda penyakit’
- Layan Mat Korea
- Mayat suami bawah bata
- Mainan pembunuh
- Samun guna pemetik api
- Kesian..remaja ni boleh terlena semasa berjalan
- Demi anak bapa ini sanggup tinggalkan kerja di syarikat insuran dan jadi pelayan di asrama universiti tempat anaknya belajar
- Inilah Yang Sebenarnya 7 Keajaiban Dunia, Bukan Tembok Besar China atau yang lain-lain
- Saksikan kecanggihan 'pen of the year' 2011
- Nak keluar wang dari mesin ATM tapi yang keluar ular
- Aksi duduk yang kurang sopan bagi wanita
- Kereta tenggelam kerana percayakan sangat GPS
- WAJIB LIHAT AGAR KITA BERSYUKUR
- Gila beb..bilik pejabat kilang ubat ni macam istana
- Boleh kita berkenalan?
Takut Rugi, Penulis Tulis Ulasan Bukunya Sendiri Posted: 08 Sep 2012 09:15 PM PDT WASHINGTON - Seorang penulis buku cerita kriminal tertangkap menulis ulasan mengenai bukunya sendiri. Ulahnya ini terungkap setelah penulis lainnya menyelidiki kecurangan dari penulis tersebut. Roger Ellory yang biasa menggunakan nama samaran RJ Ellory, menulis ulasan buku yang memuji novel karyanya sendiri. Tidak puas dengan ulahnya, ia bahkan mengkritik dan mencerca buku penulis saingannya dengan kata-kata merendahkan. Demikian diberitakan Sky News, Sabtu (8/9/2012). Lelaki berusia 47 tahun itu, menggambarkan bukunya sebagai sebuah karya terbaik dalam dunia sastra moden. Buku berjudul "Quiet Belief In Angels" bahkan dikhabarkan laku hingga tiga juta buah, setelah dimasukan dalam daftar Richard and Judy Book Club list pada 2008. Pada ulasan itu, Ellory menulis, "yang saya ingin katakan adalah buku ini membuat saya hampir tewas dalam bayangan sendiri...ini benar-benar buku yang luar biasa". Menggunakan nama samaran Jelly Bean pada ulasannya, Ellory memberikan lima bintang pada setiap buku karangannya. Tetapi ulasan itu menimbulkan kecurigaan dari pengarang lainnya, termasuk Mark Billingham dan Stuar MacBride. Mereka bertindak seperti halnya detektif untuk mencari tahu siapa pengulas buku itu sebenarnya. Sedar perbuatannya diketahui oleh penulis lain, penulis kelahiran Birmingham, Inggris tersebut meminta maaf kepada penulis lainnya yang sudah menjadi korbannya.(faj) |
Madonna Pamer Tato Obama di Belakangnya Posted: 08 Sep 2012 09:00 PM PDT Penyanyi yang tidak lepas dari kotroversi ini tidak pernah merasa malu mencapur adukkan politik dengan bisnis pertunjukkan. Dan baru-baru ini Madonna kembali melakukannya dengan mempamerkan sebuah tato besar bertuliskan Obama punggungnya. Penanyi 'Frozen' ini menyatakan dukungannya terhadap Presiden Barack Obama dengan membuat sebuah tato sementara Obama berukuran besar di punggungnya selama Tour MDNA nya di New York Yankee Stadium. Hanya dengan berbalut bra dan seluar panjang, penyanyi yang genap berusia 54 tahun pada 16 Ogos lalu ini berbalik kepada penonton, mempamerkan tato tersebut. |
Seperti Apa Bentuk Pergerakan Cahaya Jika Dilihat Dalam Slow Motion? Posted: 08 Sep 2012 08:45 PM PDT Kita tahu bahwa cahaya dapat bergerak. Tapi, kerana kecepatannya yang mencapai 299,792,458 meter per saat, melihat proses pergerakan cahaya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain adalah sesuatu yang mustahill, kecuali, kita punya kamera yang mampu merakam gambar dalam kecepatan 1,000,000,000,000 frame per saat. Seperti apa bentuknya? Mari kita saksikan. Dalam video diatas yang dirakam menggunakan teknik femto-photography, kita bisa melihat bagaimana sebetulnya pergerakan partikel cahaya ketika ditembakkan kedalam sebuah botol plastik berisi air. Kejadian tersebut, yang pada dunia nyata terjadi dalam rentang waktu kurang dari satu nanosecond, memperlihatkan bagaimana cahaya yang menembus botol itu pecah, dan photonnya (partikel yang membawa cahaya) bertebaran dan memantul kemana-mana sehingga menimbulkan efek kaustik. Jika kamu meneruskan video ini, kamu juga boleh melihat bagaimana pergerakan cahaya yang begitu mirip dengan pergerakan riak air. Kamera yang dipakai untuk merakam gambar ini dirancang oleh MIT. March lalu, berdasarkan pengamatan ini, MIT telah mengembangkan sebuah kamera laser yang dapat dipakai untuk melihat objek dibalik tembok. |
Pemandu Selamat Setelah Berlanggar Dengan Tank Posted: 08 Sep 2012 08:30 PM PDT Seorang pemandu di Switzerland benar-benar beruntung, sebab dirinya mampu lepas dari maut setelah kereta yang dikendarainya melanggar sebuah Tank militer. Tentara Swiss sedang melakukan latihan militer di Unterrealta, dan mengendalikan lalu lintas untuk memungkinkan sejumlah tank melewati persimpangan dengan aman. Namun mereka gagal untuk menghentikan sebuah truk mini dengan kecepatan tinggi yang mengarah tepat ke arah konvoi tersebut dan melanggar kendaraan tempur lapis baja seberat 15 ton tersebut. "Dia melanggar Tank kemudian terpental dan terguling sebanyak tiga atau empat kali, sebelum akhirnya terhenti. Itu merupakan sesuatu yang parah," kata seorang saksi mata yang dikutip Orange. Polis mengatakan pemandu dan dua orang penumpangnya dilarikan ke rumah sakit setelah tabrakan dan saat ini sementara dalam pemulihan. "Tiga orang terluka. Militer berada pada kawalan penuh dari persimpangan itu," kata seorang juru bicara polis. |
Produk Dengan Nama Terburuk [Foto] Posted: 08 Sep 2012 08:15 PM PDT Mulai dari Pee Cola, Pet Sweat, hingga Urinal, berikut adalah 30 nama produk terburuk yang pernah dipikirkan (dan direalisasikan) oleh manusia. Tips: Google translate mungkin dapat membantu. Gambar versi besar bisa kamu lihat di Buzzfeed. |
Ketika Wajah Mendiang Suami Muncul di Dinding Kamar Posted: 08 Sep 2012 08:00 PM PDT TRIBUNNEWS.COM, CUMBRI - Apa yang akan Anda rasakan ketika melihat wajah orang yang sudah meninggal, muncul di dinding rumah Anda? Terkejut dan ketakutan. Itulah yang dirasakan Andrea Samuels (41), saat melihat kotor tiba-tiba muncul di dinding kamar tidurnya. Ia semakin shock, ketika menyedari kotoran itu adalah wajah suaminya, Brian, yang meninggal dunia empat tahun lalu. Andrea yang ketakutan lantas memutuskan untuk memanggil seorang pastor Katolik bernama Paul Dadson. Sang pastor kemudian berdoa dan memercikkan air suci di rumah Andrea di Carlisle, Cumbria, Inggris. "Ada beberapa jenis gambar di dinding yang muncul dari kejauhan, seperti sosok seorang lelaki," ujar Dadson seperti diwartakan The Sun, Jumat (7/9/2012). Andrea yang sudah tinggal di rumah itu selama 10 tahun, terpaku ketika melihat wajah mendiang suaminya seakan sedang mengawasi dirinya. "Aku melihat gambar itu selama tiga jam," kata Andrea. Rumah Andrea menjadi angker setelah anjing peliharaannya yang bernama Hoob mati. Setelah itu, hal-hal ganjil sering terjadi, seperti furniture yang tiba-tiba pecah, atau lukisan yang jatuh dari dinding. "Dulu aku punya sebuah rumah yang indah, dan itu baru saja," tutur Andrea mengomen rumahnya yang misteri. (*) |
Posted: 08 Sep 2012 07:45 PM PDT SEORANG wanita berusia 30-an terjaga daripada tidur pada suatu pagi dan apabila menghadap cermin, dia mendapati wajahnya senget sebelah dan tidak berupaya mengerutkan dahinya. Lebih mencemaskan apabila dia gagal mengawal pengeluaran air liur serta bergegas ke bilik air untuk memberus gigi. Malangnya, dia mengalami kesukaran berkumur kerana lidahnya terasa kebas sebelum segera ke hospital. Mungkin ramai yang menganggap wanita berkenaan mengalami strok. Telahan anda silap kerana wanita berkenaan sebenarnya mengalami Bells palsy atau simptom kelumpuhan sebelah wajah. Menurut Perunding Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Julia Shahnaz Merican, sesiapa saja boleh mengalami Bells palsy. "Bells palsy adalah kerosakan pada saraf muka. Kira-kira 70 peratus daripada kerosakan itu membabitkan saraf otot kranial ketujuh, yang merangkumi deria rasa (lidah) dan otot dan saraf muka. "Bells palsy boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira jantina dan tidak memberi 'isyarat' awal. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, selalunya ketika bangun tidur. "Individu yang didiagnoskan Bells palsy biasanya akan menampakkan senyuman, hidung serta mulut yang senget pada sebahagian wajahnya. Bukan itu saja, aktiviti harian mereka turut terjejas seperti sukar memberus gigi, minum, tidak dapat mengerutkan dahi dan lain-lain," katanya, baru-baru ini. Menurut Julia lagi, ramai yang salah anggap mengenai Bells palsy yang dikatakan strok. Ini kerana perubahan atau kecacatan pada wajah sehingga menjadikannya senget sebelah sering dilihat sebagai serangan penyakit berkenaan. "Seseorang yang diserang strok selalunya akan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan tetapi Bells palsy hanya membabitkan saraf pada bahagian muka saja, sama ada kiri ataupun kanan. "Oleh kerana pesakit akan mengalami kerosakan atau kecacatan di sekitar wajah, ramai menganggap diserang strok pada hal jika dilihat, tubuh pesakit Bells palsy tidak lumpuh sebagaimana pesakit strok," katanya. Apakah punca Bells palsy? Punca sebenar Bells palsy belum diketahui sehingga sekarang. Bagaimanapun, hasil kajian sekumpulan penyelidik dan pakar perubatan Jepun mendapati penyakit ini berpunca daripada virus herpes simplex. Berdasarkan teori mereka, virus itu yang juga punca penyakit kayap dan cengkering (chicken pox), hidup di dalam saraf ganglion sama ada di sebelah kiri atau kanan telinga seseorang. Simptom atau gejala Bells palsy: Apakah pemeriksaan yang perlu dilakukan? 1. Mata Doktor akan memeriksa mata pesakit. Pesakit diminta memejamkan mata dan doktor akan membuka mata itu. Jika mata pesakit senang dibuka dan bebola mata mereka ternaik, ia menunjukkan mereka mengalami Bell's palsy. 2. Lidah Doktor akan meminta pesakit menentukan makanan yang diambil itu masin, masam ataupun manis. Deria rasa pesakit terjejas akibat penyakit itu. 3. Mulut Apabila disuruh bersiul, mereka tidak mampu melakukannya. Apakah rawatan Bells palsy? Bells palsy boleh dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu daripada kritikal atau teruk hingga paling ringan. Jika pesakit mengalami Bells palsy kritikal, mereka perlu diberikan rawatan segera sejurus tiba di hospital. Jika kerosakan itu dibiarkan hingga melebihi lima hari, ia sukar dipulihkan sepenuhnya. Pesakit Bells palsy yang teruk akan mengalami kesukaran untuk menutup mata dan doktor akan memberikan ubat titis air mata tiruan untuk memastikan mata pesakit sentiasa lembap dan membekalkan bahan penutup mata untuk memastikan mata pesakit, ketika tidur, tidak dimasuki serangga yang boleh menyebabkan infeksi. Berdasarkan kajian, kira-kira 90 peratus pesakit pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan ubat-ubatan seperti steroid dan anti virus yang dikenali sebagai Acyclovir dalam tempoh satu hingga empat minggu. Namun begitu, kira-kira 70 peratus pesakit Bells palsy boleh pulih sepenuhnya tanpa sebarang rawatan khusus. Pesakit Bell's palsy juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi di hospital. Menerusi rawatan fisioterapi, muka pesakit akan dirangsang dengan bahan yang menggunakan kuasa elektrik. Selain itu, ahli fisioterapi akan meminta pesakit melakukan senaman wajah setiap hari sebagai salah satu usaha merangsang saraf muka mereka. Bagaimanapun, kira-kira 15 peratus pesakit akan kekal dengan keadaan wajah yang senget biarpun sudah dirawat. Lazimnya, mereka ini lewat mendapatkan rawatan dan mengalami Bells palsy yang serius. Oleh kerana kerosakan itu membabitkan muka, pesakit selalunya tidak puas hati dengan perubahan pada wajah mereka dan tidak kurang juga yang mahu melakukan rawatan pembedahan kosmetik. Mungkinkah Bells palsy dialami lebih daripada sekali? Pesakit boleh mengalami penyakit itu lebih daripada sekali tetapi ia amat jarang berlaku dan tidak sampai satu peratus. Adakah Bells palsy memberi kesan terhadap otak dan tubuh badan? Tidak, kerana ia cuma kerosakan saraf muka. Apakah rawatan untuk Bells palsy? |
Ibu kandung tidak maafkan Ayah Mi Posted: 08 Sep 2012 07:30 PM PDT TAIPING - Ibu kandung kanak-kanak perempuan yang maut akibat didera di Taman Seri Telok Emas, Telok Mas, Melaka Ahad lalu mahu individu yang menyebabkan kematian anaknya dikenakan hukuman setimpal. Noor Azwana Mat Paduzi, 31, berkata, meskipun tidak menjaga Noor Sofia Syaqira Abdullah, 6, sejak anak keempatnya itu berusia dua bulan, dia mengakui tidak boleh menerima perbuatan kejam terhadap kanak-kanak tersebut. "Walaupun tidak dapat mencurahkan kasih sayang seperti anak-anak saya yang lain, Noor Sofia Syaqira adalah darah daging saya. "Kini tiada lagi panggilan 'ibu' daripadanya kepada saya dan hanya mereka yang mempunyai anak tahu bagaimana perit menerima khabar sedih ini. Saya harap suspek mendapat balasan setimpal," katanya kepada wartawan Kosmo! di Kampung Pasir, Kamunting di sini semalam. Noor Azwana memberitahu, kali terakhir dia bertemu anak perempuannya itu pada Disember lalu. Jelasnya, dia tidak mengenali kekasih kakak sulungnya iaitu Amiezul Al-Ikram Mohamed atau dikenali sebagai 'Ayah Mi' yang merupakan suspek utama kes kematian anaknya. sumber : kosmo online |
Jururawat penjara ‘layan’ banduan Posted: 08 Sep 2012 07:15 PM PDT LONDON: Seorang jururawat penjara di Wakefield dibicarakan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan seorang tahanan yang ditahan atas tuduhan rogol sambil dibantu dua rakan setugasnya, lapor media semalam. Karen Cosford didakwa berasmara dengan Brian McBride selepas memberi telefon bimbit kepada banduan terbabit dan berbalas mesej pesanan ringkas lucah. Karen, 47, juga membiayai kos belian tambahan prabayar untuk McBride bagi membolehkan mereka terus berbalas mesej. Hubungan itu terbongkar apabila McBride membocorkan rahsia berkenaan kepada suami Karen, Darrie Cosford, yang bertugas sebagai warden di penjara berkenaan. Dua rakan Karen, Carolyn Falloon, 50, dan Jacqueline Flynn, 46, turut didakwa bersekongkol dengan menyembunyikan insiden berkenaan. Karen menjadi jururawat di penjara itu sejak 15 tahun lalu dan McBride adalah seorang daripada pesakitnya. Perbicaraan masih bersambung. - TS sumber : mymetro |
Posted: 08 Sep 2012 07:00 PM PDT CRESCENT CITY (California): Seorang pengamal seni mempertahankan diri dituduh merobek jantung dan memotong lidah rakannya - yang ketika itu khayal - mengaku salah atas tuduhan membunuh, semalam. Menurut pendakwa, Jarrod Wyatt bersetuju membuat pengakuan itu dan memungkinkan dia menjalani hukuman penjara antara 50 tahun hingga seumur hidup. Penghakiman rasmi ke atas Wyatt dijadual dibuat 4 Oktober ini. Wyatt mengaku salah bagi tuduhan kelas pertama dalam kejadian pada 21 Mac 2010 itu. Pendakwa, Jon Alexander, berkata tertuduh didakwa membunuh rakan seperguruannya, Taylor Powell, 21. "Paling awal Wyatt boleh bertemu lembaga parol (untuk mendapatkan pembebasan awal) adalah pada 2062," katanya. Sementara itu, peguam Wyatt, James Fallman, berkata tertuduh tidak mahu memberi keterangan dalam perbicaraan dan enggan membenarkan keluarganya dipanggil sebagai saksi. "Justeru, kami memohon persetujuan yang membolehkan Wyatt diberi sekurang-kurangnya peluang mendapat parol pada satu hari nanti," katanya. Kata Fallman, dipenjara selama 50 tahun hingga seumur hidup lebih baik daripada dipenjara tanpa kemungkinan diberi parol," katanya. Persetujuan di antara Wyatt, 29, dengan pendakwa dicapai empat hari sebelum perbicaraan dimulakan. Ketika polis tiba di rumah Wyatt yang terletak di muara Sungai Klamath, mereka menemui dia berbogel dan berlumuran darah. Dia juga mengaku membunuh, membelah dada Powell serta memotong lidah mangsa. Jantung Powell kemudian ditemui pihak berkuasa rentung dalam dapur kayu di rumah berkenaan. Dokumen dikemukakan kepada mahkamah menyatakan, bedah siasat menunjukkan organ Powell diambil ketika dia masih bernyawa. Saksi pula berkata, sebelum insiden itu berlaku, Wyatt dan Powell memakan sejenis cendawan beracun. Saksi juga percaya mereka terbabit dalam sejenis ritual membabitkan "pertembuangn kuasa baik dan jahat." - AP sumber : myMetro |
Posted: 08 Sep 2012 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR: "Rasulullah SAW sendiri tidak ada ilmu kebal, luka dan berasa sakit. Maknanya kebal bukanlah ciri-ciri yang kita nak kaitkan kerana ia pemberian Allah," kata pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah. Beliau berkata, sesuatu perkara yang dianggap kebal atau luar biasa mungkin dipengaruhi beberapa faktor termasuk aspek amalan seharian, keadaan hidup dan pemakanan, selain kemungkinan seseorang itu berdepan masalah kesihatan membabitkan penyakit saraf. "Sebab itu, apa saja yang berlaku kita perlu tanya semula kepada remaja berkenaan (Mohd Adam Jamaluddin), sepanjang 13 tahun usianya, apa yang sudah dilakukannya, siapa rakannya dan apa makanan dinikmatinya setiap hari. "Sesuatu kelebihan itu tidak jadi dengan saja-saja tanpa keizinan Allah. Ia bercanggah fitrah manusia yang diciptakan Allah dan apa yang berlaku bukan wahyu atau sebagai petunjuk Allah supaya manusia lebih berhati-hati," katanya. Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai keistimewaan Mohd Adam yang digelar 'budak kebal' kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan tidak berdarah apabila dicucuk objek tajam. Kelebihan diperolehnya secara semula jadi selepas sering 'bermain' dengan api ketika membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, Kuala Kubu. Malah, Adam berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya sejuk apabila api membakar kulitnya. Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu, dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal. Mengulas lanjut, Dr Rubiah berkata, keistimewaan dimiliki remaja itu sepatutnya tidak didedahkan kepada umum sehingga boleh mendatangkan syirik dan sikap bermegah dalam diri. SUMBER : MYMETRO |
Posted: 08 Sep 2012 06:30 PM PDT AMPANG: Terkejut diserbu polis, beberapa wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) lari lintang pukang sehingga tertinggal kasut dalam operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di sini, semalam. Operasi bermula jam 12 tengah malam yang diketuai Inspektor Joycelyn Liza Edmund itu bagaimanapun berjaya menahan enam wanita warga Mongolia dan China berusia antara 29 hingga 41 tahun. Joycelyn Liza berkata, pusat hiburan itu baru beroperasi empat bulan dengan menyasarkan pelanggan Korea dan China dengan mengenakan bayaran antara RM150 hingga RM350 kepada mereka yang melanggan GRO terbabit. "Dua wanita terbabit menggunakan pas pelajar, dua lagi memiliki pas lawatan sosial manakala selebihnya gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan. "Turut ditahan seorang pelelaki warga Korea berusia lingkungan 30-an," katanya. Menurut Joycelyn, ketika serbuan, ramai GRO serta pelanggan melarikan diri menggunakan laluan khas, namun berjaya ditahan. "Layanan diberikan GRO dengan menari dan berhibur di depan pelanggan menggunakan tamborin. "Polis menemui beberapa kondom disyaki dibuang GRO terbabit dan percaya terdapat kegiatan seks di premis berkenaan," katanya. sumber : mymETRO |
Posted: 08 Sep 2012 06:15 PM PDT KOTA KINABALU: Perasaan bimbang seorang wanita terhadap suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin terjawab apabila lelaki terbabit ditemui mati dalam timbunan batu bata sebuah kedai di Kompleks Citymall, Luyang, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikenali sebagai Yunus Osman, 37, dipercayai bekerja sebagai buruh ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tidak bernyawa selepas dihempap dinding yang dipercayai runtuh. Menurut seorang ahli keluarga yang enggan dikenali, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah di Kampung Kalansanan, Inanam, meskipun selepas habis waktu bekerja. Oleh kerana risau dengan keadaan mangsa, mereka mencarinya di premis berkenaan dan ketika ditemui, mangsa tertimbus di bawah timbunan batu-bata. sumber : mymETRO |
Posted: 08 Sep 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Asalnya ia hanya digunakan untuk sukan terutama di kalangan golongan remaja dan belia. Bagaimanapun, akhir-akhir ini beberapa senjata yang digunakan untuk paintball sama ada berbentuk senapang atau pistol disalah guna termasuk untuk tujuan jenayah. Ini berikutan ada antara senjata ini yang dipanggil 'marker' hampir 95 peratus menyamai senjata asli, bahkan bentuk luaran, saiz, kelongsong dan kelopak peluru, picu serta warnanya menyamai warna asal senjata tulen. Lebih membimbangkan, selain boleh dijadikan muslihat untuk melakukan jenayah, senjata berkenaan menjadi lebih berbahaya jika diubah suai hingga boleh menggunakan 'peluru' berbahaya seperti bebola besi, guli atau paku yang mampu mencedera atau meragut nyawa jika terkena manusia. Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, senjata ini bukan saja digunakan secara berleluasa, malah mudah diperoleh di negara ini, sama ada membelinya di kedai ataupun melalui Internet. sumber : mymetro |
Posted: 08 Sep 2012 05:45 PM PDT SEREMBAN: Mendakwa kononnya mahu melangsaikan hutang along, seorang lelaki nekad menyamun sebuah restoran di Seremban Jaya, di sini, dengan menggunakan pemetik api berbentuk pistol tidak ubah seperti senjata sebenar, Selasa lalu. Bagaimanapun, kelicikan suspek berusia 30-an menyamun RM1,200 daripada pengusaha restoran yang juga pasangan suami isteri masing-masing berumur 38 tahun itu akhirnya tumpas tidak sampai enam jam apabila ditahan di rumahnya di Rahang, di sini. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 4 September lalu itu, suspek menyerbu sebuah restoran yang sedang dikemas berikutan pengusahanya mahu menamatkan operasi. "Suspek yang memakai cermin mata gelap dan menggunakan kereta Proton Saga Aeroback berwarna hitam itu nekad memasuki restoran berkenaan menerusi pintu hadapan yang ditutup separuh. "Kemudian suspek terus mengacukan 'pistol' kepada pengusaha restoran iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 38 tahun sebelum memaksa menyerahkan wang. "Mangsa yang takut apabila diacukan 'pistol' itu menyerahkan sejumlah wang sebelum suspek melarikan diri dengan keretanya diletakkan di luar premis," katanya. Menurutnya, polis kemudian dapat mengesan alamat suspek pada hari sama kejadian itu menerusi nombor pendaftaran sebenar kereta digunakan untuk menyamun. Kira-kira jam 11 malam hari sama kejadian itu, suspek ditahan di rumahnya di Taman Bunga Blossom, Rahang, di sini, di hadapan isteri dan anak-anak suspek. sumber : mymetro |
Kesian..remaja ni boleh terlena semasa berjalan Posted: 08 Sep 2012 05:30 PM PDT Kesian remaja ni... CHADWELL HEATH, Britain - Seorang remaja berusia 19 tahun, Kelly Sears menghidap penyakit ganjil apabila dia terlena semasa berjalan, lapor sebuah akhbar semalam. Kelly kerap terjatuh semasa sedang berjalan apabila dia tertidur dengan tiba-tiba menyebabkannya mengalami luka. Ekoran itu, remaja tersebut diberikan seekor anjing yang terlatih oleh sebuah pertubuhan kebajikan yang diajar untuk menjilat leher dan muka Kelly apabila dia tidur dengan tiba-tiba untuk menyedarkannya daripada tidur. Anjing berusia dua tahun itu menjadi teman baharu remaja berkenaan sejak dua bulan lalu. Kelly mula menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit tidur itu yang dikenali sebagai Narcolepsy semasa berumur 15 tahun apabila dia tertidur di dalam kelas di sekolahnya. - Agensi |
Posted: 08 Sep 2012 05:15 PM PDT Seorang lelaki sanggup berhenti dari pekerjaannya di sebuah syarikat indurans untuk bekerja di asrama universiti tempat anak lelakinya menuntut ilmu. Alasannya, lelaki itu ingin membantu pembelajaran anak tercintanya di sebuah kampus di Wuhan, Provinsi Hubei, China. Dikutip dari Xinhua, Sun biasanya menerima 3.000 yuan dengan bekerja sebagai agen insurans. Namun anak lelakinya mengatakan kepada dia bahawa kehidupan di kampus pascasarjana sangat keras, sehingga membuatnya berfikir untuk menyerah dan tak mahu belajar. Khuatir dengan pendidikan anaknya, Sun lalu mengundurkan diri dari pekerjaannya dan menjadi pelayan di asrama kampus universiti anaknya. Jelas bayaran 800 yuan sebagai pelayan yang diterima Sun jauh dibandingkan bayaran dari pekerjaan sebelumnya. Namun itu dilakukan agar anak lelakinya tidak menggantungkan beg dan berhenti dai belajar. bk- pening juga dapat anak macam ni |
Inilah Yang Sebenarnya 7 Keajaiban Dunia, Bukan Tembok Besar China atau yang lain-lain Posted: 08 Sep 2012 05:00 PM PDT Sekumpulan pelajar belajar mengenai "Tujuh Keajaiban Dunia". Pada akhir pelajaran, para pelajar diminta untuk menyenaraikan apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" saat ini. Walaupun ada beberapa ketidaksesuaian, sebagian mereka menyenaraikan : 1) Piramid Besar di Mesir 2) Taj Mahal 3) Grand Canyon 4) Panama Canal 5) Empire State Building 6) St. Peter's Basilica 7) Tembok Besar China Ketika mengumpulkan kertas yang disenaraikan murid-murid sang guru memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, sang guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesulitan untuk menyenaraikannya. Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak boleh memilih kerana sangat banyaknya." Sang guru berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya." Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia adalah : 1) Boleh menyentuh 2) Boleh menghidu 3) Boleh melihat 4) Boleh mendengar Dia terdiam sebentar, dan kemudian melanjutkan : 5) Boleh merasakan 6) Boleh tertawa 7) Dan boleh mencintai Ruang kelas tersebut sunyi seketika ! Gurunya berkata "Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban", sementara saat kita melihat dan menikmati semua yang telah Allah lakukan untuk kita, lalu menyebutnya sebagai "biasa-biasa saja"? sumber : http://apriel.org bk-terfikir memang selama ini kita alpa dengan kebesaran Tuhan... |
Saksikan kecanggihan 'pen of the year' 2011 Posted: 08 Sep 2012 04:45 PM PDT RIMANEWS – Faber-Castell merupakan jenama alat tulis yang sudah tidak asing lagi di telinga kita dengan berbagai produk seperti pensil, pensil warna, ballpen dan lain-lain. Namun, tahukah anda bila Faber-Castell setiap tahunnya mengeluarkan produk ballpen eksklusif yang harganya mungkin membuat anda tercengang. Sejak tahun 2003 Faber-Castel mengeluarkan produk yang disebut "Pen of the Year" yang jumlahnya terbatas. "'Pen of the year' 2011 harganya Rp 40 jutaan," ungkap Yandramin Halim, Managing Director Faber-Castell International Indonesia, di sela-sela jumpa pers lomba menggambar Faber-Castell yang bertempat di Pluit Village, Pluit, Jakarta, Minggu (13/3). Halim mengungkapkan setiap "pen of the year" memiliki keunikan tersendiri. Ada yang terbuat dari gading binatang purba mammoth, ada juga yang terbuat dari rambut ekor kuda. Pen of the year tahun 2011 terbuat dari batu giok asal Russia. Produk ini hanya ada sejumlah 1761 di seluruh dunia. Angka 1761 sendiri menunjuk pada tahun kewujudan Faber-Castell. Sedangkan "pen of the year" pada tahun-tahun sebelumnya diproduksi sebanyak 1.200-an di seluruh dunia. Halim mengungkapkan meskipun menggunakan bahagian tubuh binatang, tidak ada binantang yang harus di bunuh untuk mendapatkannya. Menurut Halim gading mammoth diperoleh dari Russia, Faber-Castell baru menggunakan gading itu setelah mendapat izin dari arkeologi. Faber-Castell merupakan pabrik pensil tertua dan terbesar di dunia. Mereka menghasilkan 2 miliar pensil setiap tahunnya. |
Nak keluar wang dari mesin ATM tapi yang keluar ular Posted: 08 Sep 2012 04:30 PM PDT MADRID - Seorang lelaki terkejut saat dirinya hendak mengeluarkan wang di mesin ATM. Bukan kerana jumlah wang yang membuatnya terkejut, melainkan dikejutkan oleh kehadiran seekor ular yang keluar dari mesin ATM. Kejadian ini bermula saat pagi hari, lelaki tersebut singgah untuk mengambil wang di mesin ATM milik Bank Caja Madrid di Llodio, Alava, Sepanyol. Setelah menetapkan jumlah yang diambil, dirinya menekan tombol-tombol sesuai dengan nominal wang yang akan diambil. Tiba-tiba saja seekor ular keluar dari tempat keluarnya wang dari mesin ATM tersebut. Demikian diberitakan Euro Weekly News. Lelaki separuh baya itu terkejut bukan kepalang. Untungnya, dia berhasil mengambil wangnya, meskipun ular itu cuba menyerang. Kemudian dia melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Dengan bantuan dari manager bank, polis pon berhasil menangkap ular berbisa itu. Ular berbahaya itu terperangkap di tempat penyimpanan wang ATM. Polisi tidak menutup kemungkinan bahAwa seseorang mungkin sengaja meletakkan ular itu, hanya untuk melawak. Tetapi, melihat lingkungan sekitar, mungkin juga ular tersebut memang tersesat. (faj) http://international.okezone.com/ |
Aksi duduk yang kurang sopan bagi wanita Posted: 08 Sep 2012 04:15 PM PDT |
Kereta tenggelam kerana percayakan sangat GPS Posted: 08 Sep 2012 04:00 PM PDT Bahana kalau terlampau percaya ... WASHINGTON - Sebuah kenderaan utiliti sukan tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel. Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS. Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik. Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan. Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik. Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu. - Agensi |
WAJIB LIHAT AGAR KITA BERSYUKUR Posted: 08 Sep 2012 10:30 AM PDT |
Gila beb..bilik pejabat kilang ubat ni macam istana Posted: 08 Sep 2012 10:15 AM PDT HARBIN, China - Sebuah bangunan pejabat mempunyai hiasan dalaman mirip sebuah istana mewah yang diduduki oleh pemimpin terkaya dunia. Lebih mengejutkan, blok bangunan itu dibina di China, negara yang dikenali kerana mempraktikkan konsep binaan yang ringkas. Hiasan dalaman bangunan tersebut ditiru daripada Istana Versailles di Perancis. Ia merupakan pejabat kilang ubat Kumpulan Syarikat Farmaseutikal Harbin di timur laut wilayah Heilongjiang. Bangunan itu terdiri daripada blok bangunan enam tingkat yang mengandungi pejabat tiga tingkat manakala baki ruang luar dijadikan muzium milik firma berkenaan. Syarikat Farmaseutikal Harbin itu adalah milik pemerintah China. Hiasan dalamannya bercirikan kemewahan seperti dinding dan lampu keemasan sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat. Penduduk mendakwa wang untuk membina hiasan dalaman itu sepatutnya dibelanjakan untuk menyelesaikan masalah pembentungan di kilang-kilang firma berkenaan yang semakin serius. - Agensi |
Posted: 08 Sep 2012 10:00 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |