Adsense

Sabtu, 8 September 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Bapa Dr Sheikh Muszaphar Meninggal Dunia

Posted: 07 Sep 2012 05:43 PM PDT

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1227/Kosmo/Negara/ne_05.1.jpg

Bapa kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah disahkan meninggal dunia.

Arwah telah pergi meninggalkan dunia tepat jam 9.26 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. Punca kematian arwah dikaitkan dengan sakit jantung.

Jenazah bapa angkasawan negara kita ini dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Seremban.

Takziah kami ucapkan dari OHBULAN! Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

(TERKINI) Selepas Kantoi Dadah, Apek Mahu Berehat Dari Bidang Seni

Posted: 21 Jun 2010 11:36 AM PDT

SAIFUL APEK BERHENTI DARI BERLAKON - UNDUR DIRI DARI BIDANG SENI

Update terkini mengenai Saiful Apek selepas dia dibebaskan daripada tahanan reman ekoran kantoi terlibat dengan dadah dimana dia mengatakan yang dia mahu 'bercuti' dari bidang seni. Mungkin ingin melapangkan fikiran.

Dalam pada itu, Apek juga mengakui yang dia tidak layak dijadikan sebagai ikon. Mungkinkah Apek ada membaca kenyataan yang pernah diutarakan oleh Wardina iaitu Selebriti Malaysia tak layak bergelar ikon? Huhu..

Ayuh ikuti kenyataan Apek yang kami ambil dari Murai kat bawah ni:

"Saya dengan berbesar hati mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni. Keputusan ini diambil kerana tidak mahu ada pihak di luar sana yang akan bercakap dah kena, maafkan dan akan kena lagi. Saya tahu pelbagai kata-kata akan dilemparkan kepada saya kerana ada yang menganggap artis sebagai ikon namun mereka perlu tahu ikon yang sebenar ialah Rasullah S.A.W,"

"Saya mengambil keputusan undur diri bukan kerana kes ini. Tetapi sepanjang ditahan saya melalui pengalaman dan pengajaran yang terlalu sukar untuk saya dapatkan sebelum ini. Lagipun saya dah penat dengan semua ini malah sepanjang ditahan barulah saya kenal siapa yang sayang saya. Keluarga sentiasa di sisi.Tapi masa mereka perlukan saya, saya tiada dan sentiasa sibuk,"

Kepada Apek, selamat bercuti kami ucapkan. Semoga semua'nya akan kembali OK nanti. Tapi kalau Apek nak cuti terus pun takpe kot sebab tak bagi apa-apa efek pun kat dunia hiburan apatah lagi negara. Huhu.. [ Sumber : zonartis ]