Adsense

Ahad, 29 Julai 2012

Sensasi

Sensasi


Gambar-gambar bahagia Scha dan Awal sambut Ramadhan bersama

Posted: 29 Jul 2012 09:34 AM PDT


scha awal


scha awal
scha awal
scha awal
scha awal
scha awal
scha awal
scha awal
scha awal
scha awal
scha awal

Gambar bahagia Fasha sambut hari jadi "hubby' Jejai

Posted: 29 Jul 2012 09:19 AM PDT


fasha jejai
Sempoi je selepas berkahwin nie,sambut birthday kat kedai mamak je..hehe..kalau tak dulu asyik ke "club" je nak sambut birthday.

Alhamdulillah semenjak pasangan nie berkahwin nampak kebahagiaan dan perubahan positif..


Fasha kini mengandung,perut belum ketara lagi,tapi dah boleh nampak sikit baby bump tue... mesti anak Fasha nanti comel mcm ibunya



fasha jejai
fasha jejai
fasha jejai


fasha jejai


fasha jejaifasha jejai

Tahniah Zed Zaidi bergelar bapa,gambar wajah comel anak Zed Zaidi

Posted: 29 Jul 2012 09:08 AM PDT

 
Zed Zaidi Terharu Menyaksi Kelahiran Anak Pertama
Putera sulung Zad Zaidi selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Tropicana Medical Centre, Kota Damansara kira-kira jam 9.30 pagi hari jumaat.

"Alhamdulilah, saya berasa terharu kerana dapat melihat sendiri proses isteri saya melahirkan anak sulung kami. Isteri saya terpaksa melalui pembedahan kerana bayi kami agak besar iaitu seberat 4.32 kilogram.
"Pada mulanya ramai yang menasihati saya suapaya tidak melihat proses bersalin itu kerana takut saya akan mual dan muntah. Namun, saya bersyukur kerana saya dapat bersama isteri saya sepanjang proses itu berlangsung dengan menggenggam tangannya supaya dia kuatkan semangat.

"Paling saya tidak boleh saya lupakan ketika isteri saya dibedah, darah yang terpancut terkena juga kepada saya," ceritanya

Teruja dengan kelahiran putera sulungnya itu, Zed Zaidi berkata dia sudah pun meletakan nama bayinya Ryan Ziqry sejak dia dalam kandungan lagi.

"Sejak kami tahu yang isteri disahkan hamil anak lelaki, saya dan isteri terus memilih nama bayi kami. Saya menamakan nama Ryan kerana saya mahukan huruf R di depan seperti nama saya iaitu Rozaidi.
"Manakala nama Ziqry adalah pilihan isteri saya sendiri yang bermaksud rezeki dalam Islam,"katanya.

Wajah Comel Zahrah Rania Shanley yang berusia setahun

Posted: 29 Jul 2012 08:45 AM PDT

Anak kepada pasangan suami isteri yang penuh badai rumahtangga..inilah wajag Zahrah Rania Shanley yang berusia setahun..

Nampak wajahnya amat iras dengan ibunya suhaila..

Abby kata rezeki tersekat apabila BN jadi pemimpin,Sheila Rusli dan Ummi Aida bidas

Posted: 29 Jul 2012 08:40 AM PDT

Apa pendapat korang tentang perubahan dan penghijrahan Abby Abadi...Sensasi rasa baguslah dia dah berhijrah..tapi selepas penghijrahan Abby,dia seolah begitu mengaitkan politik dengan segalanya..
 
Politik bukanlah tiang agama..sampai semuanya mesti berlandaskan politik..lagi2 politik di Malaysia nie bukan sesuci politik zaman nabi...Sensasi pun rasa agak kurang menyokong tindakan Abby yang kata org mcm 'over react" pulak..
 
Kenyataan Abby tentang rezekinya tersekat selagi BN menjadi pemimpin,amatlah tidak patut kerana rezeki itu ditangan tuhan,bukan ditangan pemimpin..Setiap penghijrahan pasti ada pengorbanan.jdi kenapa nak pertikaikan tentang rezeki,kalau rezeki berlakon kurang cuba cari rezeki lain,berniaga ke apa ke.. Sensasi rasa sengal jugak lah..huhu...

Abby nie cuba bercakap dengan nada merendah tetapi tajam amatlah tidak sesuai ,lagi2 org belum memandang Abby sebagai org bijak agama,tetiba nak bersuara lantang bagai..tak sesuai..mungkin Abby nak merubah org lain,tapi caranya salah je sensai tengok sebab menggunakan medium twitter sekaligus menggunakan ayat menghentam org memang boleh mendatangkan benci kan?

 
Pelakon dan juga penerbit drama Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional (BN) ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.
Dipetik dari MPP, Sheila berkata, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.
"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."
"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon versatile Umie Aida yang nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Abby Abadi ini telah menemplak kenyataan tersebut melalui laman Twitter yang menganggap Abby Abadi berfikiran cetek dan kenyataan itu lebih bermotifkan politik kerana menganggap golongan artis yang berhijrah hanya akan mempunyai kerja jika rakyat tukar kerajaan.

Pada masa sama, Umie juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.
Sebelum ini, Abby mengeluarkan kenyataannya menerusi Malaysian Insider yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Malah berkata, bakatnya untuk berkarya sebagai Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
"Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik."
"Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, Pakatan Rakyat perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah," kata Abby.

Video :Cover Raya Lisa Surihani dan Yusry KRU menghiasi Media Hiburan

Posted: 29 Jul 2012 09:26 AM PDT



Lisa dan Yusry menjadi rebutan majalah untuk menghiasi cover mereka untuk Edisi Raya. Maklumlah pasangan suami isteri nie pertama kali beraya bersama.Dan keduanya merupakan selebriti yang hot... Yusry kelihatan manja dengan Lisa...Jangan jeles uols

lisa yusry

Kristen Steward curang dengan Rupert Sanders,pengarah filem, Robert Pattinson tertekan dan bawa diri

Posted: 29 Jul 2012 08:25 AM PDT


Hubungan pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart yang bertahan selama tiga tahun akhirnya retak, berikutan dengan kecurangan Stewart yang telah tampil membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka semalam. 
Dipetik dari laporan Dailymail, Pattinson yang dikatakan terlalu kecewa dengan kecurangan yang dilakukan oleh kekasihnya itu telah bertindak keluar dari rumah yang didiami oleh mereka di Los Angeles. Bintang "Twilight" itu dikatakan mahu mengasingkan diri tanpa dihubungi terutamanya oleh Stewart buat masa ini. 
Pada bulan April lalu ketika ditemubual oleh Vanity Fair, aktor kelahiran British ini memberitahu bahawa beliau tidak suka berlaku curang. 
"Saya tak faham kenapa orang sanggup berlaku curang," kata beliau. 
"Saya bukan jenis lelaki begitu. Kalau saya memilih untuk bersama seseorang, itu sebab atas kemahuan saya sendiri. Kalau saya ada hubungan istimewa, saya akan berikan seratus peratus." 
Manakala Kristen pula, sedang berada dalam keadaan yang sangat tertekan di atas kesilapan besar yang dibuat beliau dengan mempunyai hubungan sulit dengan pengarah filem "Snow White And The Huntsman", Rupert Sanders, yang merupakan suami kepada model Liberty Ross dan juga bapa kepada dua orang anak. 
 
Kristen membuat permohonan maaf diatas kecurangannya setelah gambarnya bersama pengarah filem 'Snow White and the Huntsman" tersebar...
 
"Saya sangat menyesal telah memalukan dan melukai orang-orang yang dekat dengan saya. Kecurangan ini telah mengancam perkara penting di dalam hidup saya, iaitu orang yang paling saya cinta dan hormati, Rob. Saya cintakan dia, saya cintakan dia, saya mohon maaf," kata Kristen.
  

borak kosong

borak kosong


Rahsia Supaya Pintar Matematik

Posted: 29 Jul 2012 09:00 PM PDT

Dibawah ini merupakan beberapa kunci supaya kita boleh pintar Matematik, Percaya atau tidak silakan anda cuba sendiri:

tips dan trik cara berhitung dan belajar rumus matematika dengan mudah - metode belajar mata pelajaran matematika yang paling efektif dan mudah dipahami

1. Perpanjang Sujud dan Puasa 


Dalam keadaan yang tidak stabil, perubahan kedudukan akan turut membantu memulihkan kesihatan. Dalam keadaan sujud, di mana posisi jantung lebih tinggi dari kepala membuat aliran darah mudah menuju ke kepala. Darah yang berisi oksigen itu memang sangat diperlukan oleh otak guna mengoptimalkan fungsinya. Kerana itu, memperpanjang sujud, khususnya pada salat tahajud, akan memberikan kesempatan kepada otak memenuhi keperluan oksigen secara maksima. Selain itu, sujud dalam kedaan semua anggota tubuh beristirahat sangat membantu memperbaiki kestabilan.

Sedangkan puasa berfungsi menekan otak untuk melakukan pengimbangan memory. Hal ini dapat dilihat ketika seseorang berpuasa, otak akan banyak mengeluarkan omega 3 yang sangat diperlukan oleh sel-sel saraf. Di samping itu, puasa dapat menurunkan kadar kortisol dan memperbaiki mekanisme pelepasan kortisol. Kortisol dalam aksinya akan mencegah/menahan penggunaan glukosa oleh hipokampus, menghambat transisi sinapsis dan menyebabkan neuron/sel saraf luka (injury) serta kematian sel. Puasa juga dapat menurunkan level lipid peroksidase, iaitu suatu enzim yang dapat menghasilkan radikal-radikal bebas dan meningkatkan level dehidroepiandrosteron, iaitu suatu hormon yang penting untuk optimalisasi fungsi otak. Tidak menghairankan jika Rasullulah berkata bahawa puasa itu menyihatkan.

2. Perbanyak Latihan otak


Yang dimaksud dengan latihan otak adalah memberikan stimulasi kognitif, seperti berdiskusi tentang topik aktual, mengisi teka-teki, main catur, bermain Rubik's, Bermain muzik atau berkesenian, dapat membantu mempertahankan kemampuan kognitif. Latihan tersebut mendorong berkembangnya dendrit dan meningkatnya plastisitas sistem syarat pusat.

3.Gula Getah


Penelitian yang dilakukan Baylor College of Medicine melibatkan 108 siswa, 52 perempuan dan 56 laki-laki usia 13 hingga 16.Mereka dibagi dalam dua kelompok yang menguyah gula getah dan yang tidak, dalam pelajaran matematik. Setelah 14 minggu, semua mahasiswa melakukan ujian. Yang mengunyah gula getah menunjukkan nilai matematiknya naik 3%. Sementara hasil ujian akhir juga menunjukkan kenaikan secara signifikan, dibandingkan yang tidak mengunyah permen. Namun begitu belum ada kesimpulan mengapa hal itu bisa terjadi. 

"Beberapa peneliti menyimpulkan tingkat stres yang lebih rendah, menjadikan lebih boleh fokus dan menjelaskan mengapa mengunyah gula getah meningkatkan fokus dan konsentrasi," kata Craig Johnston PhD, dosen di Baylor College of Medicine. Dia menambahkan penelitian itu menunjukkan potensi mengunyah gula getahterhadap prestasi akademik dalam kehidupan nyata.

4. Coklat


Penelitian mendapati senyawa yang terdapat di coklat dan disebut flavanols sangat membantu dalam melakukan tugas perhitungan matematik. Zat itu juga boleh mengurangi perasaan lelah, serta kekeringaan mental. Demikian penelitian yang dipresentasikan pada pertemuan tahunan Psychological Society Inggris. Prof David Kennedy dari Northumbria University yang merupakan penulis kedua laporan itu mengatakan, coklat sangat membantu tugas yang berhubungan dengan mental. Penemuan itu menunjukkan pelajar yang makan coklat, saat menghadapi ujian boleh mendapat nilai tinggi. 

Flavanols merupakan bagian senyawa kimia yang disebut polyphenols dan bekerja meningkatkan aliran darah ke otak. Penelitian itu dilakukan pada 30 sukarelawan yang harus mengerjakan tugas menghitung mundur 3 angka antara 800 hingga 999 yang dihasilkan oleh komputer. Penemuan itu menunjukkan relawan bisa menghitung lebih cepat dan lebih tepat setelah minum coklat.Namun hasilnya berbeda saat mengerjakan tugas hitung mundur 7 angka karena lebih rumit dan membutuhkan bagian otak yang berbeda.Penelitian itu juga mendapati rasa lelah melakukan perhitungan lebih kecil saat diberi minuman coklat, meskipun melakukan secara berulang kali selama berjam-jam


Sumber 

Wow! Kembar Identik Melahirkan di Hari yang Sama

Posted: 29 Jul 2012 08:45 PM PDT


Zaakira Mitchell dan Shaakira White yang merupakan kembar identik, sangat gembira dan terkejut ketika mengetahui mereka ternyata hamil dan hanya terpisah beberapa minggu.


Dan yang membuat keduanya benar-benar kagum adalah ketika mereka melahirkan pada hari yang sama, terpisah hanya satu jam saja.


Kedua saudara kembar berusia 20 tahun dari South Carolina ini sebenarnya diperkirakan akan melahirkan terpisah tiga minggu, namun akhirnya keduanya menjadi ibu pada Selasa 24 Julai lalu.


Diketahui, Zaakira memutuskan untuk melahirkan pada 24 Julai, dua hari lebih awal dari tarikh yang seharusnya, dan tiba di rumah sakit Columbia, South Carolina, dengan didampingi saudara kembarnya untuk memberikan dia dukungan.


Sementara itu, Shaakira yang seharusnya melahirkan pada tanggal 16 Ogos, pada hari itu mengatakan kepada doktor bahwa dia mengalami kontraksi.


Doktor kemudian menemukan bahawa Shaakira akan melahirkan lebih awal, dan sudah mengalami pembukaan persalinan lima sampai enam sentimeter, menurut doktor David Ferguson. Dan ia pun segera dipersiapkan untuk menjalani operasi caesar.


"Semuanya sangat menarik. Semua keluarga yang datang untuk mensupport Zaakira tiba-tiba juga harus melakukan hal yang sama kepada Shaakira, " tutur Dr Ferguson kepada ABC News.


Hanya satu jam setelah Zaakira melahirkan seorang anak laki-laki, yang ia namai Kadin, saudara perempuannya Shaakira juga melahirkan anak kembar yang ia namai Landon dan London.


Dr.Ferguson mengatakan bahawa segera setelah Zaakira stabil setelah melahirkan, pasukannya mengalihkan perhatian mereka untuk mempersiapkan persalinan Shaakira.


Setelah melahirkan kedua saudara kembar ini berbicara tentang kegembiraan mereka, bahawa anak-anak mereka akan tumbuh bersama, dan berbagi ulang tahun yang sama.

Satu keluarga buat plastic surgery di South Korea.

Posted: 29 Jul 2012 08:30 PM PDT


How do you bond with your loved ones? Well for these Singaporean families, an activity that has brought them closer together is by going under the knife in South Korea -- together.


Make-up artist Veronica Ng, 22, was the first to head to Seoul for a nose job and an eyelid procedure in September 2011. Shortly after that, her mother, Mary, 57, liked the results on her daughter so she went for a procedure in February while Veronica's older sister, Elizabeth, 27, went for plastic surgery in June this year.


Veronica said she wanted to mark her 21st birthday with a fresh start, and she picked South Korea over Thailand because "everyone has heard of the (South Korean) surgeons' skills".


Another family has also gone under the knife. Mr Teoh, his wife and his three daughters went to Seoul in January for a 12-day trip and they had their procedures done at the same time. It is meaningful to him as they "have finally found something (they) enjoy doing as a family".


sumber : stomp.com.sg

Penggemar Ejek Logo Baru Yves Saint Laurent

Posted: 29 Jul 2012 08:15 PM PDT


Brand ternama asal Paris, Yves Saint Laurent telah berganti nama menjadi Saint Laurent Paris. Namun sayang, kemunculan logo barunya mendapat ejekan dari para penggemarnya.
 
Setelah kepergian sang pendirinya, Yves Saint Laurent yang meninggal 2008 lalu luxury brand ini kini telah mendapat pimpinan baru.  Hedi Slimane, creative director terbaru yang berusaha memberi penyegaran dengan mengganti nama dan logo klasik dari lini ready-to- wear ini menjadi Saint Laurent Paris.
 
Slimane berusaha untuk melakukan makeover dengan mengganti logo monokromatik YSL yang telah digunakan lebih dari setengah abad ini dengan sesuatu yang lebih segar.


Packaging baru, dengan huruf sederhana dan warna putih di depan background hitam ini telah menuai kritik dari berbagai pihak. Tak terkecuali lewat jejaring sosial Facebook.
 
Para penggemar menuangkan rasa tak puasnya dengan menyebut logo baru tersebut membosankan, murahan, dan merendahkan. Namun, ada juga yang mengatakan bahwa logo tersebut sangat elegan dan mendiang Yves Saint Laurent tak akan kecewa melihatnya, demikian seperti dilansir Dailymail.
 
Meski logo sebelumnya masih dicantumkan di produk beg tangan, lipstik dan kasut, tak ada kepastian apakah logo barunya akan digunakan secara lebih luas.
(tty)

Terbaik...Sayangnya anak ini pada ibunya

Posted: 29 Jul 2012 08:00 PM PDT


Ternyata cerita tentang anak yang sanggup berbakti di  bukan cuma mitos .Lihat fotonya di bawah ini


Ini adalah kisah seorang anak (kurang mampu) menghantarkan ibunya ke hospital dan terlihat dia sedang menyuapi ibunya.


Buat senjata di tepi sawah padi

Posted: 29 Jul 2012 07:45 PM PDT


BANDAR MANDAUE - Permintaan senjata api semakin meningkat ekoran pilihan raya pertengahan penggal akan berlangsung pada 2013 di Filipina.
Seorang pembuat senjata di bandar Danao yang hanya mahu dikenali sebagai Remo, 33, berkata, dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang remai menempah senjata api.
"Kami mempunyai kesukaran untuk memenuhi tempahan kerana pada kebiasaannya masa selama dua minggu diperlukan untuk menyiapkan sepucuk pistol .45 calibre walaupun jika saya bekerja 16 jam sehari," katanya.
Bunyi muzik yang kuat bergema di bengkel Remo yang terletak di pinggir anak sungai yang kering, tersembunyi daripada pandangan mata disebabkan rimbunan pokok buluh.
Ketika ini, semua pengawal peribadi di Filipina membawa senjata api sama ada pistol atau senapang patah.
Senjata api merupakan fenomena biasa yang boleh dilihat di pasar raya, pejabat pemerintah, bank, restoran dan sekolah.
Senjata api haram di negara ini hanya dibawa oleh anggota-anggota kumpulan penjenayah, kumpulan pemisah Islam dan komunis.
Ia turut dibawa oleh ahli politik yang mempunyai askar-askar peribadi.
Seorang bekas pemilik kilang senjata haram, Elmer Genzon, kini bekerja di kilang pembuat senjata yang telah didaftarkan, Shooters Arms Manufacturing, 25 kilometer dari sini.
"Kami tidak lagi bimbang tentang serbuan polis dan kami mempunyai pendapatan yang stabil, ditambah sedikit kekayaan dan manfaat sosial," katanya yang berusia 33 tahun.
Senjata-senjata itu ada yang dieksport ke Amerika Syarikat, Australia, Itali dan Thailand.
Pemilik sebuah kilang itu, Romulo de Leon III merupakan generasi kedua penjual senjata api.
Kilangnya kini mengeluarkan kira-kira 20,000 senjata api setahun.
Dia mahu mengembangkan perniagaannya ke Eropah Timur dan Amerika Selatan. - Reuters
sumber : kosmo online


Dilarang berkahwin kerana berkulit hitam

Posted: 29 Jul 2012 07:30 PM PDT


WASHINGTON - Satu pasangan Mississippi berasa terkejut kerana seorang pastor di sebuah gereja menyatakan bahawa mereka tidak dapat berkahwin kerana berkulit hitam.
Pastor itu, Stan Weatherford memberitahu, saluran televisyen ABC kelmarin bahawa tiada upacara perkahwinan pasangan berkulit hitam di gereja berkenaan di Crystal Springs, Mississippi sejak ia dibuka pada 1883.
Weatherford yang berkulit putih berkata, beliau menawarkan pasangan tersebut berkahwin di gereja lain yang dikunjungi penduduk berkulit hitam.
Beberapa penduduk terkejut dengan tindakan pastor tersebut. - AFP

sumber : kosmo online

Putera Arab diheret keluar dari pesawat

Posted: 29 Jul 2012 07:15 PM PDT


LONDON: Seorang putera Arab diheret keluar dari sebuah pesawat oleh anggota polis yang bersenjatakan pistol Taser 50,000 voltan kerana mabuk.
Lelaki berusia 28 tahun itu, percayai anggota rapat keluarga Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al-Khalifa, menaiki pesawat Boeing 777 di Lapangan Terbang Heathrow, London, apabila dia mula menjerit dan mengadu mengenai perkhidmatan buruk dalam penerbangan BA125 ke Doha, Qatar, menerusi Bahrain.

Kakitangan pesawat terpaksa memanggil polis yang tiba dengan pistol renjatan elektrik selepas dia menyerbu masuk ke kokpit dan enggan kembali ke tempat duduknya, lapor akhbar The Sun. - TS



sumber : myMetro

Temu keluarga selepas 34 tahun

Posted: 29 Jul 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Apabila Susan Ardron berpindah ke Afrika Selatan pada 1975, hubungan dengan keluarganya putus secara tiba-tiba beberapa tahun kemudian.
Keluarganya yang tidak tahu dia menghidap amnesia selepas terbabit dalam kemalangan kereta menyangka dia sudah meninggal dunia.
Tetapi, selepas 34 tahun, apabila ingatannya pulih secara perlahan-lahan, dia mengejutkan anggota keluarganya dengan menghubungi mereka menerusi Facebook.

Susan, 61, yang masih menetap di Afrika Selatan, dibantu untuk menjejaki keluarganya di Rotherham, Yorkshire Selatan oleh keluarga yang dia tumpang di Johannesburg.



Kini, dengan perkembangan yang mengejutkan itu, adiknya, Colin, 39, Dawn, 58, Julie, 50 dan Gail, 52, berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan pasport bagi membolehkan kakak mereka kembali ke Britain.


Susan berlepas ke Afrika Selatan bersama suami, Sud dan empat anak.

Apabila keluarganya tidak memperoleh berita daripadanya, mereka cuba menjejakinya menerusi Pertubuhan Palang Merah dan pertubuhan amal Kristian.

Akibat daripada kemalangan yang dialaminya menyebabkan dia sukar mengingati identiti sebenarnya.

Keadaan itu menyebabkan suaminya meninggalkannya bersama-sama empat anak mereka.

Joanna, 43, Jason, 40, Adele, 38, dan Amanda, 36, kembali ke Britain dan Susan masih belum dapat berhubung dengan mereka kerana ingatannya masih belum kembali sepenuhnya.

Dia tinggal bersama anggota keluarga yang berbeza di seluruh Afrika Selatan, bertarung dengan penyakit barah payu dara tanpa keluarga dan bekerja sebagai pembantu rumah.

Selepas tinggal bersama keluarga January barulah dia memperoleh bantuan untuk menghubungi keluarganya di Britain.

Keluarga berkenaan yang membantu mereka yang memerlukan selepas mereka sendiri pernah mengalami keadaan tidak mempunyai rumah, memberi bantuan paling berharga dalam membolehkan Susan berhubung dengan keluarganya menerusi laman sosial itu.

Bercakap kepada akhbar Daily Mirror, adiknya, Colin memuji jasa keluarga January itu.

"Keluarga itu sungguh luar biasa. Kami terhutang budi pada keluarga January," kata Colin.

Dawn pula berkata: "Sejak beberapa tahun lalu, ingatan Susan kembali pulih, sedikit demi sedikit.

"Mulanya kami menyangka ditipu. Tetapi apabila kami menerima gambarnya, kami serta-merta tahu itulah kakak kami.

"Kami berasa lega dan sayu. Kami sedih kerana ia tidak berlaku tiga tahun lalu apabila ibu dan bapa kami masih hidup."

Kedua-dua ibu bapa Susan, Colin dan Mavis meninggal dunia pada 2009.

Menurut keluarga itu, ibu bapa mereka enggan berpindah dari rumah asal mereka kerana masih berharap Susan akan kembali mencari mereka. - DM



sumber : myMetro

Lelaki ‘berlakon’ gila dipenjara 12 bulan

Posted: 29 Jul 2012 06:45 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda menyambut Aidilfitri bersama keluarga tidak kesampaian apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas mengaku salah mencuri burung banji dan arnab bernilai RM5,000 di sebuah kedai peliharaan di bandar raya ini pada Mei lalu.
Sebelum ini, tertuduh, Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 26, dari Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang pernah dihadapkan di mahkamah sama, namun diarahkan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru selepas bertindak melondehkan seluarnya di dalam kandang tertuduh selain mendakwa gila bagi menyelamatkan diri daripada dihukum atas kesalahan mencuri.

Bagaimanapun, lakonan Mohd Khairul Hamimi tidak berjaya apabila laporan doktor mengesahkan dia tidak mengalami masalah gangguan mental sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim membuat menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah.


Terdahulu, dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman denda terhadapnya atas alasan ingin menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.

Berdasarkan fakta pertuduhan, Mohd Khairul Hamimi didakwa melakukan pecah rumah dengan mencuri 50 burung banji dan 45 arnab yang dianggarkan bernilai RM5,000 milik Lim Chew Siang, 41, di Kedai Menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang Tiga, di sini, antara jam 7 malam, 22 Mei hingga 8.55 pagi pada 23 Mei lalu.


Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Mohd Khairul Hamimi tidak diwakili peguam.



Harian Metro pada 28 Mei lalu melaporkan, suasana di Mahkamah Majistret, di sini, gempar apabila seorang pemuda berdepan pertuduhan mencuri burung banji dan arnab di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, secara tiba-tiba cuba melondehkan seluarnya ketika berada dalam kandang tertuduh.

Tindakan itu menyebabkan Abdul Hayyi memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan.



sumber : myMetro

Kepala terbelah dua

Posted: 29 Jul 2012 06:30 PM PDT


PONTIAN: "Sebaik terdengar dentuman kuat dan melihat asap tebal berkepul di ladang kelapa sawit berhadapan rumah, saya terus bergegas ke lokasi menyaksikan apa yang berlaku.
"Sebaik tiba, saya mendapati sebuah pesawat ringan terhempas dan juruterbangnya tidak bernyawa dengan kepalanya terbelah dua hingga otaknya terkeluar," kata Mohd Sabri Kasah, 42, saksi kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di ladang kelapa sawit di Kampung Parit Puasa, di sini, semalam. Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, sebuah pesawat ringan jenis Cessna terhempas mengakibatkan juruterbangnya yang juga warga Singapura, Ling Shi Min Samuel, 25, maut akibat parah di kepala.

Menurut Mohd Sabri, dia panik melihat keadaan itu, namun cuba memberanikan diri sebelum mendapati mangsa cedera parah.


"Selepas beberapa minit kejadian, orang kampung mula berpusu ke lokasi sebelum pihak berkuasa tiba," katanya.

Seorang lagi saksi, Mohd Safian Buang, 15, berkata, pada mulanya dia menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun.


"Saya ternampak asap tebal berkepul-kepul dan bunyi dentuman kuat itu pula hanya 100 meter dari rumah saya.



"Ketika itu saya berada di depan rumah dan saya memberanikan diri ke lokasi bagi mengetahui punca asap itu," katanya.

Mohd Safian yang juga pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang di sini, berkata, dia kini bercuti hujung minggu dan pulang ke rumahnya bagi menyambut Ramadan.


"Ketika kejadian saya mengemas di luar rumah sebelum terdengar bunyi letupan seperti mercun dan terus berlari ke ladang sebelum mendapati sebuah pesawat terhempas.

"Saya panik melihat keadaan itu dan terus memaklumkannya kepada keluarga dan menghubungi pihak berkuasa," katanya.



sumber : myMetro

Eksekutif TV9 ditemui mati

Posted: 29 Jul 2012 06:15 PM PDT


SUNGAI BULOH: Seorang eksekutif TV9 ditemui mati di rumahnya di Damansara Damai, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa, Syaleza Jaffar, 31, ditemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka sebelum dia menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sehingga kini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


"Kami sudah merakam percakapan daripada suami mangsa sendiri selain mendapatkan keterangan daripada beberapa saksi termasuk jiran mengenai motif sebenar kejadian.

"Sehingga kini, kami tidak memperoleh sebarang bukti menunjukkan wujud unsur jenayah dalam kes berkenaan namun siasatan lanjut dilakukan Unit Forensik dan Patalogi Polis Selangor," katanya yang ditemui di tempat kejadian petang semalam.


Bapa mangsa, Jaffar Bakri, 60, yang ditemui di Bilik Mayat Hospital Sungai Buloh (HSB) berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian Nur Syaleza kira-kira jam 9.30 malam sebelum dia dan isterinya bergegas ke hospital berkenaan dari Segamat, Johor.



"Arwah ada menghubungi saya Jumaat lalu dan berbual seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam percakapannya itu," katanya yang tiba di hospital kira-kira jam 2 pagi semalam.

Katanya, kali terakhir dia bertemu anak keduanya itu ketika dia pulang ke kampung bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sebulan lalu.


Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan, Sumber Manusia, Media Prima Berhad (Media Prima), Nor Arzlin Redzuan, dalam kenyataan akhbar semalam menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang juga kakitangan di stesen televisyen berkenaan sejak 2007.

"Kami turut bersedih atas kehilangan rakan sekerja yang peramah, rajin dan sangat berdedikasi terhadap kerja. Sebagai sokongan moral kepada keluarga mangsa, kami akan melakukan segala yang termampu bagi membantu termasuk menyediakan kaunseling bagi mengharungi detik sukar ini," katanya.



sumber : myMetro

Dendam suami,isteri diperkosa

Posted: 29 Jul 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: 'Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati.' Itu kandungan nota ditinggalkan dua lelaki selepas menodai seorang wanita berusia awal 20-an di rumahnya di Bandar Teknologi Kajang, di sini.
Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota berkenaan untuk ditujukan kepada suami wanita itu yang tiada di rumah.
Sumber berkata, ketika kejadian mangsa yang bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.

"Mangsa terkejut apabila melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.


Belum sempat menjerit meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
"Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain," katanya.


sumber : myMetro

Suami pengasuh buat dajal

Posted: 29 Jul 2012 05:45 PM PDT


KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.


"Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.


Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.



Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.


SUMBER : MYmetro

Kesian cikgu ni..murid tidur dan ada yang projek dalam kelas

Posted: 29 Jul 2012 05:30 PM PDT


Ketabahan dan kesabaran perlu bagi seseorang yang ingin menjadi guru.Lebih-lebih lagi jiak menghadapi situasi seperti gambar diatas....kalau tak sabar dah lama berhenti jadi guru


Hidup semula dalam pelukan ibu

Posted: 29 Jul 2012 05:15 PM PDT



Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam.


Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.




Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.


Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.




Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.


Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.


Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku.(link)



Tumor 23kg dalam perut wanita

Posted: 29 Jul 2012 05:00 PM PDT


NEW YORK - Tumor seberat 23 kilogram (kg) telah dikeluarkan dari dalam perut seorang wanita berusia 65 tahun, kata seorang doktor, David Dupree kelmarin.
"Dia merupakan seorang wanita yang kurus dengan mempunyai perut yang besar. Maksud saya ialah dia kelihatan seperti hamil kembar tiga," katanya yang mengetuai pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut.
Pembedahan selama lima jam itu dilakukan di Pusat Perubatan Riverview di Red Bank, New Jersey.
Wanita yang berasal dari Union Beach, New Jersey itu hanya mahu dikenali sebagai Evelyn.
Kira-kira enam hingga lapan minggu sebelum dirawat di hospital, wanita itu berasa tidak selesa dengan perutnya.
Dr. Dupree berkata, Evelyn mendapatkan bantuan perubatan pada 4 Jun lalu beberapa hari selepas hari ulang tahun kelahirannya yang ke-65.
Menurutnya, wanita itu sebelum ini menangguhkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana dia tidak mempunyai insurans kesihatan.
Dia kemudian memperoleh insurans menerusi program penjagaan kesihatan yang dilaksanakan pemerintah Amerika Syarikat secara automatik kerana umurnya mencecah 65 tahun.
Ketika dia mendapatkan rawatan perubatan, berat badannya lebih 77kg.
Evelyn dibedah selepas dia mengalami kesukaran pernafasan pada Ahad lalu.
Sebelum dibedah, kedua-dua kakinya bengkak kerana aliran darahnya terperangkap dan tubuhnya kekurangan air.
Imbasan X-ray menunjukkan tumor itu dikenali sebagai malignant sarcoma yang menghimpit saluran yang mengalirkan darah ke jantung. - Reuters

Aksi budak tak senonoh,siap yang harus dipersalahkan?

Posted: 29 Jul 2012 04:45 PM PDT

Tengoklah gelagat anak-anak kecil sekarang ni. Entah tau entah tidak aksi apa yang sedang mereka buat tu. Entah dari mana budak-budak ni belajar aksi yang tak sepatutnya digayakan pada usia yang terlalu muda macam mereka ni.
Kebarangkalian gaya yang ditiru mungkin dari video lucah yang mereka jumpa dalam bilik emak bapaknya atau terus dari emak bapak yang terlupa tutup pintu masa bercinta.








sumber : bestoneoffour

Hargai Penat Lelah , Pengorbanan Isteri

Posted: 29 Jul 2012 04:30 PM PDT


SUAMI tidak sahaja mengharapkan layanan terbaik daripada isteri . Sebagai lelaki yang juga pemimpin rumah tangga , perlulah bersedia menghargai penat lelah isteri . Begitu juga dengan pengorbanan para isteri ,sentiasa kena ingat dan bersyukur kepadaNya dianugerahi isteri yang baik .

    Kepada suami dan bakal isteri , pertimbangkan petua yang dibekalkan ini . Mudah-mudahan , ia berguna dan memberi cahaya kebahagiaan di dalam rumah tangga .

  • Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri terutama isteri yang bekerja.Seelok-eloknya bahagikan sama rata,isteri bayar bil air ,suami bayar bil elektrik
  • Bila isteri bercakap,pandang mukanya dan dengar dengan teliti
  • Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda
  • Jangan memaksa isteri melakukan seks jika keletihan atau tiada keinginan
  • Kalau pasangan sudah mempunyai anak,sama-samalah menjaga anak.
  • Jangan sekali-kali tersandar depan tv atau relak macam bos besar sedangkan isteri apabila balik dari kerja terus kedapur memasak,mengemas ,membasuh dan sebagainya
  • Sekiranya suami makan dulu,tinggalkan lauk untuk isteri.Jangan apabila sampai giliran isteri yang tinggal hanya ekor ikan,janggut sotong atau ekor taugeh
  • Kalau mahu pelawa kawan datang bertandang maklumkan kepada isteri terlebih dahulu.Kalau boleh awal supaya isteri dapat menyediakan makanan dan mengemas rumah
  • Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya .Bagi wanita hal ini sangat sensitif
  • Hormat keluarga , perasaan ibubapa isteri anda.Jangan sekali-kali memburukkan isteri anda di hadapan ibu bapanya walupun secara bergurau



Gadis 14 tahun meninggal dunia selepas jalani hukuman sebat

Posted: 29 Jul 2012 04:15 PM PDT

Malang gadis ini dia meninggal dan lelaki yang selingkuh dengannya
cabut lari....

Mosammet Hena (Daily Mail)

DHAKA: Seorang gadis yang dihukum sebat kerana melakukan hubungan sulit dengan suami orang meninggal dunia selepas menjalani hukuman itu menyebabkan polis menahan empat ulama yang memberi arahan merotan mangsa. 

Mosammet Hena, 14, dikenakan 100 sebatan dalam satu fatwa di sebuah perkampungan di daerah barat daya Shariatpur, kata ketua polis kawasan AKM Shahidur Rahman. 

Kawasan itu terletak 56 kilometer dari ibu kota ini. Bangladesh adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan menggunakan undang-undang sekular. 
Pihak berkuasa mengharamkan mana-mana pihak mengeluarkan fatwa. 

Namun, segelintir ulama didapati mengeluarkan fatwa untuk memutuskan isu hubungan di luar perkahwinan. 

Gadis berkenaan tiba-tiba rebah selepas dia disebat di khalayak ramai dengan rotan buluh sebanyak 70 kali, Isnin lalu, kata Rahman. 

Dia kemudian dibawa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian pada hari sama, kata pegawai. 
Rahman berkata, lelaki 40 tahun yang didakwa mempunyai hubungan dengan Hena turut dijatuhi hukuman 100 sebatan namun lelaki itu sempat lari dan terlepas daripada hukuman, katanya. 

  
"Kami sedang menjalankan operasi besar-besaran untuk mencari lelaki terbabit," kata Rahman. – Agensi

Setengah warga dunia menyesal melihat gambar ni

Posted: 29 Jul 2012 04:00 PM PDT



tapi gambar dibawah ni pasti mereka tak menyesal tetapi
terpesona,,hebat abang ni meja kerja very cool...

Akibat pose maut ni kereta tak terjual

Posted: 29 Jul 2012 10:30 AM PDT

tersalah pilih promoter..hahaha

Selamba je brother lapah daging anjing tepi jalan

Posted: 29 Jul 2012 10:15 AM PDT

12919699130746689
betul-betul selamba…..

Kinect : cuba baju tanpa harus buka baju

Posted: 29 Jul 2012 10:00 AM PDT

Dengan menggunakan teknologi Kinect, kedai pakaian TopShop di Eropah menyediakan sebuah display khusus yang berfungsi sebagai ruang ganti virtual. Dengan alat ini, pembeli boleh mengganti baju tanpa perlu membuka baju dan tanpa perlu keruang ganti.




Sebenarnya teknologi ini sudah digunakan pada game virtual seperti pada game di konsol x-box 360




Kisah Janda yang Dahaga Setelah Ditinggal Suaminya

Posted: 29 Jul 2012 09:45 AM PDT


Hasnah adalah seorang janda kaya raya yang suaminya baru saja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Usianya masih muda, masih di bawah 30 tahun dan secara fizik, Hasnah termasuk cantik, potongan tubuh nya pun boleh dikatakan sangat molek.

Sejak kematian suaminya, Hasnah selalu diganggu oleh pemuda-pemuda di sekitar rumahnya yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayani pemuda-pemuda tersebut, kerana hatinya masih rindu kepada suaminya, walaupun sebenarnya di dalam hatinya terasa sangat kesepian.

Terlebih lagi di malam hari... Rasa kesepian di hatinya tak ada yang tahu.

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... Hasnah bangun dari tidurnya. Badannya terasa panas... tenggorokannya terasa haus... Hasnah merasa begitu dahaga sekali...

Hasnah bangun perlahan dan keluar dari bilik menuju ke dapur...langkahnya begitu cepat seiring dahaga yang tengah menerpanya.
Sesampai di dapur... Hasnah langsung membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air dingin sejuk...

Hasnah menuangnya ke dalam gelas dan meminumya dengan cepat. Setelah meminum air tersebut..."Oh alangkah sedapnya hilang kehangatan ku," kata Hasnah yang kemudian kembali ke dalam bilik untuk tidur kembali.

bk-sesekali pekena cerita lawak

Begitulah kira-kira kisah mengenai seorang janda yang dahaga.