Diana Danielle, pelakon utama filem Magika & satu-satu'nya selebriti yang rajin membalas tweet kami, yay! Hari ini, kami terjumpa kembar seiras Diana Danielle yang tidak kurang hebat'nya, Nadine Alexandra Dewi Ames yang baru sahaja ditabalkan sebagai Ratu Cantik Indonesia 2010 pada 8 Oktober 2010 yang lepas. Baru sahaja berumur 19 tahun dan mempunyai ketinggian 170 cm, Nadine akan berentap untuk gelaran Miss International pada tahun hadapan.
Dari sisi hadapan, wajah mereka berdua saling tak tumpah sama. Kedua-dua'nya flawless dan sangat cantik.
Cuma kami risau, andai kumpulan Bendera butthurt dan claim Diana Danielle adalah milik mereka. Oh no!
Dan lagi cerita majlis kahwin Sheikh Muszaphar yang tiada pengakhiran'nya. Sengaja kami siarkan lambat sedikit supaya anda boleh nikmati makan tengah hari sambil melihat 25 set gambar di malam persandingan Sheikh Muszaphar & Halina.
Kami teruja, Halina pun teruja. Desas-desus mengatakan Halina sangat friendly dan mesra dengan semua jemputan yang hadir pada majlis persandingan'nya. Sedikit-sebanyak menimbulkan rasa meluat kepada sesetengah pihak yang konon'nya sikap seperti itu tidak mencerminkan kesopanan dan keayuan seorang pengantin.
Kami faham dengan Halina, mengahwini seorang selebriti dan juga ikon negara, hati amat teruja. Pada kami, sikap Halina patut dipuji kerana menonjolkan beliau sebagai orang yang mudah didekati. Lagi pun, sesuai dengan gelaran doktor, user-friendly gitu. Good luck Halina, we wish you the best of luck!
Sensasi:Misteri sungguh,semalam sensasi ada menyiarkan cerita tentang Gadis yang selalu ghaib pada waktu maghrib..Berikutan itu,9 jin berjaya ditangkap..kali nie 3 pengamal perubatan Islam dtg dan menangkap lagi 12 jin..
Memamg seramla,disorok mcm nie..tak silap sensasi pernah dia disorok dalam bumbung...sungguh menyeramkan ok..
Nabi slalu pesan,waktu-waktu maghrib,tutup semua tingkap dan pintu,jangan bermain2 diluar sebab waktu waktu maghrib adalah waktu yang paling kritikal ,dimana Jin dan syaitan berkeliaran...Sebab tue kalau mak adik-adik (ada ke budak2 baca blog nie?) pesan jangan main kat luar waktu maghrib,dengarlah cakap emak tue....ok...taknak nanti kene sampuk la,histeria atau kene sorok...huuu...
oklah,ikuti kisah Siti Balqis kat bawah nie...
Siti Balqis ghaib 30 minit sebelum pasukan perubatan Islam YIT tiba di rumah
JERTIH: Usaha tiga pengamal perubatan Islam daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, malam kelmarin, dikatakan berjaya menangkap 12 lagi jin yang mengganggu gadis berkenaan, selepas dua bomoh yang enggan dikenali sebelum ini mendakwa berjaya menangkap sembilan jin.
Pada awalnya, usaha pasukan perubatan berkenaan dianggotai Pengelola Khidmat Masyarakat YIT, Hassan Yusof; penolongnya, Fauzi Malik dan Pengurus Khidmat Masyarakat, Wan Adi Rahman Wan Abd Rahman untuk merawat Siti Balqis seperti tidak kesampaian berikutan gadis itu didapati ghaib kira-kira setengah jam sebelum ketibaan pasukan perubatan itu ke rumah keluarganya di Kampung Gong Nangka, di sini, kira-kira jam 8 malam.
Ibu gadis berkenaan, Norizan Said, 47, berkata Siti Balqis tiba-tiba ghaib kira-kira jam 7.30 malam ketika mereka berkumpul menunggu ketibaan pasukan perubatan itu di rumah dan usaha mencarinya dilakukan di atas bumbung, dalam siling rumah, almari, rumah kosong, di bawah rumah dan di pokok manggis, tetapi gagal.
Berikutan itu, katanya, orang ramai termasuk pasukan perubatan berkenaan membaca surah Yasin beramai-ramai, sebelum Norizan menerima SMS daripada Siti Balqis jam 11.30 malam berbunyi 'tolong dah jauh ni' dan SMS kedua pada jam 12 tengah malam menyatakan 'Umi cepat datang, kita dok (duduk) Bukit Keluang,'.
Selesai membaca surah Yasin, pasukan perubatan diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang, kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa, tetapi gagal menemuinya di kawasan pelancongan terkenal itu.
Sebaliknya, Ramlan berkata, mereka terserempak dengan sembilan orang termasuk dua wanita yang kelihatan seperti sedang bertapa dalam gua berkenaan. Katanya, ketika gerakan mencari Siti Balqis dijalankan, beliau dimaklumkan gadis itu ada di atas pokok rambutan di belakang rumah keluarganya kira-kira jam 1.30 pagi dan pasukan perubatan yang dihantar khas oleh kerajaan negeri itu kembali semula ke rumah untuk menjalankan proses rawatan mengikut kaedah Islam.
Pasukan perubatan itu memulakan usaha rawatan dan mendakwa berjaya mengeluarkan 12 jin yang kemudian dimasukkan ke dalam botol. Siti Balqis hanya sedarkan diri kira-kira jam 5 pagi tadi selepas menerima rawatan berkenaan.
Sensasi:Ya sebagai seorang blogger yang perlu menjaga tepi kain langsir org,sensasi pernah terdengar al-kisah tentang org ketiga dalam rumahtangga Raja Azura.
Walaupun kak Engku (Raja Azura) masih sayangkan suaminya dan suaminya berat hati menceraikannya namun,baginya itu adalah jalan terbaik untuk memulihkan hubungannya dengan bekas Suami..
Ni kira mcm kes tak sanggup dimadukan la...."you pilih,i atau dia" kata sensasi kepada dot dot dot...mintak simpang 44 malaikat la ...walaupun tersedia payung emas di Syurga bagi wanita yang Redha dimadukan...takpe je la...
"Saya sudah memaafkan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam keruntuhan rumah tangga. Saya tidak berdendam, tetapi saya percaya Tuhan pasti memberikan balasan setimpal buat mereka yang sanggup merentap kebahagiaan saya dan anak-anak. Apa perasaan anda jika orang yang disayangi diambil orang?"Kenyataan itu sekali gus membayangkan rumah tangga pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, dan Adzmin Tan Sri Osman, 37, berkecai disebabkan kehadiran orang ketiga. Pasangan yang dikurniakan tiga cahaya mata, Megat Muhammad Raziq, 7, Megat Luqman Hakim, 6, dan Puteri Mia Maizura, 4, itu bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor pada 28 September lalu secara tertutup.
"Tak perlu nak ulas panjang lebar, saya tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan bekas suami. Saya tidak marah, jauh sekali menyimpan sekelumit perasan dendam. Bagi saya, jika seronok teruskanlah! Saya percaya buat baik dibalas baik, buat jahat dapatlah habuannya. Biar Allah SWT saja yang memberi balasan. Kebenaran akan datang tanpa ditegakkan dan berdiri dengan sendirinya. Itu janji Tuhan kepada mereka yang berdiri atas kebenaran.
"Saya meneruskan perceraian selepas perselisihan tidak menemui jalan penyelesaian. Jalan terakhir, saya terpaksa merelakan perpisahan. Bagaimanapun, ia bukan bermakna rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Perceraian berlaku atas dasar cuba memulihkan rumah tangga melalui kaedah memperbaiki dari luar selepas cara memperbaiki dari dalam tidak mendatangkan kesan.
"Kami bercerai atas dasar persetujuan bersama dan tiada apa-apa sengketa. Bekas suami memang berat hati melepaskan saya, tetapi terpaksa menurut. Punca perceraian, biarlah menjadi rahsia hati saya selama-lamanya, ia terlalu peribadi untuk dijelaskan. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, perceraian amat mematangkan kami. Apabila berpisah, terselit rasa rindu, kehilangan dan sunyi, jadi antara kami saling menilai. "Saya dan bekas suami masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian. Insya-Allah, kami mungkin rujuk kembali andai kata dapat mencari jalan penyelesaian dalam tempoh edah selama tiga bulan. Bagaimanapun, jika keadaan tidak berubah, saya harus memilih jalan hidup sendiri. Saya reda jika antara kami sudah tiada jodoh," katanya.
Raja Azura berkata, hubungannya dengan bekas suami masih baik, malah mereka bergilir-gilir menjaga dan menguruskan keperluan anak-anak setiap hari. Bekas suaminya pulang ke rumah apabila dirinya keluar bekerja kira-kira jam 5 pagi.
"Saya dan bekas suami tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, malah hingga hari ini, anak-anak tidak pernah mengetahui kami sudah bercerai. Adzmin keluar rumah sejak melafazkan cerai pada 28 September lalu, tetapi tetap menjenguk anak-anak setiap hari.
"Walaupun bukan lagi suami isteri tetapi kami tetap jadi sahabat baik untuk anak-anak. Saya tidak mahu anak-anak menerima tekanan apabila mengetahui kami sudah berpisah. Anak-anak saya masih kecil untuk memahami apa yang berlaku, saya tidak mahu mereka menjadi mangsa perceraian," katanya.
Hamboi ... Memang Dr Rozmey nie suka buat org terkezut je..dengan target kutipan RM40 juta,kini mengezutkan dengan perutusan pengumuman filem 2 Alam nie.. Sensasi pun confuse dgn perasaan sensasi skrg nie lepas menonton Video perutusan Filem nie...
Nak nangis ke,nak gelak ke,nak serius ke,nak guling ke...apa yang patut sensasi buat skrg lepas dah tgk Video nie?Im blurr...rasa mcm nak gelak..tp ini bukan citer lawak...aduh,fenin2
Sensasi: Khabaran kali ini positif nampaknya daripada bapa kepada Suami Rita,senang cita pak mentua Rita la....
Bapa Aidil,cakap derang sekeluarga akan ke Perlis untuk berbaik dengan keluarga Rita Alhamdulillah...Sensasi harap Rita pun akan berbaik la dengan keluarga Mentua lepas nie..
tak baek gaduh2..buang yang keruh ambil yang jernih..
Mungkin dalam sebulan Aidil di rumah keluarganya untuk memujuk dan menyejukkan hati keluarganya...Sensas harap mereka lepas nie bahagia lah hendaknyer...
Love sure can win...but with the blessing of course.. Restu ibu bapa dan ilahi tue penting....
Keluarga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, memberitahu, mereka tidak pernah mengganggu kehidupan Aidil Zafuan dan isterinya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar.
Ayah Aidil Zafuan, Abd. Radzak Salleh, (gambar) 61, menegaskan, mereka sekeluarga menyayangi anak, menantu dan cucunya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun.
Ujarnya, beliau sekeluarga sedia untuk bertemu dengan Rita Rudaini, 35, mahupun keluarga menantunya di Perlis pada bila-bila masa bagi menjelaskan perkara sebenar.
"Kami akan menyatakan pendirian keluarga kami yang telah menerima baik kehadiran Rita sebagai isteri kepada Aidil.
"Sebenarnya tidak timbul soal keluarga kami menolak Rita kerana itu tidak akan berlaku, lagi pun Rita sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarga dan melahirkan zuriat Aidil," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini semalam.
Katanya, sidang akhbar itu dibuat bagi menyatakan pendirian keluarga dan menjelaskan penerimaan mereka dan merestui rumah tangga Aidil Zafuan dan Rita Rudaini.
hmmm...bagi Sensasi Fesyen rambut lama lebih menonjolkan trademark Noh,Hujan.sebab rupa rambut lama kan mcm cendawan....cendawan kan tumbuh selepas hujan.. :P
Fesyen rambut baru dan memakai Spek hitam,mcm borink la...dan rambut tue nampak agak "kureng" dimata sensasi..maybe dimata korang nampak segak hensem bergaya kot??
Mata lain lain kan...
Noh nie dulu masa Sensasi form 2 camtu,sensasi tinggal di Miri Sarawak cos my dad keje sana...,my frens slalu la citer g tgk Noh jamming,and nyanyi...masa tue lom ada lagi band Hujan...rasanya masa tue Noh baru form 3.
Tak sangka plak Noh akhirnya berjaya jadi artis yang dikenali ramai skrg nie..Bravo!!
Rambut baru Noh nie menampakkan nya lebih matang dan tua sikit..maybe nak selaraskan dengan kekasih hatinya Mizz Nina yang kini berusia 30 tahun,Noh pula 25..
Innalillahiwainna ilaihi rojiun...Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam yang terkorban dalam Kemalangan Ngeri 10.10.10...setakat nie dah 15 org mati.setelah 3 lagi mangsa mati di hospital semalam,11.10.10
Ngeri,tersangatlah ngeri...
Sedih dan hiba...
Sensasi tak dapat bayangkan kesedihan ahli keluarga dan org tersayang apabila melihat keadaan mangsa-mangsa kemalangan ngeri ini...
Senarai kematian setakat ini….
Pemandu bas ekspres Delima :
1. R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar;
Penumpang bas ekspres Delima : -
2. Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang, Malim
3. Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas
4. Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar
5. Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana
6. Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga.
Warga Myanmar yang kenderaan yang mereka naiki belum disahkan :
7. Pau Khan Tual, 21;
8. Kam Khaw Tual, 28; dan
9. Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui)
Pemandu van:
10. Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat;
Warga tempatan yang belum disahkan kenderaan yang dinaiki:
11. Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57, dan
Dalam Gambar nie boleh kita lihat Bunga Baru nak keluar dari hospital selepas bersalin anak sulungnya.
Bunga kelihatan masih sembab dan agak keletihan wajahnya dengan potongan badan yang berisi semasa keluar dari hospital,dan ramai wartawan terus mengambil gambarnya.....
Inilah salah satu pengorbanan seorang ibu dan isteri.. Terpaksa mengorbankan bentuk badan yang langsing demi melahirkan anak dan memberi zuriat kepada suami...
Tp takpe,nak kurus balik boleh jer,asal ada kemahuan dan lebih mudah kalau banyak wang ringgit..
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.