Adsense

Isnin, 11 Oktober 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Aaron Aziz Dijangkiti Virus "Kencing Tikus"

Posted: 11 Oct 2010 09:17 PM PDT

Aaron risau jika dia terkena virus kencing tikus seperti arwah Din Beramboi.

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis).

Menurut Aaron, dia telah mengalami demam panas yang teruk selepas pulang daripada penggambaran filem, Endless Day, di hutan Changi, Singapura baru-baru ini.

"Sejak 30 September lalu, saya sibuk dengan penggambaran filem daripada produksi Akanga Films Asia yang memerlukan saya menjadi seorang lelaki yang memiliki semangat harimau.

"Kebanyakan babak memerlukan saya berguling serta merangkak di hutan sampai muka pun kotor-kotor. Saya perlu melalui cabaran itu selama seminggu pada setiap malam.

"Jadi bila pulang ke Kuala Lumpur, saya mengalami demam panas sehingga suhu badan saya mencecah 40 darjah Celsius. Isteri saya terus mengajak saya ke hospital dan terkejut bila mendapat tau saya dikatakan dijangkiti penyakit kencing tikus," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Aaron, ketika doktor memberitahu tentang penyakitnya itu, dia mula risau sekiranya keadaan kesihatan dia menjadi semakin serius.

"Alhamdulillah, akhirnya selepas mendapatkan rawatan, saya dibenarkan keluar wad pada Sabtu lalu selepas diberi beberapa suntikan antibiotik. Doktor kata, jika saya melengah-lengahkan untuk mendapatkan rawatan, berkemungkinan besar penyakit saya boleh jadi lebih teruk.

"Bayangkan ketika penggambaran di Singapura, saya terloncat sana sini di dalam hutan walaupun hujan. Mungkin penyakit saya alami itu berpunca dari sana. Doktor menasihatkan saya untuk rehat selama beberapa hari dan saya diminta untuk mengurangkan apa-apa aktiviti di hutan kerana takut jika penyakit itu datang semula.

"Apa-apa pun, mujurlah pihak produksi tersebut memberi insurans kepada setiap pelakonnya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujarnya yang gembira kerana sempat menyambut ulang tahun hari lahir anak sulungnya, Danish yang ke enam pada Ahad lalu.

Sementara itu, Aaron juga berterima kasih kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang melawatnya di hospital baru-baru ini.

Pelakon Watak Zaiton Sameon Pertikai Tuduhan Penerbit

Posted: 11 Oct 2010 09:16 PM PDT

Mislina sanggup membotakkan kepalanya demi filem Zaiton-Ceritaku.

PETALING JAYA: Pemegang watak Zaiton Sameon menerusi filem Zaiton Ceritaku, Mislina Mustaffa, kecewa apabila timbul tuduhan kononnya dia gagal membawa watak berkenaan dengan baik dalam filem itu.

Mislina berkata dia sanggup berkorban dengan membotakkan kepalanya untuk menjiawai watak berkenaan tetapi sedih sekali pengorbanan tersebut bagaikan tidak dihargai termasuklah dituduh gagal memberi kerjasama yang baik untuk filem tersebut.

"Saya sanggup botakkan kepala untuk filem itu. Adakah itu dikatakan saya tidak bekerjasama?" ujarnya seperti dipetik akhbar Minguan mStar keluaran Ahad lalu.

MStar Online pada 28 September lalu menyiarkan kenyataan penerbit Bruang Filem Sdn. Bhd. Burhanuddin Md. Radzi yang melahirkan rasa kecewa apabila Fauziah Nawi dikatakan gagal mengarahkan filem terbitan syarikatnya itu dengan baik.

Malah Burhanuddin turut mendakwa pemegang watak utama filem itu, Mislina juga gagal membawa watak berkenaan walaupun dia seorang pelakon teater yang hebat.

Kata Mislina, dia tidak mahu masuk campur masalah dalam produksi berkenaan kerana baginya sebagai pelakon dia sudah melakukan yang terbaik seperti mana diinginkan.

Malah dakwa pelakon itu bayaran yang diberikan kepadanya juga rendah iaitu tidak sampai RM25,000 untuk sesebuah watak utama.

"Saya tak tahu apa motif mereka mencipta kontroversi macam ini sedangkan saya pun berlakon bukan untuk popular atau mencari kontroversi," katanya

Ditanya adakah benar dia gagal membawa watak Zaiton Sameon dengan baik, pelakon filem Telentine arahan Yasmin Ahmad ini berkata, watak yang dilakonkannya dalam filem itu adalah satu teknik lakonan terbaru yang dipelajarinya melalui filem-filem Hollywood.

Katanya filem itu juga banyak bermain emosi sehingga membuatkan dia perlu melakukan watak secara "dalaman" terutamanya bagi adegan Zaiton Samein selepas kemalangan.

"Sayangnya Burhanuddin kata lakonan saya kaku. Saya tak salahkan dia... mungkin dia tak tahu ataupun mungkin saya bukan artis kegemarannya," katanya.

Ujar Mislina lagi, dia tidak mahu tegakkan benang yang basah sebaliknya dia yakin kebenaran akan muncul juga suatu hari nanti.

* Mingguan mStar diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.

Iwan (AF8) Persoal Astro Singkirnya Tanpa Sebab

Posted: 11 Oct 2010 09:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Akademi Fantasia Musim kelapan (AF8) Iwan mempersoalkan kenapa pihak Astro menggugurkannya daripada terlibat dalam drama bersiri Kau Dan & Aku musim kedua tanpa sebab.

Iwan yang agak kecewa dengan tindakan itu akan berjumpa dengan pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) yang menguruskannya sejak enam bulan lalu untuk mendengar sendiri pengelasan mereka kenapakah tindakan itu diambil.

Tempat Iwan dalam drama itu digantikan oleh Hafiz (AF7).

"Saya terkejut kenapakah saya disingkirkan? Saya nak tahu sebabnya. Sebelum ini Pihak produksi hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya mengatakan saya disingkirkan tanpa sebab yang munasabah," kata Iwan semasa sidang media selepas Konsert Reunion AF8, di Stadium Putera Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Jelasnya jika masalah disiplin menjadi punca, ia bukanlah satu tindakan yang wajar (menggugurkannya) kerana dia sentiasa mengikut setiap arahan yang diberi.

Kata Iwan lagi, sebelum ini dia pernah memberi alasan kepada pihak pengurusan iaitu tiada pengangkutan untuk bergerak dari tempat tinggalnya di Pandan Indah, Kuala Lumpur ke lokasi latihan di Damansara.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengikuti aktiviti yang dirancang lebih kurang dua hingga tiga kali.

Selain itu Iwan turut mendakwa dia pernah diserang demam tetapi semua itu dimaklumkan kepada pihak produksi agar mereka tidak tertanya-tanya apa masalah yang berlaku terhadapnya.

Bagaimanapun kata Iwan, dia terkejut secara tiba-tiba namanya telah digugurkan sedangkan dia tidak menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.

Mengulas dakwaan kononnya dia dikatakan melarikan diri daripada pihak media selepas timbul tuduhan mengenai masalah disiplin tersebut, Iwan menafikan perkara itu sebaliknya mengakui terpaksa menukar nombor selepas mendapat gangguan daripada pihak-pihak tertentu.

"Saya pula masih terlalu muda dan mentah untuk memberikan respons kepada dakwaan yang dilemparkan kepada saya selama ini," katanya.

Sambil mengakui namanya telah 'busuk' dalam industri ini, Iwan tidak menafikan ada peminat yang masih memberi sokongan terhadap kerjayanya.

"Kesan daripada dakwaan ini, saya lihat peminat masih menyayangi saya lagi. Andai kata pihak AESB tidak mahu saya selepas ini, saya akan terima dengan hati terbuka tetapi saya nak tahu apa salah saya dari hati ke hati," jelasnya.

Gandingan Norman (KRU) & Adnan Abu Hassan Gamatkan Konsert Reunion AF8

Posted: 11 Oct 2010 09:14 PM PDT

Selepas enam bulan, 12 bintang AF8 bertemu semula di Stadium Putra Bukit Jalil.

PADUAN suara di antara bekas pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Norman Abdul Halim atau mesra dengan panggilan Cikgu Norman dan guru vokal persembahan, Adnan Abu Hassan membuatkan pentas Konsert Reunion AF8 gamat dan riuh rendah.

Norman ketika menyanyikan lagu Awas yang dipopularkan oleh kumpulan KRU.

Dalam konsert yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu, dua figura ini menyanyikan lagu Awas yang dipopularkan oleh kumpulan KRU. Selain itu, salah seorang pelajar AF8, Daus turut memainkan peranan sebagai penyanyi utama lagu tersebut.

Selain itu, guru tari Linda Jasmine turut membuat kejutan dengan menari tarian Hindi menerusi lagu Koi Mil Gaya yang dipopularkan oleh Filem Kuch Kuch Hota Hai.

Mawi berduet dengan Shahir menerusi medley Madah Berhelah dan Tragedi Oktober.

Kelainan yang ditonjolkan pada "reunion" tahun ini juga diserlahkan dengan pemilihan lagu-lagu runut bunyi filem popular seperti lagu Jai Ho (Slumdog Millionaire), Jika Kau Tiada (Kuliah Cinta), Sandarkan Pada Kenangan (Azura), Menggegar Dunia (My Spy), Mamma Mia (Mamma Mia), Pergi (Talentime) dan Bila Cinta (Lagenda Budak Setan).

Bagi menambahkan daya tarikan kepada lebih 1,000 penonton yang hadir, Astro turut membawa bekas pelajar AF yang lain iaitu Hafiz, Stacy, Mawi dan Aizat.

Hafiz berduet dengan Iwan menerusi lagu Ku Bukan Untukmu, Stacy (Jahat), Mawi berduet dengan Shahir (medley Madah Berhelah dan Tragedi Oktober) manakala Aizat berduet dengan enam bekas pelajar lelaki AF8 dengan lagu (Pergi)

Linda Jasmine (kanan) menari tarian hindi menerusi lagu Koi Mil Gaya yang dinyanyikan oleh Ain dan Maulana.

Tidak kurang hebat juga apabila kesemua 12 bintang AF8 yang saling menunjukkan bakat masing-masing menerusi persembahan lakonan, nyanyian dan tarian.

Menurut pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, semua bintang AF8 telah memberikan persembahan yang terbaik dan jika ada kekurangan pun, boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.

Konsert yang dirakamkan selama dua jam itu dihoskan oleh Sarimah Ibrahim bersama-sama Ray & Haniff (ERA) dan juara AF8, Shahir. Ia akan disiarkan pada 6 November ini menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

Suara Ramlah Ram Bikin Rakan Artis Terpegun

Posted: 11 Oct 2010 09:14 PM PDT

Ramlah Ram menyambut ulang tahun ke-25 dalam industri hiburan tanah air.

KEBANYAKAN artis yang hadir menyaksikan persembahan penyanyi bersuara lantang, Ramlah Ram memuji kehebatan wanita itu yang kerana berjaya mengekalkan suaranya seperti 25 tahun lalu.

Ramlah mengadakan persembahan pada malam gala ulang tahun ke-25 kerjaya seninya anjuran Ramlah Ram Group (RRG) di Hotel Impiana, Kuala Lumpur, Sabtu.

Menurut Fauziah Ahmad Daud yang bertindak selaku pengacara majlis pada majlis itu, Ramlah dianggap sebagai penyanyi yang autentik dan memang dilahirkan untuk menjadi seorang penyanyi.

Fauziah Ahmad Daud selaku pengerusi majlis malam gala ke-25 Ramlah Ram di Hotel Impiana, Sabtu.

"Sukar untuk mencari pengganti Ramlah Ram. Kita lihat seperti Sudirman sendiri, Ramlah Ram juga mempunyai mempunyai identiti tersendiri.

"Saya berada dalam majlis bersama ramai peminat yang menyokong Ramlah," katanya.

Sementara itu, Misha Omar yang turut menyaksikan konsert bersama-sama 200 penonton yang lain mengakui dia membesar dengan lagu-lagu Ramlah Ram.

"Ramlah Ram ibarat lambang suara yang bernada tinggi dan jiwa yang berat. Kalau dibandingkan dengan saya yang baru sembilan tahun dalam industri ini, banyak lagi perkara yang saya pelajari untuk mengekalkan tahap 25 tahun sepertinya," ujarnya

Misha (kiri) menganggap Ramlah Ram sebagai penyanyi yang mempunyai lambang suara yang bernada tinggi.

Dalam pada itu, penyanyi veteran, Salamiah Hassan menganggap Ramlah seorang wanita yang jujur, bekerja keras dan penyanyi yang hebat.

Ibu kepada penyanyi Atilia itu berpendapat, untuk menjadi penyanyi yang bagus seseorang itu hendaklah sentiasa menjadi diri-sendiri, berfikiran positif dan bersedia untuk menyanyikan apa sahaja lagu yang diminta.

Ramlah menghiburkan tetamu dengan 30 buah lagu seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Selamat Jalan Romeo, Membilang Butir Harapan, Zapin Yang Tinggal, Fantasia Bulan Madu, Masih Jelas, Mahakarya Cinta dan lagu terbarunya, Cinta Gila.

Persembahan pada malam itu diiringi band Ideal Sound Studio di bawah pimpinan pengarah muzik Bell Fatah.

Selain dihiburkan dengan telatah pelakon tersohor, Fauziah Ahmad Daud selaku pengacara majlis penyanyi baru Azam Pitt (My Starz LG) turut dijemput sebagai penyanyi undangan.

Nicholas Saputra Mula Menggembara

Posted: 11 Oct 2010 09:13 PM PDT

PENGEMBARAAN aktor popular Indonesia, Nicholas Saputra (gambar) dalam siri penggembaraan untuk program Aku Cinta Indonesia bermula Isnin.

Kunjungan pertama Nicholas ialah di Ambon, Indonesia yang mana ketibaannya di daerah itu "disambut" dengan sinaran cahaya pelangi.

"Ada cahaya pelangi ketika ketibaan saya di kota Ambon... Ia satu permulaan yang baik," tulis pemuda yang dikenali dengan nama Nico di akaun Twitternya, Isnin.

Dari Ambon, Nico akan meneruskan perjalanannya ke Kepulauan Tanimbar. Di pulau tersebut dia akan menjelajah dan mengabadikan semua kenangan indah di sana.

Perjalanan Nico menjelajah Ambon tidak berhenti di Tanimbar. Dia akan menuju pula ke Pulau Banda Naira, Maluku Tenggara. Di pulau tersebut, bintang '3 Doa 3 Cinta' itu tidak akan melepaskan peluang untuk menyelam.

Nico merancang akan terus menuju ke Maluku. Dia sangat suka kerana dapat menjejakkan kaki di wilayah Indonesia Timur itu sehingga merancang untuk berada di sana sehingga awal November ini.

Zac Efron Rasa Janggal Berdiri Sebelah Vanessa

Posted: 11 Oct 2010 09:12 PM PDT

Zac dan Vanessa mula bercinta sejak tahun 2005 lagi, ketika kedua mereka membintangi High School Musical.

SEJAK bercinta dengan pelakon jelita Vanessa Hudgens pada 2005, Zac Efron membuat kenyataan bahawa dia berasa janggal setiap kali berdiri bersebelahan dengan kekasihnya itu.

Katanya, Vanessa terlalu cantik dan tidak sesuai dengan dirinya yang dianggap selekeh.

"Dia terlalu bergaya untuk saya. Kadang kala terasa saya tidak sesuai berdiri bersebelahan dengannya lebih-lebih lagi pada majlis-majlis berprestij berlangsung," tuturnya seperti dipetik laman portal Malefirst.

Tambah Zac, dia gembira mempunyai kekasih seperti Vanessa kerana gadis itu sukar untuk membuatnya marah.

"Bercinta dengan Vanessa membuatkan segala perkara berjalan dengan mudah. Kami memahami antara satu sama lain tanpa perlu menerangkan sesuatu terlalu banyak.

"Kalau nak tahu saya seorang lelaki cerewet, mengalahkan perempuan. Malah saya membuatkan orang menyampah dengan diri saya kecuali Vanessa yang terlalu memahami saya," ujarnya.

Pelakon berusia 22 tahun itu juga mengakui yang Vanessa hanya untuk dirinya. Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

Beritahu Zac yang membintangi filem Charlie St. Cloud, dia mungkin akan berkahwin pada usia 40 tahun.

Justin Mahu Impikan Kehidupan Lama

Posted: 11 Oct 2010 08:34 PM PDT

Justin digilai peminat-peminat remaja.

SEJAK bergelar penyanyi pada awal tahun 2009, penyanyi kegilaan gadis-gadis remaja, Justin Bieber teringin untuk berpatah kembali ke kehidupan lamanya.

Menurut Justin menerusi autobiografinya, First Step 2 Forever, dia ingin menjadi Justin yang dahulu di mana tiada siapa mengenalinya.

"Bila saya berada dikenali ramai, di mana saya tidak pernah menjangkakannya, saya terfikir, alangkah indahnya jika saya dapat berpatah balik dapat meluangkan masa bersama ibu saya, Pattie di Kanada.

"Tapi ketika saya susah dahulu, saya pernah mengimpikan untuk menjadi seperti hari ini," katanya.

Ibu dan bapa Justin, Jeremy telah pun berpisah sejak usianya setahun dan sejak itu, dia dijaga oleh ibunya yang sanggup bekerja membuat apa sahaja demi penyanyi berusia 16 tahun itu.

"Memang saya melalui kehidupan yang normal pada ketika itu di mana ibu saya akan bekerja apa sahaja untuk menyara makan minum kami.

"Walaupun kehidupan kami agak susah, kami sentiasa melalui suka duka bersama. Lain pula kini, saya kerap meninggalkannya kerana karier saya ini," tambah Justin.

Sejarah Malaysia Tercipta Di Universiti UK

Posted: 11 Oct 2010 08:33 PM PDT

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakaria Sulong dan Datuk Bandar Charnwood, Jill Vincent bersama Zuhri Abdullah (empat dari kanan) menyempurnakan pembukaan Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, 30 September lalu.

BELUM pernah sebuah restoran berjenamakan Malaysia berjaya menembusi mana-mana universiti di United Kingdom.

Bagaimanapun pada 30 September lalu, Restoran Jom Makan yang telah beroperasi selama dua tahun di London telah melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan di Universiti Loughborough, tidak jauh dari London.

Ucapan perasmian Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK disempurnakan oleh Datuk Zakaria Sulong.

Ia adalah outlet Jom Makan yang ketiga selepas Pall Mall (dibuka pada Jun 2008) dan Pusat Membeli-belah Westfield (Oktober 2009) - kedua-duanya di kota London.

Bagi Pengarah Urusan Jom Makan UK, Mohd Zuhri Abdullah, ini adalah satu catatan sejarah yang sangat bererti kepada jenama Malaysia dan diuruskan oleh rakyat Malaysia.

Datuk Bandar, Jill Vincent dan Datuk Zakaria Sulong meninjau hidangan yang disediakan di Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK.

Projek Jom Makan adalah satu inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNS).

Pembukaan Restoran Jom Makan di Universiti Loughborough telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakaria Sulong dan disaksikan oleh Datuk Bandar Charnwood, Jill Vincent.

Hiasan dalaman Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK bukan sahaja ceria tetapi turut melambangkan ciri-ciri sofistikated serta moden.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor Universiti Loughborough, Profesor Niel Halliwell, Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia ke UK, Raja Badrul Zaman, Pengarah TDC London, Abd Rauf Abu Hassan dan Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Loughborough, Lucy Hopkin dan seluruh jawatankuasa eksekutifnya.

Restoran Jom Makan Universiti Loughborough bertempat di bangunan Kesatuan Pelajar yang baru diubahsuai dan diberi nafas baru. Universiti tersebut mempunyai hampir 20,000 pelajar.

Suasana di hadapan pintu masuk ke Restoran Jom Makan Universiti Loughborough, UK.

Jom Makan merupakan satu-satunya restoran yang terdapat di bangunan berkenaan.

Wakil Kesatuan Pelajar, Richard Smith berkata, pengubahsuaian yang dijalankan di bangunan kesatuan pada musim panas yang lalu telah menelan belanja yang besar dan salah satu ciri baru yang diperkenalkan ialah pembukaan sebuah restoran yang menyajikan makanan Malaysia iaitu Jom Makan.

Teh tarik menjadi sebahagian daripada menu utama Restoran Jom Makan yang mendapat sambutan hangat daripada para pelajar universiti.

Zuhri dalam satu temuramah eksklusif bersama Mingguan Mstar memberitahu, sambutan para pelajar terhadap Jom Makan sangat menggalakkan di mana nilai jualan yang berjaya dibuat sehari telah melebihi sasaran awal yang dijangkakan.

"Kami berasa bangga kerana kini bukan sahaja para pelajar di universiti ini dapat menikmati juadah Malaysia tetapi Jom Makan akan dapat menyediakan makanan Malaysia serta halal kepada ramai lagi penuntut universiti termasuk pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Nottingham, Leicester, Sheffield dan Derby yang kesemuanya dalam lingkungan 30 minit perjalanan ke Universiti Loughborough.

Para pelajar sedang menikmati makan tengah hari.

Kata Zuhri lagi, kelebihan Jom Makan di Universiti Loughborough juga adalah kerana ia terletak di bangunan yang diuruskan oleh para pelajar dan pintu masuk ke universiti.

Ini katanya memberi kelebihan akses kepada orang luar untuk berkunjung dan menikmati makanan Malaysia di situ.

Dan untuk pertama kalinya juga, kata Zuhri, outlet Jom Makan di Universiti Loughborough menawarkan hidangan nasi campur kepada para pelanggannya.

Barisan kakitangan restoran yang terdiri daripada anak tempatan dan juga Malaysia segak dengan pakaian seragam masing-masing sebelum memulakan tugas mereka.

Mereka juga menawarkan menu barat seperti Spageti tetapi dengan citarasa Malaysia iaitu bersoskan sambal.

Dua orang tetamu dari agensi perhubungan awam UK mencuba hidangan masakan Malaysia.

Harga makanan yang ditawarkan di sini juga tidak semahal dua lagi outlet Jom Makan di London kerana ia perlu mengambilkira kemampuan pelajar.

Namun begitu dari segi volum, Universiti Loughborough memiliki potensi yang lebih besar kerana ia terletak dalam kawasan kampus dan perkampungan pelajar.

Jom Makan menawarkan menu standard makanan Malaysia seperti sate, nasi ayam hainan, nasi lemak, nasi goreng, nasi beriyani, gado-gado, mi hailam, mi goreng, mi kari, sambal undang tumis, rendang daging, kway teow goreng dan ayam percik.

Ia turut menghidangkan minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakaria Sulong menyifatkan kejayaan Zuhri dan staf Jom Makan UK membuka sebuah restoran berskala besar di UK adalah satu pencapaian yang sangat bermakna kepada jenama gastronomik Malaysia dan melambangkan kejayaan anak Malaysia mengeksport makanan Malaysia ke persada dunia.

Kesesakan Melampau LDP: Apa Yang Tak kena?

Posted: 11 Oct 2010 08:32 PM PDT

Pembangunan tidak terkawal di sepanjang laluan LDP dikatakan menjadi punca kesesakan.

HAKIKAT yang tidak dapat kita sangkal, mereka yang memilih untuk tinggal dan mencari rezeki di ibu kota bererti mereka juga sudah bersiap sedia berdepan masalah kesesakan lalu lintas.

Sama ada mahu ke pejabat atau menuju ke satu lokasi atas sesuatu urusan, saat enjin kereta dihidupkan pada waktu pagi, mahu atau tidak warga kota perlu bersedia mental dan fizikal untuk berdepan masalah ini.

Jika seseorang itu tidak mampu menjadi salah seorang daripada ribuan pemandu yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, lebih baik pulang sahaja ke kampung atau tukar kerja yang pejabatnya jauh dari kota.

Antara laluan yang mahu dielakkan pengguna termasuklah laluan Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Cheras - Kajang, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan paling kritikal pada masa kini, Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP).

Menempuh aliran trafik yang diibaratkan sebagai 'banjir kenderaan' di sepanjang LDP pada waktu pagi bukan sahaja membantutkan masa dan urusan, sedikit-sebanyak turut mengganggu emosi pemandu yang pada mulanya bersemangat untuk ke pejabat.

Tamat waktu kerja pada petang hari, mereka sekali lagi tertekan kerana perlu menempuh laluan yang sama untuk pulang ke rumah kerana tiada jalan alternatif.

Trafik masih sesak di Tol Sunway pada pukul 10.15 pagi.

Bagi pengguna LDP yang pulang menjelang malam, mereka dapat menonton 'pesta cahaya' percuma yang terbit dari ribuan lampu kenderaan yang melewati laluan tersebut.

Tetapi apa gunanya 'pesta' itu jika pemandu yang letih bekerja masih tidak tiba di rumah, fikiran tertekan akibat terperangkap dalam kesesakan dan kaki pula penat menekan brek, klac dan pendikit minyak.

Pengguna laluan ini harus akur apabila mereka perlu menghabiskan masa berjam-jam di dalam kenderaan masing-masing yang bergerak umpama kura-kura sedangkan jarak untuk tiba ke destinasi hanya tinggal beberapa kilometer sahaja.

Awas! Saat itu, elakkan berfikir tentang duit tol yang dikeluarkan bertujuan menikmati perjalanan selesa kerana berfikir tentang itu mungkin akan membuatkan pengguna lebih tertekan.

Tinjauan Mingguan mStar di laluan aliran bebas sepanjang kira-kira 40 kilometer ini mendapati, trafik sesak teruk pada setiap hari bekerja bermula pukul 8 hingga pukul 10 pagi.

Pada waktu petang, trafik merangkak-rangkak bermula pukul 4.30 petang hingga pukul 9 malam sehingga syarikat konsesi Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (Litrak) terpaksa mewujudkan 'laluan kontra' sebagai usaha mencari jalan keluar dari masalah ini.

LDP yang bermula dari Sri Damansara sehingga ke persimpangan Dengkil sesak, namun kesesakan paling kritikal dilihat berlaku di Plaza Tol Sunway dan laluan di Puchong.

Pengguna LDP terdiri daripada mereka yang bebas memasuki laluan ini dari pelbagai arah.

Pada waktu itu, jangan terkejut melihat kenderaan di kiri kanan dengan jarak cuma tidak sampqi sejengkal dari kereta yang dipandu.

Andai ditakdirkan kereta tercalar atau kemek sedikit akibat kemalangan kecil yang berlaku ketika pemandu 'bergelut' dengan kesesakan, pasrah sahaja dengan tragedi itu!

Kedudukan bangunan tak strategik, jalan tak bersistematik

Tidak seperti lima tahun sebelum ini, Puchong membangun pesat dengan terbinanya lot-lot kedai, kompleks membeli-belah dan kawasan perumahan.

Dari satu sudut, pertumbuhan ini dilihat positif dan memberangsangkan.

Namun, melihat infrastruktur jalan raya di kawasan terbabit yang nampaknya sudah tidak mampu menampung peningkatan mendadak kenderaan, tidak hairanlah pelbagai persoalan timbul di fikiran pengguna.

Apa sebenarnya yang tidak kena di sebalik pembangunan dan kesesakan melampau yang berlaku?

Aliran trafik di LDP sesak bermula pukul 4 petang.

Berdasarkan pemerhatian, pembangunan tidak terkawal dan keterujaan pemaju projek membina rumah dan pusat komersial di sekitar Puchong menjadi punca kesesakan.

Dalam pada itu, teringat pula kita kepada pihak bertanggungjawab yang merancang dan meluluskan projek-projek tersebut.

'Terlupa' untuk membuat kajian dan perancangan barangkali, yang pasti kini pengguna terpaksa melupakan perjalanan lancar ketika lalu di laluan ini.

Tidak cukup dengan dua buah kompleks beli-belah di laluan LDP, sebuah daripadanya yang pada asalnya bersaiz sederhana diperbesarkan dengan saiz sekali ganda.

"Pusat membeli-belah, kawasan bekas lombong yang dibangunkan menjadi lot-lot kedai dengan jaraknya terlalu hampir dengan LDP berakhir dengan pemandangan menyakitkan mata dan menyusahkan pengguna.

"Kenderaan kena beratur panjang untuk masuk ke kedua-dua kawasan tersebut. Untuk susur keluar pun sama," kata seorang pengguna LDP, Mat Rodzi Ali, 49.

Yang menjadi mangsa tentulah pengguna yang berkongsi laluan sama tetapi bukan menuju ke kompleks beli-belah atau pusat komersial dimaksudkan.

Masalah sama turut dihadapi pengguna dari arah Damansara, Jalan Klang Lama dan Bukit Jalil.

Mereka yang menuju ke Putrajaya atau Dengkil akan terkena tempias apabila terpaksa mengharungi kesesakan akibat simpang-siur pusat komersial dan pembinaan jalan tidak bersistematik.

Gara-gara banyak kenderaan ingin singgah ke lot-lot kedai di sebelah kiri dan ingin membuat pusingan U untuk ke laluan bertentangan, trafik sesak di sepanjang laluan.

Seorang lagi pengguna, Rozita Haron, 44, berkata perhentian bas dan teksi yang terletak betul-betul di tepi jalan turut menyumbang kepada kesesakan.

Jelasnya, seperti kenderaan yang banyak memenuhi laluan di kawasan ini pada waktu puncak, begitu juga jumlah pengguna kenderaan awam yang memenuhi perhentian bas dan teksi untuk pulang ke rumah.

"Teksi banyak yang tersadai di tepi jalan, bas-bas tak ikut lorong yang betul dan kemudian memintas kenderaan lain untuk ambil penumpang.

"Trafik tak dapat dibendung lagi bila hari hujan, berlaku kemalangan atau kenderaan rosak," katanya.

Tambahnya, sesetengah pengguna terpaksa membazirkan masa merempuh kesesakan hanya kerana pekerja-pekerja Litrak meletak dan mengalihkan kon-kon di sepanjang 'laluan kontra'.

"Mereka mula letak kon pukul 3.30 petang. Padahal masa tu kenderaan belum banyak dan trafik terkawal.

"Jangan hairan kalau pukul 9 malam pun jalan masih sesak, tapi bukan sebab banyak kereta. Jalan sesak sebab kena bagi laluan kepada lori dan pekerja yang angkat kon.

"Kalau macam itu tak gunalah orang ramai keluar lewat dari pejabat sebab nak elak kesesakan. Lambat juga sampai rumah akhirnya," katanya.

Arah Aliran Trafik LDP Bakal Berubah

Posted: 11 Oct 2010 08:31 PM PDT

Pembangunan tidak terancang akan membuatkan trafik bertambah sesak pada masa akan datang. - Sazally Saidi

"HARI ini warga kota tahu adanya terlalu banyak kenderaan di sepanjang Lebuh Raya Damansara - Puchong (LDP). Semua orang tahu laluan ini sesak terutama pada waktu puncak.

"Apa yang jadi masalah apabila ramai yang tak tahu punca sebenar LDP sesak," demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), Sazally Saidi.

Ketika ditemui Mingguan mStar beliau berkata, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan pesat di sepanjang laluan LDP menjadi punca utama lebuh raya itu menjadi sesak hari ini.

Laluannya yang bersifat 'terbuka' dan menjadi satu-satunya jalan yang menghubungkan Kuala Lumpur arah utara dengan Kuala Lumpur arah selatan telah menarik minat pelabur dan pemaju untuk membangunkan kawasan di sepanjangnya termasuklah kawasan Puchong yang kini mengalami kesesakan kritikal.

"Pembangunan yang kita lihat sekarang secara amnya menunjukkan pembinaan LDP telah mencapai matlamatnya selain melengkapkan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dibina pada 1995.

"Di kiri kanan LDP kita dapat lihat banyak pusat komersial dan kawasan perumahan dibina terutama di kawasan Kelana Jaya, Bandar Sunway dan paling banyak di Puchong," katanya.

Sazally menjelaskan, pembangunan sosio-ekonomi yang ada sekarang memang dirancang tetapi sama sekali tidak dijangka membangun begitu pesat sehingga mengheret pengguna LDP berdepan dengan kesesakan hampir setiap hari.

Jelasnya, sejak dibuka pada 25 Januari 1999, kini terdapat sebanyak 66 projek berskala besar dan sederhana di sepanjang laluan lebuh raya itu.

Terkini, ruang komersial keseluruhannya berkeluasan kira-kira 14 juta meter persegi dengan pertambahan sebanyak 85,000 unit rumah baru.

"Bila ada kawasan dibangunkan, tentulah penduduk bertambah. Begitu juga kenderaan.

"Kalau sebelum tahun 1999 jumlah kenderaan di Petaling Jaya (PJ) hanya 240,000 sehari, hari ini ia meningkat kepada satu juta kenderaan sehari.

"Di Puchong pula, jumlah kenderaan meningkat sepuluh kali ganda. Dulu cuma 30-40 ribu sehari, tapi sekarang sehari 400 ribu kenderaan," jelasnya.

Berdasarkan kajian Litrak, satu juta kenderaan dari PJ yang memasuki LDP akan terlepas daripada membayar tol dan menjadi punca lambakan kenderaan di situ.

LDP menerima masuk lebih dari sejuta buah kenderaan dari tujuh lebuh raya utama setiap hari.

Mengulas tentang LDP yang sememangnya dibina bersifat terbuka dan bagi memberi akses perjalanan lancar kepada penggunanya, Sazally berkata lebuh raya itu kini menerima masuk kenderaan dari tujuh lebuh raya utama.

Bermula dari Sri Damansara kenderaan dari MRR2 akan memasuki laluan ini, diikuti Lebuh Raya Sprint (Penchala Link), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Damansara, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Syarikat Konsesi Lebuh Raya (Kesas) dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE).

"Selain kenderaan dari tujuh lebuh raya itu, kenderaan juga sering keluar-masuk dari 200 simpang yang ada di laluan ini," katanya sambil memberitahu purata jarak satu persimpangan dengan persimpangan seterusnya ialah 40 meter.

Plaza tol bukan punca LDP sesak

Menyedar kepentingan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada penggunanya, termasuklah menangani masalah kesesakan, Litrak sentiasa menjalankan kerja penambah baikan sejak laluan ini dibuka sehingga ke hari ini.

Usaha yang dilakukan termasuklah menyediakan laluan yang lebih selesa dan mampu memenuhi kapasiti trafik semasa seperti melebarkan jalan, membina jalan bertingkat, menambah lorong dan sebagainya.

Kerja-kerja naik taraf oleh Litrak dapat dilihat dengan pertambahan lorong dari Sri Damansara ke Bandar Utama dan laluan bertingkat di Kelana Jaya serta Puchong.

Menurut Sazally bermula tahun 2009 hingga 2012, sebanyak RM300 juta diperuntukkan dalam usaha melancarkan perjalanan di kawasan Puchong dan Petaling Jaya.

"Sejak 1999 lagi kita telah jalankan kerja naik taraf dengan belanja sebanyak RM900 juta yang dikeluarkan Litrak sendiri.

"Kita tak duduk diam sebaliknya sentiasa mencari jalan keluar dan buat sesuatu untuk mengatasi masalah yang timbul.

"Litrak bukan cuma kenakan tol kepada pengguna tapi tak buat apa-apa. Kemudahan yang ada sekarang adalah hasil kutipan tol," katanya.

Katanya, sebagai sebuah syarikat korporat yang dipertanggungjawab menyelia laluan ini, Litrak akan sentiasa memberi kemudahan dan perkhidmatan terbaik kepada penggunanya.

Dalam pada itu, Sazally menolak pendapat bahawa empat plaza tol di LDP menjadi punca kesesakan sehingga ada pengguna yang mencadangkan supaya Litrak menghapuskan plaza tol yang ada.

"Kesesakan bukan berlaku di pondok tol, tetapi di laluan LDP yang banyak kenderaan keluar dan masuk terutama di Lebuh Raya Persekutuan," katanya.

Jelasnya, keadaan trafik juga bertambah baik sejak laluan kontra diperkenalkan pada 8 Mac lalu untuk pengguna di kawasan Puchong sekali gus menyelesaikan masalah kesesakan di Plaza Tol PJ Arah Selatan.

Malah, Litrak juga sedang berusaha melaksanakan laluan tambahan di kawasan Puchong bagi menggantikan laluan kontra yang bersifat sementara itu.

Tanggungjawab semua pihak

Litrak juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cabaran dan masalah dalam menangani isu kesesakan ini termasuklah masalah kawasan.

"Kalau mahu lebarkan jalan, kita kena buat dalam kawasan kita sendiri, dalam kawasan yang kita ada sahaja. Kita tak boleh ganggu kawasan orang lain.

"Masalah juga timbul bila kita nak buat sesuatu tapi sukar mendapat kerjasama daripada pihak tertentu. Masalah-masalah seperti ini akan membuatkan rancangan tergendala," katanya.

Mengulas masa depan LDP, Sazally berkata laluan ini akan bertukar wajah dan paten apabila projek Transit Aliran Ringan (LRT) siap kelak.

"Dalam masa yang sama Litrak juga akan menggiatkan usaha bagi menangani isu ini," katanya.

Tambahnya, isu ini mampu diselesaikan jika setiap pihak bertanggungjawab menjalankan peranan masing-masing.

Selain meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) membuat kajian dan bertindak, beliau turut mencadangkan agar diwujudkan 'zon pembangunan' agar sesuatu pembinaan atau projek dapat dikawal sehingga memberi kesan kepada pengguna lebuh raya.

Jalan alternatif yang menyerupai fungsi LDP juga mampu membuatkan pengguna tidak membuang masa dan tenaga serta dapat menikmati keselesaan semasa memandu.

Sentuhan Home Decor Di Khadijah’s Kitchen

Posted: 11 Oct 2010 08:30 PM PDT

Datuk Khadijah Ibrahim telah membuka Khadijah's Kitchen sejak lebih dua tahun lalu.

SEKALI kaki melangkah masuk ke restoran Khadijah's Kitchen milik penyanyi tersohor, Datuk Khadijah Ibrahim, mata terpesona dengan keindahan segenap ruang bagaikan seperti berada dalam sebuah rumah.

Bermula dari perabot sehingga perhiasan, semuanya mendapat sentuhan dan idea daripada wanita yang mesra disapa Khaty ini.

Salah satu sudut di Khadijah's Kitchen mencetuskan konsep seperti di dalam rumah.

Dengan pengetahuan tentang hiasan dalaman yang ditimbanya sebelum ini, Khaty cuba merealisasikan impiannya. Dia sendiri memilih konsep home decor untuk menghias restoran yang terletak di No.21, 11/2 Jalan Bukit. Seksyen 11, Petaling Jaya, Selangor itu.

Ternyata beliau memilih konsep sedemikian untuk membuatkan pelanggan berasa selesa seperti berada di rumah tatkala menjamu selera.

Antara perhiasan yang menonjolkan budaya perkahwinan Melayu yang dihiasi dalam Khadijah's Kitchen.

Ditambah pula dengan warna yang menenangkan seperti hijau dan kuning. Bukan itu saja, beliau juga memadankan warna merah ala Inggeris pada bahagian tertentu restorannya bagi menimbulkan suasana seperti berada di desa.

Bina dan hias sendiri

Jangan ada yang terkejut penyanyi ini yang popular dengan lagu Kurnia Baiduri ini memilih sendiri jubin lantai dan membinanya sendiri untuk memastikan restoran ini lebih menarik mengikut kemahuannya.

Bunga Baby Branch merupakan salah satu jenis bunga yang menghiasi Khadijah's Kitchen.

"Apa yang istimewa tentang dekor restoran ini, semua yang awak lihat dibuat oleh saya. Sayalah kontraktor dan saya sendiri yang menghiasnya.

"Kebanyakan perabot dan hiasan saya bawa dari rumah. Perabot dibeli di Lombok, Indonesia, pasu bunga di New Zealand, bingkai gambar dihadiahkan oleh peminat semasa konsert di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC.

Perhiasan yang unik ini merupakan antara perhiasan yang dibeli oleh Datuk Khadijah Ibrahim ketika berkunjung ke mana-mana Sunday Market di luar negara seperti New York dan New Zealand.

"Kebanyakan perhiasan diborong ketika pergi ke Sunday Market di luar negara termasuk New York dan New Zealand. Peluang membeli pemegang lilin yang menjadi kesukaan saya pasti tidak akan dilepaskan," katanya kepada Mingguan mStar.

Memilih stail padan dan suai, Khaty selesa berbelanja mengikut kemampuan.

Kebanyakan perhiasan yang dihias dalam Khadijah's Kitchen dibawa dari rumah Datuk Khadijah Ibrahim sendiri.

Dia akui bukan seorang yang moden dan bercita rasa tinggi. Tapi sebolehnya dia mahukan atmosfera yang memberikan ruang untuk relaks.

"Saya ambil contoh hotel yang dihias berkonsepkan dalam rumah untuk memberikan ketenangan. Jadi, restoran ini mesti ada bunga segar untuk menimbulkan rasa segar.

"Saya akan menempah bunga teluki atau dalam saintifiknya dipanggil carnation dan bunga-bunga segar lain sebanyak tiga dozen setiap tiga minggu. Bunga-bunga itu dibeli di Cameron Highlands, Pahang. Selain itu, saya suka bunga baby branch yang tahan lama. Anggaran untuk kos membeli bunga sahaja dalam RM200 sehari," ujarnya.

Datuk Khadijah Ibrahim menggantung bingkai gambarnya dan artis-artis lain yang dihadiahkan oleh peminatnya yang menghadiri konsertnya di Dewan Philharmonik Petronas, KLCC,Kuala Lumpur.

Sedang rancak berbual, mata terpandang dua cucunya iaitu Zidan, 3, dan Khaira, 5, tolong menyusun sudu dan garpu di meja makan.

Sambil tersenyum, Khaty berkata dua cucunya itu memang ringan tulang dan sudah biasa membuat kerja itu tanpa disuruh. Mereka sudah menganggap restoran itu seperti rumah sendiri.

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

Posted: 11 Oct 2010 08:29 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini merupakan minggu terakhir kita semua menyambut Syawal dan saya lihat masih ramai yang berlumba-lumba mengadakan rumah terbuka, termasuklah akhbar mStar sendiri.

Chef Zam

Sehingga semalam, jemputan masih lagi saya terima dan penuhi hinggakan dah agak naik kembang tekak tatkala terlintas bayangan lemang dan rendang di kepala.

Tapi pada saya tujuannya bukanlah nak menghabiskan segala hidangan di meja, cuma untuk mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin selain meluaskan rangkaian kenalan yang mungkin ditemui ketika bertandang dan berborak.

Saya sendiri pun berasa seronok dapat berkenalan dengan ramai muka baru padatahun ini di majlis-majlis sedemikian. Semoga persahabatan yang baru terjalin akan terus mekar, insya-Allah.

Program Malaysian Kitchen

Minggu lalu saya ada menyentuh sedikit mengenai program-program yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan dalam memartabatkan seni kulinari Malaysia di mata dunia.

Saya agak bertuah kerana sering kali terpilih untuk turut sama terlibat setiap kali pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) mahupun Kementerian Pelancongan Malaysia membawa masuk pelbagai pihak, khususnya para pengkritik makanan serta wartawan dari luar negara untuk merasai sendiri pengalaman menjamu selera di Malaysia.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah manfaatnya membawa masuk wartawan dari luar negara yang perbelanjaannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan? Jawapan saya mudah saja.

Jika hendak mempromosikan makanan Malaysia di sana, penglibatan mereka secara terus haruslah ada. Dengan memberikan "first hand experience" kepada segelintir mereka yang berpengaruh, impaknya akan lebih dirasai oleh semua dan pelaburan wang ringgit yang dikeluarkan akan mendatangkan hasil yang berlipat ganda, Insya-Allah.

Lagi pula, publisiti melalui tulisan di akhbar oleh mereka yang pernah datang ke sini akan mempunyai corak yang berbeza dan lebih meyakinkan.

Kekenyangan di Pasar Payang

Pada hari Selasa lalu, seramai tujuh orang wartawan dari London telah diterbangkan khas ke sini oleh Matrade di bawah seliaan pegawai bernama Razida Hanim Abdul Razak sempena program Malaysian Kitchen yang kini telah menampakkan hasilnya.

Antara bandar-bandar untuk mereka lawati adalah Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Melaka.

Ketiga-tiga tempat ini adalah pilihan mereka sendiri setelah membuat sedikit penyelidikan melalui internet dan juga sumber-sumber lain.

Mungkin ada sesuatu yang begitu unik dan berjaya menarik perhatian mereka agaknya.

Memandangkan saya berasal dari Kuala Terengganu, peluang untuk membawa mereka dan menunjukkan keindahan negeri saya itu tidak mungkin saya lepaskan.

Saya begitu teruja untuk membawa mereka atau sesiapa saja bagi menikmati keunikan serta kelazatan pelbagai juadah yang kebanyakannya berasaskan ikan di negeri pesisir pantai itu.

Inilah kebanggaan saya kerana pasti mereka bukan saja akan terpesona dengan kecantikan Pantai Batu Buruk yang berpasir putih bersih itu, malah mungkin mengingau teringatkan keropok lekor Kak Yah Losong, rojak betik, ceranang, laksam, pulut lepa dan seribu satu macam lagi juadah tradisi Pantai Timur yang lazat-lazat.

Menaip perkataan itu sudah membuatkan air liur saya meleleh! Adussss...

Kami mulakan penerokaan di Pasar Payang Kuala Terengganu dengan 'menyerang' sebuah gerai menjual pelbagai jenis kuih-kuih asli Terengganu.

Chef Zam menunjukkan salah satu makanan istimewa Malaysia kepada wartawan asing.

Pengusaha gerai ini sememangnya terkenal di kalangan penduduk Kuala Terengganu dengan jualan kuih-muih mereka yang pelbagai semenjak dulu lagi.

Tambahan pula, seluruh keluarga mereka yang mempunyai muka 'sepesen' terlibat sama.

Yang paling saya kagumi ialah pengetahuan mereka mengenai asal-usul sesuatu kuih yang mendalam. Ajaklah bersembang mengenai kuih apa pun, pasti mereka ada cerita menarik mengenai susur galurnya.

Di situ saya berpeluang memperkenalkan beberapa kuih yang menjadi kegemaran semenjak kecil seperti paung goreng, karipap inti ikan, nasi himpit bersambal tahi minyak, akok berkedut, hasidah dan beberapa lagi kepada mereka.

Walaupun masih pening-pening lalat dek penangan baru turun dari kapal terbang setelah dua belas jam di awan dari London, mereka ternyata teruja dalam melihatkan keadaan Pasar Payang kami yang agak 'horror' bagi sesetengah pihak.

Dalam suasana biasa pasar di pagi hari yang agak hingar-bingar dengan suara orang tawar-menawar, ditambah pula dengan mata beberapa orang makcik yang hampir terkeluar dari 'soketnya' melihatkan baju paras paha tanpa lengan tetamu luar negara itu.

Kembang kempis

Sempat juga saya menyuapkan tapai pulut yang dibungkus dalam daun ketapang ke mulut setiap seorang. Serta-merta muka dan telinga mereka merah samar bak udang kena BBQ dek penangan tapai pulut Terengganu.

Ada yang suka dan ada yang tidak berapa gemarkan tekstur serta rasa nasi pulutnya yang agak masam-masam manis.

Kembang-kempis jugalah hidung mereka menghembuskan nafas sambil menelan tapai tu.

Seterusnya saya membawa mereka ke gerai buah-buahan tempatan pula. Dah rezeki mereka agaknya berkebetulan dengan musim buah duku, langsat, dokong, rambutan, manggis dan sebagainya.

Sampaikan naik buncit perut kami pagi-pagi buta menyental manggis di tepi bakul sampah.

Ternyata mereka agak terpegun dengan keputihan isi buah manggis yang sememangnya manis itu. Menariknya, mereka dapati isi buah duku dan langsat seakan-akan rasa buah laici dari Taiwan dan China. Ada benarnya di situ.

Biasanya lidah 'orang putih' ni agak sensitif dan ini amat mengagumkan saya sendiri.

Kalau orang kita pakai bedal aja apa yang ada di depan mata, tapi mereka lazimnya lebih peka dengan cita rasa sesuatu bahan makanan dan berupaya membezakan atau menyamakannya dengan sesuatu yang pernah mereka jamah.

Budu penawar rindu

Kedatangan mereka ke Terengganu tidak akan sempurna jika tidak diperkenalkandengan 'cicahan keramat' rakyat sejati negeri itu.

Untuk itu saya perkenalkan mereka dengan berbagai jenis budu yang tersusun indah di atas para-para pasar.

Naik juling mata mereka tatkala mencium 'haruman kasturi' yang keluar dari botolnya sebaik saja dibuka.

Namun dengan gigih sampai berbuih mulut saya berkempen bagi pihak Makcik Budu tentang keenakannya jika diberikan beberapa titis perahan limau nipis, hirisan bawang merah serta tenyehkan cabai burung, lantas di cicah dengan ikan kembung panggang tawar mahupun yang digoreng garam kunyit. Ulam pucuk daun gajus, kacang botol dan timun pun minta agar jangan dilupakan.

Kempen punya kempen, tiga dari mereka pulang menggelek sebotol budu seorang sebagai pengubat rindu bila pulang ke London nanti.

Gayanya tak ubah seperti mereka baru menang trofi Ms World/Universe. Berjaya juga kempen 'Belilah Budu Terengganu' saya nampaknya.

Selain dari itu, banyak lagi tempat-tempat menarik yang sempat saya bawa mereka.

Antaranya Taman Tamadun Islam Terengganu (seronoknya hinggakan salah seorang dari mereka 'terkena sawan unta' ketika sedang bersiar-siar dengan bot), Terengganu Water Front yang sedang giat disiapkan, Kampung Cinam dan sebagainya.

Mereka juga diberi peluang untuk mendekati dan mengenali industri pembuatan keropok lekor di kampung Losong.

Langsai dua pinggan keropok lekor goreng dibedal mereka. Lapar kembali agaknya setelah diarak ke sana-ke mari.

Bengkel masakan Havoc di Silverspoon International College

Sekembalinya mereka dari Kota Kinabalu serta Melaka setelah beberapa hari di sana, dengan bangganya saya menjemput mereka ke kolej saya yang terletak di One Puchong Business Park untuk sesi 'bergelumang' dengan rempah-ratus Malaysia.

Antara menu yang menjadi pilihan mereka untuk dicuba adalah rojak buah eksotika, sup ekor, nasi minyak hujan panas, acar rampai Bukit Puteri, dalca sayuran bersama daging tetel, pengat pisang tanduk serta sirap bandung Johor.

Mereka juga ringan mulut apabila membuat permintaan istimewa untuk belajar membuat rendang daging. Pada mulanya saya agak terkejut juga tapi rupa-rupanya mereka sudah pun menikmatinya ketika di Melaka sehari sebelumnya.

Maka bergelumanglah semuanya hinggakan biji sagu pun sampai naik ke kening jadinya.

Apa pun, saya pasti mereka pulang dengan membawa seribu kenangan yang manis belaka dan akan berupaya menguarkan-uarkan keunikan, keenakan serta kepelbagaian makanan dan budaya kita di mata dunia. Kita jumpa lagi minggu depan. Wassalam.

Zul Huzaimy elak kontroversi

Posted: 11 Oct 2010 08:28 PM PDT



Tahun lalu, industri seni hiburan tanah air dikejutkan dengan kisah percintaan pelakon Zul Huzaimy Marzuki, 29, dengan seorang wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Ekoran kisah cinta itu, Zul Huzaimy atau lebih mesra dengan panggilan Zul dikatakan telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rumah tangga. Paling mengejutkan apabila pelakon ini dikatakan turut mengasari isterinya.

Kontroversi tersebut telah menyebabkan pelakon yang popular dengan watak antagonis ini ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya itu.

Namun, segala-galanya seperti sudah berlalu. Bagaikan ada lembaran baru dalam hidup pelakon ini. Zul yang ditemui mengakui kesilapannya dan sedang memperbaiki setiap kesilapan dan kelemahan dirinya.

"Setiap manusia pastinya ada melakukan kesilapan. Saya sendiri tidak terlepas. Apa yang pasti, kesilapan itu tidak mahu saya ulangi lagi. Biarlah yang lepas itu berlalu pergi.

"Di atas peristiwa itu saya banyak belajar. Saya juga menerima banyak nasihat daripada keluarga dan kawan-kawan saya. Sekarang masanya saya mengorak langkah dan memulakan semuanya kembali.

"Saya akui pernah lalai dalam menjalankan tanggungjawab saya terhadap keluarga dan menyebabkan banyak masalah telah berlaku.

"Apa yang boleh saya katakan, saya mahu buka buku baru dan tutup buku lama. Kalau boleh buku lama tu saya buang jauh-jauh. Sebagai selebriti, kontroversi dan gosip sedikit sebanyak membantu dalam kerjaya. Saya tak nafikan perkara ini.

"Cuma saya berharap tidak akan berlaku lagi perkara yang sama. Saya mahukan keharmonian dalam hidup saya," katanya yang bakal muncul dengan filem terbarunya Haq tidak lama lagi.

Zul berkata, sejak insiden tersebut, dia kini tidak lagi mengaktifkan laman sosial Facebook miliknya.

"Sudah lama saya tak aktif dalam Facebook. Bukan takut, cuma lebih berjaga-jaga. Lagi pula sekarang ni ada tiga akaun yang menggunakan nama saya sebagai profil.

"Saya tak kisah pun. Siapa nak guna gambar dan nama saya. Tapi, janganlah sampai melampaui batas. Selagi saya boleh berdiam, saya diamkan saja.

"Saya harap peminat tidak keliru. Buat masa ini memang saya tak aktif apa-apa. Jika ada sesiapa terbaca mengenai diri saya di laman sosial itu, ia bukan datang daripada diri saya.

"Saya sendiri tak tahu siapa yang buat dan apakah tujuannya. Yang penting, selagi ia tidak mengganggu kerjaya dan peribadi saya, saya tidak akan mengambil tindakan apa-apa," katanya lagi yang pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik pada tahun 2008 menerusi filem Wayang.

Selain berlakon, Zul kini terlibat secara langsung dengan program Mari Menari sebagai penasihat dan juri.

"Pada mulanya memang saya terkejut dan perkara pertama yang saya ajukan soalan kepada pihak produksi mengapa saya dipilih. Ternyata pihak produksi mahukan saya membantu para peserta untuk mempertingkatkan keyakinan mereka ketika berada di pentas.

"Selain keyakinan, saya juga akan pastikan mereka menjiwai setiap gerak tari yang akan dipersembahkan. Bagi saya, semua orang boleh menari tetapi jiwa menari itu sendiri perlu di asah agar apa yang akan dipersembahkan sampai kepada penonton," katanya.

Program Mari Menari yang diilhamkan oleh Astro akan menemui penonton bermula 16 Oktober ini pada jam 9 malam.

Auto bawa penonton dekati informasi terkini dunia pemotoran

Posted: 11 Oct 2010 08:27 PM PDT

TV3 membawa sebuah program automotif, Auto yang memaparkan informasi terkini dan segar untuk tontonan umum.

Setiap episod mempunyai tema yang berlainan bergantung kepada kenderaan yang dipaparkan seperti kereta sedan, 'sports car', hybrid, MPV, SUV dan banyak lagi. Bukan hanya tentang kereta, AUTO juga turut memaparkan tentang motosikal.

Pelbagai tips dan panduan yang pastinya berguna buat penonton khasnya pemilik dan penggemar automotif turut dipaparkan.

Terdapat lima segmen khusus sepanjang 13 episod yang bakal ditayangkan iaitu 'Test Drive', 'Hobi', 'Maintenance', 'Personaliti' dan 'Event'.

Menerusi segmen personaliti misalnya, Auto akan menjemput selebriti bersama kenderaan mereka seperti Fauziah Latiff dengan motorsikal Ducati Hypermotard 769 dan Puteri Ayu Jasmin dari Redbull Racing Team dengan kereta Subaru Impreza WRX STI.

Penerbit Eksekutif program tersebut, Mohd Said Abdullah Thani berkata, Auto merupakan program pemotoran yang menepati cita rasa orang ramai.

"Auto memfokuskan hampir kesemua jenis kenderaan, dari Mini Cooper Classic dan Bentley S3 hinggalah model terkini. Bersesuaian sebagai platform untuk pemandu lebih mengenali kenderaan mereka atau yang baru merancang untuk membeli sesebuah kenderaan. Diharapkan ia dapat menjadi salah satu medium buat penonton yang meminati permotoran,"katanya.

Dihoskan oleh Sharifah Jasmine Soraya, Auto kini menemui penonton TV3 setiap Ahad, jam 5.00 petang.

Jangan hukum

Posted: 11 Oct 2010 08:27 PM PDT

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meminta masyarakat tidak mudah menghukum atlet angkat berat negara, Aricco Jumitih, berikutan insiden tidak memakai jersi Malaysia, tetapi mengenakan baju dengan logo Sabah ketika memenangi pingat emas di Sukan Komanwel di New Delhi.

Sebaliknya, perkara tersebut perlu dilihat dari sudut yang lebih positif kerana seseorang itu tidak boleh diadili hanya disebabkan pakaian, tetapi hukuman sewajarnya ditujukan kepada atlet yang gagal memberikan persembahan terbaik dalam temasya sukan berprestij itu.

Ini kerana beliau beranggapan bahawa tidak salah bagi seseorang atlet khususnya melibatkan acara sukan angkat berat memilih pakaian yang memberikan keselesaan memandang perkara itu merupakan salah satu faktor yang membolehkan mereka beraksi dengan lebih baik.

"Kita boleh menerima keadaan sedemikian (tidak pakai jersi Malaysia) kerana dalam bidang angkat berat banyak perkara yang sensitif dan pemakaian baju atlet memainkan faktor yang sangat penting bagi membolehkan mereka beraksi dengan baik.

"Mungkin pada ketika itu (ukuran asal) baju tidak sama seperti dengan bentuk badan atlet ketika berada di New Delhi (Sukan Komanwel) sekarang dan kita perlu faham situasi berkenaan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Selangkah Ke Universiti anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama dalam majlis berkenaan, wakil Bakti yang juga isteri Ahmad Shabery, Toh Puan Che Sharifah Ismail, isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Seri Norliza Mahmud, Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman serta pegawai-pegawai kanan yang lain.:

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai prestasi atlet yang bertanding di Temasya Sukan Komanwel XIX di New Delhi, beliau mengakui gusar dengan pencapaian yang ditunjukkan kebanyakan atlet berikutan banyak sandaran emas terlepas daripada genggaman.

"Dalam kejohanan sukan apa-apa sahaja boleh berlaku dan kita hanya boleh bercakap tentang keyakinan, namun dalam pengalaman sebelum ini sudah terbukti bahawa kita telah mencuba yang terbaik, namun takdir mengatasi segalanya," katanya.

Bas tiba-tiba melambung

Posted: 11 Oct 2010 08:25 PM PDT



SEREMBAN – Walaupun terselamat dalam kemala- ngan yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, dekat Rembau petang kelmarin, kebanyakan mangsa masih dalam trauma dan terkejut.

Salah seorang penumpang bas Ekspres Delima, Shahnor Amer Ahmad, 18, berkata, ketika kejadian, dia berada di belakang pemandu bas menyedari kenderaan itu terhoyong-hayang sebelum melanggar pembahagi lebuh raya dan melambung ke laluan bertentangan.

Ketika ditemui semalam, Shahnor yang juga penuntut sebuah kolej swasta di Petaling Jaya itu ditemani kakaknya, Zurina Ahmad, 30, tidak banyak bercakap kesan kecederaan pada bahagian mukanya.

"Shahnor menaiki bas tersebut ke Kuala Lumpur. Sebelum itu dia tidak boleh tidur. Kemudian dia merasakan bas tiba-tiba melambung. Kejadian berlaku begitu pantas. Bila dia buka mata sahaja, dia tidak dapat melihat apa-apa, hanya hitam sahaja," katanya.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan lalu melanggar sebuah van dan menghempap tiga kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Seorang lagi mangsa, Nurnajla Aqilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata, dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terho-yong-hayang.

"Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah.

"Saya menangis apabila melihat darah banyak me- ngalir dari pergelangan tangan dan dimaklumkan ia terkoyak semasa kemalangan itu berlaku," kata pelajar Universiti Malaya itu.

Dalam pada itu, bapa Nurnajla, Mohd Ghazali Anuar, 45, berkata, dia terkejut apabila mengetahui kemalangan ngeri membabitkan anaknya melalui berita, pagi semalam.

"Bila lihat nama dia ada, kami terus hubungi telefon bimbitnya dan ternyat ia benar sebelum bergegas ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS)," katanya.

Sementara itu, Tew Chi Ling, 18, pelajar kolej swasta di Petaling Jaya berkata, dia kini trauma kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku.

"Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.

Percikan darah dalam jeritan

Posted: 11 Oct 2010 08:24 PM PDT


Mayat-mayat bergelimpangan dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah kelmarin.


SEREMBAN - "Badan saya menggigil apabila terasa darah panas memercik ke muka saya sebelum saya ternampak pula beberapa kepala penumpang hancur akibat dihempap bas yang dinaiki.

"Beberapa penumpang lain pula menjerit-jerit kesakitan akibat tersepit dicelah-celah serpihan bas."

Demikian cerita detik-detik ngeri yang dialami oleh seorang penumpang bas Ekspres Delima, Tew Chi Ling, 18, yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan 12 nyawa dan 38 lagi cedera di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka kelmarin.

Dalam tragedi pada pukul 6.40 petang itu, bas Ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van, tiga buah kereta serta sebuah bas lain.

Menurut Chi Ling, kejadian itu sangat menakutkan dan dia sendiri turut menangis.

"Bukan setakat muka saya dipenuhi darah malah dinding bas yang kami naik juga terpercik darah," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam.

Kata remaja itu lagi, dia terperangkap selama beberapa minit di dalam bas sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

"Sehingga hari ini saya seolah-olah masih terdengar suara-suara tangisan meminta tolong dan lebih menakutkan apabila saya kerap terbayangkan mangsa-mangsa yang maut di depan mata saya," katanya.

Akta jenayah sihir perlu ada

Posted: 11 Oct 2010 08:23 PM PDT

KUANTAN - Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam serta mengekang amalan itu daripada berleluasa di kalangan masyarakat melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Islam Kolej Antarabangsa Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

Menurut beliau, langkah itu wajar diambil supaya pengamal sihir boleh dibawa ke muka pengadilan dan diadili sebagaimana kes-kes jenayah lain.

"Bukan hanya di Malaysia tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang.

"Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di Kolej Antarabangsa IKIP di sini semalam.

Seminar anjuran bersama oleh Kolej Antarabangsa IKIP, Yayasan Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Rahman Md. Yunus.

Padah lintas landasan

Posted: 11 Oct 2010 08:21 PM PDT


Najib (tengah) melihat anggotanya memeriksa mayat Mani yang maut dilanggar kereta api ETS di Batu Gajah semalam.


BATU GAJAH - Tindakan seorang lelaki warga emas menceroboh kawasan landasan berkembar elektrik berdekatan stesen kereta api Batu Gajah di sini untuk melintas menjadikannya mangsa pertama yang maut apabila dirempuh sebuah kereta api laju Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) semalam.

Kejadian pukul 10.50 pagi itu mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Mani, 71, maut apabila mengalami kecederaan parah selain tercampak sejauh 10 meter sebaik dilanggar tren Kuala Lumpur-Ipoh yang baru beroperasi pada 12 Ogos lalu itu.

ETS mengambil masa kira-kira dua jam dari Kuala Lumpur ke Ipoh dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang menyorong basikalnya di atas laluan kereta api berkenaan yang dijadikan jalan pintas oleh sebahagian penduduk di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Supritendan Najib Mohamad berkata, tren tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh sebelum merempuh mangsa.

Cacat tak halang genggam ijazah

Posted: 11 Oct 2010 08:20 PM PDT


FATIMAH (tengah) berkongsi kegembiraan bersama pasangan suami isteri Ainurfarilah Abdul Kadir (kanan) dan Mohd. Zamri Omar pada istiadat Konvokesyen UPM, Serdang semalam.


SERDANG – Meskipun berkerusi roda selain umurnya yang hampir mencecah separuh abad, graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Fatimah Sulaiman, 49, tetap cekal menimba ilmu pengetahuan seperti insan normal lain.

Semalam dia berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi bersama 5,277 graduan yang lain pada hari ketiga istiadat Konvokesyen ke-34 UPM di sini.

Fatimah yang menghidap penyakit sendi tulang tangan dan kaki sejak 23 tahun lalu berkata, dia tidak pernah merasakan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai penghalang untuk terus berjaya dalam hidup.

Graduan yang berasal dari Kampung Padang Golf, Menumbok, Sabah itu bersyukur kerana usahanya berbaloi meskipun dia terpaksa berusaha lebih gigih berbanding rakan normal lain.

"Saya akui orang kurang upaya seperti saya agak sukar untuk menimba ilmu tetapi disebabkan keazaman yang tinggi untuk berjaya, saya berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.

"Usaha gigih selama ini ternyata berbaloi dan saya ingin menghadiahkan kejayaan ini kepada diri saya sendiri dan juga ibu tersayang," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Fatimah yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok berkata, dia mengulang kaji pelajarannya secara jarak jauhpada waktu malam selain menggunakan cuti pada hujung minggu untuk menghadiri kelas di Kota Kinabalu.

Wook lega suami bebas dadah

Posted: 11 Oct 2010 08:20 PM PDT


MOHD. NOR memimpin tangan isterinya, Wook keluar dari mahkamah selepas dibebaskan di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Tiada hari paling bermakna buat Wook Kundur, 108, melainkan dapat bertemu semula dengan suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengambil dadah.

Wook yang dipercayai wanita tertua di Terengganu turut melahirkan rasa syukur kerana wang jaminan sebanyak RM2,000 yang dikeluarkan untuk menjamin suaminya sebelum ini telah dikembalikan kepadanya.

"Tok tidak pernah memusuhi Mohd. Nor kerana Tok tahu dia tidak bersalah.

"Tok juga sangat bersyukur kerana dapat semula wang jaminan RM2,000 yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kami berdua selepas ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Dalam keputusan semalam, Mahkamah Majistret membebaskan Mohd. Nor selepas didapati tidak bersalah menggunakan dadah ketika ditahan dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi pada 12 Ogos lalu.

Murid tahun 5 jual air ketum

Posted: 11 Oct 2010 08:19 PM PDT


SEBUAH warung yang didakwa dijadikan tempat menjual air ketum di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman semalam.


KEMAMAN - Seorang murid lelaki tahun lima sebuah sekolah di sini kerap ponteng kerana membantu keluarganya mencari wang dengan menjual air ketum.

Kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah warung di Kampung Lubuk Lesung di sini kira-kira pukul 11 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, kanak-kanak berusia 11 tahun berkenaan ditemui bersendirian bersama lapan paket air ketum yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan di sekitar kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, pihaknya menyerbu warung yang terletak di tepi jalan Jerangau-Jabor itu setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati air ketum itu adalah milik bapa kanak-kanak itu yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menjual bahan yang sama.

Selain itu, ujarnya, ibu dan kakak kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun juga pernah ditahan kerana kesalahan serupa.

TV hibrid tanpa wayar diperkenal

Posted: 11 Oct 2010 08:19 PM PDT


MUSTAPA (tiga dari kiri) dan Yeoh menyaksikkan pertukaran dokumen antara Lee (kiri) dengan Buno Patti (empat dari kiri) sambil diperhatikan oleh Wiser (kanan sekali) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Communications) bakal mencipta satu lagi sejarah dalam industri teknologi maklumat dan dunia penyiaran menerusi perkhidmatan televisyen (TV) hibrid tanpa wayar tidak lama lagi.

Pengenalan tersebut yang merupakan inovasi yang pertama di Malaysia dan juga di kalangan negara-negara Asia Pasifik itu bakal direalisasikan selewat-lewatnya pada akhir tahun 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif, YTL Communications, Wing K. Lee berkata, perkhidmatan tersebut menggabungkan kandungan penyiaran dan Internet dalam sebuah peranti dan disalurkan kepada pelanggan menerusi rangkaian tanpa wayar 4G pihaknya.

"Perkhidmatan TV hibrid tanpa wayar itu akan membolehkan pelanggan menggunakan hanya satu User ID yang sama pada TV mereka untuk menonton siaran kegemaran, video atas permintaan, kandungan Internet termasuk YouTube dan pelbagai lagi.

"Ini menjadikan TV di ruang tamu sebagai jendela dunia dan kami akan meluaskan perkhidmatan ini kepada peranti-peranti skrin yang lain," katanya pada majlis menandatangani perjanjian bersama Sezmi Corporation di sini semalam.

KopieSatu mahu ke luar negara

Posted: 11 Oct 2010 06:43 PM PDT


BADRUDDIN (kanan) dan Shikh Maidin pada majlis perasmian edaran KopieSatu di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berharap program usahawan minuman berasaskan kopi, KopieSatu, dapat melahirkan usahawan tempatan berdaya saing yang mampu meningkatkan produk dan jenama tempatan ke persada antarabangsa.

KopieSatu yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 adalah cetusan idea Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mahu mewujudkan produk berimej tempatan yang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa.

Bermula melalui konsep kios bergerak, KopieSatu berkembang dengan menyediakan bahan mentah dan memasarkan produk KopieSatu dalam menu perniagaan usahawan restoran.

Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata, ini kerana KopieSatu mempunyai potensi untuk berkembang maju seiring dengan jenama antarabangsa kerana produk yang berkualiti dan enak pada harga yang berpatutan.

"KopieSatu menyediakan platform perniagaan kepada usahawan-usahawan kecil dan sederhana, kami berharap usahawan tempatan dapat memajukan perniagaan ini sehingga ke luar negara khususnya di negara jiran," katanya semasa berucap pada majlis perasmian edaran KopieSatu di sini semalam.