Adsense

Isnin, 11 Oktober 2010

borak kosong

borak kosong


Bila anjing melaram di tepi 'swimming pool'

Posted: 11 Oct 2010 08:22 PM PDT

Malu-malu pulak..
maklumlah dulu biasa bogel...
bila di suruh pakai bikini...seganlah
tak biasa...







Atok amal excersise pelik jaga kecergasan

Posted: 11 Oct 2010 07:59 PM PDT

Tidak diragukan lagi, orang China sangat cerdas serta mereka memiliki cara yang unik yang berbeza untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Mungkin pergi ke gym atau melakukan sedikit dari Tai Chi, tapi Mr Huang Xianfu mengambil pohon untuk latihan rutin setiap hari dengan tali dipinggir jalan Chengdu,Dia berusia 64 tahun tetapi masih tangkas.




Kakak penyanyi pop terjatuh ,perut tertusuk kekisi besi

Posted: 11 Oct 2010 06:52 PM PDT

LONDON: Kakak bintang pop Mika dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital selepas terjatuh setinggi 50 kaki dari tingkap rumahnya dan tertusuk kekisi besi.


TINGKAP tingkat tiga di mana Paloma jatuh. 

 MIKA dan Paloma. 

Paloma Penniman, 28, jatuh dari tingkap di tingkat tiga kediaman di Kensington, barat London, semalam selepas hilang pertimbangan ketika duduk di atas belebas tingkap.

Kedua-dua kaki dan bahagian perutnya tertusuk pada runcing kekisi besi dan anggota bomba terpaksa memotong sebahagian daripadanya supaya Paloma dapat dibawa ke hospital.

Difahamkan Paloma sudah menjalani pembedahan pagi semalam di Hospital Diraja London di Whitechapel, timur London.

Jurucakap balai polis Scotland Yard berkata: "Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 pagi memaklumkan terdapat seorang wanita yang terjatuh dari tingkap tertusuk pada kekisi besi." Jurucakap Mika, 27, pula berkata, Paloma mengalami kemalangan yang serius.

"Dia masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Keluarga Mika meminta supaya pihak media dan orang ramai menghormati tragedi yang menimpa keluarga mereka.


Seorang sumber yang rapat dengan penyanyi itu berkata: "Mika tidak menghadapi trauma tetapi dia berasakan kejadian itu seperti mimpi ngeri."

"Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku. Satu saat Paloma duduk di atas belebas tingkap dan kemudian dia sudah jatuh ke atas kekisi besi.-myMetro



Bayi lahir 10.10.10. masa 10:10:10

Posted: 11 Oct 2010 05:51 PM PDT

SUTTON COLDFIELD, Britain - Seorang ibu melahirkan bayi perempuan pada pukul 10 pagi 10 minit dan 10 saat pada 10 Oktober 2010 di Hospital Good Hope di Sutton Coldfield, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Keelie Hearne melahirkan anak perempuannya itu seberat 1.68 kilogram yang diberi nama Niamh Bond.

Sebuah jam digital mencatatkan masa kelahiran bayi itu dengan tepat.

Hearne yang berusia 20 tahun berkata:"Apabila saya merenung ke arah jam dan melihat sepuluh saat, saya berasa terkejut besar."

Menurutnya, tarikh lahir anaknya dianggap terlalu istimewa kerana kelahiran itu merupakan yang pertama buat dirinya.

"Dia (anaknya) amat kecil dan mempunyai jari-jari yang halus. Dia amat cantik," katanya.

Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal daripada jangkaan asal.

Namun, air ketubannya pecah semasa dia bekerja sebagai pelayan pub menyebabkan dia dihantar ke hospital itu pada malam Sabtu lalu.

Pada pukul 9.40 pagi kelmarin, dia mula menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan anak.

Pasangan hidup Hearne, Dean Bond yang berumur 22 tahun yang masih belajar cara-cara menurap bata di sebuah kolej menganggap kelahiran anaknya itu merupakan hari yang paling bertuah dalam abad ini.

Bond berharap kelahiran anaknya itu akan memberi tuah untuk keluarganya. -kosmo online



Gaya mafia cilik

Posted: 11 Oct 2010 05:37 PM PDT

Agaknya budak ni nak jadi apa
bila besar nanti..yakuza,mafia..
semua gaya dia ada.....


Sanggup diikat tangan dan kaki untuk berenang

Posted: 11 Oct 2010 10:01 AM PDT


Sun Yongding ingin mencipta namanya dalam Guinness World Record untuk kategori yang belum pernah ada iaitu berenang sejauh mungkin dengan semua tangan dan kaki terikat.

Sun pun melaksanakan niatnya itu di sungai Qinghuai, Nanjing, daerah Jiangsu, China bahagian timur dengan dibantu oleh seorang teman untuk mengikatkan semua lengan dan kakinya.

Dalam aksinya pemuda yang berusia 47 tahun itu mampu menempuh jarak sekitar 500 meter dalam waktu 10 minit dan dapat berenang sejauh 1,8 km.

Dan pada tahun 2001 Sun mulai melaksanakan ideanya itu dengan serius, dimana awalnya dirinya berlatih renang menggunakan hanya tangannya di ikat.Sun akhirnya boleh berenang dengan kedua tangannya.

Remaja tertelan berus gigi ketika berlatih seks oral

Posted: 11 Oct 2010 09:01 AM PDT


Seorang remaja Romania terpaksa menjalani pembedahan kecemasan setelah tertelan berus gigi semasa dia berlatih melakukan seks oral. Andreea Vlad, 16, dari Falticeni di Romania timur, pada awalnya mengatakan dia tertelan berus gigi kerana terjatuh.

Tapi ketika para petugas perubatan melakukan pemeriksaan mereka mendapati bahawa ia tidak memiliki kecederaan yang membuktikan dia telah jatuh. Tetapi setelah ditanya dengan lebih lanjut dia mengakui dia dan beberapa teman telah menonton film porno dan  telah tertelan berus gigi untuk latihan teknik seks oral dan meniru gaya perempuan dalaam filem itu. Seorang jurucakap hospital di Suceava dimana dia dirawat berkata: "Gadis ini sangat bernasib baik. Dia tidak menderita kerosakan dalaman yang teruk kerana tertelan berus gigi.

Tangga-tangga tak guna yang di bina

Posted: 11 Oct 2010 08:00 AM PDT

Inilah di antara tanga-tangga yang tak guna dibina..










Masjid Paling Aneh di Dunia

Posted: 11 Oct 2010 04:00 AM PDT





Bentuknya sederhana benar, namun ramai jemaah yang datang dari setiap penjuru desa sebelum waktu solat masuk .Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya.kerana masjid ini di bina oleh seorang yang tidak kaya,  tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu "Shanke Yadem" (Anggap Saja Sudah Makan). 


Kes saman yang tak masuk akal

Posted: 10 Oct 2010 11:19 PM PDT

Berikut ini hal saman tidak lazim dilakukan tetapi masih  ada segelintir manusia yang melakukanya :

 Seseorang menyaman Michael Jordan kerana merasa wajahnya serupa


Semua orang ingin menjadi seperti Michael Jordan, kecuali Allen Heckard of Portland.
Pada tahun 2006 dia menyaman Michael Jordan dan perusahaan kasut Nike lebih dari U$ 800 juta setelah ia menyatakan bahaa mukanya yang mirip dengan Michael Jordan menyebabkan ia menderita secara emosional. " Aku terus dituduh seperti Michael," kata Heckard pada waktu itu, "dan itu membuatnya sangat tidak selesa"


 Seseorang menyaman Budweiser kerana promosi yang salah.


Seoran pemuda menyaman Anheiser-Busch kerana iklan yang di siarkan di televisyen dianggap berbohong dan hal itu menyebabkan tekanan emosi, dan menyebabkan kerugian kewanagan. Harris mengatakan bahawa ketika ia minum beer yang di iklankan di televisyen kaum wanita tidak tertarik pada dirinya seperti iklan tersebut.Pihak Budweiser disaman sebanyak US$ 10.000.

Seorang Surfer ( Pelincur ) menyaman seseorang yang dianggap mencuri ombak.


Melakukan tuntutan ke pengadilan kerana salah seorang peluncur dituduh telah mencuri ombak/gelombang yang sepatutnya dia yang melakukan luncuran kerana dia berada diposisi yang lebih baik dari pada peluncur lain.Pemuda itu mengatakan akibat peristiwa tersebut dia merasa sakit hati dan menderita, kerana gagal menaklukan ombak yang besar untuk meluncur.

 Mahasiswa menyaman kampusnya kerana bau kaki.


Di Belanda seorang mahasiswa menyaman kampus tempat kuliah setelah diusir dari kelas. Hal ini terjadi kerana bau kakinya sangat menyengat. Pensyarah dan pelajar yang lain terganggu kerana bau yang sangat yang sangat menyengat tersebut.Setelah lapan tahun bersidang, pada tahun 2009 hakim mengatakan tidak ada alasan untuk mengusir mahasiswa yang mempunyai kaki yang berbau.Setelah memberikan keputusan hakim mengatakan "Kami berpendapat bahAwa profesor dan mahasiswa lainya seharusnya menahan bau dan harus siap menanggungnya".

 Manusia menyamanTuhan

Pada tahun 2005, seorang tahanan di Romania bernama Pavel Mircea berusaha untuk menyaman Tuhan kerana dianggap telah lalai dan menipunya. Mircea, yang telah menghabiskan dua puluh tahun di penjara kerana kes pembunuhan.
Tuhan telah gagal mengingatkan dia agar tidak berbuat jahat seperti yang telah dijanjikan , " Ini sama saja dengan pelanggaran kontrak "katanya

Rupa kalau kita dicipta tanpa kulit

Posted: 10 Oct 2010 10:53 PM PDT

Sepatutnya kita mesti bersyukur terhadap semua kurnian Tuhan yang telah diberikannya kepada kita, termasuk pembungkus darah daging kita yang berupa kulit, cuba bayangkan bagaimana kehidupan kita ,jika kita di ciptakan tanpa kulit....TUHAN ITU ADIL KEPADA SETIAP MAKHLUK CIPTAANNYA....









TETAPI KENAPA MASIH ADA LAGI MANUSIA
YANG INGKAR DENGAN SURUHANNYA???

ADILKAH KITA DENGAN TUHAN PENCIPTA KITA???