macam macam hiburan terkini |
- (GAMBAR)Bunga Citra Lestari Selepas Bersalin
- Kekasih baru Lana Nordin
- Jasmine Soraya bertaubat kisah lalu
- Tiz Tangkis Serangan Jahat
- Aqasha Enggan Isteri Berhenti Kerja
- KD Dilamar Pada 10.10.10?
- Ramlah Ram Suntik Antibiotik Pulih Sakit Tekak
- Angkasawan Negara Sah Bergelar Suami
- Isteri Gugur, Hasrat Ady Putra Dapat Bayi Kembar Tiga Musnah
- Raja Azura Berhasrat Rujuk Semula
- Ashraf Muslim Jelaskan Gosip Bercinta Dengan Linda Hashim
- Perbuatan Khianat Buat Almy Nadia Mahu Bersara Jadi Pelakon
- Kenyataan Rasmi Perceraian Raja Azura
- Linda Jasmine Borong Barang Hari Jadi Anak Di AS
- Bienda Masih Berahsia
- Halim Othman Tangguh Kahwin
- Rumah Terbuka Suria FM & Red FM Meriah
- Saiful Apek Ajak Peminat Bercuti
- Aqasha Kini Suami Noor Baizura
(GAMBAR)Bunga Citra Lestari Selepas Bersalin Posted: 10 Oct 2010 10:19 PM PDT google: foto bunga citra lestari, gambar bunga citra lestari, gambar bunga citra lestari selepas bersalin, gambar terkini bunga citra lestari, gambar terbaru bunga citra lestari, bunga citra lestari selepas bersalin, bunga citra lestari dan baby, bunga citra lestari dan anak, bunga citra lestari dan suami, anak bunga citra lestari |
Posted: 10 Oct 2010 10:15 PM PDT Artis yang pernah dicop sebagai Pamela Anderson Malaysia ini kurang daripada berita. Ntah kemana dia sekarang ini, kalau nak dikatakan lakonan drama/filem memang jarang langsung. Tapi kali ini dia sepertinya memperkenalkan kekasih barunya kepada peminatnya. Memang mesra pasangan kekasih mereka berdua ni dan lelaki ini juga dikatakan seorang anak kepada orang kaya seta mewah hidupnya namun hubungan mereka ada satu halangan. Yakni restu ibu kepada lelaki berkenaan yang tidak merestui hubungan mereka. Mungkin ibu nya takut untuk melihat anaknya senasib seperti pasangan artis yang lain yang kerap kali putus dan cerai. google: lana nordin, lana nordin seksi, lana nordin hot, buah dada lana nordin, lana nordin bogel, lana nordin separuh bogel, lana nordin dan kekasih, teman lelaki lana nordin, gambar lana nordin dan kekasih, lana nordin dan boyfriend, foto lana nordin dan kekasih |
Jasmine Soraya bertaubat kisah lalu Posted: 10 Oct 2010 10:11 PM PDT Jasmine Soraya ni adalah artis kelahiran daripada program realiti Gadis Melayu. Katanya dia dah bertaubat daripada akibat penyebaran gambar hotnya di internet dan ini membuatkan dia kali ini berhati-hati dengan gerak gerinya yang dipantau dan sering diamik perhatian. Almaklumlah, orangnya dah lah manis. Kalau buat kontroversi lagilah membuatkan orang tak senang duduk lagi pun masuk program realiti berkonsepkan Melayu. Tip top sekarang rezeki dia dah bertambah dah malah kerjaya juga tak jejas. Kini, Sharifah Jasmine Soraya telah kembali menjadi hos sebuah program automotif di TV3 iaitu AUTO yang ditayangkan mulai 3 Oktober lalu setiap Ahad, jam 5 petang. google: jasmine soraya, jasmine soraya seksi, jasmine soraya hot, jasmine soraya sosial, jasmine soraya hisap rokok, jasmine soraya minum arak, jasmine soraya berparti, jasmine soraya jadi pengacara, gambar terbaru jasmine soraya, gambar terkini jasmine soraya, foto terbaru terkini jasmine soraya, buah dada jasmine soraya, jasmine soraya separuh bogel, jasmine soraya bogel, jasmine soraya dan boyfriend, teman lelaki jasmine soraya |
Posted: 10 Oct 2010 10:05 PM PDT Segala macam kontroversi yang menghambat setia mendekati aktres yang membina nama menerusi drama bersiri popular Nur Kasih ini. Bukan satu dua cerita negatif memalit, Tiz pernah dilabel sebagai gadis nakal, "kaki sosial", gadis parti dan terbaru cuba untuk merampas kekasih pelakon Fasha Sandha. Namun, bagai kalis kontroversi gadis yang bakal berusia 22 tahun tanggal 25 Oktober ini punya cara sendiri menangkis sebarang bentuk serangan-serangan jahat dan tohmahan yang dilempar. Formula Tiz cukup mudah, jangan ambil peduli kerana jika terlalu dirunsingkan kelak hanya memakan diri. "Kalau nak difikir dan diteliti apa juga persepsi atau kata-kata orang lain terhadap diri kita, maka susahlah hendak menjalani hidup ini dengan tenang. Orang akan sentiasa mempertikai itu dan ini apatah lagi apabila kita dikenali ramai. "Cara saya mudah. Tak perlu nak bebankan fikiran dengan kata-kata orang kerana kebenarannya hanya saya dan Tuhan saja yang tahu. Sejujurnya, saya tak ambil kisah sangat kerana hidup harus diteruskan juga," katanya. Sebagai muka baru, Tiz cukup bertuah kerana populariti senang mengulit setiap inci tubuh mulusnya itu sehingga diangkat sebagai bintang muda yang meniti di bibir peminat. Perit untuk didengar namun lebih berat lagi bahu memikulnya apabila populariti yang di kecapi itu seakan lebih menyerlah pada sisi negatif berbanding bakat yang didagangkan. Menerusi perbualan bersama Mingguan mStar pada Rabu lalu, Tiz yang sinonim dengan gestur selamba dan ringkas mengakui, pelbagai cerita kontroversi yang timbul beberapa bulan lalu memang mencalarkan hati tetapi tidak merimaskannya.Dek tohmahan yang bertandang itu, dia senang untuk "lenyap" seketika bagi meredakan kekusutan. Biarpun mengakui ia tidak menggugat periuk nasinya, namun Tiz lebih senang untuk berdiam diri daripada segala bentuk publisiti selain daripada melunaskan komitmen kerja. "Walaupun pada dasarnya, segala kontroversi yang tercetus beberapa bulan yang lalu tidak menggugat atau memberi tekanan kepada saya secara menyeluruh tetapi bohonglah jika ia langsung tidak mengganggu emosi dan fikiran saya sedikit pun. "Cuma, saya memang sudah melatih diri untuk bersikap kebal dan jangan ambil terlalu serius apa jua dakwaan dan persepsi yang tidak berasas terhadap saya. Selepas terlibat dengan filem Nur Kasih sekitar Julai lalu, saya hanya mahu berdiam diri dan fokus pada kerja bagi meredakan keadaan. "Kebetulan pula selepas komitmen bersama Nur Kasih berakhir, kita sudah menyambut bulan Ramadan dan Syawal, jadi saya lebih selesa mendiamkan diri di rumah saja jika tiada komitmen kerja," katanya. Matang hadapi masalah Mendengar luahan itu, penyandang anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 ini lantas diaju pertanyaan apakah yang dipelajarinya daripada kontroversi yang melanda. Ujar Tiz, apa jua laporan dan persepsi negatif yang singgah dalam kamus hidupnya sejak bergelar anak seni menjadikan dirinya kian matang. Dia belajar erti kesabaran, tidak mudah melenting dan paling penting Tiz kini lebih cekap menghadapi apa jua kes kontroversi yang hinggap. "Saya semakin matang dan cekap untuk menghadapi cerita-cerita negatif yang tersebar mengenai saya. Semua kontroversi yang melanda menjadikan saya lebih tenang dan tidak mudah panik biar seburuk mana pun cerita yang timbul. "Bagi saya, seteruk mana sekali pun masalah atau kesukaran yang menghimpit, lebih ramai lagi di luar sana yang berdepan masalah hidup lebih besar. Jika hendak dibandingkan dengan apa yang saya lalui ini tidaklah sebesar mana sehingga boleh menjejaskan kehidupan saya. "Apa pun, saya bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami dan setia ketika saya berdepan dengan masalah. Mereka banyak membimbing dan menyokong saya," tutur anak bongsu daripada dua beradik ini. Tak ingin 'nakal' lagi Reaksi selesa yang dipamerkan Tiz lantas mendorong perbualan kami menjurus kepada soal peribadi. Apabila diminta mengulas tentang kesahihan dakwaan yang melabelnya sebagai gadis 'nakal', Tiz tidak menyangkal apa jua cerita yang timbul. Namun, sebagai gadis remaja dia akui tidak lekang daripada melakukan kesilapan. Bangkit daripada kealpaan itu, Tiz hari ini boleh tersenyum bangga kerana sudah menguburkan semua episod 'nakal' itu dalam-dalam. Akuinya, dia tidak lagi berminat untuk keluar berhibur bersama teman-teman atau melakukan apa juga dakwaan orang sebelum ini. "Sebagai orang muda memang tak dinafikan saya banyak melakukan kesilapan tetapi itu adalah diri saya. Saya cuba sebaik mungkin untuk perbaiki kesilapan diri. "Kini, saya sudah tiada keinginan untuk melakukan semua perkara negatif yang pernah dikaitkan dengan saya. Saya boleh berbangga kepada diri saya sendiri kerana sudah beberapa bulan 'bersih' daripada palitan sebarang perkara negatif. "Terus-terang saya katakan, saya sudah lama tidak keluar bersosial atau berhibur dengan teman-teman. Bagi saya, pada fasa ini, saya hanya ingin relaks di rumah dan tumpukan perhatian pada kerja," ulasnya. Langkahnya masih jauh dan banyak lagi perkara baru dalam bidang seni yang ingin Tiz pelajari. Bukan sahaja dalam bidang lakonan, pelakon yang bakal menyusul dengan telefilem Tujuh Lagu pada Hari Raya Aidiladha ini terlalu teruja untuk melebarkan sayap ke pentas nyanyian andai peluang terhidang. google: tiz zaqyah. tiz zaqyah seksi, tiz zaqyah hot, tiz zaqyah gambar terbaru, tiz zaqyah foto terkini, tiz zaqyah dan kekasih, tiz zaqyah bercinta, tiz zaqyah 2010, tiz zaqyah biodata |
Aqasha Enggan Isteri Berhenti Kerja Posted: 10 Oct 2010 10:04 PM PDT Bukan kerana mahu mengongkong isteri, sebaliknya penyanyi lagu Cahaya Hati ini ingin isterinya berdikari apabila dia keluar bekerja. Bagi Aqasha, wanita sepatutnya perlu turut serta menyumbang kepada pendapatan keluarga. Tambahan pula, wanita zaman moden kini lebih terdedah kepada dunia kerjaya. Romantisnya pasangan bagai pinang di belah dua ini. "Saya nak pasangan saya pandai berdikari serta boleh menjaga diri dan keluarga apabila saya keluar bekerja. Kalau saya mendapat isteri yang lemah-longlai, bagaimana saya nak tinggalkan rumah. Sekurang-kurangnya dia boleh melatih minda dan bersikap responsif," katanya selepas diijabkabulkan di Lake Fields, di sini, Ahad. Perkenalan yang tercetus sejak dua tahun lalu tidak disangka mampu membawa dua pasangan ini ke jinjang pelamin. Selepas bertunang pada 23 Mei lalu, akhirnya Aqasha dan Baizura memilih tarikh 10.10.10 untuk disatukan. Kedua-dua belah pihak pada mulanya tidak merancang untuk memilih tarikh yang penuh dengan simbolik nombor itu. "Idea untuk memilih tarikh 10.10.10 ini datang secara kebetulan. Dalam keadaan ahli keluarga dan sanak-saudara bertanya tentang bila tarikh perkahwinan kami, terus kami menetapkan 10.10.10. Kebetulan ia jatuh pada hari Ahad. Lagipun, tarikh dan nombor tu cantik dan amat bermakna," ujar Aqasha sambil tersenyum di samping isterinya. Upacara makan beradap. Semasa majlis yang berlangsung penuh meriah itu, ramai sanak saudara kedua-dua pihak yang hadir. Tidak kurang juga saudara-mara Aqasha yang sanggup datang dari negeri Pantai Timur dan Utara. Bukan sahaja tarikh yang dipilih tersebut penuh bermakna kepada kedua-dua mempelai ini, malah warna pakaian yang disarungkan ke tubuh mereka iaitu kuning juga mencetuskan makna tersendiri kepada Aqasha kerana dia yang memilih warna kegemarannya itu. "Kami diibaratkan seperti raja sehari pada hari ini. Jadi, apa salahnya saya memilih warna kuning yang sinonim dengan warna di raja. Kami nak ambil berkat daripada warna ini," tutur Aqasha, anak sulung daripada tiga beradik ini. Kedua-duanya bagai pinang di belah dua dan seperti dilahirkan untuk hidup bersama. Jika ditanya kepada Aqasha mahupun Baizura, mereka merasakan seperti saling melengkapi antara satu sama lain. Mempelai bergambar dengan ibu dan bapa Aqasha. Di mata Aqasha, Baizura merupakan pilihan yang terbaik untuk menjadi isterinya kerana wanita itu memahami kerjayanya. Selain itu, Baizura yang berkhidmat di jabatan Network Presentation Unit di Astro itu menepati ciri-ciri wanita idaman seperti yang diingini oleh mana-mana lelaki. Seperti pasangan lain yang baru berumah tangga, kedua-duanya tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat ini. Jika ada rezeki, mereka menerima dengan hati terbuka. Tentang perancangan bulan madu, kemungkinan mereka akan memilih pulau di Malaysia sebagai destinasi percutian selepas melangsungkan majlis resepsi sebelah pihak lelaki pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam. Antara selebriti yang hadir ke majlis pernikahan Aqasha dan Baizura termasuk Jehan Miskin, Tony Eusoff dan Khir Rahman. Dalam majlis persandingan yang dijangka dilakukan secara besar-besaran itu, Aqasha sekali lagi memilih warna tema kuning dan putih dengan gabungan konsep perkahwinan Melayu tradisional dan moden Inggeris. Pakaian mereka akan ditaja oleh Butik Fidz. Tinggalkan sementara tentang percutian bulan madu mereka kerana ada yang lebih penting menanti Aqasha pada 21 November ini iaitu pelancaran album EP berjudul Qashanova. "Saya menganggap album yang memuatkan enam buah lagu ini sebagai album peribadi pertama saya kerana semuanya saya lakukan sendiri termasuk dari segi penulisan lirik, gubahan lagu dan susunan muzik. "Saya juga bertindak selaku penerbit album di samping penerbit bersama, Alex Tan dari Star Mount Records. "Saya memilih tajuk album Qashanova kerana lagu-lagu saya bertemakan cinta dan supernova bermaksud bintang yang menjadi sangat terang," jelasnya. google: aqasha, aqasha dam isteri, gambar sekitar perkahwinan aqasha, foto majlis pernikahan aqasha, aqasha berbulan madu, gambar aqasha dan isteri |
Posted: 10 Oct 2010 10:01 PM PDT Menurut seorang sumber sebuah majlis telah dibuat untuk ahli keluarga dan rakan taulan bekas isteri Anang Hermansyah itu. Malah pelabagai kelengkapan masak-memasak dan alat solek serta alat muzik berada di rumah tersebut. Dalam pada itu juga, beberapa kenderaan mewah berada di perkarangan rumah tersebut yang menimbulkan syak bahawa majlis tersebut adalah acara pertuannagan pasangan yang dikaitkan dengan Raul Lamos ini. Sebelum ini, KD memang disebut-sebut bakal mengakhiri zaman janda bersama kekasih pilihannya jutawan Raul Lamos dalam masa terdekat ini. Namun begitu mereka masih menunggu surai cerai daripada isteri pertamanya. Ada juga khabar angin mengatakan tarikh keramat 10 Oktober 2010 dipilih sebagai tarikh pertunangan mereka. Bagaimanapun perkara ini masih belum dijelaskan oleh pemilik nama Krisdayanti ini. google: kris dayanti, kris dayanti dilamar, kris dayanti kahwin, kris dayanti nikah, kris dayanti dan bakal suami, kris dayanti dan keluarga, kris dayanti dan anak, kris dayanti dan anang, tarikh kahwin kris dayanti, kris dayanti dan siti nurhaliza, kris dayanti dan suami baru, gambar foto terkini terbaru kris dayanti |
Ramlah Ram Suntik Antibiotik Pulih Sakit Tekak Posted: 10 Oct 2010 10:00 PM PDT Dia yang pertama kali menjayakan konsert yang penuh meriah itu di Hotel Impiana, Kuala Lumpur, Sabtu sempat mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Putri pada petang hari yang sama. Menurut Ramlah, dia risau dengan sakit tekak yang dilalui sejak seminggu lalu dan paling mendebarkan apabila suaranya tiba-tiba tidak keluar. Walaupun merasa terkilan ekoran masalah kesihatannya itu, namun Ramlah tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dapat menjayakan persembahan pada malam itu. Ramlah menyanyikan lagu Kau Kunci Cintaku, Selamat Jalan Romeo, Membilang Butir Harapan, Zapin Yang Tinggal, Fantasia Bulan Madu, Masih Jelas, Mahakarya Cinta dan lagu terbarunya, Cinta Gila. "Saya ingat nak buat persembahan yang terbaik sampai lupa tentang kesihatan kerana terlalu kuat praktis. Saya akui memang kesalahan saya kerana tidak cukup rehat sejak bulan Ramadan lalu. "Saya sempat meminta ibu yang berada di kampung mendoakan supaya mampu membuat yang terbaik pada malam ini. Selepas ini, jika ada peluang, saya akan buat konsert seperti ini lagi," katanya semasa sidang media seusai majlis tersebut. Projek pertama yang dianjurkan oleh kelab peminatnya, Ramlah Ram Group (RRG) itu turut membuatkan penyanyi lagu Ketentuan itu berasa terharu. Biarpun ada yang menganggap dia terlambat melakukan konsert setelah melalui usia 25 tahun dalam industri, dia tetap bersyukur kerana rezeki masih berpihak kepadanya. Ternyata semua peminatnya yang hadir sangat terhibur dan bersorak riang ketika Ramlah mengalunkan 30 buah lagu popularnya termasuk lagu daripada penyanyi lain. Antaranya lagu Kau Kunci Cintaku, Selamat Jalan Romeo, Membilang Butir Harapan, Zapin Yang Tinggal, Fantasia Bulan Madu, Masih Jelas, Mahakarya Cinta dan lagu terbarunya, Cinta Gila dengan susunan muzik oleh band Ideal Sound Studio di bawah pengarah muzik Bell Fatah. Bukan hanya nyanyian, penonton juga dihiburkan dengan telatah pelakon tersohor, Fauziah Ahmad Daud selaku pengacara majlis dan Azam Pitt (My Starz LG) sebagai penyanyi undangan. Telatah Fauziah Ahmad Daud turut mencuit hati penonton. Tidak sia-sia mereka menghabiskan waktu dan wang ringgit semata-mata untuk menjayakan konsert tersebut. Ini kerana majlis itu dibiayai sepenuhnya oleh kelab yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu dengan kerjasama beberapa penaja. "Lagu Cinta Gila merupakan lagu pilihan peminat RRG. Lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh Zimie dan akan tampil bersama album terbaru saya tidak lama lagi. Lagu itu akan diputarkan di corong radio dalam masa terdekat ini," ujarnya. Sementelah usia 25 tahun telah meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit kepada wanita berasal dari Muar, Johor ini, dia semakin yakin dan mahu mengekalkan bakat yang ada pada dirinya. Peminat ibarat nadi Ramlah untuk bertahan dalam industri seni ini dan tidak semudah itu untuk dia melupakan mereka dan sebolehnya mahu lebih rapat dengan mereka bagi mengetahui keinginan mereka. Rakan artis turut memberikan sokongan kepada Ramlah iaitu Misha, Zoey, Azwan dan Shahira. Setakat ini seramai lebih 1,000 orang ahli yang telah mendaftar di bawah RRG. "Mungkin mereka menyukai suara saya. Jadi, saya kena pelihara suara dan bakat yang diberikan oleh Allah ini selain mencuba perkara yang baru pada masa akan datang. "Sepanjang 25 tahun ini, ada perkara yang menyakitkan dan saya sentiasa belajar melalui pengalaman. Sukar dan perit bagaimanapun, saya tetap kena tempuhi hidup ini. Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang," tuturnya yang berseri-seri dengan pakaian rekaan Heyroll Basri. Kira-kira 200 tetamu yang hadir di majlis tersebut termasuklah rakan artis iaitu Azwan Ali, Sharifah Shahira, Ijoy Azhari, Zoey dan Misha Omar. google: ramlah ram, gambar terkini ramlah ram, foto terbaru ramlah ram, ramlah ram dan konsert, ramlah ram ulangtahun, ramlah ram bercerai, ramlah ram berpisah, ramlah ram dan suami, ramlah ram dan bekas suami, ramlah ram mp3, ramlah ram single terbaru, ramlah ram lagu baru, album baru ramlah ram |
Angkasawan Negara Sah Bergelar Suami Posted: 10 Oct 2010 07:58 AM PDT Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai. Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar. "Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini. "Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas yang diamanatkan di samping tanggungjawab sebagai seorang suami," kata Sheikh Muszaphar. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor lega selepas selesai upacara akad nikah Manakala Dr Halina turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi. "Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga," ujarnya. Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, pasangan ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Allah. Mereka juga dijangka akan menunaikan umrah sambil berbulan madu. Dr Halina anggun mengayakan pakaian dari butik Cosry Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry. Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak. Majlis persandingan akan diadakan malam ini dengan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan. Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa. google: sheikh muszaphar dan dr harlina, gambar perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, foto perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, pernikahan sheikh muszaphar dan dr harlina, persandingan sheikh muszaphar dan dr harlina, gambar majlis persandingan perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, gambar terbaru perkahwinan sheikh muszaphar dan dr harlina, foto terbaru sheikh muszaphar dan dr harlina, lokasi nikah sheikh muszaphar dan dr harlina, lokasi majlis kahwin sheikh muszaphar dan dr harlina, hantaran sheikh muszaphar dan dr harlina, dr halina, gambar kahwin angkasawan negara, gambar kahwin sms, gambar nikah dr halina, gambar nikah Sheikh Muszaphar, gambar pengantin sheikh muzaffar, gambar pernikahan sheikh muzaffar dan dr halina, gambar persandingan Sheikh Muszaphar dr halina, gambar persandingan sheikh muzaffar, Kek Roket Sheikh Muszaphar Shukur, sheikh muzaffar, siaran langsung perkahwinan Sheikh Muszaphar, siaran langsung perkahwinan sheikh muzaffar, terbaru sms, video kahwin sheikh muzaffar, web kahwin Sheikh Muszaphar |
Isteri Gugur, Hasrat Ady Putra Dapat Bayi Kembar Tiga Musnah Posted: 10 Oct 2010 07:55 AM PDT Keguguran itu berlaku ketika kandungan Aida baru masuk tiga bulan. Menurut Ady yang ditemui di Menara Star, Khamis, berita itu amat menyedihkannya kerana sebelum ini sudah tiga kali dia dan isteri diuji dengan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, berita tersebut tidak membuatkan pelakon filem Hanyut itu kecewa dan luluh hati kerana dia semakin tabah dan kuat selepas beberapa kali hasratnya untuk bergelar bapa tidak menjadi kenyataan. "Ini semua sudah tertulis dan ketentuan tuhan. Sebagai hambanya, saya reda dan menerima berita itu dengan hati terbuka. Saya memang bersedih tetapi tidak sampai ke tahap kecewa atau luluh. "Memandangkan sudah tiga kali isteri saya mengalami keguguran sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kalau ada rezeki, memang saya terima sepenuh hati tapi kalau memang belum rezeki, saya terimanya dengan hati yang terbuka," katanya yang telah berkahwin dengan Aida selama empat tahun. Ady dan isterinya Aida Yusof pada majlis persandingan mereka empat tahun yang lalu. Mengulas tentang keguguran yang dialami isterinya itu, Ady berkata, perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor kandungan yang tidak kuat. "Mujur juga ia gugur secara keseluruhan, di mana gumpalan daging yang baru berusia tiga bulan itu jatuh sepenuhnya. "Jika tidak, mungkin isteri saya akan lebih sakit lagi sebab terpaksa melalui pelbagai proses rawatan susulan. Ketika kejadian itu, saya memang kebetulan berada di rumah. Jadi, keadaan lebih terkawal dan dapat hantar isteri ke hospital secepat mungkin. Dia kini berehat di rumah," katanya. Ady dan isterinya menjalani kaedah persenyawaan luar rahim ataupun In vitro Fertilization (IVF) selepas mereka gagal mendapat anak sejak sekian lama. google: ady putra, isteri ady putra gugur, bini ady putra gugur, isteri ady putra hospital |
Raja Azura Berhasrat Rujuk Semula Posted: 10 Oct 2010 07:53 AM PDT Kata Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, dia masih memberi peluang kepada suaminya untuk mencari jalan pendamaian dalam tempoh edah demi masa depan anak-anak. "Selama ini saya hilang kepercayaan kepada suami dan dia perlu mengembalikan kepercayaan itu kepada saya semula. Penceraian hanyalah jalan untuk kami betulkan semula keadaan. "Namun begitu saya masih lagi membuka peluang kepada dia untuk selamatkan rumah tangga kami sepanjang tempoh edah ini atau berkahwin semula selepas tempoh itu," katanya ketika ditemui selepas selesai menjalankan tugasnya mengendalikan segmen Sinar Pagi di Stesen Radio Sinar FM, di Astro Bukit Jalil di sini, Jumaat. Raja Azura dan Adzmin bercerai talak satu di sebuah mahkamah syariah di Selangor pada 28 September lalu. Penceraian itu dilakukan dalam prosiding tertutup. Dalam pada itu, Raja Azura turut memberitahu kasih sayang terhadap suaminya tidak pernah berubah malah keputusan untuk bercerai adalah keputusan bersama. "Kami tidak pernah bergaduh, bertengkar, malah kami adalah pasangan romantik di luar. Saya akui hati saya tidak pernah berubah daripada menyayanginya. "Kami ambil keputusan ini sebagai jalan terbaik untuk memperbaiki hubungan kami dari luar setelah cara lain gagal. Selepas ini saya harap lebih menghargai dan memerlukan antara satu sama lain," katanya. Ujarnya, mereka turut berjanji akan menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak dan menjadi sahabat paling baik. "Sebelum berpisah kami telah berjanji akan menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik terutamanya memberi perhatian kepada kami. "Saya tidak mahu anak-anak rasa terabai malah perkara ini masih menjadi rahsia kami dari pengetahuan mereka kerana mereka masih kecil untuk mengetahuinya," katanya. Kata Raja Azura, hak penjagaan anak adalah atas persetujuan bersama dan suami berhak untuk berjumpa mereka pada bila-bila masa. Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. |
Ashraf Muslim Jelaskan Gosip Bercinta Dengan Linda Hashim Posted: 10 Oct 2010 07:52 AM PDT Kata Ashraf, dia dan Linda hanya sekadar teman rapat iaitu ketika sama-sama menjayakan sebuah drama berjudul Gerakan Marin dan hanya bertemu ketika di lokasi penggambaran sahaja. "Saya dan dia hanya sebagai rakan artis, tidak lebih dari itu. Kami berlakon bersama dalam drama Gerakan Marin beberapa bulan lalu. "Memang ketika penggambaran kami rapat seperti pelakon-pelakon yang lain juga, namun selepas habis penggambaran kami tidak pernah berjumpa," jelasnya yang telah menunaikan umrah hujung Ramadan lalu. Dalam pada itu, Ashraf mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa selepas berpisah dengan pelakon Sherry Ibrahim tahun lalu. "Bukan saya memilih tapi saya belum jumpa yang benar-benar membuatkan hati saya terbuka semula untuk bercinta. Selain itu saya juga kini lebih fokus kepada kehidupan sebagai seorang muslim. "Siapa yang tidak mahu bercinta tapi biarlah ia datang sendiri, semasa di Tanah Suci, Mekah, ada juga saya meminta agar dipermudahkan perjalanan dan dipertemukan dengan seorang perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri," katanya. Bercerita tentang pengalaman ketika mengerjakan umrah, Ashraf memberitahu banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana. "Banyak peristiwa yang memberi kesedaran kepada saya sepanjang di Tanah Suci. Kita dapat lihat semua orang di sana benar-benar ingin menunaikan ibadat. "Ada juga peristiwa yang memberi keinsafan kepada saya sebagai hambanya, saya dapat lihat kebesaran Allah di depan mata dan rasa terlalu kerdil," katanya ketika ditemui baru-baru ini. google: ashraf muslim dan linda hashim, ashraf muslim dan linda hashim bercinta, ashraf muslim dan linda hashim berkasih, hubungan cinta ashraf muslim dan linda hashim, gambar ashraf muslim dan linda hashim, foto ashraf muslim dan linda hashim |
Perbuatan Khianat Buat Almy Nadia Mahu Bersara Jadi Pelakon Posted: 10 Oct 2010 07:50 AM PDT Menurut Almy, walaupun dia sayangkan bidang lakonan dan percaya masih banyak perkara yang mampu dikecapinya dalam bidang ini tetapi beberapa hal yang berlaku membuatkan gadis berusia 24 tahun ini jemu dengan status kehidupan glamor. "Ada waktunya saya betul-betul terfikir untuk berundur diri dan berhenti berlakon saja selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sejak bergelar pelakon. "Beberapa perkara besar yang terlalu peribadi untuk dihuraikan berlaku kepada saya membuatkan saya jemu dan tak berdaya untuk terus menghadapinya," katanya. Almy lantas diminta untuk mengulas perkara-perkara yang dimaksudkannya itu dengan lebih terperinci tetapi sekadar menjawab beberapa perkara tersebut adalah hal yang berkaitan dengan periuk nasi dan karier lakonannya. "Sepanjang bergelar pelakon selama hampir lima tahun ini, saya tidak pernah kacau atau ganggu orang lain tetapi saya pelik tetap ada individu dan pihak lain yang sentiasa tak berpuas hati atau dalam istilah kasarnya ingin melihat saya 'jatuh'. "Bukan saja ada pihak yang sengaja menabur fitnah dan menokok-tambah sesuatu cerita untuk mencalar reputasi saya. Malah ada juga yang lebih berani hingga sanggup melakukan perbuatan 'khianat'. "Saya mencuba nasib di dalam bidang ini untuk mencari rezeki dengan bakat dan peluang yang ada dan langsung tiada niat lain. Jika hal begini berterusan, lebih baik saya kembali semula kepada kehidupan lama saya saja. Mungkin tidak senikmat seperti apa yang saya kecapi hari ini tetapi sekurang-kurangnya hidup saya lebih tenang," katanya. Ditanya adakah dia benar-benar nekad dengan keputusannya itu, Almy berkata, sekiranya tawaran lakonan yang diterima terus tidak meyakinkan dan 'kekusutan' yang bersarang kian membelenggu, mungkin dia tidak akan ragu-ragu mengambil keputusan itu kelak. google: almy nadia, almy nadia facebook, gambar terkini terbaru almy nadia, almy nadia sakit, almy nadia berubat, almy nadia dan fiz fairuz, almy nadia seksi, almy nadia bogel, almy nadia hot, buah dada almy nadia, almy nadia 2010 |
Kenyataan Rasmi Perceraian Raja Azura Posted: 10 Oct 2010 07:48 AM PDT Pengesahan itu diumumkan oleh Raja Azura sendiri dalam satu kenyataan rasmi menerusi kiriman emel, Jumaat. Pengacara popular itu berkahwin dengan anak kepda bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7 dan Puteri Mkia Maizurah, 4. Berikut adalah petikan daripada kenyataan rasmi Raja Azura itu. "Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera. Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab. Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka. Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya. Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan. Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati. Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama. Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil. Saya akui menemui jalan buntu. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini. Saya yakin masih ada peluang untuk memilih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak. Saya masih dalam tempoh edah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya. Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumaht angga. Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak. Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul. Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin. Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumah tangga setelah kaedah membaiki diri dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula. Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, "Tasrihun bi ihsan" yang bermaksud bercerai demi kebaikan. Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga. Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai. Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh edah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional. Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperti nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing dan kasih sayang kami tidak pernah luntur. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini. Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza. Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama. Doakanlah kami. Yang benar, Raja Azura. google: raja azura sah bercerai, kenyataan rasmi raja azura, raja azura bercerai, raja azura berpisah, raja azura dan bekas suami, raja azura dan anak anak, raja azura dan sinar fm |
Linda Jasmine Borong Barang Hari Jadi Anak Di AS Posted: 10 Oct 2010 07:45 AM PDT Alang-alang bercuti di sana pada 21 September hingga 4 Oktober lalu, pasangan bahagia ini tidak kisah berbelanja lebih untuk meraikan genap setahun umur Ratu pada 26 Oktober ini. Majlis bertemakan 'little miss sunshine' itu akan disambut pada 6 November ini. Lokasi belum ditetapkan. Bertepatan dengan temanya, Linda dan Que memilih gabungan warna putih dan kuning. "Saya membeli barang untuk Ratu seperti dress berwarna kuning sebanyak tiga pasang, kasut kuning, bunga kuning untuk hiasan kepala. "Selain itu, saya membeli gula-gula dan riben berwarna kuning untuk majlis berkonsepkan minum petang tersebut," katanya kepada mStar Online. Biarpun banyak berbelanja untuk Ratu, ole-ole untuk anak sulungnya, Qalif Khan tidak dilupakan. Dia menghadiahkan permainan dan baju untuk anak lelaki berusia 9 tahun itu. Selain membeli-belah di Portland dan San Francisco, Linda dan Que sempat mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti taman bunga ros, penjara Alcatraz, jalan paling bengkang-bengkok di dunia, air terjun Columbia River termasuk Disneyland, Los Angeles. Untuk melihat banyak gambar menarik ketika kunjungan mereka di Amerika Syarikat, dapatkan akhbar Mingguan mStar yang dijual bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang pada Ahad ini. google: linda jasmine dan que haidar, majlis harijadi anak linda jasmine dan que haidar, hadiah harijadi linda jasmine dan que haidar, linda jasmine dan que haidar di AS, gambar linda jasmine dan que haidar, linda jasmine dan que haidar di AS |
Posted: 10 Oct 2010 07:43 AM PDT Beritahu Bienda, dia merahsiakan tarikh pernikahan dan lokasi majlis akad nikah kerana memenuhi permintaan keluarga memandangkan majlis itu dibuat secara tertutup. "Maaf kerana terpaksa merahsiakan pernikahan kami. Ini adalah untuk menjaga hati keluarga bagi kedua-dua belah pihak. "Saya juga mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakannya daripada pihak media dan peminat. Saya mahu sedikit ruangan privasi pada majlis bersejarah itu. "Lagipun, saya bukannya berkahwin dengan suami orang, sebaliknya saya berkahwin dengan orang bujang," katanya selepas persandingan mereka bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Selayang, Jumaat. Bagaimanapun, Bienda berkongsi matlumat lain mengenai majlis pernikahannya dimana Kamarul atau dengan panggilan nama Boy sah bergelar suami kepada Bienda selepas dua kali lafaz dengan mas kahwin RM80. Bienda turut menerima wang hantaran sejumlah RM11,111.11 daripada pihak lelaki. Pada majlis bersejarah itu, pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan. "Setelah berkawan dengan Boy lebih dari tiga tahun, saya bersyukur dan gembira kerana sudah lama saya menantikan detik indah bergelar isteri," ujarnya. Bienda dan Boy yang tampak seperti merpati dua sejoli pada majlis itu berkata, mereka merancang untuk berbulan madu ke negara-negara Eropah pada awal tahun depan dan bersedia untuk memiliki anak pada bila-bila masa. Bertanyakan mengenai perkenalan Bienda dan Boy, mereka bertemu di sebuah penggambaran drama dimana pada ketika itu Boy bekerja sebagai krew filem dengan Skop Productions. "Boy dengan selambanya nak minta nombor telefon saya kononnya mahu berbincang mengenai produk penjagaan mata. "Selepas dua minggu berkenalan, pada 15 April 2007, Boy melamar saya terus untuk dijadikan isteri dan bukannya kekasih. Nak ikutkan memang kami mahu kahwin secepat mungkin. Tapi bila terdapatnya beberapa perkara yang harus ditempuh, baru kinilah kami dapat merealisasikan impian kami," ujarnya. google: bienda, bienda kahwin, bienda bertunang, hantaran bienda, foto kahwin bienda, foto nikah bienda, gambar majlis perkahwinan bienda, gambar majlis pernikahan bienda, bienda dan suami, bienda dan bakal suami, gambar bienda dan suami, foto gambar bienda dan bakal suami, majlis kahwian bienda, tarikh kahwin bienda, lokasi majlis kahwin nikah bienda |
Posted: 10 Oct 2010 07:41 AM PDT Kata Halim, sejak menyertai Suria FM dia terlalu fokus dan menumpukan segala perhatiannya kepada kerja sehingga terpaksa mengambil keputusan tersebut. "Setelah bekerja semula saya rasa terlalu teruja dan meletakkan pekerjaan kepada tempat paling utama. Kami terlalu banyak agenda dan perancangan yang diaturkan bagi meningkatkan Suria FM. "Jadi saya rasa tahun ini tidak sesuai untuk melakukan perkara yang agak besar bagi saya. Insya-Allah ia akan dilakukan pada tahun hadapan," katanya. Sebelum ini, lelaki berusia 45 tahun ini mengakui sudah bertemu pasangan yang sesuai dan bakal mengikat hubungan mereka secara rasmi pada Jun lalu. Namun disebabkan kesibukan, dia dan keluarga kekasihnya itu telah mencapai kata sepakat menangguhkannya dan menerima keputusan tersebut. "Kami sudah berbincang dan menunda kepada satu tarikh yang baru iaitu dalam tahun hadapan. "Saya mahu majlis tersebut dijalankan dengan keadaan yang tenang dan tidak secara tergesa-gesa dan kelam kabut," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Suria FM dan Red FM. Tambah Halim, fokus utama terarah kepada tanggungjawabnya membawa Suria FM ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Biarpun ramai yang menganggap dia sudah tidak sehebat dulu, dengan pencapaian terbaru Suria FM secara tidak langsung membuktikan namanya masih berbisa. "Ketika dibawa masuk, matlamat utama saya untuk bekerja habis habisan untuk capai sasaran ini. Maklumlah ketika itu saya sudah dua tahun berhenti dan tidak menyangka masih ada pengikut dan pendengar setia. "Pada saya idea membawa rancangan yang digemari merupakan satu cara yang mampu tarik perhatian pendengar selain hanya sekadar celoteh kosong sahaja," katanya. google: halim othman, halim othman tangguh kahwin, tarikh kahwin halim othman, halim othman berkahwin, halim othman dan bakal isteri, halim othman 2010, majlis kahwin halim othman, lokasi kahwin halim othman, halim othman dan isteri, |
Rumah Terbuka Suria FM & Red FM Meriah Posted: 10 Oct 2010 07:39 AM PDT Acara tahunan tersebut bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara juruhebah, pendengar, media dan rakan niaga selain meraikan pencapaian terbaru stesen radio itu. Ketua Pegawai Penyiaran Yusri Abu Samah berkata majlis ini adalah bagi menghargai rakan-rakan yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam setiap aktiviti yang dianjurkan SuriaFM dan Red FM. "Majlis ini merupakan acara tahun kami yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara juruhebah, artis, pendengar, media dan rakan niaga. "Selain itu ia juga bagi meraikan kejayaan kami dalam peningkatan pendengar terpantas yang diumumkan pada kaji selidik AC Neilson baru-baru ini. Kami juga berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidk dalam usaha ini," katanya. Katanya, sasaran seterusnya ialah untuk menjadikan Suria FM antara tiga stesen berbahasa Melayu terpopular di Malaysia. Oleh itu, pelbagai perancangan dan strategi bagi mencapat tahap seterusnya akan dilaksanakan. "Sudah semestinya apabila sampai pada tahap ini kita mahu capai ke sasaran yang lebih tinggi. Kalau boleh menjadi tiga yang terbaik dan saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil. "Jika dilihat kepada penyampai yang ada mereka kini juga semakin popular malah setiap segmen di Suria FM mempunyai peningkatan yang agak baik," katanya. Majlis berkonsep santai ini juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Star, Datin Linda Ngiam, Pengarah Rimakmur Sdn, Nur Jazman Tan Seri Mohamed, dan Pengarang Bersekutu mStar, Rozaid Rahman. Manakala antara artis yang hadir memeriahkan rumah terbuka tersebut ialah Shila Oiam, Farah Wahida Razali, Rozita Che Wan, Alyah, Dayang Nurfaizah, Black, Fizz Fairuz dan ramai lagi. |
Saiful Apek Ajak Peminat Bercuti Posted: 10 Oct 2010 07:38 AM PDT Katanya, program yang berjudul Santai Bersama Apek dan Yasin ini bercorak dokumentari yang mana akan membawa peminat-peminat mengabadikan percutian mereka bersama-sama dua selebriti ini. "Program ini merupakan kerjasama dengan beberapa agensi perlancongan dan ia bertujuan mempromosi tempat-tempat perlancongan di Malaysia dan di luar negara. "Kami mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai percutian selama dua hari satu malam ini dengan bayaran yang paling minima," ujarnya. Apek berkata, konsep program tersebut berlainan dari kebiasaan program televisyen yang ada di Malaysia kerana ia lebih mengetengahkan tempat-tempat menarik dan aktiviti kekeluargaan yang lain. "Kita sudah biasa dengan program-program berbentuk kuiz dan Game show, yang mana ia hanya boleh disertai hanya beberapa orang sahaja. "Selain sekadar program televisyen, ia juga akan menjadi kenangan kepada mereka selepas pulang nanti," katanya. Dalam pada itu, menurut Apek, pelbagai pengisian berfaedah yang bakal di isi untuk program tersebut. "Saya telah merancang pelbagai aktiviti menarik dan berfaedah bagi mengisi percutian ini. Antara aktivi seperti karaoke, game show, kunjungan tempat menarik dan banyak lagi. "Setakat ini kami telah mendapat tiga penaja daripada agensi perlancongan dan Insya-Allah kami masih mencari lebih banyak lagi. Bagi yang berminat menyertainya boleh menghubungi terus Shah di talian 017-6075956. Lokasi pertama program ini dijangka di Batu Feringgi, Pulau Pinang. google: saiful apek, rancangan baru saiful apek, bercuti bersama saiful apek, gitu gitu saiful apek, saiful apek dan pelancongan, penyertaan rancangan saiful apek |
Aqasha Kini Suami Noor Baizura Posted: 10 Oct 2010 07:35 AM PDT Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Pauzi Ilias dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Sabri Awang pada pukul 3.25 petang, Ahad. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih. Majlis pernikahan tersebut berkonsepkan dalam taman yang direka oleh Butik Pengantin Tepak Sirih. Kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning. Pengantin perempuan disolek dan didandan oleh Shegar. Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu iaitu ibu bapa, keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak pengantin termasuk rakan artis. Mereka adalah Emelda Rosmila, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Jehan Miskin dan Khir Rahman. Majlis resepsi pihak lelaki dijangka akan berlangsung pada 25 Disember ini di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks dan Kebudayaan Shah Alam. google: aqasha, aqasha facebook, aqasha twitter, aqasha blog, aqasha myspace, aqasha 2010, aqasha wiki, aqasha biodata, aqasha kahwin, aqasha nikah, gambar nikah aqasha, foto kahwin aqasha, aqasha dan isteri, isteri aqasha, majlis pernikahan aqasha, majlis persandingan aqasha, foto nikah aqasha, gambar kahwin aqasha, aqasha dan bakal isteri, aqasha seksi, aqasha hot, |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |