Adsense

Jumaat, 4 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sam teringin kahwin

Posted: 03 Jan 2013 03:28 PM PST

Pelakon Adnan Sempit cerita soal jodoh sempena kedatangan tahun baru

Apabila berbicara dengan lelaki berbakat ini, tentu saja bab jodoh tidak lupa diperkatakan. Maklum saja, bukan saja bergelar pelakon popular, malah status dirinya yang masih solo pada usia 30 tahun pastinya menarik perhatian peminat.

Begitupun, akui pelakon Songlap ini, jodohnya agak liat walaupun keinginan untuk bergelar suami serta bapa kepada ramai anak kian terasa.

"Tahun ini, memang saya ada rasa nak berkahwin dan seterusnya memiliki anak yang ramai. Biar 12 orang sekali pun saya tak kisah, jika itulah rezeki saya. Lagipun saya memang suka melayan kerenah kanak-kanak.

"Cuma, sehingga kini saya sekadar berkawan saja dengan wanita, serta belum berkenan dengan mana-mana daripada mereka. Mungkin sikap cerewet saya membuatkan jodoh saya lambat.

"Bukan apa, saya inginkan wanita yang tidak suka memaksa, sebaliknya membuatkan saya sentiasa tenang. Kurang provokasi dan memberi ruang untuk saya berfikir dalam membuat keputusan. Saya mahu ibu yang baik dan penyayang untuk anak-anak saya nanti. Semua ciri itu belum saya temui setakat ini," kata Sam.

Simpanan mencukupi

Apabila melihat kawan rapat bermain dengan anak-anak mereka, tegas Sam, perasaan untuk bergelar bapa serta memiliki cahaya mata sendiri kian membuak-buak.
Malah, Sam turut memberitahu, jika diikutkan, simpanannya sudah mencukupi buat memulakan alam rumah tangga. Bagaimanapun, semuanya terserah kepada ketentuan Tuhan.

"Mungkin juga jodoh saya lewat kerana saya menganggap perkahwinan tanggungjawab yang berat dan bukan perkara main-main. Saya percaya, perkahwinan ialah ikatan yang membawa ke hujung nyawa" katanya.

Terbit drama dengan kakak

Pelakon ini turut berharap 2013 bukan saja membawa khabar gembira dalam soal jodoh, malah memberikan sinar harapan kepada kerjaya barunya sebagai penerbit drama.

Bintang filem pecah panggung, Adnan Sempit, ini tidak sekadar ingin lebih serius dalam memilih tawaran, sebaliknya mahu fokus kepada syarikat penerbitannya, Cat & Kids Entertainment, yang diasaskan dua tahun lalu.

"Saya mahu menerbitkan drama pada tahun ini. Selain lakonan, ia juga mungkin menjadi sumber pendapatan saya pada 2013. Lagipun sebelum ini saya kurang menumpukan perhatian kepada syarikat ini dek beberapa halangan, walaupun ia sudah lama ditubuhkan. Tugas menerbitkan drama akan saya pikul bersama kakak, Zizie Ezette.

"Tahun lalu pun saya terlalu banyak cuti dan kurang berlakon filem. Namun begitu, walau bergelar penerbit, saya akan terus berlakon kerana ia minat saya sejak kecil. Tapi saya akan pastikan hasil lakonan saya lebih berkualiti.

"Dulu, saya terima saja tawaran yang datang sehingga terlupa nilai kerja sebagai pelakon. Saya seperti tak jujur ketika berlakon kerana merebut tawaran saja. Ia membuatkan saya tak puas dan tak seronok," katanya kepada HIP.

Zizan keseorangan

Posted: 03 Jan 2013 03:25 PM PST

Kecederaan Johan uji kekuatan Jozan pada minggu kelapan MLM 2

Walau disebut-sebut sebagai pilihan awal untuk membawa pulang wang tunai RM500,000 sebagai juara musim kedua Maharaja Lawak Mega (MLM), kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan kini berhadapan dengan masalah besar.

Berkemungkinan besar, kumpulan lawak popular itu akan meneruskan perjuangan ke pentas akhir MLM secara berseorangan selepas Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen.

Johan yang baru saja selamat menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 29 Disember lalu akibat kecederaan ligamen dan meniscus yang terkoyak dinasihatkan doktor untuk tidak meneruskan pembabitan dalam pertandingan berkenaan buat minggu ini.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, bagaimanapun berkata pihaknya menyerahkan kepada kumpulan itu untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan atau menarik diri daripada program terbabit memandangkan MLM ialah rancangan realiti bersifat pertandingan bakat.

"Ketika saya melawat Johan, keadaannya semakin positif selepas melalui beberapa sesi fisioterapi. Kami juga tidak menghalang sama ada mereka mahu meneruskan pertandingan ini atau menarik diri. Namun, daripada perbualan saya bersama Zizan, Jozan akan tetap bertanding hingga ke pentas akhir walaupun secara berseorangan.

"Begitupun, saya tidak rasa kesihatan Johan membuatkan Zizan putus semangat. Malah saya yakin Johan akan menyusul selepas diberikan rehat secukupnya dalam masa 10 hari ini.

"Cuma doktor menasihatkannya agar dia tidak melakukan kerja lasak, seperti bermain bola. Rasanya tiada masalah untuk artis komedi itu beraksi di pentas MLM dan meneruskan tugas sebagai penyampai radio," katanya yang dihubungi Hip, semalam.

Belum boleh rasa selesa

MLM episod ke-8 yang bakal disiarkan secara langsung dari Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, bermula jam 10 malam ini akan menyaksikan Zizan beraksi berseorangan di bawah nama Jozan.

Meskipun disebut-sebut bakal menjuarai MLM, Zizan tidak sesekali menaruh harapan besar. Namun keajaiban boleh berlaku memandangkan Zizan akan beraksi di hadapan penonton di kampung halamannya sendiri.

"Memanglah jika dilihat kepada undian terkini, kedudukan Jozan antara yang teratas. Tetapi saya tidak pernah berasa selesa, malah lebih sukar untuk mengekalkan kedudukan sebegitu. Apa-apa saja boleh berlaku sekiranya kita khayal dan cuai dengan tanggungjawab kita.

"Perasaan berdebar untuk melakukan persembahan pada minggu ini tetap ada kerana saya berseorangan. Namun saya sudah bersedia dengan idea untuk menghiburkan pengundi yang selama ini sentiasa menyokong Jozan.

"Saya akan tetap meneruskan pertandingan ini dengan apa yang termampu walaupun tanpa Johan. Saya juga memohon maaf terlebih awal kepada pengundi sekiranya gagal memberikan yang terbaik," katanya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zarina Anjoulie Bakal Bebas Hari Ini Dan Bakal Dibuang Dari Industri

Posted: 03 Jan 2013 07:29 PM PST

Zarina Anjoulie bakal bebas dari penjara
Zarina Anjoulie yang sempat meringkuk di dalam penjara Kajang semalam selepas kegagalan ahli keluarganya mengikat jamin di kaunter mahkamah, akhirnya bakal dibebaskan hari ini apabila salah seorang ahli keluarganya bersetuju untuk mengikat jamin Zarina Anjoulie dengan wang jaminan sebanyak RM2,000..

Melalui akhbar Kosmo, seorang jurucakap polis memaklumkan yang Zarina Anjoulie akan dibawa ke Mahkamah hari ini untuk prosess ikat jamin tersebut..

Dalam pada masa yang sama, Zed Zaidi selaku presiden SENIMAN menegaskan mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan demi menjaga imej artis secara keseluruhan.. Secara automatik namanya juga akan disingkirkan daripada senarai Finas sekaligus bakal menamatkan kerjaya beliau dalam industri hiburan ni…

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain… Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli,"

"Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas.

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," katanya kepada akhbar Sinar Harian..