Adsense

Rabu, 25 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Luahan Abby:Mengimbau Kenangan bersama Zul sejak hari pertama perkenalan

Posted: 25 Jan 2012 09:55 PM PST

Setelah berakhirnya perubungan Abby dan Zul,macam-macam gossip yang keluar tentang mereka,ada gossip yang mengatakan Zul masih sayangkan Abby.Kemudian gossip Zul sudah lupakan Abby.

Abby pula mengeluarkan kenyataan masih sygkan Zul tapi kenapa Zul tak mahu berterus terang dnegannya yang masih sayang,kemudian Abby terkilan Zul sudah lupakannya,Kemudian cerita Abby terkena sihir .

Ramai orang mula menyalahkan Zul kerana dikatakan kacang lupakan kulit,manakala Abby pula di katakan perigi mencari timba..huhuhu

Apa yang boleh sensasi katakan bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kalau ada jodoh antara Zul dan Abby ,berpisah walau lama mana akhirnya bersama semula.Kalau takda jodoh walau berkongsi segala-galanya tetap takkan bersama.

Jadi berdoalah pada tuhan,kalau jodoh kita,dekatkanlah mereka dengan kita,dan kalau bukan jodoh,jauhkanlah dari hati.

Sedih sebenarnya bila banyak kenangan bersama kemudian berpisah.Dekatkan diri dengan tuhan Insyaallah dapat mengubati kesedihan dan kekosongan dalam hati. Kalau kita tak dapat mengecapi kebahagian di dunia ,kejarlah kebahagiaan di akhirat.

Jom baca Celoteh Abby tentang perhubungan dan perkenalan mereka

TAAARAAAA...


Assalamualaikum, hye! Tunggu Sy? Hehe.. Tak sabar yer nk baca entri neh? ;P Sy pun tak sabar nk publish sebenarnya, huhu.. Tapi, dr smlm, neh baru selesai....Cerita 'Tentang Awak' Sy. Siapa? Yang tau, taulah.. Yang taktau, bayangkan je mcm baca sinopsis novel! Huhu.. :)


Gambar neh Sy snap sendiri depan mata Awak (Raya 2011)



Tiba2 dr mlm tadi Sy rasa tak syoo.Ook sgt2! Melampau2 tahap tak syoo.oOk Sy... Cane neh? Huhu.. Sebab Sy jd mcm ni ialah bila baca kenyataan2 yg kua dr mulut Awk Sy dulu, yg di keluarkan di media2 massa kebelakangan Ini. Awal hari tu, mcm best je baca. Tgk Galaksi pun rasa mcm... ' ohhh so sweet'. Macam tak percaya jugak yg bercakap tu Awk Sy yg dulu tu... ( Sy ingtkan Awak-Awak yg kt sawah tu ;P) tapi sebab rasa terharu dan teruja, bila media mntk pulak komen Sy, Sy lagi ada hati mcm nk berangan2 lg utk kembali bersama.. Adessss! Abby, dah kenapaaa?? ;P huhu.. Yelah, Sy jawab 'Sy lagii sayanggg dia' tu Sy maksudkan, ikhlass dr hati,... Sy mmg sayangggg sgt2 smpai skrg. Biarlah apa org nk kata, Sy tetap tak segan nk mengaku Sy masih sayangkan Awk Sy tu. :) So what? Sayang tak semestinya nk terhegeh2 lagi kan? Sayang jer sbb 'byk kenangan bersama' huhu.. :)


air feberet kiteorg :)


memory.... :)

Nak tak nak, mahu tak mahu, Sy kena tulis jugak utk redakan keadaan dan bg org lain faham situasi. Biar org2 tertentu tu, segan skit klau ada feeling2 nk jd juri awam! ;P sorry.. Juri2 awam tak diperlukan hokek. Okbaiii! ;P 

TENTANG AWAK....


Sy tempah ketayap neh utk Awk, tp taktahulah berkesempatan nk bagi ke tidak :(

Awak......., Awak sihat? Busy ye skrg? Ok.. Faham..... :) Lama dah kite tak jumpakan?Last  jumpa masa awk tengah sibuk rehearsal 'bersilat ngan belajar bahasa arab'... pastu.. Hilang terus. Sedih tau... Sy pasti awk penah rindu pd Sy, Sy pun berperasaan yg sama, tp makin hilang di telan waktu kan? Sedih lagi, huhu.... Kalau tak, hampir setiap hari.. Paling tidak, selang shari kita jumpa. Cuma kalau gaduh jer, lama sikit berjarak jadi nya kita. Huhu... Sekarang, sekelip mata je keadaan berubah.. Macam 'magic'!! Tingg! Menyampah nk jumpa... Tinggg! Tingg! Taknak layan langsung! Tingggg! Layan light2! Tinggg! Blahhh laaa.. Tak faham2 lg ke? Huhu.. :( Sebab? 'Kuasa CINTA' dah takde rasa! Kan? ( entah.. Sy x pasti sebenarnya sbb awk sukar di duga :) Sejak awk stat shoot pilem neh, mmg lgsg tak berkesempatan nk picit idung awk... ;P kan? Hehe.. ( memain jer.. Huhu) yelaaaa.. Dah jd bintang pilem, mana nk pandang pelakon2 veteran mcm Sy neh, kan? :) takpelaaaa.. Sy buat2 faham je, 'sedar ruang' kata org... Cuma, Sy ralatttt skit la awk.... Awk ngan Sy sgt2 rapatkan? Kita je yg betul2 tahu apa yg berlaku antara kita, kita yg melaluinya, kita yg rasa...... Tp bila bercakap dkat media, dkat mana2 lah sekalipun, kenapa awk smpai hati keluarkan kenyataan2 yg semacam menidakkan kehadiran Sy? Sian Sy awk.... Kecik ati tau! Huhu.. Selama neh, kita share segala kot...


MEMULA DULU....
Dari awal masa mula2 berlakon, Sy inilah yg pertama duduk sebelah awk. Awk 1st time berlakon, 1st day puasa utk tahun 2008 masa tu. Sy ingt lagi, drama ' Apakah Itu Cinta'. Ingt tak? Awk dialog mcm membaca masa tu. huhu.... Pastu Sy tegur, "Adik, takyah hafal sgt dik, amek point jer pastu cakap mcm biasa"... Tak tentu arah Awk masa tu, gegel kan bila Sy tegur? ;P Cakap dua tiga kali pun Awk mcm tu jugak, tak buleh nk ubah sebab dialog tu Awk dah hafal semalaman smpai tak tido Awk kata. Ok.... "Tak bule nk buat apa," Sy kata, takpe, "Adik buat rilek jer, jgn nmpk keras sgt" :P Yelahhh.. konon jumpa makwe lama kan dlm scene tu? Kena lah buat mcm dah biasa sembang kan? hehe.... nostalgia sgt! ;D Habis dialog kene wat2 mesra, Sy dajal hulur air coke pd Awk walaupun tau Awk tak bule minum sebab puasa, terkumat kamit Awk tolak. Hehe.. 'Abby Abadi yg noty' itulah Sy ;D Hehe..berlokasikan Mc DOnald di tepi IKEA masa tu ( sebelum Mc Donald tu di ubahsuai) Semua tu masih segar dlm ingatan Sy. Awk ingt lg tak? Awk?? Ingt ke tidak? ;D itulah 'teguran' pertama utk Awk, dgn niat berkongsi ilmu, supaya Awk pandaiiii..... ;D


Kenangan RAYA 2011 :)

Masa shooting drama tu kita tak mesra manapun, tp dlm reramai, Sy paling 'mesra rakyat' pd Awk kan? Ingat tak yg neh jugak? Hadek kakak, hadek kakak kita masa tu. Scene yg paling xleh blahpun Sy ingt. Masa Awk dtg rumah panggil nama Sy.. "Mona! Monaaa! Assalamualaikum! Mona! Mona! ;P ( kelakarrrr gile intonation Awk masa neh! Hehe.. Sampai la last day shooting kt Damansara. Scene nyanyi2 lagu Aizat masa tu 'Hanya engkau yg mampu' ( gegel rasa tangan bila Awk pegang utk ending scene mlm tu.. Wahh! Walaupun tgh dlm scene kan? Yelaaa,.. Masa tu tgh kurang kasih sayang, jd senanglah ter.... 'tetttt'.. Hikhikhik..(Gurau! Jgn jadikan point k pd yg ri salah tu ;P) Abes shoot drama tu, langsung tak jumpa, berhubung jauh sekali. Masing2 buat hal sendiri,... Sampai lah malam raya 2008 tu, Sy dpt sms raya dr Awk smpai 3x. Masa tu rasa mcm kelakar, tertanya2 jugak.. So Sypun reply, kenapa hantar smpai 3x neh dik, nk duit raya ke? Hehe.. Pastu dia cal, kt situlah bermula nya sembang kengkawan antara kami. ( Kawan je masa tu ek sbb kes Sy x selesai lagi..). Huhu...


Last msg dr Awak, yg kata Sayang.. pastu huhu.....


MESRAAA...

Di pendekkan cerita, selepas bercerai Sy dan Awk berkawan baik dan makin 'mesraaaa' tanpa dirancang, huhu.. Kebetulan Awkpun sedang mencari arah dlm industri seni, jadi di situ Sy sentiasa bersama utk Awk. Dari tak buleh berdialog smpai bule buat dialog sendiri, dari takleh nanges, smpai nanges mcm org mati bini..:p Jeling camera, curi camera, sedar ruang, conty, semualah, Sy bgtau.. Dan Sy sedar dulu, sebelum org lain sedar yg Awk ni mmg berbakat. Cepat tangkap! Bagitau apa cepat je faham, pastu dah pandai, Awk pulak ngajar Sy ;D Cayalahhh! Dasat tu! Teruja Sy... Hehe.. Cepat je masa berlalu kan? Mcm jelesss je ngan kita, huhu lagi... Skrg, Awk.... Maner? :(


REALITI....



:D

 Itu cerita dlm bidang lakonan, cerita dunia realiti lebih zassss dan sendu! Huhu.. Awk mmg tidak buleh menidakkan kehadiran Sy. Mana yg tiada, diadakan.. Yg tak cukup, di cukupkan. Yang nk pinjam, di pinjamkan. Berjanji setia bagai, walaupun Sy tau itu bukan jaminan. Tapi laaa neh, sebulan dua je awk berubah jd ' monster'.. Nape? Huhu.. Kenapa nk buat Sy mcm musuh? Salah Sy ke keadaan kita jd mcm gini? Siapa yg menganiaya siapa sekarang neh? Hukhukhuk.. Janganlah........ Janganlah buat org luar, org keliling pandang sebelah mata pd Sy. Sangka bukan2. Janganlahhh!! Sy simpan rapi semua permasalahan kita. Sy komen yg baik2 je utk awk, Awkpun patutnya buatlah benda yg sama! Huhu.. Sy tahu Awak mmg handsome! Mmg hot! Mmg sgt2 sempurna. Mmg buleh pergi jauh...... Tanpa Sy! Tapi janganlah abaikan ' batas permulaan nya' sedih tau! Bukan Sy yg nk jd mcm neh... Sehabis baik dah Sy jaga hubungan neh, tp bila ada je yg tak kena, makin lama makin jelas... Utk apa kita bersama lagi kan? Sy dah terima kenyataan awk yg kita dah tiada apa2 hubungan lagi. Yerrrr! Sy redha. Ini bahagian Sy. Yang terbaik utk awk, terbaik jugaklah utk Sy. Awk teruskan dgn jalan awk, Sy terus ikut jalan Sy. Ok Awk.... Tak baik tau, buat musuh dgn org yg pernah menatang Awk bagai minyak yg penuh. Nanti pape jd, menyesalpun tak guna. Sooo.. Selagi ada kesempatan, kita selesaikanlah cara baik, cara paling muafakat. Sy pun segan sbnrnya nk msg2 Awk, tweet2 Awk.. Itupun sbb sms/ cal tak respon, huhu..... SORRY klau Sy menganggu..... Sy nk kawan, bukan lawan..... :)


KENANGAN TERINDAH.... :")

Ikutkan, kalau nk bercerita ttg Awk Sy neh, smpai lebammm tak abess! gambar pun berlambak2.... Tapi oklah neh kan? Nanti org mengata pulak! huhu...... Apapun, Sy nk semua org tahu, Awk punya 'hati' yg baik..baik sgt2! Awk sgt2 comel! Sgt2 manjer, mengaderrr, byk cekadak! hehe.... cuma keadaan, masa, status, org keliling yg membuatkan kita tak mungkin bersama. Jangan ada Dendam, Jangan ada Benci... Ok? Sy nk Awk tahu, Sy bukan nakkan perhatian.. simpati jauh sekali! Sy menulis dgn niat. Pertama, utk jelaskan keadaan. Keduanya, biar jd 'kenangan terindah' dlm blog Sy neh. Ajal dtg tak mengira usia kan? Andaikatalah Sy pergi dulu sebelum Awk, buleh la Awk selalu baca celoteh2 Sy neh utk buat Awk terus ingat pd Sy. Lupa jer baca, baca jer lupa.. Hehe.. ( sayu sebenarnya dlm hati neh...:,) huhu.. Masih berkesempatan utk Sy mohon maaf pd Awkkan? Bulehkan Maafkan Sy dr hujung rambut sampai hujung kaki? Maaf sgt2 sbb tak sempurna utk jd pasangan Awk smpai renyuk2,... hukhukhuk.....


Ikhlas dr hati,
Abby Abadi
21-22 January 2012
Mahligai ABADI


Demi Moore dikejarkan ke hospital kerana penyalahgunaan dadah

Posted: 25 Jan 2012 09:27 PM PST



Kesian Demi Moore,nampaknya Perceraian dengan bekas suami mudanya Ashton Kutcher memberi tekanan hebat sehingga Demi menjadi kurus dan terbaru dikejarkan ke hospital setelah menelefon 911 kerana penyalahgunaan dadah menyebabkan Demi Moore menjadi tidak terurus dan kepenatan.

Demi dah Ashton bercerai pada November lepas setelah Ashton didapati curang pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6.

Demi ternyata masih sayangkan Ashton walaupun menuntut perceraian dengan Ashton,kerana nama Twitter Demi masih kekal sabagai Mrs Kutcher.

Demi berusaha untuk memulihkan diri dan semangat yang telah patah setelah berpisah dengan bekas suaminya.

Dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan,Demi akan mencari bantuan psikologi untuk memulihkan diri

Noh Hujan dan Mizz Nina jadi Cover Majalah W&W

Posted: 25 Jan 2012 08:11 PM PST

Pasangan suami Isteri Noh Hujan dan Mizz Nina menjadi penyeri bagi cover majalah W&W.

Noh Hujan kelihatan bermisai nipis dan berjambang sedikit.Bila berpenampilan begini mungkin Noh kelihatan lebih matang dan berumur kerana Mizz Nina 4 tahun lebih tua dari Noh jadi bila berpenampilan begini, Noh kelihatan lebih dewasa berbanding dulu.

Apapun pasangan ini memang sama cantik dan padan.Mizz Nina kelihatan makin berseri .
Usia perkahwinan mereka kini mencecah 6 bulan,tapi belum ada khabar mereka utk menimang anak lagi.Masing-masing sibuk dengan kerjaya yang sedang meningkat naik .


Rumah tangga berantakan , Rabecca Nur Islam dan suami jelaskan isu dera anak tiri

Posted: 25 Jan 2012 08:03 PM PST


Kecoh seketika apabila media dan rakan srtis membawakan perkhabaran kononnya rumah tangga pelakon Rabecca Nur Al Islam bergegar dilanda badai. Puncanya apabila si suami mula mengesyaki isteri tercinta tidaklah sebaik yang disangka.Hati mana yang tidak kecewa apabila isteri yang diamanahkan menjaga anak tiri rupa-rupanya tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Akhirnya cerita pelakon filem Keramat yang suka mendera fizikal dan emosi anak tirinya sampai ke pengetahuan si suami.

Akibatnya mahligai yang dibina setahun lalu itu bergoncang juga walaupun sebelum ini Rabecca menafikan sekeras-kerasnya dia ibu tiri yang jahat.

Bagaimanapun, sewaktu menghadiri majlis ulang tahun pelakon Datin Paduka Umie Aida tempoh hari, lain pula situasi yang disaksikan.

Kehadiran Rabecca yang lebih akrab disapa Becca bersama suami, Nor Azam Sulaiman, ditambah kemesraan yang ditonjolkan mereka sepanjang acara berlangsung seolah-olah menepis dakwaan mereka kini sedang berantakan. Malah, ketika diajukan soalan itu kepada pasangan ini, Rabecca dan suami menegaskan, tiada apa yang berlaku dan kebahagiaan masih menjadi milik mereka.

Betulkah khabarnya rumah tangga Becca sedang bergoncang ketika ini?

Rabecca:
Dari mana anda semua mendengar cerita ini? Terus terang, ini kali pertama saya mendengarnya. Buat apa saya nak jawab jika perkara itu memang tidak berlaku. Kalau betul rumah tangga saya berantakan, takkanlah saya dan suami boleh berada di majlis ini? Lagipun, beberapa hari lalu kami baru saja meraikan ulang tahun pertama perkahwinan kami di Jakarta. Selepas ini kami akan bercuti ke Singapura dan insya-Allah selepas itu akan ke London pula. Jadi macam mana boleh timbul isu kononnya kami bergaduh?

Berdasarkan cerita yang tersebar, rumah tangga Becca bergegar kerana suami dapat tahu Becca memang mendera anak tiri. Boleh Becca jelaskan?


Rabecca:
Saya tak faham mengapa cerita seperti itu masih diungkit lagi sedangkan sudah berkali-kali saya buat penjelasan. Baru-baru ini, sewaktu majlis pratonton filem Keramat, anak saya sendiri sudah mengeluarkan kenyataan, perkara itu tidak pernah terjadi, malah saya menjaga mereka dengan baik. Apa yang boleh saya katakan, dalam dunia ini, tak semua orang suka kita dan tak semua orang benci kita. Jadi lebih baik saya tak payah layan dan kepada orang yang menyebarkan fitnah itu, saya maafkan kesalahan mereka.

Maksudnya, ini semua berlaku kerana ada pihak yang dengki dengan kebahagiaan anda berdua?

Rabecca:
Mungkin... Sebab dari dulu lagi ada saja cerita yang tidak baik mengenai diri saya disebarkan. Saya sendiri tidak faham mengapa saya terus menjadi sasaran, sedangkan saya tidak pernah kacau kehidupan sesiapa. Mengenangkan inilah rempah ratus dan cabaran terpaksa saya lalui apabila bergelar pelakon, jadi saya terima saja.

Sebagai suami, apakah Azam pernah berasa sangsi dengan isteri sendiri?

Nor Azam:
Saya sudah lama mengenali isteri saya sebelum kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Saya tahu dia bukanlah seperti yang orang ramai sangkakan. Dia seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Sebab itulah saya tak pernah meraguinya. Cuma ada satu perkara yang saya sangsi mengenai Becca, iaitu apakah benar dia pandai masak seperti yang dikatakannya? Maklum sajalah, dia seorang artis dan apakah dia ada masa untuk ke dapur? Namun selepas berkahwin, ternyata Becca memang pandai masak dan sebagai seorang yang suka makan. Saya akui masakan Becca memang sedap.

Mungkin gosip seperti ini timbul disebabkan status Becca sebagai artis? Apakah Azam akan meminta Becca bersara jika gosip seperti ini tidak terkawal?

Nor Azam:
Sebelum berkahwin, saya memang tahu dia seorang pelakon dan berlakon juga sudah menjadi darah dagingnya. Saya tiada masalah dalam hal itu, asalkan dia tahu batas sebagai seorang isteri, itu sudah memadai. Gosip perkara biasa dalam kehidupan artis dan saya amat memahaminya.

Temubual bersama Farid Kamil tentang perkahwinan dengan Diana Danielle

Posted: 25 Jan 2012 07:53 PM PST

Pasangan yang sama cantik dan sama padan siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dan Diana Danielle yang sangat cantik.

Ada ketika Diana mengaku bersedia untuk berkahwin bahkan pernah memincangkan soal kahwin dengan Farid namun belum memutuskan tarikh kerana masing-masing masih muda takut nama tenggelam pula lepas kahwin.

Jadi Persoalan ditujukan kepada Farid pula.Tentang perkembangan Farid dan perancangan kahwin mereka.


Apa perkembangan terbaharu Farid?

FARID: Untuk awal tahun 2012 ini, saya banyak terikat dengan dunia lakonan. Insya-Allah selepas bulan Jun nanti, barulah saya akan duduk di kerusi pengarah untuk filem Gerilla. Ia adalah gabungan dua pengarah iaitu saya dan Ismail Bob Hashim. Saya akan bertindak sebagai pengarah aksi untuk filem itu dan kini sedang menunggu keputusan untuk mendapat 100 peratus kerjasama daripada Angkatan Tentera Malaysia.

Adakah ini gabungan pengarahan pertama yang dibuat Farid dan mengapa terima tawaran ini?

Ini merupakan salah satu projek mega Metrowealth di mana kebetulan pula saya baru sahaja tamat pengajian di Australia Stunt Academy selama sebulan. Dan saya rasa ini adalah permulaan baik untuk saya bekerjasama dan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari semasa di sana sebagai pengarah aksi untuk filem mega ini. Saya juga anggap ia sebagai kos intensif untuk mempelajari segala macam jenis lagak ngeri secara teori dan praktikal.

Mengapa belajar lagak ngeri?

Tujuan saya ke sana bukanlah untuk menjadi pelagak ngeri. Tapi kerana saya minat genre aksi, jadi saya rasa ia lebih bersesuaian dengan pengarahan genre yang saya lakukan dan juga saya merupakan pelakon aksi dan sedikit sebanyak benda ini boleh membantu saya dari segi lakonan aksi, tapi bukan sebagai pelagak ngeri.

Perancangan masa hadapan terutama tentang isu kahwin yang tiba-tiba timbul. Betul ke anda berdua sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini?

Secara jujur, memang belum lagi ada perancangan ke arah itu (berkahwin). Saya pun tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul. Tapi yang pasti memang setakat ini tiada perancangan apa-apa yang berkaitan perkahwinan. Mungkin disebabkan populariti Lisa Surihani dan Yusry KRU, jadi secara tidak langsung ia terpalit kepada kami dan kemudian disensasikan pula.

Namun, Diana kata dia sudah bersedia?

Saya lagi bersedia (ketawa). Tidak, saya belum sampai seru lagi. Jika hati ini belum ditiup dan menjadi kukuh untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan atau melangkah ke fasa baharu itu, saya rasa memang belum lagi sampai seru.

Mungkin ada sasaran bila mahu tamatkan zaman solo?

Saya tidak berani cakap kerana memang saya tiada target untuk perkara ini. Nanti bila saya bercakap sedikit perkara ini akan berlarutan. Jadi, memang saya tunggu seru sahaja.

Gambar-gambar Isabella, Serina tak kisah lahirkan sepuluh orang anak kerana suami penyayang

Posted: 25 Jan 2012 07:41 PM PST

Suami yang penyayang ,menjaga hati dan romantik adalah idaman setiap isteri,begitu juga sebaliknya.

Serina kelihatan bahagia disampaing suami dan anak-anak tersayang.





"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Dalam masa tiga hari saya berada di sini terasa sekejap saja, apatah lagi Isabella dilahirkan secara normal.Semua pihak nampaknya gembira dan bersyukur atas kelahiran ini," katanya.

Datuk kepada Isabella iaitu Datuk Chef Wan Ismail yang kini berada di luar negara kerana sedang bercuti khabarnya gembira walaupun sedikit ralat kerana tidak dapat bersama dengan anak perempuan tunggalnya itu menyambut kelahiran warga baru dalam keluarga mereka.

"Untung saya mempunyai suami yang memahami dan sentiasa berada di sisi di saat saya memerlukannya. Setiap masa dia ada bersama saya. Daripada sebelum saya melahirkan sehinggalah selesai saya keluar daripada bilik bersalin.

"Apabila selesai saja semua, dia memeluk dan mengucup dahi saya.Lantas mengucapkan terima kasih kerana melahirkan anak untuknya.

"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya perasaan saya kerana mempunyai suami yang menyayangi dan menghargai susah payah seorang isteri mengandung dan melahirkan anak untuknya.

"Kalau macam ini, saya tak kisah nak sepuluh anakpun tiada masalah," bicara Serina sambil berseloroh mengenangkan suaminya Gavin yang begitu menyayanginya.

Tambahnya lagi, dalam masa berpantang ini dia akan cuba sehabisnya untuk menjaga badan kerana tidak sabar untuk membuat penampilan semula.

"Dalam masa 44 hari ini, saya akan bersiap-siap untuk menjalani proses berpantang. Mungkin ramai yang tidak tahu saya juga telah dilantik sebagai duta set bersalin Tanamera.

"Dengan danya set bersalin ini, nampaknya akan lebih memudahkan proses berpantang kerana ianya memberikan rawatan sepenuhnya sebelum dan selepas bersalin," katanya.

Menurut Serina lagi, set bersalin Tanamera berkenaan sesuai untuk semua bakal ibu kerana ia menggunakan teknologi dan pendekatan yang lebih praktikal dalam masa yang sama masih mengekalkan amalan tradisional orang lama seperti herba dan produk semulajadi.

"Walaupun saya bersuamikan mat saleh, namun saya memilih untuk menjalani rawatan selepas bersalin secara tradisional. Contohnya memanggil tukang urut, mendapatkan makanan yang berkhasiat dan saya beruntung kerana ibu adalah individu yang akan membantu saya menjalani proses ini.

"Gavin juga tidak pernah menghalang saya daripada mendapatkan rawatan secara tradisional.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK

Posted: 25 Jan 2012 08:00 PM PST

Mahukah anda menghadiri Majlis Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK bersama Pierre Andre & Nurul Ekasari? Kalau anda boleh hadir, nah! Ini antara peluang anda untuk menjadi penonton pertama menyaksikan filem romantik terbaru yang pasti meruntun perasaan ini.

Filem CHANTEK arahan Pierre Andre ini membariskan pelakon seperti Pierre Andre yang membawa watak sebagai AD, Nurul Ekasari sebagai Chantek, Maimon Mutalib sebagai Ibu Citra, Kin Wah sebagai Sam dan Abon memegang watak sebagai seorang penerbit.

Ia mengisahkan AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri.

Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

"Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…"

Poster Chantek

Sensasi Selebriti – Budiey.com ingin memberikan 10 pasang pass PERCUMA (20 tiket) untuk pembaca budiey.com yang boleh menghadirkan diri di Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK yang akan diadakan pada:

Hari & Tarikh:
Hari Selasa | 31 Januari 2012

Masa:
2 petang

Tempat:
Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara

BAGAIMANA CARANYA?

1. Jawab soalan ini:

Sebutkan judul lagu yang dimainkan dalam trailer filem Chantek.

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan di:

1. E-mail

2. Ruangan komen di bawah trailer Chantek di Youtube:

Klik: http://www.youtube.com/watch?v=1UfzI8a4flM & tinggalkan slogan ini:

Saya ingin hadir di Majlis Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK kerana… Kata laluan: www.budiey.com (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi di emel anda:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

29 Februari 2012

Tajuk Email: Saya Mahu Ke Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK – Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Keputusan juri adalah muktamad.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa tonton filem yang penuh emosi, cinta dan konflik ini di pawgam mulai 16 Februari 2012.

Jom tonton trailer filem CHANTEK

Fan page Chantek : www.facebook.com/FilemChantek
Chantek Official Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=1UfzI8a4flM

Gambar-Gambar Di Sebalik Tabir

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Filem Chantek
  • Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Budiey Belanja Tengok Wayang & Sambut Tahun Baru 2009
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Peraduan Jom Menonton Filem Valkyrie
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Ntv7 Bakal Siar The Descendant

    Posted: 25 Jan 2012 07:24 PM PST

    The Descendant merupakan sebuah siri epik lakonan mantap teraju utamanya – Yeo Yann Yan (Pelakon Wanita Terbaik, Golden Awards) dan Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular, Golden Awards). Turut menjayakan drama ini adalah pelakon hebat – Steve Yap, Frederick Lee, dan Leslie Chai.

    Berlainan daripada drama keluarga yang mengalami konflik kekeluargaan, The Descendant disuntik dengan elemen baru dan berbeza. Berlatarkan tahun 1920-an hingga 1960-an, siri ini mengisahkan tiga generasi pembuat colok. Berkisar mengenai industri pembuat colok, drama menarik ini akan mengetengahkan elemen kepercayaan karut, takdir, unsur feng-shui mahupun diskriminasi jantina yang sering dikaitkan dengan masyarakat Cina.

    Judulnya dalam bahasa Cina yang disebut sebagai "Xiang Huo" membawa erti "nyalaan colok" turut memberi konotasi kepada erti "keturunan" atau "pewaris" yang secara langsung menggambarkan drama ini dan kaitannya dengan pemikiran konservatif masyarakat Cina dalam soal darah keturunan dan warisan. The Descendant akan bersiaran di Saluran Ceria Anda bermula 7 Februari 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

    The Descendant Poster.jpg
    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Drama Siri Antarabangsa di ntv7 Tahun 2012
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Gambar Penyampai di Media Nite Radio Hot FM & Fly FM
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • Ujibakat Pencarian Cinta di ntv7
  • Winner The Perfect Gentleman ntv7
  • NTV7 Bakal Siar Anugerah Primetime Emmy 2010
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Full content generated by Get Full RSS.

    borak kosong

    borak kosong


    Lihat Apa yang akan Otakmu Lakukan Setelah Melihat Foto Ini

    Posted: 25 Jan 2012 09:00 PM PST

    Walaupun selalu bersamamu selama 365 hari per-tahun, 7 hari per-minggu, dan 24 jam per-hari. Terkadang ada hal-hal dimana otak-mu dapat melihat sesuatu yang sebenarnya tak kamu lihat. Cuba buktikan dengan foto ini.



    Sekarang fokuskan matamu kepada 3 titik berwarna yang ada di hidung wanita ini selama 30 saat. Setelah itu segera alihkan pandangan matamu ke permukaan putih seperti dinding, kertas putih, atau layar baru browser yang berwarna putih. Lalu kedipkan matamu dengan cepat dan terus menerus untuk melihat apa yang terjadi.
    Whoaaaaaa! Otak-mu baru saja memproses sebuah gambar negatif!
    Mahu lihat gambarnya secara digital? Buka di Photoshop dan tekan Ctrl + i

    sumber: Petapixel via Gizmodo

    Sedih...Tak Percaya Sudah Meninggal, Masih Diberi Susu

    Posted: 25 Jan 2012 08:30 PM PST


    Kecelakaan maut yang terjadi di daerah Tugu Tani menyisakan duka yang mendalam bagi para keluarga mangsa dan seluruh warga Indonesia juga bersimpati dengan kejadian yang memilukan ini.






     Ketika melihat video amatur yang beredar di internet, ada salah salah satu peristiwa yang membuat hati penonton sangat tersentuh. Dalam salah satu cuplikan video tersebut terlihat seorang ayah membawa anaknya yang bernama Yusuf (2,5 tahun) telah terbujur kaku dalam gendongannya, ayah Yusuf berusaha memberikan botol berisi air susu kepadanya.


     Saya tidak habis fikir melihat cuplikan video tersebut, "Lha orang adeknya udah meninggal kok masih mau dikasih minum susu?".


     Ayah Yusuf seakan tidak percaya bahwa putranya yang baru berusia 2,5 tahun ini telah meninggal.


     Dari beberapa informasi, saat tertabrak, Yusuf bahkan berada dalam pelukan dan gendongan orang tuanya yang akhirnya terpelanting kemudian mengalami gegar otak berat.


     Mengenai pelaku, Afriani Susanti, pengemudi yang menggunakan dadah dan telah menewaskan 9 orang tersebut seolah tidak menyesal atas perbuatan berbahaya yang dilakukannya sehingga menewaskan pengguna jalan lainnya.




     Apriani Susanti ( Pelaku Pelanggaran )


     Terlihat dari ekspresi wajahnya, Afriani Susanti seolah acuh dan tak peduli meski telah menghabisi nyawa 9 orang. Bagai pembunuh berdarah dingin, sikapnya pun sampai saat ini tetap tertutup dan dingin.


     Para keluarga mangsa menuntut agar Apriani Susanti untuk segera dihukum yang seberat - beratnya sesuai dengan tindakan yang telah dilakukannya. Apriani Susanti melanggar rombongan pejalan kaki yang ada di tepi jalan (trotoar) dengan menggunakan kereta xenia, dia bahkan sama sekali tidak menginjak pedal brek kerana saat itu Apriani Susanti masih kabur dalam pengaruh sabu - sabu dan ekstasi, hasilnya, belasan orang terlempar bagai permainan bowling dilanggar bolanya.


     Keluarga mangsa mengancam, jika Apriani Susanti hanya dihukum ringan, mereka akan berdemo. Menurut mereka, minimal hukuman penjara seumur hidup untuk Apriani Susanti.
    sumber

    Mengejutkan: Buku Sex dengan Halaman Kosong laris dijual

    Posted: 25 Jan 2012 08:00 PM PST


    Profesors Sheridan Simove telah menghasilkan sebuah buku dengan 200 halaman berjudul "What Every Man Thinks About Apart From Sex" atau "Apa Yang Difikirkan Lelaki Selain Dari Sex". Yang menarik dari buku tersebut adalah bahwa semua halamannya kosong.


     Buku tersebut terjual laris secara online di Amazon menyusul promosi yang heboh di antara para mahasiswa di seluruh Inggris.


     Buku seharga £ 4,69 itu, dimaksudkan sebagai hadiah, dan digunakan oleh mahasiswa sebagai sebuah buku catatan.


     Mahasiswa Nottingham Jess Lloyd berkata: "Aku membeli buku itu untuk teman saya sebagai lawak dan ia mulai menggunakannya sebagai sebuah buku catatan untuk kuliah. Sekarang semua orang tampaknya memiliki buku itu. Buku itu sudah menjadi sebuah kegemaran di kampus."


     Pengarang Sheridan Simove yang merupakan lulusan Oxford University mengatakan: "Buku ini merupakan hasil dari 39 tahun penelitian yang melelahkan dan studi praktis dalam subjek. Saya meninggalkan apapun untuk penelitian itu dan benar-benar mencurahkan diri saya ke penelitian itu.


     Setelah bertahun-tahun kerja keras saya akhirnya menyedari bahawa laki-laki tidak memikirkan apa-apa selain dari seks. Itu adalah kesimpulan yang mengejutkan dan saya menyedari bahawa dunia harus diberitahu tentang temuan saya.


     Saya tidak pernah berfikir sedikitpun bahawa karya saya akan diterima oleh ribuan mahasiswa di Inggris. Hal ini sangat menyenangkan untuk melihat buku saya mengalahkan banyak karya akademik lainnya yang penulisnya mengatakan telah bekerja lebih keras daripada saya." katanya


     Sumber: http://madpost.info

    ELIXIR OF LIFE, Pil Panjang Umur Dari Australia

    Posted: 25 Jan 2012 07:45 PM PST


     Sebuah pil ajaib yang dapat memperlambat proses penuaan akan segera dijual di pasaran dalam lima tahun mendatang. Pil ajaib ini mampu memperpanjang harapan hidup orang hingga mencapai usia 150 tahun ke atas.


    Prof Peter Smith dari Universitas New South Wales di Australia mengatakan ubat yang disebutnya elixir of life itu, tak hanya akan membantu hidup orang lebih lama, tapi juga sihat.


    "Tujuannya bukan hanya untuk memperpanjang usianya dengan upaya yang sulit, tapi untuk memfasilitasi hidupnya agar usianya lebih panjang dan sehat," jelasnya.


    Prof Peter menambahkan, ubat temuannya itu akan membantu regenerasi sel dan regenerasi proses dalam tubuhnya. "Jadi kita mengharapkan orang-orang yang memakan ubat ini nantinya akan hidup dengan baik dan lebih lama," katanya lagi.


    Sementara itu Prof David Sinclair, seorang ahli anti-aging dari Harvard University, mengatakan jaringan gen bertanggung jawab untuk laju penuaan. "Tubuh kita memiliki kemampuan luar biasa untuk memperbaiki diri," imbuhnya.


    Penelitian yang dilakukan Prof Sinclair menunjukkan, bahawa resveratrol, senyawa tanaman yang ditemukan dalam anggur merah, dapat memperpanjang umur ragi, cacing, lalat buah dan tikus lemak, dengan mengaktifkan protein yang disebut sirtuins.


    "Kami melihat awal dari teknologi yang di makan sehari memungkinkan manusia boleh hidup hingga usia 150 tahun." tutupnya.

    Benda yang tak dijual di pasaraya di Malaysia

    Posted: 25 Jan 2012 07:30 PM PST









    Isteri hampeh habiskan duit yang diberi suami untuk bayar gigolo

    Posted: 25 Jan 2012 07:00 PM PST


    Bayangkan, hati suami mana yang tidak luka seperti di robek-robek bila menemukan isterinya sedang bermesraan dengan lelaki lain di sebuah bilik yang sengaja disewa untuk melampiaskan nafsu birahinya. Itulah yang dialami BO (48), ia menangkap isterinya RE (39) sedang tidur bersama selingkuhannya HC. Kemudian BO pun langsung melaporkaan apa yang dilihatnya ke Polis Jakarta Selatan.

    Alangkah semakin bergejolaknya amarah sang suami, ketika bersama anggota Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Polis Jakarta Selatan, BO mendatangi bilik sewa di jalan Pedurenan,Pancoran pagi tadi. Di dalam bilik itu, BO mendapati sang isteri bersama selingkuhannya.

    "Lelaki itu pakai seluar pendek, singlet. Sedangkan isteri saya telanjang bulat," kata BO di balai polis Jakarta Selatan. Sebenarnya sudah sejak tiga bulan lalu BO merasa curiga dengan tingkah laku isterinya. RE kerap kali pulang malam dalam keadaan mabuk. "Bila ditanya, ia tidak boleh menjawab, malah jadi bertengkar," ujar BO. Kecurigaan semakin kuat ketika pembantu dan pemandu BO, mengatakan pernah melihat RE bermesraan dengan HC.

    "Pembantu saya pernah lihat mereka ciuman. Pemandu saya pernah disuruh hantar kasut ke rumah pemuda itu," ungkap BO. Semenjak isterinya berhubungan dengan HC yang diketahui sebagai gigolo kelas atas, wang bulanan yang diberikan suaminya selalu habis. Bahkan isterinya sering tak pulang ke rumah. "Wang bulanan Rp 50 juta habis. Sepertinya kasih gigolo itu," ucapnya.

    Kini pintu maaf bagi sang istEri sudah tertutup, meskipun sudah dikurniakan tiga anak, BO tetap akan memenjarakan RE bersama selingkuhannya tersebut. Bahkan dalam waktu dekat ini BO merancang menceraikan istrinya. "Saya ingin ceraikan dia, biar proses hukum tetap berjalan," ujarnya.

    Pantauan wartawan, hingga malam tadi, polis masih berada di rumah sewa yang dijadikan tempat RE dan HC bercumbu layaknya suami isteri untuk kepentingan penyiasatan. Juru cakap polis AKP Fitri mengakui kejadian tersebut. BO melaporkan RE dan HC dengan pasal 284 KUHP tentang Penzinaan. "Saat ini kita masih lakukan penyiasatan," katanya singkat. (ruanghati.com)

    Lelaki curi lebih 11,000 pasang pakaian dalam wanita

    Posted: 25 Jan 2012 06:45 PM PST


    BANGKOK: Polis Thailand semalam berkata mereka menahan seorang pencuri dengan lebih 1,000 pasang pakaian dalam wanita di but keretanya.
    Polis turut menemui lebih 10,000 pasang barangan sama di kediaman suspek berusia 48 tahun itu yang ditahan bersama seorang rakannya selepas memecah masuk sebuah bangunan di kawasan Chinatown di bandar raya ini.

    Polis berkata, lelaki itu mengakui mencuri dan mengumpul pakaian dalam wanita sejak dia berusia 18 tahun.


    "Dia mencium semua pakaian dalam itu sepanjang masa, malah juga ketika memandu," kata Mejar Jeneral Saroj Promcharoen. - AFP


    sumber : myMetro

    Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang peluk Islam

    Posted: 25 Jan 2012 06:30 PM PST


    LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.
    Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia "diresapi semangat" itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

    Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia "gila" mendengarnya.


    "Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah," katanya.

    Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.


    "Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam," katanya.



    Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.

    Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.


    "Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? "Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis," katanya. - TS


    sumber : myMetro

    Tembak kereta sendiri kerana enjin tak boleh hidup

    Posted: 25 Jan 2012 06:15 PM PST


    INILAH.COM, Kingman – Begitu emosinya lelaki ini kerana enjin keretanya tak mahu hidup, ia menembak keretanya.

    Si lelaki itu, seperti diberitakan Straits Times, menembak keretanya dan menolak keluar dari rumah setelah membuat beberapa orang tidak senang dengan tindakannya.

    Suratkhabar Kingman Daily Miner melaporkan, lelaki bernama Lauriano Lawrence Lovato hendak keluar dengan Camaro-nya pada 13 April lalu.

    Kereta itu mogok dan tak mahu hidup. Lovato yang emosi, keluar kereta dan berdiri di depannya. Kemudian ia menembak dua kali ke kereta itu, memecahkan kaca depan dan menembus dasboard.

    Tetangga yang ketakutan menelefon polis dan setelah sembunyi di dalam rumah selama beberapa lama, akhirnya ia menyerah dan diseret ke penjara.

    Lovato mengaku bersalah kerana menembakkan senjatanya tanpa izin di dalam kota. Ia dihukum masa percubaan tiga tahun dan 90 hari kurungan.

    2 tahun kena belasah dengan teman wanita

    Posted: 25 Jan 2012 06:00 PM PST


    LONDON: Seorang ahli perniagaan yang dibelasah teruk oleh teman wanitanya dan hampir kehilangan tangan akan menjalani pembedahan kosmetik bagi menghilangkan kesan penderaan itu.
    Ian McNicholl, 49, dari Hull, menderita selama dua tahun akibat didera Michelle Williamson, termasuk satu daripadanya disembur dengan cecair peluntur pada mata.

    McNicholl juga menderita retak tengkorak, rahang, hidung dan tiga rusuknya patah, selain kesan melecur pada tangan akibat ditekap dengan seterika panas oleh teman wanitanya yang hanya mempunyai ketinggian 1.5 meter.


    Tidak cukup dengan itu, McNicholl juga diseksa dengan puntung rokok pada hidungnya kerana disyaki bercinta dengan wanita lain.

    Michelle kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan ke atas McNicholl.


    Dalam satu kejadian, Michelle, 34, mencurah dua cerek air mendidih ke atas McNicholl dan pernah menyerang teman lelakinya itu dengan pencuci hampa gas.




    Bersedia menjalani pembedahan kosmetik, McNicholl berkata dia mula disyaki berlaku curang di antara sambutan Krismas dan tahun baru pada 2006.

    "Ketika itu Michelle mencederakan saya kali pertama dengan menumbuk muka sehingga menyebabkan mata saya lebam," katanya.


    Menurut McNicholl, Michelle kemudian meminta maaf dan berjanji insiden itu tidak berulang lagi.

    Percaya dengan janji itu, McNicholl membenarkan Michelle berpindah ke rumahnya di Grimsby.


    Bagaimanapun, beberapa minggu kemudian Michelle sekali lagi menyerangnya dengan pencuci hampa gas.


    Kata McNicholl, Michelle mula merungut dan mengungkit hubungannya dengan pasangan sebelum ini.


    Pengalaman paling perit dialami McNicholl berlaku apabila Michelle mencurahkan secerek air mendidih ke ribaannya.


    "Ketika saya menjerit kesakitan, Michelle mengisi semula cerek berkenaan, memanaskan air dan mencurahnya untuk kali kedua," katanya.


    McNicholl berkata, Michelle juga suka menunjuk-nunjuk kesan kecederaan dialami kepada rakannya.


    Ditanya mengapa dia tidak cuba melarikan diri, McNicholl berkata, dia takut kerana Michelle pernah mendakwa keluarganya terbabit dalam kegiatan jenayah dan tidak teragak-agak membunuhnya.


    Sejurus sebelum ditahan polis, Michelle sempat menyerang McNicholl dengan batang besi dan tukul besi dalam kejadian selama hampir tujuh jam.


    Michelle ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pihak tidak dikenali. - DM



    sumber : myMetro

    Guru 'smackdown' murid

    Posted: 25 Jan 2012 05:45 PM PST

    Hanya kerana memecahkan pasu bunga,seorang guru sanggup membuat aksi 'smackdown' kepada muridnya.Cuba lihat..patut ke tak patut?



    Datuk nyaris serah RM1.5j pada penipu

    Posted: 25 Jan 2012 05:30 PM PST


    TANGKAK: Seorang ahli perniagaan hartanah berstatus Datuk nyaris kerugian RM1.5 juta selepas didatangi seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM) di rumahnya di sini, pada malam Tahun Baru Cina lalu.
    Ketika kejadian, ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Chia (bukan nama sebenar), 49, menikmati jamuan besar bersama keluarganya apabila seorang lelaki berusia 40-an dikenali sebagai Datuk Azhar Ahmad datang dengan kereta mewah.

    Sejurus bertemu Chia, lelaki itu menunjukkan surat JPM menyatakan Chia dikenakan tahanan mengikut Ordinan Darurat dan mahu menahannya di depan keluarga.


    Malu dengan keluarga, mangsa berbincang dengan lelaki itu yang kemudian meminta Chia menyerahkan RM3 juta bagi melepaskannya dan wang itu sumbangan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

    Mangsa terkejut dengan jumlah diminta, merayu dikurangkan dan menghubungi rakannya untuk berbincang sebelum bersetuju menyerahkan RM1.5 juta.


    Selepas persetujuan dicapai, mangsa menyerahkan RM30,000 sebelum berjanji melunaskan bakinya apabila mereka bertiga bertemu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang nanti.




    Sumber berkata, selesai jamuan makan besar, lelaki itu membawa Chia dan rakannya ke IPD Ledang jam 3 pagi untuk menyambung perbincangan mereka. "Ketika itu, Chia mula sangsi dengan dakwaan lelaki terbabit lalu meminta polis menyiasat dan lelaki berkenaan ditahan," katanya.

    Polis yang memeriksa kereta digunakan suspek menemui pil Eramine 5, sepasang gari, sepucuk pistol disyaki palsu serta beberapa dokumen palsu ditandatangani Perdana Menteri.


    Menyedari dia terpedaya, Chia membuat laporan polis.

    Menurut sumber, Chia terbabit dalam perniagaan pembangunan hartanah dan baru seminggu mengenali Datuk Azhar selepas diperkenalkan seorang rakannya.


    Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Harun Idris yang dihubungi enggan mengulas lanjut.



    sumber : myMetro

    Kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ boleh cemar imej Nabi Muhammad s.a.w

    Posted: 25 Jan 2012 05:15 PM PST


    IPOH: Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam' di sebuah banglo mewah di sini, semalam.
    Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w.
    KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini.

    Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan.



    "Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan," katanya ketika dihubungi, semalam.


    sumber : myMetro

    Umrah MLM haram

    Posted: 25 Jan 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Niat halal cara haram. Itu ungkapan paling sesuai apabila sebuah koperasi dikesan menggunakan kaedah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang lazimnya diamalkan syarikat jualan langsung untuk menawarkan pakej umrah dengan harga amat murah.
    Dengan modal RM1,700, koperasi terbabit mempromosi jumlah berkenaan sudah mencukupi untuk umat Islam mengerjakan umrah dengan syarat mereka perlu menaja tujuh peserta lain untuk berada di bawah mereka.
    Peserta terbabit juga disyaratkan mengeluarkan modal dalam jumlah sama dan ia berturutan menjadi rantaian tanpa had, malah pakej itu juga boleh dihadiahkan kepada sesiapa saja termasuk bukan ahli skim berkenaan.

    Penolong Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A Mogan berkata, pihaknya melakukan siasatan terhadap kegiatan koperasi itu selepas menerima aduan orang ramai.



    "Siasatan awal setakat ini mendapati kegiatan mereka itu bertentangan dengan undang-undang. Antara kesalahan paling ketara ialah mereka tidak memiliki lesen untuk menganjurkan pakej umrah seperti yang dipromosikan," katanya ketika dihubungi.


    sumber : myMetro

    Ribut ‘sedut’ bangunan sekolah

    Posted: 25 Jan 2012 04:45 PM PST


    IPOH: "Saya mungkin buta jika serpihan kayu dan batu siling itu menikam ke mata kiri saya. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih terselamat dan hanya cedera ringan," kata murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) al-Ansari Ulu Chemor, Ubaidilah Mohd Zamri, 12, yang terselamat dalam kejadian ribut taufan petang Isnin lalu.
    Dalam kejadian jam 7 malam itu, bangunan sekolah yang menempatkan 39 pelajar tahfiz terbabit seolah-olah 'disedut' ke udara sebelum ranap menyembah bumi. Mangsa berkata, kejadian ribut dan hujan lebat itu berlaku ketika semua pelajar berehat dan menunggu masa untuk menunaikan sembahyang Maghrib.

    "Ketika itu saya bersama pelajar lain berada di ruang rehat sekolah untuk bersembahyang kerana ruang solat basah terkena tempias hujan lebat.


    "Ustazah mengarahkan saya melaungkan azan. Ketika itu ribut menggoncang bangunan sekolah sebelum siling jatuh menimpa kami," katanya.

    Menurutnya, serpihan siling dan batu itu melayang mengenai mukanya menyebabkan dia menahan sakit sambil mencari tempat berlindung.


    "Kami kelam-kabut lari menyelamatkan diri apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menimpa pula bangunan sekolah serta empat rumah berhampiran.



    "Saya yang berada di bawah runtuhan itu, bagaimanapun amat bernasib baik kerana tidak ditimpa batang pokok kepala itu," katanya.


    sumber : myMetro

    Muak dengan seluar dalam superman

    Posted: 25 Jan 2012 04:30 PM PST


    JOHOR BAHRU: Penduduk beberapa kawasan perumahan di sekitar Tampoi, di sini, kurang senang dengan 'penularan' iklan produk dinamakan Seluar Dalam Superman (SDS) yang kononnya mampu merawat masalah tenaga batin lelaki.
    Ini berikutan kawasan perumahan mereka menjadi sasaran ejen jualan SDS mempromosikan produk berkenaan menerusi iklan yang ditampal di merata tempat. 
    SDS yang dikatakan dilengkapi magnet kononnya boleh merawat masalah lemah tenaga batin serta mampu mengubah saiz kemaluan penggunanya dan ia dijual dengan harga antara RM350 dan RM900 setiap satu.

    Seorang pesara, Mohd Ilham Samudin berkata, dia terkejut apabila iklan seluar dalam menggunakan nama Superman itu ditampal di tempat awam hingga memalukan selain mencemarkan pemandangan.




    "Bagi saya iklan itu bukan saja mencacatkan pemandangan, malah boleh mengakibatkan pelbagai pengaruh buruk di kalangan masyarakat.

    "Mungkin peminat Superman terutama lelaki, mudah terpedaya hingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit bagi mendapatkan seluar dalam itu dengan anggapan mendapat kuasa luar biasa," katanya yang tinggal di Taman Bahagia, Tampoi. 



    sumber :myMetro

    Anak mati tercampak

    Posted: 25 Jan 2012 04:15 PM PST


    SEREMBAN: "Sejurus van itu terbalik, semua ahli keluarga termasuk saya menyahut apabila nama kami dipanggil kecuali arwah yang kemudian disedari sudah tidak bernyawa lagi," kata mangsa yang juga saksi kejadian kemalangan, Suhana Sofia Omar, 27.
    Ketika kejadian jam 6.45 pagi, semalam mereka dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas di Langkawi.

    Sebaik tiba di Kilometer 254.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Senawang, tiba-tiba van yang dinaiki terbabas menyebabkan seorang kanak-kanak, Danish Abdul Latif, 6, tercampak keluar sebelum dihempap van itu.


    Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Kemalangan itu turut menyebabkan ibu mangsa, Zurina Omar, 36, yang mengandung dan bapanya, Abdul Latif Abdul Rahim, 38, enam ahli keluarga lain termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia setahun dan 10 tahun tercedera. Suhana berkata, mereka sekeluarga bercuti di Langkawi selama beberapa hari terlebih dulu pergi ke Pulang Pinang.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya nyenyak tidur terkejut apabila mendapati van dinaiki berpusing dan terbalik. Saya kemudian berasa pelik apabila arwah tidak menyahut," katanya.


    Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.



    SUMBER  : myMetro

    Sembunyi atas loteng elak ditangkap

    Posted: 25 Jan 2012 04:00 PM PST


    KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang bersembunyi atas loteng ditahan pihak berkuasa bersama pasangannya di sebuah hotel bajet di Pandan Indah, awal pagi semalam.


     Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) selepas menerima maklumat orang awam.


     Ketika ditahan, lelaki berusia 20-an itu berpakaian lengkap, bersama pasangannya berusia 22 tahun, yang hanya memakai baju tidur, kira-kira jam 4 pagi.


     Pegawai masjid berkenaan, Ahmad Nawi Osman berkata, gadis itu bekerja sebagai pegawai pemasaran insurans. Pasangannya baru bekerja di syarikat yang sama.


     "Gadis itu mendakwa dia seorang sahaja di bilik itu, tetapi kami mengesan lelaki berkenaan menyorok di loteng. Mereka antara dua pasangan lain yang ditahan selepas disyaki berkhalwat di hotel berkenaan," katanya.


    sumber : sinar harian

    Peluk erat mayat teman wanita yang jatuh daripada tingkat 17

    Posted: 25 Jan 2012 03:00 PM PST


    GEORGETOWN - Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya, yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara, Batu Uban, awal pagi ini.


     Jurucakap polis berkata kira-kira pukul 1.15 pagi, polis menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai terjatuh dari bangunan flat berkenaan.


     "Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.


     Katanya polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.


     Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim ketika dihubungi berkata mayat wanita berumur 22 tahun itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.- Bernama


    sumber : sinar harian

    Tabah betul abang ni

    Posted: 25 Jan 2012 10:00 AM PST





    Bersemangat walaupun hidup dengan separuh badan

    Posted: 25 Jan 2012 09:30 AM PST

     Peng Shuilin  yang setengah badannya dibuang kerana hancur dilanggar trak,tetapi masih hidup. Walaupun menjalani proses penyembuhan yang panjang, namun pemuda dari China berusia 37 tahun ini tidak pernah menyerah dan tetap semangat sehingga dia mampu pulih serta cuba untuk hidup seperti biasa.


    Menurut jurucakap hospital yang merawatnya, Peng Shuilin memiliki daya tahan tubuh yang sangat mengagumkan dan mungkin ialah satu-satunya orang di dunia yang hidup dengan setengah badan.




















    Remaja10 Tahun jadi designer terkenal dunia

    Posted: 25 Jan 2012 09:00 AM PST

    FAKTOR usia tidak mesti dijadikan batasan untuk berkarya. Hal itu dibuktikan oleh designer muda berasal Amerika Syarikat, Cecilia Cassini.


    "Aku adalah designer termuda di Amerika," cetus gadis kecil yang baru berusia 10 tahun itu .




    Minat Cecilia di bidang fesyen telah terlihat sejak usianya jauh lebih muda. Ketika itu,  neneknya memberikan hadiah sebuah mesin jahit pada ulang tahunnya yang ke enam. Sejak itulah gadis penuh bakat ini tidak berhenti menjahit dan menciptakan design pakaiannya sendiri.


    "Aku tahu aku ingin menjadi seorang desainer begitu aku dilahirkan," ujarnya




    Cecilia pun rajin mengikuti banyak kursus menjahit guna mengasah kemampuannya. Sudah tidak terhitung lagi jumlah jarum mesin jahit yang patah olehnya selama belajar menjahit.


    Satu hal yang pasti, design muda berasal Encino, California, ini  tahu benar pakaian seperti apa yang diimpikan oleh banyak gadis kecil lain seusia dirinya. Ornamen mengilap, manik-manik, pita terang, saku kecil yang manis, serta tekstur menarik menjadi ciri khas busana yang didesign olehnya.




    Dalam mereka busana, Cecilia mendapatkan inspirasi dari banyak orang dan sumber seperti majalah fesyen. Akan tetapi, sering kali ia mendengarkan suara hati dan mengikuti imaginasinya sendiri.




    Meskipun tidak memiliki hubungan keluarga dengan designer terkenal Amerika di abad ke-20 Oleg Cassini, Cecilia memiliki cukup karisma untuk membuat namanya dikenal publik. Ketika ini, dia diwakili oleh bekas manajer Kim Kardashian, teman ibunya, yang membantu meluncurkan lini fesyennya dan menghubungkannya dengan butik anak-anak di London, Tough Cookie's, yang menjual  rekaanya.


    sumber : xinhuanet

    Inilah Game Nintendo DS yang Dilarang Beredar,Kerana Mengandungi Pornografi

    Posted: 25 Jan 2012 08:45 AM PST



    Game ini dilarang di beredar kerana dianggap sebagai pornografi kanak-kanak.Walaupun hanya sekadar permaianan ?

    Sebuah game Nintendo 3DS dilarang beredar di Sweden, Denmark, dan Norway kerana thukum pornografi dan pornoaksi di ketiga negara terseebut.

    Game bernama Dead or Alive: Dimensions ini gagal diedar kerana kandunganya termasuk pornografi kanak-kanak dan pelecehan seksual terhadap anak.

    Jika anda berfikir demikian, dan menganggap alasan tersebut mengada-ada, maka tidak demikian bagi ketiga negara tersebut.

    Hakim Michael Adams, dari Pengadilan New South Wales mengatakan bahawa di hadapan hukum, karakter kartun yang fiksi pun dianggap mewakili atau menggambarkan manusia?.

    Adams mengatakan, kartun membuat orang membayangkan dan menginginkan objek sungguhan seperti yang ditampilkan, dan itu sama halnya dengan pelecehan seksual terhadap kanak-kanak.


    Ia juga menyebutkan bahawa karakter fiksi, yang dibuat dari bentuk manusia , dapat dianggap mewakili, menggambarkan, atau merepresentasikan seseorang.

    Dead or Alive: Dimensions, adalah game bersiri yang berisi pertarungan taktik yang dilakukan karakternya. Tiga karakter utamanya, yaitu Ayane, Koroke, dan Kasumi berusia di bawah 18.

    Dalam game ini, ketiga karakter itu ditampilkan dalam pose dan pakaian yang dianggap sebagai pornografi kanak-kanak.

    Wow, Ternyata Kini Jantung pun Boleh Update Status seperti Facebook

    Posted: 25 Jan 2012 08:30 AM PST

    Trend jejaring sosial membuat hampir semua orang di dunia ketika ini gemar mengupdate status. Tahukah Anda? Kecanggihan teknologi membuat organ tubuh kita seperti jantung misalnya, juga boleh melakukan itu!


     Ini bukan dongeng belaka, melainkan sebuah penemuan yang dikembangkan oleh para ilmuwan di lembaga ilmiah Imec di Eindhoven, Belanda. Mereka mengembangkan teknologi Body Area Network (BAN) wireless atau disebut Human++ BAN.


     Bagaimana cara kerjanya? Dilapor New Scientist dan dikutip detikINET, Human++ BAN memungkinkan sensor berukuran sangat kecil ditanamkan pada organ tubuh tertentu. Fungsinya, mengirimkan data kesihatan tubuh seorang pesakit ke handphone melalui sebuah adapter kad memori SD.


     Ya, rupanya teknologi ini memang diciptakan sebagai alat bantu di dunia perubatan. Dengan menggunakan sensor electrocardiogram berdaya rendah sebagai titik wireless, Human++ BAN mentransfer statistik penting dari jantung ke smartphone pengguna. Selanjutnya, data ini juga dikirimkan secara langsung ke doktor yang menangani pesakit melalui hubungan jaringan 3G atau wireless.


     Uniknya, ketika terjadi sesuatu yang salah pada keadaan tubuh pesakit, Human++ BAN akan membunyikan alarm pada handphone si pengguna. Misalnya  untuk memberitahukan bahawa denyutan jantung si pesakit terlalu tinggi.


     Sistem Human++ BAN tak hanya bisa bekerja pada jantung, tetapi juga sistem angota tubuh lainnya. Imec mengklaim, teknologi ini bisa dimanfaatkan untuk memonitor kondisi neurologis, bisa diterapkan bagi para atlet atau lainnya

    [Awas] Yang di bawah umur jangan tengok video ini

    Posted: 25 Jan 2012 08:15 AM PST




    dan yang paling penting jangan suka letak handphone berdekatan seterika....