Adsense

Rabu, 25 Januari 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jangan dipersoal

Posted: 24 Jan 2012 01:18 PM PST

Hip

Najwa yakin lagu Cinta Muka Buku kuat pada liriknya

DILIHAT pada barisan lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), semuanya mempunyai kekuatan tersendiri dan sememangnya bukan calang-calang nama yang tersenarai.

Namun dalam kalangan barisan penyanyi seperti Aizat Amdan, Faizal Tahir, Yuna dan 3 Suara (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah), penyanyi paling muda dalam anugerah kali ini dipersoalkan penyertaannya. Lagu yang dipertandingkan iaitu Cinta Muka Buku diragui kekuatannya dengan melihat kepada lagu serta liriknya yang mudah, ringan dan biasa saja berbanding 11 lagu lain seperti Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan, Anna Rafali & Altimet), Beribu Sesalan dan lain-lain.

Walaupun sebegitu, penyanyinya, Najwa Latiff yang dihubungi baru-baru ini sedikit pun tidak goyah dengan kritikan seperti itu kerana baginya, setiap pendengar mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai sesebuah karya seni itu.

"Saya terima semua komen itu sebagai positif dan pada masa sama juga memperbaiki diri serta karya saya. Saya percaya setiap individu mempunyai pendapat berbeza. Perihal mempersoalkan lagu itu, ia tidak membuatkan saya patah semangat.

"Saya pun tak sangka lagu Cinta Muka Buku dipilih layak ke final. Sebalik itu, pengalaman ini adalah satu yang seronok bagi saya kerana dapat berkongsi pentas dengan barisan penyanyi yang hebat-hebat belaka. Dengan usia saya yang baru 17 tahun ini, saya sudah ada pengalaman untuk berkongsi pentas dengan penyanyi senior dan ini membuatkan saya sangat gembira," katanya.
Najwa berpendapat kekuatan lagu Cinta Muka Buku pada lirik yang mudah difahami dan senang dihafal walaupun hanya sekali dengar.

Penulis lirik lagu itu iaitu kakaknya, Ika turut berbangga dengan kejayaan adiknya serta lagu ciptaan mereka itu. Bagi Ika, mereka sama sekali tidak sedih serta patah semangat dengan kritikan orang ramai, malah lebih bersyukur dengan peluang yang diterima untuk beraksi di atas pentas yang berprestij itu nanti.

"Sejujurnya, saya dan Najwa iaitu sebagai pencipta serta penulis lagu Cinta Muka Buku sentiasa berbangga dengan karya kami yang tersendiri. Orang ramai boleh memberi komen apa saja dan kami mengambil ia sebagai pendorong untuk terus berkarya. Kami akan buktikan pada orang ramai bahawa lagu itu juga layak untuk bertanding, sekali gus dihormati ramai.

"Pada mulanya pun, kami mencipta lagu ini untuk suka-suka, tapi akhirnya layak dipertandingkan sehingga ke final. Ini membuatkan kami rasa sangat teruja untuk beraksi," tambahnya.

Bercakap mengenai persiapan pula, Najwa dan Ika itu akui mereka tidak banyak melakukan persiapan buat masa ini kerana Najwa sendiri sibuk dengan kelas tuisyen dan rutinnya sebagai pelajar sekolah.

Persiapan untuk persembahan pada malam itu tidak banyak dibincangkan lagi, tapi sekarang mereka sedang mengusahakan pakaian yang akan dipakai oleh Najwa nanti.

Tiada gimik yang besar-besaran akan dilakukan nanti dan pembawaan lagu tidak banyak lari dari yang asal, tapi semestinya Najwa menjanjikan persembahannya yang terbaik.

Najwa yang kini tinggal di Batu Pahat, sudah berada di Kuala Lumpur pada cuti Tahun Baru Cina untuk menjalani latihan selama seminggu. Gadis bertudung ini tidak mengharapkan kemenangan yang besar serta tidak meletakkan harapan yang tinggi, malah dia hanya berhasrat menyampaikan persembahan yang menghiburkan untuk segenap penonton nanti.

Selepas tamat dengan anugerah itu, Najwa akan kembali fokus dengan pelajarannya kerana tahun ini dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Full content generated by Get Full RSS.

Jawablah! 'Kami masih bahagia'

Posted: 24 Jan 2012 01:17 PM PST

Hip

REBECCA bersama suami, Nor Azam.

REBECCA bersama suami, Nor Azam.

Rabecca nafi rumah tangga dilanda badai, dera anak tiri

BERTIUP angin lintang membawakan perkhabaran kononnya rumah tangga pelakon Rabecca Nur Al Islam bergegar dilanda badai. Puncanya apabila si suami mula mengesyaki isteri tercinta tidaklah sebaik yang disangka.

Hati mana yang tidak kecewa apabila isteri yang diamanahkan menjaga anak tiri rupa-rupanya tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Akhirnya cerita pelakon filem Keramat yang suka mendera fizikal dan emosi anak tirinya sampai ke pengetahuan si suami. Akibatnya mahligai yang dibina setahun lalu itu bergoncang juga walaupun sebelum ini Rabecca menafikan sekeras-kerasnya dia ibu tiri yang jahat.
Bagaimanapun, sewaktu menghadiri majlis ulang tahun pelakon Datin Paduka Umie Aida tempoh hari, lain pula situasi yang disaksikan.

Kehadiran Rabecca yang lebih akrab disapa Becca bersama suami, Nor Azam Sulaiman, ditambah kemesraan yang ditonjolkan mereka sepanjang acara berlangsung seolah-olah menepis dakwaan mereka kini sedang berantakan. Malah, ketika diajukan soalan itu kepada pasangan ini, Rabecca dan suami menegaskan, tiada apa yang berlaku dan kebahagiaan masih menjadi milik mereka.

Hip: Betulkah khabarnya rumah tangga Becca sedang bergoncang ketika ini?
Rabecca:
Dari mana anda semua mendengar cerita ini? Terus terang, ini kali pertama saya mendengarnya. Buat apa saya nak jawab jika perkara itu memang tidak berlaku. Kalau betul rumah tangga saya berantakan, takkanlah saya dan suami boleh berada di majlis ini? Lagipun, beberapa hari lalu kami baru saja meraikan ulang tahun pertama perkahwinan kami di Jakarta. Selepas ini kami akan bercuti ke Singapura dan insya-Allah selepas itu akan ke London pula. Jadi macam mana boleh timbul isu kononnya kami bergaduh?

Hip: Berdasarkan cerita yang tersebar, rumah tangga Becca bergegar kerana suami dapat tahu Becca memang mendera anak tiri. Boleh Becca jelaskan?

Rabecca: Saya tak faham mengapa cerita seperti itu masih diungkit lagi sedangkan sudah berkali-kali saya buat penjelasan. Baru-baru ini, sewaktu majlis pratonton filem Keramat, anak saya sendiri sudah mengeluarkan kenyataan, perkara itu tidak pernah terjadi, malah saya menjaga mereka dengan baik. Apa yang boleh saya katakan, dalam dunia ini, tak semua orang suka kita dan tak semua orang benci kita. Jadi lebih baik saya tak payah layan dan kepada orang yang menyebarkan fitnah itu, saya maafkan kesalahan mereka.

Hip: Maksudnya, ini semua berlaku kerana ada pihak yang dengki dengan kebahagiaan anda berdua?

Rabecca: Mungkin... Sebab dari dulu lagi ada saja cerita yang tidak baik mengenai diri saya disebarkan. Saya sendiri tidak faham mengapa saya terus menjadi sasaran, sedangkan saya tidak pernah kacau kehidupan sesiapa. Mengenangkan inilah rempah ratus dan cabaran terpaksa saya lalui apabila bergelar pelakon, jadi saya terima saja.

Hip: Sebagai suami, apakah Azam pernah berasa sangsi dengan isteri sendiri?

Nor Azam: Saya sudah lama mengenali isteri saya sebelum kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Saya tahu dia bukanlah seperti yang orang ramai sangkakan. Dia seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Sebab itulah saya tak pernah meraguinya. Cuma ada satu perkara yang saya sangsi mengenai Becca, iaitu apakah benar dia pandai masak seperti yang dikatakannya? Maklum sajalah, dia seorang artis dan apakah dia ada masa untuk ke dapur? Namun selepas berkahwin, ternyata Becca memang pandai masak dan sebagai seorang yang suka makan. Saya akui masakan Becca memang sedap.

Hip: Mungkin gosip seperti ini timbul disebabkan status Becca sebagai artis? Apakah Azam akan meminta Becca bersara jika gosip seperti ini tidak terkawal?

Nor Azam: Sebelum berkahwin, saya memang tahu dia seorang pelakon dan berlakon juga sudah menjadi darah dagingnya. Saya tiada masalah dalam hal itu, asalkan dia tahu batas sebagai seorang isteri, itu sudah memadai. Gosip perkara biasa dalam kehidupan artis dan saya amat memahaminya.

Full content generated by Get Full RSS.