Adsense

Rabu, 25 Januari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK

Posted: 25 Jan 2012 08:00 PM PST

Mahukah anda menghadiri Majlis Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK bersama Pierre Andre & Nurul Ekasari? Kalau anda boleh hadir, nah! Ini antara peluang anda untuk menjadi penonton pertama menyaksikan filem romantik terbaru yang pasti meruntun perasaan ini.

Filem CHANTEK arahan Pierre Andre ini membariskan pelakon seperti Pierre Andre yang membawa watak sebagai AD, Nurul Ekasari sebagai Chantek, Maimon Mutalib sebagai Ibu Citra, Kin Wah sebagai Sam dan Abon memegang watak sebagai seorang penerbit.

Ia mengisahkan AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri.

Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

"Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…"

Poster Chantek

Sensasi Selebriti – Budiey.com ingin memberikan 10 pasang pass PERCUMA (20 tiket) untuk pembaca budiey.com yang boleh menghadirkan diri di Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK yang akan diadakan pada:

Hari & Tarikh:
Hari Selasa | 31 Januari 2012

Masa:
2 petang

Tempat:
Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara

BAGAIMANA CARANYA?

1. Jawab soalan ini:

Sebutkan judul lagu yang dimainkan dalam trailer filem Chantek.

Sila lengkapkan slogan ini tidak melebihi 15 patah perkataan di:

1. E-mail

2. Ruangan komen di bawah trailer Chantek di Youtube:

Klik: http://www.youtube.com/watch?v=1UfzI8a4flM & tinggalkan slogan ini:

Saya ingin hadir di Majlis Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK kerana… Kata laluan: www.budiey.com (tidak lebih dari 15 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi di emel anda:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

29 Februari 2012

Tajuk Email: Saya Mahu Ke Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK – Budiey.com

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
  4. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
  5. Keputusan juri adalah muktamad.
  6. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa tonton filem yang penuh emosi, cinta dan konflik ini di pawgam mulai 16 Februari 2012.

Jom tonton trailer filem CHANTEK

Fan page Chantek : www.facebook.com/FilemChantek
Chantek Official Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=1UfzI8a4flM

Gambar-Gambar Di Sebalik Tabir

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Filem Chantek
  • Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Tayangan Eksklusif Filem AL-HIJAB
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Budiey Belanja Tengok Wayang & Sambut Tahun Baru 2009
  • Trivia: Belakang Siapa Ini?
  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Peraduan Jom Menonton Filem Valkyrie
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Ntv7 Bakal Siar The Descendant

    Posted: 25 Jan 2012 07:24 PM PST

    The Descendant merupakan sebuah siri epik lakonan mantap teraju utamanya – Yeo Yann Yan (Pelakon Wanita Terbaik, Golden Awards) dan Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular, Golden Awards). Turut menjayakan drama ini adalah pelakon hebat – Steve Yap, Frederick Lee, dan Leslie Chai.

    Berlainan daripada drama keluarga yang mengalami konflik kekeluargaan, The Descendant disuntik dengan elemen baru dan berbeza. Berlatarkan tahun 1920-an hingga 1960-an, siri ini mengisahkan tiga generasi pembuat colok. Berkisar mengenai industri pembuat colok, drama menarik ini akan mengetengahkan elemen kepercayaan karut, takdir, unsur feng-shui mahupun diskriminasi jantina yang sering dikaitkan dengan masyarakat Cina.

    Judulnya dalam bahasa Cina yang disebut sebagai "Xiang Huo" membawa erti "nyalaan colok" turut memberi konotasi kepada erti "keturunan" atau "pewaris" yang secara langsung menggambarkan drama ini dan kaitannya dengan pemikiran konservatif masyarakat Cina dalam soal darah keturunan dan warisan. The Descendant akan bersiaran di Saluran Ceria Anda bermula 7 Februari 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

    The Descendant Poster.jpg
    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Drama Siri Antarabangsa di ntv7 Tahun 2012
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Gambar Penyampai di Media Nite Radio Hot FM & Fly FM
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • Ujibakat Pencarian Cinta di ntv7
  • Winner The Perfect Gentleman ntv7
  • NTV7 Bakal Siar Anugerah Primetime Emmy 2010
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Full content generated by Get Full RSS.