Adsense

Khamis, 31 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


KRU Music Lancar Lagu Runut Filem 29 Februari

Posted: 31 May 2012 08:42 PM PDT

Selepas mencipta pelbagai kejayaan melalui penerbitan lagu tema bagi filem, antaranya "Penyembuh Rindu" Mawi dan Diana Danielle (Magika) dan "Sedetik Lebih" nyanyian Anuar Zain (Hikayat Merong Mahawangsa), KRU Music sekali lagi meneruskan tradisi dengan menerbitkan keseluruhannya 4 buah lagu untuk filem Stereoscopic 3D (S3D) pertama Malaysia berjudul "29 Februari" terbitan KRU Studios.

Walaubagaimanapun, hanya 3 lagu utama dipilih untuk dikeluarkan secara "single" untuk siaran radio iaitu "Kelip-kelip" nyanyian Remy Ishak, "Jagalah Diri" nyanyian Jaclyn Victor dan "Seperti Dulu" nyanyian Forteen yang mendapat sentuhan magis Edry Abdul Halim, pencipta dan penulis lirik yang juga merupakan pengarah bagi filem ini.

29 Februari

Dari Kiri Ameerais (Forteen), Edry Abdul Halim, Remy Ishak, Jaclyn Victor, One (Forteen), Ariz (Forteen), Michael Yong (Ketua Pegawai Operasi Red Box), dan Norman Abdul Halim (Presiden Eksekutif KRU Studios)

"29 Februari adalah sebuah filem yang amat kami nanti-nantikan di KRU Studios. Bagi menyemarakkan lagi promosi filem ini 3 buah lagu telah pun dipilih untuk dikeluarkan secara berperingkat untuk siaran radio khususnya untuk langganan nada dering bagi peminat-peminat muzik di Malaysia. 3 lagu daripada 3 penyanyi yang mempunyai latarbelakang yang berbeza serta masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri" kata KC Ismail, Timbalan Presiden KRU Music.

29 Februari

"Kelip-kelip" dari suara Remy Ishak
Sebagai pelakon utama filem "29 Februari", Remy Ishak dituntut untuk menyanyi di dalam filem muzikal ini. Bertitik-tolak dari situ, beliau turut menyumbang suara untuk lagu "Kelip-Kelip". Ini merupakan percubaan pertama Remy dan ternyata tidak menghampakan. "Kelip-Kelip" menceritakan tentang bagaimana seseorang itu dapat memberikan harapan kepada yang lain dengan keikhlasannya "menyinar bagai kelip-kelip" ketika di dalam kegelapan. Bersesuaian dengan Remy, lagu ini bakal sinonim dengan watak Budi di dalam filem "29 Februari".

"Jagalah Diri", Jaclyn Victor
"Jagalah Diri" yang berkonsepkan ballad amat sinonim dengan kekuatan vokal yang dimiliki Jaclyn Victor. Lagu ini menceritakan apabila kehilangan orang tersayang, tangisan dan kesedihan tidak akan mengubah keadaan. Lagu ini bersifat 'keakuran' dengan ujian takdir bagi mereka yang terpisah selamanya-lamanya. Dengan kemampuan vokal mantap Jac dan berbekalkan lagu yang berskala besar, ianya dilihat amat berpotensi dan mampu meneruskan kejayaan seperti yang pernah diraih oleh "Sedetik Lebih".

29 Februari

One, Ariz, dan Ameerais (Kumpulan Forteen)

Berlandaskan impak positif daripada aura "Berdua Bersatu", kehebatan Forteen selaku sebuah band yang berkonsepkan vokal berkumpulan sudah diketahui ramai. Sehubungan dengan itu, lantas Edry memberi kepercayaan kepada Forteen untuk membawakan "Seperti Dulu" memandangkan konsep lagu ini amat bersesuaian dengan kumpulan tersebut. "Seperti Dulu" menggambarkan harapan sekeping hati yang masih membayangkan impian untuk kembali bersama kekasih yang sudah terpisah. Apakah keaadaan akan sama jika bertemu kembali? Apakah keadaan masih "Seperti Dulu"?

"29 Februari" merupakan sebuah filem bergenre "biografi fantasi" di bawah arahan Edry Abdul Halim – pemenang Pengarah Harapan FFM23 pada tahun 2010 serta pemenang Filem Terbaik FFM23 melalui filem "Magika". "29 Februari" dipenuhi lakonan mantap Remy Ishak yang memegang watak Budi yang hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali dan berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British, penaklukan Jepun sehinggalah ke tahun 2012.

Dengarkan "Kelip-kelip" (Remy Ishak), "Jagalah Diri" (Jaclyn Victor), " dan "Seperti Dulu" (Forteen) yang bakal ke udara di seluruh stesyen radio tanah air dan saksikan klip video lagu tersebut yang bakal menemui anda pada bulan Jun 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.krustudios.com, Facebook www.facebook.com/29februari atau rangkaian "krustudios" di You Tube.

29 Februari

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Joe Flizzow Lancar Album Baru The President
  • Lagu Aspalela, Yahoo & Hampir Ke Situ dalam Soundtrack Filem Duyung
  • Album Solo Terbaru Irwansyah SOLITER
  • Original Soundtrack Dunia Baru The Movie
  • OST Album Soundtrack Ketika Cinta Bertasbih
  • Alibi Music Lancar Facebook dan Lagu Percuma
  • Aspalela: Lagu Paling Kontroversi Untuk Tahun 2007
  • Sabhi Saddi
  • IZ OIAM Berjaya Ke Konsert Jelajah Promosi Filem Antarabangsa
  • Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban
  • Drama WARIS Lakonan Umie Aida & Fizz Fairuz

    Posted: 31 May 2012 08:21 PM PDT

    Menyusuli AMUKAN POCONG, drama bersiri terbaru arahan Kabir Bathia, WARIS bakal menemui penonton TV3 pada 14 Jun 2012, setiap hari Khamis, 10.00malam.

    WARIS

    WARIS merupakan sekuel kepada KEKASIHKU SERU yang masih mengekalkan barisan pelakon asal seperti Datin Paduka Umie Aida, Emelda Rosmila, Fizz Fairuz, Hairi Othman dan Kuza.

    Mengisahkan kehidupan Marisa dan Rashad selepas 10 tahun, mereka kembali dihantui Waris apabila anak mereka, Amar berubah selepas kembali bercuti dari Terengganu.

    Berjayakah Mas Suri, Rashad dan Marisa menumpaskan Waris sekali lagi?

    Jangan lupa tonton mulai 14 Jun ini di TV3.

    WARIS
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Foto Blue Carpet AJL26 Fizz Fairuz
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Sekitar Pelancaran Drama Kekasihku Seru Lakonan Hairi Othman, Rose Iskandar
  • Umie Aida Bawa Watak Rohana dalam Teater Badai Semalam
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Akukah Tanggang & Mahsuri Bakal Ditayangkan di TV3
  • Drama Kerana Cintaku Saerah Sudah Bermula, Apa Pendapat Anda?
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Slot Lagenda Perkenalkan Drama Anak Betong
  • Zon Artis

    Zon Artis


    Faizal Tahir Akan Mengadakan Konsert Solo

    Posted: 31 May 2012 08:21 PM PDT

    FAIZAL TAHIR

    GOOD NEWS! Pada 1 Julai ini, Faizal Tahir akan kembali menghiburkan para peminat yang sudah merindui kelantangan suaranya menerusi konsert penuh solo pertama. Ianya akan berlangsung di KL Live.

    Konsert yang dijadualkan berlangsung selama satu jam itu dikhabarkan lebih menumpukan kepada kreativiti dalam susunan muzik berbanding aspek visual dan gimik persembahan. Seperti kata Faizal Tahir:-

    "Saya ingin memberikan muzik yang bagus kepada peminat. Saya percaya gimik persembahan lebih sesuai untuk program TV"

    Dianjurkan oleh syarikat Zackkoolg dengan kerjasama The 8 Unit, Faizal menganggap konsert kali ini sebagai kayu pengukur dalam kerjayanya dimana dianggarkan seramai 2,000 orang akan hadir.

    "Saya masih baru dalam industri hiburan dan konsert ini diadakan untuk menilai pencapaian saya dalam industri ini"

    "Akhir-akhir ini, ramai artis antarabangsa yang datang ke Malaysia. Jujur, saya risau konsert ini tidak mendapat sambutan selain kebarangkalian berlakunya masalah teknikal dan sebagainya. Tapi saya akan tetap memberikan yang terbaik"

    Sedikit info, konsert ini diadakan seiring dengan perlancaran album ketiga Faizal dan pada konsert itu nanti, Faizal akan menyanyikan 10 buah lagu termasuk lagu-lagu popularnya dan juga 'cover songs' dengan cara tersendiri.

    Zon Artis: See you there~

    Related Posts with Thumbnails

    Hazama Cuba Nasib Jadi Pelakon

    Posted: 31 May 2012 07:24 PM PDT

    HAZAMA BERLAKON FILEM CINTA ATAS TAR

    Setelah enam tahun bergelar penyanyi, juara Akademi Fantasia musim ke-9 iaitu Hazama akhirnya mengambil keputusan untuk mengembangkan bakatnya sebagai pelakon pula. Dilamar menjadi pelakon dalam filem Cinta Atas Tar arahan Ahmad Idham, menjadi medan dia mempertaruhkan bakatnya sebagai pelakon.

    Seperti kata Hazama yang kami petik daripada mStar:-

    "Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.

    "Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam 'Cinta Atas Tar',"

    Memandangkan baru pertama kali berlakon untuk sebuah filem, Hazama mengaku yang dia agak gementar berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham itu walaupun penggambarannya telah selesai pada Mac lalu. Hazama turut meluahkan rasa risau'nya jika lakonan'nya gagal memikat hati penonton.

    "Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak,"

    Mengenai perkembangan nyanyian pula, single lagu terbaru Hazama berjudul Majnun yang berkonsepkan balada sudah dimainkan di kebanyakkan radio dan mendapat sambutan yang bagus daripada para pendengar.

    Psstt: Nanti nak buat rumah daripada kontainer terpakai jugak la~

    Related Posts with Thumbnails

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Cara Halang Bintik Hitam

    Posted: 31 May 2012 09:50 PM PDT

    Selain jerawat, bintik-bintik pada muka anda boleh mencacatkan penampilan dan menghilangkan keyakinan anda. Pasti ramai yang mengalami masalah bintik hitam di bahagian muka anda. Sudah tentu bagi anda yang mengalami masalah sebegini telah cuba pelbagai cara untuk menghilangkannya.

    Ada kemungkinan anda juga telah cuba pelbagai produk untuk membaiki masalah yang timbul pada wajah anda ini. Mungkin produk-produk yang anda guna belum memberi kesan yang baik pada wajah anda dan mungkin juga produk tersebut tidak bersebuai dengan muka anda.Oleh itu apa kata anda cuba tips yang pihak OHBULAN! beri ini.

      

    1. Ubat Gigi 

    Ubat gigi antara 'ubat' paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

    2. Madu

    Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

    3. Susu Segar

    Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.

    Cubalah salah satu daripada tiga cara ini. Tetapi jika bintik hitam masih terus kekal bermakna anda sedang menghadapi masalah serius. Anda haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kulit mengenai masalah ini sekiranya kulit muka anda mengalami masalah bintik hitam yang serius.

    6 Kesalahan Fesyen Perlu Di Elakkan

    Posted: 31 May 2012 09:45 PM PDT

    Seringkali kita melihat masih ada orang yang berfesyen tetapi masih kelihatan tidak sesuai digayakannya. Ada juga yang kadang-kadang menjadi mangsa fesyen. Pihak OHBULAN! ada membuat sedikit kaji selidik tentang kesalahan dalam berfesyen untuk kaum lelaki. Kami harap tips ini dapat membantu anda.

    1. Memakai stoking Dengan Sandal
    Padanan ini cukup tidak kena langsung lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Jika anda kesejukan sekalipun, pakailah stoking bersama kasut kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.

    2. Jangan suai padan pakaian yang pelik-pelik
    Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, Turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan.

    3. Pakai untuk menunjuk-nunjuk
    Anda harus ingat dalam berfesyen " less is more " . Elakkan menunjuk-nunjuk label atau jenama pakaian anda. Sudahnya nanti ada yang menggelarkan papan iklan bergerak pula.  Pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana kerana itu lebih baik.

    4. Elakkan memakai sut pejabat tetapi mengenakan beg sandang
    Anda nampak tampan dalam sut pejabat anda, tetapi mengapa perlu menyandang beg? itu sudah silap. Sebagai lelaki berkarier, tidak ada salahnya anda berbelanja sedikit membeli beg pejabat, tentu penampilan anda lebih menawan bukan.

    5. Bergaya tidak kena tempat.
    Sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis. Tidak salah jika anda bertanyakan tema atau dress code untuk majlis tersebut. Jangan hentam keromo nanti anda juga yang malu. Jika ingin keluar makan malam dengan teman-teman cukup sekadar mengenakan kemeja-T, Seluar Jeans dan kasut yang sepadan. Tidak perlu berlebih-lebihan

    6. Pilih Baju ikut saiz badan
    Elak mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga 'melekat' di badan. Pilihlah saiz pakaian yang benar-benar sesuai dengan tubuh anda agar apa yang dipakai nampak elok dan menarik.

    borak kosong

    borak kosong


    Perubahan Wajah Drastik Boram 'T-ara' Setelah Operasi Plastik

    Posted: 31 May 2012 09:30 PM PDT


    infospesial.net -  Nampaknya realiti mengenai operasi plastik bagi artis Korea Selatan sudah menjadi hal biasa. Bahkan tak sedikit idola K-pop yang terang-terangan mengakui hal tersebut, namun sebaliknya tak jarang pula yang masih menutupinya.

    Baru-baru ini beredar foto-foto perubahan wajah personel T-ara, Boram dari masa ke masa, di sebuah situs komuniti. Dalam foto tersebut terlihat adanya perbezaan drastik dari waktu ke waktu di wajah Boram. Foto pertama dan kedua, Boram terlihat dengan pipi tembam dan sedikit gemuk, diperkirakan fto tersebut adalah wajah natural Boram.



    Dan dalam dua foto lagi, Boram terlihat telah berubah dengan wajah yang lebih tirus dan matanya besar, serta tubuhnya juga menjadi ramping. Hal tersebut pun menimbulkan rumor jika Boram teah menjalani operasi plastik.

    Para netizen yang melihat gambar wajah masa lalu Boram pun banyak yang berkomen kerana teruja dengan perubahan wajah Boram tersebut. Mereka juga ingin tahu rahsia Boram boleh tampil cantik dan mempesona seperti sekarang ini.

    "Apakah rahsianya, aku sungguh ingin tahu," kata salah seorang pengguna internet. Bagaimana caranya ia boleh menjadi cantik," ucap yang lain, seperti dilansir dari Soompi.

    Sebelumnya, Boram sendiri juga pernah menyatakan berat badannya turun sebanyak 20 kg setelah ia menjalani diet dan juga lompat tali.

    Sedih! Baru Lahir 2 Jam, Bayi Ini Sudah Menghidap Kanser

    Posted: 31 May 2012 09:15 PM PDT

    Suasana ruang persalinan boleh menjadi momen mengerikan bagi setiap ibu yang baru melahirkan. Meskipun demikian, hal tersebut langsung berubah saat persalinan lancar dan sang ibu melihat sang bayi telah lahir dengan sihat.

    Hal ini juga dirasakan oleh Lorraine Wilson yang melahirkan puteranya, Evan Wilson di Princess Royal Maternity Hospital, Glasgow, Inggris. Momen bahagia ini juga begitu dinantikan oleh sang suami, Scott (41 tahun) dan anak pertamanya, Jorja (6 tahun).

    Sayangnya momen bahagia ini tidak berlangsung lama, tepatnya ketika Lorraine menemukan adanya bengkak aneh di perut bayinya. Evan langsung diperiksa oleh doktor spesialis dan ditemukan bahawa ia menghidap kanser liver. Hal ini menjadikannya sebagai pesakit kanser termuda di Inggris. Malangnya nasib bayi kecil itu…

    Para doktor baru boleh memberikan perawatan kemoterapi setelah ia menginjak usia 12 hari. Bayi tak berdosa ini diberikan sejumlah pengubatan lainnya dalam jumlah yang sangat diperhatikan, mengingat tubuhnya yang masih sangat kecil, seperti dikutip dari Dailymail.

    Pengubatan ini berlangsung dengan baik, kerana kini Evan yang berusia enam bulan berhasil melawan hepatoblastoma, sebuah bentuk kanker liver yang langka setelah dipindahkan ke Rumah Sakit Anak, Yorkhill Royal. Kesembuhan Evan tak terlepas dari ketelitian ibunya saat kelahiran, kerana jika terlambat ditangani, mungkin kansernya akan menyebar.

    Mengingat kejadian tersebut, Lorraine berkata: "Aku baru memegang Evan beberapa minit sebelum mereka mengambilnya dariku dan segalanya dimulai. Aku meraung. Terlalu mengerikan untuk melanjutkan hidup," ujarnya meratap mengingat masa kelahiran Evan.

    Setelah menjalani tujuh sesi kemoterapi, Evan juga menjalani operasi saluran kencing dan setengah liver di Rumah Sakit Anak Birmingham, April lalu. Dr Jairam Sastry mengatakan: "Hasil Ultrasound tinggal menunggu hasil dan Evan masih dalam remisi. Ia menjalaninya dengan sangat baik."
    sumber

    Pasangan Misteri Tertangkap Kamera Berhubungan seks di Pejabat

    Posted: 31 May 2012 09:00 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki terkejut ketika sedang melihat ke luar jendela dan menangkap basah pasangan asyik berhubungan seks di pejabat yang berseberangan dengan apartment tempatnya tinggal. Demikian dilansir Daily Mail, Khamis (31/5/2012).
    Pasangan, yang tidak diketahui identitinya itu, tidak menutup langsir di sebuah gbangynan pejabat di kawasan Nottingham, Inggris. Lelaki yang tak ingin disebutkan namanya itu kemudian merakam adegan percintaan tersebut.
    Ia mengaku, tetangga di tempatnya tinggal menyaksikan adegan percintaan yang digambarkannya sangat panas. "Perempuan itu sungguh cantik. Ia berjalan masuk ke dalam pejabat dan kemudian melepas pakaiannya satu persatu dan melepas pakaian si lelaki lalu melakukan adegan seks dengan lelaki tersebut," ujar si pria.
    "Mereka kemudian melakukan adegan seks yang panas di  meja kerja," ujarnya sembari mengatakan adegan seks itu berlangsung selama 20 minit dan pasangan itu sepertinya tak peduli jika orang-orang di apartment yang bersebelahan  itu melihat mereka.
    Di dalam video, pakaian lelaki itu terlihat tergantung di kerusi. Beberapa kali lelaki itu melihat ke arah jendela dan sepertinya tak peduli jika ada banyak orang yang menyaksikan adegan itu.

    Ciuman Bibir dengan Ibu, Show Luo Dikatakan Incest

    Posted: 31 May 2012 08:45 PM PDT

    infospesial.net -  
    Penyanyi dan aktor Taiwan Show Luo tak kuasa menahan amarahnya ketika ia tiba di Shanghai belum lama ini. Kegeraman Show dipicu oleh acungan jari tengah dan perkataan bahawa dirinya incest.
    Ketika baru mendarat di lapangan terbang, penyanyi Lian Ai Da Ren ini harus menghadapi beberapa lelaki yang mengacungkan jari tengah ke arahnya dan mengatainya; "Show incest!".
    Menurut Maydaily, Rabu (30/5), ketika Minggu (27/5) Show Luo bertandang ke Shanghai, China, kawanan lelaki yang terdiri dari 3 sampai 4 orang ini menjuluki Show incest kerana Show mencium bibir ibu kandungnya saat menggadakan konsert beberapa waktu lalu.
    Show yang tak terima dengan tingkah dari tiga lelaki yang diduga fans dari Jay Chou saingannya itu langsung mengejarnya dan dengan marah Show meneriakinya ; "Sini kamu! Apa maksudmu mengacungkan jari?"
    Dikepung penggemar Show, salah seorang lelaki akhirnya langsung minta maaf. Setelah dimintai maaf, Show meninggalkan mereka. Bahkan video pertengkaran itu pun kini telah beredar luas di internet.

    Ikan Hidup Masuk ke Paru-Paru Remaja Ini

    Posted: 31 May 2012 08:30 PM PDT

    MADHYA PRADESH - Para doktor diminta untuk mengambil ikan hidup yang ada di dalam paru-paru remaja lelaki berusia 12 tahun di India. Doktor-doktor itu pun langsung menggelar operasi.

    Remaja bernama Anil Barela menelan ikan sepanjang 9 centimeter di tepi sungai saat sedang bermain dengan temannya. Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa sulit bernafas. Kadar oksigen di darah remaja India itu semakin menurun.

    Menurut salah satu media India, remaja-remaja di Negeri Bollywood seringkali menelan ikan saat bermain. Namun kes yang menimpa Anil disebut cukup langka, kerana ikan yang ditelannya masuk ke paru-paru.

    "Ikan ini hidup, namun akhirnya mati ketika bronkospi selesai dilakukan. Ikan itu mengganggu fungsi dua paru-paru dan menyebabkan kurangnya asupan oksigen," ujar Dr Pramod Jhawar, seperti dikutip Orange,Kamis (31/5/2012).

    Doktor spesialis itu berhasil mengambil ikan yang tersangkut di dalam paru-paru Anil. Jhawar pun mengatakan, ini adalah kes pertama yang muncul setelah 20 tahun lalu.(AUL)

    Perempuan Ini Cekik Bayinya dengan Seluar Dalam

    Posted: 31 May 2012 08:15 PM PDT

    ABU DHABI - Kehadiran seorang buah hati seharusnya menjadi sebuah anugerah yang tidak ternilai harganya. Namun,ungkapan ini tidak berlaku bagi seorang wanita asal Filipina yang sanggup membunuh bayi yang baru saja dilahirkannya.

    Perempuan yang bekerja sebagai pembantu rumah tangga di Uni Emirat Arab (UEA) ini dilaporkan membunuh bayi yang baru saja dilahirkannya dengan seluar dalam miliknya. 

    Setelah dipastikan sang bayi tewas, perempuan itu pun memasukkan jasadnya ke dalam sebuah kantung plastik hitam dan menyembunyikannya di dalam lemari pakaiannya. Demikian diberitakan sebuah media lokal yang dikutip Emirates247, Khamis, (1/6/2012).

    Demi menutupi kejahatan keji yang dilakukannya, dia lantas pergi ke rumah sakit untuk mendapatkan perawatan. Perempuan itu mengaku baru saja mengalami keguguran dan membuang janinnya ke dalam tempat sampah. 

    Sang majikan yang curiga, kemudian menggeledah bilik perempuan itu dan didapati sebuah beg plastik hitam berisi mayat bayi di dalam almari pakaian pembantunya itu.

    Kepada polis, perempuan itu mengaku bahawa dia tidak bermaksud membunuh bayinya melainkan mencuba membersihkan sang bayi dengan pakaian dalam miliknya. Berdasarkan bukti-bukti yang ada, pernyataan perempuan itu dengan cepat dibantah oleh pasukan medik yang mencuba menyelidiki penyebab kematian bayi tersebut.

    Berdasarkan hasil temuan pasukan medik di pergelangan leher bayi malang itu terdapat selembar kain yang diketahui merupakan seluar dalam. Pasukan medik pun berkesimpulan bahawa bayi dibunuh dengan sengaja mengingat mereka harus berusaha keras melepaskan lilitan pakaian dalam dari leher sang bayi.

    Di pengadilan, sang pembantu akhirnya mengakui seluruh perbuatannya. Menurutnya bayi tersebut merupakan hasil hubungan di luar nikah antara dirinya dan sang kekasih yang berada di Filipina. Pengadilan di Abu Dhabi pun kabarnya baru akan menjatuhkan vonis pada 12 Juni mendatang.(rhs)

    Pasangan Hindu & Islam berkahwin di bawah satu bumbung

    Posted: 31 May 2012 08:00 PM PDT

    NEW DELHI -  Untuk julung kalinya di India, pasangan daripada latar belakang agama dan kehidupan yang berbeza, mengadakan majlis perkahwinan di tempat yang sama di Jaipur, yang lebih dikenali sebagai Pink City.
       
    "Samu Vivah Sammelan" atau majlis perkahwinan beramai-ramai itu, dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Help People Foundatireon.
       
    "Saya berpendapat, kalaulah orang mengikut trend ini, tak akan ada diskriminasi kerana kasta atau keturunan," kata pengerusi pertubuhan itu Afreen Ritu Rajwat dalam kenyataan di sini.
       
    Kenyataan itu menyebut bahawa ramai selebriti Bollywood, termasuk Devshi Khanduri (heroin filem Chargesheet)dan penyanyi-pemuzik Anup Jalotia, menghadiri majlis berkenaan serta meraikan pasangan pengantin baharu yang menyertainya. - Bernama


    sumber : sinar harian

    Lelaki bunuh 5 orang tembak diri sendiri

    Posted: 31 May 2012 07:45 PM PDT


    SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seorang lelaki bersenjata membunuh lima orang dalam satu insiden tembakan di bandar raya ini kelmarin.
    Lelaki berkenaan menembak mati empat orang di sebuah kafe di sini, sementara seorang lagi mangsa dalam satu kejadian rampasan kereta. Dia kemudian menembak dirinya sendiri selepas dikepung oleh pasukan polis.
    Seorang jurucakap hospital, Susan Gregg berkata, suspek meninggal dunia di Pusat Perubatan Harborview lewat kelmarin.
    Polis yang melancarkan operasi memburu suspek di sekitar kafe berkenaan, dekat Universiti Washington, bergegas ke lokasi kejadian selepas mereka dikejutkan dengan satu lagi kejadian tembakan.
    Polis berkata, seorang lelaki membunuh seorang wanita yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan merampas kereta mangsa.
    Menurut polis, mereka percaya lelaki yang sama bertanggungjawab melakukan kedua-dua serangan kejam itu.
    "Ketika itu, kami yakin akan dapat menangkap suspek," kata Timbalan Ketua Polis Seattle, Nick Metz.
    Menurutnya, suspek memandu SUV berkenaan ke bahagian barat Seattle, sebelum meninggalkan kenderaan tersebut.
    Selepas polis menemui kenderaan curi itu, mereka mengadakan operasi besar-besaran untuk memburu suspek di sekitar lokasi berkenaan.
    Suspek yang ditemui tidak lama kemudian bertindak mengacukan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan pada kepalanya.
    Akhbar Seattle Times melaporkan bahawa suspek ialah penduduk tempatan yang dikenali sebagai Ian Lee Stawicki, 40, berdasarkan sumber pihak berkuasa.
    Seorang lelaki, Andrew Stawicki, 29, memberitahu akhbar tempatan, Times bahawa penyerang tersebut ialah abangnya, Ian yang mengalami sakit mental.
    "Saya tidak terkejut dengan kejadian ini. Kami sekeluarga sudah menjangka perkara seperti ini akan berlaku. Perkara tidak baik akan berlaku apabila diri anda penuh dengan kemarahan," kata Andrew.
    – Agensi
    sumber : myMetro

    Anjing ada peguam, simpanan RM5,693

    Posted: 31 May 2012 07:30 PM PDT


    ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anjing tidak bertuan di negeri New Mexico, memiliki simpanan bank sebanyak AS$1,800 (RM5,693), laman Facebook dan sebuah kandang anjing berhawa dingin.
    Sebuah akhbar AS melaporkan anjing jantan tersebut, Blue turut mempunyai seorang peguam yang berusaha supaya haiwan tersebut tidak diikat dan boleh terus berkeliaran di sebuah kawasan tasik di sini setelah ditinggalkan sedekad lalu.
    Majlis Perbandaran Albuquerque dijadualkan bertemu para penyokong Blue pada 13 Jun depan bagi menentukan nasib anjing tersebut.
    Pemilik bersama sebuah pasar raya di sini, Janice Conner berkata, kisah Blue bermula sekitar 10 tahun lalu.
    Anjing tersebut yang ditinggalkan di sini katanya, telah dipelihara oleh seorang individu sehingga 'tuannya' meninggal dunia dua tahun lalu.
    Selepas itu, Blue berkeliaran di pasar raya berkenaan dengan anjing tersebut diberi makan dan hidup bersama komuniti tempatan hingga musim bunga lalu apabila seorang wanita berusia 48 tahun dilaporkan mati digigit beberapa ekor anjing pitbull dekat pasar raya tersebut.
    Menurut Connor, seorang wanita telah membuat aduan bahawa Blue pernah menderam terhadapnya selepas insiden tersebut.
    Seorang peguam di sini Hilary Noskin, memberitahu, dia sedang berusaha supaya Blue dibenarkan tinggal berhampiran pasar raya tersebut tanpa diikat.
    "Anjing ini ialah klien kesayangan saya, Blue seekor anjing yang baik dan tidak ganas," katanya.
    Conner berkata, penduduk di sini mendermakan lebih AS$1,800 untuk kos perubatan dan perundangan Blue selain membina sebuah kandang lengkap dengan pendingin hawa dan alat pemanas untuk anjing tersebut.
    Menurutnya, dia juga mengumpulkan lebih 1,100 tandatangan sokongan terhadap Blue di akaun Facebook Bluedog EB-Mascot untuk anjing berkenaan, - Agensi

    Kerat, makan bibir isteri

    Posted: 31 May 2012 07:15 PM PDT


    STOCKHOLM: Seorang profesor yang percaya isteri mudanya ada hubungan sulit, dikatakan memotong bibir isterinya dan memakannya kerana cemburu.
    Akhbar Sweden, Aftonbladet memetik sumber terdekat dalam kes itu sebagai berkata, "dia memotong bibir isterinya dan memakannya." 
    Kata sumber itu, " Dia tidak menyesal dengan perbuatannya. Dia fikir isterinya itu yang menyakiti hatinya."

    Laporan itu berkata, lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan, seorang profesor madya di Institut Karolinska yang terkenal, dilaporkan ditahan kerana disyaki cuba membunuh.




    Peguam wanita itu, Ingela Ekman Hessius berkata, "Sudah tentu wanita itu tidak dalam keadaan baik sama ada secara psikologi ataupun fizikal."

    Peguam itu yang berada di mahkamah semalam, memberitahu akhbar itu kliennya mengalami "kecederaan parah. Doktor belum memberitahu sama ada mereka boleh memulihkannya atau tidak."

    Penyerangnya yang kini diarahkan melakukan ujian psikiatrik, dilaporkan mempunyai beberapa orang anak dengan isteri pertama tetapi perkahwinan mereka berakhir beberapa minggu sebelum dia mengahwini isteri keduanya yang jauh lebih muda.

    Akhbar Aftonbladet berkata, baru-baru ini dia mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dan dikatakan membuat keputusan untuk menghukumnya dengan mencacatkannya.

    Sumber itu menerangkan mengapa lelaki itu memakan bibir isterinya, "Dia tidak mahu bibir isterinya dipulihkan." - AFP



    sumber : myMetro

    Pemuda gergasi ingin berteman

    Posted: 31 May 2012 07:00 PM PDT


    LAHORE: Seorang pemuda yang mengalami penyakit pelik apabila dia mempunyai kepala, kaki dan tangan gergasi terdesak untuk mencari penawar supaya dia boleh mendapat jodoh.
    Sain Mumtaz, 22, mengalami kecacatan teruk akibat sindrom Proteus menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya terus membesar. 
    Dia sudah diterima oleh penduduk setempat di kawasan kejiranannya di pinggir bandar raya Lahore, di Pakistan tetapi penyakitnya menyebabkan dia perlu menerima rawatan secara berterusan dan menyukarkannya bergerak.

    Sain dikatakan mengalami sindrom Proteus - yang turut menyerang "Lelaki Gajah" Joseph Merrick berikutan kecacatan simetri pada wajah dan tengkorak kepalanya.




    Sain sebelum ini percaya nasib malangnya itu adalah laknat Tuhan, menyebabkan dia kecewa dan murung.

    Namun, teman dan keluarga memberinya semangat dan dia kini berazam untuk terus hidup dengan baik.

    Penduduk setempat merujuk kepadanya sebagai "kawan gergasi" mereka dan berazam untuk mencari penawar buat Sain yang mengimpikan akan bertemu dengan wanita idamannya.

    Sain berkata: "Saya kelihatan seperti ini sejak lahir. Wajah, lengan dan kaki saya semuanya berbeza saiz dan orang menyangka saya tidak seperti manusia biasa yang lain.

    "Tetapi akal saya sihat dan memahami semuanya. Saya menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun semua anggota keluarga saya termasuk ibu, bapa, abang dan kakak saya dilahirkan tidak dengan keadaan begini.

    "Sebelum ini, orang melarikan diri daripada saya, tetapi kini mereka melayan saya secara normal dan duduk serta berbual dengan saya ketika saya berada di luar.

    "Mereka memanggil saya kawan mereka. Satu hari kelak, saya harap dapat sembuh dan bertemu dengan wanita yang akan mencintai saya," katanya.

    Sain tidak pernah berjumpa doktor sejak dia kanak-kanak apabila diberitahu dia menghidap sindrom Proteus dan tiada apa dapat dilakukan untuk membantunya.

    Sekiranya Proteus adalah diagnosis betul atas penyakit dialami mungkin tiada apa dapat dilakukan untuk mengurangkan berat kaki dan tangannya yang besar itu.

    Namun, keluarganya masih berharap Sain menderita penyakit ketumbuhan lain dan jika ia benar mungkin ada rawatan yang dapat menyembuhkannya.

    Bapanya, Wazir Ali berkata: "Kami mahu tahu apa yang tak kena dengannya dan sama ada terdapat sesuatu yang dapat dilakukan bagi memperbaiki kehidupan sehariannya.

    "Dia menaruh harapan untuk masa depan, satu hari kelak dia akan menjalankan perniagaan beca dan mendapat isteri," katanya. - DM



    sumber : myMetro

    Pencuri bakar rumah

    Posted: 31 May 2012 06:45 PM PDT


    KAMPAR: Sekumpulan anggota geng pecah rumah bukan saja melarikan barangan berharga dari rumah mangsa, malah tergamak membakar rumah berkenaan hingga hangus, awal pagi semalam.
    Dalam kejadian itu, penjenayah dikatakan mengumpil jeriji besi pada tingkap dapur rumah mangsa di Taman Bandar Baru Kampar, di sini, sebelum menceroboh masuk ke rumah teres satu tingkat itu.

    Ketika kejadian, pemiliknya, Zulkifli Mohd Yusof, 60, seorang pesara polis tiada di rumah kerana berada di Kuala Lumpur.


    Zulkifli yang ditemui berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan jirannya, kira-kira jam 8 pagi.

    Menurutnya, dia yang menghabiskan cuti sekolah di rumah anaknya di ibu negara terkejut apabila menerima berita kebakaran yang memusnahkan hampir semua barang berharga dan dokumen penting di kediamannya itu.


    "Saya tidak mengesyaki sesiapa, cuma sedih kerana kebakaran itu mengakibatkan semua barang berharga dan dokumen penting hangus.




    "Sebelum ini, jarang berlaku kejadian pecah rumah atau kebakaran di kawasan ini. Kebakaran itu menyebabkan saya kerugian lebih RM100,000," katanya.

    Jiran mangsa, Lop Shoib, 62, berkata, dia menyedari kebakaran itu selepas terhidu bau asap dari rumah mangsa.


    "Saya dapat lihat asap hitam berkepul keluar dari tingkap rumah mangsa sebelum segera menghubungi anggota bomba dan penyelamat," katanya.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.56 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.


    Menurutnya, seramai 22 anggota berjaya mengawal kebakaran dalam masa empat minit.


    "Ketika tiba di lokasi kejadian, asap hitam keluar berkepul dari bilik tidur rumah berkenaan. Anggota kita terpaksa memecah pintu belakang rumah mangsa untuk memadamkan kebakaran.


    "Siasatan awal mendapati jeriji besi di tingkap belakang rumah mangsa diumpil dipercayai dilakukan individu yang memecah masuk kediaman berkenaan," katanya.


    Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari almari yang terbakar di bilik tidur utama serta katil dan perkakas yang turut terbakar di bilik tidur kedua.



    sumber : myMetro

    Anak cedera digilis forklif

    Posted: 31 May 2012 06:30 PM PDT


    KUALA TERENGGANU: "Saya terkejut dan cepat-cepat menghentikan jentera pengangkut barang (forklif), selepas terdengar teriakan anak meminta tolong.
    "Remuk hati saya apabila suara itu datang daripada anak yang berada di bawah jentera yang saya pandu," kata seorang wanita berusia 29 tahun yang enggan dikenali menceritakan detik cemas apabila dia tergilis anaknya ketika membersihkan ruang kedai barangan logam miliknya di Kampung Merchang, Marang petang Selasa lalu. 
    Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Mohd Aiman Abd Rahman, 7, bersama dua adiknya meluru ke depan jentera pengangkut dipandu ibunya yang sedang mengundur.

    Tindakan pelajar tahun satu Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang itu membawa padah apabila dia tersembam ke bawah dan digilis jentera berkenaan ketika ibunya cuba memandu ke depan.



    SUMBER : MYmetro

    Bunuh isteri baru kahwin

    Posted: 31 May 2012 06:15 PM PDT


    BUKIT MERTAJAM: Akibat tidak puas hati dengan hasil jualan gerai makan didakwa dibolot sepenuhnya oleh isteri, seorang lelaki warga Myanmar tergamak mencekik hingga mati wanita yang baru dikahwininya itu, baru-baru ini.
    Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah kampung di Perai, dekat sini, Ahad lalu, suspek berusia 20 tahun didakwa membunuh isterinya dikenali sebagai Hema, 22, selepas mendakwa mangsa membolot kesemua hasil jualan perniagaan dan kemudian menghantar kepada keluarganya di Myanmar.
    Difahamkan, walaupun masih dalam tempoh 'berbulan madu' selepas pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, kemarahan melampau akibat tidak diberikan wang hasil jualan mendorong suspek bertindak demikian.

    Sejurus mencekik isterinya, suspek terbabit dikatakan menghantar mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan mendakwa isterinya membunuh diri dengan menggantung diri.



    SUMBER : MYMETRO

    Jurutera Tanggang,buang bapa nyanyuk ke pusat jagaan

    Posted: 31 May 2012 06:00 PM PDT


    JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku dia anak warga emas itu, sebaliknya mendakwa dia hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan.
    Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak.
    Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Norijah Bidin berkata, jurutera terbabit yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.

    "Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.




    "Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.

    "Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan untuk berkomunikasi selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya," katanya di sini, semalam.



    sumber : myMetro

    Bakal pengantin mati berdiri

    Posted: 31 May 2012 05:45 PM PDT


    IPOH: Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya hari ini ditemui mati dalam keadaan misteri dengan mayatnya ditemui dalam keadaan leher terjerut berhampiran sebuah kawasan perkelahan terkenal, awal pagi semalam.
    D Saravanan, 38, ditemui pengunjung pusat perkelahan Lubuk Timah, Jalan Cameron Highlands, Simpang Pulai di sini, pada jam 8 pagi dalam keadaan berdiri dan tergantung pada sebatang pokok di tepi sungai di tempat kejadian.

    Mangsa mulanya disyaki membunuh diri, namun kejadian itu menimbulkan rasa curiga polis dan orang ramai apabila mendapati kaki mangsa masih memijak tanah.


    Pekerja pusat perkelahan itu, Talib Dahaman, 65, berkata, dia dimaklumkan penemuan mayat mangsa oleh seorang pengunjung tetap yang berada di kawasan perkelahan itu.

    "Selalunya saya datang bekerja di sini sekitar jam 6 pagi, namun hari ini (semalam) hanya datang jam 8.30 pagi kerana mempunyai urusan di rumah. Sebaik tiba, saya dimaklumkan seorang pengunjung yang menemui mayat mangsa dengan lehernya terikat tali pada sebatang pokok di tepi sungai.


    "Saya memberitahu pengurus, Amiruddin Ishak berhubung kejadian itu sebelum polis dimaklumkan. Ketika ditemui, lelaki itu lengkap memakai kemeja-T dan berseluar lusuh," katanya.



    Menurutnya, dia tidak percaya mangsa mati akibat menggantung diri kerana kedua-dua kaki mangsa menyentuh tanah.

    Talib yang sudah bekerja lebih tiga tahun di pusat perkelahan itu mendakwa kejadian itu pertama kali dialami walaupun pernah berlaku kes lemas sekitar 2008.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan dan siasatan berkaitan punca kematian mangsa masih dilakukan.

    "Polis masih menyiasat motif kejadian dan kereta Perodua Kelisa milik mangsa turut ditemui di tempat kejadian," katanya.


    Ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam juga enggan memberi sebarang ulasan berhubung kes itu.



    sumber : myMetro

    Apa yang ditunjukkan oleh lelaki ini kepada teman wanita di tepi pantai?

    Posted: 31 May 2012 05:30 PM PDT




    agaknya apa yang ditunjukkan lelaki ini
    kepada teman wanita ini?
    jom
    kita
    lihat
    dibawah
    ini
    v


    v


    v




    rupanya dia melamar kekasihnya....gempak

    Manusia pelik dlam bas ini buat pak cik sebelah pening kepala

    Posted: 31 May 2012 05:15 PM PDT


    Lembu terlalu dahaga minum susu sendiri

    Posted: 31 May 2012 05:00 PM PDT


    Lembu ini terlalu haus mungkin, itu sebabnya dia minum susu sendiri. Salah seorang doktor haiwan berkata: "Dia jelas menikmati dirinya sendiri dan ianya tidak membahayakannya tetapi saya tidak yakin petani akan sangat senang jika semua lembu lain mula melakukannya juga."

    Pemilik nya berkata, "Lucy lembu kami minum susu sendiri! Saya seperti wow, dan kemudian saya tertawa."













    Beginilah jadinya jika lelaki jadi penghias kalendar

    Posted: 31 May 2012 04:45 PM PDT








    boleh tak agaknya????



    Bapa geram seret anak dalam keadaan bogel

    Posted: 31 May 2012 04:30 PM PDT

    Bila seorang menjadi geram..


    HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.

    Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

    Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.

    Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.

    Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.

    Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

    "Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi

    Brutal betul cara bergurau tuan dan anjingnya ini

    Posted: 31 May 2012 04:15 PM PDT







    Tapi akhirnya sayang juga anjing ini pada tuannya...


    Rela Cuci Kaki Guru Demi Lulus Ujian Nasional

    Posted: 31 May 2012 04:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM, SURYA - Ujian Nasional rupanya memang menjadi sesuatu menakutkan untuk sebagian pelajar. Demi menghadapi ujian tersebut, sejumlah persiapan, baik secara mental ataupun spiritual dilakukan.

    Seperti dilakukan para pelajar Madrasah Aliyah (MA) Ash-Shomadiyah Tuban, Khamis (14/4/2011) pagi. Satu persatu pelajar MA yang terletak di Jl KH Agus Salim, Kota Tuban tersebut mengikuti 'ritual' penghormatan dengan cara membasuh kaki guru menggunakan air dari sebuah kolam kecil yang telah disediakan.

    Sebelumnya, acara diawali dengan upacara di halaman sekolah. Para guru pun memberi semangat kepada spelajar dalam menghadapi Unas. Selanjutnya, barulah 'ritual' itu dimulakan.

    Satu demi satu kaki para guru itu dicuci bersih dengan air oleh pelajarnya. Demikian khidmat acara itu belangsung. Para pelajar terlihat sangat tulus membasuh kaki para pendidik yang telah mengajar mereka selama ini.

    Suasana menjadi haru. Beberapa guru yang kakinya dibasuh ikut menitiskan air mata. "Semoga kamu boleh menjalani Unas ini dengan baik dan sukses, ya nak. Semoga kalian menjadi orang yang sukses semuanya," ujar seorang guru ketika memeluk murid yang baru saja membasuh kakinya.

    Bukan hanya guru yang terbawa dalam suasana ini. Sejumlah pelajar pun ikut menangis, terharu dengan apa yang mereka lakukan. "Saya terharu, sampai tidak kuat menahan tangis," kata Siti Yunita, salah seorang pelajar.

    Mereka mengaku, sedar selama ini banyak melakukan kesalahan kepada guru. Sehingga menjelang akhir masa studi, belum pernah menyampaikan rasa terima kasih kepada orang-orang yang telah membimbingnya selama ini.

    Ketua MA As-Shomadiyah, Riza Habibi berkata, kegiatan mencuci kaki guru itu merupakan bentuk simbol dan penghormatan dari para pelajar kepada gurunya. "Selain sebagai bentuk penghormatan, ini juga kegiatan pelajar untuk mohon doa restu kepada para guru menjelang pelaksanaan ujian," kata Riza.

    Setelah menjalani ritual tersebut, para pelajar kemudian melanjutkan acara dengan menggelar deklarasi 'Unas Jujur'. Mereka berjanji akan melakukan Unas dengan sejujur-jujurnya tanpa ada yang meniru atau bahkan menggunakan soalan bocor.

    Tak hanya itu, setelah doa bersama dan berikrar 'Unas Jujur', para pelajar dan gurupun menandatangani  deklarasi 'Unas Jujur' yang telah disediakan pihak sekolah. Bahkan, Wakapolres Tuban Kompol Yandri, perwakilan dari Dinas Pendidikan beserta para guru juga ikut tanda tangan.

    "Kami sangat mendukung aksi deklarasi 'Unas Jujur' seperti ini. Sebab, yang diharapkan pemerintah mahupun semua pihak adalah ujian yang dilakukan dengan jujur sehingga hasilnya benar-benar sesuai dengan kemampuan siswa. Kami berharap, tidak akan ada lagi bocoran-bocoran soal sebagaimana yang pernah terjadi pada ujian-ujian lalu," ujar Endang Tri Media, perwakilan dari Dinas Pendidikan Tuban.

    Tindakbalas gula-gula mentos dicampurkan dengan coca-cola

    Posted: 31 May 2012 11:00 AM PDT

    Beginilah tindakbalas gula-gula mentos bila dicampurkan dengan coca-cola







    Cara meletakkan kereta jika tiada petak untuk meletakkan kereta

    Posted: 31 May 2012 10:30 AM PDT

    Beginilah aksi seorang wanita yang menggunakan kebijakkannya.
    Cara dia meletakkan kenderaannya begitu unik...
    dia boleh dan bila -bila masa untuk meletakkan kenderaannya..
    walaupun tiada tempat untuk meletakkan kenderaan...