Adsense

Khamis, 29 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Party Hari Jadi Iqram Dinzly Ke 30

Posted: 29 Sep 2011 09:54 PM PDT

Semalam, Budiey dijemput untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Jadi pelakon Iqram Dinzly yang ke-30 di tingkat 39, PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Majlis yang berlangsung dengan suasana penuh santai dan sederhana ini dihadiri oleh rakan-rakan selebriti terutama rakan artis yang begitu rapat dengan Iqram Dinzly. Turut dijemput keluarga dan sahabat serta media yang banyak membantu dan menyokong karier pelakon kacak ini. Selain sesi potong kek, secara simboliknya, Iqram turut melepaskan 3 ekor merpati dan 3 belon yang melambangkan kasih, cinta dan sayang dalam hidupnya.

Budiey sangat berterima kasih menjadi salah seorang rakan media yang dijemput sendiri oleh Iqram Dinzly. Terima kasih banyak IQ!

Majlis seakan tak sah kalau tidak dihadiri oleh ibu bapa Iqram dan juga teman tapi mesranya, pelakon Fouziah Gous. Selain dihiburkan oleh band jemputan, majlis ini turut dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi Fazli Zainal dan Bob.

Selamat Hari Jadi yang ke-30, Iqram Dinzly… Semoga terus sukses dalam karier lakonan dan cepat-cepat kahwin, okay?

Gambar Selebriti di Party Hari Jadi Iqram Dinzly Ke 30

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Ehen-ehem… romantik tuuuu…

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Awal Ashaari

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Rebecca Nur Islam

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Pelakon Nabila Huda

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Ooh ini bukan selebriti ya, ini kek hari jadi IQ.

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Pelakon Fizz Fairuz

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

PR terkenal, Bill Bora

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Pelakon Zed Zaidi

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Budiey & Awal Ashaari

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Bob & Fazli Zainal

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Kakak Ipar Fouziah Gous?

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Fazli Zainal

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Jaydee, wartawan Berita Harian

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Sabhi Sadhi

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Bob

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Talha Harith

Hari Jadi Iqram Dinzly ke 30

Penyanyi Jemputan

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jawapan Trivia: Jam Casio G-Shock Milik Iqram Dinzly
  • Gambar Iqram Dinzly Dengan Putri Aurora
  • Jawapan Trivia: Pasangan Romantis Iqram Dinzly & Fouziah Gous
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • 25 Selebriti Peraga Baju T Ulangtahun TV3
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord's Tailor di Hotel Genting
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Sekitar 'Suprise Birthday Party For Deborah Henry'
  • Muhammad Azim Pemenang Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM

    Posted: 29 Sep 2011 08:28 PM PDT

    Sejurus selepas event prebiu program Cartoon Network yang diadakan di Bangsar semalam, Budiey sempat lagi singgah di Tropicana City Mall untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pemenang Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM. Budiey nak ucapkan tahniah buat Muhammad Azim Bin Salim, peserta yang ke-46 menekan alat penggera dan bernasib baik kerana penggera yang ditekan itu rupanya adalah penggera yang menyalakan lampu kereta Proton Inspira. Bestnya dapat kereta.

    Menurut kata pemenang yang bekerja sebagai peguam ini, kereta ini sangat bermakna kerana beliau sebenarnya tak sangka menang. Ini adalah kereta yang ketiga untuk beliau. Tahniah sekali lagi.

    Suria FM sekali lagi ingin meraikan para pendengar dengan hadiah kereta dan juga duit raya. Sebagai tanda penghargaan kepada pendengar-pendengar setia Suria FM, pada 29 Ogos yang lalu Suria FM telah menganjurkan 'Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM' bagi meraikan para pendengar. Kuiz ini telah ke acara kemuncaknya apabila seorang pendengar bertuah telah berjaya membawa pulang 'kereta raya' Proton Inspira dan juga sejumlah duit raya.

    IMG_0397

    Beliau yang dimaksudkan ialah pendengar yang ke-46 iaitu Muhammad Azim Bin Salim, seorang peguam yang berasal dari Cheras. Beliau telah berjaya mengondol sebuah kereta Proton Inspira dan duit raya RM50.

    Berlangsung selama 1 bulan, pendengar hanya perlu meneka di manakah 'Kerinting Three' dari segmen Breakfast@Suria yang melarikan Proton Inspira tersebut berada. Dari semasa ke semasa, klu akan diberikan oleh penyampai Suria FM secara 'on-air', laman web Suria FM, Facebook Suria FM dan juga Twitter Suria FM. Setelah mendapat klu tersebut, pendengar perlu SMS pada Suria FM dan penyampai akan menghubungi pendengar bertuah tersebut untuk mendapatkan jawapan lokasi terkini 'Keringting Three'. Setiap pendengar yang memberikan jawapan lokasi yang tepat akan berpeluang memenangi satu kunci untuk ke acara finale.

    Acara yang gilang-gemilang ini berlangsung pada 29 September 2011 ( Khamis), bertempat di Tropicana City Mall, Petaling Jaya pada jam 3.00 hingga 6.00 petang.

    Esok, 1 Oktober 2011, Sabtu, Suria FM akan mengadakan Konsert Kemuncak Raya Suria FM 2011 bersama MYEG di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya dengan menghimpunkan nama-nama besar seperti Dato' Siti Nurhaliza, Dato' M.Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, One Nation Emcees, Mawi, Adira, Yazer dan Awi Rafael. Pembaca semua dijemput hadir dan datanglah beramai-ramai kerana konsert ini adalah PERCUMA!

    IMG_0437

    IMG_0402

    Tentang Suria FM
    Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.0 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

    IMG_0412

    IMG_0420

    IMG_0429

    IMG_0441wtmk

    IMG_0441

    IMG_0386

    IMG_0388

    IMG_0391

    IMG_0393

    IMG_0394

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Farawahida di Pemenang Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM
  • Jom Sertai Kuiz Bapaku Sayang di Suria FM
  • Sidang Media Konsert Kemuncak Raya Suria Fm 2011 & Rumah Terbuka
  • Sekitar Santai Hujung Minggu Bersama Klik Suria
  • Gambar Pemenang Kuiz Teka Suara Siapa di Suria FM
  • JOM SERTAI KUIZ TEKA SUARA SIAPA DI SURIA FM
  • Program Menarik Suria FM Sepanjang Ramadan 2010
  • Suria FM Lancar SURIA FM RANCAK TOUR
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Madagascar Escape 2 Africa
  • Trivia: Kereta Selebriti Ke?
  • borak kosong

    borak kosong


    Foto Putusnya Kepala Ditiang Gantung

    Posted: 29 Sep 2011 09:35 PM PDT

    Hukum Gantung kedengerannya agak seram, seseorang yang dihukum mati harus mati ditiang gantungan biasa terjadi di China,

    Hukum di negara ini memang tegas jika hukumannya mati ya memang mati, tapi tidak semua berjalan mulus, jika terhukum sudah dinyatakan meninggal oleh doktor baru tersalah dilepaskan dari tiang tempat menggantungnya dan baru dikebumikan atau dikuburkan.

    Tapi foto yang berikut ini entah kerana terlupa atau memang disengaja maka kepala terhukum sampai putus dari badannya. Cuba lihat gambar dibawah...




    sumber : aspal-putih.blogspot.com

    Lelaki yang jadi buruan polis bekerja sebagai warden penjara

    Posted: 29 Sep 2011 08:45 PM PDT


    BEIJING: Seorang lelaki yang diburu pihak berkuasa ditemui bekerja sebagai warden penjara - 10 tahun selepas dia didapati melarikan bagi mengelak didakwa di mahkamah, lapor Beijing News, semalam.

    Wang Zhijia, 37, didakwa menyerang dan mencederakan isterinya 10 tahun lalu selepas kedua-dua mereka bertengkar.


    Beberapa hari lalu, lapor akhbar itu, Wang ditemui bertugas di penjara Anhui, kira-kira 260 kilometer dari rumahnya di tengah China.


    Wang menyamar sebagai abangnya untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pembantu pasukan polis di Anhui pada 2008 sebelum bertugas sebagai warden penjara dua bulan lalu. Penyamaran Wang terbongkar selepas polis mengesan berlaku pertindihan identiti. - AFP

    Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan

    Posted: 29 Sep 2011 07:45 PM PDT


    PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

    Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

    Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

    Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

    Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

    "Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi

    sumber : kosmo online

    ‘Beckham’ koma akibat pendarahan dalam otak

    Posted: 29 Sep 2011 06:35 PM PDT


    SUBANG JAYA: "Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan anak tunggal mengalami pendarahan dalam otak mungkin akibat hentakan atau gegaran kuat," kata bapa kepada seorang bayi berusia tujuh bulan yang tidak sedarkan diri, sejak Isnin lalu.

    Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Megat, 29, berkata, bayi lelakinya yang diberi jolokan 'Beckham' oleh jururawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di sini, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

    Selepas Beckham gagal dikejutkan dari tidur, pengasuh menghubungi Megat di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang kira-kira jam 4.30 petang, sebelum bayi itu dikejarkan ke hospital berhampiran.

    Menceritakan kejadian itu, Megat berkata, pada pagi kejadian, dia menghantar anak lelakinya itu ke pusat asuhan itu seperti biasa.



    Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 29 tahun kerap menghubungi pusat asuhan itu bagi mengetahui keadaan anak tunggal mereka dan membuat panggilan terakhir kira-kira jam 12 tengah hari pada hari kejadian sebelum diberitahu pengasuh sedang memberikannya susu untuk tidur.


    "Bagaimanapun, kira-kira jam 4.30 petang, seorang pengasuh di pusat itu menghubungi saya dan memberitahu anak kami tidak bangun-bangun selepas ditidurkan," katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

    Ibu Muda Tewas Akibat Overdose Ubat Flu

    Posted: 29 Sep 2011 05:45 PM PDT


    VIVAnews - Ramai orang mengubati sakit yang dianggap ringan dengan ubat-ubatan yang dijual bebas. Seringkali pula mereka mengkombinasikan ubat pasaran dengan ubat yang disarankan doktor. Seperti yang dialami seorang ibu muda, Donna Bishop. Dia tewas akibat overdose ubat flu.

    Pengadilan Worcesterhire di Stourport-on-Severn mendengar penjelasan bahawa Donna Bishop, 25, sempat melakukan perjalanan ke Scotland sebelum Natal dan mengunjungi seorang teman, Siobhan Dunn. Di sinilah dia mulai merasakan gejala flu.

    Menurut Dunn, selama sakit Donna meminum ubat dalam jumlah 'sangat banyak'. Dia juga menderita sakit flu beberapa kali sebelumnya. Kembali ke rumahnya di Worcesterhire, ibu beranak satu itu terus memakan ubat flu, ubat batuk dan sejenis minuman penghalau flu sebelum akhirnya menyerah dan ke doktor. Doktor mendiagnosisnya mengalami infeksi hati dan meresepkannya antibiotik.

    Namun, Donna melanjutkan pengubatan sendiri dengan meminum parasetamol, minuman hangat rasa jeruk yang diklaim mampu mengatasi gejala flu serta ubat batuk.

    Dalam hitungan hari, kesihatannya memburuk cepat. Ia kembali ke hospital dengan keluhan nyeri perut, sulit menelan, kaki goyah dan kulit, mata dan rambut menguning. Kerana keadaannya makin memburuk, Donna dirawat. Doktor pun meminta ujian untuk mengetahui penyebab kulitnya menguning.

    "Dia sempat berhalusinasi dan gelisah selama dirawat," ungkap salah seorang jururawat seperti dikutip Daily Mail.

    Meski menyangkal meminum parasetamol, Donna akhirnya meninggal sehari kemudian, 4 Januari 2011. Hasil pemeriksaan menunjukkan kematian Donna diakibatkan kerosakan hati kerana overdose parasetamol.

    Aksi B-Boy Terbaik Dari Seluruh Dunia di IBE 2011 [Video]

    Posted: 29 Sep 2011 11:01 AM PDT


    Setiap tahunnya, B-boy terhebat dari seluruh dunia terpanggil jiwanya dalam acara International Breakdance Event di Heerlen, Belanda. Dan untungnya berkat YouTube, kita semua boleh menyaksikan gerakan-gerakan spektakuler mereka cukup dengan berada di depan layar monitor.-idbite.com

    Astaga Kanak-kanak 2 Tahun Kunyah Kondom Yang Di Jumpai di Arena Permainan Sebuah Restoran Cepat Saji

    Posted: 29 Sep 2011 10:30 AM PDT


    VIVAnews - Seorang ayah mengatakan merasa sangat terkejut sekaligus jijik saat menemukan anak perempuannya berumur dua tahun tengah asyik mengunyah kondom ketika berada di kawasan permainan di sebuah restoran cepat saji di Australia bahagian barat.

    Dia sedang makan siang di restoran tersebut, Sabtu minggu lalu waktu setempat sementara anaknya dilepas untuk menikmati berbagai permainan yang ada di sana. Betapa terkejutnya ketika si ayah menjemput anaknya dan menemukan kondom dalam mulutnya.

    "Saya benar-benar muak. Orangtua yang ada di sekitar kami langsung menarik anaknya keluar dari arena bermain dan hampir saja melompati pagar arena," kata si ayah kepada surat khabar West Australian seperti dikutip dari news.com.au.

    Lelaki itu mengatakan, dia segera mencuci tangan dan mulut anaknya serta akan terus memantau kesihatan buah hatinya.

    Setelah menunjukkan kondom yang dimakan sang anak kepada manager restoran, dia diberitahu bahawa itu adalah kondom kedua yang ditemukan di arena bermain pada hari yang sama.

    Juru cakap restoran cepat saji ini menegaskan perusahaan sedang menyelidiki insiden di outlet Geraldton. Dia menambahkan, perusahaan memperlakukan masalah itu 'sangat serius'.

    "Kebersihan dan keamanan adalah prioriti utama perusahaan, dengan pergantian manager untuk memeriksa semua bidang, termasuk ruang makan, ruang istirahat dan taman bermain," katanya.

    Ngeri..Kawan tertembak anak panah pada lelaki ini semasa berburu

    Posted: 29 Sep 2011 09:45 AM PDT

    "I saw him like a pig,so I shoot him".But this guy is still strong. He is still alive and still able to move and others."Ummm, I shot my friend in the head with a bow arrow… We're in the
    middle of a forest, we went bow hunting. Can you send an ambulance real quick.He's still talking but a stick protrudes from his skull…"




    sumber : xtremesick

    Wow,Dermawan Misteri Tinggalkan 10 juta Yen di Toilet Umum

    Posted: 29 Sep 2011 08:45 AM PDT

    Mata wang yen Jepun (www.imoneybuzz.com)

    TRIBUNNEWS.COM, JEPUN - Seorang dermawan yang tidak ingin diketahui identitInya meninggalkan wang sebanyak 10 juta yen di sebuah toilet umum untuk orang cacat di pusat perbelanjaan Sakado, Jepun.

    Seperti dilansir BBC, wang tersebut dibungkus dalam beg plastik dan ditemukan pada 22 September lalu.

    Tumpukan wang ini disertai tulisan pesan yang berbunyi,"Saya sebatang kara. Saya tidak mempunyai masa depan jadi biarkan warga Tohuku menggunakan wang ini."

    Tohuku adalah wilayah Jepun di bagian utara yang digoncang gempa bumi dan tsunami March lalu.

    Para pejabat Sakado mengatakan gerak-gerik dermawan tidak terdeteksi.

    "Tidak ada saksi dalam peristiwa ini dan kita tidak boleh mereka-reka orang seperti apa yang melakukan ini," jelas juru cakap pemerintah daerah Sakado, Masumi Sekiguchi.

    Dia menambahkan, pihak berkuasa betul-betul terkejut dan berterima kasih atas kebaikan hati dermawan misteri tersebut.

    Mereka merancang menyerahkan wang tersebut kepada Palang Merah Jepun bila tidak ada yang mengaku dalam waktu tiga bulan.

    Bencana alam dasyat di Jepang baru-baru ini telah menunjukkan kemurahan hati dan kejujuran rakyat negara itu, lapor wartawan BBC di Tokyo, Roland Buerk.

    Sebelumnya ditemukan wang tunai di kawasan bencana dan wang tersebut kemudian diserahkan kepada polis.

    Beberapa waktu kemudian juga ditemukan brangkas berisi puluhan juta dolar di tengah runtuhan.

    Wow 3 beradik mempunyai tarikh lahir yang sama

    Posted: 29 Sep 2011 07:45 AM PDT


    LONDON - Seorang bayi terlahir dengan tarikh kelahiran yang sama dengan kedua abangnya.

    Kyle Kellett yang baru saja dilahirkan pada 20 September medmpunyai hari ulang tahun yang sama dengan kedua abangnya, Keirang (6) dan Kaiden (3).

    Sementara kedua orangtuanya Kellet (24) dan Merv Jeans (35), masih tidak percaya bahawa mereka berhasil mendapatkan hari tersebut secara kebetulan.

    "Saya tidak percaya berhasil lagi. Ini sangat menyenangkan. Kini saya memiliki tiga K pada tanggal lahir yang sama," ujar sang ibu Sammy dengan bangga.

    Ketiga anak laki-laki tersebut tidak hanya lahir pada tanggal yang sama, tapi mereka juga lahir di hospital yang sama pula di Royal Preston.

    Seperti dilansir The Sun, Kamis (29/9/2011), bulan ini merupakan bulan yang sangat mahal bagi keluarga tersebut, pasalnya sang ayah Merv merayakan hari ulang tahunnya dua hari setelah ketiga anaknya ulang tahun.(rhs)

    sumber : international.okezone.com

    Heidi Si Tupai Peramal Pemenang Oscar Telah Mati

    Posted: 29 Sep 2011 06:45 AM PDT


    LEIPZIG - Apakah Anda masih ingat akan keberadaan Heidi, seekor tupai bermata juling yang sensasional kerana kepandaiannya meramal pemenang oscar beberapa bulan lalu?

    Tupai yang memiliki penggemar sebanyak 332.963 orang di jejaring sosial Facebook ini dikhabarkan secara rasmi oleh pihak zoo Leipzig, wilayah timur Jerman, telah mati.

    "Si tupai juling Heidi telah menutup mata untuk selama-lamanya," ujar petugas zoo Leipzig, sebagaimana dilansir Telegraph, Kamis (29/9/2011).

    Haiwan berusia tiga setengah tersebut sebelumnya telah dirawat selama berminggu-minggu kerana masalah kesihatan.

    Tupai tersebut menderita kelebihan berat badan yang teruk. Hal tersebut juga lah yang menyebabkan kejulingan pada matanya. Pola makan yang buruk menghasilkan timbunan lemak menyembul dari belakang bola matanya, sehingga terlihat seperti juling.(rhs)

    Jom kita lihat apa yang wanita kata mengenai lelaki ini

    Posted: 29 Sep 2011 05:45 AM PDT

    Wah istimewa betul lelaki ini...jom kita lihat
    apa yang wanita kata mengenai lelaki ini...

    v



    v


    v




    Agaknya inilah lelaki yang tertidur dari muda sampai tua

    Posted: 29 Sep 2011 05:00 AM PDT


    begitu hebat kuasa photoshop...

    Saat momen indah anak kura-kura bermain dibadan dan kepala mamanya

    Posted: 29 Sep 2011 04:45 AM PDT



    sumber gambar : klikunic.com

    Dapur Termewah Dan Termahal Di Dunia

    Posted: 29 Sep 2011 03:40 AM PDT

    Jika anda yang inginkan nampak mewah maka ini dapur terbuat dari emas 24 karat dan kaca Venesia mungkin saja untuk anda.

    Tetapi bila melihat tagnya berharga £ 300.000 - lebih dari harga rumah di Inggris - mungkin membuat anda pergi.

    Dirasmikan di acara Desain 100% di Earls Court akhir minggu ini, Colosseo Oro dapur dari London Desain Marazzi dianggap dapur yang paling mahal di dunia.Hanya sepuluh akan dibuat, dengan fitur mewah termasuk 24 karat emas, kulit buaya timbul, kristal Swarovski gemerlap lampu dan worktops dipernis.Peralatannya sahaja berharga £ 55.000


    Semua permukaan dan almari adalah buatan tangan-siap dengan 12 lapisan pernis dan pembangunan lengkap ukuran 4 meter.

    Dapur dan peti sejuk ditempatkan di pusat, diselimuti oleh workstation dan tempat duduk melingkar bar sarapan.

    Pada £ 300.000sangat mewah lebih dari harga rumah di Inggris rata-rata yang ketika ini berharga £ 228.095.




    Kucing paling dimanjakan dapat tuala baru setiap hari

    Posted: 29 Sep 2011 02:30 AM PDT


    WALES - Sungguh beruntung kucing ini memiliki tuan Lana dan Dave Rowe, pasangan ini sangat memanjakannya dan menganggapnya seperti anak sendiri.

    Pasangan dari Wales ini mengatakan, bahawa Marty merupakan kucing yang paling di manja di Inggris.

    Lana dan Rowe pun tak segan mengeluarkan wang besar dan perhatian mereka kepada Marty.

    Marty diberikan tempat tidur ukuran besar dan mendapatkan tuala baru setiap harinya, mendapatkan hadiah pada hari Natal, serta makan besar bagai seorang raja di restoran Tuna Thursday.

    Menurut kedua pasangan tersebut, mereka mengasuh Marty ketika usianya masih lapan minggu. Mereka menghabiskan wang sebanyak 70 poundsterling sebulan.

    "Kami mungkin memang berlebihan dalam mengasuhnya. Tapi tidak ada yang memahami bahawa Marty sudah seperti anak kami," ujar Rowe seperti dilansir Orange, Kamis (29/9/2011).(rhs)

    Nenek gelak besar buah yang ditanamnya berbentuk kemaluan lelaki

    Posted: 29 Sep 2011 01:40 AM PDT

    Beginilah keadaan mayat budak yang dilenyek kereta

    Posted: 29 Sep 2011 12:45 AM PDT


    ngeri....
    sumber gambar : xtremesick

    Siapa Pereka Seragam Nazi?

    Posted: 28 Sep 2011 11:25 PM PDT

    huffingtonpost.com

    INILAH.COM, Berlin – Sebuah pusat fesyen ternama Jerman, menjumpai sejarah kegiatannya dan menemukan, ternyata mereka ikut mereka pakaian seragam Nazi. Siapa?

    Pereka yang saat ini dikenal dengan label Hugo Boss, melakukan sebuah kajian yang hasilnya membuktikan mereka ikut memproduksi seragam tentara Adolf Hitler. Meski begitu, Boss bukanlah penjahit peribadi Hitler.

    Hugo Ferdinand Boss adalah desainer seragam Nazi dan bekerja secara personal untuk Hitler telah beredar selama beberapa tahun ini. Baik oleh media Jerman, mahupun media internasional lainnya. Terutama kerana Boss kini telah menjadi pereka multinasional.

    Hal inilah penyebab Boss Group mendanai kajian oleh University of Munster. Sayang, hasilnya tidak dipublikasikan kerana Boss menganggapnya kurang bukti dari sisi sejarah. Baru hasil kedua inilah yang akhirnya dipublikasikan.

    Dalam buku berbahasa Jerman, 'Hugo Boss 1924-1945', dikisahkan peranan perusahaan itu dalam pendudukan Nazi. Saat didirikan, perusahaan Boss membuat seragam untuk Wehrmacht atau angkatan bersenjata, SS atau pasukan keamanan dan Hitler Youth.

    Menurut sejarawan Munich yang menulis buku itu, Roman Koster, 40 tahanan perang dari Perancis dan 140 buruh paksa bekerja membuat seragam Nazi di Metzingen. Namun begitu, Hugo Boss tak langsung terlibat.

    Ada indikasi, Boss yang meninggal pada 1948, prihatin pada pekerjanya dan sering memberi mereka lebih banyak makanan. Koster juga menyatakan, perusahaan Boss membiayai pembuatan buku tersebut dan sama sekali tak berusaha mempengaruhinya agar menuliskan hal-hal baik.

    "Dengan segala hormat, Boss Group mempublikasikan buku ini agar masalah ini jelas. Mereka juga ingin menyampaikan permintaan maaf bagi siapapun yang tersiksa bekerja paksa di kilang Hugo Ferdinand Boss saat kepemimpinan Nazi," tegasnya. (HFP)