Sensasi |
- 10 perkara yang anda tak tahu semasa majlis pernikahan Norman dan Memey
- Atilia pandu kereta Toyota Wish sampai masuk Longkang
- Azwan Ali bermasam muka dengan Ifa Radziah gara-gara ssalah faham BBM
- Neelofa nafi bercinta dengan Hans Isaac,tidak minat bercinta dengan artis
- Video Zira memakai pakaian pengantin dan Nabil amalkan membaca akad nikah setiap malam
- Antara Komen kutukan dan pujian Persandingan Jutaan Ringgit Norman dan Memey
- Gambar Perkahwinan memey dan Norman yang bernilai 12 juta
10 perkara yang anda tak tahu semasa majlis pernikahan Norman dan Memey Posted: 29 Sep 2011 12:53 AM PDT 1. Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi tiba 15 minit lebih awal daripada pengantin lelaki ketika majlis pernikahan. 2. Oleh kerana ruang kediaman keluarga Memey agak sempit, ramai ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan tidak dapat menyaksikan majlis pernikahan. Sebaliknya, mereka hanya melihat di skrin televisyen yang disediakan di luar rumah. 3. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang telah hadir untuk menyaksikan majlis pernikahan pasangan kontroversi ini. 4. Selain menyarungkan cincin untuk upacara membatalkan air sembahyang, Norman turut menghadiahkan seutas rantai kepada Memey. 5. Sebaik sahaja pasangan ini disahkan sebagai suami-isteri, bumi Felda Tenggaroh Selatan 1 terus dibasahi hujan. 6. Sebanyak 10 buah khemah telah dipasang untuk tetamu yang hadir. Lapan untuk tetamu biasa dan dua lagi untuk rombongan pengantin lelaki, VIP dan juga pihak media. 7. Anak-anak Norman, Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, mengenakan pakaian berwarna merah jambu untuk kedua-dua majlis tersebut. 8. Ramai tetamu yang berasa hampa kerana tidak berkesempatan untuk bergambar dengan pasangan pengantin kerana kawalan yang terlalu ketat oleh pihak RELA. Walaupun begitu, ramai yang sanggup berhujan semata-mata untuk melihat pengantin ini dari dekat. 9. Pelamin pernikahan dan persandingan pasangan ini dianggarkan berharga RM20,000 dan ia menggunakan kira –kira 2,000 kuntum bunga termasuk 750 kuntum bunga-bungaan segar yang terdiri daripada orkid, kekwa dan daisi. Pelamin ini direka dan ditaja oleh Iezla Bridal House, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. 10. Kehadiran wartawan/penerbit rancangan Nas Ahmad ke majlis perkahwinan ini turut mencuri perhatian ramai. Selain Memey dan Norman, Nas juga tidak henti-henti bergambar bersama peminat! |
Atilia pandu kereta Toyota Wish sampai masuk Longkang Posted: 29 Sep 2011 12:45 AM PDT |
Azwan Ali bermasam muka dengan Ifa Radziah gara-gara ssalah faham BBM Posted: 29 Sep 2011 12:25 AM PDT Saya tak rugi kalau tak berkawan dengan dia cuma saya terkilan kenapa benda yang kecik nak dibesar-besarkan. Saya sentiasa bersama dia memandangkan selama 2 tahun dia tak ada kawan rapat. "Disebabkan isu yang kecil dia nak membuang saya terus sebagai kawan, itu terpulang kepada dirinya," kata pengacara dan pelakon, Ifa Raziah ketika dihubungi bagi mengulas mengenai isu pergaduhannya bersama pengacara kontroversi Azwan Ali di laman sosial Twitter. Pergaduhan tersebut dikatakan bermula setelah Ifa Raziah membalas Blackberry Massenger (BBM) Azwan Ali yang menjemputnya menghadirkan diri ke rumah terbukanya pada 3 Oktober ini jam 6 petang dan memintanya menjadi penyambut tetamu. Jelas Ifa, dia tidak dapat hadir pada waktu tersebut dan hanya dapat hadir di sebelah malamnya kerana sibuk. Namun kiriman balas BBMnya disalah erti. "Dia hantar BBM suruh saya datang jam 6 petang jadi penyambut tetamu. Saya membalasnya tak kuasa nok aku sibuk kalau boleh pun aku datang dalam jam 8 malam sebab aku ada shooting. Sekali dia balas kalau tak nak datang tak apa tapi jangan biadap. "Perkara tersebut berlarutan sehingga ke twitternya dia marah-marah saya. Dia kemudiannya membuang saya dari BBM dan memblok saya dari twitternya. Pelik kenapa sampai begitu dan mengapa perlu marah-marah dalam twitter sedangkan sebelum ini boleh saja dia maki-maki saya depan-depan. Ini kenapa nak beritahu seluruh Malaya mengenai ketidakpuasan hatinya," katanya lagi. Tidak mengharapkan agar persahabatan antara mereka terjalin semula, kata Ifa semoga Azwan Ali berubah supaya tidak berterusan kehilangan kawan. Malah, dia juga kesal dengan sikap Azwan yang pada pemerhatiannya semakin teruk meskipun telah berjanji tidak akan memaki hamun orang setelah pulang dari mengerjakan Umrah untuk kali ketiga. "Tak rugi pun kalau tak berkawan lagi dengannya. Tak mengapa semuanya terpulang kepada dirinya untuk menentukan hala tuju kehidupan dia. Asal dia gembira sudah dengan apa yang dia lakukan. Doa saya semoga dia sedar kesilapan sendiri dan membuang jauh egonya agar tak hilang kawan-kawan. "Tak perlulah nak perli-perli dalam status twitter ke apa, kerana apabila dia buat tak apa, tapi apabila saya buat dia terasa pula. Sesiapa yang tak hadir ke rumah terbukanya akan dilabel sebagai artis sengkek jadi kena hadir walaupun terpaksa," katanya mengakhiri perbualan sambil ketawa. |
Neelofa nafi bercinta dengan Hans Isaac,tidak minat bercinta dengan artis Posted: 28 Sep 2011 11:48 PM PDT Apabila membaca gossip yang disampaikan oleh wartawan hiburan SS,ramai yang membuat spekulasi bahawa artis yang dimaksudkan adalah Neelofa dan Hans Isaac..Bagi Sensasi dua dua pun sama cantik dan sama padan.Kalau betul lah mereka bercinta apa salahnye.. Tapi menurut Neelofa sendiri dia tak minat artis,dia lebih minat ahli perniagaan sebab mempunyai masa untuknya..wahh gitu.. "Ya Allah, Ya Rabbi! Memang tak benar langsung cerita berpegangan tangan dan melentokkan kepala seperti yang disebarkan oleh saksi itu. Sebetulnya, Lofa ada bertemu dengan Hans Isaac sekitar 2 minggu lepas untuk sesi lunch meeting filem Lemak Kampung Santan yang akan bermula pengambarannya pada 8 Oktober depan. Itu merupakan perjumpaan kali kedua, dan turut ditemani penolong pengarah. Jadi, ada 3 orang kesemuanya," jelas Lofa yang terkejut dengan dakwaan tersebut. "Manakala, perjumpaan pertama pula dihadiri oleh 5 orang krew produksi. Dan, baru semalam Lofa menerima skrip dan jadual pengambaran filem Lemak Kampung Santan." Lofa menambah bahawa dia tak pernah terlintas untuk jatuh cinta dengan Hans Isaac kerana amat menghormati individu itu sebagai seorang pengarah dan rakan sekerja. "Ha ha awak! Tiada maknanya Lofa bercinta dengan dia. Tidak pernah terlintas di hati Lofa untuk mempunyai hubungan istimewa dengan Hans Isaac. Lagi pun, jarak umur kami yang jauh membuatkan Lofa lebih menghormati Hans Isaac sebagai seorang pengarah dan rakan profesional yang baik." Pada masa yang sama, Lofa mengakui bahawa dirinya sudah jemu dihimpit dengan pelbagai kontroversi cinta yang tak pernah habis. "Filem lakonan Lofa pun tak keluar lagi, tapi pelbagai spekulasi diperkatakan orang. Sebenarnya, Lofa sudah muak dengan gosip pasal lelaki ni. Sumpah demi Allah Lofa tiada kekasih atau skandal atau dating dengan sesiapa pun. Ya Allah, tipu sangat! "Kalau kemana-mana pun, Lofa akan pandu sendiri. Lofa masih baru dalam industri, tiada istilah cinta kerana nak fokus pada kareer, pelajaran dan perniagaan kasut," jelas pelakon berusia 22 tahun ini. Di samping itu, Neelofa turut mengelak untuk mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan memilih lelaki yang menceburi bidang perniagaan. "Kekangan masa serta jadual kerja yang padat boleh membuatkan hubungan istimewa itu menjadi hambar. Sebab itu, Lofa kini lebih menyukai lelaki yang menceburi bidang perniaagaan. Sekurang-kurangnya, dia mempunyai masa untuk Lofa. Dan, dia boleh bercerita perihal bisnes sebab itu memang minat Lofa juga." Gossip yang mengatakan Neelofa lentok kepala di bahu Hans Isaac SEDANG SS melayan kebosanan yang melanda diri, SS dikejutkan dengan cerita mengenai rakan media yang menulis dalam facebooknya mengatakan pelakon bertahi lalat di pipi itu sedang hangat bercinta dengan jejaka pilihan wanita Malaya. SS yakin, berita ini pasti akan meluluhkan hati sesiapa saja yang memasang angan-angan sama ada untuk menjadi teman lelaki pelakon wanita itu ataupun teman wanita kepada si jejaka. Tanpa membuang masa, SS terus menghubungi rakan SS untuk bertanyakan hal itu lebih lanjut. Mendengar cerita teman itu membuat SS tersenyum sendirian. Kata teman SS, dia melihat dua artis itu di satu kompleks beli-belah di Damansara. Ketika mereka berselisih, kedua-dua artis itu hanya jalan beriringan saja menuju ke tempat letak kereta selepas menonton wayang bersama. Namun tidak puas hati, teman SS itu menoleh ke belakang untuk melihat mereka. Ketika itulah dia terlihat si wanita dan jejaka berpegang tangan sambil artis yang pernah mencetuskan kontroversi ini melentokkan kepalanya di bahu si jejaka bertubuh sasa itu. Setakat yang SS tahu, sejak akhir-akhir ini pelakon wanita yang manis itu terpalit dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta. Nampaknya aktor lelaki ini tidak menghiraukan perkara itu malah memilihnya untuk membintangi filem arahannya kerana wajahnya ada x-factor. Kiranya untuk melariskan filemlah. Setakat ini masih tidak ada kenyataan yang keluar dari mulut kedua-dua pihak mengenai status terbaru mereka. Mungkin juga cinta mereka berputik kerana sering berjumpa di set penggambaran. SS tidak kisahlah mengenai perbezaan umur yang sangat jauh, yang penting kedua-dua mereka selesa antara satu sama lain. Walaupun wanita itu masih setahun jagung, pada pemerhatian SS, dia jauh lebih matang daripada usia sebenar. Salah satu kriteria wanita yang disukai jejaka itu. SS tertanya-tanya juga, bagaimana pula dengan kisah cinta wanita itu dengan kekasih lama? Mungkinkah kerana bekas teman lelakinya sudah mempunyai teman wanita maka dia pun mengorak langkah mencari pengganti? Apapun, jika benar mereka bercinta, SS doakan yang terbaik untuk mereka. |
Video Zira memakai pakaian pengantin dan Nabil amalkan membaca akad nikah setiap malam Posted: 28 Sep 2011 10:51 PM PDT ON AIR - Nabil Wedding Part 1 from lhmediatv on Vimeo. Cantiknya Nazira memakai pakaian pengantin..Esok bakal menyaksikan perkahwinan ala Wonderland di I-city Shah Alam.. Nabil nampak gembira untuk menamatkan zaman bujangnya disamping mencari keredhaan ilahi.Baguslah tue ,lepas nie nak enjoy dengan bini pun orang tak mengata dah..Tapi kalau enjoy dengan cara yang dibenarkan agama la ,takkan nak gi kelab2 dan berpakaian menjolok mata sume tue kan.. Artis sekarang kene pandai jaga dri,sebab menjadi perhatian umum.Jangan ikut kepala sendiri je,nanti malu sendiri |
Antara Komen kutukan dan pujian Persandingan Jutaan Ringgit Norman dan Memey Posted: 28 Sep 2011 10:31 PM PDT Sensasi tahu ramai yang tak berpuashati dengan Norman dan Memey terutama sekali apabila hubungan mereka ke jinjang pelamin bahkan ditaja pula dengan jutaan ringgit. Tapi cube korang pikir balik,Siapa yang lebih sesuai dengan memey kalau bukan Norman,dan siapa yang lebih sesuai dengan Norman kalau bukan Memey..ya mereka memang seswai untuk satu sama lain,lagi pula dengan kes khalwat mereka dulu,adalah lebih baik mereka berdua bernikah,tak gitu.. Perkahwinan yang digembar gembur jutaan ringgit dengan Gaun kahwin yang dikatakan ernilai RM500k dipertikaikan ,kerana kata mereka yang hadir,gaun tue takde lah gah mana sampai nak RM500k .Tapi mana tahu mutiara yang melekat kat baju tue mahal kotsampai nak kene masuk muzeum...yang itu sensasi pun rasa kurang setuju lah sampai nak masuk muzeum bagai...eee sape lah nak bwk anak2 gi tengok baju pengantin Memey kat muzem plak nie.. Antara yang memberi komen adalah Chef Wan dan beberapa media ,jom baca.. "Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey.If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.Both Pengantin just play their game since its being sponsored. There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la," komen Chef Wan melalui laman Facebooknya. "Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan. Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik. So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 million sponsorship is all about. "Ala if u ada kedai barang kemas value at 50 juta stock u and u gantung kan satu baju pengantin tu sarat pun apa lah yang make it so special.Imagine on yr wedding day u need to parade with all those jewelleries for the sake of sponsors if its my kids i said No thanks.. pakai satu dua macam Siti and Rina wedding pinjam kan tu cantik kan hiasan pengantin jadi lah. Nama pun pinjam. Even among anak raja kawin depa pinjam sana sini i tahu lah masa Tengku Muda kawin dahulu for Pahang i was there. "Ramai Press tak suka Choir yang menyanyikan lagu-lagu gereja kahwin ni kata mereka sedangkan ini Wedding orang Islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis. I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media. "If they choose their wedding to be ala2 barat so what its their choice and i dont see any problem with that. They want kelainan. Kita pun pi Wedding Traditional Melayu balik2 mcm tu pun sometime seronok tengok ke lainannya. For Example look At NAZA son wedding with Marion tu yang i went also Similar very jazzy, very modern and stylish a celebration party style of great friends and celebrities enjoying their evening. Trust me i tak baca Press Melayu kutok pun Wedding mereka. WHY?. "I dont see it as a real wedding but more of Rafelessia throwing a party for them and use both of them to promote segala jewelleries, Lord Taylor fabulous suit on all the pengapit2 actor2 tu and bridesmaid tu that is actually beautiful and decor and great jazzy music Alhamdulilah and if the pengantin wants to celebrate their wedding in that manner what is so wrong about that. Remember wedding is a celebration of people coming together. Dont be too uptight la press2 melayu. Grow up!," tambah Chef Wan yang sememangnya mempunyai banyak pengalaman dalam perihal persandingan sebegini. |
Gambar Perkahwinan memey dan Norman yang bernilai 12 juta Posted: 28 Sep 2011 09:37 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |