Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 28 Sep 2011 05:30 PM PDT nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]> BELFAST 28 Sept. – Penyanyi pop terkenal, Rihanna diusir dari ladang seorang petani di utara Ireland kerana berpakaian kurang sopan semasa penggambaran video terbarunya pada Isnin lalu. Ketika itu, Rihanna sedang merakam video untuk lagu single barunya We Found Love di ladang barli berlumpur di bandar Bangor yang terletak di timur Belfast. Pada mulanya, petani, Alan Graham memberi kebenaran kepada Rihanna membuat penggambaran video di ladangnya tetapi kemudian memutuskan untuk mengusirnya apabila Rihanna mula mendedahkan pakaiannya sehingga menampakkan bikininya. Graham, 61, yang merupakan seorang penganut Kristian menghentikan traktornya di sebelah penyanyi tersebut lalu menyuruhnya untuk menutup badannya. "Tingkah lakunya adalah tidak wajar," kata Graham yang merupakan seorang penganut Protestan dan anggota Parti Kesatuan Demokratik (DUP) yang berkongsi kuasa di Belfast. Menurutnya, Rihanna memahami pendiriannya dan mereka kemudian bersalaman sebelum Rihanna dan rakan-rakannya beredar dari situ. – AFP /// utusan /// |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |