Adsense

Khamis, 29 September 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sam, Intan & Yana berkongsi kasih

Posted:

Sam, Intan & Yana berkongsi kasih

Sam, Intan & Yana berkongsi kasih

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar Azrul Edham Mohd. Aminnuddin


SHAHEIZY Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin sebagai tonggak filem BBKG.


BINI-Biniku Gangster (BBKG) bukanlah filem pertama yang mempertemukan Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin. Sebelum ini mereka pernah bersama dalam Adnan Sempit.

Berbekalkan pertemuan pertama dahulu, baik Intan, Yana mahu pun Sam sendiri, jalinan chemistry di antara mereka telah terbina.

Melalui pengalaman itu memudahkan mereka bergandingan dan menghayati watak masing-masing dalam BBKG.

Justeru, apabila mereka dituntut melakonkan adegan yang membabitkan babak di atas katil, ketiga-tiga pelakon itu mengakui, tidak menghadapi sebarang masalah.

Malah mereka sedia melakonkan babak tersebut setelah berbincang dan dipersetujui pengarah, Ismail Bob Hasim.

Persembahan artis Korea menghiburkan

Posted:

Persembahan artis Korea menghiburkan

Persembahan artis Korea menghiburkan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my


KUMPULAN 4Minute muncul dengan gaya seksi pada Korean Music Wave 2011
di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


GELOMBANG K-Pop kembali melanda negara. Fenomena itu dapat disaksikan pada Sabtu lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sewaktu Korean Music Wave 2011.

Konsert yang julung kali dianjurkan oleh anjuran Galaxy Group itu berjaya mengumpul peminat-peminat fanatik K-Pop sekitar 10,000 orang hadir untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan FT. Island, Teen Top, 4Minute, U-Kiss, Park Jung Min, Seungri dan GD & Top.

Barisan artis dari Korea Selatan itu walaupun ada yang belum pernah datang ke sini, namun nama dan lagu-lagu mereka sudah dikenali di negara ini.

Justeru itulah, biarpun harga tiket bernilai RM138, RM288, RM438 dan RM588, ia tidak menghalang para peminat untuk hadir melihat persembahan mereka.

Sebelum persembahan, barisan artis berkenaan terlebih dahulu tampil pada sidang akhbar memperkenalkan diri masing-masing kerana ada di antara mereka yang pertama kali menjejak kaki ke sini.

Konsert yang dinanti-nanti oleh peminat tempatan itu dimulakan dengan lagu Hello Hello dendangan kumpulan FT. Island atau Five Treasure Island pada pukul 7.40 malam.

FT. Island dianggotai oleh Lee Hong Ki, Choi Jong Hun,Lee Jae Jin, Choi Min Hwan, Song Seung Hyun dan Oh Won Bin berbeza daripada artis lain yang mengadakan persembahan pada malam itu kerana mereka adalah kumpulan muzik.

Penyanyi utama FT. Island, Lee Hong Ki amat bertenaga sekali ketika memperdengarkan lagu Love Love Love, Bad Woman, Bing Bing Bing dan I Hope.

Melihatkan reaksi penonton, FT. Island berharap di masa akan datang, mereka berpeluang mengadakan konsert solo di Malaysia.

Sebaik sahaja FT. Island melangkah masuk ke belakang pentas, muncul pula kumpulan Teen Top yang dianggotai oleh C.A.P, Chunji, L.Joe, Niel, Ricky dan Changjo.

Kumpulan yang pertama kali menjejak kaki ke Malaysia bukan sahaja memukau penonton yang rata-rata golongan remaja dengan wajah yang tampan, malah gerak tari mereka juga menarik perhatian.

Teen Top memilih lagu No More Perfume On You sebagai pembuka tirai persembahan dan diikuti dengan lagu Brushing, Clap, Angel dan Supa Luv.

Anggota Teen Top berharap kedatangan mereka ke sini bukan yang pertama dan terakhir tapi akan terus mendekati peminat-peminat di sini lekerap pada masa akan datang.

Kehangatan malam itu semakin memuncak apabila kumpulan 4Minute yang dianggotai oleh Nam Jihyun, Heo Gayoon, Jeon Jiyoon, Kim Hyunah dan Kwon Sohyun tampil dengan pakaian seksi.

Gerak tari yang menggoda menjadi tarikan 4Minute ketika endendangkan

lagu-lagu seperti Mirror Mirror, Heart To Heart, I My Me Mine, Muzik dan Hot Issue.

Sementara itu, Alexander Lee Eusebio, Shin Soohyun, Kim Ki Bum, Lee Kiseop, Elison Kim, Kevin Woo, dan Shin Dong Ho daripada kumpulan U-Kiss berjaya memukau perhatian penonton dengan tarian mereka yang energetik.

U-Kiss memilih lagu-lagu seperti BingGuel BingGuel, Everyday, Never Land, 0330 dan Man Man Ha Ni sebagai halwa pendengaran penonton.

Selepas kumpulan U-Kiss, muncul Park Jung Min menunjukkan kebolehannya sebagai penyanyi solo tanpa anggota kumpulan SS501.

Dia yang berjaya sebagai penyanyi solo itu memilih lagu Not Alone, Because It's You, Every Day Is My Christmas, Missing You dan Let Go untuk dipersembahkan kepada peminat-peminatnya.

Penyanyi solo seterusnya yang tampil adalah Seungri daripada kumpulan Big Bang. Seperti Park Jung Min, dia juga mencuba nasib sebagai penyanyi solo menerusi lagu VVIP, What Can I Do dan Strong Baby.

Persembahan malam itu diakhiri oleh GD & Top yang juga anggota kumpulan Big Bang menerusi lagu High High, Oh Yeah, Knock Out dan How Gee.

Rata-rata artis yang menjayakan persembaha Korean Music Wave 2011, berharap mereka akan diundang lagi untuk menghibur peminat masing-masing di masa akan datang.