Adsense

Isnin, 24 Disember 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Zul Ariffin dan Gayatri Bercinta

Posted: 23 Dec 2012 09:18 PM PST

Zul Ariffin
KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai akhirnya menemui jawapan apabila lelaki itu mengesahkan tentang perhubungan tersebut.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain.
"Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu.
"Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.
Zul tertarik dengan sifat lemah lembut Gayatri.
"Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya," katanya.
Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut.
Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan.
Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun.
Sementara itu, Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu.
"Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan," ujarnya.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bakat tak kenal usia

Posted: 23 Dec 2012 02:34 PM PST

Seandainya bakat lakonan dirinya masih diperlukan pada usia emas kelak, aktres jelita, Maya Karin Roelcke, 33, memberitahu HIP, dia tidak akan menolak tawaran yang datang.

Dalam perjalanan kerjaya seninya, pelakon berbakat ini tidak pernah meletakkan sebarang tempoh untuknya mengangkat bendera putih ataupun bersara.

"Saya tidak pernah mempunyai hasrat hendak berhenti daripada berlakon. Selagi ada tawaran, walaupun ketika itu usia saya sudah mencecah 60 atau 70 tahun, saya akan terima.

"Bagi saya, lakonan tidak perlu ada had usia. Dunia lakonan bukan untuk mereka yang kacak atau cantik saja, sebaliknya ia memerlukan insan yang berbakat," kata Maya yang ditemui ketika menyertai delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-55 di Macau, baru-baru ini.

Aktres yang pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik FFAP edisi ke-49, kira-kira lapan tahun lalu itu berkata, dia gembira melihat festival berkenaan tidak bersikap berat sebelah apabila anugerah Pelakon Lelaki Terbaik diberikan kepada aktor berusia 92 tahun, Eddie Garcia, dari Filipina.

"Saya seronok melihat anugerah aktor terbaik diberikan kepada seorang pelakon yang berusia. Jika orang itu memang patut menerimanya, kenapa kita perlu menidakkan dan berikan kepada pelakon yang memiliki rupa paras elok semata-mata?

"Kita di Malaysia pun sepatutnya mempraktikkan perkara yang sama. Jika pelakon berusia memang bagus dan layak menerimanya, maka anugerah itu seharusnya diberikan kepada mereka," kata Maya yang terbang ke Macau bagi mewakili filem popular lakonannya, Ombak Rindu.
Nasib Maya kurang baik tahun ini apabila nama mahupun filem yang dibintanginya bersama Aaron Aziz tidak melekat dalam mana-mana kategori akhir. Biarpun rezeki tidak berpihak kepadanya, tiada sekelumit pun rasa kecewa bersarang di jiwanya. Apa yang penting buat aktres ini ialah peluang disediakan FFAP dalam mengembangkan karya tempatan ke peringkat antarabangsa.

Cuma, sikap penganjur yang bersikap acuh tidak acuh dengan delegasi luar, apabila tidak membekalkan maklumat lengkap mengenai perjalanan majlis, sehingga timbul salah fahamketika acara berlangsung, sedikit membuatkannya kesal.

Penggunaan bahasa Kantonis dan Mandarin sepanjang anugerah berlangsung turut menimbulkan ketidakpuasan hati Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011 ini.

"Penganjur kenalah sensitif. Mereka sepatutnya sedar, bukan semua delegasi faham bahasa Cina. Ada delegasi yang datang dari India, Vietnam, Korea, Iran, Filipina dan pelbagai negara lain, tetapi tiada langsung perkataan bahasa Inggeris digunakan.

Ketika pelakon luar seperti Jepun, Iran dan Filipina menang anugerah, terjemahan juga dilakukan dalam bahasa Cina. Jadi, bagaimana dengan delegasi lain yang tidak memahami bahasa itu?"

"Selepas ini, penganjur kena lebih bersedia. Contohnya, bagi penganjuran FFAP tahun depan, lokasinya pun masih belum ditetapkan lagi. Sedangkan untuk majlis yang besar sebegini, lokasi seharusnya ditentukan untuk tempoh tiga tahun akan datang. Tugas menjaga delegasi juga tidak sepatutnya diberikan kepada sukarelawan, yang terdiri daripada pelajar, kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai maklumat lengkap," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai sebarang perkembangan positif sepanjang dia berada di Macau, aktres ini tidak berani untuk mengesahkan apa-apa.

Difahamkan, seorang produser dan pengarah dari Thailand, Nonzee Nimibutr, yang pernah mengarahkan filem Nang Nak menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan Maya.

"Saya tidak mahu letak harapan besar kerana semuanya belum pasti lagi. Saya sudah mengenali Nonzee sejak FFAP di Fukuoka, Jepun, lagi. Malah dia pernah datang ke Kuala Lumpur kononnya untuk berbincang mengenai filem, tetapi akhirnya usaha sama itu tidak berhasil.

"Selagi belum ada hitam putih, saya tidak mahu mencanangkannya kerana enggan dianggap berlagak," katanya ikhlas.

Nafi kahwin hujung bulan

Posted: 23 Dec 2012 02:28 PM PST

Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 48, menafikan gosip liar mengatakan dirinya akan berkahwin pada hujung bulan ini.

Tegas lelaki terbabit, khabar angin itu langsung tidak berasas, apatah lagi ketika itu dia sibuk dengan acara konsert menyambut tahun baru di Putrajaya.

Artis yang cukup dikenali menerusi lagu Rendang Tak Berbuah dan Mahligai Syahdu itu juga menegaskan, jika dirinya ingin berkahwin semula, pastinya berita baik seperti itu akan dihebah serta dikongsi bersama orang ramai.

Hattan berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas berakhirnya program separuh akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Hattan bertindak sebagai juri tetap program berkenaan, bersama-sama Ziana Zain.

"Kalau ada rezeki untuk saya berkahwin lagi, semestinya saya bersyukur dan tiada alasan mengapa saya ingin merahsiakannya.

"Siapa yang tidak mahu berkahwin? Apabila kita berkahwin, ada isteri melayan dan masak untuk kita. Tapi bagi lelaki berumur seperti saya ini, semestinya saya menginginkan bukan hanya isteri, tapi seorang teman hidup.

"Boleh dikatakan, saya sudah fobia untuk berkahwin lagi sebab saya tidak mahu ikatan itu habis begitu saja. Sekarang ini saya pentingkan anak saya saja, Adam. Dia pun tak kisah jika saya tidak berkahwin, jadi perkara itu tidak mendatangkan masalah buat kami," ujarnya.
Penyanyi ini menangkis sangkaan orang ramai dirinya akan kembali berkahwin dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd Abidin.

Berpisah pada Mac 2005, Hattan mengaku mereka masih rapat dan selalu keluar makan bersama. Begitupun, keakraban itu tidak bermakna mereka akan kembali bersama sebagai suami isteri.

Namun, sekiranya ada jodoh dan ramai yang mendoakan mereka bernikah semula, dia tidak menolak, sebaliknya menyerahkan segala ketentuan kepada Yang Maha Berkuasa.

"Kalau ada jodoh antara kami, saya terima dan sekiranya tidak ada sekalipun, tidak mengapa.

"Saya pun ada dengar yang dia sudah putus tunang, tetapi setakat itu saja yang saya tahu. Bukannya ramai tidak tahu, bercerai ini sakit sebenarnya. Umur seperti saya ini pula tiada masa nak bercinta lagi. Saya juga tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada Adam, yang masih lagi bersekolah.

"Saya tidak mahu kisah saya ini mengganggu emosinya, sebab saya tahu ramai yang bertanya. Sampaikan, nak keluar dengan perempuan pun saya takut. Saya bimbang kena gosip," katanya lagi.

Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996. Perkahwinan pertama itu bertahan selama sembilan tahun.

Penyanyi lelaki ini berkahwin lagi pada 11 November 2011, dengan Noorfarashikin Othman, 32, di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bagaimanapun perkahwinan terbabit hanya bertahan dua bulan apabila Hattan melafazkan cerai talak satu terhadap Noorfarashikin pada 19 Januari lalu.