Adsense

Khamis, 10 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Antara Kita Lakonan Anne Ngasri, Aliff Aziz & Fara Fauzana

Posted: 10 May 2012 09:04 PM PDT

Drama Komedi 13 Episod : Antara Kita Temukan Anne Ngasri dan Aliff Aziz Di TVi (Saluran 180 Astro)

Benar atau tidak kedua pasangan artis, Aliff Aziz dan Anne Ngasri serasi bersama boleh anda ketahui menerusi sebuah drama muzikal terbaharu, Antara Kita yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 13 Mei ini menerusi TVi (Saluran 180 Astro).

Menghiburkan penonton setiap Ahad, jam 9.00 malam, muzikal komedi yang turut dilakonkan oleh Zaibo, Bell Ngasri dan Fara Fauzana mengisahkan tentang kehidupan Pak Adman yang membuka sebuah syarikat agensi papan pengiklanan secara kecil-kecilan.

Pak Adman telah lama menduda setelah kematian isterinya. Dia kemudiannya tinggal bersama anak kembar perempuannya, Ain dan Nurul. Ain dan Nurul kini menuntut di pusat pengajian tinggi. Pak Adman terlalu sayangkan anak-anaknya dan pada masa yang sama juga risaukan anak-anaknya kerana mereka kini sudah dewasa dan mudah terdedah kepada dunia luar.

Poster Antara Kita

Situasi itu menyebabkan adakalanya dia dilihat seperti mengongkong anak-anaknya. Dia akan mengambil tahu apa saja yang dilakukan oleh kedua-dua anaknya. Dia akan menjadi lebih risau jika ada lelaki ingin mengganggu atau memikat anak-anak-anaknya. Begitu juga sekiranya mereka tidak menjawab telefon kerana anak-anaknya masih muda dan belum bersedia berdepan cabaran hidup.

Satu perkara yang Pak Adman lupa ialah anak-anaknya kini telah remaja dan dalam usia yang begini berbagai-bagai dugaan yang terpaksa mereka tempuhi. Apatahlagi Nurul dan Ain merupakan dua orang gadis yang cantik. Pasti ada sahaja lelaki yang cuba memikat mereka. Inilah perkara paling utama yang merisaukan Pak Adman kerana baginya lelaki cuma ingin mengambil kesempatan ke atas diri anak-anaknya.

Ain dan Nurul mempunyai perwatakan yang berbeza walaupun mereka kembar tak seiras. Ain yang sulong walaupun bersikap happy go lucky tetapi lebih bertanggungjawab. Nurul pula seorang gadis yang sentiasa ceria dan bersikap agak sambil lewa dalam segala hal. Adakalanya mereka akan merasa bosan jika ayah mereka terlalu mengongkong.

Pergerakan mereka sentiasa dipantau oleh Pak Adman menerusi dua orang pekerjanya, Jay dan Airil. Mereka diupah supaya mengintip pergerakan mereka dan mengorek rahsia anak-anaknya. Tambahan pula Ain dan Nurul tahu ayah mereka tidak suka mereka mempunyai teman lelaki.

Jay dan Airil masing-masing berusia awal 20-an. Jay dan Airil walaupun bersahabat tetapi mempunyai perangai dan sikap yang berbeza. Jay lebih ceria setiap masa dan seperti tidak pernah ada masalah. Tidak pernah serius dalam segala hal. Manakala Airil walaupun bekerja tetapi masih bercita-cita tinggi ingin menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka Pak Adman akan selalu memberikan tanggungjawab lebih kepada Airil.

Setiap hari jika tiada kelas, Ain dan Nurul sering menghabiskan masa mereka di tempat kerja ayah mereka. Ain akan menolong ayahnya dan Nurul lebih suka mengacau mereka. Airil pula dalam diam sukakan Ain tetapi malu untuk menyatakannya dan Ain juga dalam diam sukakan Airil tetapi malu untuk menyatakannya.

Mampukah cinta mereka bersatu? Atau ianya tersekar di tengah jalan bila Pak Adman mengetahui hal yang sebenar?

Fara Fauzana dan Zaibo dalam Antara Kita

Pelakon Antara Kita

Drama Muzikal Antara Kita

Antara Kita ... gandingan Alif Aziz dan Anne Ngasri

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Adzriefaiz, Tengku Tiara OIAM, Fara Fauzana Pelakon Gadis Cuci Bertemu Peminat
  • Gambar Red Carpet Fara Fauzana di ABPBH2010
  • Gambar Fara Fauzana di Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Gambar Fara Fauzana di Post Party ABPBH2011
  • Gambar Fara Fauzana di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011
  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Gambar Fara Fauzana & Penyampai Hot FM di AJL26
  • Gambar Fara Fauzana di Red Carpet ABP 2008
  • Siapa Tetamu Fara Fauzana Dalam Alahai Fafau
  • Gambar Anak Pelakon Anne Ngasri
  • Chef Ismail Tinjau Rumah Selebriti dalam SIAPA DI RUMAH

    Posted: 10 May 2012 07:36 PM PDT

    Syukur, Alhamdulilah… minggu ini Budiey kembali aktif bekerja setelah beberapa lama menyepi kerana urusan pemindahan rumah. Bila dah lama bercuti dan tinggal di rumah yang baru, memang rasa semangat semacam tu datang. Rasa nak kerja dengan lebih keras dan lebih efisen. Maklumlah dah tinggal jauh sikit dari Kuala Lumpur, kenalah banyak merancang masa, ye tak?

    Menyentuh tentang rumah ni, Budiey mendapat satu jemputan untuk ke program TV berbentuk dekorasi. Budiey sebenarnya minat juga dengan dekorasi ni sebab suka kemas rumah dan bagi Budiey kemas rumah ni antara salah satu daripada TERAPI MINDA selain melipat kain. Kalau korang tak percaya cubalah buat, kepada si suami tu, jangan duk biar isteri anda buat segala kerja rumah ya. Kita pun sebenarnya kenalah bantu, barulah ada toleransi dan sikap bertanggungjawab tu. Hehe, tu cara nak jadi suami yang mithali, kan?

    Siapa Di Rumah Chef Ismail

    Okay, berbalik kita kepada topik sebenar kita di mana Astro sekali lagi bekerjasama dengan syarikat pengeluar barangan elektrik, PENSONIC telah membawakan sebuah program terbaru yang meninjau rumah-rumah selebriti yang dihoskan oleh seorang chef terkenal iaitu Chef Ismail diberi nama SIAPA DI RUMAH… Bersama Chef Ismail.

    Budiey melihat syarikat PENSONIC begitu banyak menyokong program yang berbentuk dekorasi ya. Kalau kita tengok sebelum ni pun, PENSONIC ada menaja program yang dihoskan oleh Anita Sarawak iaitu Perang Kuali, Astana. Eh, Budiey tertanya-tanya juga ke mana Anita Sararak menghilangkan diri ya. Dah lama jugak Budiey tak nampak. Bila lama menyorok ni, Budiey dengar macam-macam gossip tentang Kak Nita. Ish ish… tak elok korang buat spekulasi yang bukan-bukan tau.

    Bagi Budiey, program Siapa Di Rumah ni lain macam sikit, tak seperti program sebelum ini ya, kerana selain mengenali lebih dekat rumah kediaman selebriti, Chef Ismail juga mengajak selebriti memasak di dapur. Menarik kan?

    VIDEO SEKITAR SIDANG MEDIA:

    Kalau korang rasa program ni menarik, apa kata korang buka saluran Astro Ria (saluran 104) setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula 20 Mei 2012. Bila lagi nak tengok rumah selebriti, korang kan minat tengok bilik-bilik tidur artis kan? Haa, program ni kira eksklusif jugak la sebab tak banyak program TV yang menyelongkar rahsia rumah artis ni.

    Artis yang terlibat ialah Jimmy Shanley, Remy Ishak, Atilia, Salamiah Hassan, Fazley Yaakub, Datuk Maria Menado dan ramai lagi. Setiap episod, ada 2 resepi iaitu satu resepi masakan dan satu lagi resepi jus minuman.

    Antaranya Datuk Maria Menado masak lauk ikan, Salamiah Hassan & Atilia masak kek, Remy Ishak masak sambal kuini dan ikan keli berlada dan jus air kelapa… macam-macam lagilah.

    Program berdurasi 30 minit ini ada 7 episod kesemuanya. Bermakna kalau setiap episod ada seorang selebriti, jadi 7 orang artis akan tampil. Selain berkongsi idea macamana nak hias rumah dengan kreatif dan cantik, semua selebriti ini akan memaparkan realiti gaya hidup mereka semasa berada di rumah. Tak ketinggalan ia akan memaparkan juga segmen masakan dan hidangan istimewa yang disediakan secara eksklusif oleh selebriti jemputan.

    Okay, kenapa pilih Chef Ismail? Kenapa tidak pilih Chef Wan ke, atau mana-mana chef yang glam-glam kat Malaysia ni. Eh jap! Chef Ismail pun glamor okay?

    Lagi pun, sesuailah dengan penaja program ni di mana Chef Ismail merupakan salah seorang dari duta produk. Kira elok dan sesuai gak tu.

    Namun, menurut Pengurus Astro, Encik Raqim Ahmad, Chef Ismail dipilih bertepatan dengan konsep dan kehendak program ini. Selain beliau sebagai chef terkenal, Chef Ismail juga ada personaliti, bercitarasa tinggi, suka dengan dekorasi dan disenangi ramai. Ini memudahkan lagi beliau bermesra dan mendekati selebriti dengan lebih dekat dan berkongsi cerita dan rahsia di sebalik kehidupan seorang artis.

    Ada tiga segmen dalam program ini iaitu segmen pertama, Chef Ismail akan memperkenalkan lokasi dan kediaman pengunjung. Kemudian dia akan memperkenalkan pemilik kediaman pada minggu itu sambil memulakan perbualan santai seterusnya memaparkan visual menarik konsep dan hiasan luar kediaman yang dikunjungi serta cara kehidupan mereka.

    Selebriti akan berkongsi citarasa reka bentuk dan hiasan dalaman di segenap bahagian dalam kediaman mereka termasuklah bilik yang jarang sekali orang luar masuk iaitu bilik tidur.

    Budiey dengar, selepas ini untuk musim kedua, Chef Ismail akan cuba menyelongkar ramai lagi selebriti ternama. Mungkin juga boleh tinjau rumah ahli sukan atau wartawan atau pun… blogger terkenal pulak ya?

    Kemuncak rancangan ini ialah di segmen ketiga apabila Chef Ismail akan meninjau dekorasi dapur selebriti dan tak sah kalau tak korek rahsia menu kesukaan mereka. Pandai ke tak selebriti ni masak? Jadi, ini masanya korang boleh tahu tips-tips berguna semasa penyediaan makanan termasuklah alatan dan bahan yang sering mereka guna.

    Budiey pasti banyak kenangan manis dan juga cerita-cerita menarik akan diselongkar. Maklumlah program ni kan memang untuk memberikan banyak petua dan tips menarik untuk korang yang buntu dan tak ada idea langsung untuk menghias rumah mahu pun untuk masak.

    Jadi, kepada pembaca budiey.com semua, jangan lupa tonton program SIAPA DI RUMAH? setiap hari Ahad, jam 7.30 malam bermula 20 Mei ini di saluran Astro Ria.

    Huzir

    Sidang media dihoskan oleh PR Astro – Hazeman HUzir

    Mariam Menado

    Datuk Maria Menado

    Chef Ismail

    Chef Ismail

    Chef Ismail

    Pensonic

    Pengurus Pemasaran PENSONIC

    Atilia

    Atilia

    Atilia

    Atilia

    Mariam Menado

    Siapa Di Rumah Chef Ismail

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siapa Di Rumah Bersama Chef Ismail
  • Selebriti Jayakan Dapur Remaja
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Tips Chef Kamarul dalam Sarjan Saji
  • Gambar Azrel Ismail Menggayakan Pakaian Lords Tailor di ABPBH
  • Ismail Haron Meninggal Dunia
  • Gambar Selebriti di ABP 2009: Part 2
  • Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Penyiaran
  • Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?
  • Gossip Rumah Selebriti Bersepah Macam Sarang Tikus
  • Zon Artis

    Zon Artis


    (Panas!) Saiful Apek Melancarkan Perang Terhadap David Teo

    Posted: 10 May 2012 07:42 PM PDT

    Ini memang panas! Saiful Apek telah melancarkan 'perang' terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

    SAIFUL APEK DAN DAVID TEO BERGADUH

    Selain isu tidak melunaskan pulangan pelaburan berjumlah RM200 ribu itu, perkara lain dibangkitkan oleh Apek adalah kegagalan David Teo menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun dan ianya ditandatangani pada tahun yang sama.

    Menurut Apek, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

    Sehubungan itu, pada Ahad ini jam 2 petang, Apek dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David Teo akan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

    Related Posts with Thumbnails

    Siti Sarah Belum Yakin Untuk Menyanyi Selepas Bersalin

    Posted: 10 May 2012 06:54 PM PDT

    Siti Sarah Raisuddin

    Sejak melahirkan anak pertama, Uwais Alqarni, pada Disember tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui yang dia masih kurang yakin untuk merakamkan lagu baru buat masa ini.

    Sarah berkata, dia merasakan vokalnya kurang mantap seperti sebelum ini dan beranggapan hal itu mungkin terjadi kerana kesan daripada melakukan pembedahan ketika melahirkan Uwais.

    Menurut Sarah:-

    "Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menyanyi walaupun bakal muncul dengan 'single' lagu terbaru yang masih lagi sedang dalam pembikinan oleh komposer Aidit Alfian.

    "Memang saya rasa vokal kurang mantap. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana rasanya ketika merakamkan suara, tak macam dulu. Perut saya seperti berangin saja.

    "Walaupun orang kata menjadi perkara normal untuk seorang wanita yang lepas bersalin, salah tanggapan itu kerana vokal yang bagus mampu bertahan sehingga usia 63 tahun jika tahun teknik penjagaannya,"

    Sementara itu, ditanya bagaimana kehidupannya sejak lima bulan bergelar ibu, Sarah cukup bahagia dan seronok menjaga anak kecilnya itu bersama suami, Shuib.

    "Setiap kali melihat wajah Uwais, saya rasa bersyukur sangat kerana memilikinya. Malah walaupun masih kecil lagi, dia sudah pandai mengambil hati saya dan Shuib (Sepahtu).

    "Selamatlah, dia tidak banyak ragam apabila saya dan Shuib sibuk bekerja, tetapi apabila dia bersama saya, bukan main lagi dia nakkan perhatian,"

    Related Posts with Thumbnails

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Chanel Boy

    Posted: 10 May 2012 11:09 PM PDT

    Jenama antarabangsa Chanel baru-baru ini telah pun menghasilkan keluaran tas tangan terbaru yang telah direka khas untuk lelaki yang diberi nama Chanel Boy. Chanel menampilkan rekaan kali ini  dengan tiga palet warna asas perfesyenan iaitu merah,putih dan hitam. Direka dengan bentuk yang ringkas tambah membuatkan tas tangan tersebut kelithatan begitu sofisikated dan element ranggi yang ditambah pada tas tangan tersebut lagi membuatkan tas tersebut kelihatan cukup WOW!

    Tas tangan ini dihasilkan dalam tiga jenis bentuk berbeza. Bentuk yang kecil sekali digayakan sebagai dompet,manakala bentuk yang lebih besar digayakan sebagai tas tangan dan juga beg silang. Tas tangan rekaan Chanel ini bukan hanya boleh dipakai oleh lelaki namun wanita juga masih boleh menggayakan tas tangan tersebut dengan gaya tersendiri.

    Tas tangan yang diilhamkan dari beg katrij ini pada asalnya dibuat untuk si pemburu namun telah direka semula untuk si pengemar fesyen. Pada anda si pengemar fesyen yang sentiasa inginkan kelainan dalam menatarias gaya anda, janganlah lepaskan peluang untuk memiliki satu daripada tas tangan keluaran Chanel ini. Tas tangan ini dijangka bakal tiba di butik-butik Chanel di Malaysia dalam bulan ogos 2012.

    Konsert Jelajah Jason Mraz Di Malaysia Jun 2012, Yay!

    Posted: 10 May 2012 12:20 AM PDT

    Penantian sekian lama peminat Jason Mraz terjawab jua apabila sebuah konsert untuk jelajah album terbarunya, "Tour Is A Four Letter Word" akan diadakan pada 19 Jun 2012 bermula pukul 8:30 malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Penyanyi yang popular dengan lagu I'm Yours ini muncul di Malaysia pada tahun 2009 semasa jelajah konsert untuk album terdahulu.

    Mix FM telah dilantik sebagai radio rasmi dengan didokong oleh rangkaian radio steten yang lain seperti Hitz FM, ERA dan My FM. Pendengar berpeluang untuk memenangi tiket konsert serta pertemuan eksklusif bersama penyanyi antarabangsa itu dalam sesi 'meet and greet'. Selain itu, sebuah sesi interview bersama Jason Mraz akan diadakan melalui telefon dan diumumkan sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada pihak di Amerika Syarikat.

    Peluang menangi pas backstage

    8 pembeli tiket bertuah berpeluang mendapatkan pas backstage dan menemui Jason Mraz mengikut urutan pembelian seperti berikut, 200, 400, 800, 1000, 1200, 1400, dan 1600. Tiket telah mula dijual melalui AirAsiaRedTix mulai hari ini dengan harga permulaan Arena : RM345, RM295, RM185, RM95 (numbered seating); Terrace : RM235, RM75 (free seating).

    Konsert Jason Mraz ini diadakan oleh Scenique Concerts & Events Sdn Bhd dan Live Limited, dengan kerjasama bersama syarikat label muzik, Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

    borak kosong

    borak kosong


    Inilah wajah pengantin sebelum dan selepas make up

    Posted: 10 May 2012 09:30 PM PDT








    inilah yang di sebut THE POWER OF MAKE UP....
    yang tak cantik boleh dicantikkan...yang cantik lebih dicantikkan

    Nenek 70 tahun siap sedia lepas keperawanannya untuk pertama kali

    Posted: 10 May 2012 09:00 PM PDT


    MANCHESTER - Kesibukan kadang dapat membuat orang lupa. Seperti halnya yang terjadi pada Pam Shaw di Inggris, yang mengaku masih perawan hingga usia 70 tahun. Selama ini Pam mengaku terlalu sibuk dengan pekerjaannya.

    Sebagai penyanyi Kabaret, mengatakan, dirinya siap untuk melakukan hubungan seks pertama kali semasa hidupnya di usia 70 tahun. Selama ini dia mengaku terlalu sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak punya waktu untuk bersenang-senang dengan lelaki.

    Walaupun pada usia muda dijuluki sebagai penyanyi sensasional, dia tidak pernah memiliki hubungan seks dengan lelaki manapun. Pam berprinsip untuk tidak melakukannya sebelum menikah.

    "Saya tidak pernah benar-benar intim dengan seorang lelaki, hanya sedikit ciuman. Saya punya nama panggung yang seksi dan berpakaian seksi, tapi itu semua hanya untuk karier saya," ujar Pam, seperti dikutip dari The Sun, Kamis (10/5/2012). 

    Wanita yang sekarang hidup seorang diri tanpa orang tuanya itu mengaku saat ini adalah moment yang tepat untuk melepas keperawanan, kerana tidak ada yang mempermasalahkan dan mengkhuatirkan masalah itu. Sejak muda, ibunya selalu mendampinginnya dan mengawasinya dalam beraktiviti.

    "Saat ini saya siap untuk mengambil segala risiko untuk memiliki hubugan dengan lelaki yang tepat. Kriteria pria bagi saya masih sangat tinggi, yakni lelaki yang berbadan tinggi, berkulit gelap dan tampan, serta kaya," tuturnya.

    "Saya tidak pernah merasa terlalu tua untuk apa pun. Saya memang berusia 70 tahun tapi saya berjiwa muda. Saya masih terlihat menarik kerana saya belum pernah menikah atau punya anak," celoteh Pam.
    (faj)

    Budak darjah 6 buat video porno

    Posted: 10 May 2012 08:45 PM PDT


    MEXICO CITY - Seorang anak laki-laki yang baru menginjak kelas enam sekolah rendah di Mexico tiba-tiba saja membuat gempar negara itu. Bagaimana tidak, anak yang seharusnya masih lugu itu sudah membuat sebuah video porno.

    Juru bicara Kementerian Luar Negeri Mexico, Omar Kantun, pun angkat bicara mengenai masalah ini.

    "Dalam video itu dipertontonkan adegan tiga orang anak laki-laki tengah melakukan perbuatan tidak senonoh. Sepertinya video itu dirakam dengan menggunakan telefon," ujar Omar Kantun seperti dikutipEmirates247 Khamis, (10/5/2012).

    Dugaan sementara video ini dirakam pada saat jam rehat di sebuah ruangan kelas yang kosong. Video itu diduga dirakam pada akhir April lalu.

    "Penyelidikan atas kes ini tengah berlangsung. Sejauh ini belum ada tindakan yang diambil, baik terhadap pihak sekolah atau pun pelaku," tegas Kanton.

    Kantun melanjutkan, salah seorang ibu dari pelaku video mesum itu telah diberitahukan atas insiden ini. Namun, tidak disebutkan lebih lanjut bagaimana reaksinya dalam menyikapi video yang melibatkan anaknya itu.(rhs)-okezone

    Baby Sitter Terancam Dipenjara 30 Tahun kerana Cabuli Anak kecil

    Posted: 10 May 2012 08:30 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM, NEW JERSEY -Seorang baby sitter terancam 30 tahun penjara, setelah diduga mencabuli seorang anak perempuan berusia lima tahun, dan menyiarkan perbuatannya kepada para pengidap pedofil melalui media Skype.
    Jennifer Mahoney (33), warga Manalapan, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di hadapan hakim Pengadilan AS, Rabu (9/5/2012). Ia telah melakukan eksploitasi seksual terhadap anak, pada dua kesempatan terpisah di rumahnya.
    "Dia tidak percaya apa yang terjadi padanya. Dia marah kepada dirinya sendiri," ujar Herbert Ellis, kuasa hukum Jennifer, seperti dikutip dari Dailymail, Khamis (10/5/2012).
    Dalam nota pembeliannya, Jennifer menilai dirinya layak dihukum 30 tahun penjara akibat perbuatannya. Dia juga sepakat untuk tidak merayu.
    Jennifer telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak Disember tahun lalu, setelah jaksa mengantongi barang bukti, yakni tiga video porno yang menampilkan pornografi anak di komputer saksi, Robert Ramos Jr dari Austin, Texas. Jennifer mengaku, dirinya lah yang mengirim video ke Ramos.
    Ramos dalam kes terpisah, telah didakwa kepemilikan pornografi anak, dan eksploitasi seksual anak di bawah umur. (*)

    Biadab, Bayi Nyaris Dikubur Hidup-hidup oleh Ayahnya

    Posted: 10 May 2012 08:15 PM PDT


    TRIBUNNEWS.COM - Dua orang lelaki ditangkap oleh Polis India, lantaran mencuba mengubur bayi berusia dua bulan hidup-hidup.
    Kedua lelaki itu merupakan, Ayah dan pak cik bayi itu, dimana saat ditangkap mereka berkilah, melakukan hal tersebut lantaran disuruh oleh guru spiritual mereka untuk mengubur bayi demi kesihatan anak berikutnya.
    Menurut polis, rencana gila kedua orang itu terbongkar setelah seorang penjaga kuburan, membuat laporan adanya rencana acara penguburan bagi bayi yang masih hidup.
    "Penjaga kuburan memberitahu kami bahawa sejumlah orang membawa bayi untu dikuburkan, namun bayi itu menangis," kata polisi BK Yadav kepada BBC, Kamis (10/5/2012).
    Saat anggota mereka tiba di lokasi, polis menemukan orang tua Radhika dan pak ciknya telah mengganti kuburan, kata polis. Setelah melakukan pencarian, akhirnya polis berhasil menemukan bayi itu dibungkus kain yang dilengkapi dengan simbol-simbol agama.
    Bayi yang menderita gizi buruk itu kini dilarikan ke rumah sakit Kota Meerut di  Uttar Pradesh yang terletak sekitar 80 km di timur Delhi.untuk menerima perawatan medis
    Polis mengatakan ayah dan pak cik ditahan namun ibu bayi dibebaskan dengan alasan kemanusiaan. Ibu bayi berada di rumah sakit untuk merawat bayinya.
    Polis mencatat kes itu sebagai upaya pembunuhan dan konspirasi.

    Rebombo: Dulu perogol, kini bela hak wanita

    Posted: 10 May 2012 08:00 PM PDT


    JOHANNESBURG - Dumisani Rebombo bukan seorang pembela wanita yang biasa. Dia sebenarnya seorang yang 'disabitkan' kerana kes rogol dan dua dekad selepas perbuatan kejam itu, dia memohon maaf dan insaf dengan perbuatannya.
    Sebagai suspek muda yang perlu berada di mahkamah, Rebondo bercerita dengan CNN mengenai keganasan luar biasa, dan keazamannya untuk mengubah keadaan ini di negaranya sendiri - Afrika Selatan yang satu ketika dulu terkenal di mata dunia kerana dasar apartheid.
    Dia melakukan perbuatan kejam seawal usianya 15 tahun apabila seorang budak lelaki di Blinkwater mengejeknya kerana tidak mempunyai teman wanita dan mencabar untuk membuktikan kelelakian dengan melakukan hubungan seks.
    "Saya berasa sangat takut ketika itu kerana  sebelum itu tidak melakukan hubungan seks," kata Rebombo.
    Pada jam 5 petang, dia bertemu rakan-rakannya, minum arak dan mengambil marijuana.
    Dia merogol seorang budak perempuan selepas rakannya membuat demikian dan merasa satu perasaan yang sangat teruk, rasa bersalah yang amat tinggi dan takut jika perkara ini diketahui oleh ibu bapanya. Tidak ada perkataan yang boleh digambarkan bagaimana kejamnya perkara yang dia lakukan.
    Pihak polis di Afrika Selatan berkata, sebanyak 66,196 kejadian rogol berlaku antara 2010 hingga 2011 tetapi ramai yang percaya lebih banyak lagi kejadian berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
    "Perempuan yang saya rogol itu tidak membuat sebarang laporan polis mengenai kejadian tersebut kerana takut berlaku kejadian yang tidak diingini dan tidak memberitahu sesiapa menyebabkan saya tidak berubah," kata Rebombo.
    Kajian Majlis Penyelidikan menunjukkan 28 peratus lelaki di Afrika Selatan dilaporkan pernah merogol, tiga suku ialah perogol kali pertama adalah seperti Rebombo.
    Tahun demi tahun berlalu.  Rebombo menyertai organisasi kesaksamaan jantina. Hanya pada masa itu dia mula berfikir semula mengenai nasib perempuan yang pernah dirogolnya dan merasakan perlu bertindak sesuatu untuk membetulkan kesilapan lampau.
    Dia mencari kembali perempuan itu lalu merancang satu pertemuan di klinik dan meminta maaf dan menyesali segala perbuatannya terhadap perempuan tersebut.
    Perempuan itu juga menceritakan hidupnya berubah selepas kejadian malang tersebut. Dan, walaupun sudah berkahwin, kadangkala dia menangis apabila disentuh suami sendiri kerana trauma dengan apa yang pernah Rebombo lakukan.
    "Saya rasa bersalah dan sangat malu dengan perbuatan diri saya sendiri apabila perempuan tersebut hidup dalam penderitaan," kata Rebombo yang telah mendirikan rumah tangga. Dia kini tinggal di Mpupalanga, berhampiran bandar raya Durban.
    Dia kini berkhidmat sebagai pengurusan kebangsaan bagi projek "One Man Can" kendalian Sonke Gendera Justice Network. Projek ini menggalakkan hubungan sihat antara kaum lelaki dan wanita.
    Katanya lagi, dia cuba mengubah cara pemikiran manusia supaya lebih menghormati kaum wanita dan tindakan kejam seperti merogol mesti dihentikan dan sesiapa yang mengetahui kejadian ini mesti melakukan sesuatu, bukanlah berdiam diri.

    * Sedutan daripada artikel dibawa CNN
    sumber : sinar harian

    Budak lapan tahun pandu BMW

    Posted: 10 May 2012 07:45 PM PDT


    BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya di sini kelmarin.
    Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta.
    Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam.
    Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390).
    Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Vidal Sassoon mati sakit tua

    Posted: 10 May 2012 07:30 PM PDT


    LOS ANGELES: Pelopor pendandan rambut selebriti, Vidal Sassoon, disahkan mati di rumahnya di California, kata Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), semalam. Sassoon berusia 84 tahun.
    Jurucakap polis LAPD berkata, mereka diminta pergi ke rumah Sassoon di Mulholland Drive, Hollywood, dan mendapati pereka fesyen rambut itu meninggal dunia akibat faktor semula jadi.

    Katanya, ahli keluarga Sassoon ada bersamanya ketika dia menghembus nafas terakhirnya.


    Digelar "pengasas fesyen rambut" oleh sesetengah pihak, Sassoon melancarkan rangkaian salun sendiri sejurus selepas membuka kedai pertamanya di London pada 1954.

    Dibesarkan di England, akhbar LA Times melaporkan, Sassoon menghidap leukemia tetapi butiran lanjut mengenai kematiannya belum dikeluarkan. - AFP



    sumber : myMetro

    Lelaki ‘import’ 49 haiwan eksotik untuk dimakan

    Posted: 10 May 2012 07:15 PM PDT


    MUNICH: Seorang lelaki Jerman ditahan pegawai kastam di Lapangan Terbang Munich apabila didapati membawa 49 haiwan eksotik hidup, kata pihak berkuasa semalam.
    Menurut jurucakap kastam, lelaki berusia 28 tahun itu baru pulang dari Oman membawa sejumlah beg.

    Katanya, lelaki terbabit berjalan di "laluan hijau" tetapi ditahan pihak berkuasa untuk pemeriksaan.


    Apabila diperiksa, dia didapati membawa hampir 50 haiwan, termasuk 31 cicak ekor berduri dan 18 reptilia lain seperti gecko atau tokek dan cicak.

    "Lelaki itu tidak mengisytiharkan kandungan bagasinya kerana menganggap haiwan berkenaan sebagai makanan," katanya.


    Malah, kata jurucakap itu, lelaki terbabit juga mahu menggigit kepala satu daripada haiwan berkenaan di depan pegawai kastam untuk meyakinkan mereka.



    Pegawai kastam kemudian merampas haiwan berkenaan dan lelaki terbabit mungkin didenda sekurang-kurangnya 1,000 euro (RM3,977). - AFP


    sumber : myMetro

    Pengajaran untuk pemandu bahaya

    Posted: 10 May 2012 07:00 PM PDT


    WARSAW: Seorang pemuda yang sering memandu keretanya secara berbahaya berazam menukar cara hidupnya selepas mendapati kenderaan yang sering digunakan, tiba-tiba berada di atas pokok.
    Zbigniew Filo mengalami kejutan sebaik terjaga dari tidurnya kelmarin apabila melihat kereta Ford Escort miliknya berada di atas pokok berhampiran.

    Walaupun sering memandu laju dan berbahaya, Filo, 24, tidak memiliki lesen sah.


    Sementara itu, penduduk perkampungan Lubczyna di daerah Goleniow, bersepakat enggan mendedahkan siapa dalang yang bertanggungjawab di sebalik insiden itu.

    Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengaku, ada individu tertentu meminjam kren milikinya beberapa hari lalu.


    Seorang penduduk Lubczyna berkata, sesiapa juga yang meletakkan Ford Escort Filo itu ke atas pokok mempunyai niat baik.



    "Pemuda itu pemandu berbahaya dan dia mungkin membunuh seseorang jika tidak dihentikan," katanya.

    Lelaki terbabit berkata, Filo pasti berfikir dua kali jika bercadang mengulangi tabiatnya memandu berbahaya selepas ini.


    "Selain itu, tiada siapa tahu kereta pemandu liar mana pula yang bakal menjadi sasaran selepas ini," katanya.

    Polis pula berkata, mereka dihubungi Filo bagi mengadu masalah mengenai keretanya.


    Namun, jurucakap polis berkata, mereka meminta Filo menurunkan sendiri kereta itu.


    "Filo kemudian berjanji untuk mengubah sikapnya, tetapi dia menganggap tindakan penduduk perkampungan itu keterlaluan," katanya. - DM



    sumber : myMetro

    Sultan Johor perjelas isu

    Posted: 10 May 2012 06:45 PM PDT


    JOHOR BAHRU: "Apa yang dilaporkan dalam media asing itu tidak benar kerana perbuatan mereka (ekspatriat) yang mabuk pada hari itu, melakukan kekacauan terhadap pelancong lain, termasuk menceroboh bot peribadi dan berkelakuan biadab terhadap pengawal peribadi adalah punca sebenar (kejadian)," begitu titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pelangi, semalam.
    Baginda bertitah demikian bagi menerangkan kejadian sebenar membabitkan empat ekspatriat warga asing yang cedera ditumbuk pengawal peribadi kerabat ketika mereka bercuti di Pulau Rawa, dekat Mersing, Jumaat minggu lalu. Terdahulu, baginda berkenan menemui wartawan bagi menerangkan perkembangan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula Ahad ini.

    Minggu lalu, akhbar The Straits Times Singapura melaporkan empat ekspatriat warga asing cedera ditumbuk pengawal peribadi kerabat diraja dengan seorang lelaki Britain berusia 28 tahun cedera manakala rakannya warga Jerman mengalami pendarahan otak. Pada masa sama, baginda menasihatkan pelancong asing yang mengunjungi negeri ini supaya menikmati percutian mereka tanpa melakukan sebarang kekecohan atau kekacauan hingga melanggar undang-undang.


    Baginda bertitah, pelancong asing dialu-alukan bercuti dan menghayati keindahan alam negeri ini, tetapi perlu menghormati budaya setempat, menjaga perlakuan dan menghormati undang-undang sedia ada.

    "Saya minta tidak ada pihak memperbesarkan cerita ini. Jika diambil kira, mereka (pelancong asing) boleh dikenakan tindakan undang-undang, tetapi pada hari kejadian saya hanya minta mereka pulang. "Saya maafkan mereka dan lupakan perkara ini serta mengalu-alukan kedatangan mereka untuk menikmati percutian, tetapi jaga perlakuan dan jangan menimbulkan kekacauan dan melanggar undang-undang," titahnya.


    Berikutan kejadian itu, pelancong warga Jerman terbabit terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum dipindahkan ke wad biasa di sebuah hospital di Singapura, kelmarin. Difahamkan, kejadian itu dikatakan berlaku ketika empat ekspatriat itu sedang makan malam sebelum berlaku perselisihan faham antara mereka dan rombongan diraja.



    Sultan Ibrahim bertitah, pada hari kejadian, baginda sudah berangkat pulang selepas menghadiri program menyelam di pulau berkenaan.

    "Di negeri ini banyak pulau yang cantik dan indah serta terkenal dalam kalangan pelancong. Janganlah hanya disebabkan satu dua antara mereka yang tidak menjaga perangai, pelancong yang berada di negeri ini gambarkan tidak selamat. "Malah, pada hari kejadian, doktor peribadi istana turut merawat mereka yang cedera akibat terpijak terumbu karang," titah baginda.




    sumber : myMetro

    Dicerai lepas ‘kantoi’ SMS cinta pada anak

    Posted: 10 May 2012 06:30 PM PDT


    PETALING JAYA: Hati isteri mana yang tidak remuk apabila mendapati suami kedua yang dikahwini enam tahun lalu mencintai anak tiri berusia 10 tahun.
    Lebih malang, ketika mahu mendapatkan penjelasan, wanita itu dibelasah dan diceraikan dalam kejadian di kediaman mereka di Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, wanita terbabit yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pembantu klinik swasta mendakwa cedera di kepala selepas dihentak suaminya sebelum diceraikan talak satu ketika mereka bertengkar mengenai hal berkenaan.


    Menurut sumber, wanita berkenaan terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) ayat cinta yang dihantar suaminya dalam telefon bimbit anak perempuan berusia 10 tahun hasil perkahwinan pertama.

    "Mangsa yang curiga dengan kandungan SMS berkenaan kemudian cuba memeriksa telefon bimbit suaminya itu untuk mendapatkan kepastian ketika lelaki itu mandi. "Malangnya, telefon bimbit suaminya itu tidak dapat diaktifkan kerana kata laluannya dikunci," katanya.


    Sumber berkata, sebaik suaminya keluar dari bilik air, mangsa terus bertanyakan soalan bertubi-tubi mengenai luahan cinta kepada anaknya menerusi SMS itu.



    "Tindakan mangsa mengundang kemarahan sebelum suaminya memaki hamun mangsa sebelum mengemas pakaiannya dan menghentak kepala serta tengkuk mangsa lalu melafazkan cerai talak satu," katanya.

    Katanya, lelaki terbabit memadam semua SMS menyebabkan mangsa yang tidak berpuas hati serta bimbang dengan keselamatan anak membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelong.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian malang menimpa wanita itu.


    sumber : myMetro

    Lempar nota cemas untuk selamatkan ibu

    Posted: 10 May 2012 06:15 PM PDT


    KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menulis nota "tolong selamatkan ibu, kami di W1310" dan melontarnya dari tingkat 13 sebuah kondominium di Batu Kawa, di sini, bagi mendapatkan pertolongan selepas ibunya dibelasah bapanya sehingga tidak sedarkan diri, malam kelmarin.
    Nyata usaha itu tidak sia-sia, apabila nota berkenaan ditemui seorang penghuni kondominium sama yang kebetulan melalui blok pangsapuri itu, biarpun agak lewat iaitu kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas 14 jam ia ditulis.

    Wanita mahu dikenali sebagai Mei, 40, berkata, dia menemui nota berkenaan di kaki lima berhampiran pintu utama blok itu dan membuang kertas itu ke dalam tong sampah berhampiran selepas membacanya.


    "Saya sempat membaca nota di atas kertas itu, tetapi agak ragu dengan kesahihannya sebelum membuangnya ke dalam tong sampah dan pulang ke rumah.

    "Namun, saya berasa tidak sedap hati sebelum kembali semula ke tong sampah tadi untuk mengambil kertas itu dan pergi ke rumah yang dinyatakan.


    "Saya menekan loceng beberapa kali sebelum seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan trauma sedang menangis membuka pintu, saya lihat seorang wanita terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan kesan lebam di muka dan kepala," katanya ketika ditemui Harian Metro.



    Mei berkata, terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

    Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa seorang warga Indonesia dikenali sebagai Juliani, berusia 26 tahun, seorang suri rumah dipukul suaminya menggunakan kayu golf dan tali pinggang sehingga tidak sedarkan diri.


    Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 malam kelmarin, apabila suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja.

    "Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dipukul suaminya, tetapi kejadian kelmarin paling teruk sehingga mangsa tidak sedarkan diri kerana mendakwa suaminya memukul dan menendangnya tanpa belas kasihan.


    "Suspek seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.


    "Mangsa yang sudah sedar masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.


    Roslan berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada Konsul Indonesia dan kes disiasat mengikut bawah Seksyen 324, Kanun Keseksaan.



    sumber : myMetro

    Pengakuan wanita rakam ibu belasah bayi

    Posted: 10 May 2012 06:00 PM PDT


    KUALA LUMPUR: "Saya membuat rakaman semata-mata untuk diserahkan kepada polis kerana saya sudah tidak tahan melihat bayi itu kerap dikasari ibunya. Jadi, jangan kata saya bersubahat (mendera) atau tidak bertimbang rasa."
    Itu penjelasan wanita dikenali sebagai Noor yang merakam adegan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan didera ibunya dan rakaman video itu dimuat naik dalam Internet kelmarin, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
    Harian Metro semalam menyiarkan berita mengenai adegan rakaman video berkenaan serta kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang kes itu berlaku Mei tahun lalu dan ia sudah disiasat polis, malah ibu terbabit sudah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan.

    Noor, 30-an, berkata, dia tidak tahu siapa yang memuat naik rakaman video itu dalam Internet dan sedih apabila sebahagian besar maklum balas pengguna Internet mengenainya menyalahkan dia kerana dianggap bersubahat apabila tidak menyelamatkan bayi itu daripada didera ibunya.



    "Itu ikhtiar terakhir saya untuk selamatkan bayi berkenaan. Saya sangat sedih kerana sebelum itu sudah empat kali wanita terbabit yang juga rakan saya memukul bayinya dengan teruk termasuk menghumban ke dinding," katanya ketika ditemui di rumahnya di Petaling Jaya.



    sumber : myMetro

    Nyaris rentung masak pau

    Posted: 10 May 2012 05:45 PM PDT


    ALOR SETAR: Seorang wanita yang sibuk menyiapkan kuih pau dan dim sum untuk jualan, nyaris rentung dalam kebakaran di rumahnya di Taman Saga, Alor Mengkudu, dekat sini, semalam.
    Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa, Chuan Ching Yeed, 50, menyedari kepulan asap dari bahagian belakang rumahnya menyebabkan dia keluar menyelamatkan diri sehelai sepinggang.

    "Saya tak sempat selamatkan apa-apa barang kecuali telefon bimbit dan menghubungi suami yang ketika itu mempunyai urusan di luar.


    "Saya tak pasti bahagian mana mula terbakar, tetapi saya nampak pada mulanya di bahagian tengah namun bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri walaupun semua perabot terbakar," katanya di sini, semalam.

    Chuan berkata, hanya dia dan suaminya, Chong Chee Keong, 54, tinggal di rumah itu sejak 10 tahun lalu, manakala tiga anak mereka masing-masing tinggal berjauhan selepas berkahwin.


    Mangsa menganggarkan kerugian dialaminya RM100,000 berikutan banyak barangan dalam rumahnya musnah dijilat api. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Faizal Zainol Halim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 11.30 pagi dan enam anggota serta sebuah jentera dari balai itu bergegas ke lokasi sebelum tiba enam minit kemudian.



    Beliau berkata, pihaknya turut meminta bantuan anggota Balai Bomba Alor Setar yang disertai lapan orang dengan dua jentera dan 30 anggota bomba sukarela untuk membantu memadamkan kebakaran.

    "Api berjaya dikawal jam 11.43 pagi daripada merebak ke rumah bersebelahan dan hasil siasatan kami mendapati seluruh bahagian dalam rumah mangsa musnah 70 peratus, tetapi kerugian dan punca masih dalam siasatan," katanya.



    SUMBER : MYmETRO

    Tidur Di Tindih Setan (Sleep Paralysis),penjelasannya

    Posted: 10 May 2012 05:30 PM PDT


    Pernah terbangun dari tidur, tapi sulit bergerak ataupun berteriak? Jangan risau, anda tidak diganggu makhluk halus. Ini penjelasan ilmiahnya. Pada saat mengalami ini biasanya kita akan sulit sekali bergerak dan kemudian ada sedikit rasa dingin menjalar dari hujung kaki ke seluruh tubuh.


    Untuk boleh bangun, satu-satunya cara adalah menggerakkan hujung kaki, hujung tangan atau kepala sekuat-kuatnya hingga seluruh tubuh boleh digerakkan kembali, biasanya disertai juga dengan munculnya bayangan kegelapan. Hal inilah yang dimaksudkan "ketindihan" makhluk halus oleh sebahagian besar orang.


    Menurut medik, keadaan ketika orang akan tidur atau bangun tidur merasa sesak nafas seperti dicekik, dada sesak, badan sulit bergerak dan sulit berteriak disebut sleep paralysis alias tidur lumpuh (kerana tubuh tak boleh bergerak dan serasa lumpuh).




    Hampir setiap orang pernah mengalaminya. Setidaknya sekali atau dua kali dalam hidupnya. Sleep paralysis boleh terjadi pada siapa saja, lelaki atau perempuan.

    Dan usia rata-rata orang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah 14-17 tahun. Sleep paralysis alias tindihan ini memang boleh berlaku dalam hitungan detik hingga minit.

    Yang menarik, saat tindihan terjadi kita sering mengalami halusinasi, seperti melihat susuk atau bayangan hitam di sekitar tempat tidur. Tak hairan, fenomena ini pun sering dikaitkan dengan hal mistik.

    Di dunia Barat, fenomena tindihan sering disebut mimpi buruk inkubus atau old hag berdasarkan bentuk bayangan yang muncul. Ada juga yang merasa melihat agen rahsia asing atau alien.

    Sementara di beberapa lukisan abad pertengahan, tindihan digambarkan dengan susuk roh jahat menduduki dada seorang perempuan hingga ia ketakutan dan sulit bernafas.


    Menurut Al Cheyne, peneliti dari Universiti Waterloo, Kanada, sleep paralysis, adalah sejenis halusinasi kerana adanya malfungsi tidur di tahap rapid eye movement (REM). Sebagai pengetahuan, berdasarkan gelombang otak, tidur terbagi dalam 4 tahap.

    Tahapan itu adalah tahap tidur paling ringan (kita masih setengah sadar), tahap tidur yang lebih dalam, tidur paling dalam dan tahap REM.

    Pada tahap inilah mimpi terjadi. Saat keadaan tubuh terlalu letih atau kurang tidur, gelombang otak tidak mengikuti tahapan tidur yang seharusnya. Jadi, dari keadaan sedar (saat hendak tidur) ke tahap tidur paling ringan, lalu langsung melompat ke mimpi (REM).

    Ketika otak mendadak terbangun dari tahap REM tapi tubuh belum, di sinilah sleep paralysis terjadi. Kita merasa sangat sedar, tapi tubuh tak boleh bergerak. Ditambah lagi adanya halusinasi muncul susuk lain yang sebenarnya ini merupakan ciri khas dari mimpi.

    Selain itu, sleep paralysis juga boleh disebabkan sesuatu yang tidak dapat dikawal. Akibatnya, muncul stress dan terbawa ke dalam mimpi. Lingkungan kerja pun ikut berpengaruh. Misalnya, Anda bekerja dalam shift sehingga kekurangan tidur atau memiliki pola tidur yang tidak teratur.

    Meski biasa terjadi, gangguan tidur ini patut diwaspada. Pasalnya, sleep paralysis boleh juga merupakan pertanda narcolepsy (serangan tidur mendadak tanpa tanda-tanda mengantuk), sleep apnea (mendengkur), kecemasan, atau depresi.

    Jika Anda sering mengalami gangguan tidur ini, sebaiknya buat catatan mengenai pola tidur selama beberapa minggu. Ini akan membantu Anda mengetahui penyebabnya. Lalu, atasi dengan menghindari penyebabnya Bila tindihan diakibatkan terlalu letih, cuba lebih banyak beristirahat.

    Kurang tidur pun tidak boleh dianggap remeh. Jika sudah menimbulkan sleep paralysis, keadaanya bererti sudah berat. Segera evaluasi diri dan cukup keperluan tidur. Usahakan tidur 8-10 jam pada jam yang sama setiap malam.

    Perlu diketahui juga, seep paralysis umumnya terjadi pada orang yang tidur dalam posisi telentang (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu sering mengubah posisi tidur untuk mengurangi risiko terserang gangguan tidur ini.

    Nah, jika tindihan disertai gejala lain, ada baiknya segera ke doktor ahli tidur atau laboratorium tidur untuk diperiksa lebih lanjut. Biasanya doktor akan menanyakan bila tindihan dimulai dan sudah berlangsung berapa lama. Catatan yang telah Anda buat tadi akan sangat membantu ketika memeriksakan diri ke dokteor.

    Di Afro-Amerika

    Gangguan tidur ini disebut the devil riding your back hantu atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

    Di China

    Disebut gui ya shen alias gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.

    Di Mexico

    Disebut se me subio el muerto dan dipercayai sebagai kejadian adanya arwah orang meninggal yang menempel pada seseorang.


    Di Kamboja, Laos dan Thailand

    Disebut pee umm, mengacu pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegangi atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.

    Di Ireland

    Disebut mara. Ini adalah kata kuno bahasa Ireland. Ertinya hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.

    Di Turki

    Disebut karabasan, dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di kala tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.

    Di Jepun

    Disebut kanashibari, yang secara literatur diertikan mengikat sehingga diertikan seseorang diikat oleh makhluk halus.

    Di Vietnam

    Disebut ma de yang artinya dikuasai setan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.

    Di Hungary

    Disebut lidercnyomas dan dikaitkan dengan kata supranatural boszorkany (penyihir). Kata boszorkany sendiri bererti menekan sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.

    Di Malta

    Gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Dan untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus menaruh benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal saat tidur.

    Di New Guinea

    Fenomena ini disebut Suk Ninmyo. Ini adalah pohon keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali orang yang rohnya sedang disantap pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

    Akibat daripada kebodohan

    Posted: 10 May 2012 05:15 PM PDT




    LETAK MAKLUMAT IKLAN

    [Video] Proses menyelamat kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

    Posted: 10 May 2012 05:00 PM PDT

    Kanak-kanak lelaki yang bernama Chaofan yang masih berusia 3 tahun terperangkap dalam spinner mesin basuh ketika sedangsembunyi-sembunyi dengan ibunya dirumah.Kanak-kanak itu bersembunyi didalam mesin basuh dan akhirnya terperangkap tidak boleh keluar. Dia terperangkap selama  satu jam di mesin basuh dirumahnya yang berada di Taiyuan, daerah Shanxi.Dia akhirnya berjaya dibebaskan oleh lpasukan penyelamat setempat.










    sumber : ruanghati.com

    Nasib baik kat luar negara,kalau kat Malaysia dah lama 'anu' mamat ni kena potong

    Posted: 10 May 2012 04:45 PM PDT




    Rasa mamat ni sakit mental..sampai sanggup buat begini
    (maaf kalau gambar ini ganggu  anda..sekadar
    nak menunjukkan betapa rendahnya moral manusia)

    Bentuk kek pengantin yang canggih

    Posted: 10 May 2012 04:30 PM PDT









    7 Orang diperlukan untuk bawa 'Bali' jumpa doktor

    Posted: 10 May 2012 04:15 PM PDT

    7 orang diperlukan untuk membawa Bali keklinik untuk membuat pemeriksaan. 
    Bali seekor ular sawa yang panjang 22 kaki itu juga ditutup matanya sewaktu di bawa untuk pemeriksaan.

    Cheetah suka minyak wangi Obsession for Men

    Posted: 10 May 2012 04:00 PM PDT

    Minyak wangi Calvin Klien Obsession for Men menjadi kesukaan cheetah .Kajian ini telah dilakukan oleh beberapa orang ahli biologi di sebuah hutan di Guatemala.
    Mereka telah menggunakan 24 jenis minyak wangi dan dua ekor cheetah dalam ujikaji itu.
    Mereka menggunakan kemera tersembunyi untuk meneliti berapa lama cheetah itu mencium bau dan mendapati cheetah itu membau Obsession for Men selama 11.1 minit, Nina Ricci's L'Air du Temps ditempat kedua selama 10.4 minit.
    Pengguna minyak wangi dalam ujikaji akan diperluaskan ketempat lain.

    Chimpanze Nakal yang Mengintip Dibalik Tshirt Seorang Wanita

    Posted: 10 May 2012 11:00 AM PDT


    Seekor chimpanze nakal ini tidak dapat menahan rasa keingintahuannya, dan dengan cepatnya mengintip dibalik tshirt penjaganya saat wanita tersebut sedang memeluknya erat-erat.
    Primata berumur dua tahun ini tak melepaskan pandangannya ke arah belahan dada sang penjaga setelah menggunakan jari telunjuknya untuk menarik t-shirt hijau wanita tersebut.





    Momen in berhasil diabadikan oleh fotografer Cyril Ruoso saat berada di Pandrillus Drill Sanctuary, Nigeria.
    "Ini adalah sebuah foto yang lucu, menunjukkan sikap seekor chimpanze, dan itu adalah pertama kalinya saya mengambil gambar yang secara jelas menunjukkan perilaku semacam ini." kata  fotografer berusia 41 tahun dari Burgundy, Perancis, tersebut.

    Gila ..wanita sanggup gantung diri dengan kail ikan tanda protes

    Posted: 10 May 2012 10:30 AM PDT

    Alice Newstead menunjukkan sokongannya untuk mengakhiri perburuan sirip yu dengan cara yang unik namun dapat membuat orang merasa ngeri melihat aksinya tersebut, yakni menggantung tubuhnya dengan menggunakan dua buah kail besar yang menembus kulit punggungnya.

    Perburuan sirip yu umumnya dilakukan untuk menyediakan bahan utama dalam sup sirip yu yang merupakan sajian lazat di China dan beberapa negara Asia lainnya.












    Newstead memilih untuk memprotes kebrutalan perburuan sirip yu ini dengan tindakan mengerikan. Aksi ini dilakukannya di kedai Kosmetik LUSH di San Francisco, dimana artis ini tergantung dengan dua kail di punggungnya, kail sama yang digunakan dalam menangkap ikan hiu.[menjelma.com]

    Wanita ini jatuh pengsan setelah terima surat saman sebanyak 32 ribu euro kerana kesalahan parking

    Posted: 10 May 2012 10:15 AM PDT


    Seorang wanita dari Silicy, Itali terkejut setelah dirinya harus membayar saman akibat kesalahan parking kereta, sebanyak 32 ribu euro .

    Bahkan ketika menerima dan melihat surat saman tersebut, wanita yang tidak disebutkan namanya itu jatuh pengsan dan terpaksa dilarikan ke hospital terdekat.

    Seperti dilaporkan harian Repubblica yang dikutip Caradvice, Isnin 31 Oktober 2011, nilai denda ini boleh dikatakan cukup pelek untuk sebuah kesalahan parking kereta.

    Kejadian itu berlaku,ketika polis setempat mengirim sebuah surat saman beserta nilai denda kepada wanita tersebut dan suami, pada bulan ini. Dalam surat saman disebutkan adanya pelanggaran yang dilakukan, yakni meletakkan kereta sembarangan dan tidak sesuai dengan ketentuan.

    Tak hanya nilai denda yang begitu besar, iaitu 32 ribu euro yang membuat wanita itu terkejut. Namun, setelah siasat ternyata ada kesalahan dari peaipan di surat saman itu. Waktu kejadian yang semestinya tahun 2008 tertulis tahun 208.

    Hasilnya, surat saman tersebut menyatakan, kesalahan lalu lintas terjadi pada 1.803 tahun lalu. Hal itu juga yang membuat perhitungan denda serta bunga, yang harus dibayar menjadi berlipat kali ganda.

    Setelah dilakukan pembetulan, ternyata wanita itu hanya membayar 102 euro . Denda itu kemudian terus dibayar oleh suaminya.

    *gambar hanya sekadar hiasan