Adsense

Khamis, 10 Mei 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


David Teo mohon maaf

Posted: 09 May 2012 10:43 PM PDT

Hip

PENERBIT filem dari MIG Movie Production, David Teo memohon secara terbuka kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyarham Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi di atas kenyataannya yang menyinggung mereka kerana menyebut perkataan 'sedekah'.

Dalam kenyataannya yang dikirimkan kepada semua media menerusi e-mel, beliau menjelaskan, jauh dalam lubuk hatinya memang tidak ada niat langsung untuk menghina atau menyakitkan hati mana-mana kerana Bob Kuman dianggap sahabat baiknya.

Berikut adalah kandungan e-mel daripada David Teo; "Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai Bob Kuman (Husni Mohd Rawi).

Pemergian Bob sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergiannya, namun kita sebagai manusia harus reda dengan segala ketentuan Tuhan.

Allahyarham sebelum ini banyak terbabit dalam produksi saya dan dia sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormatinya sebagai sahabat dan rakan kerja.

Pada kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.
Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut mengenai sumbangan yang saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa Bob sakit.

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah". Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Bob Kuman hidup, bukannya selepas meninggal dunia.
Penggunaan perkataan 'sedekah' yang saya maksudkan adalah 'derma atau sumbangan'.

Apa yang saya faham, 'sedekah' bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar 'senyum adalah satu sedekah' dan 'sedekahkan al-Fatihah' jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci, tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutama peminat dan penyokong Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan Bob Kuman saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf di atas keterlanjuran kata-kata saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan artis dan peminat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

'Cara dia kurang manis'

PELAWAK terkenal, Saiful Apek, yang juga rakan baik Allayharham Bob Kuman, menganggap permohonan maaf melalui e-mel sebagai tidak bermakna dan tindakan kurang manis oleh produser popular, David Teo.

Katanya, sebagaimana lantangnya penerbit terbabit menyebut mengenai sumbangan yang diberikan kepada Allahyarham di Hospital Tawakal pada 2010 sebagai sedekah, seperti disiarkan Melodi siaran 22 April lalu, sepatutnya permohonan maaf itu dilakukan menggunakan kaedah sama (media elektronik).

"Susah saya mahu cakap soal ini. Bukan saya tidak terima permohonan maafnya, tetapi saya mahu dia memohon maaf secara terbuka, bukan menerusi e-mel yang kita tidak dapat lihat sama ada dia sendiri yang tulis atau sebaliknya. Bagi pihak saya, saya sudah memaafkannya, tetapi bagi orang lain, dia patut minta maaf dengan cara yang betul.

"Sepatutnya, bagaimana dia menggunakan media elektronik untuk mengeluarkan kenyataan sedekah itu, begitulah caranya untuk dia memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga Allahyarham, seperti ibu, isteri, adik-beradik dan kenalan Bob yang terguris dengan kenyataannya yang cukup keras itu.

"Masa dia mengutuk Allahyarham, boleh pula menggunakan saluran televisyen. Kenapa tidak memohon maaf dengan cara yang sama? Ia lebih afdal apabila menggunakan media elektronik. Saya rasa, bukan saya saja yang berpendapat begini, orang lain juga pasti bersetuju kerana ia kurang manis. Lagipun, David sudah biasa buat filem Melayu, tentunya dia sudah arif dengan adat Melayu," katanya.

Mengenai kemungkinan David salah mentafsir frasa sedekah, Apek berkata, David tidak menggunakan perkataan memberi sedekah sememangnya mulia, tetapi perkataan seolah-olah meminta sedekah, seperti yang ditujukan kepada Allahyarham, yang dilihat mengguris hati.

Katanya, jika sebelum ini David boleh menggunakan perkataan seperti sumbangan mahupun sagu hati, kenapa pada ketika itu dia memilih perkataan sedekah pula?

"Saya pelik kerana selama ini David terkenal dengan perkataan sagu hati dan sumbangan, tetapi kenapa untuk Allahyarham, sebanyak dua kali dia menggunakan perkataan sedekah," tegasnya.

Katanya lagi, dia mengakui ada segelintir pihak mengatakan dia seperti meneguk di air yang keruh berhubung soal itu, dengan alasan kononnya mahu membalas dendam terhadap persengketaan bersama David selama ini. Bagaimanapun Apek menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

"Tanggungjawab saya sebagai rakan baik adalah meminta David mohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham. Selepas selesai permohonan maaf terbuka David nanti, saya mahu menjalankan amanah Allahyarham kepada saya pula, membabitkan diri saya sendiri.

"Ramai yang salah faham kerana ingat saya mahu menjalankan amanah yang membabitkan Allahyarham. Tidak, ia satu tanggungjawab yang diamanahkan Allahyarham kepada saya kerana hanya dia tahu semua cerita antara saya dan David. Saya tidak menggunakan isu ini untuk balas dendam kepada David. Ia amanah membabitkan hak saya dan sebenarnya bukan saya seorang saja, tetapi ramai lagi yang harus menuntut hak sama.

"Sebenarnya, sebelum meninggal, Allahyarham berpesan kepada saya untuk menuntut hak saya membabitkan soal bayaran yang tidak dilunaskan David. Saya berlakon percuma saja untuk filem Lady Boss dan Anak Mami The Movie. Hati mana tidak sakit setiap kali melihat tayangan filem itu di kaca televisyen, sedangkan sudah enam tahun saya tidak menerima bayaran?

"Selama ini, saya hanya diamkan saja kerana mengikut saluran yang betul, iaitu mahkamah. Kini tiba masanya saya menuntut hak seperti yang diamanahkan rakan baik saya," katanya yang akan mengadakan sidang media tergempar dalam masa terdekat membabitkan haknya itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mr. Rambai

Jangan cepat melatah.. tanya diri dan hati sendiri. apa yang dikatakan dan maksudnya BERSEDEKAH...konteks dalam pengertian agama ISLAM pun adalah keikhlasan hati yang bersih.. semata2 hanya ALLAH S.W.T, so tak payahlah mencari kesilapan orang lain...semua itu dah ketentuan-Nya jua... hanya kita saja yang melakonkan didalam pentas dunia ini...yang hidup pasti jua mati...

hani

orang dah mohon maaf apa lagi mau di kecoh2, dah selesai oklah tu

jebat

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al Fatihah.

duri

Kenapa perlu timbulkan isu?
Sedekah itu satu benda yang baik, dan Allayarham pon memang memerlukan pada waktu itu.
Just let it go la, bahasa melayu pon bukan si David ni fasih sangat

fikir dulu sebelum cakap dah minta maaf tu kira ok la...

jabil

Bayar hutang dah 6 tahun tak bayar....itu sebenarnya yang apek nak kata

spultura punk

dua2 pon slh ... klau d pkir david teo mmang tidak fasih mnggunakn bhasa malaysia ... sperti yg kita lihat apabila dy jd pngkritik tetap raja lawak ... bnyk bhasa yg d sebut nye tidak btl ... jdi x mustahil la klau prkara mcm ni tjdi ... tp dy slh jga , knp dy tidak byar gnjaran yg sharus nye apek trima ... klau sye d tmpat apek , sye pon akan lkukan prkara yg sma ...

gagak hitam

Harus berfikir sebelum cakap, bukan komen macam Raja Lawak...

jomi

bagaimana pula dgn perkataan "bersedekah" perkataan sedekah ini bkn jd isu.. cuma sejauh mana keikhlasan seseorg itu ingin membantu. Salah dan silap adat kehidupan yg penting saling memaafkan.

kojol

kita tidak di tempatnya jgn lah nak pujuk dan lupakan...bukan nak cari pasal...tp cuba pulak jika ia berlaku ditempat sendiri..org dah ludah muka kita lepas tu nak mintak maaf...apa cete..

JUNE

Saya sendiri pun tak nampak perkataan 'sedekah' tu sebagai kurang manis, cuma tanggapan masyarakat kita bahawa bahawa sedekah tu seperti meminta-minta, sedangkan pengertian sedekah itu memberi dengan seikhlas hati. Apek pun tak perlu lah emo sangat. Takde apa perlu di perbesarkan dan biarlah arwah aman di sana.

syafiq2323@yahoo.com.au

david teo tak salah..melodi yang salah..medium memanaskan dua hubungan

mat ganu

Yg sudah tu sudah lah...

nuris

saya tidah brpihak kpd sesiapa,tetapi apapun yg brlaku dan cara penyelesaiannya biarlah di saluran yg betul..mana yg tersinggung dan pihak yg lg satu sudah meminta maaf,sesamalah kita brmaafan..jgn dipanjangkan perkara yg boleh diselesaikan,akibat memakan diri sendiri..Hidup biarlah sejahtera

fredrick

everyone make mistake.nobody perfect. :)

iqbal

Mr David dah minta maaf,dia dah jelaskan segalanya..harap jangan dipanjangkan lagi isu ini,sememangnya dia tidak sempurna kerna manusia biasa,tapi apa yang telah diberikan,sumbangan dan sebagainya pada dunia perfileman tanah air memang amat dihargai,dia tidak makan seorang diri,dia memang gemar memberi sumbangan pada rakan-rakan artis dan sebagainya,tidak seperti yang lain yang asyik mengumpul kekayaan tapi lupa tanggungjawab pada masyarakat mahupun tuntutan agama.

sufi aanja

semuanye ketentuan tuhan yang dah tiada didoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman yang idup ini beringat2lah...tutur kata adalah senjata yang paling tajam menghiris, renung2kan lah

Pak Yop

Yang ini baru kira sedekah...dah 6 tahun tak bayar...


Impak siri jelajah ABPBH

Posted: 09 May 2012 04:31 AM PDT

Hip

DARI kiri; Shaheizy Sam, Yana, Along Cham dan Fizz Fairuz pada majlis penyampaian hadiah ABPBH2011.

DARI kiri; Shaheizy Sam, Yana, Along Cham dan Fizz Fairuz pada majlis penyampaian hadiah ABPBH2011.

Artis sanggup luang waktu temui peminat seluruh negara

KOMITMEN ditunjukkan tujuh finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menjayakan siri jelajah sempena mempromosikan acara berprestij itu melayakkan mereka menerima Anugerah Khas daripada Jawatankuasa ABPBH.

Fizz Fairuz, Shila Amzah, Awi Rafael, Shaheizy Sam, Along Cham, Yana Shamsudin dan kumpulan Forteen menerima anugerah berkenaan pada majlis penyampaian hadiah buat pemenang kategori artis dan pembaca, ABPBH2011, di Hotel Holiday Villa Subang Jaya, Isnin lalu. Mereka membawa pulang seutas rantai mutiara bernilai RM10,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta barangan tajaan Avon.

Along yang tersenarai dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular ialah artis paling komited apabila berada di semua lokasi siri jelajah. Walaupun pada waktu sama sibuk menjalani penggambaran filem, namun Along sanggup mengetepikan tugasnya seketika dan meluangkan waktunya untuk ABPBH. Dia juga ialah pengacara bagi pertandingan Bintang Idola Berita Harian yang diadakan sempena penganjuran ABPBH.

"Sebelum ini kerjaya saya agak malap, tetapi sejak menyertai siri jelajah ABPBH pada 2008, kerjaya saya sedikit demi sedikit meningkat. Ketika itu saya bukanlah finalis, sekadar dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan siri jelajah bersama Raja Azura.

"Saya masih ingat lagi, ketika pertama kali mengikuti siri jelajah, hanya seorang peminat yang sudi mengambil gambar saya dan Angah (Raja Lawak). Sedih jugalah bila apabila seorang saja menunjukkan minat.
"Selepas dua tahun mengikuti siri jelajah, tak sangka pula saya boleh menjadi seorang daripada finalis. Semua ini berkat daripada komitmen yang saya berikan kepada siri jelajah ABPBH selama ini.

"Dari situ, perlahan-lahan saya membina nama. Tetapi semua ini tidak akan menjadi nyata tanpa bersulamkan minat. Bagi saya, minat kena ada apabila menyertai aktiviti sebegini. Janganlah kita melakukannya hanya kerana dicalonkan," kata Along.

Fizz dan Sam turut berkongsi pandangan sama. Mereka memberikan komitmen kepada siri jelajah ABPBH sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni masing-masing.

Pelakon drama Nur Kasih itu juga antara mereka yang paling kerap menyertai siri jelajah, selepas Along. Pemenang Pelakon TV Lelaki Popular ini berkata, bukanlah satu bebanan untuk meluangkan masa sekali seminggu untuk menghargai peminat.

"Insya-Allah, selepas ini di ceruk mana pun ABPBH minta saya datang, saya akan cuba tunaikan. Saya sukakan aktiviti sebegini, yang dapat mendekatkan diri dengan peminat.

"Bagi saya, ini saja dapat saya lakukan sebagai tanda terima kasih buat mereka. Saya bersyukur kerana dalam ramai-ramai pelakon, nama saya boleh terpilih sebagai top 5. Jadi saya harus menghargainya," kata Fizz.

Meskipun tidak berjaya membawa pulang sebarang trofi tahun ini, Sam tidak sesekali patah semangat untuk terus memberikan komitmen kepada siri jelajah acara terbabit sekiranya masih dicalonkan pada tahun depan.

"Apa saja aktiviti yang dapat merapatkan hubungan saya dengan peminat, saya akan cuba untuk sertai. Bagi saya, kejayaan seseorang pelakon itu bukan terletak kepada kehebatan dia berlakon, tetapi disebabkan sokongan daripada peminat. Sebagai artis, saya tidak pernah menganggap aktiviti sebegini sebagai bebanan sebaliknya inilah lambang terima kasih saya buat mereka," katanya.

Walaupun tidak dapat mengikuti ke semua lima destinasi siri jelajah tahun ini kerana sibuk dengan penggambaran filem Wawa Semput, Yana tetap berjaya singgah ke empat lokasi.

"Saya tidak boleh melepaskan peluang ini kerana inilah kali pertama saya dicalonkan. Inilah juga kesempatan yang saya ada untuk mendekati peminat yang banyak menyokong.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk mengikuti siri jelajah kerana pihak produksi turut memahami dan sedia melepaskan saya jika tiada halangan besar. Walaupun peluang berada di atas pentas ketika siri jelajah hanya sekejap, saya akan tetap bertemu dengan peminat selepas ini.

"Paling terharu, pada malam kemuncak lalu, peminat menyanyikan lagu untuk saya walaupun saya tidak menang. Ada peminat yang menangis di atas kekalahan itu, tetapi mereka tidak berputus asa dan tetap mahu menyokong saya," katanya.