Adsense

Selasa, 28 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar HAIZA di Pelancaran Single Terbaru SEMALAM

Posted: 28 Feb 2012 07:39 PM PST

Pada jam 3 petang semalam, Budiey bergegas ke Majlis Pelancaran Single Terbaru Haiza berjudul SEMALAM yang diadakan di Red Box Ria Sogo. Ini kali pertama Budiey dijemput untuk ke majlis anjuran Haiza yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya iaitu My Own Entertainment Management (MOEM).

VIDEO HAIZA NYANYI LAGU SEMALAM

MOEM ditubuhkan pada tahun 2010 dan menguruskan aktiviti seni Haiza seperti nyanyian, pengacaraan, lakonan dan penerbitan album. Sedar tak sedar, Haiza kini sudah pun 17 tahun dalam bidang seni suara.

Haiza

Lagu Semalam telah pun berkumandang di di stesen radio sejak pertengahan Januari 2012, tetapi ianya tidak secara rasmi. Maka, kerana itu diadakan majlis pelancaran hari ini serentak dengan tayangan video klip untuk lagu Semalam yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua daripada Tanah Beris Productions. Sebuah klip video yang sangat santai Budiey kira dan ia mencerminkan apa yang nak disampaikan oleh Haiza kepada pendengar. Lagi gempak apabila pelakon Zain Saidin menjadi model lelaki dalam video ni.

Setakat ini, sudah single ini sudah terjual lebih 500 unit melalui pembelian secara terus dan secara online.

Di majlis santai ini juga, Haiza turut memberi penghargaan kepada pihak yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini iaitu Red Box Ria, Hotel UiTM Shah Alam, komposer Semalam iaitu Nawfas dan lirik pula oleh Azlan Supardi serta lagu Marilah Pada Ku oleh Omar K, Audi Mok dan lirik oleh Zel Firdaus serta syarikat Jamu Mak Dara.

Kenapa perlu beralih angin kepada irama Pop Komersil? Itu soalan utama yang diterjah kepada Haiza. Ya, nama Haiza rasanya dah sebati dengan lagu-lagu Dangdut dan sebelum muncul dengan "Semalam", Haiza telah melakukan pelbagai kajian tentang selera pendengar di negara ini bagi memastikan lagu itu diterima peminat.

Di sidang media, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin menjelaskan tidak akan meninggalkan muzik dangdut yang diperjuangkannya selama ini walaupun muncul dengan single genre pop. Oleh kerana itu, dia masih memasang impian untuk menghasilkan sebuah album dangdut pada masa hadapan.

"Jujurnya jiwa saya masih melekat dengan muzik dangdut. Tetapi pada masa sama saya perlu mengikut perubahan semasa dan kehendak pendengar yang mahukan sesuatu yang lain. Kemunculan album single berjudul "Semalam" adalah usaha dalam memikat hati pendengar selain ingin mencuba sesuatu yang baru dalam karier saya,"

Tambahnya, walaupun masih mencintai muzik dangdut dia perlu membuang egonya demi memastikan perjalanan karier seninya seiring dengan keadaan semasa industri muzik.

"Saya telah melakukan sehabis baik untuk "Semalam" dengan meletakkan ego saya jauh-jauh walaupun sebenarnya ingin merakamkan lagu berentak dangdut. Selebihnya terpulang kepada penilaian pendengar sama ada ingin menerima atau tidak," ujarnya.

Dalam pada itu, Haiza berkata dia tidak mahu terus menyalahkan pihak stesen radio yang enggan memutarkan lagu genre dangdut sebaliknya mengikut kehendak mereka.

Haiza memberitahu dia percaya pihak stesen radio mempunyai alasan tersendiri mengapa enggan memutarkan lagu-lagu berkenaan.

"Kalau asyik menyalahkan mereka kita juga rugi sebaliknya lebih baik kita kaji mengapa mereka berbuat demikian. Atas dasar itu juga saya muncul dengan genre pop tetapi masih menyelitkan sedikit elemen dangdut di dalamnya dengan memberikan nafas baru. Saya harap masih akan ruang untuk lagu saya diputarkan di stesen-stesen radio popular di negara ini,"

Dia juga gembira apabila single itu telah berjaya dijual sebanyak 500 unit secara dalam talian dan ketika mengadakan persembahan. Haiza berkata, itu adalah petanda baik buat dirinya yang sebelum ini telah bertungkus lumus memastikan hasil kerjanya diterima. Sementara itu, Haiza berkata dia turut menggunakan medium laman Youtube sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagu.

"Sebagai seorang penyanyi yang telah 17 berkecimpung dalam dunia hiburan, saya perlu cepat dalam memikirkan idea-idea baru dan bergerak sendiri untuk tampil dengan perkara segar bagi menarik minat pendengar."

Selain lagu "Semalam" ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu, album mini terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu "Marilah Padaku" ciptaan Audi Mok dan Omar K.

Bagi yang ingin mendapatkan album single "Semalam" boleh melayari Facebook milik Haiza iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi. via Mstar Online

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Penyanyi Dangdut, Haiza & Norhanapfe Omar Kahwin
  • Gambar Maya Matahari di Pelancaran Single Haiza
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Gambar Heliza di Majlis Pelancaran Heliza Helmi Productions & Pelancaran Single Baru
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Pelancaran Filem Libas & Album Ahli Fiqr IRAMA BERIMAH
  • Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon
  • Majlis Pelancaran Single Album In Heart Hari Ini
  • Aaron Aziz, Johan & Zizan Kini Artis Naungan Astro
  • Gambar Fida di Majlis Pelancaran Single Terbaru IN HEART
  • Liyana Jasmay Akan Bertunang Dengan Jiran

    Posted: 28 Feb 2012 07:22 PM PST

    Kalau dulu Liyana Jasmay Tak Percaya Cinta, katanya dalam lagu lah eh, tapi sekarang Liyana Jasmay dah percaya pada cinta lalu akan bertunang dengan jirannya. Tahniah Liyana Jasmay.

    Liyana Jasmay

    Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 23, telah membuat pengakuan akan bertunang dengan jirannya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan pada bulan depan.

    Menurut laporan akhbar Berita Harian, Liyana berkata dia sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya yang berusia 28 tahun itu.

    "Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin," katanya.

    Sebelum ini, Liyana yang popular dengan lagu Aku Tak Percaya Cinta itu pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi, Aizat.

    "Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh. Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya," tuturnya.

    Tambah Liyana, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya tinggal berdekatan dengannya.

    Dia juga bersyukur kerana walaupun lelaki pilihannya itu buka daripada kalangan orang seni, dia faham dengan alunan cara kerja Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM) ini.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Gambar Liyana Jasmay di Red Carpet FFM24
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 26
  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan
  • Sensasi

    Sensasi


    Funny Comic: Women behaviour, True Story ...

    Posted: 28 Feb 2012 08:25 AM PST

    WOMEN. WTF.

    heheheh..shits happen...
    To be honest..yeahhh bende nie memang berlaku dlm hidup sensasi..kuikui.. tp si dia selalu memujuk dan menenangkan diri ini..

    Sensasi ingatkan Sensasi je de perangai mcm bipolar disorder ke ape ke kan..rupenyer pompuan lain pun ader jugak..aha..

    consider yourself warned!!

    Gambar baby Marion Caunter dan SM Nasarudin..

    Posted: 28 Feb 2012 08:12 AM PST

    Walaupun tak berapa lama selepas melahirkan anak,Marion Caunter tetap maintain slim..Macam tak pernah bersalin pun..mantap gitu...

    aa,selalunya lahirkan nak sulung,badan masih senang nak slim..tapi masuk anak kedua dan ketiga,mula lah badan seorang perempuan tue cepat naik,dan susah nak slim..kene kerja keras untuk jaga badan...pengorbanan ibu untuk melahirkan anak dan pengorbnan seorang isteri untuk beri zuriat kepada suami..Sampai habis bentuk badan lari..so suami di luar sana tolong lah hargai isteri anda..

    Jom tengok wajah comel bayi Marion nie...sesekali nampak iras si bapa..tapi ada juga iras ibunya..kene tunggu besar sikit baru leh nampak ikut wajah siapa...

    Comel nyer anak beranak nie..hehe






    Malek Noor bakal berkahwin dengan Doktor pakar

    Posted: 28 Feb 2012 08:05 AM PST

    Malek Noor bakal berkahwin dengan seorang doktor pakar. Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.

    Malek yang masih mahu merahsiakan identiti wanita tersebut berkata, dia mengenali doktor berkenaan yang bekerja di sebuah hospital swasta dekat sini sejak empat bulan lalu ketika membincangkan urusan perniagaan. Katanya, selepas pertemuan itu mereka sering berhubung sehinggalah wanita tersebut bertanyakan sama ada selesa atau tidak untuk berkawan. Kata Malek, secara jujurnya dia membalas pertanyaan wanita itu dengan baik sehinggalah timbullah perasaan sayang dalam diri masing-masing. "Sejak hari itu kami sering memanggil diri kami dengan perkataan "sayang" sehinggalah saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai isteri," katanya.


    Ekin (Mawi) selamat melahirkan anak sulung perempuan

    Posted: 27 Feb 2012 11:22 PM PST

    Tahniah kepada pasangan Mawi dan Ekin yang sudah bergelar ibu dan ayah...


    Jelas Mawi, bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin atau nama penuhnya Nora'Asikin Rahmat di salah sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor jam 4 pagi tadi.

    "Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahaya mata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.

    "Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," katanya

    "Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.

    "Saya dapat melihat kesakitan yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.

    "Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.

    Tidak kisah dikurniakan cahaya mata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.

    Kata Mawi lagi, dia dan Ekin masih lagi mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada cinta hatinya itu.

    "Kami masih mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada puteri sulung kami ini. Saya tidak kisah anak sulung lelaki atau perempuan yang penting isteri dan anak saya sihat," ucapnya penuh syukur

    Tambah Mawi, dia dan Ekin masih belum bersedia untuk berkongsi kepada peminat wajah puteri sulung mereka.

    Namun merancang untuk membuat kenduri doa selamat dan insya-Allah ketika itu wajah cahaya mata sulungnya itu akan dipaparkan.

    Gambar Neelofa zaman sekolah,semasa kanak-kanak dan bersama Keluarga

    Posted: 27 Feb 2012 11:13 PM PST

    Neelofa skrg memang popular dan mendapatperhatian ramaisemenjak menjuarai pertandingan Dewi Remaja,rezekinya dalam bidang seni semakin mencurah-curah.

    Jom tengok gambar Neelofa di zaman persekolahan,masa nie Neelofa belajar di MRSM Langkawi...kat sana kan panas,jadi kulit Neelofa jadi gelap.




    Gambar keluarga dan adik beradik Neelofa...semuanya cantik-cantik dan kacak belaka..
    Maklumlah Neelofa berasal dari Pasir Mas Kelantan,org sana kan byk yang mix dengan thailand.kulit putih-putih belaka.. dan ibu Neelofa pula kacukan pakistan melayu.

    Neelofa masa kecik-kecik mempunyai senyuman dan wajah manis sama mcm sekarang..hehe...

    Neelofa memang seksi orangnya...
    Nie gambar Neelofa sebelum masuk Dewi Remaja..masa nie Rambut Neelofa belum cantik dan tebal seperti skrg....rambut pun memainkan peranan penting dalam mencantikkan personaliti perempuan..kalau pakai tudung lagi lah cantik kan...

    borak kosong

    borak kosong


    Jantung tumbuh kembali setelah dibuang 1/3 oleh doktor

    Posted: 28 Feb 2012 09:15 PM PST

    Keajaiban Tuhan! Kirsty Collier yang mengalami sakit jantung sehingga doktor memutuskan untuk memotong sepertiga jantungnya, ternyata boleh tumbuh semula. Jantung kanak-kanak ini tumbuh semula menggantikan sepertiga jantungnya yang di bedah dulu tanpa menjalani tranplantasi.Kirsty menjalani pembedahan buang 1/3 jantungnya ketika  berumur 4 bulan.

    semasa berumur 4 bulan..lihat kesan pembedahan

    Berbagai risiko yang negatif telah diberitahu doktor kepada ibubapa Kirsty tetapi ternyata anak mereka sihat selepas pembedahan dan tiada gejala yang serius walaupun sudah 10 tahun menjalani pembedahan.Doktor yang memeriksa Kristy juga terkejut kerana saiz jantung yang di buang itu kembali kepada saiz yang normal.

    Sepuluh tahun lalu, Kirsty yang berusia 4 bulan di berutahu doktor tidak panjang umur kerana menderita penyakit jantung parah. Kondisi jantungnya tidak sempurna. Pembuluh bilik kiri jantung yang seharusnya mengalirkan darah ke otot jantung, terhubung dengan pembuluh paru-paru tidak ke aorta. Akibatnya, organ itu kekurangan oksigen dan akhirnya membesar.

    Berusia 10 tahun..kembali normal seperti kanak-kanak biasa.

    Semakin hari kondisi Kristy bertambah serius. Doktor yang menanganinya, Stephen Westaby, mengambil tindakan dengan membuang sepertiga bahagian jantung yang rosak dan tak berfungsi normal di Hospital John Radcliffe, Oxford, England. Ketika itu pembedahan dan membuang jantung rosak sahaja cara untuk pesakit yang menghadapi masalah yang serius.

    Kedua ibubapa Kristy gembira kerana anaknya kembali normal dan mempunyai saiz jantung yang normal.

    SUMBER : http://www.i-dus.com

    Berhati-hati akak,kan dah koyak...

    Posted: 28 Feb 2012 09:00 PM PST

    Kesian akak ni tak pasal-pasal
    seluanya terkoyak...



    Sanggupkah anda didera begini?

    Posted: 28 Feb 2012 08:45 PM PST

    Didera sebegini rupa ...
    sanggupkah anda...



    Gila..lelaki ini sebarkan gambar hubungan seks kepada keluarga kekasihnya

    Posted: 28 Feb 2012 08:30 PM PST


    Atlanta, AS - Seorang lelaki merakam aksi hubungan intim dengan kekasihnya melalui handphone Parahnya, file gambar-gambar tersebut kemudian dikirim pada keluarga sang kekasih, termasuk adiknya yang masih kecil. Tak pelak, aksi tersebut dinilai sebuah kejahatan dan si lelaki ditangkap polis..


     Pelaku bernama Hiren Pinaken Shah awalnya meminjam telefon mangsa. Saat mereka berhubungan intim, dia pun merakam adegan demi adegan. Nah gilanya, gambar tak pantas itu lalu disebarkan pada kontak yang ada di telefon sang kekasih.


     Mereka yang dikirimi gambar  tersebut termasuk ibu dan adik mangsa yang baru berusia 14 tahun. Terang saja mangsa yang tak disebutkan namanya merasa sangat dipermalukan kerana penyebaran foto tersebut.


     Tersangka lalu dilaporkan pada polis setempat di Atlanta, Amerika Syarikat. Hiren pun ditangkap dan dikenai berbagai dakwaan, termasuk menyebarkan bahan tidak pantas.Terlebih lagi foto itu juga dikirimkan pada adik mangsa yang masih di bawah umur.


     Hiren yang masih berusia 22 tahun kini meringkuk di tahanan setempat dan akan segera menjalani proses pengadilan. Demikian seperti dilansir DailyMail dan dikutip detikINET, Selasa (28/2/2012).


    sumber

    Kerana Jerawat, Gadis Ini Gantung Diri

    Posted: 28 Feb 2012 08:15 PM PST


    Sungguh mengharukan! Seorang gadis di Inggris nekad gantung diri akibat depresi. Gadis berumur 18 tahun itu depresi kerana jerawat yang dideritanya! Parahnya lagi, depresi yang dialami gadis ini sudah berlangsung selama 4 tahun tanpa boleh diatasi.


    Melissa Martin-Hughes mulai merasa depresi sejak usia 14 tahun saat dirinya menderita banyak jerawat di bahagian wajah dan bahagian atas tubuhnya. Melissa bahkan memakan pil pencegah hamil demi mengurangi jerawat yang dideritanya. 


    Kemudian Melissa disarankan untuk meminum ubat jerawat bernama Roaccutane. Namun sayangnya, jerawat yang dideritanya justru makin parah.


    Melissa pun semakin depresi ketika memasuki masa-masa ujian sekolah dan pernah cuba bunuh diri di Beachy Head, East Sussex, Inggris pada Ogos 2009 lalu. Pasca insiden tersebut, Melissa pun menjalani perawatan kesihatan mental di bawah pengawasan psikiater.


    Namun sayangnya, Melissa hanya sempat menjalani konsultasi dengan psikiater selama 2 kali saja. Hingga akhirnya pada 26 April 2010 lalu, Melissa ditemukan tewas gantung diri di Pittville Park, Cheltenham, Gloucestershire.


    Penyebab kematian Melissa ini diungkap secara rasmi oleh pihak berwajib setelah serangkaian penyelidikan terhadap insiden gantung diri tersebut. Ayah Melissa, Donald Hughes, jelas merasa sangat hancur mengetahui penyebab kematian puterinya ini. 


    "Sesi konsultasi terpaksa berhenti kerana psikiater mengambil cuti sakit dalam waktu yang lama dan juga kerana peribadi Melissa yang memijak usia 18 tahun telah mengalami perubahan. Kami, keluarganya merasa kecewa," tutur Donald yang berprofesi sebagai pegawai ini kepada Pengadilan Koroner Gloucestershire, seperti dilansir Daily Mail, Selasa (28/2/2012).


    Melissa berulang kali mengeluhkan kelelahan. Namun sayangnya psikiaternya tidak memperingatkan bahawa penggunaan ubat anti jerawat boleh membuat mood-nya terus memburuk. Menurut psikiater yang pernah menangani Melissa, terdapat kesalahfahaman antara pihaknya dengan keluarga. Ibu Melissa berulang kali meminta janji konsultasi, namun sayangnya konsultasi tersebut tidak pernah dilakukan.


    Sedangkan psikiater lainnya menuturkan, nyawa Melissa boleh diselamatkan jika dia mendapat perawatan mental yang lebih baik dan intens. Diketahui bahawa Melissa merupakan siswa cerdas di sekolahnya. Dia mendapatkan tiga nilai A dalam ujiannya.


    Sumber : http://news.detik.com

    T-shirt Hitler, Trend Baru Remaja di Thailand

    Posted: 28 Feb 2012 08:00 PM PST


    T-Shirt yang menampilkan kartun dari Adolf Hitler telah menjadi trend baru yang 'wajib dimiliki' oleh para remaja di Thailand.
     Butik-butik di ibukota Thailand, Bangkok, mulai menjual T-Shirt dengan gambar wajah sang diktator Nazi Jerman yang merupakan dalang pemusnahan etnis Yahudi, dalam bentuk Teletubbies, Panda atau Ronald McDonald.
     Namun, T-Shirt telah membuat kemarahan para pelancung asing, saat melihat baju dengan gambar lelaki yang membunuh jutaan orang dengan memasukkan mereka kedalam kem kontroversi.
     Salah satu butik cuba untuk membuat pembenaran atas T-Shirt buatan mereka, dengan mengatakan bahawa ini telah menjadi trend dan sangat popular pada orang muda setempat.


    "Beberapa orang asing marah, ketika melihat T-shirt dijual. Mereka datang ke kedai saya dan mengeluh. Ini bukan berarti saya menyukai Hitler, tapi dia nampak lucu dan baju tshirt ini sangat popular pada orang-orang muda.." tutur Hut, sang pemilik kedai.
     "Anda tidak ingin melihat kenangan masa Nazi yang mengerikan dipermainkan dengan cara ini. Ini jelas melukai perasaan setiap orang Yahudi dan setiap orang yang beradab." tutur Itzhak Shoham, duta besar Israel untuk Thailand yang merupakan salah satu dari penentang T-shirt ini.


    Bahkan, kartun dari Hitler ini tidak hanya terbatas pada pakaian. Patung  juga muncul di jalanan-jalanan Bangkok.
     Rejim Nazi Hitler diperkirakan telah membunuh setidaknya enam juta orang Yahudi dalam Holocaust.

    Ditemukan Injil Kuno Yang Memuat Kedatangan Nabi Muhammad

    Posted: 28 Feb 2012 07:45 PM PST


    Sebuah Injil berusia 1.500 tahun yang menceritakan kedatangan Nabi Muhammad SAW ditemukan di Turki. Khabarnya, Gereja Vatikan telah meminta secara rasmi kepada pemerintah Turki untuk melihat Injil yang tersimpan selama 12 tahun di negara tersebut. Menteri Budaya dan Pelancungan Turki, Ertugul Gunay mengatakan sejalan dengan keyakinan Islam, Injil ini memperlakukan Jesus sebagai manusia bukan Tuhan. Fakta ini, sekaligus menolak ideA konsep tritunggal dan penyaliban Jesus.


    "Disebutkan injil ini, Jesus berkata kepada salah seorang pendeta, bagaimana kami memanggil mesias? Muhammad adalah nama yang diberkati," kata dia membacakan salah satu ayat dalam Injil seperti dikutip alarabiya.net, Isnin (27/2). Gunay menuturkan dalam injil ini juga disebutkan Jesus sendiri menyangkal menjadi Mesias. Jesus mengatakan bahawa Mesias itu adalah keturunan Ismail yakni orang Arab.


    Sebelumnya, Umat Islam sendiri mengatakan pesan kedatangan Muhammad SAW juga terdapat dalam injil Barnabas, Markus, Matius, Lukas dan Yohannas. Gunay mengatakan pihak Vatikan telah meminta salinan injil tersebut saat Injil tersebut hendak diseludupkan ke luar Turki pada tahun 2000. Kini, Injil tersebut berada dalam brankas pengadilan Ankara. Nantinya, Injil tersebut akan diserahkan kepada Museum Etnografi Ankara.


    Meski demikian, kalangan Gereja curiga dengan keaslian Injil tersebut. Seorang pendeta Protestan Ihsan Ozbek mengatakan Injil itu berasal dari abad ke-5 atau ke-6. Sementara Barnabas, yang merupakan pemeluk pertama Kristen hidup pada abad pertama. "Salinan Injil di Ankara mungkin telah ditulis ulang oleh salah seorang pengikut Barnabas," kata dia.


    Sebab, lanjutnya, ada jarak 500 tahun antara Barnabas dan penulisan salinan Injil. "Umat Islam mungkin akan kecewa bahawa Injil ini tidak ada hubungannya dengan injil Barnabas," ujarnya. Sementara Profesor Omer Faruk menilai Injil itu perlu ditelusuri lebih lanjut guna memastikan Injil itu dibuat oleh Barnabas atau pengikutnya. (Sumber)

    Nenek ini bangunan dihari pengkebumiannya

    Posted: 28 Feb 2012 07:30 PM PST


    Untuk mengesahkan kemungkinan mati , lazimnya doktor hanya memberi waktu beberapa jam sebelum susukk mayat dinyatakan meninggal. Namun di China, nenek-nenek mati sampai 7 hari dan baru bangkit lagi saat mahu dikuburkan.


    Fenomena ini menimpa Li Xiufen, seorang nenek 95 tahun dari Beiliu di Guangxi Zhuang, China selatan. Tetangga, nenek yang tidak punya sanak kerabat ini ditemukan sama sekali tidak bernaFas apalagi bergerak pada 17 Februari 2012 lalu.


    Seorang tetangga bernama Chen sempat menduga nenek Li hanya tertidur, namun saat dikunjungi lagi petang harinya posisi tidurnya tidak berubah. Setelah diperiksa denyut nadi dan pernafasannya, Chen berkesimpulan nenek Li meninggal dan segera mengabarkan berita duka ini pada tetangga yang lain.


    Sesuai tradisi setempat, orang meninggal tidak langsung dikebumikan tetapi harus menunggu hari baik untuk pengkebumiannya. Atas petunjuk seorang peramal adat, ditetapkanlah tarikh 23 Februari 2012 sebagai hari baik untuk pengkebumian nenek sebatang kara ini.


    Namun betapa terkejutnya para tetangga, sebab ketika datang ke rumah nenek Li pada tarikh tersebut keranda yang hendak dikuburkan sudah terbuka. Lebih mengejutkan lagi, jenazahnya sudah tidak ada dan sepertinya tidak mungkin ada yang berminat mencurinya.


    "Kami sangat terkejut pada saat itu," tutur Chen mengisahkan peristiwa tersebut seperti dikutip dari Shanghaidaily, Selasa (28/2/2012).


    Rasa hairan para tetangga baru terjawab setelah masing-masing memeriksa setiap sudut rumah nenek Li. Rupanya, sang nenek yang dinyatakan sudah meninggal beberapa hari sebelumnya itu ditemukan di dapur dalam keadaan kelaparan dan sedang memasak nasi.


    Nenek Li mengatakan tidak ingat apa-apa, kecuali merasa seperti baru bangun dari tidur panjang. Ia memimpikan banyak hal dan tidak boleh mengingatnya satu persatu, yang diingat hanyalah tiba-tiba ia terbangun dalam keadaan sangat lapar kerana berhari-hari tidak makan.


    Seorang doktor yang tidak disebutkan namanya mengatakan, kemungkinan nenek Li mengalami mati suri atau disebut juga suspended animation. Keadaan ini ditandai dengan berhentinya beberapa fungsi organ, seperti saat tubuh dibekukan dengan teknologi cryonic.


    Sumber : http://health.detik.com

    Video wanita tersungkur kerana SMS

    Posted: 28 Feb 2012 07:15 PM PST


     Aktiviti SMS yang dilakukan sambil melakukan kegiatan apapun sangat berbahaya. Jangan pernah memperlekehkan hal tersebut. Dan tindakan ini dibuktikan oleh wanita  Ontario, Kanada. Seorang wanita yang diketahui berprofesi sebagai pengusaha, tersungkur saat berjalan ketika sedang asyik ber-SMS. Dan  peristiwa tersebut terakam oleh salah satu stesen televisyen.


     Pada video yang dimuat naik di Youtube ini, nampak wanita tersebut menggenakan jaket hitam dan memegang beg di bahunya. Matanya fokus pada layar telefon. Bukan Ia tidak melihat jalan yang dilalui. Wanita ini hanya fokus pada layar telefonnya. Akibatnya, ia tersungkur. Orang di sekitarnya cuba untuk menolongnya. Namun wanita tersebut nampaknya mengalami cedera kepala. Ia nampak khayal sesasat setelah berdiri.


     Insiden ini tertangkap kamera oleh reporter dan kameramen Stesen TV CBC Kanada saat melakukan liputan di luar Bangunan Ontario. Dan akhirnya video tersebut dimuat naik di Youtube yang mendapatkan respon lebih dari 3,5 juta penayangan.


     Kecelakaan dalam bentuk apapun akibat ber-SMS sering terjadi di negara Kanada. Dan ini menjadi perhatian serius pemerintah. Dan bahkan anggota parlemen di New York, Amerika Syarikat, berencana untuk mengeluarkan RUU larangan ber-SMS sambil berjalan . Namun sayangnya tidak mendapatkan sokongan luas.



    Seekor Kucing Bertarung Pada Pemilihan Senat di Virginia

    Posted: 28 Feb 2012 07:00 PM PST


    Pertandingan untuk merebut kerusi Senat di Virginia kian 'panas' dengan masuknya salah satu calon dari Springfield kedalam pertarungan tersebut. Namun uniknya calon yang menyatakan diri maju sebagai calon Senat ini ternyata adalah seekor kucing.


     Kedua calon senat yakni bekas Gabenor Virginia George Allen dari parti Republik dan Tim Kaine dari parti Demokrat sekarang menghadapi saingan mereka dari jalur independent, seekor kucing yang bernama Hank.
     Dalam akaun Facebook-nya, Hank menegaskan dukungan untuk menciptakan lapangan kerja bagi warga Virginia dan pada akaun Twitter-nya, Hank juga berghairah tentang perlindungan data pelanggan.
     Bahkan, kucing tersebut juga telah merilis sebuah video iklan kampanye resmi di YouTube, dan telah menuai banyak dukungan dari para pengagumnya yang dalam komen mereka mengatakan bahawa ia merupakan calon terbaik .





    "Hank tahu bahawa kunci untuk Amerika yang lebih baik dan masa depan yang cerah adalah penciptaan lapangan kerja. Pekerjaan yang akan memperbaikai jalan, kota, negara, dan bangsa," tulis Hank pada profile Facebook nya.


    Namun, persyaratan boleh menjadi halangan pertama pada Hank. Dimana undang-undang Federal mengharuskan calon Senat minima berusia 30 tahun, dan Hank lahir pada tahun 2003, tapi dalam tahun kucing ia saat ini berumur 52 tahun.

    Ratu Cantik berkerusi roda di Eropah

    Posted: 28 Feb 2012 06:45 PM PST

    BUDAPEST - Siapa sangka, walaupun berkerusi roda, seorang wanita masih boleh dinobatkan sebagai Ratu Cantik.

    Pertandingan luar biasa, Miss Colours di, Budapest, Eropah Timur pada Sabtu lalu berjaya meletakkan kedudukan golongan kurang upaya setaraf dengan ratu cantik di seluruh negara.

    Penganjur, Tibor Kazany berkata, ia akan dijadikan sebagai acara tahunan di Eropah memandangkan Amerika Syarikat telah menjadi pelopor Pertandingan Ratu Cantik Berkerusi Roda seperti itu pada 1973.

    Pemenang tempat pertama, Katalin Eszter Varga menyatakan dia akan memperjuangkan nasib golongan kurang upaya di Hungary.



    sumber : sinar harian

    Gempak..Cipta pesawat di atas bumbung rumah

    Posted: 28 Feb 2012 06:30 PM PST


    KAMPUNG XIAHE, China - Seorang petani berusia 58 tahun, Li Jingchun mencipta pesawat buatan sendiri di atas bumbung rumahnya di sini.
    Dia menyembur cat pada badan pesawat itu yang sepanjang 5 meter (m) dan lebar 1.5m.
    Kebanyakan badan pesawat itu diperbuat daripada barang kitar semula dengan kos lebih 40,000 yuan (RM19,136). - Reuters
    sumber : kosmo online

    Padah bogel di web cam

    Posted: 28 Feb 2012 06:15 PM PST


    SINGAPURA: Tiga lelaki dan tiga wanita yang dipercayai memeras wang daripada mangsa dengan mengugut akan menyebar gambar bogel mereka sudah ditahan.
    Seorang mangsa berusia 22 tahun membuat laporan polis Ahad lalu selepas sekumpulan anggota sindiket memeras wang daripadanya sejak sembilan bulan lalu.

    Lelaki itu mengenali seorang wanita di laman sembang Alamak.com pada Mei tahun lalu. Dia memulakan perbualan melalui webcam bersama wanita itu dan dipujuk untuk muncul berbogel di webcam. Tanpa pengetahuannya, wanita itu merakam aksinya dan mengancam untuk menyebarkan gambar itu di Internet jika dia tidak memberinya wang.


    Lelaki itu mematuhi arahannya dan memindahkan SG$5,000 (RM12,500), tetapi pemerasan itu tidak berhenti di situ.

    Secara keseluruhannya, dia membuat lebih 80 transaksi pemindahan wang sebanyak SG$97,000 (RM242,500) ke pelbagai akaun bank diberikan wanita itu sejak sembilan bulan lalu. -AsiaOne



    sumber : myMerto

    Nasib ‘lelaki buih’

    Posted: 28 Feb 2012 06:00 PM PST


    HYDERABAD: Seorang lelaki berusia 62 tahun yang digelar 'lelaki buih' kerana badannya yang dilitupi ketumbuhan mendedahkan bagaimana dia dilayan lebih buruk daripada haiwan terbiar oleh orang ramai.
    Tubuh Mohammad Umar mula mengalami ketumbuhan pada tangannya ketika dia berusia 14 tahun dan sejak itu tumor tidak berbahaya berkenaan merebak secara perlahan-lahan ke seluruh anggota tubuhnya.

    "Saya lelaki baik. Dan saya boleh bekerja keras. Tetapi paras rupa saya menjadi masalah kepada orang ramai. Tidak ada orang yang suka melihat saya atau mendekati saya. Ia memusnahkan kehidupan saya," kata Mohammad.


    Mohammad yang berasal dari Hyderabad, India, dilahirkan sihat. Ibunya mempunyai ketumbuhan pada tangannya tetapi tidak di tempat lain. Tanpa disedari, wanita itu menurunkan penyakit yang lebih agresif kepada anaknya. Ibu Mohammad meninggal dunia pada 2001.

    "Saya dilahirkan dengan kulit yang lembut dan licin. Saya tidak tahu apa yang tumbuh pada tubuh saya ketika berusia 14 tahun. Tetapi ibu saya menyedari ia sama dengan yang ada pada tangannya dan membawa saya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.


    Tetapi, lama kelamaan, keadaan Mohammad bertambah teruk. Ketika berusia 20 tahun, tumor tumbuh secara rambang di beberapa bahagian badannya.



    "Saya tahu ia akan bertambah teruk. Saya sedar ia akan menjadi mimpi buruk bagi saya," katanya.

    Doktor memberitahu dia boleh menurunkan penyakit itu kepada anaknya jika dia berkahwin.


    "Doktor tidak memberi jaminan tetapi ia mungkin berlaku. Ia menghantui kehidupan saya selama beberapa tahun. Saya tidak pasti sama ada saya akan berkahwin," katanya.

    Tetapi akhirnya, dia berkenalan dengan Farhat-un-Nisa, 45. Mereka bercinta dan berkahwin, Farhat tidak pedulikan penyakit suaminya ketika itu.


    "Mohammad lelaki yang baik dan pemurah. Keluarga saya memberi amaran mengenai masa depan saya yang akan menjadi rumit jika penyakitnya bertambah teruk. Mereka mendapatkan nasihat doktor bagi pihak saya. Tetapi saya tidak mempedulikannya," kata Farhat.


    Pasangan itu dikurniakan dua anak dan kedua-duanya membesar tanpa mewarisi penyakit Mohammad. Bagaimanapun, lama-kelamaan, Farhat hanya boleh melihat seluruh tubuh suaminya dilitupi tumor besar yang gatal. "Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Doktor berkata penyakitnya tidak boleh diubati. Ia mengubah sikap suami saya. "Dulu dia begitu bahagia tetapi selepas itu dia menjadi begitu takut. Kami berusaha keras untuk hidup dan membesarkan anak kami," kata Farhat.


    Dalam pada itu, Mohammad dipecat daripada jawatan sebagai pembantu bagasi di sebuah stesen kereta api tempatan. Dan sejak itu, tidak ada orang yang bersedia untuk mengambilnya bekerja. - DM



    sumber : myMetro

    Lakonan tak menjadi

    Posted: 28 Feb 2012 05:45 PM PST


    KUALA TERENGGANU: Tembelang seorang wanita yang mereka cerita kononnya diserahkan bayi lelaki oleh individu tidak dikenali di rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Jumaat lalu, terbongkar apabila siasatan mendapati bayi itu anak kandung wanita berkenaan.
    Lakonan hebat wanita berusia 23 tahun terbabit yang berjaya memperdayakan ibu bapa angkatnya selain meraih simpati penduduk kampung berkenaan hanya terbongkar apabila siasatan polis mendapati maklumat diberikan wanita terbabit mencurigakan selain fizikalnya kurang bermaya seolah-olah baru bersalin. 
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya kemudian ke rumah keluarga angkat wanita terbabit untuk menjalankan pemeriksaan lanjut jam 3.30 petang kelmarin.

    "Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik, kami menemui beberapa bahan bukti yang boleh disabitkan dengan kelahiran bayi di atas katil dalam bilik berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan lanjut sebelum dia mengaku melahirkan bayi itu pada 22 Februari lalu," katanya.



    Menurutnya, polis menahan suspek untuk disoal siasat sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi pemeriksaan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.



    sumber : myMetro

    Ditembak ketika tunggu anak

    Posted: 28 Feb 2012 05:30 PM PST


    PETALING JAYA: "Saya tidak menyangka kereta yang dilihat dua kali terbabit kemalangan dalam tempoh 10 minit itu disebabkan pemandunya cedera parah terkena tembakan dan dia berusaha mendapatkan bantuan sebelum kenderaan itu tersadai di depan sebuah rumah," kata saksi terawal tiba di tempat kejadian kes tembak di Jalan Gasing, Seksyen 9, di sini, semalam.
    Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Albert, 38, berkata, dia sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle di Jalan Gasing apabila ternampak sebuah kereta melanggar tiang lampu.
    "Mulanya saya berniat untuk berhenti dan membantu, tetapi terbantut apabila dia tiba-tiba mengundurkan keretanya dan bergerak seperti biasa.

    "Saya fikir mungkin pemandu terbabit tidak cedera dan mungkin dia menuju ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan," katanya ketika ditemui.



    Menurut Albert, selepas menghantar anaknya di sekolah, dia yang bekerja sebagai mekanik kemudian menggunakan laluan Jalan Templer, Seksyen 6, di sini, untuk kembali ke tempat kerja.



    sumber : myMetro

    Guru besar kena berkung fu dengan cikgu

    Posted: 28 Feb 2012 05:15 PM PST


    GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi 'kung fu' antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.
    Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.

    Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.


    Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba 'naik angin' sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

    "Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain," katanya.


    Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.



    "Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya," katanya.

    Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.


    Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

    "Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan," katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.



    sumber : myMetro

    Pengasuh kejam tamapl mulut bayi

    Posted: 28 Feb 2012 05:00 PM PST


    JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
    Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
    Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

    "Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.



    "Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya," katanya



    sumber : myMetro

    Suami tak faham undang-undang

    Posted: 28 Feb 2012 04:45 PM PST


    KUALA LUMPUR: Tindakan suami yang mencuri cap jari isteri seperti filem 'Madu Tiga' lakonan Tan Sri P Ramlee jelas menunjukkan lelaki itu tidak faham undang-undang.
    Ini kerana sejak tahun 80-an, Enakmen Undang-Undang Islam sudah dipinda yang membolehkan suami berkahwin lain tanpa keizinan isteri sedia ada dengan kebenaran mahkamah syariah.

    Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, jika masih ada suami yang cuba mencuri cap jari isteri ketika tidur perkara itu menunjukkan dia tidak tahu undang-undang.


    "Kalau dia tidak tahu undang-undang, macam mana dia boleh memasang niat mahu kahwin seorang lagi," katanya yang dihubungi semalam.

    Harian Metro semalam melaporkan pada Seminar Kesedaran Hak dan Perundangan anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Perak, Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Malaysia dan Lembaga Kebajikan Perempuan lslam Hilir Perak di dewan kuliah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan kelmarin, seorang isteri memberitahu suaminya bersusah payah mendapatkan cap ibu jarinya ketika dia tidur beberapa bulan lalu dalam usahanya untuk berkahwin dua.


    Wanita itu berkata, tindakan pelik suaminya itu bagaimanapun disedari sebelum suaminya mengaku mahu berkahwin lagi dengan seorang gadis.



    Mohd Zaidi berkata, menerusi pindaan undang-undang itu, antara syarat yang dikenakan mahkamah syariah ialah kemampuan suami zahir dan batin, perkahwinan itu tidak memudaratkan isteri pertama atau isteri-isteri sedia ada serta ia tidak mengurangkan apa yang dinikmati isteri sedia ada.


    sumber : myMetro

    [Kesian] Kerana kehausan kencing monyet pun dia minum

    Posted: 28 Feb 2012 04:30 PM PST

    Sampai begitu sekali dia ni kehausan...
    samapi kencing monyet pun dia minum..
    pelik....
    hilang akal ke ape?????


    Anjing ini diiringi dengan 30 buah kereta Mercedes

    Posted: 28 Feb 2012 04:15 PM PST

    Membeli barang dengan harga mahal tidak menjadi masalah bagi seorang jutawan. Apalagi jika jutawan menggilai sesuatu barang.

    Beginilah yang dilakukan oleh seorang jutawan perempuan yang tinggal di wilayah timur China. Dia rela mengeluarkan wang yang banyak dalam hanya untuk membeli seekor anjing dengan harga 4 juta yuan.

    Tak cukup sampai di situ, jutawan yang hanya mahu dikenali sebagai Wang, menyiapkan acara sambutan yang mewah untuk ketibaan anjing itu. Anjing jenis Tibetan Mastiff ini pun disambut dengan di iringi dengan 30 buah kereta Mercedes Benz berwarna hitam. Senada dengan warna anjing yang dibelinya.

    Bandar di Xian, Daerah Shanxi di wilayah utara China, dihebohkan dengan kedatangan anjing itu, Perarakkan kereta itu didahului dengan dua kendaraan jenis SUV memimpin di depan. Mereka menjemput Wang dan anjingnya yang baru datang dari daerah Qinghai, barat laut China.Ada pula para pecinta anjing yang berdiri ditepi jalan membawa baner bertuliskan selamat datang.

    Menurut Wang, dia dan temannya telah lama mencari anjing jenis Tibetan Mastiff yang asli. Seperti pepatah 'cinta itu buta', begitulah perasaan Wang terhadap anjing yang baru dibelinya itu. "Emas ada harganya. Namun anjing Tibetan Mastiff ini tidak ternilai lagi harganya," ujar Wang singkat.

    Anjing jenis Tibetan Mastiff merupakan keturunan anjing primitif dan dikenal sebagai anjing rumahan. Tibetan Mastiff juga dikenal dengan nama Tsang Khyi dan Do-khyi, yang bererti anjing yang terikat. Maksudnya, anjing ini banyak difungsikan sebagai anjing penjaga rumah.

    Sesuai namanya, anjing ini masih banyak dijumpai di wilayah Tibet. Tinggi badannya boleh mencapai lebih dari 80 cm. Namun rata-rata tingginya berkisar antara 61 hingga 72 cm dengan berat badan antara 45 hingga 72 kg.

    bk-duit ada semua boleh dibeli dengan  mudah.....tetapi duit juga boleh menghancurkan



    Remaja 12 tahun temukan kelemahan firefox, dapat hadiah USD 3.000.

    Posted: 28 Feb 2012 04:00 PM PST

    Remaja pintar yang baru berusia 12 tahun, telah berhasil menemukan bug (celah) di browser Firefox sehingga diberi ganjaran USD 3.000 dari Mozilla selaku pembuat Firefox.



    Remaja bernama Alex Miller asal California ini berhasil menemukan sebuah bug yang berhubung dengan isu buffer overflow dan memory corruption di Firefox.

    Alex  menghabiskan waktu 90 minit  sehari selama 10 hari untuk menemukan bug dimaksud. Dia memang memiliki skill di bidan pemograman.

    Bug berkaitan lalu dilaporkan kepada pihak Mozilla. Sejak bulan Juli, Mozilla memang menawarkan wang bagi mereka yang berhasil menemukan cacat di produk Mozilla.

    Ramai yang meragukan kebolehan Alex mencapai prestasi, terutama teman sebayanya. Namun setelah ia menunjukkan cek dari Mozilla, baru mereka percaya. Sebahagian wang hadiah itu disumbangkan ke lembaga sosial dan untuk membeli hadiah dan selebihnya di simpan.

    "Hanya sedikit orang yang mampu berbuat demikian," kata Brandon Stone, Security Program Manager Mozilla.

    Dengan demikian, apa yang dilakukan Alex memang tidak sembarangan dan wajar dia diberi penghargaan wang  dari Mozilla.

    Air liur gadis ini dijual di internet

    Posted: 28 Feb 2012 03:45 PM PST

    Aneh!!! Air liur seorang gadis di China dijual melalui internet. Air liur tersebut dikatakan sebagai ubat kuat untuk lelaki Media China Hunan Online melaporkan bahawa, air liur gadis yang berusia 18 tahun tersebut dijual denagn harga £ 2  dalam kemasan botol kecil.

    Dalam botol tersebut juga tersedia gambar gadis remaja yang berumur 18 tahunan itu, Namun pihak taobao.com telah menghapuskan gambar tersebut setelah menerima puluhan protes tentang produk tersebut.

    .Air liur tersebut dikumpulkan dari remaja gadis yang berumur 18 tahun ketika  tidur, dan pembeli dapat membayar nanti setelah teruji kebenaran dan keaslian produk tersebut.

    bk-makin gila manusia di dunia ini.....

    Mesin ATM ni salah letak atau sengaja?

    Posted: 28 Feb 2012 03:30 PM PST

    ATM ini adalah ATM dari sebuah Bank di Iran.
    Agaknya orang letak mesin ATM hilang akal?



    Pernikahan bubar kerana calon isteri berjanggut

    Posted: 28 Feb 2012 03:15 PM PST

    Dubai-Bagai membeli kucing dalam karung. Itulah perasaan yang melanda seorang diplomat Arab. Dia memutuskan membatalkan pernikahan setelah melihat calon istrinya, yang selama ini wajahnya tertutup cadar, ternyata berjanggut dan bermata juling.

     Peristiwa itu menjadi kes mahkamah di kota Dubai, United Emrirat Arab.Diplomat senior yang mengaku sebagai duta besar dari suatu negara Arab itu menilai bahawa ibu pengantin perempuan telah menipu dirinya. Ibu itu ternyata menunjukkan dia foto-foto seorang perempuan cantik, yang ternyata adalah saudara kandung 'pengantin' yang akan dia nikahi.Diplomat yang bergelar Duta Besar Berkuasa Penuh itu sempat beberapa kali bertemu dengan calon isterinya. Namun, wajah perempuan itu selalu tertutup  sehingga sukar dilihat kecantikannya.

    Wajah mempelai itu baru terungkap saat dirinya akan dicium oleh  Duta Besar di hari pernikahan, yang tidak disebutkan tarikhnya. "Setelah duta besar dan calon istrinya, yang berprofesi sebagai dokter, menandatangani kontrak pernikahan, keduanya duduk berdampingan. Duta besar itu mengaku saat akan mencium istrinya itu, ternyata yang bersangkutan dianggap punya janggut dan bermata juling," kata sumber yang tidak disebutkan namanya itu.

    Marah  kerana merasa ditipu, Duta Besar itu akhirnya membatalkan pernikahan. Dia bahkan mengadukan masalahnya ke Pengadilan Syariah di Dubai kerana sudah merasa terhina dan mengalami malu.

    Dalam tuntutannya, laki-laki itu meminta pengantin perempuan dan keluarga membayar ganti rugi sebesar 500.000 dirham. Menurut dia, jumlah itu sepadan dengan harga sejumlah perhiasan, baju, hadiah lain yang telah diberikan kepada calon isterinya.
    Dia juga minta hakim untuk memeriksa pengantin perempuan kepada doktor specialis kerana siapa tahu yang dia menderita gangguan hormon sehingga tumbuh janggut.

    Pada hari Pengadilan Syariah, pihak pengantin perempuan, meminta hakim untuk membatalkan tuntutan hukum itu. Bahkan, dia menuntut agar di duta besar membayar nafkah hidup kepada dirinya setelah membatalkan pernikahan.

    Maka, hakim memutuskan meluluskan permintaan di duta besar agar calon istri yang tak jadi dinikahinya itu diperiksa ke doktor specialis dan menurut laporan doktor bahawa tergugat tidak mengalami masalah hormon.

    Hakim pun menolak tuntutan duta besar agar pengantin perempuan membayar ganti rugi. Keputusan lainnya adalah hakim secara rasmi menceraikan pasangan bermasalah itu.

    Kes ini juga mendapat perhatian dari sejumlah media internasional, diantaranya dari Prancis, AFP,Russia, Ria Novosti, dan laman harian Times of India.