Adsense

Ahad, 2 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang

Posted: 02 Oct 2011 09:27 PM PDT

TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang & Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades

Stesen no. 1 negara, TV3 hari ini meraikan para pemenang peraduan SMS Tonton & Menang dan Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades di dalam satu majlis khas penyampaian hadiah wang tunai dan barangan elektrik kepada mereka yang terpilih.

Peraduan SMS Tonton & Menang telah dianjurkan oleh TV3 bersempena dengan sambutan ulang tahun stesen TV ke 27 pada bulan Jun lalu kini telah mengenal pasti 3 pemenang utama yang bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM 17,000 manakala Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades yang masih rancak dijalankan turut meraikan 3 orang pemenang yang telah berjaya mengumpulkan mata tertinggi pada setiap 2 minggu. Mereka akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti Plasma TV 43", ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini.

Para Pemenang Peraduan Telenovela 'Bella Calamidades'

Melalui Peraduan SMS Tonton & Menang, para peserta hanya perlu menonton program-program hebat yang disiarkan sepanjang bulan Jun menerusi slot Mega Movie (Ironman, Ghost Rider, Mission Impossible lll, Anacondas: The Hunt For The Blood Orchid), Panggung Sabtu (Billu Barber, Ek Ajnaeeb, Armaan, Dil To Pagal Hai), Pesona 3 (Ayat-ayat Cinta, Lang Buana, Akhirat, Nana Tanjung), Pearl Screen (Gorgeous, The Storm Rider, Kungfu Hustle, Sniper) dan Movie Magic (Disney's Get A Clue, Disney's The Even Stevens Movie, Disney's Dadnapped, Disney's Den Brother) bemula dari 3 Jun hingga 27 Jun, 2011.

Langkah seterusnya, para peserta perlu menjawab 3 soalan berkaitan dengan filem yang disiarkan dengan tepat dan melengkapkan slogan, "Saya suka TV3 kerana…" Peserta yang berjaya menghantar penyertaan SMS paling tinggi dengan jawapan tepat sepanjang tempoh peraduan akan memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM10,000!
Berikut adalah senarai nama pemenang peraduan SMS Tonton & Menang:

Pemenang Tempat Pertama (Wang Tunai RM 10,000)
Riniwati Ridza (26 tahun)

Pemenang Tempat Kedua (Wang Tunai RM 5,000)
Zailiena Mohamed Razali (40 tahun)

Pemenang Tempat Ketiga (Wang Tunai RM 2,000)
Zukarfli Mohamad (49 tahun)

Untuk memeriahkan lagi siaran siri terbaru telenovela Sepanyol, Bella Calamidades sebanyak 140 episod, kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades turut dianjurkan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk para penonton setia slot petang TV3. Untuk menyertai kuiz tersebut, peserta hanya perlu menaip BELLA dan hantarkan ke 33399 untuk mendaftar sebelum menjawab semua soalan dengan betul selepas setiap episod bagi mengumpul mata. Peserta yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi akan dikenalpasti sebagai pemenang pada setiap 2 minggu.

Istimewa petang ini, 3 orang pemenang terpilih bakal membawa pulang Plasma TV 43' Samsung (Azman Bin Idris, 43 tahun), Ketuhar Gelombang Mikro Panasonic (Suriani Binti Kamboh, 37 tahun) dan Peti Sejuk Mini Pensonic (Ahmad Fauzi Bin Mahat, 29 tahun). Bagi mereka yang belum berjaya, teruskan menonton dan sertai kuiz SMS Bella Calamidades ini kerana anda masih berpeluang untuk memenangi banyak lagi hadiah-hadiah menarik.

Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Saksikan cinta romantis Lola dan Marcelo untuk mengetahui kesudahan jalan ceritanya di slot Telenovela, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang.

Sesi penyampaian hadiah kepada 3 pemenang peraduan SMS Tonton & Menang telah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Siti Nurlisia Md Nadzri manakala Puan Hadzelynda Khairuddin pula untuk kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades.

Pemenang utama Peraduan Tonton & Menang Ulangtahun TV3 ke-27

Para Pemenang Peraduan Tonton & Menang Ulangtahun TV3 ke-27

Pemenang utama Peraduan Telenovela 'Bella Calamidades'

Para pemenang daripada kedua-dua Peraduan

Pemenang utama dari kedua-dua Peraduan

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • KRU Rakam Semula Lagu Popular Sempena Ulangtahun
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Punisher War Zone
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Eden Lake
  • Peraduan Cornetto Show Your Love – Makan & Menang
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Madagascar Escape 2 Africa
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Dragonball Evolution
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Valkyrie
  • Tips Menghilangkan Bau Peluh dari Rexona

    Posted: 02 Oct 2011 09:25 PM PDT

    Menentang lima punca peluh

    Rexona memperkasakan warga Malaysia dengan realiti di sebalik pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi

    1. Enam daripada sepuluh warga Malaysia tidak menggunakan deodoran.
    2. 65% daripada rakyat Malaysia sering berjenaka tentang bau badan rakan-rakan mereka tetapi hakikat sebenarnya adalah mereka benar-benar serius tentangnya.
    3. Lima penyebab peluh (pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi) tidak dapat dielakkan dalam rutin harian dan mempunyai kesan tanpa disedari oleh individu.

    Peluh membuatkan semua orang gelisah. Kaji selidik No Sweat yang ditauliahkan oleh Rexona baru-baru ini menunjukkan bahawa 65% daripada rakyat Malaysia sering berjenaka tentang bau badan kawan-kawan mereka tetapi hakikat sebenarnya adalah mereka benar-benar serius tentangnya. Selain itu, sejumlah 60% daripada orang ramai lebih rela menahan nafas mereka daripada berterus-terang tentang bau badan orang lain. Walau bagaimanapun, masih ramai yang percaya bahawa mereka tidak berpeluh dan tidak mempunyai masalah bau badan.

    Rexona, sebagai deodoran nombor satu dunia, telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan pemahaman rakyat Malaysia tentang peluh serta akibatnya melalui sebuah majlis yang menekankan pengalaman peserta. Sebuah acara bertema "Don't Sweat It with Rexona" telah dianjurkan untuk menjelaskan lima penyebab peluh dan membongkar mitos tentang bau badan. Acara ini juga diharap dapat membuatkan individu menilai semula dan seterusnya memperbaiki regimen penjagaan diri mereka.

    "Di Malaysia, enam daripada sepuluh individu tidak menggunakan deodoran. Mereka ini mempercayai bahawa mereka tidak berpeluh disebabkan gaya hidup mereka yang tidak banyak bergerak serta tempat kerja yang berhawa dingin serta selesa. Ini sebenarnya tidak tepat sama sekali. Peluh adalah disebabkan oleh penukaran emosi, suhu dan pergerakan fizikal. Semua faktor ini tidak dapat dielakkan dalam rutin harian seseorang dan memberi kesan tanpa mereka sedari," kata Chin Chern Yen, Pengurus Jenama Rexona di Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.

    Peluh sebenarnya tidak berbau. Walau bagaimanapun, peluh menjadi pencetus kepada bau badan apabila bertindak dengan bakteria yang hidup secara semula jadi pada kulit manusia. Bakteria ini menguraikan peluh, dan bau badan merupakan produk sampingan daripada proses ini. Hanya sedikit peluh sahaja mampu mendedahkan individu kepada risiko bau badan.

    "Kajian telah menunjukkan bahawa seseorang individu itu tidak boleh mengesan bau badan mereka sendiri. Malangnya, kawan-kawan mereka sendiri pun malu untuk memberitahunya. Tiada siapa mengingini bau badan. Masalah ini sangat memalukan dan memberi kesan negatif kepada keyakinan diri seseorang. Oleh itu adalah penting bagi setiap orang untuk mengambil langkah pencegahan bagi melawan masalah bau badan," Chin menambah.

    "Melalui penemuan berdasarkan pengalaman ini, kami harap dapat menggalakkan lebih ramai individu untuk menimbang semula amalan penjagaan diri harian mereka. Kehidupan tanpa bau badan adalah kunci kepada keyakinan diri untuk menangani cabaran harian dan mencapai apa sahaja yang dicita-citakan," menurut Chin lagi.

    Don't Sweat It with Rexona direka bagi memberikan para pengunjung sebuah platform berdasarkan pengalaman untuk mengetahui lima penyebab peluh. Lima stesen telah direka khas untuk menonjolkan ciri-ciri pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi.

    Para pengunjung turut mengambil bahagian dengan melakukan pergerakan menendang, memukul dan menumbuk di stesen permainan Kinect. Manakala di sebelah stesen ini kelihatan ramai tetamu yang sedang beraksi mengambil gambar Polaroid dalam suasana simulasi santai tepi pantai dan panas mentari. Tidak jauh dari stesen ini pula terletak zon kelembapan di mana pengunjung menikmati urutan tangan. Acara pada malam tersebut berakhir dengan tayangan filem penuh emosi bertajuk Dream House.

    Peluh dan bau badan senang terjadi, tetapi lebih mudah lagi untuk dibendung. Para tetamu pulang dengan kepastian bahawa bukanlah mustahil untuk hidup tanpa bau badan, malah dapat kekal segar dan yakin sepanjang hari dengan Rexona.

    ###
    Mengenai Rexona
    Rexona adalah jenama deodoran terbesar dunia dari segi jualan dan bahagian pasaran, dengan kedudukan hadapan di lebih separuh daripada negara di dunia. Rexona merupakan satu-satunya deodoran yang dicipta secara khusus untuk keperluan lelaki dan wanita dengan rangkaian produk yang berkesan bagi setiap pasaran. Rexona merupakan jenama Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, jenama terkemuka di Malaysia sejak 1947. Unilever Malaysia kini memiliki portfolio 13 jenama utama termasuk produk penjagaan diri seperti Sunsilk, Dove, Lux, Clear, Lifebuoy, Fair & Lovely dan Rexona, produk penjagaan rumah seperti Breeze dan produk makanan seperti Lipton, Knorr, Lady's Choice, Planta dan Wall's. Kebanyakan jenama ini turut menjadi jenama utama dalam kategori masing-masing.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kesegaran Berpanjangan Dengan DEODORAN SHOWER CLEAN
  • Hayden Panettiere – Heroes Actress Has Cellulite!
  • Profile Asmirandah Pelakon Drama Wulan
  • Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 1
  • Azean Irdawaty, Pelakon Datin Diaries Ada Kanser Payu Dara?
  • Ulasan Video Klip Ku Tak Percaya Cinta Liyana Jasmay
  • Andrew Barton Life Can't Wait
  • Oprah Winfrey Is One Rich TV Star
  • Program TV Hiasi Dirimu
  • Gathering Pembaca Sensasi Selebriti di WORLD MILK DAY
  • Sensasi

    Sensasi


    Zarina Ann Julie putus tunang

    Posted: 02 Oct 2011 11:18 PM PDT



    Zarina Ann Julie nie, kalau korang tak baca blog atau gossip tempatan pasti tak kenal nama nie..nama Zarina dikenali kerana pelbagai kontroversi dan pergaduhan.

    Pun begitu beberapa bulan lepas,Zarina telah memberitahu tentang pertunangannya melalui Twitter.Mungkin pertunangannya dibuat bersama keluarga terdekat sahaja.

    Terbaru,Zarina juga memberitahu umu tentang putus tunang.Katanya dia kini Single.

    Zarina menuar uarkan bahawa dia meninggalkan tunangnya kerana lelaki tersebut bersikap biadap terhadap keluarganya..

    beriya-iya dia menegaskan yang dia "meninggalkan" tunangnya kerana memilih keluarganya.

    Nasihat sensasi satu je,kalau sayang keluarga jagalah nama baik ibu bapa ..jgn asyik pakai seksi seksa dan cari gaduh sana sini.


    I am now single.. all I can say is don't let ur bf fiance or husband diss or talk shit bout ur family regardless!! Respect is earn

    U wanna talk bout my family then ur out of my life.. guys like u come n go but my family stays.. so its my pleasure not having u in my life :)

    A piece of advice to all my girls don't ever let guys diss ur fam.. If he does than his not d one

    Family is more important.. I'm sorry I chose them over u..

    Gambar Perkahwinan Nabil dan Zira Di I-city,Shah Alam

    Posted: 02 Oct 2011 07:41 PM PDT

    Tahniah diucapkan kepada pasangan Nabil Raja Lawak dan Nazira Ayub yang kini bergelar suami isteri.

    Nabil kelihatan gembira sepanjang majlis resepsi mereka,baguslah semuanya dah selamat.Semoga perkahwinan Nabil dan Nazira kekal hingga ke akhir hayat.

    Nabil membelanjakan Rm177 ribu menggunakan wang nya sendiri demi merealisasikan Perkahwinan impiannya yang bertemakan Wonderland tue..Tapi Kek kahwin Nabil memang cantik.

    Menurut Nabil dia puas hati membelanjakan sejumlah wang untuk perkahwinannya asalkan orang tersayang gembira dan bahagia...Romantiknya.

    Kata Nabil selepas berkahwin dia suka sekiranya Nazira bekerja bersamanya tapi lebih suka kalau Zira duduk di rumah saja....

    Tapi nanti duduk rumah saja boring kan,kalau dah ada anak okey lah nak duduk rumah je..












    Gambar-gambar Selebriti semasa Rumah Terbuka Astro 2011

    Posted: 02 Oct 2011 07:17 PM PDT

















    Semalam (28 September 2011) telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Astro 2011 sekaligus Rakaman Gempak Raya Astro yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri tahun hadapan. Dihadiri ramai artis popular tanahair, majlis dimeriahkan dengan persembahan hebat penghibur tanahair seperti Amy Search, Dato' Siti Nurhaliza, Hazama, Hattan, Shahir, Hail Amir, Uji Rashid dan ramai lagi.

    Jom kita tengok selebriti yang hadir mengemmpakkan Rumah Terbuka Astro dan Majlis Rakaman Gempak Raya Astro!

    Mia Sara Nasuha

    "Amboi...Amboi... Besarnya cincin uncle Azwan ni!"

    Arash Mohamad & isteri

    Zain Saidin

    Anzalna (finalis Dewi Remaja)

    Fazley Yaakob
    Imran Ajmain
    Amy Search

    Lan A to Z
    Diana Danielle
    Erra Fazira

    Farid Kamil


    Atilia


    Dina Nazir


    Saiful Apek


    Sheila Rusly & suami, Jinggo


    Mawi & Ekin

    Elfira Loy


    Nora

    Shahir


    Hazama


    Ifa Raziah


    Scha Al Yahya


    Alia Lee & Datin Paduka Umie Aida


    Hail Amir


    Adira



















    AC Mizal & Scha Al Yahya




















    Yus (Jambu Maharaja Lawak)


    Azlan & The Typewriter mendendangkan lagu "Dendang Perantau"

















    Gandingan lama dan baru, Hail Amir, Uji Rashid, Adira dan Hafiz menghiburkan tetamu dengan dendangan lagu "Seloka Di Hari Raya"

    Ana Raffali


















    Hattan menyampaikan lagu "Selamat Datang Sayang"

    Aishah
    Penampilan pertama Shahir selepas empat bulan bercuti


    Dato' Siti Nurhaliza ditemani Mia Sara Nasuha mendendangkan himpunan medley lagu raya.




















    Erra Fazira, Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Zoey




















    Tiru gaya Ahmad Kassan




















    Sekali Zain tiruuuu....



    Pertandingan Ratu Cantik - Rozita Che Wan mula dulu...

















    Giliran bekas ratu cantik pula - Erra Fazira


















    Berkat bakat 'meniru' dan sporting!




















    Ratu Gempak Raya Astro milik Erra Fazira




















    Paduan suara Hazama &Amy Search menerusi lagu "Sentuhan Di Hari Raya"

















    Ifa Raziah, Didie Alias, Enot & Mamat Sepah