Adsense

Ahad, 2 Oktober 2011

Zon Artis

Zon Artis


Penjelasan & Luahan Hati Fida Mengenai Gambar Nampak Rambut

Posted: 02 Oct 2011 09:12 PM PDT

GAMBAR FIDA NAMPAK RAMBUT

Setelah beberapa ketika menunggu apa yang akan diperkatakan oleh Fida mengenai gambar dia tidak memakai tudung sehingga menampakkan rambutnya dimuat-naik ke laman sosial Facebook oleh Mamat (Sepah) dan tersebar luas pula kat internet ni, akhirnya Fida membuka mulut.

Nyata, Fida melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi terhadap tindakan Mamat yang disifatkan cuba mengaibkan dirinya. Fida juga merasakan kepercayaannya terhadap Mamat selama ini telah musnah berikutan gambar yang telah tersebar di internet itu.

Ikuti apa kata Fida yang kami salin dari BiPop ini:-

Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor beraya rumah keluarga Mamat. Selepas memperoleh pasport, kami bercuti ke Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga yang muat turun gambar berkenaan di dalam Internet

GAMBAR FIDA NAMPAK RAMBUT
Gambar Fida nampak rambut yang dimuat-naik oleh Mamat ke laman sosial Facebook

Bagi saya, gambar itu sangat peribadi. Saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di Internet, saya baca alasan Mamat, dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliaun menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu saya kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tak matang. Namun selepas itu sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahu berjumpa.

Saya tak tahu apa tujuan Mamat memuat turun gambar itu di dalam Internet. Namun yang jelas diri saya sudah diaibkan. Saya juga tak faham kenapa Mamat memuat turun gambar kami berdua saja, seolah-olah tiada orang lain di situ. Bagi saya bukan hanya menerusi gambar Mamat mengaibkan saya, tapi persepsi orang menjadi negatif, mungkin mereka beranggapan kami bercuti berdua sahaja.

Selama ini saya mempercayai Mamat, tapi apabila berlaku perkara seumpama ini, Mamat sebenarnya sudah mematahkan kepercayaan saya terhadapnya. Kami sekadar bercuti ke Batam, bagi saya kenapa gambar macam tue pun dia nak muat turun dalam Internet? Mungkin apabila dia boleh tunjuk rambut saya kepada semua orang, mungkin dia berasakan dirinya hebat. Saya tak tahu apa sebenarnya tujuan Mamat. Terus-terus, apabila perkara ini berlaku, saya memang sangat sedih, terkilan dan kecewa dengan tindakan Mamat. Hati saya memang dah tawar dengan Mamat. Hati saya masih terluka dengan perbuatan Mamat. Dia seharusnya berfikir dulu sebelum bertindak dan bercakap. Jangan dah buat, baru rasa kesal.

GAMBAR PERCUTIAN FIDA BERSAMA MAMAT DI BATAM
Mamat bersama Fida semasa bercuti di Batam

Mamat boleh minta maaf, tapi bagaimana dia nak tutup tohmahan orang terhadap saya? Sekalipun gambar berkenaan sudah dipadamkan dari Facebook Mamat, gambar itu sudah tersebar merata-rata. Buat masa ini, saya tak boleh terima Mamat, nak bercakap atau berjumpa dengan dirinya sekalipun, saya tak boleh. Mamat pernah cakap, dia sayang saya. Saya tak faham apa erti sayang bagi Mamat. Jika benar-benar menyayangi saya, beliau seharusnya memelihara air muka dan maruah diri saya. Justeru, saya amat-amat terkilan dengan sikap Mamat, sangat kecewa dengannya.

Bagi saya, sekiranya Mamat berasakan dirinya bersalah, dia harus minta maaf dengan ikhlas, tak perlu mempertahankan dirinya lagi. Kesungguhannya saya tak nampak. Maaf Mamat tidak berharga. Dia tak mampu mengembalikan maruha saya yang tercemar. Saya tak pasti di mana pengakhiran perhubungan kami nanti. Saya berasakan diri ini seolah-olah teraniaya.

Fida juga turut menjelaskan mengenai fesyen bertudung'nya yang nampak pelik sejak kebelakangan ini sehingga menjadi buah mulut orang yang melihatnya:-

Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak senang dengan fesyen tudung yang saya gayakan, saya minta maaf kepada pihak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

(Amazing) Daripada Telur Kepada Seekor Ayam

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Taja MUH Sudah Bergelar Suami Kepada Pengurus Sendiri, Kimmy

Posted: 02 Oct 2011 07:03 PM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN TAJA MEET UNCLE HUSSAIN

Dalam sibuk orang bercerita mengenai perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta perkahwinan Nabil dan Nazirah Ayub, rupa-rupanya salah seorang anggota Meet Uncle Hussain (MUH) iaitu Taja atau nama sebenarnya Nik Mustaza Nik Mustapha turut melangsungkan perkahwinan dengan pengurus MUH, Nafisah Mohamat Yusof Khir atau lebih dikenali dengan panggilan Kimmy.

Taja dan Kimmy melangsungkan pernikahan pada hari Sabtu lepas (01 Oktober 2011) di kediaman pengantin perempuan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan mereka sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz iaitu kira-kira jam 3.30 petang.

GAMBAR PERNIKAHAN TAJA MEET UNCLE HUSSAIN

Pada majlis pernikahan itu, Kimmy menerima mas kahwin berupa seutas rantai. Selain itu, Kimmy turut menerima tujuh dulang hantaran berupa wang hantaran berjumlah RM10,000, cincin berlian Diamond & Platinum, kamera digital Samsung, set wangian Vera Wang, set kosmetik MAC, beg tangan Coach serta senaskah Al-Quran dan sirih junjung.

Sebagai balasan, Kimmy telah menghadiahkan sembilan dulang hantaran kepada Taja yang mana ianya terdiri daripada cincin Diamond & Platinum, senaskah Al-Quran, set permainan PlayStation 3, kamera DSLR Canon EOS 60D, set wangian Polo, jam tangan Cerutti 1881, buah-buahan, coklat Ferrero Rocher dan sirih junjung.

GAMBAR PERKAHWINAN TAJA MEET UNCLE HUSSAIN

GAMBAR PERKAHWINAN TAJA MEET UNCLE HUSSAIN

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Taja dan Kimmy kerana sudah menjadi suami isteri. Kami doakan agar masjid yang kalian bina ini akan berkekalan buat selama-lamanya. Selamat menempuhi alam rumahtangga dan selamat berbahagia.

Related Posts with Thumbnails