Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang Posted: 02 Oct 2011 09:27 PM PDT TV3 Raikan Pemenang Peraduan SMS Tonton & Menang & Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades Stesen no. 1 negara, TV3 hari ini meraikan para pemenang peraduan SMS Tonton & Menang dan Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades di dalam satu majlis khas penyampaian hadiah wang tunai dan barangan elektrik kepada mereka yang terpilih. Peraduan SMS Tonton & Menang telah dianjurkan oleh TV3 bersempena dengan sambutan ulang tahun stesen TV ke 27 pada bulan Jun lalu kini telah mengenal pasti 3 pemenang utama yang bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM 17,000 manakala Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades yang masih rancak dijalankan turut meraikan 3 orang pemenang yang telah berjaya mengumpulkan mata tertinggi pada setiap 2 minggu. Mereka akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti Plasma TV 43", ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini. Melalui Peraduan SMS Tonton & Menang, para peserta hanya perlu menonton program-program hebat yang disiarkan sepanjang bulan Jun menerusi slot Mega Movie (Ironman, Ghost Rider, Mission Impossible lll, Anacondas: The Hunt For The Blood Orchid), Panggung Sabtu (Billu Barber, Ek Ajnaeeb, Armaan, Dil To Pagal Hai), Pesona 3 (Ayat-ayat Cinta, Lang Buana, Akhirat, Nana Tanjung), Pearl Screen (Gorgeous, The Storm Rider, Kungfu Hustle, Sniper) dan Movie Magic (Disney's Get A Clue, Disney's The Even Stevens Movie, Disney's Dadnapped, Disney's Den Brother) bemula dari 3 Jun hingga 27 Jun, 2011. Langkah seterusnya, para peserta perlu menjawab 3 soalan berkaitan dengan filem yang disiarkan dengan tepat dan melengkapkan slogan, "Saya suka TV3 kerana…" Peserta yang berjaya menghantar penyertaan SMS paling tinggi dengan jawapan tepat sepanjang tempoh peraduan akan memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM10,000! Pemenang Tempat Pertama (Wang Tunai RM 10,000) Pemenang Tempat Kedua (Wang Tunai RM 5,000) Pemenang Tempat Ketiga (Wang Tunai RM 2,000) Untuk memeriahkan lagi siaran siri terbaru telenovela Sepanyol, Bella Calamidades sebanyak 140 episod, kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades turut dianjurkan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk para penonton setia slot petang TV3. Untuk menyertai kuiz tersebut, peserta hanya perlu menaip BELLA dan hantarkan ke 33399 untuk mendaftar sebelum menjawab semua soalan dengan betul selepas setiap episod bagi mengumpul mata. Peserta yang berjaya mengumpulkan mata tertinggi akan dikenalpasti sebagai pemenang pada setiap 2 minggu. Istimewa petang ini, 3 orang pemenang terpilih bakal membawa pulang Plasma TV 43' Samsung (Azman Bin Idris, 43 tahun), Ketuhar Gelombang Mikro Panasonic (Suriani Binti Kamboh, 37 tahun) dan Peti Sejuk Mini Pensonic (Ahmad Fauzi Bin Mahat, 29 tahun). Bagi mereka yang belum berjaya, teruskan menonton dan sertai kuiz SMS Bella Calamidades ini kerana anda masih berpeluang untuk memenangi banyak lagi hadiah-hadiah menarik. Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Saksikan cinta romantis Lola dan Marcelo untuk mengetahui kesudahan jalan ceritanya di slot Telenovela, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00petang. Sesi penyampaian hadiah kepada 3 pemenang peraduan SMS Tonton & Menang telah disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Puan Siti Nurlisia Md Nadzri manakala Puan Hadzelynda Khairuddin pula untuk kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades. Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Tips Menghilangkan Bau Peluh dari Rexona Posted: 02 Oct 2011 09:25 PM PDT Menentang lima punca peluh Rexona memperkasakan warga Malaysia dengan realiti di sebalik pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi
Peluh membuatkan semua orang gelisah. Kaji selidik No Sweat yang ditauliahkan oleh Rexona baru-baru ini menunjukkan bahawa 65% daripada rakyat Malaysia sering berjenaka tentang bau badan kawan-kawan mereka tetapi hakikat sebenarnya adalah mereka benar-benar serius tentangnya. Selain itu, sejumlah 60% daripada orang ramai lebih rela menahan nafas mereka daripada berterus-terang tentang bau badan orang lain. Walau bagaimanapun, masih ramai yang percaya bahawa mereka tidak berpeluh dan tidak mempunyai masalah bau badan. Rexona, sebagai deodoran nombor satu dunia, telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan pemahaman rakyat Malaysia tentang peluh serta akibatnya melalui sebuah majlis yang menekankan pengalaman peserta. Sebuah acara bertema "Don't Sweat It with Rexona" telah dianjurkan untuk menjelaskan lima penyebab peluh dan membongkar mitos tentang bau badan. Acara ini juga diharap dapat membuatkan individu menilai semula dan seterusnya memperbaiki regimen penjagaan diri mereka. "Di Malaysia, enam daripada sepuluh individu tidak menggunakan deodoran. Mereka ini mempercayai bahawa mereka tidak berpeluh disebabkan gaya hidup mereka yang tidak banyak bergerak serta tempat kerja yang berhawa dingin serta selesa. Ini sebenarnya tidak tepat sama sekali. Peluh adalah disebabkan oleh penukaran emosi, suhu dan pergerakan fizikal. Semua faktor ini tidak dapat dielakkan dalam rutin harian seseorang dan memberi kesan tanpa mereka sedari," kata Chin Chern Yen, Pengurus Jenama Rexona di Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd. Peluh sebenarnya tidak berbau. Walau bagaimanapun, peluh menjadi pencetus kepada bau badan apabila bertindak dengan bakteria yang hidup secara semula jadi pada kulit manusia. Bakteria ini menguraikan peluh, dan bau badan merupakan produk sampingan daripada proses ini. Hanya sedikit peluh sahaja mampu mendedahkan individu kepada risiko bau badan. "Kajian telah menunjukkan bahawa seseorang individu itu tidak boleh mengesan bau badan mereka sendiri. Malangnya, kawan-kawan mereka sendiri pun malu untuk memberitahunya. Tiada siapa mengingini bau badan. Masalah ini sangat memalukan dan memberi kesan negatif kepada keyakinan diri seseorang. Oleh itu adalah penting bagi setiap orang untuk mengambil langkah pencegahan bagi melawan masalah bau badan," Chin menambah. "Melalui penemuan berdasarkan pengalaman ini, kami harap dapat menggalakkan lebih ramai individu untuk menimbang semula amalan penjagaan diri harian mereka. Kehidupan tanpa bau badan adalah kunci kepada keyakinan diri untuk menangani cabaran harian dan mencapai apa sahaja yang dicita-citakan," menurut Chin lagi. Don't Sweat It with Rexona direka bagi memberikan para pengunjung sebuah platform berdasarkan pengalaman untuk mengetahui lima penyebab peluh. Lima stesen telah direka khas untuk menonjolkan ciri-ciri pergerakan ringan, haba, tekanan, kelembapan dan emosi. Para pengunjung turut mengambil bahagian dengan melakukan pergerakan menendang, memukul dan menumbuk di stesen permainan Kinect. Manakala di sebelah stesen ini kelihatan ramai tetamu yang sedang beraksi mengambil gambar Polaroid dalam suasana simulasi santai tepi pantai dan panas mentari. Tidak jauh dari stesen ini pula terletak zon kelembapan di mana pengunjung menikmati urutan tangan. Acara pada malam tersebut berakhir dengan tayangan filem penuh emosi bertajuk Dream House. Peluh dan bau badan senang terjadi, tetapi lebih mudah lagi untuk dibendung. Para tetamu pulang dengan kepastian bahawa bukanlah mustahil untuk hidup tanpa bau badan, malah dapat kekal segar dan yakin sepanjang hari dengan Rexona. ### Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |