Adsense

Ahad, 2 Oktober 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Holly Madison Ambil Perlindungan Insuran Payudara

Posted: 01 Oct 2011 05:30 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

JIKA kebanyakan orang mengambil pelindungan insuran pendidikan, kesihatan mahupun kereta, berbeza bagi bekas bintang Playboy, Holly Madison, dia telah mengambil insuran khas buat payudaranya.

Bagi Madison dia menganggap payudaranya yang bersaiz 36D yang diperoleh selepas melakukan pembedahan plastik sebagai satu aset terpenting dalam hidup dan kariernya.

Katanya dia memutuskan untuk mengambil perlindungan itu kerana jika sesuatu yang buruk terjadi kepada Madison sehinggakan dia tidak boleh beraksi erotik di Peepshow, Las Vegas, sekurang-kurangnya dia ada wang yang boleh menampung kehidupannya.

"Saya pernah mendengar ada orang yang mengambil perlindungan insuran bagi beberapa bahagian tubuhnya.

"Jadi saya berfikir, mengapa tidak untuk saya turut berbuat demikian, Ini kera jika sesuatu yang terjadi pada payudara saya, semestinya saya akan kehilangan beberapa juta dolar.

"Bagaimanapun, diakui saya terasa aneh ketika meminta perlindungan tersebut kepada agen insuran saya. Terasa lucu pun ada kerana saya telah memberi penghormatan yang besar kepada aset saya ini," katanya yang pernah menjalinkan hubungan dengan pengasas Playboy, Hugh Hefner.

Difahamkan, nilai insuran yang diambil oleh Madison telah mencapai lebih daripada RM3 juta.