Selain tarikan sejarahnya seperti The Peak, Madame Tussauds, Temple Street Night Market, Sky100 dan Hollywood Road, Hong Kong juga dikunjungi kerana satu lagi tarikan yang cukup popular iaitu Disneyland Hong Kong.
VIDEO Travelogue Budiey di Hong Kong Disneyland Part 2
Jika Hong Kong merupakan antara destinasi paling dikunjungi di Asia, taman tema yang terletak lebih kurang 10-20 minit perjalanan dari lapangan terbang itu juga mempunyai reputasi yang hampir sama.
Dengan kunjungan 31 juta pelawat sejak dibuka dan pada tahun 2011 Disneyland Hong Kong menerima 5.9 juta pengunjung seluruh dunia, lebih dari itu, Disneyland Hong Kong sendiri tersenarai sebagai destinasi tarikan pelancong paling popular di Asia. Ia menjanjikan kunjungan penuh dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Budiey diberitahu, 2012 ada satu tahun yang cukup istimewa untuk Hong Kong Disneyland dengan membesarkan lagi taman temanya. Hong Kong Disneyland telah melebarkan dan meluaskan maps nya dengan membuka Toy Story Land.
Tarikan taman tema terbaru ini usah dipertikaikan lagi kerana setiap dari anda yang berkunjung di sini memang wajib untuk mencuba pengalaman adventure yang menyeronokkan. Rasanya, dah cukuplah Budiey bercerita tentang Toy Storyland di entri yang lepas ya.
Kesempatan melawat taman permainan dan hiburan yang terletak di Lantau Island pada 6 Januari lepas memberi peluang kepada Budiey untuk menjenguk apa yang ditawarkan oleh rangkaian resort Disney itu.
Budiey sangat bernasib baik kerana berpeluang untuk menerokai Happiest Place on Earth itu selama 2 hari sekaligus membenarkan Budiey menikmati keseluruhan hiburan yang ditawarkan dengan sekeping tiket (berharga kira-kira RM130). Pergh! Bagi sesetengah orang harganya agak tinggi melambung tapi sebenarnya, ia sangat berbaloi!
Mengikut apa yang dicadangkan pada risalah taman tema itu, pelawat memerlukan dua hingga tiga hari untuk menikmati semua hiburan dan permainan yang ditawarkan di situ.
Kamar penginapan Budiey semasa di Disneys Hollywood Hotel.
Sesampai di Hong Kong Disneyland buat kali ke-2, Budiey dapat rasakan yang taman tema ini boleh diperluaskan lagi kerana banyak lagi tanah yang kosong yang belum dijelajahi. Mungkin kerana itu, ada dua taman tema yang kini masih rancak dalam pembinaan.
Okay, kembali pada tajuk kita, Apa Ada Pada Hong Kong Disneyland? Untuk menyenangkan lagi, di sini, Budiey ingin memberikan 5 sebab musabab mengapa anda patut datang ke Hong Kong Disneyland ini.
1. Karakter Meet & Greet
Jika anda fikir yang anda akan bersua dengan karakter yang sama setiap kali berkunjung ke sini, ternyata anda silap ya. Sebab Budiey dapat lihat, setiap kali berkunjung ke sini, pasti Budiey akan berjumpa dengan karakter yang berbeza.
Korang tahu-tahu sajalah, karater kartun untuk Disney ni bukannya sikit ya. Ada berpuluh-puluh, malah boleh menjangkau ratusan. Masa Budiey berkunjung ke sana, Budiey dapat bersua dengan Tangled princess iaitu Rapunzel. Bukan main panjang lagi rambutnya. Cantik. Sebijik macam Rapunzel dalam filem animasi tu.
Disneyland memperkenalkan kepada pengunjung Meet & Greet Tinkerbell sebagai special appearance setiap hari. Selain itu, jika anda bersarapan di sebuah restoran di Hong Kong Disneyland Hotel, pasti anda teruja dan terkejut apabila ada karakter yang datang menyapa anda. Bagi kanak-kanak, peluang bertemu dan bergambar dengan watak kegemaran mereka seperti Mickey Mouse, Snow White, Aladin dan banyak lagi pasti umpama mimpi bertukar realiti.
Pendekata, ia sangat eksklusif dan masa nilah kita berpeluang untuk bergambar bersama karakter ini. Begitu juga dengan anda yang bersarapan di Enchanted Garden, pastinya akan terperanjat dan terkejut dengan kehadiran beberapa karakter animasi Disney yang berkeliaran. Kelihatan mereka begitu teruja untuk bersama pengunjung. Apatah lagi, mereka menjadi tumpuan semua yang sedang bersarapan untuk bergambar.
2. Flights of Fantasy Parade.
Ini antara yang Budiey paling suka dan terujanya di tahap yang paling maksima. Kemeriahan fantasy parade yang dibuat sepanjang Main Street USA ini memang boleh dirasai jika anda berkunjung ke sini. Jangan lupa untuk tunggu perarakan yang menghimpunkan pelbagai karakter dari filem animasi Disney yang membuatkan anda melopong dan berkata, WOW!
Di show selama 30 minit ini, macam-macam ada, ada karakter dari Toys Story, Jungle Book, Snow White, Belle, Cinderalla, Mickey Mouse dan pendek kata semua karakter yang popular pasti ada kat Fantasy Parade yang berarak pada jam 3 petang setiap hari. Ia dimeriahkan lagi dengan alunan lagu-lagu terkenal Disney dan karakter ini akan turut menari mengikut rentak lagu.
3. Pertunjukan Bunga Api & Lampu Cahaya di Thinker Bell (That's Disney in Star Spectacular)
Kelihatan jauh di tengah taman, tersergam indah sebuah istana berbumbung tajam yang selama ini hanya dilihat melalui siri kartun dan animasi. Istana Sleeping Beauty itu merupakan pentas persembahan dan perarakan yang paling dinanti-nantikan pelawat.
Ya, Budiey sarankan kepada anda, jangan terus pulang pada petang kerana pada malamnya ada pertunjukan bunga api dan lampu cahaya. Sangat menakjubkan kerana ia diiringi dengan muzik.
Jadi ia satu persembahan berirama yang wajib ditonton untuk setiap pengunjung. Tak sah kalau anda datang tapi tak sempat nak tengok fireworks kat sini. Terbaek! Acara yang dianggap sebagai kemuncak hiburan di Disneyland itu bermula dengan persembahan teater oleh watak-watak Disney sebelum diakhiri dengan persembahan bunga api yang menghidupkan keajaiban alam Disney.
Pesta Pertunjukan Bunga Api di Hong Kong Disneyland
4. Hotel Tema Yang Meriah & Gempak
Oh ya, kepada anda yang nak datang berkunjung ke sini, apa kata tinggal dia salah sebuah hotel tema iaitu Hong Kong Disneyland Hotel dan Disney's Hollywood Hotel.
Budiey rasa bertuah & bernasib baik kerana berpeluang untuk mengecapi pengalaman bermalam di Disney's Hollywood Hotel selama 2 malam. Tu pun rasa macam tak cukup je. Memang layanan dan keseronokkan bermalam di sini tak tergambar dengan kata-kata kerana ia sangat syiok habis!
Bagi yang bercuti dengan keluarga, persinggahan ke Disneyland Hong Kong juga memberi peluang menginap di dalam 'istana' seperti keluarga di raja. Penginapan yang boleh dipilih di salah satu daripada Hotel Disney itu ditawarkan mengikut tema-tema tertentu. Cuma harga yang perlu dibayar untuk merasai kemesraan layanan hotel bertaraf antarabangsa itu mungkin boleh 'mencederakan' perbelanjaan anda.
5. Lima Taman Tema Yang Penuh Dengan Keseronokan
Taman tema pertama iaitu Taman Disneyland dibahagikan kepada beberapa konsep dan tema hiburan iaitu Fantasyland, Main Street USA, Adventureland dan Tomorrowland dan yang terbaru Toys Story Land. Pengembaraan di Fantasyland misalnya membawa pelawat ke alam penuh imaginasi seperti terbang bersama Peter Pan, Alice and Wonderland, Dumbo Flying Elephant, Pinocchio dan Jiminy Cricket.
Bagi yang mahukan lebih cabaran, permainan Big Thunder Mountain dan Indiana Jones boleh membawa pelawat mengembara dari perut bumi hingga ke puncak gunung. Selain perjalanan roller coaster berbentuk kereta api lombong biji timah itu, taman tema juga dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan gelongsor berteknologi tinggi.
Berkunjung ke sini seolah-seolah kita memijakkan kaki di Disneyland yang ada di Hollywood sebab reka bentuknya sebijik dan sama je dengan apa yang ada di sana. Tak hairan, ramai orang Asia kita datang ke sini daripada membazir duit untuk terbang ke Hollywood atau Paris.
Memeriahkan lagi suasana magis di taman tema itu adalah aksi pelawat khususnya kanak-kanak yang dipakaikan dengan pelbagai pakaian watak Disney oleh ibu bapa mereka. Premis jualan pakaian dan cendera hati itu juga dihias cantik dengan tema-tema tersendiri.
Belum lagi berakhir, kepuasan di Disneyland Hong Kong bukan sekadar hiburan di lima bahagian taman tema kerana tarikan di sini juga tidak kurang menariknya. Budiey dah cuba Jungle River Cruise di Adventure Land, Astro Blaster & Space Mountain di Tomorrowland dan macam-macam lagi.
Gambar di Adventureland, ada rumah tarzan. Sangat real ya!
Alami dramatik Mickey dan rakan-rakan melalui persembahan di Golden Mickey iaitu satu pertunjukkan Broadway, Mickey's Philharmagic yang menayangkan filem animasi hebat, bersantai di kafe atau menjenguk sedikit cenderahati di rangkaian kedai-kedai cenderamata yang ada di sepanjang Main Street USA.
Tiket satu hari untuk dewasa dijual pada harga kira-kira RM135 untuk dewasa dan RM270 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun.
Dengan hiburan tanpa henti, permainan berteknologi tinggi, hiasan kota fantasi dan kemeriahan watak Disney, harga yang dibayar tidaklah terlalu mahal.
Dengan segala tarikan yang menakjubkan itu, Disneyland Hong Kong bukan sekadar tempat untuk berhibur malah membebaskan segala kerisauan yang bersarang di kepala.
Jom lah kita ke Hong Kong Disneland!
Tags: Travel Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari?
Daftarkan email anda [ di sini ]
Baca artikel lain yang berkaitan:
Hong Kong DisneylandToy Story Playland Tarikan Terbaru Hong Kong DisneylandNak Melancong Ke Hong Kong Dengan PERCUMA?AVRIL LAVIGNE LIVE IN HONG KONG CONTESTPengembaraan di Hong Kong Disneyland Penuh KeseronokanThe 2011 Barclays Asia TrophyFly-Thru With Airasia From Hong Kong, Macau & GuangzhouCI Asia Hong Kong's King of ThievesNews Edison Chan Scandal Hong Kong Star Cecilia Cheung NudeIn Memory of the Hong Kong Superstars Leslie Cheung & Anita Mui
Entri ini telah diterbitkan
pada Saturday, February 25th, 2012 pada 3:05 am dan di bawah kategori Travel.
Anda boleh mengikuti komen dan respon pembaca melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh menghantar komen, atau trackback dari laman blog anda.