Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Review Hotel Victoria Court Malate di Manila Posted: 24 Feb 2012 11:25 AM PST 'Pandu Masuk' ke Hotel Victoria Court Malate di Manila Tanggapan sesetengah orang tentang hotel dan tempat penginapan biasanya sama sahaja. Secara amnya, semua beranggapan hotel pasti bilik tidur, bilik mandi dan tempat makan. Itu sahaja. Namun ramai yang lupa bahawa seni reka dalaman serta kemudahan yang disediakan oleh beberapa hotel tertentu berbeza mengikut keadaan, tempat dan keperluan. Itulah senarionya bagi salah sebuah rangkaian hotel yang paling dikenali di Manila iaitu hotel Victoria Court. Rangkaian hotel ini pada mulanya dibangunkan sebagai sebuah motel sahaja. Kemudian para pemiliknya menaikkan taraf dan kualiti perkhidmatan motel ini sehinggalah menjadi sebuah rangkaian hotel popular di sekitar Manila. Ini kerana mereka menyedari bahawa permintaan terhadap hotel berkualiti semakin meningkat tetapi harga yang ditawarkan kadangkala terlalu mahal. Lantas, lahirlah Victoria Court yang mempunyai konsep uniknya tersendiri sambil menawarkan harga berpatutan serta kemudahan bertaraf tinggi. Daripada motel biasa satu ketika dahulu, Victoria Court telah berubah wajah menjadi sebuah hotel berkualiti yang sangat praktikal. Sebagai contoh, Victoria Court di Malate Manila yang berdekatan dengan zoo kota ini menjadi tumpuan kerana kemudahan lokasi dan perkhidmatannya. Ia berhampiran dengan pusat-pusat pelancongan kota Manila dan tidak jauh dari pusat perniagaan Manila iaitu Makati City. Pengunjung yang sudah membuat tempahan hanya perlu pandu masuk untuk memberitahu nama mereka ke pihak penyambut tetamu hotel dan kemudian dibawa ke garaj masing-masing. Konsep Victoria Court berkonsepkan 'pandu masuk' atau "Drive in" menjadikannya hotel pilihan ramai orang. Ini kerana setiap unit hotel mempunyai garajnya sendiri dan bilik yang diberikan pada tamu seolah-olah pangsapuri anda sendiri. Semasa rangkaian hotel ini dinaik taraf, kebanyakan bilik-biliknya dijadikan suite yang mempunyai pelbagai tema unik, dari idea filem-filem dan sebagainya. Suite-suite bertema ini luas kerana mempunyai dua tingkat. Sebaik sahaja meletakkan kereta di garaj sendiri, para tamu boleh naik ke atas di tingkat satu di mana terletaknya ruang tamu sendiri yang lengkap dengan sofa dan televisyen serta bilik mandi berjacuzzi dan televisyen berlayar lebar. Di atas pula adalah bilik tidur utama dengan sebuah bilik air serta meja hiasan. Selain itu hotel ini juga tidak memberikan kunci kepada para tamunya kerana penyambut tetamu sentiasa ada 24 jam sehari. Sebaik sahaja tiba di hotel, garaj dan pintu akan dibuka oleh mereka. Tamu hanya diminta kunci suite masing-masing setiap kali masuk dan keluar. Para pekerja hotel akan sentiasa siap menunggu untuk membuka pintu andai para penyewa pulang ke hotel. Mereka juga sedia membantu sekiranya memerlukan sebarang pertolongan. Sarapan yang dipesan akan dibawa ke bilik masing-masing dan ini memudahkan aktiviti seharian. Lebih unik lagi, hotel ini juga boleh disewa mengikut jam sekiranya perlu dan ini sangat sesuai bagi pelancong asing yang perlu menunggu penerbangan di waktu petang atau malam sesudah mendaftar keluar dari hotel masing-masing. Tidak perlulah berjalan dengan bagasi ke sana-sini sementara menunggu waktu pulang. Sewa sahaja bilik untuk beberapa jam lagi untuk berehat dan bersiap-siap sebelum ke lapangan terbang. Perkhidmatan pengangkutan percuma dari dan ke lapangan terbang juga ada tersedia bagi tamu yang bermalam di hotel ini. Yang pasti, bilik-bilik hotel ini selamat, bersih, praktikal dan sangat indah mata memandang. Dengan harga berpatutan serta kemudahan dan perkhidmatan berkualiti, ia sangat disyorkan bagi mereka yang praktikal. Andai bercadang nak ke Manila satu hari nanti pastikan anda memilih Victoria Court kerana ia mempunyai banyak cawangan dan benar-benar berpatutan. Ia juga sesuai buat yang inginkan kelainan dalam penginapan anda di kota Manila! Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.victoriacourt.biz Tags: TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Apa Ada Pada Hong Kong Disneyland? Posted: 24 Feb 2012 11:05 AM PST Selain tarikan sejarahnya seperti The Peak, Madame Tussauds, Temple Street Night Market, Sky100 dan Hollywood Road, Hong Kong juga dikunjungi kerana satu lagi tarikan yang cukup popular iaitu Disneyland Hong Kong. VIDEO Travelogue Budiey di Hong Kong Disneyland Part 2 Jika Hong Kong merupakan antara destinasi paling dikunjungi di Asia, taman tema yang terletak lebih kurang 10-20 minit perjalanan dari lapangan terbang itu juga mempunyai reputasi yang hampir sama. Dengan kunjungan 31 juta pelawat sejak dibuka dan pada tahun 2011 Disneyland Hong Kong menerima 5.9 juta pengunjung seluruh dunia, lebih dari itu, Disneyland Hong Kong sendiri tersenarai sebagai destinasi tarikan pelancong paling popular di Asia. Ia menjanjikan kunjungan penuh dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Budiey diberitahu, 2012 ada satu tahun yang cukup istimewa untuk Hong Kong Disneyland dengan membesarkan lagi taman temanya. Hong Kong Disneyland telah melebarkan dan meluaskan maps nya dengan membuka Toy Story Land. Tarikan taman tema terbaru ini usah dipertikaikan lagi kerana setiap dari anda yang berkunjung di sini memang wajib untuk mencuba pengalaman adventure yang menyeronokkan. Rasanya, dah cukuplah Budiey bercerita tentang Toy Storyland di entri yang lepas ya. Kesempatan melawat taman permainan dan hiburan yang terletak di Lantau Island pada 6 Januari lepas memberi peluang kepada Budiey untuk menjenguk apa yang ditawarkan oleh rangkaian resort Disney itu. Budiey sangat bernasib baik kerana berpeluang untuk menerokai Happiest Place on Earth itu selama 2 hari sekaligus membenarkan Budiey menikmati keseluruhan hiburan yang ditawarkan dengan sekeping tiket (berharga kira-kira RM130). Pergh! Bagi sesetengah orang harganya agak tinggi melambung tapi sebenarnya, ia sangat berbaloi! Mengikut apa yang dicadangkan pada risalah taman tema itu, pelawat memerlukan dua hingga tiga hari untuk menikmati semua hiburan dan permainan yang ditawarkan di situ. Kamar penginapan Budiey semasa di Disneys Hollywood Hotel. Sesampai di Hong Kong Disneyland buat kali ke-2, Budiey dapat rasakan yang taman tema ini boleh diperluaskan lagi kerana banyak lagi tanah yang kosong yang belum dijelajahi. Mungkin kerana itu, ada dua taman tema yang kini masih rancak dalam pembinaan. Okay, kembali pada tajuk kita, Apa Ada Pada Hong Kong Disneyland? Untuk menyenangkan lagi, di sini, Budiey ingin memberikan 5 sebab musabab mengapa anda patut datang ke Hong Kong Disneyland ini. 1. Karakter Meet & Greet Korang tahu-tahu sajalah, karater kartun untuk Disney ni bukannya sikit ya. Ada berpuluh-puluh, malah boleh menjangkau ratusan. Masa Budiey berkunjung ke sana, Budiey dapat bersua dengan Tangled princess iaitu Rapunzel. Bukan main panjang lagi rambutnya. Cantik. Sebijik macam Rapunzel dalam filem animasi tu. Disneyland memperkenalkan kepada pengunjung Meet & Greet Tinkerbell sebagai special appearance setiap hari. Selain itu, jika anda bersarapan di sebuah restoran di Hong Kong Disneyland Hotel, pasti anda teruja dan terkejut apabila ada karakter yang datang menyapa anda. Bagi kanak-kanak, peluang bertemu dan bergambar dengan watak kegemaran mereka seperti Mickey Mouse, Snow White, Aladin dan banyak lagi pasti umpama mimpi bertukar realiti. Pendekata, ia sangat eksklusif dan masa nilah kita berpeluang untuk bergambar bersama karakter ini. Begitu juga dengan anda yang bersarapan di Enchanted Garden, pastinya akan terperanjat dan terkejut dengan kehadiran beberapa karakter animasi Disney yang berkeliaran. Kelihatan mereka begitu teruja untuk bersama pengunjung. Apatah lagi, mereka menjadi tumpuan semua yang sedang bersarapan untuk bergambar. 2. Flights of Fantasy Parade. Di show selama 30 minit ini, macam-macam ada, ada karakter dari Toys Story, Jungle Book, Snow White, Belle, Cinderalla, Mickey Mouse dan pendek kata semua karakter yang popular pasti ada kat Fantasy Parade yang berarak pada jam 3 petang setiap hari. Ia dimeriahkan lagi dengan alunan lagu-lagu terkenal Disney dan karakter ini akan turut menari mengikut rentak lagu. 3. Pertunjukan Bunga Api & Lampu Cahaya di Thinker Bell (That's Disney in Star Spectacular) Ya, Budiey sarankan kepada anda, jangan terus pulang pada petang kerana pada malamnya ada pertunjukan bunga api dan lampu cahaya. Sangat menakjubkan kerana ia diiringi dengan muzik. Jadi ia satu persembahan berirama yang wajib ditonton untuk setiap pengunjung. Tak sah kalau anda datang tapi tak sempat nak tengok fireworks kat sini. Terbaek! Acara yang dianggap sebagai kemuncak hiburan di Disneyland itu bermula dengan persembahan teater oleh watak-watak Disney sebelum diakhiri dengan persembahan bunga api yang menghidupkan keajaiban alam Disney. Pesta Pertunjukan Bunga Api di Hong Kong Disneyland 4. Hotel Tema Yang Meriah & Gempak Budiey rasa bertuah & bernasib baik kerana berpeluang untuk mengecapi pengalaman bermalam di Disney's Hollywood Hotel selama 2 malam. Tu pun rasa macam tak cukup je. Memang layanan dan keseronokkan bermalam di sini tak tergambar dengan kata-kata kerana ia sangat syiok habis! Bagi yang bercuti dengan keluarga, persinggahan ke Disneyland Hong Kong juga memberi peluang menginap di dalam 'istana' seperti keluarga di raja. Penginapan yang boleh dipilih di salah satu daripada Hotel Disney itu ditawarkan mengikut tema-tema tertentu. Cuma harga yang perlu dibayar untuk merasai kemesraan layanan hotel bertaraf antarabangsa itu mungkin boleh 'mencederakan' perbelanjaan anda. 5. Lima Taman Tema Yang Penuh Dengan Keseronokan Bagi yang mahukan lebih cabaran, permainan Big Thunder Mountain dan Indiana Jones boleh membawa pelawat mengembara dari perut bumi hingga ke puncak gunung. Selain perjalanan roller coaster berbentuk kereta api lombong biji timah itu, taman tema juga dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan gelongsor berteknologi tinggi. Berkunjung ke sini seolah-seolah kita memijakkan kaki di Disneyland yang ada di Hollywood sebab reka bentuknya sebijik dan sama je dengan apa yang ada di sana. Tak hairan, ramai orang Asia kita datang ke sini daripada membazir duit untuk terbang ke Hollywood atau Paris. Memeriahkan lagi suasana magis di taman tema itu adalah aksi pelawat khususnya kanak-kanak yang dipakaikan dengan pelbagai pakaian watak Disney oleh ibu bapa mereka. Premis jualan pakaian dan cendera hati itu juga dihias cantik dengan tema-tema tersendiri. Belum lagi berakhir, kepuasan di Disneyland Hong Kong bukan sekadar hiburan di lima bahagian taman tema kerana tarikan di sini juga tidak kurang menariknya. Budiey dah cuba Jungle River Cruise di Adventure Land, Astro Blaster & Space Mountain di Tomorrowland dan macam-macam lagi. Gambar di Adventureland, ada rumah tarzan. Sangat real ya! Alami dramatik Mickey dan rakan-rakan melalui persembahan di Golden Mickey iaitu satu pertunjukkan Broadway, Mickey's Philharmagic yang menayangkan filem animasi hebat, bersantai di kafe atau menjenguk sedikit cenderahati di rangkaian kedai-kedai cenderamata yang ada di sepanjang Main Street USA. Tiket satu hari untuk dewasa dijual pada harga kira-kira RM135 untuk dewasa dan RM270 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun. Dengan hiburan tanpa henti, permainan berteknologi tinggi, hiasan kota fantasi dan kemeriahan watak Disney, harga yang dibayar tidaklah terlalu mahal. Dengan segala tarikan yang menakjubkan itu, Disneyland Hong Kong bukan sekadar tempat untuk berhibur malah membebaskan segala kerisauan yang bersarang di kepala. Jom lah kita ke Hong Kong Disneland! Tags: TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |