Adsense

Jumaat, 24 Februari 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Sekitar Majlis Pernikahan Ana Raffali & Naim

Posted: 24 Feb 2012 10:20 PM PST

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI

Pada post sebelum ini, kami kongsikan sedikit info mengenai majlis pernikahan Ana Raffali dan Naim yang berlangsung pada tengah hari tadi. Pada post ini pula, kami kongsikan beberapa gambar sekitar berlangsungnya majlis pernikahan Ana Raffali dan Naim itu. Ayuh saksikan.

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI
Sesi menyarungkan cincin pertunangan

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI
*Foto ehsan @mkabmr

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI
*Foto ehsan gua.com.my

Related Posts with Thumbnails

(Tahniah!) Ana Raffali & Naim Selamat Diijabkabul

Posted: 24 Feb 2012 09:34 PM PST

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI

Dengan hanya sekali lafaz, Ana Raffali yang kini berusia 26 tahun sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30 tahun, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Ana dan Naim berwali dan dinikahkan sendiri oleh bapa Ana, Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat. Acara sebelum itu dimulakan dengan majlis pertunangan antara Ana dan Naim pada pukul 11 pagi.

Ana menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 dan wang hantaran yang dirahsiakan nilainya daripada pihak lelaki. Dalam pada itu, Ana turut menerima tujuh dulang hantaran yang antaranya sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak.

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI
Hantaran daripada pihak lelaki kepada Ana Raffali

Pihak Ana pula membalas dengan sembilan dulang kepada pihak lelaki yang terdiri daripada bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan dan minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung. Menariknya, kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.

GAMBAR PERNIKAHAN ANA RAFFALI
Hantaran daripada pihak Ana Raffali kepada pihak lelaki

Kepada Ana Raffali dan Naim, tahniah kami ucapkan. Kami juga mendoakan semoga masjid yang kalian bina ini akan berkekalan buat selama-lamanya dan selamat berbahagia.

Psstt: Jika anda adalah seorang model, adakah anda sanggup melakukan ini?

Related Posts with Thumbnails