Adsense

Jumaat, 24 Februari 2012

borak kosong

borak kosong


Nak tahu kenapa Taliban punya banyak senjata?

Posted: 24 Feb 2012 09:15 PM PST

Pernahkah Anda bertanya-tanya mengapa Taliban Pakistan tidak pernah kehabisan senjata ?

Reverse Engineering sering digunakan oleh militer dalam rangka menyalin teknologi militer bangsa lain, informasi tersebut diperolehi dari pasukan reguler dalam pertempuran atau dengan sebuah operasi risikan Sering digunakan selama Perang Dunia II dan Perang Dingin. Cara inilah yang masih terus berlanjutan hingga kini.

Dalam bahagian suku di Pakistan - merupakan tempat terbesar yang memiliki Reverse Engineering ini. Mereka dapat meniru jenis senjata api apapun setelah mereka melihat dan langsung menghasilkan dalam beberapa jam saja.

Anda dapat menemukan salinan beberapa item terkenal dari persenjataan modern seperti Pistol Beretta, Glock, Pistol 1911, UZI, senapan G3, MP5, bahkan M16 dan banyak lagi.





Ops! Kondom Zac Efron Jatuh di Red Carpet Premier Film (Video)

Posted: 24 Feb 2012 09:00 PM PST



infospesial.net -  Kejadian memalukan menimpa aktor Zac Efron, ia didapati membawa kondom di saku seluar jeans-nya, dan tanpa sengaja menjatuhkannya di red carpet premiere film THE LORAX. Kondom yang tersimpan di seluarnya terjatuh ke lantai saat ia menyeluk sakunya untuk mengambil sesuatu yang akan diberikannya kepada wartawan, dan  menarik perhatian banyak orang.


Menyadarai pengaman seks nya terjatuh  di red carpet, Zac Efron pun buru-buru mengambilnya dan dengan tertawa gugup bercampur malu ia berkata, "Oh my God!". Dengan gayanya yang  cool, ia cuba menghindar dan menutupi rasa malunya tersebut dari kejadian memalukan itu.


Efron sendiri merupakan pengisi suara dari karakter utama dari film THE LORAX. Filem ini merupakan kisah adaptasi klasik dari Dr Seuss, dan bercerita mengenai anak laki-laki yang mencari satu benda yang boleh membuatnya mendapatkan hati gadis pujaannya (Taylor Swift). Film 3D ini bakal mulai tayang di pawagam Amerika mulai 2 March.


Pasangan tertangkap CCTV sedang 'BERAKSI 'di Cybercafe

Posted: 24 Feb 2012 08:45 PM PST

image

image

image
image

image

image

image
image

image

image

image

image

[Kesian]Bayi 14 bulan ini kena penyakit aneh

Posted: 24 Feb 2012 08:30 PM PST

Bayi berusia 14 bulan mengalami sejenis penyakit aneh iaitu timbul bintik dan kemudian melepuh.

Penyakit yang diderita bayi berasal China ini disebut Weber-Christian adalah sebuah keadaan di mana kulit mati ini terbakar dan terinfeksi kemudian meninggalkan bekas.

Kes ini menjadi perhatian setelah STOMP, atau jurnalis untuk citizen reporter, melaporkan keadaan bayi bernama Yang Xin itu. Tidak diketahui penyebab dari keadaan tersebut.


"Jika dia merasa sakit hanya boleh ditenangkan oleh ibunya," demikian tulis citizen reporter itu. Ketika ini bayi itu dalam keadaan tidak baik dan berada di sebuah hospital di Beijing. Menurut sejumlah doktor, penyakit ini jarang terjadi pada bayi dan tidak boleh diubati serta meninggalkan bekas .(link)

JUSTIN BIBIER ALA KOREA

Posted: 24 Feb 2012 08:15 PM PST


Penyanyi paling berani di ASEAN

Posted: 24 Feb 2012 08:00 PM PST

berita-beritadotcom: Dimana penyanyi paling berani di ASEAN? Mungkin jawabannya di Thailand. Di Negara Gajah Putih itu para penyanyi yang yang melakukan pertunjukan di pentas terbuka mengenakan pakaian super mini, sehingga belahan dada dan pangkal pahanya menjadi pemandangan biasa.

Pertunjukan-pertunjukan seperti itu adalah pemandangan biasa di pertunjukan-pertunjukan muzik di kampung-kampung di negara itu.

Pemutar Video Hilang, Pramugari Larang Penumpang Turun

Posted: 24 Feb 2012 07:30 PM PST

MIAMI - Pramugari dari sebuah syarikat penerbangan di Amerika Syarikat (AS) melarang penumpang turun dari pesawat, hanya kerana pemutar video di pesawat itu hilang.

Ancaman itu dilayangkan oleh pramugari Alaska Airline, saat dirinya menyedari pemutar video yang menjadi sebahagian pelayanan hiburan penumpang hilang dalam perjalanan dari Miami menuju Seattle.

Masalah ini sebenarnya tidak akan terjadi bila pihak perusahaan tidak lupa mencatat siapa peminjam pemutar video tersebut. Seorang penumpang mengaku dirinya merasa takut dengan perilaku dari pramugari itu. Penumpang itu menulis pengalamannya dalam sebuah blog.

"Mengancam seluruh penumpang akibat perbuatan penumpang lain, adalah sebuah tindakan bodoh dan boleh merosak kepercayaan penumpang," tulis Jeff Reifman dalam blognya, seperti dikutip Daily Mail, Jumaat (24/2/2012).

"Pintu kabin tidak akan dibuka dan para penumpang tidak akan diizinkan pindah pesawat bila pemutar video terakhir tidak dikembalikan," jelasnya Reifman.

Pihak Alaska Airlines pun langsung melayangkan permintaan maafnya atas peristiwa ini. Juru bicara Alaska Airlines Bobbie Egan mengaku bahawa pihaknya selalu mencatat penumpang yang meminjam pemutar video di pesawat.
(faj)

Ayah Ikat Anak Pakai Rantai Anjing

Posted: 24 Feb 2012 07:15 PM PST


TRIBUNNEWS.COM - Seorang ayah dengan tega merantai anak  tirinya yang berusia 11 tahun menggunakan rantai yang biasa dikenakan kepada seekor anjing, saat isterinya  pergi ke luar kota.


Atas perbuatannya, Michael Gilman ditangkap oleh polis, atas tuduhan melakukan tindak kekerasan membahayakan anak.


Seperti diberitakan oleh Dailymail, Jumaat (24./2/2012), Michael, yang tinggal di Sharp County, Arkansas, Amerika Syarikat (AS), ini merantai kaki anak tirinya, menggunakan rantai anjing ke tempat tidur, agar tidak membuat masalah di lingkungan sekitar tempatnya tinggal.


Menurut Michael puterinya tersebut, kerap keluar pada malam hari dan menggangu ketertiban di sekitar rumahnya. Pihaknya telah berupaya untuk menertibkan perilaku puterinya, selama beberapa tahun, namun tak juga berhasil.


Biasanya Michael mengikat puterinya pada malam hari dan melepaskannya pada pagi hari. "Beberapa perilaku anak ini, pihak keluarga mengaku tak mampu lagi mengendalikannya, dan banyak dari apa yang mereka lakukan adalah untuk keselamatannya, "kata anggota polisi, Ken Guidry.


"Namun, merantai anak ke tempat tidur, tidak dapat kita terima," lanjutnya.


Gilman telah dibebaskan dari tahanan dengan ikat jamain. Saat ini, puteri Michael tersebut, beserta saudaranya yang berusia 11 tahun, dan enam tahun, diserahkan ke Badan Kesejahteraan Anak US.

Saya tetap cinta walau dia jahat

Posted: 24 Feb 2012 07:00 PM PST

Dungun – "Biarpun dia jadi buruan polis dan seorang pe­nge­dar dadah, saya tetap menyintainya malah sanggup jadi isteri jika dia sudi terima saya."

Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Lebih mengejutkan apabila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang.

"Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak," katanya.

Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan.

Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan.

Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya.

"Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon.

"Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu," katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya,

Dila berkata, biarpun tahu teman lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah.

"Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya," katanya.

Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek.

Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan.

Penemuan 10 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis methamphethamine dalam poket seluar suspek menguatkan dakwaan dia terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut selain turut menasihati golongan remaja agar lebih berhati-hati jika ada hubungan cinta dengan lelaki tidak dikenali untuk mengelakkan diri terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang.



SUMBER : sinar harian

Panas dengan adegan solat

Posted: 24 Feb 2012 06:45 PM PST


RAMAI puji drama sekarang banyak menunjukkan babak bersolat, mengaji al-Quran, berzikir dan pelbagai amalan baik yang lain.
Artis yang kini berhijrah memakai tudung pun tidak bimbang lagi kerana pihak stesen TV semakin bersikap terbuka. Produser dan pengarah pun tidak ketepikan mereka dan banyak watak yang sesuai dengan penampilan baru mereka.

Misalnya, Irma Hasmie. Sejak dia bertudung rezeki berlakon tidak pernah putus dan dia juga diambil menjadi pengacara program Islamik yang bertajuk Assalamualaikum di TV Alhijrah. Sekarang Irma di Makkah mengerjakan umrah.

Bagaimanapun artis yang seorang ini bukannya nak bersyukur dengan perubahan rakan artis atau pun dia teringin untuk berubah sama tetapi SS lihat seolah-olah dia berada dalam dunianya yang aneh dan asing.



Dia merungut dan marah-marah apabila pengarah mengambil masa agak lama untuk merakamkan adegan bersolat dalam salah satu drama lakonannya. Dia tak terbabit pun dalam adegan berkenaan tetapi dia 'naik hantu' kerana terpaksa menunggu lama untuk adegan itu siap, sebab selepas babak solat tadi barulah pengarah akan membuat penggambaran untuk babaknya pula.


Mengamuklah artis itu di lokasi. SS juga dapat tahu artis itu juga tak berapa suka mendengar laungan azan. Tak tahulah SS, dia dah terkena sampuk jin apa. SS berharap sebelum terlambat, artis itu kajilah semula asal usul keturunannya dan yang selebihnya mohon keampunan daripada Allah s.w.t.



sumber : myMetro  

10 lagu dangdut haram disiar

Posted: 24 Feb 2012 06:30 PM PST


JAKARTA: Komisi Penyiaran Daerah Nusa Tenggara Barat (NTB) melarang lembaga penyiaran radio dan televisyen menyiarkan 10 lagu dangdut yang mempunyai lirik mengandungi unsur lucah dan tidak mendidik.
Ketua Komisi Penyiaran Indonesia (KPID) Daerah NTB, Badrun AM semalam berkata di Mataram, pihaknya mengeluarkan larangan penyiaran 10 lagu dangdut itu kerana boleh merosakkan moral masyarakat. Sepuluh lagu yang dilarang daripada disiarkan itu adalah lagu Jupe Paling Suka 69, Mobil Bergoyang, Apa Aja Boleh, Hamil Duluan, Maaf Kamu Hamil Duluan, Satu Jam Saja, Mucikari Cinta, Melanggar Hukum Wanita Lubang Buaya dan Ada Yang Panjang.

Larangan menyiarkan lagu dangdut berkenaan dibuat selepas satu penyelidikan terperinci dilakukan membabitkan segelintir tokoh, termasuk tokoh budayawan, Musbiawan; tokoh media, Bochri Rohman; tokoh akademik, Dr Kadri, pengamal media, Adhar Hakim dan wartawan kanan, Karna Sinoel. Sebelum ini, Bahagian Pengawasan Isi Siaran KPID NTB menerima aduan masyarakat dan beberapa tokoh agama di daerah itu yang berpendapat penyiaran lagu dangdut itu di radio tempatan dan televisyen di Jakarta tidak wajar kerana liriknya tidak bersesuaian dan tidak mendidik masyarakat. "Selama dua minggu mulai 25 Januari hingga 14 Februari lalu, pasukan pemantau melakukan penyelidikan terperinci terhadap 300 lagu dangdut pelbagai versi dan genre, termasuk klasik, pop, koplo, reggae dan house dangdut yang paling diminati dan menjadi pilihan orang ramai," katanya.


Badrun berkata, pendapat dan kritikan pelbagai tokoh dijadikan rujukan untuk KPID NTB membuat keputusan. Menurut Badrun, hasil analisis menunjukkan lagu Jupe Paling Suka 69 nyanyian artis kontroversi Julia Perez dengan nada suara erotik menggambar hubungan intim penyanyi itu. Lagu itu adalah lagu tema filem lakonan Jupe, Pocong Minta Kawin.


sumber : myMetro

The Sun edisi Ahad kurang lucah

Posted: 24 Feb 2012 06:15 PM PST


LONDON: Edisi hari Ahad untuk akhbar tabloid Britain Sun, kepunyaan Rupert Murrdoch, akan dilancarkan melalui iklan secara besar-besaran dan dicetak kira-kira tiga juta, minggu ini.
Akhbar itu dijangka lebih mesra-keluarga dan kurang "lucah" berbanding dengan akhbar tabloid sebelum ini, The News of the World. 
The Sun on Sunday, di mana ia akan dilancarkan oleh Murdoch sendiri, akan lebih memaparkan berita fesyen, bola sepak dan sedikit skandal seks ringan yang telah membuatkan News of the World, terkenal sebelum ini. - Reuters


sumber : myMetro

Kenderaan kelas baru

Posted: 24 Feb 2012 06:00 PM PST


SAN FRANCISCO: Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat.
Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.

Ia dijangka mula digunakan di jalan raya hujung tahun depan.


Kenderaan ciptaan Lit Motors, syarikat automotif yang berpangkalan di San Francisco, motosikal dua penunggang yang bertutup sepenuhnya menggunakan sistem penstabilan gyroscopic bagi membolehkannya kekal tegak meskipun ketika tidak bergerak. Motosikal masa depan itu bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan mengelak basah akibat hujan, tetapi juga selamat kerana ia tidak akan terbalik apabila terbabit dalam pelanggaran.

Namun, harganya tidak murah - RM75,000 sebelum turun kepada kira-kira RM50,000 apabila pengeluaran meningkat.


Seorang jurucakap Lit Motors berkata, ramai orang telah berusaha mencipta sesuatu yang serupa dengan motosikal itu pada masa lalu tetapi tidak seorangpun yang berjaya.



Beliau berkata: "Belum ada kenderaan di jalan raya yang menggunakan sistem gyro pada masa ini. Ada cubaan sebelum ini tetapi tidak ada yang berjaya seperti kami.

"Bayangkan seorang kanak-kanak bermain gasing. Selagi ia berpusing, ia akan kekal tegak dengan sendirinya. Sama juga dengan kenderaan ini, selagi gyro itu berpusing, C-1 itu akan terus menegak.


"Motosikal kami hanyalah satu-satunya yang menegak dengan sendirinya. "Ini membolehkan pemasangan seluruh kelengkapan kereta seperti tempat duduk lekuk, stering, papan pemuka, kawalan cuaca, sistem bunyi, tali pinggang keledar dan beg udara.

"Ia adalah yang pertama seumpamanya. C-1 ialah kenderaan kelas baru, bukan kereta dan bukan motosikal.


"Kami gabungkan kecekapan, ketangkasan, bersaiz kecil dan keseronokan sebuah motosikal dengan kestabilan, kemudahan dan yang paling penting, keselamatan sebuah kereta.


"Peningkatan dari segi ketangkasan dan saiz yang lebih kecil berbanding sebuah kereta bermakna banyak kemalangan boleh dielakkan.


"Daripada memakai topi keledar, pemandu boleh memakai pakaian biasa. Dia akan sentiasa selamat." Syarikat berkenaan merancang membawa C-1 mengelilingi dunia, bermula di California dan Amerika Utara, sebelum ke Eropah, Asia Timur, Australia, Asia Selatan, Amerika Selatan dan seterusnya.


"Kami menjangka ia akan mencetuskan revolusi dan mendapat sambutan hangat," kata jurucakap berkenaan.


"Kami mencipta kenderaan bandar yang sempurna. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia tidak akan menyumbangkan kepada pencemaran udara," kata jurucakap itu. - Agensi


sumber : myMetro

Terkejut bayi lembik

Posted: 24 Feb 2012 05:45 PM PST


PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, di sini, semalam.
Kejadian disedari jam 12 tengah hari ketika pengasuh dikenali sebagai Norazam cuba mengejutkan bayi malang itu selepas menidurkannya pada jam 11 pagi.

Namun, katanya, dia terkejut apabila mendapati bayi bernama Aqil itu lembik dan pucat.


"Aqil biasanya tidur dalam satu jam lebih dan bangun untuk minum susu, tetapi pagi tadi (semalam) saya hairan dia tidur lebih lama.

"Saya cuba mengejutkannya sebelum mendapati badan Aqil lembik dan mukanya pucat.


"Saya terus membawa Aqil ke klinik swasta berdekatan rumah, sebelum diminta doktor berkenaan membawa Aqil ke hospital untuk rawatan lanjut.



"Tetapi sebaik sampai di hospital doktor memaklumkan bayi berkenaan kritikal dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Putrajaya, di sini, semalam.

Norazam yang mempunyai pengalaman bekerja lebih dua tahun di taska berkata, dia menjaga empat bayi di rumah dengan dibantu suaminya.


"Sebelum kejadian, Aqil sihat dan amat ceria, malah saya sempat bergurau dengannya.

"Saya tak tahu macam mana kejadian ini boleh berlaku, tak sangka langsung... mak cik terkilan sangat kerana perkara ini berlaku (ketika Aqil) di tangan mak cik," katanya.


Sementara itu, keluarga mangsa enggan mengulas kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abd Razak Abd Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku.


"Bayi berkenaan disahkan meninggal akibat tersedak susu dan kes diklasifikasikan kematian mengejut," katanya



sumber : myMetro

Jual harta syarikat masuk poket sendiri

Posted: 24 Feb 2012 05:30 PM PST


SHAH ALAM: Seorang bekas penyelia dihukum penjara setahun dan sekali sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan pecah amanah dengan cara menjual barangan elektrik milik syarikat membabitkan lebih RM30,000 di Gombak, dekat sini, dua tahun lalu.
Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Amir Adzha Mansor, 39, dan memerintahkan ia berjalan mulai semalam. Mengikut pertuduhan, Amir Adzha didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara menjual pelbagai barangan elektrik bernilai RM34,884 dan menggunakan wang hasil jualan itu untuk kegunaan peribadi. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kedai HLK, di 3-1-1 dan 3-1-3 di Rawang Business Centre, Gombak antara Jun dan 30 Oktober 2010. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Terdahulu, peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira latar belakang anak guamnya tidak memiliki pendapatan tetap.


sumber : myMetro

Gembira dalam gelisah

Posted: 24 Feb 2012 05:15 PM PST


KUANTAN: "Perasaan saya bercampur baur antara gembira dan takut selepas doktor mengesahkan saya hamil 10 hari selepas menjalani pembedahan membuang nanah bisul di bahagian kiri payudara.
"Saya gembira kerana terpaksa menunggu lima tahun untuk hamil kali kedua selepas kelahiran anak pertama tetapi pada masa sama, takut dan gentar kerana saya menghidap penyakit yang mungkin boleh mengancam janin dalam kandungan," ujar Salyna Sahari, 30.

Kehamilan Salyna yang memasuki bulan kedua itu menyebabkan dia dibaluti perasaan takut dan gementar malah hati serta perasaannya sentiasa 'berperang' dengan penyakit 'bisul kronik' di bahagian payudara dihidapinya sejak lebih tiga tahun lalu.


"Banyak perkara harus difikirkan, mana nak jaga kesihatan diri yang tidak menentu, urusan rumah tangga, makan pakai anak dan suami. Tetapi, saya tidak menolak takdir malah bersyukur kerana Allah masih memberi saya peluang hamil walaupun saya berhadapan dengan penyakit berbahaya.

"Mungkin ada hikmah di sebalik semua ujian getir ini. Saya berdoa kehamilan saya selamat dan sembuh daripada penyakit ini," katanya ketika ditemui sempena lawatan Ketua Puteri Umno Pahang, Siti Azma Izah Adnan di rumahnya di Taman Impian, Jalan Kuantan-Sungai Lembing dekat sini, semalam.


Turut hadir, Ketua Puteri Umno Indera Mahkota, Mazlina Mohd Lazim.



Salyna yang juga Naib Ketua Puteri Cawangan Indera Mahkota 7 kini berserah kepada takdir kerana doktor memaklumkan kemungkinan kandungannya akan gugur dengan sendiri jika terlalu banyak mengambil ubat bius bagi mencuci bisul itu.

"Alhamdulillah, sejak pembedahan ketiga itu, nanah tidak lagi keluar tetapi rasa sakit itu tetap ada dan kini saya perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan ubat dan antibiotik," katanya.


Salina dikesan menghidap penyakit bisul kronik apabila bahagian kanan payudara sakit sejak tiga tahun lalu.

"Sejak itu, bahagian kanan payudara saya sakit sehingga demam dan secara kebetulan, setiap kali datang bulan, bahagian itu turut sakit dan membengkak menyebabkan saya merujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tetapi tidak meneruskan rawatan sebaliknya menjalani rawatan lanjut di klinik swasta," katanya.


Susulan daripada itu, Salyna menjalani rawatan lanjut di klinik swasta dan Salyna bersyukur apabila doktor berkenaan mengesahkannya bebas daripada kanser. Bagaimanapun, katanya selepas ketulan nanah di bahagian kanan dibuang, payudara kirinya pula mengalami keadaan yang sama malah lebih serius sehingga terpaksa melakukan pembedahan bagi membuang nanah.


"Sekarang, saya lebih banyak berbaring untuk meredakan rasa ngilu dan pedih serta menjalani kaedah rawatan cara Islam untuk menyembuhkannya," katanya.



sumber : myMetro

Nak pekerja bogel?

Posted: 24 Feb 2012 05:00 PM PST


JOHANNESBURG: Pembantu rumah yang berbogel ketika bekerja dan tukang paip yang bukan setakat buang kekotoran yang melekat di paip, tetapi "membuang" bajunya juga.
Inilah perkhidmatan yang diberi oleh sebuah syarikat di Afrika Selatan. 
Natural Cleaning Co., yang mendakwa satu-satunya syarikat "menawarkan semua perkhidmatan secara berbogel di dunia," ditubuhkan sebulan lalu oleh Jean-Paul Reid, setelah mengalami masalah untuk mendapat pekerjaan sebagai akauntan di negara yang mempunyai 23.9 peratus kadar pengangguran.

Syarikat itu menawarkan khidmat pembersihan rumah, perakaunan, undang-undang dan kerja-kerja tukang untuk wanita, dengan satu syarat - staf akan tiba sama ada separuh bogel atau berbogel, bergantung kepada permintaan pelanggan.



Reid, 29, berkata, "Khidmat pembersihan paling popular diikuti oleh khidmat tukang untuk wanita."


Katanya, buat masa ini, dia menerima seorang pelanggan sehari, dan biasanya dikalangan lelaki pertengahan umur dan berkulit putih.

Semua pekerjanya bekerja secara separuh masa dengannya dan mempunyai pekerjaan lain seperti model, pelatih peribadi dan pelajar di bidang undang-undang dan perakaunan.

Perkhidmatan yang diberikan adalah "hiburan semata-mata" dan menurut Reid, "Kami tidak menawarkan khidmat pelacuran."

Laman syarikat itu, naturalcleaning.wozaonline.co.za memaparkan gambar lelaki sasa tanpa baju memegang pembersih hampagas dan gambar wanita sedang menggosok tanpa memakai pakaian kecuali sepasang stokin, seorang tukang masak meletakkan mangkuk salad dan pelbagai perkhidmatan berbogel yang lain.

Harga perkhidmatan itu antara 175 rand (RM69) satu jam untuk perkhidmatan "separuh berbogel" hingga ke 450 rand (RM179) untuk seorang profesional seperti peguam, akauntan dan tukang paip. - AFP



sumber : myMetro

Restoran nasi kandar diserang

Posted: 24 Feb 2012 04:45 PM PST


GEORGETOWN: Akibat salah faham dan masalah perniagaan, seorang pengurus sebuah restoran nasi kandar kerugian hampir RM10,000 selepas beberapa peralatan menghidangkan makanan rosak termasuk pinggan mangkuk bertaburan selepas diserang tiga lelaki bersenjatakan topi keledar di Jalan Penang, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 6.30 pagi ketika pekerja restoran warga India, Akbar Ali, 35, membuka gerai untuk memulakan operasi perniagaan harian sebelum didatangi lima lelaki menaiki sebuah kereta dan berhenti di luar kedai.

Pemilik restoran, Abdul Latif Thulkarunai, 52, berkata ketika kejadian, hanya Akbar yang ada dan tiba-tiba tiga lelaki tidak dikenali meluru masuk ke kedai dengan membawa topi keledar sambil mencari dan mengugut pekerjanya menyampaikan pesanan supaya dia tidak mencampuri urusan orang lain.


Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu keluar dari kedai dalam keadaan marah lalu memecahkan cermin dua peralatan menghidangkan makanan dan menolak jatuh satu peralatan.

Katanya, beberapa pinggan turut dijatuhkan dan kejadian berlaku pantas dengan tidak sampai lima minit sebelum kumpulan terbabit melarikan diri.


Abdul Latif berkata, dia terkejut apabila perniagaan diusahakan sejak lebih 23 tahun lalu bersama ahli keluarganya sebelum ini tidak menghadapi masalah.



"Buat sementara waktu, saya menutup perniagaan ini selepas mengalami kerugian hampir RM10,000," katanya.

Menurutnya, kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di luar kedai sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Central, jam 8.30 pagi semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan pihaknya masih melakukan siasatan lanjut.


sumber : myMetro

[Gila] Satu kelas pakat hamil bersama

Posted: 24 Feb 2012 04:30 PM PST

Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja  yang belum genap 17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High School di  Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat untuk hamil secara bersamaan.

Kelakuan mereka ini tentu saja membuat pihak berkuasa,guru-guru, dan  orangtua pening kepala. Mereka tak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam fikiran para pelajar ini.

Peristiwa yang menggegarkan ini, berlaku ketika cuti musim panas  Ketika mula belajar kembali di sekolah, ternyata  17 pelajari hamil secara bersamaan. Uniknya mereka tak hanya satu sekolah, tetapi juga satu kelas. Di sekolah tersebut, memang setiap habis cuti selalu diadakan ujian kehamilan.

Namun, sampai saat ini siapa saja ayah kepada bayi belum diketahui. Pasalnya bila umur lelaki yang menghamili pelajar tersebut telah lebih dari 20 tahun, boleh kena hukuman penjara kerana berhubungan seks dengan anak di bawah umur.

Berdasarkan selidikan pihak sekolah  ternyata para pelajar yang hamil telah sepakat untuk hamil bersamaan, bukan hanya ke-17 pelajar itu saja tetapi semuanya dan hanya 17  yang sah hamil. Yang lebih teruk pelajar di kelas itu yang tidak hamil mengaku merasa kecewa kerana gagal hamil.

Nenek sambut harijadi naik motor yang pernah ditunggangi oleh Valentino Rossi

Posted: 24 Feb 2012 04:15 PM PST

Jangan pernah meremehkan kecintaan seseorang akan kegemaran menaiki motor berkuasa tinggi. Seorang nenek di England merayakan ulang tahunnya yang ke-102 cara yang dahsyat iaitu memacu motor yang pernah dinaiki oleh juara dunia Valentino Rossi.

Hilda Wright,nenek ini mendapat kejutan dari cucunya, Steve Shaw. Dia tahu nenek  suka menunggang motor. Maka dia menghadiahkan Yamaha YZF-R1 yang pernah ditunggangi Rossi di Isle of Man tahun lalu.

Tanpa berlengah nenek itu terus memabawa motor 998 cc yang berkelajuan maksimumnya mencapai 299 kilometer per jam itu di sebuah trek lumba sepanjang 60 kilometer itu.

"Saya ingin memberinya sesuatu yang istimewa," ujar Shaw, 21. "Tapi siapa sangka dia langsung melompat ke atas motor." Walaupun tidak dapat membawanya pulang, nenek sangat teruja menikmati hadiah uniknya itu.Motor itu digunakan Rossi di trek lumba yang ada di pulau Isle of Man 2009.

Takkan sampai tua nak jadi macam ni

Posted: 24 Feb 2012 04:00 PM PST



Melihat gambar atok dan nenek ni...kesian sungguh
Minta dijauhkan kita daripada perbuatan yang tak berfaedah ini...


Budak 4 tahun temui keajaiban

Posted: 24 Feb 2012 03:45 PM PST

Bila kita berusaha pasti kita akan temui kejayaan dan kalau kita mencari pasti akan kita temui
sinarnya...itulah yang dilakukan oleh kedua ibu bapa kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun ini kerana berkat usaha mencari pengubatan untuk anaknya akhirnya anaknya yang buta sejak lahir mula dapat melihat...




PULAU HAYLING, Britain - Keajaiban berlaku terhadap seorang budak perempuan berusia empat tahun di Britain, Izabelle Evans kerana dia dapat melihat semula selepas matanya buta sejak dilahirkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Izabelle kini dapat melihat objek dalam lingkungan beberapa meter setelah dia menjalani rawatan sel stem di China.

Ibu-bapanya, James Evans dan Hollie McHugh berkata, mereka amat berpuas hati dengan rawatan melibatkan kos £50,000 (RM245,917) itu terutamanya apabila Izabelle merenung ke dalam mata mereka dan memanggil: 'Ayah' dan 'Ibu'.

"Jika anda melintas di hadapannya, dia akan menyapa anda. Rawatan itu menakjubkan kerana sebelum ini, doktor-doktor yang kami temui di sini memberitahu bahawa anak saya buta sepenuhnya," kata Hollie.

Izabelle buta akibat penyakit ganjil Optic Displasia yang menyebabkan dia cuma memiliki beberapa ratus daripada jutaan saraf optik yang diperlukan oleh deria penglihatan.

Namun, dia pulih selepas mendapat suntikan sel stem daripada uri bayi yang digunakan untuk membina semula saraf-sarafnya.

Budak itu mendapat rawatan di Hospital Rakyat Chenyang, Qingdao di China hampir sebulan. - Agensi

Mari kita lihat pesta awek jadian

Posted: 24 Feb 2012 03:30 PM PST








Beginilah keadaan pesta awek jadian.Agak kalau pesta begini diadakan di negara
kita semakin rosak anak-anak bangsa...


Tikus bukan,kelawar pun bukan

Posted: 24 Feb 2012 03:15 PM PST




Apa jenis binatang ni ye???

Ada yang berani permainan yang dipanggil Pain Station

Posted: 24 Feb 2012 03:00 PM PST

PainStation direka oleh 2 orang pereka dari Jerman. Tangan kanan main game, sementara tangan kiri diletakkan di tempat hukuman. Jika anda kalah, anda tidak hanya merasa kecewa, tapi juga kesakitan. Hukumannya terdiri dari pukulan, sundutan panas, atau setrum. Tergantung hasil permainan anda.







 dan inilah kesan-kesan daripada hukuman dalam permainan
ini....