Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Jun 2013 05:41 PM PDT Kena turun berat badan, kuasai Mandarin sebelum bergelar artis antarabangsa berkarisma Apabila Shila Amzah mengatakan dirinya terseksa dan bagai berada di kem tahanan tentera apabila ditanya mengenai kehidupannya di Shanghai, China, tentulah ia mengundang kejutan buat sekumpulan wakil media yang menemubual penyanyi berkenaan, baru-baru ini. Bukan bercakap kosong, tetapi anak gadis artis serba-boleh, ND Lala, itu turut mengaku berat badannya turun gara-gara situasi dialaminya.
"Mereka berkata, tubuh Sha sebelum ini sangat berisi. Mereka mahu Sha turunkan berat sebanyak 10 kilogram (kg). Ketika itu berat Sha 62 kg dan dalam masa hampir sebulan, Sha berjaya menurunkan sebanyak 4 kg. Kini Sha berusaha untuk menurunkan sedikit lagi, sehingga mencapai berat yang dimahukan," kata penyanyi yang senang membahasakan dirinya Sha. Shila pulang ke Kuala Lumpur selama dua minggu untuk menunaikan tanggungjawab kerja yang sudah dimeterai sebelum ini. Buat persembahan di final China Idol Selain menjaga pemakanan dan bersenam di gimnasium, penyanyi Patah Seribu ini juga giat mempelajari bahasa Mandarin untuk memudahkannya berkomunikasi bersama peminat di sana.
"Sha diberi masa dua bulan untuk menguasai bahasa itu sebelum membuat persembahan pada malam final China Idol, yang dijangka berlangsung penghujung Ogos nanti," ceritanya lagi. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |