Adsense

Ahad, 5 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Simbahan Haruman Menjelang Hari Lebaran!

Posted: 05 Aug 2012 09:10 PM PDT

Menjelang bulan Syawal yang mulia ini, pasti setiap wanita telah bersedia melakukan pembaharuan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Tidak ketinggalan juga haruman di hari lebaran untuk kekal segar disamping orang tersayang. Berikut merupakan beberapa semburan wangian yang menjadi pilihan:

Anna Sui Rock Me

Tidak lengkap gaya seseorang sekiranya tiada semburan keharuman di pagi lebaran.

Anna Sui Rock Me menawarkan haruman yang berkekalan bagi si pemakai yang ingin memastikan tubuh mereka berbau segar sepanjang hari.

Menggunakan botol berbentuk gitar 'flacon' yang terdiri daripada warna merah jambu, ungu dan nuansa ungu dalam rekaan pembungkusan yang eksklusif mampu memikat hati si pemakai.

Berdasarkan moto keharuman Anna Sui iaitu manis, seksi dan bebas telah menghasilkan suntikan semangat bagi si jelita untuk bebas berpakaian.

Hasil gabungan Freesia, Water Lily, White Peach, While a Base Encompasses Musky Rose, Sandalwood dan Ambergris melengkapkan gaya penciptaan haruman wangian yang memukau.

Simbahan haruman hasil kombinasi bunga-bungaan yang semula jadi ini pasti menawan hati si tampan.

Keharuman mewah khayalan dan asmara ini didatangkan khas dalam kuantiti yang berbeza iaitu 50 dan 75 ml EDT.

L'Eau d'Issey Florale

 

Wanita sudah pasti tidak lari daripada ciri-ciri kelembutan.

Haruman yang lembut dan segar sudah pasti menjadi pilihan si gadis mahupun wanita bekerjaya.

Haruman asli yang terdiri daripada elemen bunga tulen bakal menyerlahkan lagi personaliti si jelita tatkala berada diluar.

Bunga-bungaan yang segar memberi sentuhan elegan, kewanitaan dan sensasi keghairahan apabila menyambut lebaran yang bakal tiba.

Rangkaian minyak wangi daripada Issey Miyake diformulasikan dengan campuran sifat-sifat air untuk membangkitkan aura pesona si gadis.

Ianya juga dirumus khas daripada bunga-bungaan yang tulen(lotus, cyclamen, freesia, carnations, dan white lilies) serta percampuran ekstrak kasturi dan kayu(pokok sedar dan ambar).

Kombinasi elemen tersebut mampu menghasilkan haruman seperti semburan sebuah air terjun, bunga-bunga, dan bauan hutan musim bunga.

Vercase Bright Crystal


Versace satu nama yang sinonim dengan gaya kemewahan.

Aroma penghasilan yang menarik dan kesegaran yang berkekalan daripada rangkaian produk Versace iaitu Versace Bright Crystal mampu menciptakan aura ketenangan.

Simbol kemewahan menjadi taruhan Versace dalam mengabdikan sentuhan kegemilangan dan keghairahan.

Versace menghasilkan satu permata berharga yang memberi keharuman yang luar biasa dengan menerapkan unsur haruman bunga yang segar dan bertenaga.

Gabungan haruman wangian berunsur kekuatan dan keyakinan wangian ini mampu menyerlahkan lagi identiti si pemakai untuk tampil lebih berani, femini dan glamor.

Penghasilan yang dirumus khas daripada flora ini memberi kesegaran yang mempersonakan dan menggiurkan.

Hijabster : “Gaya Makan Malam” Video Tutorial Pertama Sunsilk

Posted: 05 Aug 2012 08:31 PM PDT

Menerusi undian para pembaca OHBULAN! sejak 2 minggu lalu berkaitan gaya hijab pilihan, gaya Hijab Makan Malam ini merupakan salah satu gaya yang telah mendapat undian tertinggi di kalangan para peminat hijabster.

Gaya hijab Makan Malam yang ditampilkan oleh Sunsilk ini merupakan gaya yang sangat ringkas dan mudah. Ia juga mampu memberikan keselesaan yang sempurna buat para wanita kerana kekemasan yang dilahirkan pada gaya hijab ini mampu menyuntik eleman elegan dan pesona si gadis.

Bagi para wanita yang ingin menghadiri majlis Makan Malam, ataupun yang sesuai untuk bulan Ramadhan ini adalah Majlis Buka Puasa bersama teman-teman, anda boleh memilih gaya hijab ini bagi memberikan kesegaran serta kelainan dalam penampilan harian.

Untuk individu yang ingin memenangi hadiah menarik berupa pas percuma ke Pakej Hijab Sunsilk bersama Scarflet serta wang tunai, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peraduan Sunsilk di portal rasmi OHBULAN!

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Semasa bersyampu, gunakan hujung jari, bukan kuku. Kuku hanya akan mencalar dan membuka pori kulit kepala yang mendorong lebih banyak minyak dikeluarkan. Bilasan air sejuk juga membantu.

borak kosong

borak kosong


Sadisnya rusa diperlakukan begini

Posted: 05 Aug 2012 09:30 PM PDT

Peternakan rusa di Russia, penternakan ini dibuat kerana tingginya permintaan tanduk rusa…
Tanduk rusa, KATANYA untuk ubat-ubatan….
di eksport ke China dan sekitarnya….
tahu apa yang dilakukan mereka?? let's cekidot gan…










Guru Asal Scotland Berbohong Membunuh Seorang Gadis Agar Tidak Datang Kerja

Posted: 05 Aug 2012 09:15 PM PDT


Pura-pura sakit, urusan keluarga yang penting atau menghadiri pernikahan kerabat adalah bermacam-macam alasan yang biasanya digunakan orang untuk medapatkan izin untuk tidak masuk kerja, tapi alasan yang digunakan oleh seorang guru berusia 42 tahun asal Scotland berikut ini benar-benar diluar akal sihat.
Derek McGlone, seorang guru terkenal di Sekolah Tinggi Calderhead di Scotland membuat alasan bahawa dirinya baru saja melanggar seorang gadis hingga tewas, hanya untuk mendapatkan izin untuk tidak masuk kerja.
Berdasarkan laporan Telegraph, pada sidang 1 Ogos lalu oleh General Teaching Council Scotland (GTCS), McGlone mengaku beberapa kali berbohong di antara bulan Jun 2008 sampai Mei 2011.
Dan alasan paling mengerikan yang ia berikan kepada para pejabat sekolah, adalah bahawa dia baru saja melanggar seorang gadis kecil dengan keretanya, menurut UPI.
"Dia mengatakan bahawa roda keretalnya melindas tubuh gadis itu," tulis kepala sekolah Calderhead, Joyce Kilmartin dalam sebuah pernyataan rasmi.
Pada kesempatan lain, McGlone menelefon dari rumahnya di Glasgow, mengatakan bahawa ia terjebak dalam awan abu vulkanik di Ireland.
Setelah menemukan bahawa beberapa koleganya di Calderhead telah membuat pernyataan atas tindakannya ke GTCS pada bulan April 2011, McGlone mengeluarkan kata-kata kasar pada akaun Facebooknya. Dia mengakui kepada panel Dewan bahawa ia menyebut rakan kerjanya sebagai "Pelacur" dan menulis bahawa dia akan "memburu mereka," menurut Scottish Sun.
Menurut laporan Mirror, McGlone mengundurkan diri akhir tahun lalu, tapi sekarang mengatakan bahawa dia ingin kembali mengajar.
"Saya tidak boleh memberi penjelasan yang masuk akal atas tindakan saya," katanya kepada Dewan, sambil menambahkan bahawa ia malu dan menyesal atas perbuatannya tersebut.
Panel sidang menyimpulkan bahawa perilaku McGlone membuatnya tidak memenuhi standard yang diharapkan dari seorang guru. Ia menerima teguran yang akan tetap dalam catatannya selama 12 bulan.

Ketiak Terbakar Akibat Deodoran

Posted: 05 Aug 2012 09:00 PM PDT


Seorang wanita asal Inggris sedang mengambil tindakan hukuman setelah mengatakan sebuah produk deodoran membuatnya mendapatkan luka bakar tingkat dua.
Stacey Robinson, mengalami sakit yang menyiksa serta menyengat ketika pertama kalinya ia menggunakan Sanex Zero% anti-perspirant.
Ia kemudian mencuci bekas semburan dari produk deodoran yang mengatakan untuk orang dengan jenis kulit sensitif dan untuk menjaga kulit sihat, tetapi rasa sakit tidak juga hilang.
Dikutip dari TheSun, Stacey terkejut saat menemukan bahawa ketiaknya ternyata mengalami luka bakar akibat memakai deodoran itu.
Asisten pribadi berusia 34 tahun yang tidak pernah mengalami reaksi alergi terhadap deodoran itu kemudian pergi ke doktor, yang kemudian memberikann krim steroid untuk bahagian yang luka.
"Doktor saya terkejut ketika melihat keadaan saya, dan mengatakan itu terlihat seperti luka bakar tingkat dua akibat bahan kimia. Ketiak saya harus dibuat tidak tertutupi agar luka bakar di kulit itu dapat segera sembuh." tutur wanita asal Shoreditch, London Timur itu.
Dia menambahkan bahawa dirinya merasa kesakitan setelah menggunakan deodoran itu, dan ia bahkan tidak memiliki kulit yang sensitif.
Dodoran itu diproduksi oleh Sara Lee, sebuah jenama yang dimiliki oleh Colgate-Palmolive.
Perusahaan tersebut dikecam oleh Otoritas Standar Periklanan pada March lalu atas iklan menyesatkan yang menyimpulkan bahawa gel mandi mereka berada di kisaran nol persen dan tidak mengandung bahan kimia buatan manusia.
"Kami melihat luka yang diderita klien kami, dan bagaimana boleh hal itu disebabkan oleh produk perlengkapan mandi yang mengklaim mempromosikan kulit yang sehat." tutur Jill Paterson, pengacara Stacey dari firma hukum Leigh Day & Co.
Sementara itu, seorang juru bicara Sanex mengatakan bahawa mereka memperlakukan semua keluhan dengan serius dan sedang menyelidiki kes ini lebih lanjut.

Anak Kecil Ini Hobi Mengunyah Kabel Elektrik

Posted: 05 Aug 2012 08:45 PM PDT


Sebagian besar orang tua menjauhkan sang anak dari kabel elektrik dan benda-benda elektronik lainnya, namun Joseph Hughes malah menikmati makan kabel elektrik.
Sang ibu, Kate Jarvis (25), dibuat ngeri saat melihat anaknya yang berusia lima tahun tersebut mengunyah kabel dari kontroler game konsol, dan kabel charger telepon.
Untungnya kedua benda tersebut dimatikan dan tidak terhubung ke arus elektrik. Namun ini membuat Kate mempertimbangkan untuk membuatkan kasut beralas getah untuk dipakai Joseph, guna melindunginya dari bahaya sengatan elektrik.
Kate, yang tinggal bersama ayah tiri Joseph, Luke Jarvis (29), di Preston, Lancster, Inggris, mengatakan bahwa ia sangat terkejut dann ketakutan saat pertama kali melihat anak tersebut mengunyah kabel.
"Pertama kali saya melihat Joseph mengunyah kabel elektrik saya ketakutan. Aku dan ayahnya kemudian memberikan penjelasan kepadanya bahawa hal itu boleh sangat berbahaya baginya, namun ia tetap memiliki keinginan yang kuat untuk melakukannya, dan hal ini pasti akan terjadi lagi." tutur Kate yang dikutip TheSun.
Untuk melindungi Joseph dari bahaya, Kate dan Luke telah menyembunyikan semua peralatan elektrik di rumah mereka.
Diketahui, Joseph telah didiagnosis menderita Pica, suatu keadaan di mana penderitanya mempunyai nafsu makan yang besar terhadap zat-zat non-gizi, misalnya kecanduan makan bola lampu atau spons.

Pekerja Taco Bell Dipecat Kerana Kencing Makanan

Posted: 05 Aug 2012 08:30 PM PDT


Jika anda berfikir perbuatan seorang pekerja Burger King yang memijak makanan adalah sesuatu yang buruk, maka aksi mencemarkan makanan yang dilakukan pekerja Taco Bell bernama Cameron Jankowski ini tentunya membuat anda berubah fikiran.
Aksi yang dilakukan Jankowski ini menyebabkan kemarahan bagi komuniti internet, setelah ia memposting foto dirinya sedang mengencingi sepiring nacos di akaun Twitter miliknya.
Jankowski, yang bekerja di Fort Wayne, Ind, Taco Bell, diduga memposting gambar dirinya mengencingi sepiring nachos yang seharusnya dibuang, dimana terlihat di latar belakang sebuah almari pel dari Taco Bell.
Setelah mengetahui kejadian ini pejabat di Taco Bell kemudian memecat Jankowski. Dia kemudian menonaktifkan akaun Twitter-nya, tetapi kerana retweet dan screenshot, gambar tersebut terus menyebar.
Dikutip dari Time, para pegawai Taco ternyata sangat serius menanggapi masalah ini. Dalam pernyataannya, juru bicara Amy Kavanaugh, wakil presiden urusan publik untuk Taco Bell, mengatakan baahwa mereka berencana untuk membersihkan restoran mereka dan melatih para pekerja di Fort Wayne, dan bahkan berpotensi menghentikan sementara operasi di tempat tersebut, menurut Indiana NewsCenter.
"Tidak ada yang lebih penting daripada keselamatan pelanggan dan anggota pasukan. Kami memiliki prosedur penanganan makanan yang ketat dan memiliki nol toleransi untuk setiap pelanggaran. Segera setelah kami pelajari dari situasi ini, kami langsung menyelidiki dan menemukan foto itu sebuah lawak dan makanan itu tidak pernah disajikan kepada pelanggan. Kami menemukan lawak ini sama sekali tidak dapat diterima, dan kami berencana untuk memberhentikan siapa saja yang terlibat dan bekerja sama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan hukum." tulis Taco Bell dalam pernyataan mereka.
Saat ini, Jabatan Kesihatan Allen County, polis setempat dan Taco Bell sedang menyelidiki kes ini lebih lanjut.

Ayah dan Anak yang perbezaannya Bagai Bumi dan Langit

Posted: 05 Aug 2012 08:15 PM PDT


Para Ayah dan Putri Mereka yang Seksi ,Peribahasa "Buah jatuh tak jauh dari pohonnya" rasanya tidak sesuai mendeskripsikan  pasangan ayah dan anak berikut ini. Selain kerana tidak mirip, sang anak memiliki rupa yang jauh lebih menawan dari ayahnya.

BERNIE AND TAMARA ECCLESTONE

http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/S4zty0wgEz4okFBj1Y7IUg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD05MzM7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/607/2012/08/02/2-Bernie-Tamara-Ecclestone-jpg_072408.jpg


Bos Formula Satu, Bernie Ecclestone, jujur saja tidak terlalu tampan. Namun tidak menyangka dia memiliki seorang puteri yang sangat seksi.Tamara, 28 tahun,  yang juga menjadi model.

ROWAN AND LILY ATKINSON

http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/kaZXa6vXPbYZ0TnxueSVNw--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD03ODI7cT04NTt3PTYxOA--/http://l.yimg.com/os/607/2012/08/02/1-Rowan-Lilly-Atkinson-JPG_072347.jpg


Puteri Mr. Bean,Lily, baru berusia 17 tahun dan dia sudah beberapa kali muncul dalam film-film yang dibintangi sang ayah.

BRUCE AND KENDALL JENNER
http://l2.yimg.com/bt/api/res/1.2/kbURu342_cu6SoX.mWadqg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD04MzU7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/607/2012/08/02/3-Bruce-Kendall-Jenner-jpg_072403.jpg
Bosan dengan Kim Kardashian? Kendall, putri tertua dari mantan atlet Olimpik dari Amerika, Bruce Jenner, yang adalah suami dari Kris (ibu dari Kim Kardashian), baru berusia 17 tahun dan saat ini dia menjadi model.

Menurutmu, lebih cantik Kendall atau Kim?

 

STEVEN AND LIV TYLER

http://l1.yimg.com/bt/api/res/1.2/EdZmDRq.5gMhlqgcIcVH8w--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD05Mzg7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/607/2012/08/02/4-Steven-Liv-Tyler-jpg_072426.jpg


Perbezaan rupa Steve dan Liv sangat berbeza. Hingga saat ini, masih saja ada yang tidak percaya bahawa Liv adalah anak kandung dari Steve Tyler. 

JON VOIGHT AND ANGELINA JOLIE 

http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/hyRJX1bhEqT9YU1GP.i79g--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD05MzM7cT04NTt3PTYzMA--/http://l.yimg.com/os/607/2012/08/02/5-Jon-Voight-Angelina-Jolie-jpg_072355.jpg

Tidak berarti Jon Voight tak tampan... Namun lihatlah Angelina Jolie. Dia memiliki wajah yang cantik, bahkan Brad Pitt pun bertekuk lutut. 

DONALD AND IVANKA TRUMP

Polis arak pasangan zina dalam keadaan bogel

Posted: 05 Aug 2012 08:00 PM PDT


ISLAMABAD: Beberapa anggota polis semalam digantung kerja selepas dituduh mengarak sepasang lelaki dan wanita yang mereka bogelkan di tempat awam.
Rakaman kejadian di bandar Gambat di wilayah Sindh itu menunjukkan lelaki berkenaan, Mumtaz Mirbahar ditolak dan dipukul oleh polis di kediamannya.

Dia kemudian dipaksa berjalan dengan berbogel ke balai polis bersama-sama seorang wanita di depan orang ramai.


Kedua-duanya, bukan suami isteri, sebelum itu ditangkap kerana melakukan seks. Selepas kejadian berkenaan, Mumtaz berkata, dia begitu takut. Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin tetapi wanita yang terlibat, masih lagi ditahan.

Polis berkata, mereka bertindak demikian selepas menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan Mumtaz yang mengadakan majlis minum arak dan tari-menari sepanjang Ramadan.


Jirannya mengesahkan dakwaan itu tetapi berkata, polis tidak berhak untuk memalukan sesiapa sedemikian. Seorang pemerhati berkata, tindakan memalukan seseorang di khalayak ramai bukan luar biasa di Pakistan tetapi kejadian kali ini mengejutkan kerana ia dilakukan oleh polis dan dirakam dengan menggunakan telefon bimbit.




Tahun lalu, beberapa lelaki ditangkap kerana membogelkan seorang wanita separuh usia dan mengaraknya sekeliling kampung sebagai hukuman selepas anaknya dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan wanita dalam keluarga mereka.

Wanita berkenaan, Shahnaz Bibi berkata, hidupnya musnah akibat kejadian itu dan dia tidak berani lagi pulang ke kampungnya. - AFP



sumber : myMetro

Restoran caj bayaran ‘pembaziran’

Posted: 05 Aug 2012 07:45 PM PDT


RIYADH: Sebuah restoran di Arab Saudi dipuji kerana mengenakan bayaran terhadap pelanggan sekiranya mereka tidak menghabiskan makanan yang dipesan.
Beberapa laman sosial melaporkan, restoran di Dammam, wilayah timur Arab Saudi, mengenakan bayaran 'pembaziran' terhadap pelanggan yang memesan makanan secara berlebihan tetapi gagal menghabiskannya.

Menurut pemilik restoran itu, membazir makanan dilarang Islam dan bertentangan dengan norma sosial serta menggesa orang ramai berfikiran dan bertindak secara bertanggungjawab.


Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju dengan tindakan restoran terbabit dengan ada yang menyifatkan bayaran itu sebagai 'cukai agama' yang tidak boleh diterima.

"Pemilik restoran tidak berhak untuk menghukum pelanggan yang tidak habis makan," kata seorang pelanggan. - SG



sumber : myMetro

Cangkul kepala isteri

Posted: 05 Aug 2012 07:30 PM PDT


MADIUN: Polis menyiasat insiden seorang lelaki membunuh isterinya dengan mencangkul kepala mangsa di Kampung Sidorejo, Madiun, semalam.
Jurucakap polis berkata, Taufik Hidayat tiba-tiba menghayun cangkul berkenaan ke kepala isterinya ketika mereka berada di rumah ibu bapa tiri tertuduh.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi dan keluarga terbabit menginap di rumah berkenaan sejak tiga hari lalu," katanya. Jurucakap itu berkata, Taufik bukan saja memukul isterinya, Nur Sayekti, malah seorang daripada dua anaknya turut diserang dengan cangkul sama. Akibat serangan itu, kata jurucakap terbabit, anak Taufik, Naswa, cedera di paha dan kiri perut.


Katanya, Taufik melarikan diri sejurus selepas kejadian, tetapi berjaya ditahan tidak lama kemudian. "Naswa bernasib baik kerana kecederaannya tak parah dan dibenarkan pulang dari hospital," katanya. Ketika ini, menurutnya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengetahui motif serangan itu. Sementara itu, saksi berkata, Nur Sayekti datang ke rumah itu mencari suami dan anaknya yang menginap di situ sejak tiga hari lalu. Namun, tanpa sebab yang jelas, Taufik memukul kepala isterinya dengan cangkul sebelum menyerang anaknya. Taufik pula berkata, sejak akhir-akhir ini dia sering terdengar bisikan yang mendakwa Nur Sayekti curang. - Republika


sumber : myMetro

Pakar bedah rakam pesakit bogel

Posted: 05 Aug 2012 07:15 PM PDT


LOS ANGELES: Seorang pakar pembedahan plastik didakwa di mahkamah kerana secara rahsia merakamkan aksi pesakitnya dalam keadaan bogel.
Dikenali sebagai pakar bedah ramai selebriti Hollywood, Lance Everett Wyatt bertugas di Institut Sherman Oaks, Los Angeles.

Tindakan Wyatt terbongkar selepas seorang pesakitnya menemui kamera tersembunyi merakam aksinya yang ketika itu berbogel. Mangsa membawa kamera itu kepada polis dan ia disiasat selama setahun sebelum Wyatt didakwa di mahkamah. Pendakwa menuntut Wyatt dipenjara antara dua tahun hingga seumur hidup.


Bagaimanapun, ketika rakaman berkenaan ditayangkan, Wyatt dilihat tidak menyentuh tubuh pesakitnya secara tidak wajar. - TS


sumber : myMetro

Membelasah ‘demi tuhan’

Posted: 05 Aug 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Lawatan seorang ketua kumpulan kerohanian AS ke Britain mencetuskan kontroversi semalam, dengan seorang ahli parlimen menggesa kerajaan menghalang kemasukannya ke negara itu.
Todd Bentley sebelum ini dilaporkan bersalah melakukan serangan seksual ke atas seorang budak tujuh tahun ketika dia berusia 15 tahun - dijadual melawat Britain akhir bulan ini. Dia menjadi perhatian kerana kononnya mampu menyembuhkan penyakit kanser di kalangan pengikutnya di AS.

Dengan badannya dipenuhi tatu, Bentley dikenali ramai empat tahun lalu melalui gereja dikendalikannya, Fresh Fire Ministries.
Ajaran dibawa Bentley mendakwa dia digunakan tuhan untuk menyembuhkan sakit orang ramai.

Bagaimanapun, kemarahan orang ramai lebih tertumpu kepada cara dia mengendalikan rawatan berkenaan. Dalam satu rakaman video mengenai kaedah perubatannya, Bentley dilihat menghentak perut pesakit kanser kolon menggunakan lututnya.

Dalam insiden lain, seorang lelaki ditolak dengan kasar sehingga dia tertiarap dan menyebabkan gigi mangsa patah. Melalui satu rakaman di YouTube, Bentley berkata: "Dan saya terfikir mengapa kuasa tuhan tidak berkesan. Dan tuhan berkata, kerana kamu tidak menendang wanita itu di mukanya." Menurut Bentley, ada seorang wanita tua di depan pentas tempat dia berdiri apabila tiba-tiba 'malaikat' berbisik kepadanya.

Menurut 'malaikat' itu, Bentley disuruh menendang muka wanita terbabit dan sebaik saja kasutnya terkena ke sasaran, wanita itu tumbang "di bawah kuasa tuhan." Ahli parlimen dari Parti Buruh, Malcolm Wicks, meminta Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May, menghalang kemasukan Bentley.

Katanya, lawatan Bentley tidak membawa sebarang faedah, sebaliknya hanya memudaratkan.


"Saya sangat bersyukur jika ada sebarang langkah diambil bagi menghalang kemasukannya ke Britain," katanya. - DM


sumber : myMetro

Merintih nak tengok ibu

Posted: 05 Aug 2012 06:45 PM PDT


SEREMBAN: "Memilukan apabila saya dapat mendengar semua mangsa menjerit meminta tolong, tetapi kami tidak dapat mengeluarkan mereka berikutan tersepit di tempat duduk masing-masing," kata Muhamad Nasir Jaafar, 29, saksi kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 14.8, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, seorang warga emas, Rohani Saidin, 52, maut, manakala lapan yang lain parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kereta. 
Muhamad Nasir berkata, dia yang memandu sendirian dari Seremban ke Kuala Pilah terkejut sebaik melihat kemalangan itu dan bergegas untuk membantu mangsa.

"Saya melihat pemandu Proton Waja dinaiki lima sekeluarga tersepit di tempat duduk pemandu dan sedang meraung kesakitan.



"Dalam kereta itu juga kelihatan seorang wanita warga emas berlumuran darah berada di bawah tempat duduk belakang ditindih seorang lagi wanita dan seorang bayi berusia tujuh bulan yang menangis," katanya.


sumber : myMetro

Bayi berlumuran darah disyaki didera amah

Posted: 05 Aug 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan berlumuran darah hampir sejam apabila kepalanya luka teruk akibat didera pembantu rumah warga Indonesia dalam kejadian di sebuah rumah di Kepong, di sini.
Bayi itu ditemui ibunya berusia 30 tahun jam 3.30 petang Jumaat lalu selepas wanita itu pulang dari bekerja manakala pembantu rumah berusia lewat 20-an yang bekerja lebih setahun itu, menghilangkan diri.

Wanita berkenaan segera membawa anaknya itu ke Hospital Selayang (HS), di sini, sebelum mangsa diberi rawatan kecemasan dan menerima lapan jahitan di kepala.


Sehubungan itu, wanita terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, kelmarin untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumahnya, ibu mangsa terkejut apabila mendengar bayinya itu menangis dengan kuat.


"Dia bergegas ke bilik bayi berkenaan sebelum mendapati seluruh tubuh iaitu dari kepala hingga ke kaki anaknya itu dipenuhi darah membuatkannya tergamam," katanya.




Sumber berkata, wanita itu segera membawa mangsa ke hospital berhampiran kediamannya dan mangsa dirawat lebih satu jam di situ termasuk menerima lapan jahitan di kepala.

"Mangsa (bayi) dilaporkan stabil namun pegawai perubatan mendapati dia masih trauma dan ditahan di wad hospital berkenaan untuk pemantauan," katanya.


Katanya, biarpun berulang-kali menghubungi pembantu rumahnya itu, wanita berkenaan gagal berbuat demikian membuatkan dia mula mengesyaki kejadian menimpa anaknya itu berpunca daripada pembantu rumahnya.

Difahamkan, penduduk sekitar memberitahu pembantu rumah terbabit meninggalkan rumah mangsa antara jam 2 hingga 2.30 petang.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



sumber : myMetro

Hati kotor, busuk

Posted: 05 Aug 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Orang yang 'berguru' dengan bomoh mahupun dukun aktif melakukan sihir dan santau tidak wajar dijadikan sahabat, berikutan keperibadian mereka mencerminkan seorang kuno, kolot serta tak bertamadun.
Pakar Motivasi dan Psikologi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, pada zaman moden ini dengan negara menghampiri kemajuan, masyarakat sepatutnya tidak dipenuhi golongan begitu yang jelas mempunyai hati kotor dan busuk. 
"Mereka berguru dengan bomoh atau dukun yang berkawan dengan jin, pertamanya sudah melakukan syirik dan juga menghimpun dosa besar yang pelbagai, malah jika tidak bertaubat takkan sesekali diampunkan Allah.

"Orang begini juga menanggung dosa yang lebih teruk daripada dosa membunuh kerana perbuatan sihir dan santau menyebabkan mangsa menderita terlalu lama sama ada mungkin membawa maut atau tidak. Dia sudah menganiaya orang.



"Ia juga menunjukkan mereka tergolong dalam orang yang jahil agama dan tak patuh pada perintah Allah kerana orang yang menjaga solatnya takkan sesekali terbabit dengan amalan terkutuk ini.


sumber : myMetro

Tragedi jemput anak

Posted: 05 Aug 2012 06:00 PM PDT


ALOR GAJAH: Kegembiraan seorang guru menerima kepulangan anaknya dari Jepun untuk sama-sama meraikan Aidilfitri bertukar sebaliknya apabila dia bersama anak bongsunya terbunuh selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka melanggar seekor lembu di Kilometer 213, arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, Ngatinah Kemin, 47, dan anaknya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Ngatinah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam, Johor, menetap di Jalan Kenanga 1, Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

Kemalangan itu turut mengakibatkan suami mangsa, anggota Pasukan Gerakan Am, Lans Koperal Mokhtar Abu Bakar, 50, parah, manakala anak kedua mereka yang baru pulang bercuti kerana melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan di Jepun, Siti Nasuha, 21, cedera ringan.



Abang Ngatinah, Kamsani Kemin, 52, berkata, empat sekeluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas menjemput Siti Nasuha baru tiba dari Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang


sumber : myMetro

‘Sarang’ kaki ponteng puasa

Posted: 05 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Restoran makanan segera, kedai mamak dan kedai serbaneka 24 jam menjadi pilihan segelintir 'kaki ponteng' puasa di ibu kota mendapatkan juadah berbuka awal.
Tinjauan mendapati antara lokasi tumpuan kalangan kaki ponteng puasa terbabit menjamu selera mereka ialah di sebuah kolam memancing komersial di sini.

Seorang penduduk berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 40-an, mendakwa jumlah pengunjung kolam terbabit bertambah setiap kali Ramadan sejak ia beroperasi kira-kira tujuh tahun lalu.


Katanya, sepanjang tempoh itu, tiada operasi membanteras kegiatan ponteng puasa oleh pihak berkuasa terhadap kalangan kaki pancing termasuk orang awam sehingga ada melabelkan ia sebagai lokasi 'selamat'.

"Setiap kali bulan puasa bilangan pengunjung kolam berkenaan bertambah khasnya pada waktu siang, tetapi sebahagian besar daripadanya tidak memancing sebaliknya duduk lepak menghisap rokok, minum dan ada lebih berani makan di bangku kolam di kawasan terbuka.


"Ia sesuatu yang menyedihkan kerana kolam berkenaan terletak berhampiran kawasan perumahan. Justeru, saya meminta pihak berkuasa memantau perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kaki ponteng puasa terbabit," katanya.




Sementara itu, wartawan yang menyamar pengunjung terkejut apabila mendapati majoriti pengunjung termasuk kaki pancing selamba menghisap rokok dan minum tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Menurut seorang kaki ponteng puasa, dia mendapat tahu lokasi itu selamat untuk makan dan minum di bulan puasa daripada seorang rakan. Pada mula memang takut-takut, tetapi selepas beberapa tahun, kolam ini menjadi lokasi dia dan rakan-rakan menjamu selera setiap kali bulan puasa.


"Abang jangan risau, tempat ini selamat. Abang hisap saja rokok, orang tak kisah kerana semua tak puasa," katanya.


sumber : mymetro

Melihat gambar ini agaknya patah tak tulang abang ini?

Posted: 05 Aug 2012 05:30 PM PDT

car-plane-crash-hurt-pics-18
Berani betul abang ini menyerahkan badan…rasa-rasa patah berapa tulangnya atau tak patah langsung….

Aksi brutal auntie dalam bas

Posted: 05 Aug 2012 05:15 PM PDT


sampai macam tu sekali aksi auntie ni....

sumber gambar : stomp.com.sg

Mari kita lihat cara orang menipu ketika mengeluarkan wang di ATM

Posted: 05 Aug 2012 05:00 PM PDT

Mungkin ada yang pernah terkena tipu ketika mengeluarkan wang di ATM sebelumnya. Disini kita lihat bagaimana mereka beraksi yang berjaya dirakam oleh kamera CCTV di ATM tersebut. 
Jom ..kita lihat bagaimana mereka menipu....

1.  Mulanya




Pada gambar ini terlihat seseorang sedang melakukan transaksi di ATM.

Sebenarnya dia lagi memasang sesuatu pada alat di slot tempat kad ATM dimasukkan. 

Tindakan ini tentu sangat beresiko. Penjahat ini biasanya bekerja secara berkumpulan, seperti yang terlihat digambar ada kawannya yang bertugas mengawasi keadaan di luar.

Inilah dia mangsa yang masuk setelah perangkap terpasang. Dia memasukkan kad ATMnya seperti biasa untuk melakukan transaksi.

Setelah selesai bertransaksi anehnya kad ATM tak boleh dikeluarkan lagi darpada mesin itu. "Tertelan".

Di gambar ini si penjahat berpura-pura menawarkan bantuan kepada mangsa yang panik. Tujuan utama dari si penjenayah adalah mengetahui nomor PIN kad ATM si mangsa yang "tertelan" ini. Bagaimana caranya ?

Si penolong yag baik hati ini meyakinkan mangsanya bahawa cara mengeluarkan kad ATM adalah dengan menekan nomor PIN dan ketika itu dia akan menekan tombol "Cancel""Enter".Dia ingin tahu berapa nombor PIN simangsa ini. Pada gambar ini boleh kamu lihat kalau si penjahat dapat melihat tombol yang ditekan oleh si mangsa.

Setelah berusaha berkali-kali si Penolong akan meyakinkan mangsa kalau kadnya sudah benar-benar tertelan oleh mesin ATM dan menyarankan kepada mangsa untuk menghubungi pihak Bank.

Setelah situasi aman  penjahat ini akan kembali lagi untuk mengeluarkan kadATM dari alat perangkap yang dia pasang sebelumnya. Dia  telah mendapatkan nomor PIN nya yang telah berjaya diperolehi daripada MANGSA .

Dari jam yang tertera di CCTV boleh  dikatakan dia hanya memerlukan masa hanya 24 saat untuk membuat penipuan ini dan menurut catatan pihak bank penjahat ini berhasil membawa keluar duit $4.000 .

dan ini cara mereka memasang alat perangkap kad ATM itu...









Dengan apa sekali pun jika kad tertelan hubungi terus pihak bank
dan jangan sesekali berikan no PIN pada orang yang tidak di kenali...


Isteri-isteri yang kejam membunuh suami mereka

Posted: 05 Aug 2012 04:45 PM PDT

1. Kisah Agrippina
 Claudius dan Agrippina 

Claudius Kaisar Romawi keempat juga dikenal sebagai Tiberius Claudius Caesar Augustus Germanicus menghadapi masalah besar dalam perkahwinannya  dengan isteri nombor lima Agrippina. Masyarakat pada waktu itu mendengar rumor, jika Cladius telah menikahi wanita yang banyak membuat masalah akan dirinya. Hal inilah yang  mungkin telah membuat Agrippina ke dalam tindakan yang nekad, ditambah lagi dia takut akan statusnya sebagai selir kaisar berakhir. Dia dan anaknya berusaha untuk menduduki takhta ketika Claudius sedang berada di luar dari kekaisaran . Dia membuat rancangan dengan Britanicus putra Nero yang akan membawa Agrippina menjadi penguasa Rome. Akhirnya Agrippina berusaha membunuh Claudius dengan racun,yang mengakibatkan kematian atas Caludius.

.2. Ruth Story 

Pada tahun 1925 Ruth Snyder seorang surirumahtangga dari Queens New York memutuskan untuk membunuh suaminya bersama dengan kekasihnya, Henry Judd Gray, seorang penjual pakaian dalam. Mereka merancang kematian Albert suami Ruth.Sebelum itu Ruth meminta  suaminya agar menandatangani  polisi insurans nyawa yang akan membayarnya jika dia mati dengan tindakan kekerasan. Ruth dan Henry, mencuba berbagai cara agar Albert jatuh miskin, mereka gagal untuk membunuhnya dengan cara lambat,akhirnya mereka nekad membunuh dengan cara  menutup hidung Albert dengan kain yang sudah direndam Kloroform, Setelah Albert meninggal dalam kematian yang menyakitkan, pasangan ini cuba untuk membuat seolah-olah Alber terjatuh  dari ketinggian , tetapi polis tidak begitu saja mempercayainya.Apabila kejadian sebenar terbongkar pasangan tersebut menyalahkan satu sama lainnya dan keduanya menerima hukuman mati. Ruth Snyder berada di antara beberapa perempuan yang pernah di hukum mati oleh kerusi elektrik .



3. Kisah Pamela 

Seperti Rut, Pamela Smart cantik berusia 23 tahun cuba menggunakan kekasih untuk membunuh suaminya. Kekasihnya baru berusia 15 tahun pada ketika itu, tetapi dia, bersama dengan pembantu, berhasil  menembak Gregory Smart suaminya ,ketika Gregori masuk kerumahnya sendiri.  Polis tidak mungkin dapat membongkar skema pembunuhan keseluruhnya,  jika Pamela tidak melakukan kesalahan , dia lupa bahawa kekasihnya itu terkenal buruk dalam menyimpan rahsia. Sedangkan dia mengambil bahagian dalam rancangan pembunuhan itu.

4. Kisah Larissa's 

Larissa Schuster  seorang ahli biokimia dan mempunyai makmal  kimia sendiri.Dia dan suaminya Timotius sedang merancang untuk bercerai. Pada tahun 2003 Larissa 47 tahun sudah tidak sabar sehingga dia menyewa sebuah unit stor. Dia dan kekasihnya kemudian menculik Timotius  dan menggunakan pistol setrum serta kloroform untuk melemahkanya. Dalam keadaan separuh sedar dan tidak mampu untuk bangun, mereka memasukkan tubuhnya ke dalam sebuah tong Kemudian Larissa mulai menuangkan asam klorida ke dalamnya. Ketika polis menemukan Timotius Schuster,  yang tinggal dari dirinya adalah bahagian bawah tubuhnya. Larissa dijatuhi hukuman penjara seumur hidup untuk kejahatan keji yang dilakukannya.

5. Kisah Clara's 

Clara Harris tidak punya kekasih, tetapi dia yakin suaminya punya kekasih gelap. Dia membayar seorang penyiasat persendirian dan peyiasat itu mengesahkan suaminya sering kesebuah hotel dengan kekasih gelapnya.Satu hari dia mengikuti suaminya dan kekasihnya sehingga kekereta . Dia kemudiannya memukul suaminya dengan tongkat berulang  kali sampai suaminya tewas terbaring di tanah. Dia cuba memberitahu polis bahawa kakinya tertekan pedal minyak meyebakan dia kehilangan kawalan kereta lalu melanggar suaminya tetapi anak perempuan pasangan yang pernah juga berada di kendaraan dengan ibunya itu menceritakan kejadian sebenar. Clara akhirnya dipenjara seumur hidup kerana membunuh suaminya.

Nenek 76 tahun bunuh suami kerana menolak bersetubuh

Posted: 05 Aug 2012 04:30 PM PDT

Kerana menolak bersetubuh, Petrus Nabu (76) tewas di tangan isterinya, Regina Patola (76) di kediaman mereka di Fatubijae, Kecamatan Polen, Kabupaten Timor Tengah Selatan, Nusa Tenggara Timur (NTT) .

Korban meninggal dunia dalam keadaan bogel di dalam rumah bulat yang bersebelahan dengan rumah tinggal mereka.

Anak tiri korban, Saulus Anin (45), yang ditemui Pos Kupang di Bilik Jenazah RSUD SoE, mengatakan, sekitar pukul 16.00 petang, dirinya keluar dari rumahnya yang jarak lebih kurang 200 meter untuk menjenguk kedua orangtuanya.

Setiba di rumah orangtuannya itu, dia menemukan ibunya Regina Patola tertidur di luar "rumah bulat" di atas bangku. Dia lalu membangunkan ibunya dan menanyakan di mana bapanya. Namun mamanya hanya berdiam diri. Dia cuba memanggil bapanya beberapa kali, tetapi tidak ada jawapan. Namun dia melihat bapanya yang sudah meninggal dunia dan tak bersuara lagi.

Anin menduga mamanya yang sudah lama mengalami gangguan jiwa telah membunuh suaminya itu. Sebelum itu, mamanya pernah menggigit salah satu telinga suami ketiganya itu hingga putus dan pernah juga membakar rumah mereka sendiri.

Polis telah membawa jenazah korban bersama barang bukti dan saksi, Regina Patola, isteri korban.

Menurut Sole, korban meninggal akibat luka robek pada kepala bahagian kanan dan kedua pelipis kiri dan kanan. Juga luka robek pada pergelangan tangan dan putusnya jari telunjuk tangan kanan serta luka robek pada pergelangan kaki kanan.

Ketika disiasat, kata Soleh, isteri mangsa mengaku menghabiskan nyawa suaminya kerana menolak hubungan intim. Dia menggunakan parang milik suaminya untuk memotong mangsa hingga tewas.

Kerana jawabannya sering berubah-ubah, lanjut Sole, polis belum boleh memastikan pelaku pembunuhan. Polis masih terus melakukan penyiasatan.

"Berdasarkan informasi yang diperoleh, pelaku pembunuhan itu mengarah kepada isteri mangsa. Dan, untuk sementara isteri mangsa ditahan di Polres TTS untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut," katanya.

Kedai Di Inggris Dikecam Kerana Pamer Alat Seks Hingga Boleh Dilihat Anak Kecil

Posted: 05 Aug 2012 04:15 PM PDT


Batasan norma dan kepatutan di Barat sudah kian menipis. Sebuah perusahaan di Inggris baru-baru ini melancarkan peralatan seks dalam 1.200 kedainya. Masalahnya, alat-alat seks itu dipamerkan tanpa pengamanan hingga anak-anak pun dapat mudah menyaksikan.


Boots, perusahaan yang didirikan 1894 itu memiliki total 2.500 kedai. Alasan Boots menjual item baru itu didorong permintaan konsumen yang berkata mereka menginginkan membeli peralatan seks beragam yang didesain untuk meningkatkan kehidupan seksual mereka. 


Tapi cara mempamerkan barang dagangan tak biasa di kedai mereka itulah yang dikecam orang tua. Para keluarga menyatakan 'terkejut' dan 'jijik' melihat piranti alat bantu seks itu dipampang terbuka dikeluarkan dari kemasannya. 


Ironisnya, kontras dengan kedai Boots--yang semula didirikan oleh pemilik awal sebagai kedai herbal--, jaringan kedai seks Ann Summer, malah mendesain bahagian alat bantu seks terpisah dari item dagangan yang lain. Kedai itu pun hanya melayani pelanggan berusia 18 tahun ke atas


Dalam satu kedai Boots di Dartford, Kent, misal, tiga jenis alat dipamer minggu lalu dan ditempakan di rak yang cukup rendah dijangkau dan dilihat oleh anak-anak.


Seorang nenek, Julie Burgess, 43 tahun, manager ritel dari Greenhithe, berkata, "Saya sungguh terganggu. Ini benar-benar tidak senonoh. Saya terkejut toko seperti Boots menjual alat seks dan mempamernya begitu terbuka."


"Kedua anak saya memang sudah dewasa, namun saya memiliki seorang cucu masih kecil dan pasti saya tak ingin mengajak berjalan-jalan di sekitar Boots lalu sukar menjelaskan apa itu alat-alat seks," ujarnya. "Jika Boots ingin menjualnya, mereka harus menyimpanya di area belakang," imbuhnya.


Satu orang warga, Scott Millins, 26, dari Gravesend berkata, "Sangat menjijikan. Dulu saya memiliki anak lelaki sembilan bulan dan tiga tahun. Itu bukan masalah, namun ketika mereka bertambah umur, jelas saya tak ingin mereka melihat apa yang terpamer di Boots. Ada hal-hal yang seharusnya tetap tak diketahui anak-anak sebelum dewasa. Ini benar-benar tidak baik."


Pameran barang di tiap kedai Boots diberi slogan "Sexual Wellbeing' dalam huruf besar dengan kalimat "Bantu anda dan pasangan anda memiliki hubungan seksual lebih positif".


Di setiap item terhadap kad yang berisi keterangan detil fitur alat tersebut. Anak-anak yang melewati pameran tersebut, misal item Durex Play Dream, mampu membaca detail bagaimana produk tersebut digunakan.


Menanggapi polemik tersebut, bekas anggota parlimen kubu konservatif, Ann Widdecombe berkata, "Boots sebagai kedai keluarga dan popular kerana itu, sudah seharusnya mengadopsi standar yang sudah diterapkan senang hati oleh Ann Summers."


Ahad kelmarin, Boots mengaku menerima empat keluhan. Jurubicara Boots berkata, "Kami meyakini kehidupan cinta yang baik akan meningkatkan kesihatan konsumen kami secara keseluruhan dan mereka bilang akan membeli produk itu dari kami," ujarnya.


"Kini sekitar 1.200 kedai memiliki stok produk tersebut dan kami bekerja keras untuk memastikan bahawa mereka ada dan boleh dibeli.


Sumber : http://www.republika.co.id

Ada Fotografer Khusus untuk Perceraian Sepasang Suami Isteri

Posted: 05 Aug 2012 04:00 PM PDT



Gianni Fasolini
Seorang fotografer asal Itali, Gianni Fasolini  memiliki idea briliant setelah mendengar bahawa statistik pasangan suami-isteri yang bercerai di negaranya mengalami kenaikan. Suami-istri yang menikah pasti akan menyewa jasa fotografer untuk mengabadikan momen indah mereka, lalu Giani berfikir mengapa tidak menawarkan jasa fotografer untuk mengabadikan perceraian sepasang suami-isetri.
Fotografer berumur 45 tahun ini mengatakan bahawa pernikahan adalah sesuatu hal yang sangat penting pada kehidupan seseorang, namun tidak boleh dinafii bahawa perceraian merupakan juga sebuah momen penting. Sebuah idea yang cukup kreatif, meskipun hal tersebut lebih terlihat seperti mengabadikan kesedihan seseorang.

Lawak..reporter tv ini guna kondom untuk cover mikrofon

Posted: 05 Aug 2012 10:30 AM PDT


Seorang reporter TV dari China Central Television bernama Shi Jinbin menggunakan mikrofon yang tertutup kondom saat meliput berita secara live badai tropika yang terjadi di Rongchen, Shandong, China bagian utara.

Adapun hal itu dilakukan Shi Jinbin untuk menghindari agar mikrofonnya tetap kering.

Tadinya pihak tv belum menyedari hal itu hingga mereka memperhatikan ada sesuatu yang lain di mikrofon yang digunakan Shi Jinbin.

Akhirnya mereka memotong atau menghentikan (laporan) Shi Jinbin setelah mengetahui kalau mikrofon itu tertutup kondom.

Pastinya stesen TV menolak memberikan komen mengenai masalah itu.

Siapakah dia yang penuh misteri ini?

Posted: 05 Aug 2012 10:15 AM PDT


berjalan sorang-sorang dengan penuh misteri...
Siapakah dia ini?
klik open

Spoiler:


Photobucket

rupanya pak cik...ingat perempuan mana tadi.....