Adsense

Ahad, 5 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Simbahan Haruman Menjelang Hari Lebaran!

Posted: 05 Aug 2012 09:10 PM PDT

Menjelang bulan Syawal yang mulia ini, pasti setiap wanita telah bersedia melakukan pembaharuan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Tidak ketinggalan juga haruman di hari lebaran untuk kekal segar disamping orang tersayang. Berikut merupakan beberapa semburan wangian yang menjadi pilihan:

Anna Sui Rock Me

Tidak lengkap gaya seseorang sekiranya tiada semburan keharuman di pagi lebaran.

Anna Sui Rock Me menawarkan haruman yang berkekalan bagi si pemakai yang ingin memastikan tubuh mereka berbau segar sepanjang hari.

Menggunakan botol berbentuk gitar 'flacon' yang terdiri daripada warna merah jambu, ungu dan nuansa ungu dalam rekaan pembungkusan yang eksklusif mampu memikat hati si pemakai.

Berdasarkan moto keharuman Anna Sui iaitu manis, seksi dan bebas telah menghasilkan suntikan semangat bagi si jelita untuk bebas berpakaian.

Hasil gabungan Freesia, Water Lily, White Peach, While a Base Encompasses Musky Rose, Sandalwood dan Ambergris melengkapkan gaya penciptaan haruman wangian yang memukau.

Simbahan haruman hasil kombinasi bunga-bungaan yang semula jadi ini pasti menawan hati si tampan.

Keharuman mewah khayalan dan asmara ini didatangkan khas dalam kuantiti yang berbeza iaitu 50 dan 75 ml EDT.

L'Eau d'Issey Florale

 

Wanita sudah pasti tidak lari daripada ciri-ciri kelembutan.

Haruman yang lembut dan segar sudah pasti menjadi pilihan si gadis mahupun wanita bekerjaya.

Haruman asli yang terdiri daripada elemen bunga tulen bakal menyerlahkan lagi personaliti si jelita tatkala berada diluar.

Bunga-bungaan yang segar memberi sentuhan elegan, kewanitaan dan sensasi keghairahan apabila menyambut lebaran yang bakal tiba.

Rangkaian minyak wangi daripada Issey Miyake diformulasikan dengan campuran sifat-sifat air untuk membangkitkan aura pesona si gadis.

Ianya juga dirumus khas daripada bunga-bungaan yang tulen(lotus, cyclamen, freesia, carnations, dan white lilies) serta percampuran ekstrak kasturi dan kayu(pokok sedar dan ambar).

Kombinasi elemen tersebut mampu menghasilkan haruman seperti semburan sebuah air terjun, bunga-bunga, dan bauan hutan musim bunga.

Vercase Bright Crystal


Versace satu nama yang sinonim dengan gaya kemewahan.

Aroma penghasilan yang menarik dan kesegaran yang berkekalan daripada rangkaian produk Versace iaitu Versace Bright Crystal mampu menciptakan aura ketenangan.

Simbol kemewahan menjadi taruhan Versace dalam mengabdikan sentuhan kegemilangan dan keghairahan.

Versace menghasilkan satu permata berharga yang memberi keharuman yang luar biasa dengan menerapkan unsur haruman bunga yang segar dan bertenaga.

Gabungan haruman wangian berunsur kekuatan dan keyakinan wangian ini mampu menyerlahkan lagi identiti si pemakai untuk tampil lebih berani, femini dan glamor.

Penghasilan yang dirumus khas daripada flora ini memberi kesegaran yang mempersonakan dan menggiurkan.

Hijabster : “Gaya Makan Malam” Video Tutorial Pertama Sunsilk

Posted: 05 Aug 2012 08:31 PM PDT

Menerusi undian para pembaca OHBULAN! sejak 2 minggu lalu berkaitan gaya hijab pilihan, gaya Hijab Makan Malam ini merupakan salah satu gaya yang telah mendapat undian tertinggi di kalangan para peminat hijabster.

Gaya hijab Makan Malam yang ditampilkan oleh Sunsilk ini merupakan gaya yang sangat ringkas dan mudah. Ia juga mampu memberikan keselesaan yang sempurna buat para wanita kerana kekemasan yang dilahirkan pada gaya hijab ini mampu menyuntik eleman elegan dan pesona si gadis.

Bagi para wanita yang ingin menghadiri majlis Makan Malam, ataupun yang sesuai untuk bulan Ramadhan ini adalah Majlis Buka Puasa bersama teman-teman, anda boleh memilih gaya hijab ini bagi memberikan kesegaran serta kelainan dalam penampilan harian.

Untuk individu yang ingin memenangi hadiah menarik berupa pas percuma ke Pakej Hijab Sunsilk bersama Scarflet serta wang tunai, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Peraduan Sunsilk di portal rasmi OHBULAN!

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Semasa bersyampu, gunakan hujung jari, bukan kuku. Kuku hanya akan mencalar dan membuka pori kulit kepala yang mendorong lebih banyak minyak dikeluarkan. Bilasan air sejuk juga membantu.