Adsense

Isnin, 30 Julai 2012

Sensasi

Sensasi


Robert pattinson ingin bersemuka dengan Rupert Sanders

Posted: 30 Jul 2012 09:14 AM PDT



Robert yang kini melalui fasa bersedih akibat dicurangi kekasih hatinya Kristen Steward ingin bertemu empat mata dengan Rupert Sanders ,pengarah filem Snow White and Huntsman yang telah menjalinkan hubungan sulit dengan Kristen Steward. Kristen mula membuat permohonan maaf secara terbuka apabila gambar kecurangannya tersebar di Internet. Menurut Robert ,dia hanya mahukan perbualan antara lelaki dengan Rupert dan mahu tahu apakah sebenarnya hubungan mereka. Kerana menurut Robert,selepas Kristen curang,dia sudah tidak percaya satupun kata-kata Kristen yang cuba memujuknya.jadi dia ingin mendapat cerita sebenar daripada Rupert sendiri. Sensasi rasa Robert masih sayangkan Kristen dan belum bersedia untuk berpisah,mungkinkah mereka akan berbaik kembali??

Norish Enggan Jawab isu melahirkan anak luar nikah di Indonesia

Posted: 30 Jul 2012 09:05 AM PDT

Sudah lama Norish menyepikan diri dan enggan bertemu wartawan,namun kehadirannya sebagai artis undangan pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Bukit Jalil Golf & Country Resort, baru-baru ini digunakan sebaik mungkin untuk mencungkil cerita sebenar yang berlaku.



"Saya tak nak jawab," katanya yang terus memandang ke arah lain sebaik mendengar soalan diajukan.

"Biarlah orang nak bercakap apapun. Umi Syarifah (ibu), pesan kita akan dapat bantuan Allah jika dianiaya. Dia juga nasihatkan saya supaya baca doa setiap kali selepas selesai solat untuk memohon pertolongan Allah.

"Lagi orang cakap rezeki saya lagi banyak. Allah akan bagi rezeki kepada orang yang teraniaya. Peminat juga tak pandang serong terhadap saya biarpun isu ini kecoh diperkatakan. Mereka datang peluk saya apabila berjumpa saya.

"Saya hanya takut Allah dan tak takut dengan pandangan serong manusia. Apapun saya serahkan pada Allah untuk menilai. Zaman nabi dulu, ada juga yang kena masuk penjara, difitnah dan macam-macam lagi tapi akhirnya darjat mereka diangkat tinggi sebagai khalifah.

"Inikan pula saya manusia kerdil. Ini adalah ujian daripada Allah untuk angkat darjat saya," katanya yang turut membawa bersama anak-anak pada majlis itu.

Tambah NK lagi, disebabkan 'reda' dengan ujian yang diturunkan ini, dia mengambil pendekatan berhemah apabila tidak melatah sewenang-wenangnya terhadap pihak yang menyiarkan cerita ini.

"Saya tak melatah dengan mana-mana media pun untuk marah. Cukuplah dia dikutuk Allah kerana buka keaiban orang. Siapa yang buka keaiban orang akan dianiaya Allah nanti. Saya serahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan," katanya dengan nada agak serius. 

Kisah Cinta Syed Adney pemain bola sepak dengan Siti Saleha

Posted: 30 Jul 2012 08:55 AM PDT

Menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cantik Siti Saleha, penjaga gol pasukan Sabah, Syed Adney,26, bertegas tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan.
Bagaimanapun, Adney memberitahu isu berkenaan adalah kisah lamanya bersama Siti Saleha.

"Saya minta maaf. Saya tidak mahu komen tentang gosip itu. Kisah ini sudah lama habis. Saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Apapun, saya menafikan dakwaan tersebut.

"Sebelum ini pun, saya hanya berkawan saja dengan dia dan langsung tidak mempunyai hubungan cinta seperti yang telah digembar-gemburkan.

"Saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ianya adalah cerita privasi saya. Saya ni pun bukannya siapa-siapa. Saya hanya orang biasa,"

Dalam pada itu, Adney yang sebelum ini sering menjadi pilihan untuk menjadi penghias kulit majalah turut menafikan dirinya kini merajuk dengan media tempatan.

"Tiada apa-apa berlaku kepada diri saya dengan media. Mungkin mereka tidak memanggil saya untuk sebarang sesi fotografi kerana saya menetap di Sabah.


Syed Adney Enggan Komen Soal Cinta Siti Saleha
"Sebelum ini saya ada terbaca mengenai nama saya yang tersenarai sebagai pemain bola paling kacak di Malaysia. Saya tiada apa nak komen.

"Saya hanya berterima kasih dan terima saja pandangan orang terhadap saya," ujarnya.
Menyentuh mengenai perkahwinan, adik kepada pelakon Sharifah Sofea ini masih belum terfikir lagi untuk menamatkan zaman bujang.

"Saya tidak tahu lagi bila mahu kahwin. Biar Tuhan saja yang menentukannya. Apa yang saya tahu, saya kini kena lebih fokus memandangkan pasukan saya berada dalam keadaan tidak berapa baik.
"Saya akan buat yang terbaik. Insya-Allah, tahun ini saya akan beraya di Kuala Lumpur memandangkan keluarga saya berada di sana," jelasnya.

Gambar comel Nora Danish di Majlis berbuka puasa MIG

Posted: 30 Jul 2012 08:49 AM PDT


nora danish
nora danish
nora danishv
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish
nora danish

“Politik itu bukan agama”- Diana Amir

Posted: 30 Jul 2012 08:48 AM PDT


Selepas pelakon popular Sheila Rusly dan Umie Aida membidas kenyataan yang dibuat pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti pembangkang PAS selepas dia bertudung, pelakon Diana Amir turut mengulas mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

 Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim berkata, politik itu bukanlah agama.
"Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.
"Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,"katanya.
Menurut wanita berusia 26 tahun ini, dia lebih selesa untuk tidak terlalu jauh berbicara, malah mengambil pendekatan untuk berdiam diri apabila sesuatu isu timbul.
"Cuma bagi saya, tentang politik ini atau yang berkaitan dengan polisi sepertinya, lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri tak pasti," ujar Diana.
Diminta untuk mengulas isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki semakin berkurang dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.
"Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana-mana parti politik periuk nasi artis ini akan terjejas, mereka yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.
Jelasnya, artis yang baru berhijrah perlu kuatkan semangat kerana banyak cabaran yang perlu dihadapi kelak.
"Kita perlu sentiasa ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapat ganjaran di akhirat bukan didunia ni. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak," katanya.

borak kosong

borak kosong


Smart betul cara dia simpan motor

Posted: 30 Jul 2012 09:15 PM PDT


Nikita Willy Pamer Foto Topless di Instagram

Posted: 30 Jul 2012 09:00 PM PDT




Nikita Willy pamer foto topless di akaun Instagram-nya. Dalam foto tersebut, Nikita tampil tanpa mengenakan sehelai benang pun untuk menutupi bahagian atas tubuhnya.

Dalam foto tersebut ia nampak memunggungi sang pengambilt foto. Alhasil bahagian punggung Nikita pun terekspos.

Ia tampak dengan sengaja mempamerkan punggungnya dengan muka sedikit menatap ke sebelah kiri. Ketika berita ini diturunkan sudah beberapa orang yang mengomen foto tersebut.

Bahkan, 64 orang memberikan tanda 'like'. Sebelumnya, Nikita juga tampil seksi saat becuti di Pulau Macan, Kep. Seribu, Jakarta Utara.

Beberapa foto yang diup loadnya di Twitter memperlihatkan ia mengenakan bikini. Saat itu, ia mengaku tengah bercuti bersama sang kekasih, Diego.

Mesin anti tua Madonna yang berharga US$14,200

Posted: 30 Jul 2012 08:45 PM PDT


Fashingnet.comRombongan Madonna selalu mencuri perhatian para paparazzi. Tak terkecuali pada minggu ini saat ia dan pasukannya keluar dari Ritz Hotel, Paris, Perancis. Ada satu bawaan sang Ratu Pop yang sangat menonjol dan tertangkap kamera. Sebuah mesin berukuran cukup besar.

Setelah diselidik,  ternyata mesin facial oksigen, Intraceuticals Oxygen. Baru-baru ini, seperti dilansir dari Daily Mail, Madonna mengaku memiliki mesin facial mahal untuk membuat kulitnya tetap kencang dan merupakan 'senjata' utamanya untuk menangkal penuaan.

Satu mesin ini diketahui seharga US $14.200.Madonna memiliki enam mesin facial oksigen tersebut. Dalam tour dunianya bertajuk MDNA, mesin tersebut tentu saja merupakan bawaan wajib.

Mesin ini biasanya di temui di salon dan klinik kecantikan mahal. Fungsi utamanya adalah menghidrasi, mengangkat dan mengencangkan kulit. Boleh dikatakan ini merupakan mesin Super Facial, kerana mampu membuat kulit lebih cerah dan kencang dalam sekejap.

Metode yang dipakai dalam mesin ini dikenal sebagai layering hyaluronic. Merupakan proses non-invasif pada kulit menggunakan asam hyaluronic yang membuat kulit jadi lebih lembab dan membantu menghilangkan garis-garis halus.

Hasilnya sangat halus dan tampak seperti airbrush. Mesin ini menggunakan pendingin dan tekanan oksigen untuk memberikan serum kaya vitamin. Selanjutnya, gel hidrasi diaplikasikan untuk mencegah kulit kehilangan kelembaban. Kombinasi treatment ini dikenal dengan 'No-tox', atau efek botox tanpa formula botulism.

MadonnaKhabar yang beredar, Madonna menggunakan mesin tersebut secara teratur bukan hanya untuk wajah tapi juga mengembalikan kekencangan kulit tangannya yang mulai kendur dan berkerut. Faktanya, tak hanya Madonna yang mengandalkan mesin 'anti-tua' ini.

Uma Thurman, Rachel Zoe dan Renee Zelwegger adalah beberapa nama yang tak akan melenggang di karpet merah tanpa melakukan facial dengan Intraceuticals Oxygen. Bahkan, di lokasi shooting serial "Sex and The City" serta "Desperate Housewives", mesin ini selalu digunakan demi penampilan kulit yang maksimal para pemainnya.

Mengintip Gaya Hidup Mewah Si Cantik CEO Yahoo

Posted: 30 Jul 2012 08:30 PM PDT


Marissa Mayer baru saja dinobatkan sebagai CEO Yahoo. Sebelumnya, ia adalah pegawai top di Google. Tidak hairan kekayaannya cukup melimpah.

Diestimasi, perempuan berparas cantik ini punya harta kekayaan sekitar USD 300 juta. Padahal, usianya masih 37 tahun.

Pernikahan mewah


Marissa Mayer menikah dengan lelaki bernama Zachary Bogue pada tahun 2009. Upacara pernikahan mereka cukup glamour. Bahkan, group band kenamaan The Killers pun disewa untuk meramaikan acara.

Pada pernikahannya tersebut, Mayer mengenakan gaun rancangan rumah desain terkenal, Reem Acra. Kek pernikahan dirancang oleh Ron Ben Israel, seorang tukang masak ternama di AS yang punya acara televisyen sendiri.

Baju berjenama


Mayer dikenal sangat memperhatikan penampilan. Dia senang memakai baju reaan Carolina Herrera ke pejabat yang membuat penampilannya semakin anggun. Dia juga punya banyak koleksi kasut mewah. Jam tangannya, Omega De Ville, dibeli seharga USD 20 ribu.

Perancang Oscar De La Renta yang kerap merancang baju selebritis seperti Eva Longoria dan Cameron Diaz mengaku bahawa Mayer adalah pelanggan tetapnya. Pernah suatu ketika dia membeli 20 buah busana seharga masing-masing USD 2.700 untuk teman-temannya.

Seminggu sekali, Mayer juga pergi ke salon untuk memotong rambut atau sekadar manicure. Tidak hairan jika penampilannya selalu tampak menawan.

Rumah mewah


Tidak sulit bagi Marissa untuk tinggal atau menyewa tempat tinggal mewah. Salah satu kediaman yang paling disukainya adalah penthouse di Four Seasons, San Francisco. 

Apartmentnya dihiasi dengan berbagai karya seni mahal. Marissa juga punya rumah di dekat pejabat Google. Pada tahun 2010, Marissa jadi tuan rumah sebuah acara pengumpulan dana yang dihadiri oleh presiden AS, Barack Obama.

Suami ideal


Marissa Mayer memilih lelaki bernama Zachari Bogue sebagai pendamping hidupnya. Saat ini, Mayer sedang hamil muda buah cintanya dengan Zachari.

Zachari sendiri berprofesi sebagai pengacara, manager investasi dan entrepreneur. Dia punya perusahaan investasi real estate bernama Montara Capital Partners. Selain itu, dia juga berkongsi di beberapa perusahaan lain.

Bersama sang suami, Marissa senang bercuti. Tempat percutian favorit mereka antara lain tempat ski bernama Vail di Colorado. 

Lelaki Berusia 90 Tahun Menikah untuk Pertama Kali

Posted: 30 Jul 2012 08:15 PM PDT

RIYADH - Seorang lelaki Arab Saudi berusia 90 tahun mengakhiri masa bujangnya dan menikah untuk pertama kali di sebuah desa kecil Shaab. Pesta pernikahan lelaki ini dikhabarkan berlangsung dengan meriah.

"Pesta pernikahan ini diadakan dengan meriah, melihat usia dari pengantin lelaki. Pesta ini akan dikenang hingga beberapa tahun ke depan," ujar kepala suku Desa Shaab, Ahmed Ibrahim al Sulami, seperti dikutip Emirates 247, Isnin (30/7/2012).

Sepertinya pernikahan ini menjadi kenangan tersendiri bagi pengantin lelaki, Khalil Al Sulami. Dirinya akan menghabiskan bulan madu di sebuah hotel berbintang lima di kota Qunfudah.

"Saya tidak akan melupakan malam dimana saya melepas masa bujang," tutur Khalil.

Tetapi dirinya menolak untuk menyebutkan berapa usia  isterinya. Tidak dijelaskan pula mengapa perlu waktu lama bagi Khalil untuk melepas masa bujangnya.(faj)

Gadis offer khidmat seks $100 untuk bayar loan shark

Posted: 30 Jul 2012 08:00 PM PDT








STOMPer Dave came across the facebook profile of a girl who was selling sex services openly. This is apparently because she is being hounded by loan sharks, said the STOMPer, based on information on her page.


Said Dave:


"19-year-old girl sells sex online.


"I came across this girl's facebook page and I was astounded to see her selling sex openly.


"According to her, she is being hounded by loan sharks and needs money urgently, hence she is willing to 'do anything'.


"Though many suspect that she is a cheat, someone has actually gone to the extent of transferring $100 to her bank account.


"It amazes me to see how naive some people are."


sumber : stomp.com.sg

Kasut stokin

Posted: 30 Jul 2012 07:45 PM PDT


GENEVA: Ia tidak mungkin menjadi fesyen kegemaran tetapi stokin yang dibuat daripada kevlar ini direka untuk menggantikan kasut dan membuat pemakai berasa seperti berkaki ayam.
Dipakai tanpa kasut, Stokin Perlindungan Switzerland itu juga mempunyai ruang untuk setiap jari anda, sama seperti jari tangan pada sarung tangan. 
Direka oleh Syarikat Tidak Berkasut Switzerland, stokin itu diperkukuhkan dengan tapak PVC yang membantu menjadikannya kalis luka.

Syarikat Switzerland itu percaya stokin berkenaan sesuai untuk mereka yang suka berjalan kaki ayam dan boleh digunakan untuk aktiviti luar seperti mendaki tebing batu.



Pemilik Syarikat Tidak Berkasut Switzerland, Dieter Hesch berkata: "Kajian secara teknikal dan rekaan mengambil masa bertahun-tahun sebelum kami dapat mencipta stokin berkenaan.


"Saya gembira dengan hasilnya dan saya berpendapat Stokin Perlindungan Switzerland ini boleh menjadi fesyen.

"Kami juga berusaha menghasilkan rekaan stokin baru yang kami percaya boleh digunakan oleh pelari dalam acara maraton."

Stokin itu dikeluarkan dengan saiz panjang dan pendek dan boleh dibeli dengan harga �45 (RM225). - DM



sumber : myMetro

Laman seks kena saman

Posted: 30 Jul 2012 07:30 PM PDT


TACOMA (Washington): Tiga remaja di negeri ini yang mendakwa mereka dijual untuk seks di Internet menyaman laman Backpage.com, menuduh pemilik laman web itu mengeksploitasi mereka.
Dua remaja berusia 13 tahun dari daerah Pierce dan seorang berusia 15 tahun dari daerah King mengemukakan saman itu Jumaat lalu di Mahkamah Agung daerah Pierce, lapor The News Tribune, semalam. Peguam di Seattle, Liz McDougall yang mewakili pemilik korporat Backpage, berkata, kes saman itu menyalahi undang-undang persekutuan. Laman itu dimiliki Village Voice Media di New York.

Backpage adalah laman web popular untuk khidmat teman sosial. Syarikat itu menghadapi tekanan besar untuk mengubah cara operasinya. Pada Mei lalu, datuk bandar daripada hampir 50 bandar raya di seluruh Amerika Syarikat, termasuk New York, Los Angeles, Phoenix dan Philadelphia, menandatangani surat menggesa Village Voice Media mendapatkan pengenalan diri terhadap individu yang yang memuat naik iklan khidmat teman sosial di laman webnya. "Adakah wajar untuk sesetengah syarikat, atas beberapa kepentingan untuk memperoleh jutaan dolar, bukan saja terbabit dalam penyeludupan wanita, tetapi lebih penting lagi turut menyeludup kanak-kanak?," soal peguam di Seattle, Mike Pfau yang bersama Erik Bauer mewakili remaja terbabit. "Tidak, ia tidak boleh diterima sama sekali," katanya.


Saman itu mendakwa bahawa gambar remaja perempuan bawah umur mengenakan pakaian ketat dan terdedah muncul dalam pelbagai iklan di laman itu yang dibayar oleh bapa ayam. Ia menuduh pemiliknya tidak melakukan apa-apa untuk mencegah perkara itu berlaku. Tindakan yang dijelaskan dalam aduan itu merujuk pada 2010. - AP


sumber : myMetro

Ahli Parlimen dipaksa bergambar bogel sebelum diperas ugut

Posted: 30 Jul 2012 07:15 PM PDT


DHAKA: Seorang anggota Parlimen Bangladesh yang dirakam berbogel di pejabatnya bersama-sama seorang wanita, dipaksa berbuat demikian oleh sekumpulan penjenayah bersenjata yang kemudian menggunakan video itu untuk memeras wang daripadanya.
Penolong Pesuruhjaya Polis Abdul Ahad berkata, pihaknya menangkap lima orang, termasuk tiga wanita atas tuduhan memeras ugut anggota Parlimen itu yang ada hubungan dengan kerajaan.

"Mereka mengarahkannya berbogel. Seorang rakan wanita mereka juga berbogel dan yang lain memaksa anggota Parlimen itu bergambar dengannya," kata Abdul Ahad.


Kejadian berlaku di Dhaka Mei lalu dan kumpulan itu didakwa menuntut lima juta taka (RM183,000) daripada anggota Parlimen berkenaan yang dikenali pasti sebagai Abdul Jabbar oleh media tempatan. - AFP


sumber : myMetro

Tipu sakit untuk kahwin percuma

Posted: 30 Jul 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja �10,000 (RM50,000).
Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup.
Kata rakannya, dia langsung tidak mengeluarkan wang ketika berkahwin dengan Chris, 28, apabila derma datang mencurah-curah.

Danielle ditangkap kerana disyaki menipu selepas perasaan syak semakin meningkat di kalangan penderma apabila wanita itu hamil ketika menjalani rawatan barah servikal.



Rakan-rakannya menganjurkan acara kutipan derma untuk Danielle dan menghubungi pengacara televisyen, Holly Willoughby dan Fearne untuk mendapatkan bantuan mereka.


Ramsay memberi sokongannya menerusi Twitter.

Jurugambar, Steve Hobart yang turut membantu menganjurkan beberapa acara berkata: "Kami bertungkus lumus untuk membantunya."

Satu sumber pula berkata: "Sungguh tidak boleh dipercayai. Orang ramai menyedari ditipu dan mula bercakap mengenainya."

Danielle berkahwin dengan Chris pada April di Billericay, Essex.

Rakaman video yang menelan belanja tinggi dibuat dan jamuan diadakan selepas lebih 1,500 orang menyertai kempen 'Berjuang bersama-sama Danielle' menerusi Facebook dan Twitter.

Beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan itu, Danielle muncul dalam akhbar tempatan, merayu bantuan.

Menurutnya, dia ingin berkahwin sebelum rambutnya gugur akibat rawatan barah.

Polis berkata, siasatan masih dijalankan.- DM



sumber : myMetro

Letup tak dapat ‘kutu’

Posted: 30 Jul 2012 06:45 PM PDT


NIBONG TEBAL: Seorang suri rumah yang tinggal di Taman Tangling, Simpang Ampat, dekat sini, tidak menyangka letupan kuat yang didengari ketika tidur jam 3.30 pagi Sabtu lalu adalah dari luar rumahnya.
Mangsa yang bangun dua jam kemudian terkejut mendapati seekor anak anjing miliknya yang baru seminggu dilahirkan mati selain sebuah kerusi plastik didapati pecah. 
Kejadian dipercayai berlaku gara-gara mangsa gagal melunaskan wang 'kutu' berjumlah RM6,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, wanita berusia 46 tahun itu yang takut di atas insiden berkenaan membuat laporan polis.



Menurutnya, anggota polis dengan dibantu unit forensik yang melakukan siasatan di tempat kejadian menemui kesan bahan letupan, dipercayai mercun bola digumpal banyak sehingga menghasilkan percikan api dan bunyi kuat.



sumber : myMetro

Maut kerana cinta tiga segi

Posted: 30 Jul 2012 06:30 PM PDT


KUALA TERENGGANU: Hubungan cinta tiga segi dengan seorang wanita warga Thailand dikenali sebagai 'Mek Na' dipercayai menjadi punca pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki warga Indonesia yang ditemui dalam keadaan berulat di dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tapah, Payung, Sungai Tong, Setiu, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa dikenali sebagai Heri, 33, dikatakan menjalin hubungan dengan Mek Na yang dipercayai turut mempunyai hubungan cinta dan tinggal serumah bersama suspek utama, Abd Halim @ Zaki Idres, 51.

Menurutnya, Mek Na dan Abd Halim yang juga dikenali sebagai Zaki atau Pok Kee di kalangan penduduk kampung berkenaan disyaki melarikan diri bersama selepas kejadian terbabit tetapi dipercayai masih berada di negeri ini.


"Siasatan mendapati Zaki yang tidak memiliki permit sah sudah lima tahun berada di negeri ini dan bekerja sebagai penoreh getah di sebuah kebun milik rakyat tempatan di kawasan berhampiran.

"Dia juga dipercayai sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Bagaimanapun, isterinya yang juga warga Thailand berusia 44 tahun dikatakan menetap di Kelantan," katanya.



sumber : myMetro

Aksi nakal makan diri, lelaki parah bunga api bakar punggung

Posted: 30 Jul 2012 06:15 PM PDT


SYDNEY: Seorang lelaki tempatan cedera parah akibat terbakar di bahagian bawah tubuhnya selepas dia meletakkan bunga api di celah punggungnya dalam aksi nakal pada satu parti, lapor akhbar semalam.
Polis di Wilayah Utara yang tidak ramai penduduk, berkata lelaki itu dikejarkan ke hospital selepas aksi memakan dirinya sendiri itu berlaku di Rapid Creek, Darwin pada tengah malam minggu lalu.

"Kelihatannya parti itu berjalan lancar sehingga seorang lelaki muda memutuskan untuk meletakkan bunga api di celah punggungnya sebelum menyalakannya," kata jurucakap polis, Garry Smith kepada Stesen Penyiaran Australia. - AFP



sumber : myMetro

Belasah mentua kerana anak

Posted: 30 Jul 2012 06:00 PM PDT


AMPANG: Seorang menantu tergamak membelasah ibu mentuanya dengan kayu mop hanya kerana perselisihan faham kecil berkaitan anaknya berusia setahun ketika ingin berbuka puasa di Taman Cheras Indah, dekat sini, Jumaat lalu.
Difahamkan, punca pertengkaran bermula apabila wanita berusia 64 tahun itu mengambil cucu lelakinya duduk bersama di meja makan menyebabkan menantu lelakinya berusia 20-an tidak berpuas hati kerana ketika itu dia ingin menyuap ayam panggang kepada anaknya itu.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang baru pulang ke rumah kira-kira jam 7.20 malam itu turut membawa ayam panggang yang dibeli di bazar Ramadan sebelum meminta isterinya menghidangkannya di meja makan.


Menurutnya, mangsa ketika itu sedang bermain dengan cucunya kemudian menuju ke meja makan untuk berbuka sambil meriba kanak-kanak terbabit.

Katanya, menantunya itu kemudian meminta menyerahkan anaknya itu kerana ingin menyuapkan ayam panggang.


"Bagaimanapun, mangsa meminta izin menyuapkan sendiri ayam panggang itu menyebabkan keadaan sedikit tegang selepas menantunya tidak berpuas hati dan terus memarahi mentuanya.



"Terkejut dengan tindakan biadab itu, mangsa cuba menegur sebaliknya menantunya hilang pertimbangan terus merampas anaknya secara kasar sebelum memaki-hamun mangsa," katanya.

Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, mangsa dipukul di kepala dengan kayu mop yang diambil dari dapur hingga cedera ringan sebelum dileraikan anak perempuannya.


"Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



sumber : myMetro

Lelaki parah ditikam gunting

Posted: 30 Jul 2012 05:45 PM PDT


MIRI: Hanya kerana bertanyakan alat pemotong jubin lantai miliknya yang hilang, seorang lelaki nyaris maut ditikam dengan gunting oleh abang iparnya di sebuah rumah di Bandar Baru, Permyjaya, di sini, kelmarin.
Berikutan itu, Aihan Ahmad, 20, mengalami pendarahan teruk di rusuk kiri selain tikaman itu hampir mengenai paru-parunya.

Sebelum kejadian, mangsa cuba bertanya kepada abang iparnya berusia 20-an, mengenai alat pemotong jubin lantainya yang hilang tiga hari lalu, pada jam 11.30 malam.


Menurut Aihan, dia cuba mendapat kepastian daripada abang iparnya mengenai perkara itu dan berharap dapat memulangkan alat berkenaan jika ia ada kaitan dengannya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka pertanyaannya itu mencetuskan pertengkaran sebelum abang iparnya mengeluarkan gunting di dalam poket seluar lalu menyerangnya.


"Ketika itu, saya tidak sempat mengelak menyebabkan rusuk kiri cedera ditikam. Kejadian itu disaksikan isteri, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa berikutan bimbang dicederakan.



"Sejurus kemudian, abang ipar meninggalkan rumah dan saya dibawa ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut oleh ahli keluarga yang gempar dengan kejadian itu," katanya ditemui di hospital itu, di sini, semalam.

Katanya, dia tidak berniat menuduh abang iparnya mencuri alat berkenaan, tetapi sekadar mendapat kepastian.


Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya sudah menerima laporan kes berkenaan dan mendapatkan keterangan daripada mangsa serta isterinya mengenai perkara itu.

"Usaha memburu suspek yang menghilangkan diri sedang dijalankan," katanya Katanya, setakat ini, mangsa dilaporkan stabil dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan.



sumber : myMetro

Wow..Dapat kekasih mirip isteri Putera William

Posted: 30 Jul 2012 05:30 PM PDT


LONDON - Willem Marx yang merupakan bekas kekasih pertama isteri waris kedua takhta Britain, Putera William akhirnya mendapat seorang kekasih baharu, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, kekasih baharunya itu, Shirley Meigh Wood Oakes memiliki wajah mirip isteri Putera William, Kate Middleton.

Kekasih baharu Marx, 28, itu berkenalan dengannya pada satu parti beberapa bulan lalu.

Kate dan Putera William berkahwin pada April lalu.

Willem merupakan kekasih Kate semasa mereka belajar di Kolej Marlborough.

Dia dan Kate kekal berkawan dan mereka pernah keluar bersama semasa berkunjung ke kelab malam Boujis pada 2008.

Marx merupakan graduan Universiti Oxford dan pernah bekerja sebagai wartawan di Iraq bagi membuat liputan berita propaganda bagi pihak Amerika Syarikat - Agensi


Anjing di dera

Posted: 30 Jul 2012 05:15 PM PDT

Anjing di ikat dengan tali dan di seret dengan motor...
Apakah yang ada di fikiran manusia ni?
Walaupun dia binatang tetapi janganlah dibuat begini.....



Wow...Orang Ini Meramal Dengan Meraba Punggung

Posted: 30 Jul 2012 05:00 PM PDT

Hentikan meramal masa depan anda dengan membaca garis tapak tangan. Seorang supranatural Jerman berkata, dirinya mampu membaca nasib orang dengan menyentuh bontot atau punggung.

Sang paranormal, Clairvoyant Ulf Buck (39), mengatakan bahagian belakang tubuh seseorang ternyata memiliki garis-garis tertentu, menyerupai garis tangan yang biasa digunakan para peramal untuk mengetahui karakter dan nasib seseorang.


"Punggung merupakan bahagian tubuh tempat garis nasib sangat jelas terlihat. Bahkan, berdasar pengalaman saya, garis di wilayah tersebut lebih ekspresif daripada garis tangan," katanya kepada Reuters. "Garis ini juga akan terus berubah, sejalan dengan bertambahnya umur."

Dengan meraba garis-garis di bokong kliennya, Buck mengaku dapat meneka tingkat kemakmuran, kehidupan rumah tangga, kesihatan, dan kebahagian seseorang pada masa depan.
Menurutnya, garis yang mewakili kesuksesan, karier, dan rasa seni seseorang, adalah garis-garis dari atas punggung yang mengarah ke bahagian dalam. Sementara lima garis lainnya, mengarah keluar.

"Pada awalnya meramal dengan meraba garis pantat hanya saya lakukan di lingkup kecil.

Namun kemudian lingkupnya semakin besar," katanya. "Saya bukan orang gila pada abad ini. Saya menangani pelanggan saya dengan perhatian tinggi dan berhati-hati."

Buck, yang tinggal di bahagian utara Desa Meldorf di Hamburg timurlaut, mengatakan bermacam orang telah mendatanginya. Mereka meminta diramal dengan metode ramal garis punggung tersebut.
Dia menganggap kebutaannya sebagai modal besar. Paling tidak, dengan kondisinya itu para pelanggan tidak takut identiti mereka terbongkar. Dia mengalami kebutaan sejak umur tiga tahun.

"Semua jenis orang datang. Dari pembantu rumah tangga, sekretari, sampai tokoh politik. Bagi mereka, kebutaan saya merupakan anugerah kerana saya dapat melakukan ramal punggung tanpa dapat mengenali mereka di lain waktu," tambahnya.

Walau mengaku diperlukan waktu bertahun-tahun untuk melatih jari-jarinya, dia mengatakan seorang peramal punggung amatur akan dengan cepat mampu mengetahui keperibadian seseorang.
"Punggung yang berbentuk buah apel menunjukkan pemiliknya orang yang berkharisma, dinamis, percaya diri, dan kreatif. Pokoknya, seseorang yang sangat menikmati hidup," tegasnya.
"Sementara orang yang pantatnya berbentuk buah pir adalah orang yang setia, sabar, dan bersahaja."

Dia dengan tegas menyangkal dugaan orang bahawa ramal punggung atau bontot yang dilakukannya mungkin didasari oleh alasan lain, bukan cuma hasrat untuk membantu seseorang mengetahui masa depan mereka.
"Saya tidak meraba pantat untuk tujuan kenikmatan. Isteri saya sudah cukup cantik," kilahnya, dengan bangga.

Buck menolak membicarakan kesuksesannya. Namun dia mengatakan pernah dengan tepat meramal, seorang aktris opera suatu saat akan menulis buku. Ramalannya itu tidak meleset.

Dia juga mengatakan, selama dua tahun terakhir ini keahliannya dimanfaatkan oleh seorang pemain saham.
"Seorang pemain saham tidak akan meminta pendapat seorang paranormal buta untuk meramal harga saham, jika mereka tidak percaya pada apa yang saya lakukan," katanya.

Nyawa Terancam Kerana Hanya Makan Pizza Selama 31 Tahun

Posted: 30 Jul 2012 04:45 PM PDT


Sudah banyak para ahli yang memperingatkan bahawa makan junk food atau makanan cepat saji boleh berbahaya untuk tubuh. Tapi seorang wanita malah hanya mahu makan pizza selama 31 tahun. Kerana kebiasaan tersebut, kini nyawanya pun harus terancam.


Selama 31 tahun terakhir, Claire Simmons (33 tahun) hanya mahu makan pizza keju atau tomato. Dan kini doktor memperingatkan bahawa ia akan meninggal bila tidak juga berhenti dari kebiasaan makannya yang aneh.


Doktor mendiagnosis Claire dengan Selective Eating Disorder (gangguan makan selektif), keadaan aneh yang dapat meningkatkan risiko stroke atau serangan jantung di kemudian hari.


"Saya menjaga kesihatan tubuh dengan berolahraga dan minum banyak air putih," ujar Claire Simmons, seperti dilansir The sun.


Tapi dokter mengatakan tubuh Claire akan menimbun banyak masalah di masa depan kerana kurangnya vitamin dan mineral yang boleh menyebabkan stroke dan serangan jantung.~borakkosong


Untuk tetap sihat, para ahli merekomendasikan diet bervariasi, termasuk beberapa porsi sayuran dan buah.


"Saya benar-benar takut pada buah dan sayuran. Saya begitu marah ketika orang berfikir saya bersikap yang bukan-bukan, ini adalah keadaan medis yang nyata," jelasnya.


Catherine Collins mengatakan bahawa memiliki kebiasaan makan aneh saja mungkin tidak akan menimbulkan masalah, tapi menghilangkan seluruh kelompok makanan sihat dalam menu Anda tentu akan memiliki implikasi kesihatan jangka panjang.


"Diet terbatas pada beberapa makanan saja akan membuat tubuh memiliki kandungan antioksidan dan serat yang lebih sedikit. Hal ini akan membuat Anda lebih berisiko mengalami penyakit jantung dan kanser," jelas Catherine Collins dari British Dietetic Association.


Selain itu, diet tanpa buah dan sayuran akan membuat tubuh lebih tinggi kalori. Hal ini terkait dengan kenaikan berat badan, sembelit dan kolesterol tinggi, yang meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung.


Sumber : http://www.detikhealth.com

Lukisan dari orang buta yang sangat mengkagumkan

Posted: 30 Jul 2012 04:30 PM PDT

Dmitri tidak buta sejak lahir, dia kehilangan penglihatannya dalam misi penggalian di sebuah hutan di Ukraine untuk mencari sisa-sisa mayat tentera Rusia korban perang dunia ke-2. Dia terkena lletupan periuk api yang dipasang NAZI Jerman 50 tahun yang lalu yang mengakibatkan kebutaannya.



 Sebelum kecelakaan tersebut, lukisan Dmitri sudah cukup dikenal di kalangan seniman tempatan. Begitu kehilangan penglihatannya Dmitri menjadi tertekan hingga suatu ketika seorang kawan lamanya datang dan cuba membangkitkan lagi semangat Dmitri dengan mengadakan pameran karya-karya Dmitri.Semangat Dmitri pun mulai bangkit, bahkan sebelum pameran dia mulai mencuba melukis lagi untuk membuktikan bahawa walaupun tidak boleh melihat dia masih boleh berkarya. "Setiap hasil yang besar dimulai dengan satu langkah kecil" katanya.

Dia mula melukis lagi, tentu saja pada awalnya dia banyak mengalami kesulitan tetapi berkat ketekunannya akhirnya lahirlah karya pertamanya sebagai seorang seniman buta. Hingga sekarang sudah sekitar 250 lukisan karyanya yang mendapat pujian dari para pengkritik seni.



Cicak yang dimakan ikan sepatutnya mati ,hidup kembali

Posted: 30 Jul 2012 04:15 PM PDT

Haiwan kecil ini telah ditelan oleh seekor ikan di daerah terpencil sungai Cape York dan telah dicerna sebahagian ketika ikan itu tertangkap oleh seorang nelayan. Ikan Saratoga banyak dicari oleh pemancing kerana kesediaannya untuk menyerang sesuatu yang bergerak dan sangat digemari oleh pemancing.

John Berzins, seorang pemancing Amerika Syarikat, sedang memancing dengan ditemani Al Simson di Sungai Doughboy di sisi barat bahagian utara Cape York minggu ini ketika ia menangkap ikan ini.

Ketika mereka mengambil foto ini ikan  memuntahkan makanannya yang terakhir, seekor cicak yang jelas sepatutnya sudah mati.Mata cicak itu menunjukkan ia tidak bernyawa.


Tetapi  sebuah keajaiban terjadi, mata cicak itu kelihatan hitam semula dan dia mula bergerak




Cicak itu dikeluarkan dengan  bantuan dari pemancing, ia merangkak dari rahang pemangsanya. Ada beberapa bekas gigitan di punggung dan bahagian ekor sebahagian sudah dicerna, tapi ketika mereka meletakkan kembali di tepi sungai cicak itu bergegas pergi.


"Kami menyaksikan keinginan kuat untuk bertahan hidup," kata Simson. "Kadal itu mungkin melambatkan detak jantung agar tetap hidup untuk jangka waktu tertentu di bawah air tanpa udara."

Lelaki yang mengalami krisis identiti dihalau dari perpustakaan universiti

Posted: 30 Jul 2012 04:00 PM PDT






kejadian ini berlaku di Perpustakaan Universiti Jingxian China

Hebat tempat parking di China ini

Posted: 30 Jul 2012 11:00 AM PDT

China merupakan Negara yang sangat terkenal dengan kepadatan penduduknya. Bahkan, China merupakan negara terpadat No. 1 di dunia. Semakin ramai penduduk, secara automatik semakin banyak juga penggunaaan kendaraan bermotor, terutama kereta.

Untungnya pemerintah China telah menjangka jumlah penduduk dan kendaraan semakin bertambah. Kerana itu, dibangunlah sebuah kawasan khusus parking yang mampu menampung ratusan, bahkan ribuan kereta dalam satu tempat.

Tapi, jangan berpikir lahan parkir tersebut seperti tanah lapang yang luas, melainkan bangunan yang dibangun menjulang ke atas dengan konsep melingkar, yang memungkinkan boleh menampung semua kendaraan yang ingin parking.Tapi kalau tempat parkingnya setinggi ini, ngeri juga tak ada tembok penghadang.


Sayangnya kakak pada adiknya

Posted: 30 Jul 2012 10:30 AM PDT


walaupun kena jaga adiknya dia tetap juga belajar...

Rela susui anak lembu

Posted: 30 Jul 2012 10:15 AM PDT



Couthi Bai seorang wanita yang tinggal di desa Kilchu India dengan rela dan penuh kasih sayang menyusui anak lembu yang menjadi yatim setelah ibunya mati.




 Memang di India yang majaroti penganut agama Hindu, lembu mendapat tempat yang istimewa, sehingga Bai sangat menyayangi haiwan tersebut dan mempercayai Dewa akan bahagia melihat kebaikannya.


sumber : http://ruanghati.com/2010/09/02/seorang-wanita-rela-menyusui-anak-sapi-setelah-ditinggal-mati-induknya/