Adsense

Isnin, 9 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Cantik Berseri Penampilan Baru Fazurina

Posted: 09 Jul 2012 10:14 PM PDT

Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 30 merupakan seorang pelakon wanita yang baru sahaja berhijrah ke arah kebaikan. Jika suatu ketika dahulu Fazurina gemar tampil dengan penampilan yang lebih seksi dan daring namum kini semuanya telah berubah.

Syukur alhamdullilah kini penampilan Fazurina sangat cantik dan berseri-seri dengan menutup auratnya. Wajah Fazurina kini nampak sangat berbeza dari sebelumnya, dengan riak wajah yang nampak manis dan tenang membuatkan ramai lebih senang dengan penampilannya kini.

Bercakap mengenai penghijrahannya, Fazurina menceritakan yang beliau mula berhijrah bertudung sejak ulangtahun hari lahirnya ke 30 tahun pada 9 Jun yang lalu. Beliau merasakan sudah tiba masanya beliau berubah ke arah yang lebih baik dan meninggalkan zamannya yang lampau sebagai sejarah sahaja. Akan tetapi timbul rasa kesal pada beliau kerana baru kini beliau berhijrah ke jalan yang lebih baik.

  

Apa yang pihak OHBULAN! boleh katakan ini merupakan satu tindakan yang sangat bagus untuk dicontohi dan kami juga mendoakan agar Fazurina akan terus kekal dengan imej ini dan berjaya dengan perancangan masa hadapan beliau. Walaupun sudah lewat berubah penampilannya namun masih belum terlambat untuk mulakan dengan yang lebih baik dari sekarang.

Kredit Foto : Google

Busana Hari Raya Dari Rizalman Ibrahim

Posted: 09 Jul 2012 09:59 PM PDT

Berita baik pada semua peminat yang sentiasa menanti kemunculan rekaan baru dari pereka fesyen Rizalman Ibrahim sudah pun terjawab. Pada 7 julai yang lalu Rizalman baru sahaja memasarkan rekaan busana untuk koleksi Raya 2012 di semua pasaraya Tecso yang berada di Malaysia.

Pasti ada yang merasa sedikit pelik kerana ini merupakan pertama kalinya pereka ini berkolaberasi dengan Syarikat Tesco untuk memasarkan produk beliau. Koleksi yang diberi nama " 20 by Rizalman " ini merupakan koleksi yang melambangkan diri beliau sendiri. Dimana koleksi ini membawa imej Rizalman yang sudah berkecimpung dalam bidang pereka fesyen sejak 20 tahun yang lalu.

Sebanyak 12 pasang baju kurung dan juga kebaya moden telah beliau hasilkan untuk koleksinya kali ini. Kesemua rekaan dihasilkan berdasarkan elemen-elemen kebaya pendek dan baju kurung Kedah. Rekaan bagi koleksi terhad ini mengekalkan kualiti dari segi warna, tekstur, renda dan reka bentuk berjalur sahaja. Manakala harga bagi setiap pasang baju pula bermula serendah RM180 – RM250 sahaja.

Bagi anda yang ingin dapatkan koleksi ini bolehlah berkunjung ke cawangan Tecso Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bahru, Paradigm Mall, Seremban 2, Desa Tebrau, Tanjung Pinang, Melaka, Shah Alam, Station 18, Puchong, Taiping, Seri Alam, Kepong, Penang, Kajang, Setia Alam, SP Selatan, Mergong, and Nilai.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Heliza Helmi di Sambutan Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5

Posted: 09 Jul 2012 08:38 PM PDT

Gambar Heliza Helmi di Sambutan Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5

Heliza ni seorang yang sangat spontan. Lawak jenakanya spontan, lahir dari jiwanya yang sangat ceria. Budiey suka tengok Heliza nyanyi lagu-lagu yang digarap dengan gaya yang spontan seperti yang dipersembahkan semasa Hi Tea Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5 yang berlangsung di Bangi Golf Resort pada petang Sabtu lalu.

Menurut Heliza, dia kini kalau boleh mahu mengurangkan membawa lagu-lagu cinta yang melekakan, dan rasa sudah tiba masanya untuk dia mengubah sedikit haluan perjalanan seninya dengan membawa lagu-lagu yang punya makna ketuhanan dan ada nilai-nilai kemanusiaan. Elokla tu, Budiey sokong sangat.

Heliza juga berbakat untuk mencipta lagu secara spontan. Terbukti, lagu yang diperdengarkan pada majlis ini juga dicipta semasa azan maghrib berkumandang. Mmm… ilham tiba-tiba je datang. Itulah anugerah tuhan namanya.

Di sini Budiey ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-5 untuk Get Gorgeous di mana ia adalah sebuah butik pakaian yang dibuat secara kerjasama Heliza bersama rakan-rakannya. Tahniah diucapkan.

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Program Terbaru Astro Sempena Bulan Puasa 2012

Posted: 09 Jul 2012 05:54 PM PDT

Semalam, telah berlangsung Majlis Pelancaran Prebiu Program Ramadan Astro di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Astro telah mengumumkan pembaharuan menerusi 19 program yang lebih santai dan hiburan ringan di lapan saluran bersempena kedatangan Ramadan pada tahun ini.

astro

Pengurus Saluran Astro Oasis Izelan Basar berkata, berdasarkan kajian dan respons yang diterima pada Ramadan tahun lalu, para pelanggan Astro lebih cenderung kepada program-program yang santai dan ringan untuk ditonton pada sebelah malam selepas mereka berpuasa di siang hari.

"Kita melakukan perancangan dan penyusunan program yang lebih teliti daripada awal lagi bagi menawarkan pengisian yang berbeza untuk penonton pada Ramadan tahun ini. Berdasarkan kajian dan respons, penonton Astro lebih cenderung memilih program yang ringan seperti drama sebagai hiburan pada malam hari selepas mereka berpuasa di siang hari. Sebab itu, kita memberikan penekanan kepada program yang lebih santai tetapi tidak melupakan program berteraskan keagamaan dan ilmiah juga."

Izelan berkata, pengisian program Ramadan pada kali ini adalah lebih istimewa dan tidak hanya bertumpu di Astro Oasis sahaja seperti tahun-tahun yang lepas.

Barisan selebriti yang terlibat dalam pelbagai program Ramadan di Astro bermula 21 Julai ini. Antara selebriti yang turut hadir termasuklah Ziela Jalil, Anita Baharom, Sharifah Shahora, Lia Natalia, Mat Over, Razak Ahmad, Zazlin Zulkifli, Amar Anak wayang, Rashid Sibir, Hamidah Wahab, Shafiq Kyle, Talha Harith, Amilin, Papa Joe, Ezani, Nik Michael , Zamir (MasterChef Malaysia), Danish Adam, Hiera Hassan serta ramai lagi.

"Pada tahun ini, program-program Ramadan di Astro turut akan disiarkan di tujuh lagi saluran iaitu Prima, Ria, Ceria, Citra, Mustika HD dan Indo Pek (Bintang dan Pelangi) buat julung kalinya. Kita mahu menawarkan lebih banyak genre dan kepelbagaian pada kandungan kami berbanding tahun-tahun lepas."

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli pula berkata, buat julung kalinya saluran itu menyiarkan program khas bersempena Ramadan iaitu Helo Bro… Tolong Masak! yang akan disiarkan pada sepanjang Ramadan pada pukul 6 petang selama setengah jam bermula 21 Julai ini.

"Kami berharap program bercorak masakan ini dapat mencetuskan trend baru kerana Astro Ria. Pada setiap episod, Nik Michael (MasterChef Malaysia) bersama selebriti-selebriti undangan akan memenuhi permintaan pelbagai pihak bagi menyiapkan hidangan makanan. Pada penghujung program nanti, sumbangan yang dikutip daripada program itu akan disalurkan ke badan kebajikan. Ia berbeza daripada program masakan yang sedia ada," katanya.

Astro Ramadan

Antara program menarik Ramadan yang akan disiarkan mengikut saluran adalah seperti berikut:

Astro Oasis (saluran 106)

InsyaAllah Ada Jalan (Drama bersiri, 40 episod, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.30 petang mulai 23 Julai)* Tayangan serentak di saluran Mustika HD, Brunei dan Indonesia

Geng Surau musim kedua (Drama bersiri, 20 episod, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang mulai 16 Julai)

Tanah Kubur musim keempat (Drama bersiri, 13 episod, setiap Jumaat, pukul 7.30 malam)

Rasa Halal Antarabangsa diacarakan Heliza Helmi (Travelog, 26 episod, setiap Khamis, pukul 5.30 petang)

Perangi Sihir diacarakan Datuk Engku Ansaruddin Agus (Bual bicara, 15 episod, setiap Isnin, pukul 11 malam)

Astro Prima (saluran 105)

Masihkah Ada Ramadan (Drama bersiri, 4 episod, setiap Isnin, pukul 10 malam mulai 23 Julai)

Keluarga Iskandar (Drama bersiri, 15 episod, setiap Selasa, pukul 10 malam)

Ezani & Wahidan Balik Kampung (Kembara masakan, 13 episod, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari mulai 21 Julai)

Astro Ria (saluran 104)

Helo Bro… Tolong Masak! (Realiti, 30 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 6 petang mulai 21 Julai)

Astro Ceria (saluran 611

Upin & Ipin (Animasi, 21 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 5.25 pagi, 12.25 tengah hari dan 6.25 petang)

Puasa bersama Ceria (30 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 7.30 malam mulai 21 Julai)

Indo Pek – Bintang (saluran 141)

Konser Gema Ramadhan (Konsert, 4 episod, setiap Sabtu, pukul 10 malam mulai 21 Julai)

Pas Mantab (Bual bicara, setiap Rabu, pukul 10 malam mulai 18 Julai)

Indo Pek – Pelangi (saluran 142)

Kata Ustadz Solmed (Bual bicara, 20 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 7 pagi mulai 23 Julai)

Perjalanan Islam Indonesia (Dokumentari, 20 episod, setiap Sabtu & Ahad, pukul 6.30 petang mulai 28 Julai)

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Makan Kek Ganja, Kanak-kanak Tertidur Tiga Hari

Posted: 09 Jul 2012 09:00 PM PDT

CALIFORNIA - Seorang kanak-kanak berusia tiga hari tertidur selama tiga hari, setelah dirinya tidak sengaja memakan kek ganja milik neneknya. Insiden tersebut membuat panik seisi rumah kanak-kanak tersebut.


Kanak-kanak itu memakan biskut yang disimpan di  peti sejuk yang berada di garaj rumanya di Murrieta, California, Amerika Syarikat (AS). Kek ganja itu ternyata memang dikonsumsi sang nenek, kerana dirinya menderita kanser dan dokter pun merekomendasikan ganja untuk mengatasi rasa sakitnya.

Keluarga  itu pun langsung memanggil ambulans setelah tidak bangun dari tidurnya selama 16 jam. Setibanya di rumah sakit, baru diketahui apa yang menyebabkannya tertidur panjang.

"Amat disayangkan mereka (keluarga) tidak menyimpan kek itu jauh dari jangkauan sang anak. Neneknya pun mengaku tidak akan mengkonsumsi kek itu lagi," ujar Ketua Polis Phil Gomez, seperti dikutip Orange, Isnin (9/7/2012).

Selama di rumah sakit, kanak-kanak itu pun mendapatkan perawatan. Pihak medik pun membiarkannya tertidur selama tiga hari hingga pengaruh narkobanya hilang.(faj)

Tanpa Sengaja Menari, Pasangan Kekasih Ditangkap

Posted: 09 Jul 2012 08:45 PM PDT

NEW YORK - Gara-gara secara tidak sengaja menari di stesen kereta api bawah tanah di New York, Amerika Syarikat (AS), sepasang kekasih terpaksa mendekam di penjara. Kini, pasangan itu pun khabarnya menyaman balik otoritas setempat.

"Kami  dipenjara selama 23 jam setelah harus berkonfrontasi cukup lama dengan otoritas setempat. Hal itu terjadi kerana kami menari tanpa sengaja setelah mendengar irama drum ketika tengah menunggu kereta api," ujar Caroline Stern dan pasangannya George Hess, seperti dikutip UPI, Isnin, (9/7/2012).

"Aku dan Hess tiba-tiba saja didekati oleh dua anggota polis. Mereka mengatakan, kami tidak dapat melakukan hal seperti itu (menari) di stesen kereta api. Padahal kami hanya menarikan Charleston," tambah Stern.

Menurut Hess, polis bertambah marah ketika mereka cuba merekam kejadian tersebut sehingga tidak lama kemudian muncul lapan polis lainnya yang mendekati mereka.

Stern dan Hess pun dibawa ke balai polis dengan tuduhan melakukan perbuatan tidak tertib dan berupaya melawan polii. Meski demikian, tuduhan itu kemudian dibatalkan oleh polis disertai dengan dibebaskannya mereka.

"Bayangkan jika Anda berada di sekitar para pemuzik dengan musik yang mereka mainkan, tentu saja membuat Anda ingin menari. Para muzik itu saja legal, lantas kenapa tindakan kami dianggap ilegal?," tanya pasangan ini.

Akibat insiden penangkapan ini Stern dan Hess pun memutuskan untuk mendatangi pengadilan federal. Pasangan ini khabarnya akan menuntut pihak berwenang atas insiden yang tidak menyenangkan tersebut.(rhs)

Gadis Ini Datuk Bandar Termuda di Dunia

Posted: 09 Jul 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Di usianya yang masih belia tidak mengurungkan niat Bashaer Othman, 15 tahun, untuk menjabat datuk bandar Allar, tepi barat, Palestin.
Menurut berita yang dilansir albawaba, terpilihnya Othman diambil berdasarkan keputusan warga memberdayakan kaum muda.
Gadis belia ini bakal menjadi datuk bandar selama dua bulan. "Melalui pengalaman ini, saya boleh berbagi pada pemuda lain. Jadi mereka boleh mempersiapkan diri jika suatu saat menjalankan lembaga negara," ungkapnya.
Allar merupakan kota kecil berpenduduk kurang dari seribu. Luasnya 12,3 kilometer persegi. Penduduk Allar pernah berkurang drastis pada 1948 setelah diserbu pasukan haganah (tentara bawah tanah Zionis) sebelum negara Israel berdiri.
Mereka dipukul mundur pasukan Mesir dua hari berikutnya dan pengungsi kembali, lalu membangun kota.
Sejarah Allar menjadi satu kekuatan bagi Othman untuk menjalani tugas sebaik-baiknya. Dia bertanggung jawab atas semua hal berkaitan Allar, termasuk mengawasi karyawan dan menandatangani dokumen, kecuali berhubungan dengan kewangan.
Gadis ini bekerja di bawah pengawasan datuk bandar terpilih, Sufian Shadid. Dia mengatakan antusias atas pengangkatan Othman untuk memimpin wilayah itu.
"Banyak cara mendukung kaum muda. Pertama, memastikan tidak ada satu halangan bisa menghambat mereka. Kedua, memupuk tekad dan ketekunan," kata Shadid.

Jelitawan Jerman pemenang ratu cantik dunia orang cacat pendengaran

Posted: 09 Jul 2012 08:15 PM PDT


PRAGUE - Peserta Jerman, Karin Keuter memenangi mahkota pertandingan ratu cantik dunia khusus untuk golongan cacat pendengaran, Miss Deaf World 2012 yang berlangsung di ibu kota Republik Czech, di sini.
Berlangsung pada Sabtu lepas pertandingan tersebut yang mula diadakan pada 2008, disertai oleh 40 finalis dari seluruh dunia.
Antara negara yang bertanding kali ini termasuk Kanada, Australia, Jerman, Perancis, Korea Selatan, India dan Indonesia.
Tempat kedua dimenangi oleh wakil Georgia, Maria Sakvarelashvili dengan tempat ketiga menjadi milik finalis dari Ukraine. - Agensi

sumber : kosmo online

Warga emas pandu Volvo lama sejauh hampir 4.8 juta kilometer

Posted: 09 Jul 2012 08:00 PM PDT



NEW YORK - Seorang bekas guru di Amerika Syarikat (AS), Irvin Gordon berharap dapat mencatat perjalanan sejauh 4.8 juta kilometer (km) bersama kereta merah kesayangannya, Volvo P1800 keluaran 1966 tidak lama lagi, lapor laman berita chron.com semalam.
Setakat ini, odometer kereta dua pintu itu mencatat jarak perjalanan melebihi 3.2 juta km atau hampir 1,176 pusingan mengelilingi dunia.
Gordon, 72, berharap dapat mencatat jarak 4.8 juta km menjelang tahun hadapan. Warga emas itu cuma perlu memandu sejauh 54,400km lagi untuk melakukan pencapaian tersebut.
"Saya seronok memandu kereta ini," kata Gordon yang membayar $4,150 (RM13,228) untuk kenderaan tersebut pada 30 Jun, 1966.
"Ketika itu, ia bersamaan gaji saya selama setahun," tambahnya.
Gemar melakukan perjalanan jauh, Gordon adalah pemegang Guinness World Record kategori Kenderaan Perbatuan Tinggi sejak 2002 dan merupakan orang pertama yang mencatat rekod tersebut.
Menurutnya, dia mengambil masa 21 tahun untuk mencapai jarak 1.6 juta km dan 15 tahun lagi untuk mencecah 3.2 juta km.
Kini bergelar duda selepas bercerai dengan isterinya, Gordon memandu sekitar 136,000km hingga 160,000km setiap tahun.
Kebanyakan perjalanan itu dilakukan untuk bersiar-siar atau menyaksikan pertunjukan automobil di seluruh AS.
Ditanya sama ada dia akan menukar kereta lama tersebut dengan model baharu, Gordon menyatakan perkara itu tidak pernah terlintas dalam fikirannya.
"Kenapa saya perlu menukar kereta ini? Ia ibarat seorang wanita yang baik, anda tidak akan mencari yang lain," ujarnya. - AP
sumber : kosmo online

Lelaki maut dikejar polis

Posted: 09 Jul 2012 07:45 PM PDT


JEDDAH: Seorang lelaki warga Arab Saudi maut, manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila kereta mereka merempuh jambatan ketika dikejar oleh anggota polis agama, semalam.
Di Arab Saudi di mana pemerintahan monarki mengamalkan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah yang ketat, polis agama akan meronda jalan raya untuk menguatkuasa pengasingan jantina dan memastikan orang ramai berkelakuan mengikut ajaran agama Islam. 
Polis agama dahulu dikenali sebagai Suruhanjaya Mempromosi Sifat Murni dan Pencegahan Maksiat, di mana anggota polis agama menahan mereka yang tidak mengikut peraturan itu.

Mac lalu, ketua Suruhanjaya itu mengharamkan mengejar kereta kerana pernah menyebabkan beberapa kemalangan maut.




Anggota keluarga mangsamemberitahu akhbar Watan, anggota polis mula mengejar apabila mereka bersemuka dengan Abdulrahman Ahmed al-Ghamci, 35, dan keluarganya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari taman hiburan di selatan wilayah al-Baha.

Menurut mereka, polis bersemuka dengannya kerana bunyi radio dalam keretanya yang dikatakan terlalu kuat.

Abdulrahman terus memandu keretanya pergi, menyebabkan polis agama mengejarnya dan keretanya merempuh jambatan menyebabkan dia maut.

Akhbar al-Watan melaporkan, anak lelaki Abdulrahman yang berusia sembilan tahun koma dan tangan isterinya terpaksa dipotong akibat kemalangan itu.

Anak perempuannya, empat tahun, berada di dalam keadaan stabil di hospital.

Jurucakap Suruhanjaya di al-Baha, Nasser al-Zahrani mengesahkan laporan itu.

Katanya, "Satu jawatankuasa dibentuk untuk menyiasat kejadian itu." - Reuters



sumber : myMetro

Samsung Galaxy tidak sehebat iPad: Hakim Britain

Posted: 09 Jul 2012 07:30 PM PDT


LONDON: Syarikat Korea Selatan, Samsung semalam memenangi kes paten terhadap syarikat pesaing dari Amerika Syarikat, Apple apabila seorang hakim Britain memutuskan, tablet Samsung Galaxy tidak cukup 'hebat' sehingga boleh dikelirukan dengan iPad yang dikeluarkan Apple.
Mahkamah Tinggi Britain memutuskan tablet Galaxy yang dikeluarkan Samsung, syarikat elektronik terbesar di dunia, tidak melanggar reka bentuk yang didaftarkan oleh Apple dan pengguna tidak mungkin terkeliru dengan tablet iPad.

"Mereka tidak mempunyai ciri-ciri menonjol dan kemudahan ekstrim seperti yang dimiliki oleh Apple," kata Hakim Colin Birss dalam keputusannya.


iPad menguasai kira-kira 65 peratus pasaran komputer tablet dunia dengan Samsung Galaxy, enam peratus, menurut laporan penyelidik pasaran, ABI dan IHS.

Seorang jurucakap Samsung berkata, pihaknya menyambut baik keputusan mahkamah dan memberi amaran kepada pesaingnya supaya tidak lagi mengambil tindakan undang-undang.


"Sekiranya Apple terus membuat tuntutan undang-undang berlebihan di negara lain mengenai reka bentuk generik, inovasi dalam industri akan terjejas dan mengehadkan pilihan pengguna," katanya.



Apple dan Samsung terbabit dalam tindakan undang-undang berhubung paten di mahkamah antarabangsa. - AP


sumber : myMetro

Seludup anak dalam bagasi

Posted: 09 Jul 2012 07:15 PM PDT


SHARJAH: Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menyeludup anak mereka masuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam bagasi tangan mereka.
Pasangan warga Mesir itu ditangkap apabila kakitangan keselamatan lapangan terbang mengesan bayi berusia lima bulan itu menerusi mesin pengimbas bagasi. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan Lapangan Terbang Sharjah, UAE, kerana tidak mempunyai dokumen lengkap untuk bayi itu.

Pihak berkuasa lapangan terbang bagaimanapun membenarkan mereka berada di lapangan terbang itu sehingga pejabat berkaitan dibuka.


Namun, pasangan itu cuba meneruskan hasrat mereka untuk memasuki UAE dan memasukkan bayi itu di dalam beg ketika pertukaran syif petugas.

Tetapi, perbuatan itu terbongkar apabila petugas keselamatan menyedari bentuk tubuh bayi pada mesin pengimbas.


Pasangan terbabit dituduh membahayakan nyawa kanak-kanak yang boleh terdedah kepada radiasi.



Jurucakap Polis Sharjah berkata: "Mereka membahayakan nyawa kanak-kanak itu. Ketika disoalsiasat, mereka mengaku bertindak untuk menyeludup anak mereka kerana dia tidak mempunyai pasport atau visa tetapi mahu membawanya bersama-sama ke UAE." Seorang lagi pegawai polis berkata: "Apabila petugas kastam melihat bayi itu pada mesin pengimbas, mereka terkejut.

"Mesin itu amat berbahaya kepada manusia, lebih-lebih lagi bayi dalam beg yang diimbas.


"Pasangan berkenaan yang mempunyai visa untuk memasuki UAE tetapi meletakkan nyawa anak mereka dalam bahaya akan didakwa." Suami isteri berkenaan dilapor meninggalkan UAE kerana si ibu hamil dan mahu melahirkan anak itu di Mesir.

Setakat ini tidak dapat dijelaskan bagaimana kanak-kanak itu dibawa naik ke pesawat di Kaherah tanpa pasport. - GN



sumber : myMetro

Pesara fanatik kereta api

Posted: 09 Jul 2012 07:00 PM PDT

KERETA API meluncur mengelilingi kebunnya. 


LONDON: Fanatik kereta api, Bill Barritt membelanjakan �22,000 (RM110,000) untuk membina landasan kereta api di belakang kediamannya.
Pesara akauntan yang berusia 80 tahun itu menghabiskan masa tiga tahun membina landasan sepanjang 1.9 kilometer dan kini menghabiskan masa terluang dengan memandu kereta api lapan penumpang yang diimportnya dari Ameruika Syarikat.


Barritt dari Bridgnorth, Shrops, berrkata: "Saya tertarik dengan kereta api sejak kecil lagi. Kini, saya boleh mengeliling kebun saya pada bila-bila masa dan kereta api saya sentiasa berjalan tepat pada masanya." - DM


sumber : myMetro

‘Serik makan nasi berulat’

Posted: 09 Jul 2012 06:45 PM PDT


SEPANG: "Saya serik di dalam penjara negara itu kerana kadangkala terpaksa makan nasi yang berulat disebabkan kapisiti penjara terlalu padat dan ramai," kata mangsa keldai dadah K Punithamani, 55, yang selamat pulang ke tanah air, selepas meringkuk empat tahun di dalam penjara di Peru.
Dia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, jam 3.30 petang semalam, diiringi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh dan dua wakil pergerakan berkenaan.

Namun, sebaik tiba di KLIA dan sebelum dibenarkan keluar dari lapangan terbang itu, dia terpaksa menjalani proses soal siasat selama hampir tiga jam oleh Polis Antarabangsa (Interpol), Jabatan Narkotik dan Jabatan Imigresen. "Saya tidak sangka dapat pulang ke bumi Malaysia, saya sangka saya akan mati di Peru. Terima kasih kepada semua yang terbabit dalam proses membawa saya pulang," katanya yang dibawa pulang hasil bantuan Kementerian Luar dan Pergerakan Pemuda Umno.


Punithamani dari Kuala Lumpur, dikatakan terjerat menjadi mangsa keldai dadah selepas dia terpedaya dengan satu sindiket yang menggunakan modus operandi menawarkan peluang perniagaan berunsurkan emas dan berlian pada 2007. Disebabkan percaya dengan pihak terbabit, pada tahun berkenaan dia tidak teragak-agak untuk menjalankan urusan berkenaan di Sepanyol, sebelum diminta ke Peru bagi mendapatkan stok barangan, kononnya membabitkan emas dan berlian. Namun, sebaik tiba di negara Amerika Selatan itu, dia dipaksa oleh dua lelaki bersenjatakan pistol untuk membawa sebuah beg ke Itali pula. Tetapi, di lapangan terbang di Peru iaitu dalam perjalanannya ke Itali, dia ditahan pihak berkuasa negara berkenaan, sebelum didapati bersalah, sekali gus dijatuhi hukuman penjara empat tahun sehingga 2010. Selepas dibebaskan dari penjara, dia terpaksa menjalani perintah parol selama dua tahun dan menetap di Gereja Convent. Sebaik tamat hukuman pada April lalu, dia dikehendaki meninggalkan Peru kerana jika tidak, dia boleh dipenjarakan semula atas kesalahan tinggal secara haram di negara berkenaan.

Punithamani yang kini menarik nafas lega turut mengambil kesempatan menasihatkan semua rakyat Malaysia terutama wanita supaya berhati-hati jika ingin membabitkan diri dalam sebarang bidang perniagaan supaya tidak terjebak dalam kancah tidak sepatutnya.


"Siasat dulu segala maklumat mengenai mereka yang terbabit supaya tidak melalui nasib malang seperti dialami saya," katanya.



Sementara itu, Muhd Khairun berkata, nasib malang menimpa wanita terbabit adalah satu contoh kes sindiket dadah yang menjadikan wanita sebagai keldai dadah, tetapi kali ini membabitkan warga tua.

"Kami menyeru pihak kerajaan supaya lebih tegas mengenai kemasukan warga asing ke negara ini terutama dari Amerika Selatan dan Nigeria," katanya.




sumber : myMetro

Mangsa samun tak maaf remaja tetak tangan

Posted: 09 Jul 2012 06:30 PM PDT


GOMBAK: "Saya tidak memaafkan perbuatan remaja lelaki terbabit yang menetak tangan kanan hingga terbelah hanya kerana ingin mengambil wang dan kad tambah nilai dianggarkan bernilai RM1,000 ketika mereka menceroboh kedai runcit saya di Selayang Point malam kelmarin," kata mangsa samun, N Sarathi, 32, yang menerima 15 jahitan di tangan akibat ditetak remaja terbabit.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa didatangi empat remaja lelaki yang menyamar pelanggan dan berpura-pura mahu membeli barangan.

Beliau berkata, dia pada mulanya mengesyaki sesuatu apabila melihat tindak-tanduk mereka yang mencurigakan namun mendiamkan sahaja sebelum remaja itu datang ke arahnya membawa beberapa barangan runcit.


"Seorang daripada mereka menyeluk tangan dalam begnya sebelum mengeluarkan sebilah parang dan menetak tangan saya.

"Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan remaja yang melihat saya kesakitan membuka laci sebelum mereka mengambil wang dan kad tambah nilai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Selayang, semalam.


Menurutnya, ketika itu, remaja terbabit turut menggertak pelanggan lain yang ingin masuk dalam kedai dengan parang menyebabkan mereka tidak berani masuk dan melarikan diri.



"Mujur ketika itu, rakan niaga saya melalui kawasan itu menjerit meminta tolong menyebabkan semua remaja terbabit melarikan diri.

"Rakan membawa saya ke Hospital Selayang untuk rawatan. Bagaimanapun, saya mendapatkan rawatan di Sime Darby Medical Centre Subang Jaya (SDMC) dan menerima 15 jahitan di tangan," katanya.


Mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.



sumber : myMetro

Segelas air pengikat cinta

Posted: 09 Jul 2012 06:15 PM PDT


KOTA BHARU: "Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin).
"Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga," kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK.
Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.



Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.



sumber : myMetro

Bom janda

Posted: 09 Jul 2012 06:00 PM PDT


TAPAH: Selepas empat tahun, sekali lagi seorang guru wanita nyaris maut diletupkan bekas suaminya apabila lelaki itu didakwa sengaja meletakkan bom di bawah kereta wanita berkenaan yang diparkir di pekarangan Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, di sini.
Dalam kejadian jam 9.40 malam Selasa minggu lalu, guru berusia 50-an itu, bagaimanapun terselamat selepas menemui alat yang mencurigakan dipasang berhampiran tangki minyak dan ekzos Proton Saga miliknya.
Mangsa yang mengesyaki alat berkenaan bom dan bimbang kereta meletup apabila enjin dihidupkan, bergegas membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, sejurus menerima laporan, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan memeriksa kereta berkenaan sebelum menemui satu alat yang disyaki bom.



Bagaimanapun, ketika itu, alat berkenaan sudah dialihkan dari bawah kereta mangsa oleh pengawal keselamatan sekolah dan meletakkannya di kawasan terbuka kerana bimbang ia meletup.



sumber : myMetro

Tiga suspek belasah dicari

Posted: 09 Jul 2012 05:45 PM PDT


SEREMBAN: Polis giat memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang membelasah tiga pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mohd Said, Nilai, dekat sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, semua suspek berusia 20-an terbabit melarikan diri dan tidak pulang ke rumah selepas menyedari diburu polis.

"Polis yakin semua suspek ditahan tidak lama lagi kerana identiti mereka dikenal pasti.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan masing-masing kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan mengugut," katanya.


sumber : myMetro

Lelaki mengadu bungkusan gula-gula ini terlampau seksi

Posted: 09 Jul 2012 05:30 PM PDT


Seorang lelaki Inggris mengeluh tentang pembungkus gula-gula yang 'seksi'.


Simon Simpkins dari Pontefract menulis kepada Haribo untuk memberikan keluhannya ,mengenai pembungkus gula-gula Maoam, dimana menurutnya pembungkus itu memperlihatkan gambar kartun sebuah jeruk (nipis)lelaki memegang lemon (sitrun/ limau) perempuan dengan pegangan/remasan yang seksi.

Menurut Simon jeruk nipis itu memiliki wajah yang mengerikan dan tidak enak di pandang kartunnya.



Pihak Haribo mengatakan mereka tak berfikiran gambar tersebut boleh diinterpretasikan sebagai sesuatu yang seksual dan tak sedar kalau pembungkus itu dilihat seperti itu.

"Tak ada maksud kalau pembungkus itu dibuat untuk menciptakan gambaran-gambaran seksual," ujar juru bicara Haribo seperti diberitakan Femalefirst.co.uk

Cara mengemis yang ekstrim pasangan ibu dan anak ini

Posted: 09 Jul 2012 05:15 PM PDT


Cara mengemis pasangan ibu dan anak ini di China ini memang boleh dikatakan cukup ekstrim. Ketika sang ibu berbaring di tanah dan pura-pura mati, sang anak lalu beraksi seakan-akan ibunya itu telah tiada untuk menarik simpati pejalan kaki yang lalu lalang.



Tubuh Ibu itu terbaring tak bergerak di sebuah lokasi pedestrian. Sebuah kain berwarna merah menyelimuti 'jasad'nya dari leher hingga kaki. Di sampingnya, para pejalan kaki dapat melihat seorang anak yang sedang berlutut dan menangis sejadi-jadinya. Anak itu bahkan memletakkan kepalanya ke lantai dan meminta sumbangan ke orang yang sedang melalui di tempat itu.

Drama menyedihkan yang terjadi di kota Shanghai, China, itu kemudian tiba-tiba berhenti setelah dua orang petugas keamanan mendatangi lokasi kejadian. Wanita yang tadinya terbaring tidak bergerak itu kemudian berdiri lalu pergi bersama anaknya.

Kemiskinan tampaknya telah membuat sebahagian orang menjadi cukup kreatif... Namun sayangnya tak ramai daripada mereka yang mampu mengaplikasikan kelebihan mereka itu di jalan yang sepatutnya.-idbite.com

sumber: asiaone
foto: stomp.com.sg

Artis yang tergolek jatuh semasa jalan di carpet merah

Posted: 09 Jul 2012 05:00 PM PDT




Gadis Cacat Mental Ini Terpaksa Makan Kulit Sendiri

Posted: 09 Jul 2012 04:45 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Seorang gadis cacat mental dan menghidap Down Syndrome, ditemukan memakan kulitnya sendiri oleh polis di Virginia, Amerika Syarikat (AS). Demikian dilansir Daily Mail.

Orangtuanya dikenakan tuduhan membiarkan anaknya dan juga membunuh yang lainnya. Brian dan Shannon Gore, orangtuanya dituduh mengurung anaknya di dalam sangkar dan konon sengaja mengurung anak perempuannya untuk melindunginya.

Dia juga tidak membuat sijil kelahiran kepada anaknya tersebut. Anak tersebut lahir di rumah tanpa bantuan medik dan para tetangganya tidak tahu jika ada penyiksaan seperti itu atau ada anak yang dikubur.

Gadis malang ini hampir mati kelaparan dan memakan sebahagian kulitnya. Polis mengatakan ini satu dari kes terburuk dari penyiksaan anak yang pernah mereka lihat. Dalam keadaani telanjang dan tubuhnya dipenuhi kotoran dan tak boleh berjalan.

Kerana tak cukup duit beli iPad untuk kekasih,pemuda reka sendiri

Posted: 09 Jul 2012 04:30 PM PDT


VIVAnews - Banyak cara dipakai untuk menunjukkan rasa cinta pada orang yang dikasihi. Salah satunya adalah mereka gadget yang menyerupai iPad, seperti yang dilakukan seorang mahasiswa China bernama Wei Xinlong untuk kekasihnya.

Wei memerlukan waktu 10 hari dan dana sebesar 800 yuan untuk mereka gadget yang dibuatnya semirip mungkin dengan iPad keluaran Apple. "Dengan ini Anda boleh membaca e-book, memposting menonton filem, dan bermain hanya dengan menyentuh layarnya," jelas Wei, seperti dimuat China Daily,baru-baru ini.

Ide merekat 'iPad' muncul kerana Wei tak punya cukup wang untuk membelikan kekasihnya, Sun Shasha, sebuah komputer baru. Berbekal pengetahuan yang diperolehnya dari sebuah video tentang cara merakit PC tablet, Wei lalu berusaha merakit sendiri.

"Main board, video card, CPU, dan layarnya saya dapatkan dari laptop lama. Namun saya membeli layar sentuh dan baterinya online," tutur Wei, yang kuliah di Jabatan Desain dan Seni Northeast Normal University di Changchun, ibukota Provinsi Jilin.

Shasha yang juga sejurusan dengan kekasihnya mengatakan bahawa hasil rekaan Wei sangat rapi. "Ini hadiah terbaik yang pernah saya dapatkan, dan saya akan terus menyimpannya," kata Sun, yang menambahkan berlian tiruan di sekeliling 'iPad'nya.

Sun merakamnya, lalu mengunggahnya dalam sebuah artikel internet berjudul The Birth of My Tablet PC yang langsung mendapat 100 ribu klik dalam waktu tiga hari. "PC tablet ini benar-benar avant-garde, lebih bagus daripada iPad asli," puji salah seorang pengguna Internet.

Kereta Ferrarai langgar kereta lain semasa ditolak kerana kehabisan minyak

Posted: 09 Jul 2012 04:15 PM PDT

Lintascerita.com - Gara gara kereta ferrari yang dipandu kehabisan minyak. Pemandu itu cuba menolak kereta ferrari tersebut ke stesen minyak.Namun kerana terburu buru kereta ferrari tersebut melanggar kereta lain dan hasilnya...... sungguh sayang sekali ...






Seorang ibu bejaya menangkap seorang budak yang jatuh dari tingkat 10

Posted: 09 Jul 2012 04:00 PM PDT

BEIJING, KOMPAS.com — Seorang gadis cilik China yang berusia dua tahun seakan-akan mempermainkan kematian setelah jatuh dari jendela tingkat 10 sebuah apartment. Walaupun masih kritikal dia selamat berkat seorang pejalan kaki yang berlari untuk menangkapnya.

Si penyelamat, Wu Juping, berusia 31 tahun dan merupakan ibu dari seorang bayi berusia tujuh bulan. Ia melihat anak itu bergayut di jendela blok apartment yang tinggi itu. Perempuan pahlawan yang bertindak cepat itu menanggalkan kasut tumit tingginya lalu berlari ke arah kanak-kanak yang akan jatuh dengan dua tangan yang siap menadah.

Wu Juping dipuji sebagai pahlawan di televisyen China. Siaran televisyen memperlihatkan dia sedang dirawat di tempat tidur hospital kerana patah lengan setelah kecelakaan pada hari Sabtu itu. Wu menderita patah lengan kiri ketika anak kecil itu menimpanya sebelum jatuh ke rumput. Ia kemudian pengsan akibat kekuatan hentaman anak kecil tersebut.

Anak yang diselamatkan, Niu Niu, menderita perdarahan dalaman dan masih dalam keadaan kritikal. Ia ditinggalkan sendirian di apartmentnya ketika kecelakaan terjadi. Demikian lapor pejabat berita rasmi China, Xinhua.

Kecelakaan itu terjadi dekat Hangzhou, ibu kota daerah Zhejiang. Jin Dengfeng,pengarah sebuah hospital di kota Fuyang yang menawarkan rawatan bagi Wu ketika mendengar khabar mengenai aksi itu, mengatakan bahawa perempuan tersebut telah mempertaruhkan hidupnya dengan menghambat jatuhnya si anak. "Dia boleh saja meninggal atau lumpuh seumur hidup jika anak itu menimpa kepala atau punggungnya," katanya.

Wu mengatakan, kerana cederanya, dia terpaksa berhenti menyusui anak lelakinya yang masih bayi lebih awal dari yang direncanakan. "Saya tidak menyesali apa pun. Saya hanya berharap, Niu Niu boleh sembuh," katanya sebagaimana dikutip The Daily Mail, Senin (4/7/2011).

Aksi kanak -kanak yang tak sanggup kita lihat

Posted: 09 Jul 2012 11:00 AM PDT




Berdasarkan gambar kedua remaja baru berusia belasan tahun..
bayangkan jika ini terjadi kepada kaum keluarga kita..
dan menurut jurugambar yang mengambil gambar ini kedua remaja menuju ke
tandas dan setengah jam kemudian baru mereka keluar...

Wanita telanjang naik ke menara bervoltan tinggi untuk bunuh diri

Posted: 09 Jul 2012 10:30 AM PDT







Wanita ini dipercayai mengalami masalah mental.Orang ramai mengatakan dia telah memanjat menara bervoltan tinggi dan kemudian melaporkan kejadian ini kepada pihak berkenaan.Pasukan penyelamat bergegas ketempat kejadian dan berjaya menenagkan wanita ini serta menurunkannya kebawah.Kejadian ini berlaku didaerah Tianjin China.

Nenek terkejut nombor telefon di mainan cucunya nombor tefon seks

Posted: 09 Jul 2012 10:15 AM PDT


GEORGIA, KOMPAS.com — Seorang nenek di Marietta, Georgia, Amerika Syarikat, memberikan sebuah kereta mainan pick up penarik kenderaan kepada cucunya yang berusia tiga tahun. Mainan produksi Mattel Matchbox itu tampil lengkap dengan pengait dan nombor telepon. Namun, siapa sangka nombor itu membuat Jan Barnett, sang nenek, terkejut.

Saat nombor itu dihubungi, suara yang terdengar dari seberang sana adalah suara perempuan yang mengatakan, "Hey there sexy guy. Welcome to an exciting new way to go live...."

"Saya terkejut. Itu ternyata nombor telepon seks," ucap sang nenek, seperti dikutip 11Alive News.

Kejadian ini berawal ketika ibu anak tersebut bercanda dengan neneknya apakah nombor di kereta mainan itu benar-benar boleh dihubungi. "Saya khuatir. Walaupun anak seumur itu belum mengerti hal ini, dia kan boleh saja menekan-nekan nombor telefon. Lantas apa jadinya jika tiba-tiba dia bilang ke saya, 'Nenek, ini ada suara perempuan?'" ujar Barnett.

Rachel Cooper, juru cakap dari perusahaan Mattel, beberapa waktu kemudian memberikan respons. "Kami memohon maaf yang sebesar-besarnya atas kejadian ini. Mainan GMC Truck Tow tersebut dibuat tahun 2000 dan sebenarnya sudah tidak diproduksi lagi. Mattel memiliki peraturan melarang pencantuman nombor telefon pada mainan." Lantas, siapa yang kira-kira mencetak nombor ini di KERETA itu? (Dimas)

Menikah dengan patung separuh bogel

Posted: 09 Jul 2012 10:00 AM PDT

Pernikahan merupakan peristiwa yang menyatukan dua manusia dalam satu hubungan rumah tangga. Tapi kenyataannya, pernikahan tak hanya menyatukan sepasang manusia, tapi juga manusia dan benda mati.

Seperti yang dilakukan Dauveed. Lelaki yang berasal Amerika Syarikat ini nekad menggelar pernikahan dengan sebuah patung  wanita cantik. Dia menyebut patung yang biasa digunakan untuk dipakai baju di kedai itu sebagai Clara.

Pernikahan berlangsung pada Jun 2009. Dauveed sengaja mengundang sejumlah media massa untuk menyaksikan pernikahan kontroversi itu. Upacara pernikahan itu bahkan sempat ditayangkan di YouTube.

Selesai pernikahan itu, Dauveed mengelilingi Hollywood sambil membawa 'isterinya'. Itu dilakukannya untuk membuktikan bahawa pernikahan itu serius. Apakah pernikahan itu memang dilandasi rasa cinta atau tidak, yang pasti aksi Dauveed membuat banyak orang ternganga.