Adsense

Isnin, 9 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Heliza Helmi di Sambutan Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5

Posted: 09 Jul 2012 08:38 PM PDT

Gambar Heliza Helmi di Sambutan Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5

Heliza ni seorang yang sangat spontan. Lawak jenakanya spontan, lahir dari jiwanya yang sangat ceria. Budiey suka tengok Heliza nyanyi lagu-lagu yang digarap dengan gaya yang spontan seperti yang dipersembahkan semasa Hi Tea Ulangtahun Get Gorgeous Ke-5 yang berlangsung di Bangi Golf Resort pada petang Sabtu lalu.

Menurut Heliza, dia kini kalau boleh mahu mengurangkan membawa lagu-lagu cinta yang melekakan, dan rasa sudah tiba masanya untuk dia mengubah sedikit haluan perjalanan seninya dengan membawa lagu-lagu yang punya makna ketuhanan dan ada nilai-nilai kemanusiaan. Elokla tu, Budiey sokong sangat.

Heliza juga berbakat untuk mencipta lagu secara spontan. Terbukti, lagu yang diperdengarkan pada majlis ini juga dicipta semasa azan maghrib berkumandang. Mmm… ilham tiba-tiba je datang. Itulah anugerah tuhan namanya.

Di sini Budiey ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-5 untuk Get Gorgeous di mana ia adalah sebuah butik pakaian yang dibuat secara kerjasama Heliza bersama rakan-rakannya. Tahniah diucapkan.

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Heliza Helmi

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Program Terbaru Astro Sempena Bulan Puasa 2012

Posted: 09 Jul 2012 05:54 PM PDT

Semalam, telah berlangsung Majlis Pelancaran Prebiu Program Ramadan Astro di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Astro telah mengumumkan pembaharuan menerusi 19 program yang lebih santai dan hiburan ringan di lapan saluran bersempena kedatangan Ramadan pada tahun ini.

astro

Pengurus Saluran Astro Oasis Izelan Basar berkata, berdasarkan kajian dan respons yang diterima pada Ramadan tahun lalu, para pelanggan Astro lebih cenderung kepada program-program yang santai dan ringan untuk ditonton pada sebelah malam selepas mereka berpuasa di siang hari.

"Kita melakukan perancangan dan penyusunan program yang lebih teliti daripada awal lagi bagi menawarkan pengisian yang berbeza untuk penonton pada Ramadan tahun ini. Berdasarkan kajian dan respons, penonton Astro lebih cenderung memilih program yang ringan seperti drama sebagai hiburan pada malam hari selepas mereka berpuasa di siang hari. Sebab itu, kita memberikan penekanan kepada program yang lebih santai tetapi tidak melupakan program berteraskan keagamaan dan ilmiah juga."

Izelan berkata, pengisian program Ramadan pada kali ini adalah lebih istimewa dan tidak hanya bertumpu di Astro Oasis sahaja seperti tahun-tahun yang lepas.

Barisan selebriti yang terlibat dalam pelbagai program Ramadan di Astro bermula 21 Julai ini. Antara selebriti yang turut hadir termasuklah Ziela Jalil, Anita Baharom, Sharifah Shahora, Lia Natalia, Mat Over, Razak Ahmad, Zazlin Zulkifli, Amar Anak wayang, Rashid Sibir, Hamidah Wahab, Shafiq Kyle, Talha Harith, Amilin, Papa Joe, Ezani, Nik Michael , Zamir (MasterChef Malaysia), Danish Adam, Hiera Hassan serta ramai lagi.

"Pada tahun ini, program-program Ramadan di Astro turut akan disiarkan di tujuh lagi saluran iaitu Prima, Ria, Ceria, Citra, Mustika HD dan Indo Pek (Bintang dan Pelangi) buat julung kalinya. Kita mahu menawarkan lebih banyak genre dan kepelbagaian pada kandungan kami berbanding tahun-tahun lepas."

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli pula berkata, buat julung kalinya saluran itu menyiarkan program khas bersempena Ramadan iaitu Helo Bro… Tolong Masak! yang akan disiarkan pada sepanjang Ramadan pada pukul 6 petang selama setengah jam bermula 21 Julai ini.

"Kami berharap program bercorak masakan ini dapat mencetuskan trend baru kerana Astro Ria. Pada setiap episod, Nik Michael (MasterChef Malaysia) bersama selebriti-selebriti undangan akan memenuhi permintaan pelbagai pihak bagi menyiapkan hidangan makanan. Pada penghujung program nanti, sumbangan yang dikutip daripada program itu akan disalurkan ke badan kebajikan. Ia berbeza daripada program masakan yang sedia ada," katanya.

Astro Ramadan

Antara program menarik Ramadan yang akan disiarkan mengikut saluran adalah seperti berikut:

Astro Oasis (saluran 106)

InsyaAllah Ada Jalan (Drama bersiri, 40 episod, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5.30 petang mulai 23 Julai)* Tayangan serentak di saluran Mustika HD, Brunei dan Indonesia

Geng Surau musim kedua (Drama bersiri, 20 episod, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang mulai 16 Julai)

Tanah Kubur musim keempat (Drama bersiri, 13 episod, setiap Jumaat, pukul 7.30 malam)

Rasa Halal Antarabangsa diacarakan Heliza Helmi (Travelog, 26 episod, setiap Khamis, pukul 5.30 petang)

Perangi Sihir diacarakan Datuk Engku Ansaruddin Agus (Bual bicara, 15 episod, setiap Isnin, pukul 11 malam)

Astro Prima (saluran 105)

Masihkah Ada Ramadan (Drama bersiri, 4 episod, setiap Isnin, pukul 10 malam mulai 23 Julai)

Keluarga Iskandar (Drama bersiri, 15 episod, setiap Selasa, pukul 10 malam)

Ezani & Wahidan Balik Kampung (Kembara masakan, 13 episod, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari mulai 21 Julai)

Astro Ria (saluran 104)

Helo Bro… Tolong Masak! (Realiti, 30 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 6 petang mulai 21 Julai)

Astro Ceria (saluran 611

Upin & Ipin (Animasi, 21 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 5.25 pagi, 12.25 tengah hari dan 6.25 petang)

Puasa bersama Ceria (30 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 7.30 malam mulai 21 Julai)

Indo Pek – Bintang (saluran 141)

Konser Gema Ramadhan (Konsert, 4 episod, setiap Sabtu, pukul 10 malam mulai 21 Julai)

Pas Mantab (Bual bicara, setiap Rabu, pukul 10 malam mulai 18 Julai)

Indo Pek – Pelangi (saluran 142)

Kata Ustadz Solmed (Bual bicara, 20 episod, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 7 pagi mulai 23 Julai)

Perjalanan Islam Indonesia (Dokumentari, 20 episod, setiap Sabtu & Ahad, pukul 6.30 petang mulai 28 Julai)

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: