Adsense

Isnin, 9 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Cantik Berseri Penampilan Baru Fazurina

Posted: 09 Jul 2012 10:14 PM PDT

Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 30 merupakan seorang pelakon wanita yang baru sahaja berhijrah ke arah kebaikan. Jika suatu ketika dahulu Fazurina gemar tampil dengan penampilan yang lebih seksi dan daring namum kini semuanya telah berubah.

Syukur alhamdullilah kini penampilan Fazurina sangat cantik dan berseri-seri dengan menutup auratnya. Wajah Fazurina kini nampak sangat berbeza dari sebelumnya, dengan riak wajah yang nampak manis dan tenang membuatkan ramai lebih senang dengan penampilannya kini.

Bercakap mengenai penghijrahannya, Fazurina menceritakan yang beliau mula berhijrah bertudung sejak ulangtahun hari lahirnya ke 30 tahun pada 9 Jun yang lalu. Beliau merasakan sudah tiba masanya beliau berubah ke arah yang lebih baik dan meninggalkan zamannya yang lampau sebagai sejarah sahaja. Akan tetapi timbul rasa kesal pada beliau kerana baru kini beliau berhijrah ke jalan yang lebih baik.

  

Apa yang pihak OHBULAN! boleh katakan ini merupakan satu tindakan yang sangat bagus untuk dicontohi dan kami juga mendoakan agar Fazurina akan terus kekal dengan imej ini dan berjaya dengan perancangan masa hadapan beliau. Walaupun sudah lewat berubah penampilannya namun masih belum terlambat untuk mulakan dengan yang lebih baik dari sekarang.

Kredit Foto : Google

Busana Hari Raya Dari Rizalman Ibrahim

Posted: 09 Jul 2012 09:59 PM PDT

Berita baik pada semua peminat yang sentiasa menanti kemunculan rekaan baru dari pereka fesyen Rizalman Ibrahim sudah pun terjawab. Pada 7 julai yang lalu Rizalman baru sahaja memasarkan rekaan busana untuk koleksi Raya 2012 di semua pasaraya Tecso yang berada di Malaysia.

Pasti ada yang merasa sedikit pelik kerana ini merupakan pertama kalinya pereka ini berkolaberasi dengan Syarikat Tesco untuk memasarkan produk beliau. Koleksi yang diberi nama " 20 by Rizalman " ini merupakan koleksi yang melambangkan diri beliau sendiri. Dimana koleksi ini membawa imej Rizalman yang sudah berkecimpung dalam bidang pereka fesyen sejak 20 tahun yang lalu.

Sebanyak 12 pasang baju kurung dan juga kebaya moden telah beliau hasilkan untuk koleksinya kali ini. Kesemua rekaan dihasilkan berdasarkan elemen-elemen kebaya pendek dan baju kurung Kedah. Rekaan bagi koleksi terhad ini mengekalkan kualiti dari segi warna, tekstur, renda dan reka bentuk berjalur sahaja. Manakala harga bagi setiap pasang baju pula bermula serendah RM180 – RM250 sahaja.

Bagi anda yang ingin dapatkan koleksi ini bolehlah berkunjung ke cawangan Tecso Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bahru, Paradigm Mall, Seremban 2, Desa Tebrau, Tanjung Pinang, Melaka, Shah Alam, Station 18, Puchong, Taiping, Seri Alam, Kepong, Penang, Kajang, Setia Alam, SP Selatan, Mergong, and Nilai.