Adsense

Jumaat, 6 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


20 Foto Majlis Adat Malam Berinai Ella, Ratu Rock Malaysia

Posted: 06 Jul 2012 07:13 PM PDT

Rakan Ministry Of Moment, pasukan jurufoto rasmi perkahwinan Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin sudi berkongsikan 20 foto eksklusif majlis adat malam berinai yang berlangsung di kediaman wanita bertempat di Klang, Selangor, malam tadi.

Ella yang kini mencecah umur 46 tahun akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka bernama Azhar Ghazali yang berasal daripada Muar, Johor pada malam ini.

Nostalgia : Poster “Kanta Serigala”, Filem Lakonan Didie Alias & Faizal Hussein Ketika Muda!

Posted: 06 Jul 2012 02:08 AM PDT

Kepada para pembaca yang sudah berumur 30 tahun dan keatas, anda mungkin pernah menonton filem "Kanta Serigala" yang ditayangkan pada tahun 1991, tapi bagaimana pula dengan yang lain?

OHBULAN! pasti kalau ada pun yang berumur dibawah 30 tahun, pasti anda menontonnya secara tidak sengaja bukan?

Filem lakonan Didie Alias, Faizal Hussein, Rosyam Nor, dan Raja Nor Baizura ini suatu masa dahulu pernah menggegarkan pawagam dengan aksi ngeri didalam filemnya. Namun itu cuma suatu masa dahulu, tidak lagi sekarang. Apa yang OHBULAN! tertarik sebenarnya disini adalah wajah Didie Alias 21 tahun lepas, nampak ranggi dan mantap bukan? Rugi pula rasanya tak sempat menonton Didie Alias berlakon ketika dizaman muda remajanya.

Untuk pengetahuan, filem ini telah diarahkan oleh pengarah, Hussein Abu Hassan dan pada waktu itu, Rosyam Nor hanya memegang watak pelakon pembantu sahaja. Klasik kan?

Mari lihat beberapa keping lagi foto ya!

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jurnal Renovation & Semua Excited Untuk Menang

Posted: 06 Jul 2012 08:09 PM PDT

Pejam celik-pejam celik, hari ini dah pun masuk hari ke – 7 kita berada di bulan Julai. Cepat betul kan masa berlalu?

Oh ya, hari ni, hari Sabtu, jadual Budiey sangat penuh juga dengan majlis sana sini. Rasa dah tak sempat untuk luangkan masa lihat apa perkembangan rumah baru yang sekarang ni tengah sibuk dibaiki dan diubah suai. Ya, untuk pengetahuan, Budiey akan ke rumah Ratu Rock Ella malam ini untuk menyaksikan penyanyi rock ini disatukan dengan kekasihnya dalam majlis akad nikah yang diadakan di rumah Ella kat Klang, Selangor. Selamat pengantin baru buat Ella. Love you. Dan petangnya pula, Budiey akan hadir di majlis anjuran penyanyi Heliza Helmi di mana berlangsungnya Hi Tea & Pelancaran serta Party Ulangtahun Ke-5 Get Gorgeous. Sibuk giler la Sabtu pun kena kerja.

Pendek kata, masing-masing sekarang ni mengejar masa. Termasuklah juga penganjur events yang kini berhempas pulas untuk melunaskan dan menyelesaikan segala majlis sebelum Ramadan tiba. Maklumlah dah tak lama lagi kita akan berpuasa. Dan selepas itu, kita akan menyambut hari raya.

Cakap pasal berpuasa dan raya ni, Budiey sekarang masih pening untuk selesaikan beberapa fasa untuk mengubah suai rumah. Terutama di bahagian jubin yang masih belum selesai. Lagi menimbulkan masalah, bajet dan peruntukan untuk tukar jubin dah lari, dah tak cukup untuk menukar dengan yang baru.

rumah

Nampaknya, Budiey terpaksa tunggu keputusan peraduan yang Budiey sertai hari tu iaitu Peraduan How MML Makeover Works. Dalam hati sekarang ni, sangat berdebar-debar menunggu keputusan siapakah yang akan menang hadiah lumayan berupa pakej menukar jubin yang lebih bermutu, cantik dan elegan itu.

Adus, sempena hari Jumaat yang mulia ini, Budiey terus berdoa dalam hati agar Budiey adalah salah seorang daripada pemenang peraduan ini.

Budiey harap juri bersikap adil dan saksama dalam memilih pemenang. Bayangkan, pemenang akan dipilih berdasarkan dua ciri iaitu secara undian dari orang ramai dan juga undian dari para juri yang terdiri daripada penganjur.

Budiey rasa, kalau nak ikutkan memang dah berhempas pulas mengajak semua pembaca mengundi Budiey untuk hadiah ini. Maklumlah sekarang tengah poket kering, hanya ini yang dapat membantu Budiey untuk selesaikan segala proses pengubah suai sekarang.

Dalam minda sekarang ni, terbayang-bayangkan bagaimana nanti ruang tamu Budiey dijelmakan dan diubah suai (make over) dengan gaya yang penuh elegan. Budiey sangat suka lantai ruang tamu yang licin dan berkilat. Paling penting kena nampak bersih dan putih. Barulah ruang tamu yang sempit akan nampak lebih luas.

Kalaulah menang peraduan ini, Budiey rasa sangat bertuah sebab dapat beraya dengan rumah baru, jubin yang baru lagi menawan. Semua tetamu datang mesti terpaku melihat jubin yang elegan kukuh dipasang rapi dan kemas sekali.

goodies cat

Oh ya, sebelum Budiey menutup bicara, Budiey nak kasi respon kepada soalan dari pembaca minggu lepas yang bertanya macamana nak pilih jubin rumah yang sesuai dan senang untuk dicuci. Tambahan lagi apabila rumah anda ada kucing yang biasanya suka kencing merata-rata.

Pemasangan jubin sebenarnya membolehkan kita mencuci kotoran seperti najis atau kencing kucing lebih mudah dari karpet.

Cecair tidak akan meresap melalui jubin tetapi kita perlu membersihkan kotoran ini dengan segera untuk mengelakkan bau.

Ada beberapa cara mudah untuk membersihkan lantai jubin dari air kencing kucing dan menghilangkan bau yang mungkin kekal berpanjangan.

Lap air kencing kucing dari lantai jubin dengan kertas tisu dengan segera. Campurkan 4 cawan air dengan 1 cawan cuka di dalam baldi.

Basahkan kain dengan campuran tersebut. Lap pada kawasan jubin tersebut. Bilas kawasan tersebut dengan kain yang bersih, dan keringkan jubin dengan segera.

Untuk menghilangkan bau air kencing kucing di lantai jubin, taburkan sedikit serbuk soda baking ke atas kawasan tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum dibersihkan dari jubin dengan kain lembap.

Harap pembaca Budiey yang bertanya soalan tu, berpuas hati dengan jawapan ini ya. Apa-apa pun, Budiey akan update kat sini siapakah yang akan menang peraduan ini. Budiey percaya, bukan Budiey sahaja yang tengah berdebar-debar dan neves untuk tunggu keputusan, pembaca budiey juga ada yang rasa dah tak sabar untuk tunggu. Maklumlah kalau boleh renovasi dan make over tu kenalah buat sebelum raya. Barulah raya tahun ini penuh makna dan meriah, tak gitu?

Okaylah, sekian sahaja untuk kali ini. Bertemu lagi you alls.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Bakal Suami Ella

Posted: 06 Jul 2012 12:38 AM PDT

Inilah gambar Bakal Suami Ratu Rock Ella. Budiey rasa ramai yang dah tahu Ratu Rock Malaysia – Ella akan berkahwin pada esok jam 9 malam di rumahnya kat Klang, Selangor. Soalnya, ramai yang tak kenal siapakah gerangan yang akan jadi suami Ella ni. Tak kurang ramai pembaca yang nak tengok gambar bakal suami Ella. Siapalah jejaka yang bertuah tu kan?

Apa-apa pun sama-sama kita doakan buat Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin agar majlis malam esok selamat dan berjalan lancar.

Gambar ini diletakkan di Facebook milik pengurus Ella iaitu abang Badrul Hisham.

Bakal suami Ella bernama Azhar Ghazali Caption bekerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan komuniti Firefly.

Ella yang kini mencecah usia 46 tahun bakal menamatkan zaman solonya pada esok, 7 Julai 2012 di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. Menurut sumber lagi, jejaka yang bernama Azhar Ghazali tersebut khabarnya berasal daripada Muar, Johor.

Budiey juga turut dijemput untuk buat liputan dan insyaallah, Budiey akan letakkan gambar-gambar akad nikah Ella di sini pada malam esok.

Gambar Suami Ella

Selamat pengantin baru, Ella. Tahniah untuk Ella dan bakal suami.

Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.

Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.

"Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.

Upacara akad nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.

Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya.

Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 15 Jun lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.

Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti

Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.

"Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu. via Mstar Online.

Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

borak kosong

borak kosong


Tips agar kelihatan o.k bila bergambar

Posted: 06 Jul 2012 09:30 PM PDT

Sering tidak puas ketika melihat hasil foto diri Anda. Mungkin alasan yang sering Anda ucapkan adalah Anda merasa tidak cantik atau tidak fotogenik. Well, menurut Denis Reggie seorang fotografer pernikahan, untuk menjadi fotogenik tidak harus memiliki paras cantik, Anda hanya jangan terintimidasi dengan kamera.

Tapi bagaimana caranya mengatasi agar tidak terintimidasi? Bagaimana Anda boleh tampil ok dan natural saat di foto? Berikut tipsnya :

Terlalu kaku
Agar Anda tidak terlihat kaku, alihkan fikiran Anda dari kamera. Atau Anda boleh mengajak teman, binatang atau seorang anak agar foto Anda tidak kaku. Jika Anda foto sendiri, alihkan tangan Anda pada sesuatu benda, entah itu kacamata, memegang gelas atau lipat. Jangan biarkan kedua tangan Anda berada pada sisi badan Anda.

Exaggerated Facial Features (Wajah asimetris)
Jika Anda memiliki wajah asimetris, misalnya satu mata lebih besar dari mata yang lain, sebaiknya Anda berpose dengan sedikit memutar kepala Anda ke samping sehingga kamera hanya menangkap 2/3 dari wajah Anda. Pose ini juga memiliki efek menguruskan kerana foto mengambi angle horisontal dan bukan vertikal.

Wajah datar
Mudah. Anda jangan melihat langsung pada kamera. Fokuskan mata Anda pada titik di atas lensa kamera. Anda juga boleh mengikuti saran Jennifer Dupont, runner-up Miss America iaitu melihat titik di belakang lensa. Contohnya bahu si fotografer. Anda juga boleh menaikkan alis mata satu untuk menambah karakter.

Senyum kaku
Ini mungkin salah satu masalah klise yang sering terjadi jika Anda difoto sendiri atau foto studio. Tip-nya adalah minta fotografer Anda mengucapkan lawak sambil mengambil foto Anda atau memikirkan sesuatu hal yang lucu sehingga ekspresi Anda terlihat natural. Sering-sering berlatih senyum di depan kamera juga boleh sangat membantu lho...

Mata merah
Beberapa dari Anda pasti pernah mengalaminya. Caranya menghindari 'mata merah' adalah memastikan pencahayaan pada saat Anda difoto cukup. Biasanya mata merah terjadi pada ruangan remang sehingga iris mata membuka lebar sehingga retina, yang merah kerana aliran darah, boleh mendapatkan cahaya, dan proses tersebut tertangkap kamera. Ketika pupil mata mendapatkan cahaya cukup, ia akan mengecil dan mengurangi kemungkinan terjadi mata merah.


Tips khusus: Untuk masalah gaya yang kaku, minta fotografer Anda untuk mengarahkan gaya untuk Anda. Masalah wajah mengkilat, kedut ataupun dagu yang terlihat dua, tak perlu kuatir, dengan make up tepat, masalah Anda tersebut tidak terlihat. Jika Anda kebetulan foto sendiri, tidak perlu takut, sudah banyak teknologi yang boleh menyamarkan kekurangan-kekurangan itu.


sumber 

Seorang Lelaki Gagal Merompak Kerana Digagalkan Ibunya Sendiri [Video]

Posted: 06 Jul 2012 09:15 PM PDT


Usaha seorang lelaki dalam merampok pam minyak digagalkan oleh ibunya sendiri yang tiba-tiba muncul di lokasi perompakan.
Sebuah kes perompakan unik baru saja terjadi kelmarin di Brandon, Mississippi. Seorang lelaki berusia 22 tahun bernama Roy Mitchell harus rela menahan malu kerana usahanya merompak sebuah pam minyak digagalkan oleh ibunya sendiri.
Dalam video rakaman milik pam minyak tersebut, terlihat lelaki ini menodongkan sebuah pistol --yang belakangan baru diketahui ternyata cuma mainan-- terhadap petugas . Ketika petugas  terdiam kerana terkejut serkaligus ketakutan, seorang wanita datang menghampiri lelaki itu sambil mengomel dan mengambil pistolnya. Petugas mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri dan segera meminta pertolongan polis.
Mitchell, dan wanita yang ternyata diketahui tak lain adalah ibunya sendiri itu pergi meninggalkan lokasi menggunakan kereta. Tapi perjalanan mereka tak berlangsung lama, kerana polis segera menahan kereta yang dipakai Mitchell dan mengantarkan lelaki itu ke bilik barunya, di penjara.


Ashlyn Blocker, Gadis yang Tidak Dapat Merasakan Sakit

Posted: 06 Jul 2012 09:00 PM PDT


Bagi kebanyakan orang, didiagnosis dengan ketidakpekaan terhadap nyeri atau Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (CIPA) sama saja dengan hukuman mati.


Pasalnya, penderita gangguan yang sangat langka ini sangat jarang tumbuh dewasa dan umumnya membunuh mereka saat masih berusia remaja.


Namun Ashlyn Blocker asal Georgia menolak untuk menyerah pada penyakitnya, dan dalam usianya yang ke-12 ini, ia aktif dalam sebuah band di sekolahnya dan bahkan mengikuti pertandingan kencantikan.


Tara dan John Blocker, orangtua Ashlyn, mengatakan kepada Good Morning America bahawa pertama kali melihat sesuatu yang salah dengan gadis kecil mereka itu saat ia berusia lapan bulan.


Putri mereka tidak pernah menangis ketika lapar atau gelisah saat ingin mengganti pampers. Dia bahkan tidak merasa apa-apa ketika matanya terkena iritasi, sehingga keluarga membawa Ashlyn ke doktor mata.


Ketika diperiksa, semua orang seperti tersentak. Ashlyn mengalami abrasi kornea besar di matanya. Dan yang mmebuat mereka hairan, dia sama sekali tidak kesakitan.


Tak lama setelah itu, mereka mengetahui Ashlyn tidak boleh merasakan rasa sakit, keadaan yang sering berujung fatal.


"Itu sangat menakutkan, kerana kau tahu tidak ada yang baik pada orang yang terkena keadaan ini," kata ibu Ashlyn, Tara Blocker, pada Good Morning America.


"Sebab, orang dapat meninggal dari radang usus buntu dan penyakit lainnya kerana mereka tidak merasakan tanda-tanda peringatan, seperti nyeri atau sakit," tambahnya.


Setelah diagnosis, Ashlyn terus-menerus melukai dirinya sendiri, seperti menggigit tangannya, membakar jari-jarinya dan mendapatkan cedera dari kecelakaan lainnya.


Bahkan kedua orangtuanya mengatakan bahawa mereka harus membungkus jari Ashlyn untuk mencegah ia melukai dirinya sendiri.


Sejak gangguan tersebut mempengaruhi sinyal dari sistem saraf pusat nya, Ashlyn telah bekerja sama dengan peneliti dari University of Florida untuk membantu belajar lebih banyak tentang rasa sakit.


Mereka berharap mempelajari Ashlyn mungkin membantu untuk menciptakan pengubatan baru bagi orang dengan nyeri kronis.


Ashlyn juga mendirikan sebuah kamp musim panas untuk anak-anak lain yang menderita CIPA, dengan bantuan orang tuanya.


Bersama-sama, mereka mendirikan Kamp Painless but Hopeful, dimana keluarga dengan anak-anak penderita CIPA dapat berbagi pengalaman satu sama lain.

Seorang Ibu Tuangkan Bir ke Tempat Minum Anak

Posted: 06 Jul 2012 08:45 PM PDT

PHOENIX - Seorang Ibu di Phoenix, Amerika Syarikat (AS) ditangkap kerana memasukkan bir pada tempat minum anaknya yang baru berusia dua tahun. Orangtua bayi itu mengaku anaknya sendiri yang menginginkan bir.

Valerie Marie Topete menuangkan bir ke tempat minum anaknya ketika berada di restoran pizza. Beberapa saksi langsung menelefon polis setelah melihat kejadian tersebut. Demikian diberitakan Associated Press, Jumaat (6/7/2012).

Parahnya, bayi berusia dua tahun itu sempat meminum bir dari tempat minumnya. Sementara Topete mengaku tidak bersalah telah menuangkan bir untuk buah hatinya. Dirinya berdalih bir itu dituangkannya kerana sang anak terus berusaha meraih bir miliknya.

Ketika polis memeriksa tempat minum tersebut, mereka menemukan sejumlah kecil cairan yang diketahui memang bir. Kini, bayi tersebut dibawa ke rumah sakit untuk dilakukan pemeriksaan dan kemudian diserahkan ke ayahnya.

Topete pun akhirnya ditahan atas tuduhan melakukan tindakan penyiksaan atas anak. Tidak dijelaskan apakah dirinya akan melakukan pembelaan diri terkait tuduhan ini.(faj)

Kerana Menolong Orang, Pengawal Pantai di AS Dipecat

Posted: 06 Jul 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM FLORIDA -Seorang penjaga pantai dipecat kerana meninggalkan posnya di Pantai Florida untuk menyelamatkan seorang lelaki yang akan tenggelam.
Tomas Lopez, 21 tahun, menurut BBC News sedang berpatroli di daerah Pantai Hallandale di Miami Utara, ketika diberitahu bahawa seorang perenang mengalami kesulitan di wilayah pantai yang tidak dijaga.
"Saya tidak akan mengatakan tidak saat itu," kata penjaga itu.
Tetapi atasannya mengatakan dia telah melanggar peraturan perusahaan dan dapat menimbulkan risiko kepada perenang lain.
Dua rakan penjaga pantai itu melakukan protes dan mengundurkan diri dari perusahaan.
"Kami memiliki tanggung jawab dan tidak boleh pergi dari wilayah penjagaan," kata Susan Ellis dari perusahaan penyedia jasa penjaga pantai Jeff Ellis and Associates kepada the South Florida Sun-Sentinel.
Dia mengatakan bahawa bahagian dari Pantai Hallandale yang seharusnya dijaga oleh Lopez diawasi oleh penjaga pantai lain yang ditelefon oleh petugas darurat pada saat itu.
Lopez, yang bekerja selama empat bulan, berlari cukup jauh untuk membantu perenang yang telah diselamatkan dari pantai oleh pengunjung lain.
Dia dan perawat yang sedang tidak bertugas kemudian membantu lelaki tersebut sampai petugas medis datang dan membawanya ke rumah sakit.
Perenang yang tidak diidentifikasikan namanya itu disebutkan menjalani perawatan yang serius.
Lopez mengatakan tidak menyesal kerana kehilangan pekerjaan dengan bayaran sekitar US$8.25 se jam.
"Saya pikir ini menggelikan, sejujurnya, bahwa sebuah tanda memisahkan seseorang akan diselamatkan atau tidak," kata Lopez kepada CBS television.
Seorang rekannya, mengatakan dia memberitahukan manajernya untuk menjaga pantai dan tiba tepat waktu.

Bunuh diri kerana gagal bayar sewa

Posted: 06 Jul 2012 08:15 PM PDT

BERLIN - Seorang lelaki berumur 53 tahun yang diusir dari rumah sewanya di bandar Karlsruhe, Jerman, bertindak membunuh diri selepas menembak empat tebusan termasuk teman wanitanya.

Kejadian yang berlaku kelmarin, menyaksikan suspek seorang penganggur telah menembak mati seorang penolong pengurus dan tukang kunci yang cuba mengusir pasangan itu dari rumah sewa mereka, menurut polis.

"Malang sekali, mangsa keempat yang ditembak suspek adalah seorang penyewa yang baru sahaja memasuki rumah berkenaan.

"Pihak polis tidak sempat berbuat apa-apa bagi mengelakkan kejadian itu berlaku ke atas mangsa," kata ketua polis Karlsruhe, Roland Lay.

Selain menjumpai lima mayat semasa serbuan, polis turut menemui selaras senapang patah, senapang, dua pistol, peluru dan sebutir bom tangan tiruan dalam pangsapuri itu serta dipercayai dibeli secara haram.

Polis berkata, suspek yang juga pekerja sosial telah menjemput sepasukan polis ke rumahnya sebelum menembak mati kesemua tahanan termasuk dirinya sendiri.



sumber : sinar harian

Berang cerita mati pucuk tersebar, suami belasah isteri

Posted: 06 Jul 2012 08:00 PM PDT

PETALING JAYA – Akibat menjaja cerita suami sendiri mati pucuk, seorang wanita dicekik dan dibelasah dengan kerusi apabila suaminya itu mengamuk selepas mendapat tahu berita yang mengaibkan itu tersebar di kawasan perumahannya.

Kejadian pada 1.45 pagi di Apartmen Idaman, Damansara Damai itu berlaku selepas mangsa dituduh menyebarkan cerita kononnya suaminya itu mati pucuk.   

Wanita warga Indonesia itu bagaimanapun bernasib baik selepas sempat menghubungi polis bagi mengelak dibelasah dengan lebih teruk.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sal, 50, mengaku sering dipukul dengan kerusi  oleh suaminya meskipun melakukan kesalahan kecil.

"Sejak mula berkahwin tiga tahun lalu, suami tidak pernah bekerja, saya sahaja yang cari duit, bila saya nasihat macam-macam dia maki saya," katanya.

Dalam pada itu anggota polis yang hadir cuba menenangkan suaminya meskipun suasana ketika itu agak tegang dengan pelbagai ugutan diberikan termasuk mahu menceraikan isterinya.

Suami wanita itu ketika ditemui berkata, dia kecewa dengan sikap isterinya yang gemar  menceritakan keburukan keluarga kepada orang luar dan jiran tetangga.

"Saya terpaksa menanggung malu dengan orang sekeliling  kerana dia buat cerita saya mati pucuk sebab itu saya maki dan pukul dia," katanya.



sumber : sinar harian

Lelaki amal sihir ubati masalah keluarga, sakit kronik ditahan

Posted: 06 Jul 2012 07:45 PM PDT


AJMAN (Emiriah Arab Bersatu): Lelaki Asia berusia 52 tahun yang dikatakan menipu orang ramai dengan menawarkan khidmat dapat membantu keluarga menyelesaikan masalah menggunakan sihir, ditahan polis.
Pengarah Siasatan Jenayah, Leftenan Kolonel Abdulla Saif Al Matrooshi berkata, mereka menerima maklumat seorang lelaki Asia mengamalkan sihir di rumahnya dan mendakwa dapat menyelesaikan masalah rumahtangga dan mengubati penyakit kronik. 
Polis menyerbu rumah suspek dan menahannya ketika dia sedang mengamalkan ilmu sihir di rumahnya.

Kes itu dirujuk kepada Peguam Negara untuk prosedur undang-undang, katanya. - Gulf News



sumber : myMetro

Lelaki putus cinta culik kanak-kanak ditahan

Posted: 06 Jul 2012 07:30 PM PDT


MANILA: Seorang lelaki yang patah hati ditahan selepas menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di daerah Lugay-Lugay, di bandar raya Cotabato, kata polis semalam.
Komander balai bolis 1, inspektor Kanan Alex Lanistosa berkata, Musa Maslamama, penduduk di Poblacion 9 melarikan kanak-kanak itu dari sekolah rendah Lugay-Lugay kira-kira jam 9 pagi kelmarin.

Lanistosa berkata, suspek menghubungi keluarga mangsa dan meminta pistol .45 sebagai pertukaran dengan kebebasan kanak-kanak itu.


Suspek menjadualkan pertukaran dibuat pada jam 9 malam di depan kedai runcit di kawasan pasar.

"Apa yang suspek tidak tahu ialah keluarga mangsa telah bekerjasama dengan kami dan kami bersedia untuk memerangkapnya di mana pertukaran itu akan dilakukan," katanya. Ketika disoal siasat, Maslamama mengakui dia berang dengan bapa mangsa. Menurutnya, bapa mangsa adalah saudara kepada bekas kekasihnya.


Dia berkata, bapa mangsa bertanggungjawab terhadap perpisahannya dengan bekas kekasihnya itu. - Phillippines Enquirer






sumber : myMetro

Budak ada tiga ginjal

Posted: 06 Jul 2012 07:15 PM PDT


SINGAPURA: Seorang bapa menukar lampin anak perempuannya pada satu hari tahun lalu apabila dia mendapati ada kesan darah.
Kong Kok Keong, 36, dan isterinya, seorang warga Thailand segera membawa anak mereka ke hospital, dimana pemeriksaan imbasan mendedahkan kanak-kanak itu mempunyai tiga ginjal. Ini adalah satu lagi komplikasi dialami Sririta Phikun, 3, yang dilahirkan dengan skoliosis kongenital, di mana tulang belakang yang lurus melengkung membentuk huruf S. Keadaan ini sering dikaitkan dengan kecacatan organ lain.

Sririta didiagnosis dengan skoliosis kongenital ketika berusia enam bulan.


Kemudian bapanya menyedari dia tidak boleh duduk tegak lalu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Pada usia semuda tiga tahun, Sririta telah menjalani lima pembedahan, termasuk satu pembedahan di mana dua rod titanium dimasukkan ke dalam tubuhnya bagi menyokong bahagian belakang tubuhnya.


Penemuan dua ginjal kanan menambahkan lagi kebimbangan Kong yang berkata, anak perempuannya tidak menjalani kehidupan yang mudah. Sririta mempunyai seorang kakak yang sihat berusia lima tahun. - Straits Times



sumber : myMetro

Dipecat kerana mekap berlebihan

Posted: 06 Jul 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang pekerja hospital yang dibuang kerja kerana memakai terlalu banyak mekap berikrar untuk tidak mengubah penampilannya untuk sesiapa pun.
Francine Siddaway, 28, dipecat daripada kerja tukang cuci dengan gaji 14,857 pound (RM73,111) setahun di Hospital Addenbrooke di Cambridge enggan mengurangkan pemakaian kosmetik gaya Mesir.
Francine yang kini menganggur selepas bekerja di hospital itu selama tiga setengah tahun, percaya dia menjadi mangsa ketika 600 kakitangan Medirest diarahkan menerima pemotongan gaji atau hilang pekerjaan.

Dia menjelaskan mekap adalah "senjatanya" dan berkata, ia penting untuk memberi keyakinan pada dirinya.



Tukang cuci itu yang kini menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berikrar tidak akan pernah mengubah penampilannya untuk sesiapa jua.


"Saya suka gaya mekap orang Mesir. Mekap adalah senjata saya - ia membuat saya berkeyakinan.

"Mereka kata mekap saya 'keterlaluan', tetapi itu tidak mungkin kerana pekerja lain sering memuji saya.

"Saya rasa selesa dengan memakai mekap dan saya tidak nampak bagaimana ia boleh menjejaskan kerja saya atau menyebabkan sebarang masalah kesihatan atau keselamatan.

"Saya bekerja keras, jadi saya tidak lihat ia sebagai satu masalah. Saya rasa saya menjadi mangsa dan dilayan dengan buruk.

"Saya menghadiri temu duga untuk pekerjaan ini dengan gaya mekap seperti ini dan sejak itu sudah memakainya sedemikian.

"Jelas sekali mengapa kini mereka tiba-tiba memutuskan menghadapi masalah dengan cara mekap saya pada waktu sama pengurangan kakitangan dilakukan.

Francine yang diberitahu boleh tinggal di flet dekat hospital berkenaan jika dia mampu membayar sewa diberhentikan pada 27 April lalu.

Namun, dia mengambil keputusan untuk membuat rayuan dan dihubungi Medirest pada 1 Julai lalu mengatakan mereka tidak akan mengambilnya bekerja semula. - DM



sumber : myMetro

Leher dirodok penyamun

Posted: 06 Jul 2012 06:45 PM PDT


AMPANG: Seorang wanita kini bertarung nyawa namun stabil selepas menjalani pembedahan pada paru-para kanan lebih tujuh jam ekoran tragedi hitam yang menimpanya apabila hampir disamun dan diculik seorang lelaki di sebuah pasar raya besar di Ampang, di sini.
Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang Selasa lalu itu, mangsa berusia 30-an bersendirian membeli beberapa barangan di pasar raya berkenaan sebelum dihampiri seorang lelaki ketika mahu masuk dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan pasar raya itu.

Lelaki itu meletakkan pisau di leher mangsa. Ketika mangsa meronta mahu melepaskan diri, lelaki terbabit merodok lehernya hingga mencederakan paru-paru kanannya.


Kejadian itu tersebar melalui laman sosial facebook mangsa yang dikenali sebagai Nooralida M Noor.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sebelum dibawa menerima rawatan lanjut di Hospital Gleneagles, di sini.


Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek.




Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan memberitahu mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kritikal pada leher dan paru-paru kanan akibat dirodok dengan pisau dan menjalani pembedahan jam 8 malam kelmarin sebelum dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kini dilaporkan stabil namun masih di bawah pemantauan pihak hospital.

Dalam laman facebook, Nooralida berkata, dia diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika mahu masuk dalam keretanya.


Katanya, lelaki itu meletakkan pisau pada lehernya dan memegang tangannya dipercayai bagi mengelakkannya melawan.

Menurutnya, dia melawan tindakan lelaki itu menyebabkan lelaki terbabit merodok lehernya hingga berlaku pendarahan serius.


"Saya membunyikan hon menyebabkan seorang wanita bersama anak lelakinya berusia 20-an hairan dan mengesyaki sesuatu berlaku.


"Lelaki itu yang menyedari kehadiran mereka melarikan diri sebelum saya menahan kesakitan dan memandu kereta ke balai polis berhampiran membuat laporan," katanya.


Katanya, polis menghantar mangsa ke hospital dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati paru-paru kanannya mengalami kecederaan serius akibat terkena tikaman.


Bagaimanapun, mangsa sudah menjalani pembedahan dan kini dimasukkan ke ICU selain dilaporkan stabil.


Usaha Harian Metro semalam untuk menemui keluarganya gagal apabila enggan ditemu bual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian menimpa mangsa.



sumber : myMetro

Cabut tinggal awek

Posted: 06 Jul 2012 06:30 PM PDT

KOTA KINABALU: Gara-gara takut dicekup, seorang lelaki tergamak meninggalkan teman wanitanya dengan melompat keluar melalui tingkap dibiliknya ketika diketuk anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam serbuan di sebuah rumah pekerja di bengkel Jalan Inanam, dekat sini, awal pagi semalam.
Tindakan lelaki yang bekerja sebagai mekanik dipercayai berusia 27 tahun itu menyebabkan teman wanitanya yang berusia 23 tahun terpaksa dibawa ke Balai Polis Inanam dekat sini, untuk tindakan lanjut kira-kira jam 1 pagi semalam. 
Difahamkan, ketika serbuan, pasangan itu pada mulanya enggan membuka pintu, selang beberapa minit kemudian kedengaran hentakan kuat dipercayai lelaki terbabit bertindak memecahkan tingkap sebelum melompat keluar dan melarikan diri.

Anggota penguat kuasa JHEAINS dibantu dua anggota polis cuba mengejarnya, namun gagal kerana keadaan kawasan bengkel agak gelap menyukarkan untuk mengesan lelaki terbabit. Selepas itu, pintu bilik kemudian dibuka oleh seorang wanita yang hanya berkemban.



sumber : myMetro

Keluarga 69 duduk serumah

Posted: 06 Jul 2012 06:15 PM PDT


KANGAR: Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, dekat sini.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.



sumber : myMetro

‘Cikaro kerana ibu’

Posted: 06 Jul 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Kalau ibu pulang ke rumah dengan muka masam, saya tahu dia kalah judi dan dia akan mencari sebab remeh-temeh untuk marah atau pukul saya sebagai tempat lepaskan geram," kata remaja perempuan hanya dikenali sebagai Fiza yang terjebak kancah gejala sosial seawal usia 14 tahun.
Fiza kini berusia 17 tahun mengaku walaupun digelar cikaro dan sering mendampingi Mat Rempit, hidupnya sangat gembira berbanding dikongkong ibu dan bapa.
"Ibu kalau tidak berjudi, dia mabuk. Bapa tiri pun sama, tetapi dia langsung tidak pedulikan saya, cuma ibu kerap memukul saya disebabkan perkara kecil seperti rumah tidak berkemas.

"Disebabkan tidak tahan dilayan sebegitu, saya mula mengikut kumpulan Mat Rempit ketika berada di tingkatan dua dan setahun selepas itu, saya dibuang sekolah kerana kerap ponteng, tetapi itu bukan halangan untuk saya berseronok dengan kawan-kawan," katanya yang ditemui di ibu kota, malam kelmarin.




sumber : myMetro

Isteri lari seminggu lepas nikah

Posted: 06 Jul 2012 05:45 PM PDT


JEMPOL: Inai masih di jari, tetapi isteri sudah melarikan diri. Itulah keadaan yang perlu ditanggung seorang lelaki yang mendakwa hanya sempat seminggu melayari bahtera rumah tangga sebelum isteri yang dinikahi 15 Jun lalu menghilangkan diri.
Peneroka Felda Serting Hilir, Mohd Isa Mohd Said, 51, buntu memikirkan kehilangan isterinya, Siti Azlina Sulaiman, 31, selepas menghantar wanita itu pulang ke rumah keluarga di Krubung, Melaka, 21 Jun lalu. 
"Ketika menghantar isteri, ibu mentua, Maimon, 60-an turut serta dan saya tidak melihat sebarang perubahan pelik atau tanda dia mahu meninggalkan saya.

"Namun, sebaik pulang ke rumah selepas menghantar mereka ke Krubung, saya menghantar SMS kepada isteri, namun tiada balasan menyebabkan saya pelik.



"Saya cuba menghubunginya serta menghantar beberapa SMS lagi, namun masih tiada sebarang reaksi menyebabkan saya bimbangkan keselamatannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.



sumber : myMetro

Pelayan tak tahu dia mengandung melahirkan anak di tandas

Posted: 06 Jul 2012 05:30 PM PDT

Joanne Willer 22 tahun seoaran pelayan tidak tahu dia mengandung  8 bulan telah melahirkan anak di dalm tandas.Dia mengalami kesakitan yang amat sangat di belakang sewaktu pulang kerumah.Dia menyagka kesakitan itu akibat kerja lebih masa serta mengangkat barang di pub itu.Bayi itu dilahirkan di basin tandas rumahnya.

Tak mahu kalah,artis ini pun sibuk buat kelendar bogelnya

Posted: 06 Jul 2012 05:15 PM PDT


Beberapa hari lalu Kelly Brook muncul dalam video kelendar dengan melakukan aksi streaptease. Kini Daisy Lowe salah satu bintang panas yang tidak maHu kalah, dia juga melakukan streaptease di lovemagazine.Menurut Daily Mail


Aktor 29 tahun ini beraksi dengan jubah bbaldu merah muda yang menggoda. Menari di depan dinding warna putih polos, Menampilkan kaki yang menakjubkan dan stoking merah muda dan putih beserta tongkat yang bergaris-garis

Pelik..awek bertelanjang menaiki scooter di jalanraya

Posted: 06 Jul 2012 05:00 PM PDT




melihat aksi didalam gambar adakah awek ni 'mental' atau
memang seorang yang suka akan sensasi walaupun terpaksa bertelanjang
menunjukkan seluruh tubuhnya

sumber : bestoneoffour.wordpress.com

Bapak patah hati cuba bunuh diri bersama anak (gambar)

Posted: 06 Jul 2012 04:45 PM PDT

Parah betul! kerana patah hati sebab isterinya menuntut cerai, seorang bapak cuba bunuh diri. Dia juga membawa anaknya yang masih kecil itu ikut bunuh diri. Anaknya yang tidak tahu apa-apa cuma mengikut sahaja. Drama ini berlaku hampir selama 2 jam . Akhirnya tiada satu pun yang kehilangan nyawa kerana berjaya di pujuk.














Budak malang yang dipotong kedua kaki dan tangan dapat pampasan RM30 juta

Posted: 06 Jul 2012 04:30 PM PDT


SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.


Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.


Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.


"Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal," dakwa dokumen itu.


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.



Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.


Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.


Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.


Berdasarkan dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.


Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.


Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

sumber : myMetro

Buat suspen je..

Posted: 06 Jul 2012 04:15 PM PDT


Betul-betul buat suspen..ingat orang nak terjun..
rupa patung....

Mesti baca.."Biarkan anakku tertawa sebelum tahu ibunya tiada"

Posted: 06 Jul 2012 04:00 PM PDT


Suatu petang ketika orang ramai sedang sibuk untuk segera pulang kerumah masing-masing setelah melakukan tugas pekerjaan merela, terlihat seorang bapak dengan 3 anaknya yang masih kecil sedang bermain-main.Mereka sedang menunggu datangnya bas yang sebentar lagi akan membawa mereka pulang.

Ketiga anak itu berusia antara 8,5 dan 3 tahun.Anak terkecil bagaikan seorang putri,ia begitu cantik dalam dakapan sang bapak.sedangkan kedua anak lainya yang lelakinya sedang asyik bermain kesana kemari.

Tibalah saatnya bas yang ditunggu datang.para penumpang pun seperti robot yang diperintahkan sama bergegas menuju pintu masuk kedalam bas,termasuk sang bapak dan ketiga-tiga anaknya.kemudian keluarga itu dapat duduk di kerusi yang disusun seperti kereta api .Lalu anak laki-lakinya beranjak dari kerusinya dan bermain sembunyi-sembunyi di celah-celah tubuh orang dewasa yang sebahagian besar mengisi ruang bas itu.mereka sambil berteriak gembira.

Terlihat beberapa penumpang yang wajahnya menjadi begitu muram.Mereka merasa tidak nyaman dengan keadaan itu.hingga akhirnya ada seorang penumpang lelaki yang terus menyatakan protesnya ke sang bapak,"Pak,tolong anaknya dilarang bermain,disini penumpang juga ingin tenang,sudah penat bekerja,kami terasa terganggu!!".Lalu sang bapak sambil menggendong putrinya pun menjawabnya dengan senyum,"Maaf ya encik?Ibu mereka baru saja meninggal tadi ini di hospital dan saya belum memberitahu hal ini ke mereka.Nanti sampai rumah saya akan mengatakannya,biarlah mereka merasakan kegembiraan yang menjadi hak mereka kerana saya merasa mereka akan banyak kehilangan kegembiraan setelah tahu bahwa ibu yang biasa mengasuh mereka dan menyayangi mereka setiap waktu sudah tidak bersama mereka lagi selamanya,,encik tidak keberatan kah,kalau mereka bermain sebentar saja di bas ini?".

Mendengar apa yang dikatakan sang bapak,sebahagian penumpang yang mendengarnya lalu terdiam dan merenung,termasuk lelaki yang baru saja memperotes dengan tegas .Tiba-tiba mereka teringat akan kasih sayang dan kesalahan yang pernah mereka perbuat kepada ibu mereka.
Diam-diam ada diantara mereka yang menggambil handphone di kocek seluarnya,lalu jari membuat baris kalimat "Ibu apa khabar?Besok pagi saya mahu pulang menjenguk ibu.maafkan segala kesalahan saya,ibu"
Kemudian dia mengirimkan sms itu ke nomBor ibunya,dan berharap dia masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan ibunya esok..

Kurang ajar..uncle ni selamba ngendap payudara perempuan yang sedang tidur dalam bas

Posted: 06 Jul 2012 11:00 AM PDT











sumber gambar : stomp.com.sg

Menakjubkan, Bayi Boleh Hidup Berkat Pembuluh Darah Lembu

Posted: 06 Jul 2012 10:30 AM PDT

INILAH.COM, London – Sepasang bayi kembar lahir prematur dalam 28 minggu. Bayi itu mengalami masalah jantung. Namun, berkat pembuluh darah lembu, bayi itu boleh hidup.

Doktor memperingatkan Charlotte (ibu) dan David (ayah), bayi kembar mereka, Hannah, kemungkinan besar akan meninggal. Namun, berkat pembedahan menggantikan pembuluh darah bayi dengan pembuluh darah lembu bayi itu secara ajaib bertahan hidup.

"Sangat menakjubkan, pembuluh darah lembu membuat putri saya tetap hidup," kata Charlotte (38).

Uji hospital menunjukkan adanya truncus arterioses, suatu keadaan pembuluh darah tak berkembang seperti seharusnya.

Pada umumnya, pembuluh darah akan mencabang ke kiri dan kanan jantung. Namun dalam kes ini, pembuluh darah bayi menjadi satu dan mengirim banyak darah ke paru-paru.

Para doktor bedah di Southampton General Hospital memutuskan melakukan pembedahan itu. Operasi itu terdiri dari dua tahap. Pertama, memperlambat aliran darah ke paru-paru. Kedua, menggantikan pembuluh Hannah dengan pembuluh lembu.

Seperti dikutip The Sun, bayi Hannah yang sudah berusia lima bulan itu boleh pulang ke rumah.