Adsense

Rabu, 9 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Luahan Hati Terhadap Deja Moss Berkenaan Isu Malukan Faradhiya & Norish Karman

Posted: 09 Mar 2011 08:02 PM PST

Kalau baca, ah macam budak-budak perangai kedua-dua selebriti ini. Semuanya gara-gara tak puas hati, segalanya hendak dilemparkan di atas pentas profesional. Yang Deja Moss ni pun satu hal, kalau dah tahu sengaja tak mahu berikan bunga kepada Norish Karman & Faradhiya, baik tak payah bagi terus. Ini macam buruk siku pula, kejap nak bagi, lepas tu ambil balik. Apa kes?

Bukan sudah terang lagi bersuluh ke, motif awak (Deja Moss) memang jelas & telus sekali. Lepas tu, nak coverline kononnya tidak berniat nak malukan mereka berdua. Entah apa-apa. Lagipun, awak sudah tahu ada 12 pelakon teater, kenapa perlu nak beli 10 jambangan bunga? Fikir'lah beb, fikir sikit.

Kami tak tahu menahu pula awak (Deja Moss) tak bertegur sapa dengan Faradhiya & Norish Karman sepanjang latihan teater Terima Kasih Cinta selama 3 bulan. Tak kan disebabkan tidak 'ngam', pentas profesional teater perlu menjadi mangsa? Sudahnya, satu Malaya tahu perangai awak yang tak profesional, kan dah malu?

Kami bukan nak menyebelahi sesiapa. Tapi, setelah dengar isu ini sendiri daripada 'orang dalam' TKC, kami rasa terkilan. Sebuah garapan yang cantik & sepatutnya digunakan untuk menyampaikan mesej kasih sayang telah dicemar dengan cerita-cerita bodoh macam ini.

Jangan anggap pembaca serta pengulas blog seperti kami ialah orang luar yang tak tahu apa-apa, kami ada otak. Kami sarankan kepada Deja Moss, kalau tak puas hati dengan Faradhiya, jumpa depan-depan terus. Apa ada hal kan?

Terdengar juga cerita 'orang dalam' sudah meluat dengan awak. So, faham-faham sendiri je lah.

Artikel ini ditulis sebagai respon terhadap artikel Mstar berjudul 'Tiada Niat Malukan Norish & Farahdhiya' – Deja Moss.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Sazzy Falak & Kandungan Kembarnya Yang Makin Membesar.

Posted: 09 Mar 2011 07:05 PM PST

(Gambar) Sazzy Falak & Kandungan Kembarnya Yang Makin Membesar.

Kredit: Twitter Sazzy Falak.

Alahai, pelakon cantik genit ini makin bertambah serinya lagi-lagi setelah anak kembar yang dikandungnya makin membesar. Walaupun makin sarat, Sazzy Falak tetap aktif melakukan kerja-kerja sebagai seorang selebriti. Kalau tak silap kami, Sazzy sibuk dalam merangka perniagaan berasaskan bengkel-bengkel lakonan, pengacaraan kepada orang luar.

Kegembiraan Sazzy turut dikongsi oleh Adidas yang menghadiahkan 2 pasang kasut saiz kanak-kanak untuk bayi kembar perempuan yang dijangka akan keluar sekitar bulan Mei nanti. Comel je untuk anak-anak kan?

Dalam kesibukan Sazzy, kami harap dia tetap menjaga kesihatan. Jangan buat aktiviti yang lasak-lasak sangat ye, awak tu dah sarat. Doakan yang terbaik buat Sazzy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Gambar terbaru Sazzy Falak yang Sarat mengandungkan anak kembar

Posted: 09 Mar 2011 09:59 PM PST

Gambar terbaru Sazzy Falak yang kini sedang mengandung anak kembar.Sensasi tak sure sangat berapa umur kandungan Sazzy Falak. Dengar khabarnya Sazzy bakal melahirkan anak sekitar bulan Mei ini...so skrg nie mesti kandungan Sazzy dah 7 bulan kan..

Kelihatan perut Sazzy mcm dah sarat skrg sebab mengandungkan anak kembar.

Seronoknya dapat anak kembar,tapi tak tahu lagi anak nie kembar seiras ataupun tak,tue kene tunggu.Agak-agaknya wajah baby Sazzy ikut muka mummy ke daddy ye...?

Sensasi rasa anak sazzy nie perempuan la kot,sebab kasut yang dihadiahkan oleh Adidas iaitu 2 pasang kasut bayi ,dua-duanya untuk baby girl.





Gambar-gambar sekitar Majlis Perkahwinan Adik Siti Nurhaliza

Posted: 09 Mar 2011 09:43 PM PST

Baru-baru nie Adik lelaki siti Nurhaliza yang bernama Muhammad Ali melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.

Adik Siti yang ini wajahnya mcm Saida sikit,sementra Saerah banyak ikut mcm Siti,cuma of cos lah Siti lebih cantik..

Sebenarnya kebelakangan nie Siti dah berjaya menurunkan berat badan sikit,tapi bila dalam gambar nampak mcm berisi jer..mcm mana tue.

Kelihatan adik beradik Siti semuanya ada dengan suami masing-masing,dan isteri.

Datuk K nampak mcm suka je dengan baby,Siti pun pangku seorang baby yang tengah tido .
Belum rezeki Siti dan suaminya utk dapat anak.lagipun Siti skrg nie sgt busy dengan kerjaya sebagai bussiness woman dan pengacara rancangan Siti.










































Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Dalam Botol

Posted: 09 Mar 2011 05:26 PM PST

Semalam (9 Mac 2011) telah berlangsung Media Prebiu Filem Anu Dalam Botol atau sekarang ini telah pun dibuang ANU di depan menjadikan …Dalam Botol. Event yang agak meriah dan grand ini diadakan di GSC Signature, The Gardens, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Filem ini diedarkan oleh MIG Metrowealth.

Filem ini dianggap agak taboo kerana ia membicarakan tentang dunia gay dan homoseksual yang sebenarnya berlaku dalam realiti mana-mana masyarakat di dunia ni. Ironinya, filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar. Bagi Raja Azmi, pengarah yang kini digelar dengan jolokan sebagai pengarah kontroversi Malaysia ini, penghasilan filem ini bukan satu kerja mudah. Ianya terpaksa ditapis oleh semua pihak yang berkenaan.

Bermula dengan kisah yang disampaikan sendiri oleh sahabat lama yang mencurah rahsia hati sehinggalah Raja Azmi mengutarakan tentang niatnya untuk menghasilkan filem ini kepada kawan-kawan dan wartawan, pengarah ini tak lepas dari dilemparkan sindirin dan teguran.

Setelah niatnya itu diketahui umum, JAKIM pun menegur. Lalu, Raja Azmi buat keputusan untuk bersemuka dengan JAKIM. Setelah diteliti skrip asal, JAKIM menasihati Raja Azmi tentang beberapa isu dan Raja Azmi menerimanya dengan terbuka.

Kemudian, Raja Azmi hantar pula kepada LPF. Nasib baik Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyambut kehadiran kertas skrip Raja Azmi dengan baik. Cuma beliau dinasihatkan supaya tidak menggunakan perkataan ANU dalam tajuk filem ini.

Pencarian pelakon bermula pada tahun 2009 dengan mengadakan beberapa ujibakat dan casting. Pengambaran pula bermula pada 6 Disember 2009 dan tamat pada 3 Januari 2010. Proses penyuntingan dibuat di FInas selesai pada Mei 2010. Kemudian diteruskan dengan proses pos produksi. Filem Dalam Botol akhirnya siap pada September 2010 dan dihantar ke LPF.

Setelah mendapat kelulusan LPF, filem ini dihantar pula ke FInas untuk proses Wajib Tayang. Akhirnya mendapat dapat Wajib Tayang dan tarikh penayangan kepada umum ialah pada 24 Mac 2010.

Filem …Dalam Botol mendapat perhatian dari pihak Library of Congress, Washington D.C yang mana mereka meminta salinan file mini untuk simpanan di sana. Majlis prebiu semalam juga telah menyaksikan majlis penyampaian salinan filem …Dalam Botol kepada Library of Congress, Washington D.C melalui wakilnya di US Embassy Kuala Lumpur.

Ini gambar beberapa orang selebriti dan pelakon yang sempat Budiey snap. Enjoyz!

Anu Dalam Botol

Ruby bersama kekasihnya

Anu Dalam Botol

Rosnan, pelakon filem ini yang memegang watak Jem, kawan kepada Ruby (Arja Lee)

Anu Dalam Botol

Lakonan Wan Raja sangat bersahaja

Anu Dalam Botol

Wajah Arja Lee ada iras-iras Shahz Jaszle

Anu Dalam Botol

Raja Azmi dengan wajah girang ceria dan beliau rasa sangat lega tapi neves katanya.

Anu Dalam Botol

Raja Azmi dan Khir Rahman

Anu Dalam Botol

Khir Rahman diapit oleh Arja Lee dan Wan Raja

Anu Dalam Botol

Anu Dalam Botol

Ad, artis dibawah naungan MIG

Anu Dalam Botol

Ogy Ahmad Daud, ibu kepada Dina lakonan Diana Danielle

Anu Dalam Botol

Aqasha

Anu Dalam Botol

Lisa Surihani pun ada datang

Anu Dalam Botol

Penulis skrip dan lakon layar filem ini, Khir Rahman bersama isterinya, Siti Jasmina juga penulis skrip drama tempatan.

Anu Dalam Botol

Betty Benafe

Anu Dalam Botol

Khir Rahman dan famili

Anu Dalam Botol

Siti Gadis Melayu pun ada

Anu Dalam Botol

Pekin

Anu Dalam Botol

Pelakon Normah Damanhury sangat berkarakter. Ibu kepada Ruby. Suka lakonan dia!

Anu Dalam Botol

Bersama anak-anak beliau.

Anu Dalam Botol

Tam Suhaimi

Anu Dalam Botol

Intan Ladyana

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri
  • Sinopsis Filem Orang Minyak Lakonan Sharifah Sofea & Firz Fairuz
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Gambar Selebriti di Prebiu Astro Universe
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Bogel Arja Lee Anu Dalam Botol
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Emelda Terajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk

    Posted: 09 Mar 2011 04:42 PM PST

    Melda menerajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk
    Berbekalkan keyakinan, kecantikan dan semangat membara, realiti Melda menjangkaui segala impian beliau

    Pada jam 3 petang 9 Mac 2011, Budiey telah hadir di Sidang Media Konsert Gadis Semasa Sunsilk yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Tahniah buat Emelda yang telah diberi peluang sekali lagi, kali ini dalam rangka dan ruang yang lebih iaitu dapat tampil menerajui sebuah konsert bersama dengan Ella, Hujan, One Nation Emcees dan Yuna.

    Sama ada ia satu rahsia atau diketahui umum, setiap insan ingin menjadikan impian mereka satu kenyataan dan bagi Melda Ahmad, ia bakal terjadi tidak lama lagi.

    IMG_4922

    Melda Ahmad. Dulu PUTUS, kini Aku Adalah AKu

    Melda Ahmad tidak pernah menyangka akan diberi peluang sekali seumur hidup ini; diasuh untuk menjadikan impian beliau satu realiti. Sebagai pengiktirafan ke atas bakat dan semangat beliau terhadap muzik, Sunsilk, salah satu daripada jenama penjagaan rambut paling lama dan terbesar di dunia, telah memilih Melda untuk menjadi Gadis Semasa Sunsilk. Bertujuan meningkatkan gaya peribadi wanita muda, membolehkan mereka mencapai potensi penuh dan mengalami kehidupan yang menarik dengan penuh keyakinan, Konsert Gadis Semasa Sunsilk adalah platform di mana impian Melda menjadi realiti.

    Suatu jenama yang sinonim dengan kesempurnaan melalui sentuhan pakar, kolaborasi Sunsilk dengan tiga pakar industri terkenal telah memberikan Melda bukan hanya nasihat pakar tetapi turut menyediakan jurulatih untuk kehidupan. Pemangku mentor, Ajai, sebagai pakar vokal terkemuka; Wardina, pakar personaliti TV popular serta Bambang Soteto, pakar dandanan diri dan Sunsilk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Melda yang menjadikan impian beliau satu realiti.

    Pengurus Jenama Sunsilk, Malaysia, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd's, Emily Chong berkata, "Falsafah Sunsilk adalah memberikan sentuhan pakar kepada wanita biasa dan inilah sebabnya kami telah bekerjasama dengan tujuh pakar rambut paling terkemuka di dunia bagi mewujudkan rangkaian Sunsilk Co-Creation kami. Bagi menghidupkan konsep ini, kami bekerjasama dengan pakar-pakar tempatan bagi menggalakkan perkembangan Melda secara menyeluruh. Bimbingan berterusan daripada Ajai, Bambang dan Wardina membantu Melda mengembangkan muzik, kecantikan dan keyakinan untuk mengejar impian beliau."

    Melda bekerja rapat dengan Ajai untuk memperhalusi bakat muzik beliau. Bukan itu sahaja, waktu yang diluangkan bersama Ajai telah melahirkan satu lagu baru, Aku Adalah Aku, yang dikarang Melda untuk bahagian terakhir perjalanannya.

    Gelaran lagu dan lirik-lirik lagu sememangnya berkuasa. Ia adalah gubahan yang cukup menarik dan mewakili pengalamannya bersama Sunsilk dan pakar-pakar yang telah melatihnya supaya yakin untuk mengekspresi dirinya yang sebenar.

    IMG_4925

    "Dengan bantuan inisiatif Gadis Semasa Sunsilk, Melda telah berkembang menjadi seorang yang tidak takut mengejar semangat membaranya. Keazaman Melda mengejar impiannya dengan semangat membara dan keyakinan untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya telah dikecapi dalam lagu ini dengan penuh emosi. Kami percaya Aku Adalah Aku adalah satu lagu yang boleh dihayati dan memberi inspirasi kepada jutaan pendengarnya," tambah Chong.

    Semakin hampir kepada penghujung perjalanan beliau sebagai Gadis Semasa Sunsilk, Melda kini bersedia untuk bab terakhir. Apabila beliau mengambil langkah terakhir ke arah memenuhi impian beliau, Melda akan menjadi untuk pertama kali penyanyi utama Konsert Gadis Semasa Sunsilk yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 16 April 2011.

    "Perjalanan sebagai Gadis Semasa Sunsilk tidak terungkap dengan kata-kata. Pengalaman serta pembelajaran yang saya terima jauh lebih bernilai daripada perjalanan saya di masa depan. Sunsilk bukan hanya memberi inspirasi malah memberikan keberanian untuk hidup dan mengekspresikan diri dengan yakin serta membakar minat saya terhadap muzik. Keghairahan saya untuk konsert ini serta peluang membuat persembahan bersama veteran-veteran industri muzik hampir tidak terbendung. Ini adalah satu cara yang menyeronokkan untuk berhubung dan berkongsi muzik saya dengan para peminat yang telah menyokong saya selama ini," terang Melda Ahmad.

    Memberikan persembahan secara langsung, Melda akan mendendangkan lagu-lagu sebelumnya, Putus dan Kimia, tetapi yang lebih menuja ialah Melda akan memperkenalkan lagu baru beliau Aku Adalah Aku kepada orang ramai. Turut bersama beliau di pentas adalah legenda muzik popular dan artis-artis berbakat seperti Ella, Hujan, One Nation Emcees dan Yuna.

    Peminat-peminat yang ingin melihat Melda Ahmad membuat persembahan pertamanya secara langsung boleh mendapatkan tiket konsert di roadshow Gadis Semasa Sunsilk seluruh negara. Melda Ahmad bersama pelakon-pelakon lain Gadis Semasa Sunsilk turut mendampinginya untuk bertemu dan menyambut peminat-peminat ketika mengedarkan tiket konsertnya.

    Di samping itu, dengan setiap pembelian mana-mana produk Sunsilk bernilai lebih RM15, pelanggan berpeluang untuk memenangi syampu dan perapi Sunsilk, CD, tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk dan pak percutian eklusif Sunsilk. Jadi pastikan semua berada di lokasi-lokasi ini.
    • Pantai Timor Hyper Kota Bharu, Mac 18 &19, 10.30am – 10pm
    • Tunas Manja, Kuantan, Mac 26 &27, 10.30am – 10pm
    • Mydin, Kuala Terengganu, April 1 & 2, 10.30am – 10pm
    • Giant Batu Caves, Central, April 2 & 3, 10.30am – 10pm

    Tambahan lagi, Aku Adalah Aku juga akan dijadikan nada dering muat turun bagi peminat yang benar-benar menggemari lagu menyentuh kalbu Melda. Setiap trek disediakan melalui laman web Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile.

    Gadis Semasa Sunsilk telah mempamerkan konflik dalaman, kisah cinta, cabaran persahabatan, perkembangan peribadi serta perubahan hidup Melda dan audien di seluruh negara telah terpukau dengan setiap episod sejak 11 Januari 2011. Bagi menyaksikan penghujung perjalanan Melda sebagai Gadis Semasa Sunsilk, tontonilah saluran TV3 pada setiap hari Selasa pada jam 6ptg.

    Sila layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk menyaksikan episod-episod lepas dan mengikuti perkembangan serta peristiwa terkini Gadis Semasa Sunsilk dan maklumat tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk.

    IMG_4914

    IMG_4917

    IMG_4923

    IMG_4934

    IMG_4935

    IMG_4944

    IMG_4947

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad
  • Gadis Semasa Sunsilk
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Gambar Majlis Akad Nikah Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Bertunang Akan Kahwin 23 Mei
  • Miliki Rambut Sentuhan Pakar daripada SUNSILK
  • Telemovie 7 Lagu Lakonan Farid Kamil Tiz Zaqiah Emelda
  • WARDINA SAFIYAH & SUNSILK'S LIFE CAN'T WAIT CAMPAIGN
  • Gambar Sekitar Konsert Search Di Awan Biru di Johor Bahru
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Dipenjara kerana menakutkan bekas teman wanita di blog dan facebook

    Posted: 09 Mar 2011 09:15 PM PST


    REPUBLIKA.CO.ID, LONDON–Stephen Andreassen (38 tahun) mengukir sejarah di bidang hukuman Britain. Lelaki yang bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital ini menjadi orang yang pertama  dipenjara gara-gara menakutkan perempuan, melalui blog internet!

    Dalam sidang di Pengadilan Manchester, Adreassen diketahui membuat 38 blog. Puluhan blog ini dia programkan untuk setiap hari menghina bekas kekasihnya, Rebecca Pattinson. Keduanya telah putus hubungan tiga bulan lalu.

    Selama 18 bulan, Andreassen meelakukan kutukan serta menakutkan kekasihnya melalui Facebook Pattinson lmelalui blog. Dia mengancam setiap lelaki yang menyatakan sesuatu ke wall Facebook Pattinson. Selain lewat blog, Andreassen juga menakutkan atau mengancam Pattinson melalui SMS, telefon, dan email.

    Padahal sebelum itu, Pattinson sudah melaporkan ke polis berkait perbuatan tidak menyenangkan Andreassen. Polis meminta Andreassen tidak lagi mendekati  Pattinson. Namun secara fizik tidak mendekat dirinya tetapi menakutkannya melalui blog.

    Tak hanya ke Pattinson, Andreassen juga menakutkan keluarga Pattinson.Dia meminta sokongan mereka agar dapat rujuk kembali. "Semakin lama kamu menolak bercakap dengan saya, semakin lama  perkara akan ini akan berlaku. Saya bukanlah monster!" kata Andreassen pada Pattinson.

    Berikut 'rayuan-rayuan' Andreassen pada Pattinson:

    "Apa yang sudah aku lakukan sampai kamu tidak tidak mahu lagi berbicara denganku?"

    "Aku sudah lelah memohon supaya kamu mahu bercakap lagi dengan aku. Ini permohonan terakhir ku. Temui aku, tiga minit saja, di tempat yang kau suka."

    Kejadian ini membuat Pattinson tertekan dan stress. Kuliahnya terbengkalai, bahkan dia harus meminum ubat antidepresi dan berjumpa pihak psikik "Situasi ini membuat saya sangat stres," kata Pattinson.

    "Saya tidak boleh menghentikan perbuatan Stephen. Saya kecewa dia menyeret keluarga saya dalam urusan seperti ini. Saya takut dia tidak akan berhenti. Saya tidak mengerti kenapa dia melakukan ini," ungkap dia.Keduanya mulai berjumpa pada September 2009.

    Pattinson sebenarnya sudah memblok akaun Andreassen di Facebook. Namun Andreassen membuat akaun baru. Dia mengaku sebagai teman Pattinson. Hingga akhirnya Pattinson menutup akaun Facebooknya. Andreassen kini menjalani hukuman penjaran 18 bulan dan dia tetap menyintai Pattinson.

    Wanita Ini Memiliki Kaki Raksasa seberat 70kg

    Posted: 09 Mar 2011 08:00 PM PST

    VIVAnews – Kebanyakkan wanita yang 36 tahun seperti Mandy Sellar selalu kelihatan bertenaga. Namun, ada yang berbeza antara Mandy dibandingkan wanita lainnya.

    Walaupun memiliki anggota tubuh yang lengkap, Mandy mengidap kelainan. Dia memiliki sindroma proteus,  di mana kaki tumbuh lebih besar dibanding ukuran badan. Kakinya memiliki berat 70 kg dengan ukuran panjang 41 cm, diameter telapak kakinya 89 cm, dan 71 cm di bahagian atas.

    Istilah sindroma Proteus diambil dari Dewa Yunani, Proteus yang dapat berubah bentuk. Belum ditemukan ubat untuk mengubati sindrom ini. Sindrom ini sangat jarang ditemui. Tercatat hanya 120 orang yang menderita kelainan tersebut di dunia. Meskipun begitu, Mandy ingin berkongsi kehidupannya dengan orang-orang yang mengidap kelainan sama dengannya.


    Mandy didiagnosis menderita sindroma proteus sejak Mei 2006. Sejak  itu, dia bertemu dengan orang yang memiliki penderitaan yang sama. Dia mengaku hal ini dilakukan untuk dapat selalu membangun hubungan dengan mereka. "Saya ingin mengetahui cara mereka hidup dengan keadaan seperti ini dan apa perbezaannya," ujarnya.

    Agar kelainan yang dialaminya tidak mengganggu kesihatan bahagian tubuh lainnya, doktor menyarankan Mandy untuk membedah kakinya, mengurangkan agar kakinya terus tumbuh besar. Namun, sebelum mengizinkan doktor untuk melakukan hal tersebut, Mandy ingin menciptakan kesedaran masyarakat mengenai sindroma ini.

    "Saya mengharapkan orang untuk melihat. Saya fikir hal ini tidak dapat dihindari kerana saya berada pada posisi mereka. Senyuman dapat memberi banyak kepada mereka," ujarnya seperti dikutip oleh laman BBC.

    Akhirnya Mandy berhasil memperkenalkan sindroma ini terhadap masyarakat dengan banyaknya publikasi mengenai dirinya. Salah satunya, pada 2008, wanita ini tampil pada siri 'Extraordinary People' dengan episode yang berjudul 'The Woman with Giant Legs'.

    Pada acara 'The Tyra Show', Mandy mengatakan pada Tyra Banks bahawa Dia dapat menghabiskan US$3.800 untuk membuat kasut khas untuknya. Kasut temoahan itu mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan,

    Dan dia memiliki kesempatan untuk membedah kaki kirinya pada 2010.

    Di Sri Lanka polis akan tangkap sesiapa yang bercium

    Posted: 09 Mar 2011 07:00 PM PST

    no kiss Pictures, Images and Photos


    COLOMBO - Kalangan muda Sri Lanka ketika ini mencari tempat sendiri jika ingin berciuman. Polis Sri Lanka telah menangkap ratusan pasangan muda yang berciuman di khalayak ramai.Ini dilakukan kerana keluhan orang ramai yang tidak nyaman tindakan tersebut.

    Hampir 200 pasangan ditahan sementara di Distrik Matara dan Kurunegala selama kurang lebih dua minggu terakhir. Polis terpaksa menahan mereka kerana berciuman di tempat awam.

    "Kami menahan mereka melakukan tindakan kurang pantas di tempat awam dan didepan orang ramai," kata juru cakap polis setempat Prashantha Jayakody seperti dikutip AFP "Umumnya kami bebaskan mereka setelah orang tua dari pasangan yang ditangkap ini diberitahu. Tidak ada dakwaan apapun yang dikenakan terhadap mereka," imbuh Jayakody.

    Penangkapan ini dilakukan atas dasar keluhan warga di Kota Matara yang seringkali melihat pasangan muda berkelakuan tidak senonoh di  pinggir pantai, hanya kerana tidak mampu membayar hotel.

    Polis Sri Lanka memang sering melakukan penangkapan terhadap pasangan muda yang mereka disebut "umbrella lovers". Biasanya pasangan-pasangan ini duduk berduaan dibawah payung besar menunggu turunnya matahari di sekitar wilayah pantai Colombo.:rolleyes:

    Ada budak digelar 'budak terumbu karang' di China

    Posted: 09 Mar 2011 06:31 PM PST

    Macam-macam penyakit yang menimpa seseorang contoh
    seperti budak ini...
    saya petik dari kosmo online

    BEIJING - Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam.

    Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.

    Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.

    Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

    Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

    Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.

    Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.

    Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup. - Agensi

    Wanita mengaku gugurkan bayi 7 kali dalam masa 4 tahun

    Posted: 09 Mar 2011 05:25 PM PST

    Kesian wanita ini kerana membuat sesuatu tanpa berfikir panjang..
    saya petik dari myMetro

    IPOH: Akibat begitu mudah termakan pujuk rayu teman lelaki, seorang janda muda membuat pengakuan mengejutkan apabila memberitahu pernah menggugurkan bayi dalam kandungannya sebanyak tujuh kali dalam tempoh empat tahun.

    Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Balqis, 32, berkata perkara tidak masuk akal dilakukannya itu bermula selepas dia bercerai dan berkenalan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin pada 2007. 

    Menurutnya, lelaki itu berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat. 

    "Saya meletakkan harapan tinggi kepadanya apatah lagi dengan hidup saya yang terumbang-ambing selain perlu membesarkan tiga anak hasil perkahwinan pertama sebelum ini. 




    "Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali. 



    "Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali 'cuci'. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima. 

    "Doktor terbabit menasihatkan saya tidak lagi membuat pengguguran janin kerana bimbang ia boleh merosakkan peranakan selain boleh mendapat kanser rahim," katanya. 

    Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin. 

    "Pernah sekali saya menanggung kesakitan amat sangat selepas menggugurkan kandungan berusia tiga bulan yang ketika itu sudah mempunyai bentuk bayi. Malah pernah juga saya 'lekat' mengandung semula hanya selepas dua bulan menggugurkan janin. 

    "Sepatutnya saya menjalani tempoh pantang seperti wanita bersalin, namun semua itu saya abaikan kerana faktor kerja selain bimbang diketahui rakan sekerja," katanya. 

    Menurutnya, dia hanya mengambil cuti rehat antara empat hari hingga seminggu. 

    "Akibat terlalu kerap menggugurkan janin, saya mengalami tekanan hidup, murung selain kerap dihantui rasa berdosa. Lebih teruk apabila saya sering bermimpi kanak-kanak menangis ketika tidur. 

    "Sepanjang empat tahun itu, saya disahkan mengandung enam kali sebelum menggugurkan kandungan itu menyebabkan berat badan saya susut kepada 47 kilogram," katanya.

    Jururawat jadi pelacur ketika diberi cuti sakit

    Posted: 09 Mar 2011 04:40 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM – Seorang jururawat mengaku sakit dan mendapat cuti dan gajinya pun masih diterima setiap bulan. Sayangnya, izin cuti itu disalahgunakan dengan memasang iklan sebagai pekerja seks komersial (PSK) dengan bayaran 130 poundsterling sejam.

    Akibat tindakannya ini, jururawat  bernama Emma Marsden (35) berasal  dari Cardiff, South Wales, Inggris, ini mendapat hukuman dan tindakan disiplin pada minggu ini. Marsden mem-posting iklan dengan gaya busana sensual di situs dengan nama samaran Lucy Love.

    Dalam iklan itu, dia mengaku boleh berhubungan seks dengan lelaki, wanita, dan juga pasangan dan menambahkan jika dirinya seseorang yang unik dan teman yang jujur serta berpengalaman. Namun, Marsden membantah dan mengatakan dirinya hanya melakukan ujian apakah pekerjaan itu sesuai untuk masa depannya.

    Kini kariernya selama 10 tahun di National Health Service musnah terutama setelah dia akan diangkat menjadi pembantu jururawat di hospital Jiwa, Whitchurch. Komite A Nursing and Midwifery Council melakukan penyiasatan setelah pekerjaan sampingan ibu tiga anak ini terungkap di tahun 2008.

    Lagi mahu tunjuk berani

    Posted: 09 Mar 2011 10:01 AM PST









    Betul-betul merbahayakan diri pakcik ni...

    Remaja ancam posting video seks di Facebook

    Posted: 09 Mar 2011 09:30 AM PST

    INILAH.COM, Jakarta – Seorang mahasiswa yang berhubungan seks dengan wanita dan dirakam oleh dua rakannya didakwa di mahkamah. Video itu sebelumnya diancam disebarkan di Facebook.

    George Laponas, 24 tahun, merayu mangsanya di  jejaring sosial Facebook untuk melakukan hubungan seksual. Sayangnya, perempuan yang tidak disebutkan namanya itu tidak menyedari bahawa dua rakan Laponas iaitu Lemar Garcia, 20 tahun, dan Shabar Husain, 21 tahun, bersembunyi di bawah tempat tidur dengan sebuah kamera untuk merakam adegan seks tersebut.

    Setelah melakukan hubungan seksual, Laponas  dengan santai bertanya apakah perempuan itu pernah berhubungan seksual dengan tiga orang lelaki.

    "Aku punya kejutan untukmu," kata penuntut umum di Snaresbook Crown Court, London, England.Kemudian Laponas memanggil Garcia dan Hussain dari bawah tempat tidur.

    Perempuan itu kemudian merasa terkejut dan merancang untuk melaporkan ketiga remaja ini ke pihak berwajib. Namun, Laponas mengancam akan mengposting video seks mereka di Facebook jika perempuan itu tidak menuruti keinginan mereka.

    "Pada suatu pagi, Laponas berhubungan seksual dengan perempuan ini dan dua orang terdakwa lain bersembunyi di bawah tempat tidur. Ketika perempuan itu menyedari keberadaan dua teman Laponas, Laponas mengancam akan meposting video seks mereka di Facebook," ujar jaksa Ian Dear.

    Laponas berasal dari Greenwich, Garcia dari Isle of Dogs dan Hussein berasal dari Maida Vale.

    [Video] Ular sawa gigit payudara wanita

    Posted: 09 Mar 2011 08:45 AM PST



    Inilah akibat kalau terlampau berani sangat..nasib baik dia tak telan terus.
    Agaknya ular sawa tu geram tengok perempuan tu seksi sangat...

    Rakyat Venezuela dilarang nyanyi di bilik mandi

    Posted: 09 Mar 2011 07:00 AM PST

    Rakyat Venezuela baru-baru ini disuruh untuk berhenti menyanyi sewaktu mandi di bawah pancuran air.Suruhan ini dikeluarkan secara peribadi oleh  presiden, Hugo Chavez.

    Seiring situasi negara yang sedang mengalami kesulitan air bersih yang kronik dan krisis tenaga, presiden Chavez menyuruh warganya untuk memendekkan waktu yang mereka habiskan di bilk mandi.

    "Beberapa orang dapat menghabiskan waktu lebih dari setengah jam berada di bawah pancuran air," katanya dalam mesyuarat kabinet yang disiarkan melalui salah satu stesen televisyen, dan dilaporkan Daily Mail.

    Dia kemudian mengatakan bahawa ketika ini dia sedang memimpin satu pasukan untuk memerangi pembaziran tenaga.

    "Saya tidak bergurau" tegasnya, "3 minit sudah lebih dari cukup untuk mandi. Saya sudah menghitung waktu mandi saya hanya 3 minit dan saya sama sekali tak bau."

    Peningkatan permintaan dan kurangnya pelabur telahmembuat bekalan eletrik terputus dalam keadaan yang serius di Venezuela beberapa bulan terakhir. Situasi ini dipengaruhi oleh curah hujan yang rendah sehingga mempengaruhi takungan hidroelektrik yang menjadi penjana elektrik utama untuk negara tersebut.

    Sebagai informasi, Presiden Chavez telah mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangi penggunaan tenaga yakni dengan memerintahkan kementerian pemerintah dan perusahaan untuk mengurangi penggunaan tenaga sebanyak 20 peratus.

    Buat motor daripada jam tangan dan cermin mata terbuang

    Posted: 09 Mar 2011 06:30 AM PST

    Artis berbakat Brazil Jose Geraldo Reis Pfau menciptakan miniatur motor yang indah dengan hanya menggunakan bahagian dari jam tangan dan cermin mata terbuang.Inilah hasilnya yang sungguh kreatif dan menarik.










    Inilah anjing yang dapat menyelamatkan tuannya yang buta daripada runtuhan New York WTC

    Posted: 09 Mar 2011 05:00 AM PST


    Michael Hingson adalah seorang yang buta yang mempunyai anjing yang cukup setia. Rossele nama anjing nya, telah berjaya menyelamatakannya daripada kehancuran hancur New York WTC.Ketika kejadian ini  Michael  berada di tingkat 7 WTC ini.Ketika bangunan ini mulai runtuh, semua pekerja  berlari menyelamatkan diri. Michael yang buta ini tidak dapat melakukan apa-apa, tapi Rossele dapat membantunya. Rossele terus memimpin majikannya turun tangga keluar dari bangunan itu. Akhirnya mereka berdua dapat selamat dari maut dengan kehebatan anjingnya.Rossele  mendapat penghargaan dari Datuk Bandar setempat dan mendapat jolokan "Hero Dog".

    James Bond berpakaian perempuan sempena Hari Wanita

    Posted: 09 Mar 2011 04:00 AM PST

    TEMPO Interaktif, Agen 007 atau yang dikenal dengan James Bond yang identitinya  penampilan maskulin. Bond biasanya memakai  tuxedo plus dikelilingi perempuan cantik.


    Sempenat Hari Wanita Sedunia, James Bond tampil berbeza. Dia menunjukkan sisi perempuannya dengan rambut panjang perang mengrurai, mengenakan skrit dan kasut tinggi.
    Penampilan Bond yang luar biasa ini muncul dalam video dua minit untuk kempen kesamaan gender. Video ini digarap oleh produser Barbara Broccoli.
    Dalam video itu, agen 007 yang dilakonkan oleh Daniel Craig pada mulanya muncul dengan tuxedo hitam senada dengan layar di belakangnya. Lalu dia menghilang di balik layar.
    Tak lama kemudian, Bond muncul kembali dalam wujud perempuan, berambut perang panjang, memakai blaus terusan selutut, dengan kasut tinggi.
    Dia lalu melepaskan satu per satu apa yang dipakai, pertama wig perangnya, lalu skirtnya. "Kita sama, bukankan kita agen 007," demikian pesan yang muncul dalam video itu.

    Bila cikgu tak ada dalam kelas

    Posted: 09 Mar 2011 03:00 AM PST




    Bila cikgu tak ada dalam kelas..apa lagi tidurlah...

    Ada Pokok Nangka Berbuah Pisang

    Posted: 09 Mar 2011 02:52 AM PST


    SUKABUMI- Mungkin Anda masih mengingat lagu buah semangka berdaun sirih yang pernah dipopularkan Broery Marantika beberapa tahun lalu. Mungkin bagi Anda ini aneh dan tidak masuk akal, namun hal berbeza terlihat di Sukabumi, Jawa Barat.

    Di Kampung Cilubang, Desa Hegarmanah, Cicantayan, Sukabumi, Jawa Barat, ada sebuah pohon nangka berbuah pisang. Kejadian ini membuat penduduk kampung terkejut .

    Sepintas pohon nangka ini tidak aneh dan layaknya seperti pohon nangka lainnya. Namun jika diperhatikan, ternyata buah nangka ini  seperti buah pisang mas.

    Sirojudin, keluarga pemilik pohon aneh, memastikan tidak ada rekaan atas pohon nangka milik Odang (67) itu. Pasalnya batang nangka menempel segar di pohonnya, namun bentuk buah saja yang berbentuk pisang emas.

    Warga yang teruja itu akhirnya mengambil salah satu buah nangka itu. Setelah dibuka ternyata isinya bukan pisang, tapi biji nangka yang terletak di bahagian tengah.

    Khabar keanehan ini tidak hanya diketahui warga sekitar, namun sudah menyebar ke luar Sukabumi, Mereka datang dari berbagai daerah hanya melihat pohon aneh tersebut.

    Yuyun, warga Sukabumi, mengaku baru kali ini melihat pohon nangka berbuah pisang. Sementara itu, Odang mengaku tidak ada tanda-tanda sebelumnya akan memiliki pohon aneh tersebut.

    Belum ada keterangan dari pakar pertanian tentang keajaiban pohon yang tumbuh di halaman pekarangan itu.

    Sumber : http://www.okezone.com

    Seorang Blogger dari China marah akaun Facebooknya ditutup

    Posted: 09 Mar 2011 01:00 AM PST

    TRIBUNNEWS.COM – Seorang blogger dan aktivis berasal dari China, Michael Anti, marah setelah akaun Facebook-nya ditutup.

    Alasannya, kerana dia menggunakan nama samaran dan sebuah email dari perusahaan. Anti, atau nama aslinya Zhao Jing, menyatakan ,dirinya dikenal sebagai Michael Anti dan sudah diketahui umum selama satu dekad untuk penulisan artikel dan esei.

    Anti, bekas jurnalis yang memenangkan biasiswa di Universiti Cambridge dan Universitas Harvard, mula membuka akaun diFacebook pada tahun 2007.

    Akibat akaunnya ditutup, Anti kehilangan hubungan dengan teman akademik dan juga kaum profesional yang mengenal dirinya dengan sebutan Anti.

    "Saya sangat marah. Saya tidak boleh menggunakan nama China saya. Baru saja saya tahu jika anjing Zuckerberg sudah punya profil sendiri di Facebook.Pekerjaan saya sebagai jurnalis dan  akademik saya lebih nyata dibandingkan dengan seekor anjing," jelasnya.

    Zhao mengatakan,   di China ramai para penulis dan jurnalis  menggunakan nama samaran sebagai bentuk perlindungan ancaman dari pihak pemerintah. Jika menggunakan nama sebenar, ini boleh membuat warga China berada dalam bahaya," jelasnya.

    Ini bukan pertama kali Anti mengalami masalah dengan internet. Di tahun 2005, blogy ang di-hosting di Microsoft terpaksa ditutup oleh pihak Microsoft setelah mendapat tekanan dari pemerintah China. Sementara itu, Zuckerberg baru-baru ini membuat Facebook page untuk anak anjingnya bernama Beast lengkap dengan profil dan foto-foto lucu si anjing.

    Ingin Ikut Trend Tindik Lidah, Remaja Ini Menelan Bola Magnet, Ususnya Robek!

    Posted: 09 Mar 2011 12:30 AM PST

    REPUBLIKA.CO.ID, COLORADO–Niat hati ingin tampil menarik tetapi mengakibatkan sakit parah. Inilah yang dialami Lauren Garcia (13 tahun), remaja berasal Colorado, Amerika Syarikat.

    Garcia ingin menindik lidahnya. Tapi dia tak berani. Sebagai penggantinya, dia membeli sepasang bola magnet (buckyballs) yang memang mirip dengan tindikan lidah yang sudah popular sebelumnya.


    Jadilah sepasang bola magnet ini dia letakkan di dalam mulutnya. Yang dia tidak ketahui adalah, bahan bola magnet ini sangat berbahaya bagi organ dalam tubuh. Dan  Garcia secara tidak sengaja menelan sepasang bola magnet tersebut.

    "Saya boleh meninggal kalau tidak cepat-cepat ke hospital setelah menelan bola magnetnya," kata Garcia, Selasa. Bola magnet itu, boleh membakar dan melubangi usus besarnya.


    Di pembungkus bola magnet ini sudah ada peringatan. Bahawa bola itu benda berbahaya bila tertelan dan tidak sesuai untuk anak-anak. Tapi demi trend Garcia rela meletakkan magnet itu di dalam mulutnya.

    "Bolanya kena gigi saya dan ia masuk ke tenggorokan, saya tidak boleh menghentikannya," kata Garcia. Dia kini terbaring di hospital. Para doktor terpaksa membedah perut Garcia untuk mengeluarkan bola magnet tersebut.

    "Ada dua bola magnet yang saling tarik menarik di dalam ususnya. Dan untung tidak terjadi kedua magnet itu merekatkan ususnya, kalau ini terjadi, ususnya bioleh robek berlubang," kata dr Saundra Kay.

    Dari CAT Scan, para doktOr melihat gesekan dua bola itu sudah melubangi dinding usus Garcia.

    Ibu Garcia, Andrea Ulibarri, mengatakan dia mengeluhkan trend di kalangan remaja ini ke sekolah tempat Garcia belajar. Garcia diperintahkan menulis esei tentang pengalaman seramnya ini.  "Agar remaja lain tidak mengalami hal seperti ini," kata Ulibarri.

    Gila ,Lelaki memandu dengan laju tanpa peduli isterinya ada diatas kereta

    Posted: 08 Mar 2011 11:30 PM PST

    KOMPAS.com — Kalau orang sedang khayal dadah, isteri di atas kereta pun tidak dia pedulikan. Lelaki berasal Manteca, California, Los Angeles, itu pun akhirnya ditahan polis lantaran memandu dengan kelajuan 160 km per jam sejauh 64 km, sementara  isteri bertenggek di atas kap kereta dan akhirnya selamat.


    Isterinya memanjat atap kereta kerana berniat menghentikan Christopher Carroll (36), suaminya, Sabtu (5/3/2011) pagi itu, agar tidak memandu dalam keadaan  pengaruh dadah jenis methamphetamine, kata polis Manteca, Rex Osborn. Polis tidak mendedahkan identiti nama perempuan yang berusia 30-an itu kerana dia menjadi korban kekerasan dalam rumah tangga.

    Isterinya  jatuh terguling dari atap kereta setelah Carroll memperlambat keretanya di Pleasanton. Tak hanya diseret atas tuduhan kekerasan rumah tangga, Carroll pun akan diadili kerana tuduhan cubaan membunuh ke atas isterinya. Meski demikian, Carroll tak diadili atas penggunaan dadahan….

    [Hebat] Hakim kejar dan terkam seorang tertuduh yang cuba melarikan diri

    Posted: 08 Mar 2011 10:45 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM, LONDON - Seorang hakim yang masih mengenakan jubah seragam lengkap dan wig berhasil menangkap seorang tertuduh yang berusaha melarikan diri dari ruang sidangnya.

    Hakim Douglas Marks Moore yang berusia 60 tahun menangkap terdakwa Paul Reid, 34 tahun, yang berusaha lari di akhir persidangan di pengadilan Woolwich Crown Court, London.

    Kerana itu Reid kemudian diajukan ke pengadilan jenayah kota London atau Old Bailey minggu ini.

    "Ketika dia (Reid) berusaha menuju pintu keluar, yang mulia Hakim Marks Mooore menarik lehernya untuk menjatuhkan dia," kata jaksa Rupert Gregory Selasa.

    Gregory menjadi pendakwa  dalam sidang di Old Bailey dimana Reid dikenakan dakwaan berusaha melarikan diri.

    Gregory mengatakan mereka kemudian terjatuh dan bergumul di anak tangga sampai Reid lepas dan melarikan diri, tetapi Hakim Marks Moore terus mengejar Reid sampai ke pintu kecemasan yang tidak mudah dibuka, dan berhasil menjatuhkan Reid seperti dalam pertandingan  rugby.

    Hakim duduk diatas Reid yang terus meronta-ronta sampai pengawal  datang dan menahan dia.

    Reid berusaha melarikan diri dalam sidang jenayah seksual dua tahun sebelumnya. Ketika itu dia berhasil melarikan diri dari pengadilan di London.