Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix 2013 Dilancarkan Jumlah Hadiah Bernilai AS$30,000 ditawarkan kepada Para Pemenang
UNIQLO telah melancarkan UT (UNIQLO T-shirt) Grand Prix 2013, sebuah peraduan mereka bentuk Baju-T tahunan yang mana para peserta di seluruh dunia mengubah baju-T menjadi karya seni kreatif. Peraduan bagi tahun 2013 akan berlangsung dari 3hb Ogos hingga 2hb September 2012.
Peserta peraduan boleh menghantar karya asli mereka yang mempamerkan salah seorang daripada enam artis muzik antarabangsa yang terkenal: AC/DC, David Bowie, Madonna, KISS, The Sex Pistols dan The Who.
Legenda-legenda muzik ini akan memilih sendiri enam penyertaan yang akan memenangi kategori Artist's Choice Award, manakala satu proses undian online akan memilih enam pemenang bagi kategori People's Choice Award. Sejumlah AS$30,000 berbentuk hadiah wang tunai akan ditawarkan kepada dua belas orang pemenang ini.
UNIQLO akan memilih lagi dua belas penyertaan bagi kategori Tempat Kedua. UNIQLO akan mengeluarkan UT bagi kesemua dua puluh empat rekaan dan menjualnya di semua kedai- kedai UNIQLO di seluruh dunia pada tahun 2013. Butir-butir mengenai penjualan UT akan diumumkan di masa yang akan datang.
Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix UNIQLO telah menganjurkan Peraduan Mereka Bentuk Baju-T UT Grand Prix setiap tahun sejak tahun 2005, dengan tujuan menggalakkan individu-individu kreatif lagi berbakat di seluruh dunia. Peraduan ini terbuka kepada semua orang tanpa mengira umur, jantina atau kewarganegaraan. UNIQLO akan mula menerima penyertaan bagi peraduan tahun 2013 bermula 3hb Ogos 2012. Sila rujuk kepada maklumat di bawah untuk maklumat lanjut.
Rekaan Baju-T berasaskan Enam Artis, termasuk Madonna dan KISS Muzik adalah tema peraduan mereka bentuk baju-T UT Grand Prix 2013, dan akan disertai oleh enam artis popular. AC/DC, David Bowie, Madonna, KISS, the Sex Pistols dan ahli The Who akan memilih sendiri penyertaan yang menang, yang mana setiap artis bertanggungjawab untuk memilih enam pemenang Artist's Choice Award.
Pelbagai Hadiah untuk Dimenangi Para pemenang enam Artist's Choice Award akan menerima ASD$4,000 setiap seorang, manakala enam pemenang People's Choice Award akan menerima ASD$1,000 setiap seorang. UNIQLO akan memilih dua belas rekaan untuk kategori Runner Ups.
Sertai UNIQLO apabila ia mengumpulkan satu barisan eklektik artis berprofil tinggi, syarikat dan golongan muda dari serata dunia bagi menghasilkan satu rangkaian UT yang menarik.
Butir-butir Peraduan Tempoh Penyertaan Jumaat, 3hb Ogos 2012 hingga Ahad, 2hb September 2012 (Sehingga 23:59:59, Waktu Jepun)
Syarat-syarat Penyertaan Peraduan ini terbuka kepada semua orang, tanpa mengira umur, jantina atau kerakyatan. Penyertaan akan diterima daripada semua negara di dunia.
Proses Pengadilan Enam orang artis yang turut serta, AC/DC, David Bowie, KISS, Madonna, the Sex Pistols dan The Who, akan memilih sendiri pemenang Artist's Choice Award bagi setiap kumpulan muzik. Undian online berasingan akan memilih enam rekaan terbaik bagi People's Choice Award. Undian online terbuka kepada semua orang, yang mana hanya satu undian bagi setiap artis muzik.
UNIQLO akan memilih dua belas rekaan, atau dua rekaan bagi setiap artis, untuk kategori Runner Ups.
Cara Menyertai Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada laman web rasmi UT Grand Prix 2013, dan pastikan anda membaca syarat-syarat peraduan sebelum menghantar rekaan anda. Laman web rasmi UT Grand Prix 2013: http://www.uniqlo.com/utgp2013/
Hadiah-hadiah • Artist's Choice Award x 6 (satu bagi setiap artis): hadiah wang tunai AS$4,000 setiap satu • People's Choice Award x 6 ( satu bagi setiap artis ): hadiah wang tunai AS$1,000 setiap satu • Kategori Runner Ups x 12 (dua bagi setiap artis)
Anugerah ini akan diumumkan di laman web rasmi UT Grand Prix 2013 setelah keputusan dibuat. 24 rekaan akan dijual sebagai UT melalui kedai dalam talian UNIQLO dan di lokasi kedai UNIQLO di seluruh dunia. Butir-butir mengenai penjualannya akan diumumkan di masa akan datang.
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com. Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua.
Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain.
"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan,"
Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.
"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," ujarnya.
Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa.
Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah.
"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya.
Biarpun menganggap masih terlalu awal untuk berkongsi berita gembira ini dengan peminat, namun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie,30, tidak menafikan berita yang mengatakan bahawa dia kini sudah berbadan dua.
Malah, Irma yang ditemani suaminya, Redza Shah, 31, ketika majlis fitrah Ramadan 2012, malam tadi memberitahu keadaannya ketika ini kurang sihat dan menghadapi alahan muntah-muntah.
"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.
"Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan,"
Gembira bakal bergelar bapa, sebagai suami, Redza lebih banyak meluangkan masa bersama Irma.
"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.
"Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," jelas Redza.
Mempersetujui apa yang dijelaskan suaminya itu, Irma mengakui lebih selesa suaminya bersama dan merasakan sentiasa selamat. via Murai & Mstar
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com. Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? Daftarkan email anda [ di sini ]
Pada 17 Julai 2012 yang lalu, telah berlangsungnya pelancaran album kedua Bunkface yang berjudul "Bunk Not Dead." Majlis pelancaran ini telah berlangsung di sebuah lorong di Wheel Love, SS15 Subang Jaya berhampiran dengan Studio Bunkface Rock Station.
Di dalam album ini, ia telah memuatkan sebanyak 13 buah lagu, dimana 5 buah lagu untuk versi Bahasa Melayu dan 8 buah lagu versi Bahasa Inggeris. Single pertama album ini adalah lagu Panik, di mana proses rakamannya telah dijalankan sepenuhnya di Jakarta, Indonesia.
Semalam, bertempat di bangunan THK, Petaling Jaya, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian antara pihak Bunkface dan Warner Muzik Malaysia. Perjanjian ini merupakan perlantikan pihak Warner Muzik sebagai pengedar rasmi album kedua Bunkface, yang akan bermula selepas perayaan Aidilfitri yang akan datang.
Album Bunkface pada kali ini amat berbeza dengan album-album lain, kerana ia menawarkan sistem interaktif yang dikenali sebagai AR, di mana ia pertama kali diaplikasikan dengan kod tersembunyi bagi melihat lirik lagu dan gambar-gambar menerusi aplikasi telefon pintar Android dan Apple.
Mengikut perancangan, Bunkface akan menjalankan aktiviti penjelajahan yang dikenali sebagai "University Tour" bagi mempromosikan album terbarunya ini. Menerusi penjelajahan ini, pihak Bunkface akan kunjungi beberapa Universiti yang terdapat di semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Penjelajahan ini dijangkakan akan berlangsung pada bulan Oktober, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Untuk pengetahuan, album ini telah diterbitkan sendiri oleh pihak syarikat Bunkface Production Sdn Bhd.
Bagi anda yang tidak tahu, majalah 'August' bukanlah majalah sempena bulan Ogos yang akan datang ini, tapi ia adalah sebuah majalah mengenai lelaki yang mensasarkan golongan pembaca lelaki profesional.
Namun, bukan itu yang mahu OHBULAN! ketengahkan. Terbaru dari majalah ini untuk edisi Ogos 2012, Remy Ishak telah dipilih sebagai wajah untuk menghiasi muka depan majalah yang mula dilancarkan semenjak bulan September 2008 ini. Menarik bukan melihat foto-foto Remy yang kelihatan bergaya ini?
Tidak banyak yang dapat OHBULAN! ulaskan, tetapi Remy Ishak sebenarnya mempunyai daya tarikannya yang unik. Setuju tak?
Alicia Liu Xun-ai adalah model transgender asal Taiwan yang berparas cantik dan dikenal dengan julukan Xiao Ai. Si "cantik" ini memiliki postur setinggi 172 cm dan berat 50 kg. Ukuran dadanya adalah 34C.
Ia terlahir sebagai laki-laki dengan nama Zi-hua pada tanggal 12 Jun 1986, tapi menjalani operasi penggantian kelamin pada usia 18. Dia menjadi populer setelah sejumlah penampilan di sebuah program televisyen parodi, tetapi diberhentikan pada Januari 2010 gara-gara seorang mantan teman sekolah mengupload fotonya.
Fotonya sewaktu SD (kiri) dan saat SMA (kanan)
Sebagai tanggapan, Liu mengadakan konferensi pers di mana ia menyatakan bahawa ia bahagia menjadi seorang wanita dan bahawa masa lalu itu tidak penting, tetapi hanya menegaskan bahawa ia adalah seorang transeksual saat diwawancara oleh China Times seminggu kemudian.
boleh bermain piano
Keputusannya untuk mengganti kelamin dan go international didukung oleh keluarga, rakan dan agennya, kata Liu: "Perubahan jenis kelamin saya membantu saya untuk go public, dan itu tidak mempengaruhi kehidupan saya".
Sekilas jika kita melihat gambar (diambil dari situs orange), pasti kita mengira haiwan yang kecil yang ada di gambar tersebut adalah seekor anjing dalmation. Tapi haiwan yang berukuran lebih kecil dari anjing dalmation itu adalah anak kambing dimana bulunya atau kulitnya terlihat mirip dengan dalmation. Anak kambingmirip dalmation ini lahir di tempat seorang petani peternak anjing di Australia Selatan, Barossa Valley bernama John dan Julie Bolton. Anak kambing mirip dalmasion ini ditinggalkan oleh induknya, namun untungnya anak kambing ini akhirnya diadopsi oleh seekor anjing dalmation bernama Zoe. Baik Zoe dan anak kambing itu sekarang ini tak boleh terpisahkan, terlebih setelah ditolak ibunya Zoe dengan cepat memperlihatkan rasa sayangnya kepada anak angkatnya itu dengan menjilati si anak kambing itu dengan penuh kasih sayang dan juga mengurus anak kambing jantan itu. Anak kambing mirip dalmation ini bahkan mengira Zoe adalah ibunya dimana anak kambing ini pernah mencuba minum susu alias menyusu dari Zoe, namun menurut Julie Bolton anak kambing itu terpaksa harus minum dari botol. Saat ini anak kambing mirip dalmation itu dengan gembira mengikuti kemanapun si Zoe pergi di peternakan itu dan anak kambing itu bahkan tidur di dalam kandang anjing.
TRIBUNNEWS.COM - Apa saja yang menyangkut bintang pop Michael Jackson selalu menarik, termasuk kotoran burung. Kereta Brandon Tudor, warga Chicago, ada kotoran burung. Menurut Tudor, bentuk kotoran burung ini sangat mirip Michael Jackson.
Tudor (29) mengatakan, dia sedang memandu di sepanjang jalan bebas hambatan nombor 30 dekat Big Rock. Tiba-tiba seekor burung mengeluarkan kotoran ke atas Cadillac Seville tahun 1996 yang dikendarainya. Dia lalu melihat kemiripan antara sang bintang pop dan kotoran burung tersebut setelah kering..
Chicago Sun-Times menulis komen Tudor: "Semua orang menyukainya. Semua orang yang melihatnya sepakat kotoran itu memang mirip Michael Jackson," katanya.
Dia lalu melelong kotoran burung itu di situs lelong eBay. Harga pembukaannya cukup lumayan, 500 dollar AS . Proses lelong masih berlangsung. Hingga lelong selesai, Tudor menutupi kotoran burung itu dengan plastik dan memarking keretanya di garaj. (UPI/joe)
Y Lan yang memiliki nama asli Tran Thi Hoang Lan adalah seorang seniman terkenal asal Vietnam yang menciptakan "keajaiban" dengan menggunakan pasir aneka warna. Karyanya ini dikenal di seluruh Asia, bahkan di Eropah dan Amerika Utara.
Y Lan yang tidak memiliki latihan seni secara formal mendapatkan inspirasi untuk membuat lukisan dari susunan pasir warna-warni ini murni dari ketidaksengajaan. Pada tahun 2001, ketika mengunjungi kampung halaman suaminya di kota Phan Thiet, Y Lan melihat pasir yang membentang di pinggir pantai dan terpesona oleh kecantikannya. Ia pun mengambil 3 jenis pasir dengan warna berbeza dan menuangkannya ke dalam vas bunga transparan.
Sepulangnya dari pantai, ia menjadi terobsesi dengan keindahan pasir yang eksotis sehingga ia kembali lagi dan mengambil lebih banyak sampel pasir dengan warna yang berbeda. Y Lan kemudian berpikir apa yang harus dilakukan dengan pasir dengan warna-warni yang indah yang telah ia kumpulkan tersebut. Akhirnya, setelah beberapa lama lahirlah ide untuk membuat lukisan pasir.
Walau pada awalnya Y Lan memulai karyanya hanya dengan menggunakan 3 warna pasir, tapi setelah bertahun-tahun ia berhasil mengumpulkan lebih dari 80 pasir dengan warna yang berbeza-beza dari seluruh negeri.
Meski ia percaya bahawa dirinya telah dilahirkan dengan bakat untuk membuat lukisan pasir, ia tetap mengakui telah menghabiskan waktu selama 11 untuk melatih keahliannya serta membuatnya lebih mahir untuk membuat karya lukisan pasir menjadi lebih detail.
Y Lan menyatakan kecintaannya akan semua karya yang telah dibuatnya, tetapi lukisan potret dari susunan pasir mendapatkan perhatian lebih kerana mereka memerlukan perhatian tingkat istimewa ketika membuatnya. Satu biji pasir yang salah diletakkan boleh menyebabkan wajah yang tengah dibuat terlihat menyimpang dan boleh merosak hasil kerja yang telah dilakukan seharian. Y Lan mengatakan banyak seniman yang mungkin boleh membuat lukisan pemandangan menggunakan pasir, tetapi sangat jarang sekali yang dapat membuat lukisan potret dari pasir dengan hasil yang sempurna.
Saat ini, Y Lan telah dikenal di seluruh dunia sebagai penemu seni lukisan pasir. Dirinya juga telah mendirikan perusahaannya sendiri dan menjual karya seninya ini ke berbagai negara di dunia.
HONG KONG - Bumbung sebuah bangunan 14 tingkat di sini menjadi 'ladang' untuk menanam pelbagai jenis sayur-sayuran, lapor agensi berita AFP semalam.
Ladang itu dimiliki oleh Osbert Lam yang menyewakan tempat untuk menanam sayur-sayuran di kawasan seluas 930 meter persegi.
Antara sayur-sayuran yang ditanam itu ialah timun dan ubi kentang.
Lam yang merupakan seorang usahawan tempatan menyewa kepada orang ramai untuk menanam sayur-sayuran pada harga antara AS$20 (RM62.33) hingga AS$25 (RM77.92) sebulan.
"Saya berpendapat ladang di bandar raya menjadi semakin popular.
"Orang ramai yang datang ke ladang ini berasa amat gembira. Ia umpama ketenangan dan satu jalan keluar," kata Lam.
Seorang jururawat, Melanie Lam yang menanam sayur-sayuran di atas bumbung itu berkata: "Saya berasa gembira memakan sayur-sayuran yang saya tanam berbanding makanan yang saya beli di pasar raya." - Agensi
FLORIDA : Seekor ular gergasi sepanjang 5.4 meter dengan 87 telur ditangkap ketika ia berkeliaran di Taman Negara Everglades. Ular sawa Burma seberat 70 kilogram itu adalah yang paling besar pernah ditemui di Florida dan dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Amerika Syarikat. Ular jenis itu berasal dari Asia Tenggara tetapi beribu-ribu ekor haiwan berkenaan dipercayai hidup di taman negara itu selepas dilepaskan oleh penduduk dan beranak-pinak.
Dan saintis memberi amaran, haiwan sebesar itu boleh memusnah hidupan lain.
Pakar dari Muzium Florida, Kenneth Krysko berkata: "Ular sepanjang 17 kaki akan memakan apa saja yang diingininya.
"Ular ini hidup sejak sekian lama di hutan. Tidak ada apa yang dapat menghalang mereka dan hidupan liar lain berdepan dengan masalah."
Ular sawa yang dibunuh itu mempunyai bulu di dalam perutnya. Saintis merancang untuk mengenal pasti hidupan liar yang dimakannya.
Ular sawa Burma membiak di kawasan iklim panas dan lembap di Everglades selepas banyak di antaranya dibebaskan oleh pemiliknya.
Pakar berkata, yang lain mungkin terlepas dari kedai haiwan peliharaan selepas Taufan Andrew pada 1992 dan membiak sejak itu.
Ular itu membunuh mangsa dengan membelit dan melemaskannya. Mereka mampu menelan haiwan sebesar rusa dan buaya.
Pengimportan ular sawa kini diharamkan di Florida dan kerja memburunya dibenarkan.
Bagaimanapun, langkah itu memberi kesan yang kecil saja terhadap populasi mereka.
Pakar bilogi Muzium Florida, Rob Robins berkata, haiwan itu sukar ditangkap dan memandangkan mereka sudah membiak di Everglades, usaha untuk menghapuskan mereka tidak mungkin dapat dilakukan.
"Saya percaya anda akan melihat lebih banyak ular seumpama itu ditangkap," katanya. - DM sumber : myMetro
MISSION VIEJO (California): Hos rancangan realiti dan seni bela diri, Jason "Mayhem" Miller, ditahan kerana disyaki memecah masuk sebuah gereja selepas polis menemuinya berbogel di California Selatan, semalam. Miller dijangka didakwa di mahkamah hari ini. Paderi Gereja Mission Hills menghubungi polis selepas dia mengesyaki ada seseorang memecah masuk ke situ pagi kelmarin. Sejurus kemudian, polis tiba dan mereka menemui Miller berbogel di kerusi dalam gereja berkenaan. Polis juga menemui bukti dia menggunakan pemadam api dalam bangunan itu. - AP sumber : myMetro
PATERSON (New Jersey): Polis yang memeriksa sebuah apartmen untuk mengesan dadah terkejut apabila menemui seorang wanita dirantai dalam bilik tidur dipercayai sejak beberapa tahun atau sedekad lalu. Wanita berusia 44 tahun itu ditemui sepasukan polis di rumah Michael Mendez yang terletak Paterson, New Jersey. Mendez, disyaki anggota kumpulan samseng Latin Kings. Jurucakap polis, Brian Polite, berkata berdasarkan siasatan dan bukti, penyiasat yakin wanita terbabit dikurung antara dua hingga 10 tahun lalu.
"Wanita itu kadang-kadang dibenarkan keluar dari bilik ketika teman lelakinya berada di rumah," katanya. Jiran Mendez berkata, dia mengenali lelaki terbabit beberapa tahun lalu dan memang dikenali ramai di kawasan penempatan berkenaan. Katanya, Mendez, 42, sering dilihat di luar rumah dan sesekali mengilatkan kereta atau mendengar muzik. Dia juga mengaku melihat wanita terbabit beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun lalu. "Saya pernah nampak wanita itu masuk ke kereta beberapa tahun lalu," katanya. Sementara itu jiran di tingkat atas apartmen Mendez mendakwa mereka tidak sedar ada orang lain tinggal di kediaman berkenaan. Seorang daripada mereka berkata, jika tidak kerana penemuan polis semalam, dia tidak tahu ada wanita di situ. Polis berkata, Mendez kini ditahan di Penjara Passaic dan tidak dapat dipastikan sama ada dia diwakili peguam atau tidak. Dia berdepan dakwaan menculik, mengurung serta kesalahan lain, termasuk berkaitan dadah.
Menurut polis, mereka menemui 4,200 pil kawalan bernilai AS$100,000 (RM311,476), 190 gram ganja dan hampir AS$23,000 (RM71,639) wang tunai. - AP sumber : myMetro
OSLO: Seorang wanita ditangkap selepas berjalan keluar dari sebuah kedai bersama-sama televisyen 42 inci di celah paha. Polis menangkap wanita itu yang ditemani teman lelakinya selepas dia berjalan terincut-incut ke pintu keluar kedai berkenaan di Oslo, ibu negara Norway, dengan skirtnya menutup barangan elektrik berharga RM15,000 itu. Wania itu berupaya membawa televisyen berkenaan dengan menyepitnya di celah paha ke perhentian bas berhampiran.
Bagaimanapun, seorang pekerja yang mengeyaski perbuatan wanita itu, menelefon polis yang menangkapnya di dalam bas.
Wanita terbabit dan teman lelakinya, warga Romania. Dia memberitahu polis dia mempunyai otot paha yang amat kuat.
"Bukan sesuatu yang luar biasa untuk pencuri meletakkan barangan yang dicuri mereka di dalam skirt," kata jurucakap polis di Oslo, Tor Grottom.
"Kami mula menyangka ia tidak mungkin dapat dilakukan tetapi kami mencubanya di balai polis, menggunakan khidmat seorang anggota wanita. Ia memang sukar tetapi masih boleh dilakukan," katanya.
Kejadian berlaku Khamis lalu dan ramai penduduk Norway mengulas kejadian itu menerusi Internet berkata, mereka tidak boleh melakukan sedemikian.
Polis bagaimanapun berkata, setakat ini tidak ada kecurian seumpama itu dilaporkan.
Wanita terbabit yang digelar 'Paha Petir' oleh sebuah stesen radio Norway berusia 31 tahun dan masih ditahan untuk disoalsiasat berhubung kemungkinan terbabit dalam kes lain. - DM sumber : myMetro
KUALA TERENGGANU: "Nasib baik mesin pencanai itu tidak terkena leher, jika tidak mungkin saya sudah tidak ada lagi," kata Marwardi Mustafa, 39, yang nyaris maut akibat terkena mesin pencanai di mulut dan pipi kirinya ketika memasang jubin di rumah rakannya di Kampung Pelong, Sungai Tong, Setiu, Ahad lalu. Marwardi yang tinggal di kampung sama ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia sedang memasang jubin walaupun sebelum itu rakan yang juga pemilik rumah berkenaan berulang kali memintanya berhenti rehat kerana melihatnya seolah-olah kepenatan, kira-kira jam 4 petang. "Saya membuat keputusan menghabiskan baki simen yang masih tinggal satu baldi lagi sebelum berhenti rehat dan meneruskan kerja memasang beberapa jubin di bahagian bawah dinding.
"Ketika memasang jubin itu, saya dapati ada serpihan yang terkeluar dari bahagian dinding dan cuba memotongnya dengan menggunakan mesin pencanai yang sudah ditukarkan matanya kepada mata pemotong kayu. "Malangnya ketika memotong lebihan serpihan itu, mesin itu tersepit menyebabkan saya terlepas genggaman dan tercampak ke arah muka saya. "Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya langsung tidak sempat mengelak ketika mesin pencanai itu menerpa ke arah muka saya," katanya yang bekerja sebagai tukang rumah.
Marwardi berkata, dia kehilangan banyak darah apabila tiga batang gigi serta kulit di bahagian pipi kirinya terbelah akibat terkena mesin pencanai itu sebelum dihantar rakan ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, isterinya, Mazni Harun, 34 berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan bergegas ke Hospital Setiu apabila dimaklumkan kemalangan yang menimpa suaminya. sumber : myMetro
IPOH: "Saya berhutang hanya RM3,000 untuk modal berniaga pasar malam, namun sindiket Along (ceti haram) meminta nyawa isteri saya sebagai cagaran jika gagal melunaskan hutang itu," kata mangsa sindiket Along, Mohd Hanif Hairuddin, 35. Lebih menakutkan apabila kumpulan samseng ceti haram itu sewenang-wenang menaikkan kadar 'bunga' hutang hingga dia dibebani hutang lebih RM10,000. Menurutnya, dia mula terjerat dengan kegiatan Along selepas mula memohon hutang pada Mei 2011 untuk membeli barangan fabrik perniagaan.
"Saya terjerat selepas 'jatuh hati' dengan risalah pinjaman dihantar Along ke peti surat rumah. Along yang menyamar sebagai syarikat pemberi pinjaman berlesen baru dibuka di bandar raya ini menawarkan pinjaman jangka pendek tanpa perlu melalui kerenah birokrasi termasuk mengisi borang. "Malah, salah seorang ahli sindiket Along yang dihubungi memberitahu wang pinjaman yang dipohon itu boleh diluluskan dalam tempoh dua jam asalkan saya menyerahkan salinan fotokopi MyKad, buku bank dan bil elektrik rumah," katanya, semalam. Menurutnya, dia kemudian mengatur temu janji di sebuah restoran mamak di Simpang Pulai sebelum menyerahkan dokumen dikehendaki Along berkenaan. "Saya disyaratkan membayar RM110 seminggu bagi tempoh jangka masa 10 bulan. Tanpa banyak soal, saya bersetuju dengan syarat itu tanpa menyedari muslihat tersembunyi.
"Dalam tempoh ditetapkan itu, saya pernah beberapa kali gagal membayar wang pinjaman mengikut tempoh ditetapkan. Along bagaimanapun berpura-pura memahami masalah saya tanpa memberi sebarang tekanan," katanya. Namun dia mula berasa sesuatu tidak kena apabila hutang yang dibayar sehingga April lalu didapati masih belum selesai sepenuhnya.
"Saya terkejut apabila Along memberitahu saya masih berhutang RM6,000 dengan mereka. Hutang itu didakwa membabitkan kadar bunga, kos denda lewat membayar hutang mingguan dan upah pengurusan. "Saya terkejut dengan dakwaan itu dan bertengkar enggan membayar baki hutang itu yang jelas tidak munasabah," katanya. Dia yang tidak membayar baki hutang ditetapkan itu selama tiga minggu bagaimanapun gusar apabila Along mula menghujani SMS ugutan dan mendesaknya supaya bersetuju dengan syarat ditetapkan. "Lebih membimbangkan apabila Along mengugut mahu memukul saya hingga terlantar di hospital serta melarikan isteri saya," katanya yang turut membuat aduan di Biro Aduan MCA. Menurutnya, kemelut dihadapi berakhir dengan campur tangan pihak biro aduan yang memujuk Along terbabit supaya menerima baki bayaran hutang sebanyak RM1,500 bagi 'membebaskan' dia daripada kitaran Along.
KUALA LUMPUR: "Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar," rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal. Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.
Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.
Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit. sumber : myMetro
KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin. Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.
"Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan.
KOTA BHARU: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam terhadap tuduhan memiliki dadah jenis heroin ketika ditahan bersama bekas isteri dan dua anaknya, tahun lalu. Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Razani Ibrahim, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Beliau memerintahkan Razani menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 27 Januari tahun lalu.
Azman dalam penghakimannya menasihatkan tertuduh supaya insaf dengan kesalahan yang dilakukannya. "Kamu berani membawa bersama isteri dan dua anak ketika ditahan, apa akan jadi jika kejadian tembak-menembak berlaku? "Saya berharap kamu insaf sepanjang menjalani hukuman," katanya. Mengikut pertuduhan, Razani didakwa memiliki heroin seberat 6.76 gram di hadapan Balai Bomba Rantau Panjang, Pasir Mas, jam 9.30 malam pada 27 Januari tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2), akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara minimum lima tahun dan minimum 10 sebatan jika disabitkan kesalahan. Berdasarkan fakta kes, dua anggota polis menyamar sebagai pembeli dadah bertemu tertuduh yang datang dengan sebuah motosikal bersama isteri dan dua anaknya bagi menjual bekalan dadah.
Tertuduh kemudian bertemu dengan seorang anggota polis itu dalam sebuah kereta dan menyerahkan beg kertas berisi 10 botol plastik yang mengandungi heroin sebelum anggota polis itu memberi isyarat kepada rakannya untuk menangkap tertuduh yang masih berada dalam kereta. Cubaan tertuduh melarikan diri gagal apabila ditahan. Terdahulu, peguam tertuduh, Ahmad Nizam Mohamed memohon hukuman paling minimum dikenakan terhadap anak guamnya. "Dia baru bercerai dengan isterinya dan perlu menyara dua anak yang masih kecil," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aznika Mohd Anas memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan serius dilakukannya sumber : myMetro
Minuman yang satu ini sama sekali tidak halal. Minuman jelly drink ini dibuat dengan bahan utama placenta (ari2) babi, dengan tiap botol mencapai berat 10.000 mg! Placenta dipercaya memiliki kemampuan regeneratif, terutama untuk kaitan dengan kecantikan, dan akan dapat membantu diet anda! Minuman ini juga tersedia dalam ukuran 400.000 mg juga ..ada juga yang sanggup minum benda ini demi kecantikkan.
Siapa menyangka bangkai kereta boleh dijadikan hiasan di rumah Anda, salah satunya adalah kereta Ferrari yang dijadikan meja kopi ini.
Charly Molinelli mendapatkan idea ini dari salah seorang pelanggannya yang menginginkan rekaan yang spesial untuk diletakkan di depan rumahnya.
Lelaki Perancis ini pun kemudian mencari kereta bekas Ferrari dan juga meja kayu yang diberikan roda untuk diberikan kepada pelanggannya tersebut.
"Sangat sulit mencari sebuah Ferrari yang benar-benar sudah remuk untuk dibuang. Mungkin Anda bisa membayangkan bahawa hal itu tidak terjadi tiap hari,"ujarnya seperti dilansir The Sun.
"Saya memutuskan untuk membuatnya sendiri dengan beberapa bahan seperti kayu, semen, cat dan tentu saja pernis. Kami ingin tetap menerapkan konsep recycle," katanya.
COLCHESTER - Beruntung sekali nasib kucing kecil ini, dia berhasil lepas dari maut setelah masuk ke mesin basuh.
Kucing bernama Scampi ini masuk ke dalam mesin basuh pada saat majikannya Frances Leate (29), kembali ke bilik untuk mengumpulkan pakaian kotor.
Leate dari kota Colchester, Inggris, langsung memasukkan pakaian ke dalam mesin dan terus menyalakan mesin tersebut.
Ibu satu anak itu baru menyedari ketika mencari kucing kesayangannya yang tidak ada. Dia pun bergegas ke dapur untuk mencarinya dan melihat kucing tersebut berada di dalam mesin cuci yang sedang berputar.
"Saya melihat tubuh kecilnya menempel di kaca. Dia saat itu menatap saya, saat itu dia tenggelam dan sudah putus asa ingin keluar," ujarnya seperti dilansir Orange.
Leate langsung menyelamatkan kucing kesayangannya dan meminta pertolongan tetangganya untuk membawanya ke doktor haiwan, hingga akhirnya Scampi harus dirawat hingga keadaanya pulih.
Scampi beruntung masih boleh menghirup udara setelah sebelumnya doktor haiwan mengatakan bahawa paru-paru kucing tersebut sudah dipenuhi oleh air.(rhs)
Leeds, biasanya remaja yang menyambut ulang tahun akan mendapatkan hadiah perhiasan atau pakaian, tapi tidak bagi Jackie Green. Ia mendapatkan hadiah operasi ganti kelamin diulangtahunnya yang ke-16.
Jackie terlahir sebagai seorang laki-laki bernama Jack, ia diketahui ingin mengubah jenis kelaminnya sejak berusia 4 tahun hingga akhirnya sang ibu Susie memberinya hadiah ulang tahun berupa operasi ganti kelamin seharga 13.500 pound sterling .
Saat berusia 5 tahun ia kerap mengalami bullying yang mengerikan dan pernah cuba untuk bunuh diri. Keadaan ini yang membuat remaja asal Leeds menjadi salah satu transeksual termuda di dunia yang harus menjalani prosedur operasi selama 7 jam di Thailand untuk mengubahnya menjadi seorang perempuan.
"Saya sudah melalui neraka untuk mendapatkan tempat seperti ini, tapi saya ingin membuktikan bahwa saya bukan orang aneh dan hanya seorang perempuan muda biasa," ujar Jackie, seperti dikutip dari The Sun.
Susie yang sudah bercerai dengan suaminya mengungkapkan sejak kecil Jackie lebih senang berada di bahagian mainan anak perempuan yang penuh dengan boneka, Barbie dan selalu ingin memanjangkan rambutnya.
"Ketika dia mulai bersekolah, semuanya menjadi lebih jelas. Ia benci saat harus memotong rambut pendeknya dan mengenakan seragam laki-laki, ia akan merobek-robek pakaiannya setelah pulang dan mengenakan seluar jeans perempuan yang gemerlap," ujar Susie.
Selain itu ia juga sering mengalami intimidasi oleh teman-teman sekolahnya yang membuat ia semakin benci dengan tubuhnya sendiri. Bahkan sang ibu pernah menemukannya di bilik mandi sedang menangis sambil memegang pisau dan mengancam akan memotong alat kelaminnya.
"Ia pernah cuba bunuh diri sebanyak 5 kali dengan memakan ubat-ubatan yang ia ambil dari supermarket. Keadaan ini cukup mengerikan, kerana saya ingin melihat anak saya tetap hidup," ujar Susie.
Hingga akhirnya Susie bertemu dengan Norman Spack iaitu seorang doktor dari Boston Children's Hospital di Amerika yang memiliki klinik khusus menerima anak-anak dengan masalah gender atau dysphoria gender. Namun Jackie harus melalui pemeriksaan dan melakukan ujian psikologi terlebih dahulu sebelum akhirnya boleh mengikuti program di klinik tersebut.
Di klinik ini Jackie diberikan ubat puberty-blocker iaitu suntikan bulanan untuk menghentikan perubahan yang normal terjadi pada anak-anak saat memasuki masa pembesaran seperti tumbuhnya rambut, muncul jakun serta suara yang lebih berat. Serta ia juga diberikan hormon estrogen untuk mengembangkan payudara dan pinggulnya.
Perubahan dalam diri Jackie tak hanya berhenti disitu, sang ibu pun memberikan ia hadiah ulang tahun ke-16 berupa sebuah operasi ganti kelamin di Thailand. Hal ini karena di Inggris operasi ganti kelamin tidak boleh dilakukan di bawah 18 tahun.
"Ketika sampai di Thailand, saya tidak perlu menunggu atau merasa gugup. Tapi saya gembira dan merasa ini adalah jawaban dari segala masalah yang saya hadapi," ujar Jackie.
Jackie kini menjalani hari-harinya sama seperti perempuan normal lainnya, meski begitu Jackie diketahui tidak akan boleh hamil kerana ia tidak memiliki sel telur dna juga rahim.
Salah satu judul artikel website internet di Jepun, terdapat satuartikelkhusus yang berjudul "Big Breast Ring Tone" artikel tentang membesarkan payudara wanita dengan menggunakan ringtone handphone. Nama pembuat ringtone tersebut adalah Hideto Tomabechi yang merupakan seorang guru terkenal di Jepun, dia mengatakan bahawa telah menemukan ringtone untuk memperbesar payudara pada wanita. Dan ia juga menyebutkan bahawa untuk memperbesar payudara dapat digunakansebuah energi positif semacam 'positive brainwashing' dan disebutnya juga ini diambil dari sistem mengajarnya selama ini. Yakni kekuatan pada ilmu pengetahuan yang kognitif.
Hideto Tomabechi menemukan ringtone untuk membesarkan ukuran payudara
Hideto Tomabechi dulunya terkenal sebagai anggota sukarelawan pembantu anggota sekte AUM Shinrikyo untuk kembali hidup normal, mengatakan bahawa ringtone 'dapat membuat tubuh dan otak bekerja bergerak tanpa anda sedari'. Dengan mendengarkan nada panggil tersebut maka dalam seminggu membuktikan bahawa ukuranpayudara bertambah ukuran dari 34 menjadi 35 cm inci. Menurut artikel ini Hideto Tomabechi sedang membuat ringtone khusus untuk menghilangkan tabiat merokok.(link)