Adsense

Rabu, 27 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tiada lagi cinta

Posted: 26 Feb 2013 11:22 AM PST

Shila Amzah menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya, sebaliknya menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.

Seakan disuntik semangat baru hingga tiada garis duka pada wajahnya ketika pertemuan di sebuah majlis, semalam, penyanyi Patah Seribu itu tampak teruja menjawab segala pertanyaan media.

Berbanding ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad, dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, hanya menutup mulut selain selesa meluahkan rasa menerusi Twitter.

Kongsi Shila yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

"Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

"Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

Mengakui suka memendam, anak pasangan ND Lala dan Fauziah Sarman, lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik. Namun dia enggan mengulas lanjut ketika ditanya apakah nukilan terbarunya, Masih Aku Cinta dan Cinta Hati ditujukan khas kepada si dia.
"Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.

"Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan," katanya.

Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.

Sudah merancang dan mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu, anak sulung daripada empat bersaudara itu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.

"Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula," katanya.

Black berkahwin selepas Aidilfitri

Posted: 26 Feb 2013 11:17 AM PST

Penyanyi popular, Black, merancang untuk mengakhiri zaman solonya bersama gadis dikenali sebagai Cira Khairi selepas Aidilfitri tahun ini.

Walaupun ada desas-desus mengatakan majlis perkahwinan penyanyi yang meletup dengan lagu Teman Pengganti bakal berlangsung September depan berdasarkan cerita kononnya dirinya sedang sibuk membuat persiapan hari bahagia, seperti menempah perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis, namun ketika dihubungi semalam, Black menafikan perkara itu.

"Memang pada awalnya kami memilih bulan September untuk majlis perkahwinan ini, tetapi tarikh itu masih belum dapat disahkan lagi kerana masalah lokasi.

"Kebanyakan hotel sudah ditempah pada waktu itu dan kami masih mencari tempat yang sesuai. Apapun, kami memang merancang untuk melangsungkan majlis kami ini selepas Hari Raya nanti," kata Black kepada HIP.

Menurut Black, memandangkan hari perkahwinan ialah perkara yang baik, justeru dia tidak akan sesekali menyorokkan tarikh perkahwinannya kepada media.

"Jika kami sudah mendapat tarikh serta lokasi yang sesuai untuk majlis itu, saya akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya kepada semua pihak. Insya-Allah bulan Mac nanti kami akan menghadiri kursus perkahwinan," ujarnya

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah melangsungkan pertunangannya secara senyap-senyap pada 26 Januari lalu. Bagaimanapun perkara itu dapat juga dihidu media.
Mengulas lanjut perkara itu, Black berkata, tindakannya merahsiakan majlis itu bukanlah kerana mahu menyorokkan statusnya atau bimbang populariti merudum, tetapi atas sebab peribadi.

"Bukan tidak mahu bercerita mengenai majlis pertunangan dan siapa tunangan saya, namun saya melakukannya kerana menghormati permintaan pihak perempuan," katanya dalam temubual sebelum ini.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Hans Isaac Tak Mahu Sentuh Soal Agama

Posted: 27 Feb 2013 12:50 AM PST

Posted: 27 February 2013 at 4:50 pm  

Hans Isaac dan Neelofa

Rasanya ramai yang sedia maklum kisah percintaan Hans Isaac dan Neelofa.. Hans Isaac dalam satu kenyataannya mengatakan yang dia serius dan sudah bersedia untuk ke peringkat seterusnya, Memandangkan hubungan percintaannya dengan Neelofa serius dan sudah bersedia ke peringkat seterusnya, dia ditanya sama ada sudah bersedia untuk menukar agama bagi merealisasikan impiannya itu..

bagaimanapun Hans Isaac menegaskan yang dia tidak mahu berbicara mengenai soal agama..kerana baginya soal agama amat sensitif dan selagi tidak ada 'hitam putih' dia tidak mahu membincangkan persoalan ini..

"Bab-bab agama ini saya tak mahu sentuh. Lagipun saya memang tidak suka untuk berbincang soal berkaitan agama. Perkara seperti ini bukan sesuatu yang elok untuk dibincangkan secara terbuka. Lagipun nak membincangkan ke tahap sehingga sampai soal tukar agama ni, bukan sesuatu yang mudah.

"Andai kata apa yang awak semua mahukan ini (tukar agama) tidak terjadi siapa yang akan tanggung malu? Cukuplah saya kena 'kaw-kaw' dahulu. Pengalaman lalu jadi pengajaran dan saya tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama," ujar Hans berterus-terang. (Gua)

Shila Amzah Tidak Akan Benarkan Diri Dirisik

Posted: 26 Feb 2013 11:45 PM PST

Posted: 27 February 2013 at 3:45 pm  

shila amzah

Shila Amzah yang dilanda kontroversi sebelum ini seakan-akan sudah mendapat nafas baru dalam hidupnya.. Semalam ketika Shila Amzah ditemui media, beliau tampak teruja menjawab segala pertanyaan yang diajukan.. Kongsi Shila Amzah, dia bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan dirinya selain menganggap semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Tambah Shila Amzah lagi, Buat masa ini dia juga tidak akan membenarkan mana-mana lelaki merisik dirinya dan akan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi..

"Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

"Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya," (Berita Harian)

Dalam satu laporan lain, Shila Amzah yang ditanya menegenai hubungan percintaannya dengan Sharnaaz Ahmad yang putus ditengah jalan bagaimanapun reda dengan dugaan itu..

"Saya reda dengan apa yang telah berlaku dan amat bersyukur selepas didugaNya.

"Ganjaran yang diterima daripada peristiwa yang berlaku cukup bermakna," (UTUSAN)