Adsense

Khamis, 24 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Raja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010

Posted: 24 Feb 2011 11:45 AM PST

Bahang kehangatan Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2010 kian terasa dengan pengumuman pengacara, penyampai trofi dan barisan artis yang akan buat persembahan di malam kemuncak ABPBH 2010 nanti.

Yang penting, Budiey lihat, ABPBH kali ini menggabungkan artis muda dan personaliti baru serta tidak lupa pada artis lama yang akan menjadikan malam kemuncak ABPBH2010 menjadi acara cukup mantap dan menghiburkan.

Check this out: Video Sekitar Pengumuman Hos, Penyampai & Persembahan Artis ABPBH2010:

Majlis Pra Kemuncak & Pengumuman ini dihoskan oleh Deen Hot FM dan Chad Hot FM. Sempoi! Masuk ni, Deen dah banyak kali jadi hos untuk acara ABP. Tahniah Deen & Chad. Kesian mereka, terpaksa cepat balik ke Sri Pentas dan mengharungi jammed sebab nak bersiaran pada malamnya.

Tema Anugerah Bintang Popular kali ini ialah MODEN KLASIK. Jadi, kepada artis yang nak melaram pada malam tu, kenalah mengikut tema yang ditetapkan. Jangan ada yang pakai selekeh atau memilih tema lain pula ya.

Tahun ini adalah tahun ke-24 penganjuran ABPBH dan bakal mempertandingkan 16 kategori kesemuanya. Selain itu ABP kali ini akan mengangkat seorang lagi pemenang keseluruhan iaitu Bintang Paling Popular yang mendapat undian tertinggi dan satu kategori khas iaitu Anugerah Sepanjang Hayat.

ABP 2010 sidang media

Yang pasti, hos untuk ABPBH 2010 adalah terdiri daripada pelawak komedi terkenal tanahair yang pernah mengacara anugerah berprestij ini.

Trofi ABPBH 2010 juga turut diserahkan kepada Encik Mahfar Ali untuk diperkenalkan kepada hadirin.

ABP 2010 sidang media

Tahniah kepada Raja Azura, Shiera dan Zizan Raja Lawak yang telah dilantik untuk menjadi pengacara Anugerah Bintang Popular 2010. Semoga dengan lawak spontan dari mereka akan menghiburkan hadirin dan penonton sekaligus menjadikan anugerah ini lancar dan menghiburkan.

Zizan Raja Lawak

Zizan Raja Lawak

Raja Azura

Raja Azura

Shiera

Shiera

Raja Azura dan Shera pernah menjadi pengacara ABH tahun lepas. Cuma pada tahun ini, Zizan diserap masuk untuk menjadikan ABP lebih ceria. Lagi pun, dari kajian yang dibuat oleh ABP, majlis nampak suram kalau takde hos lelaki dan kurang 'remaja'. Jadi dengan adanya Zizan, ABP lebih gempak dan happening. Lawak Zizan kan power.

Artis yang akan buat persembahan di pentas ABPBH2010 ialah Adira, Along Raja Lawak, Altimet, Alyah, Ana Raffali, Angah Raja Lawak, Anuar Zain, Azlan & The Typewriter, Dato' Siti Nurhaliza, Ella, Farhan, Hujan, Johan Raja Lawak, Nabil, Ning Baizura, Shima (Bintang Idola), Shuhaimi Meor Hassan, Yuna dan Zizan Raja Lawak.

Antara penyampai trofi pula ialah Aeril Zafril, AG Hot FM, Ahmad Idham, Aida Aris, Aida Khalida, Anita Sarawak, Ashraf Muslim, Bintang Idola, Dynas Mokhtar, Fahrin Ahmad, Faizal Tahir, Fasha Sandha, Fiz Fairuz, Hans Isac, Irma Hasmie, Jehan Miskin, Juliana Miskin, Juliana Evans, Kamal Adli, Natasha Hudson, Raja Azmi, Rita Rudaini, Shaarnaz Ahmad, Shah Jaszle, Sharifah Zarina, Sheera Iskandar dan Suraya Hot FM.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland pada 3 April 2011. Anugerah tahunan ini bertemakan Moden Klasik, tema yang akan memperagakan fesyen yang moden dan klasik dengan fabrik anggun dibawa oleh Euro Moda Gulati's dan 5 pereka muda yang menggelarkan diri mereka 5 Star iaitu Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Zery Zamry, Hazwani Osman dan Nik Erwan Roseli.

Ramai artis popular hadir untuk memperagakan rekaan dari pereka 5 Star ini. Antaranya Dynaz, Adeline Tsen, Ning Baizura, Scha Alyahya, Liyana Jasmay, Adira, Natasha Hudson, Alyah, Faezah Ilai dan ramai lagi.

ABP 2010 sidang media

Pertunjukan fesyen ini diiringi persembahan nyanyian oleh juara BIBH2008, Nazatul, Naib Juara, Syazwani selain dua bakat baru, Wana dan Nashrin.

Pengumuman hos, penyampai anugerah dan barisan artis yang buat persembahan telah berlangsung pada jam 3 petang semalam (24 Februari 2011) di Holiday Villa, Hotel & Suite yang turut dihadiri oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap penasihat 1 ABPBH2010, Hanizam Abdullah, Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABHBH2010, Zainuri Misfar, Pengarang HIburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2010, rakan penaja, media dan artis yang bakal buat persembahan pada malam anugerah itu nanti.

Pada majlis itu juga penyerahan tajaan daripada Naza Bike dan SimplySiti sebagai rakan penaja dan penyertaan Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama yang akan bersama menjayakan ABPBH tahun ini turut diadakan.

Penyerahan tajaan dilakukan oleh wakil penaja kepada Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1 ABPBH2010.

Road Tour ABP masih giat diadakan bagi mempromosikan acara ini kepada umum. Terkini, Road Tour ABP akan singgah di The Mall Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Mac 2011.

Anugerah Bintang Popular 2010 akan bersiaran langsung di TV3 dan boleh didengar menerusi HotFM bermula jam 9 malam.

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

ABP 2010 sidang media

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Zizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat Tinggal
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Gambar Raja Azura di Karpet Merah ASA 2010
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Ujibakat Ewah-Ewah di Sri Pentas Hari Ini dan Esok
  • Gossip Zizan Raja Lawak Enggan Hadir di Sesi Fotografi
  • Foto Artis di Pengumuman Top 5 Finalis ABPBH 2010 Part 2
  • Dokumentari Khas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
  • Profile Pelakon dan Penyampai Sinar FM Raja Azura
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Scha Alyahya di Sidang Media ABPBH2010

    Posted: 24 Feb 2011 09:10 AM PST

    Gambar Scha Alyahya di Sidang Media ABPBH2010. Cun, comel & lawa! Scha menggayakan rekaan fesyen elegan dari pereka Rizman Ruzaini.

    Luar dari tajuk, Budiey nak war-warkan tentang satu event yang dianjurkan oleh Wall's Cornetto. Sebanyak 100 ribu Cornetto Give Away akan diberikan kepada anda pada hari Sabtu, 26hb Feb. 2011 @ Sg. Wang Plaza dalam kempen terbaru Lafazkannya dengan stail Cornetto.

    'Lafazkannya dengan stail Cornetto', kempen terbaru Wall's Cornetto yang baru dilancarkan bertujuan memberi semangat kepada orang ramai untuk meluahkan perasaan serta personaliti mereka dengan unik dan menarik.

    Untuk meraikan kempen baru dengan bergaya, Wall's Cornetto akan berkongsi kasih bersama semua peminat Wall's Cornetto dengan memberikan 100,000 ais krim Cornetto secara percuma di enam buah bandar di seluruh negara secara serentak dari Sungai Wang, Kuala Lumpur, Plaza Alam Central, Shah Alam, Sutera Mall dan City Square, Johor Bahru, hingga ke Queensbay Mall dan Gurney Plaza, Pulau Pinang pada Sabtu ini, 26 Februari 2011 pada jam 12.00 t'hari!

    Temui artis pujaan anda di Sg. Wang pada jam 12 t'hari! Siapa? Nantikan kemunculannya pada jam 12 t'hari, Sabtu 26 Feb. 2011 hanya di Sg. Wang. Satu aturcara yang dijamin akan memukau anda.

    Scha Alyahya

    Scha Alyahya

    Scha Alyahya

    Scha Alyahya

    Scha Alyahya

    Scha Alyahya

    Scha Alyahya

    Scha Alyahya

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Scha Alyahya di Anugerah Skrin 2010
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Gambar Scha Al Yahya di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Video Klip Hujan Gandingkan Scha Alyahya Dengan Fauzi Baadila
  • Raja Azura, Shiera & Zizan Raja Lawak Hos ABPBH2010
  • Gambar Ning Baizura di Sidang Media ABPBH2010
  • Jawapan Trivia: Scha Al Yahya Pakai Kebaya Batik Moden
  • Rafflesia Taja Barang Kemas di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Gambar Sidang Media Penyertaan FFM22-KK2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Women:100 – Aznil Nawawi Ketuai Flashmob Di Pavilion Sabtu Ini

    Posted: 24 Feb 2011 04:49 PM PST

    Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, penganjur Women:100, Kakiseni akan bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Multimedia Sdn. Bhd. (MDEC) dalam menganjurkan bengkel-bengkel selama 100 jam secara kolektif khusus untuk wanita di seluruh negara. Bengkel-bengkel ini meliputi pelbagai topik – dari motivasi hinggalah ke kursus ICT dengan objektif utama memperkasakan wanita melalui keusahawanan. Orang ramai juga akan dapat menyaksikan sesi-sesi "Flash Mob" sepanjang bulan Mac di sekitar Lembah Klang.

    Pada hari Sabtu ini bertempat di Pavilion, seramai 50 orang termasuk 15 selebriti Malaysia yang diketuai oleh Aznil Nawawi akan berkempen di Twitter bermula tengah hari. Kami difahamkan, acara flashmob akan diserikan dengan laungan anti-keganasan terhadap wanita oleh kumpulan selebriti ini. Sekeping bunting yang besar mengandungi mesej "HERO MALAYA BANTERAS KEGANASAN TERHADAP WANITA" akan dipaparkan, manakala flyers yang mengandungi manifesto tersebut akan diedarkan kepada pengunjung. Rasionalnya, setiap orang wajar membanteras keganasan terhadap wanita & mesej-mesej ini perlu disebarkan dulu sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. Orang kata, beringat sebelum terkena.

    Persembahan-persembahan ini akan berlangsung di tempat yang berlainan sekitar Lembah Klang dan lebih daripada 100 personaliti dan selebriti tempatan akan berganding bahu selama 30 hari untuk menyelami perjalanan golongan Hawa di samping meraikan pencapaian mereka selama ini.

    Pada 8hb Mac 2011, Women:100 menjanjikan pengalaman istimewa dengan penampilan terbaik dari industri seni persembahan tempatan yang menginterprestasikan subjek 'wanita' dengan pelbagai cara – pementasan teater, bengkel, tarian, musik, penulisan, bacaan, mini konsert dan pertukaran pandangan. Sebanyak 13 persembahan akan diadakan sepanjang bulan Mac 2011 di mana setiap satu mempunyai sentuhan unik dalam soal kewanitaan.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kakiseni.com/women100 atau ikuti Facebook Women:100 dan Twitter.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Tuntutan harta Sepencarian Norish Karman dengan bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir

    Posted: 24 Feb 2011 10:25 PM PST




    Bagi mereka yang berkahwin bertahun2 ,ada anak-anak bersama bahkan harta diperolehi semasa masih lagi suami isteri,maka bekas isteri layak mendapat Harta sepencarian,melainkan kalau ada rekod isteri nusyuz dan sebagainya.

    Kes harta diantara Norish Karman dan bekas suaminya masih lagi berlangsung.


    Mahkamah Tingggi Syariah di sini, pada Khamis menetapkan permohonan harta sepencarian yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir disebut semula pada 18 April depan.

    Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, 36, bernikah dengan Hashimuddin, 62, pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 15Julai 2008.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 10, Muhammad Hady Amieran, 6, dan Nur Hanyz Amanda, 5.

    Antara harta yang disenaraikan sebagai harta sepencarian ialah sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai (RM300,000), Kondominium Abadi Indah (RM300,000), sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan (RM100,000) dan kondominium Seri Heningdi Ampang, dekat sini.

    Pada 26 Januari lalu, Mohammad Adib menolak permohonan Hashimuddin yang diwakili oleh peguam syarie Muhammad Buruk untuk membatalkan tuntutan harta sepencarian tersebut.


    Sebelum itu mahkamah menolak untuk permintaan Norish untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak.

    "Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut

    "Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?," katanya.

    Zainor Rashid juga menyatakan, berdasarkan afidavit sokongan Hishamuddin, beliau mengakui telah menyediakan sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu peribadi yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk urusan persekolahan anak.


    Norish Karman telah mempunyai kekasih baru sebaik selepas bercerai dengan suaminya iaitu abang kepada Faradhiya.Bahkan Lelaki yang bernama Luqman ini dikatakan punca penceraian antara Nosrish dan bekas suaminya.

    Pasangan Bakal Pengantin Siti Sarah dan Shuib cuba pakaian pengantincx

    Posted: 24 Feb 2011 09:22 PM PST



    Hari yang bersejarah dan bahagia buat pasangan Siti Sarah dan Shuib bakal berlangsung esok.

    Untuk pakaian pengantin,Sarah telah menggunakan khidmat pereka fesyen Hatta Dolmat.

    sama cantik sama padan pasangan nie..dua-dua kecik comel.hehe..

    Kelihatan riak bahagia di wajah kedua bakal pengantin nie...cuba tengok renungan Shuib pada bakal isterinya semasa Sarah memakaikan butang baju Melayunya.Romantik gitu~

    Semoga Majlis mereka berdua berjalan dengan lancar esok..



    Kris dayanti Bakal berkahwin dengan Raul Lemos Ambil gambar Pra-Perkahwinan

    Posted: 24 Feb 2011 09:17 PM PST


    Upacara pernikahan yang semakin hampir, penyanyi Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lamos dikhabarkan telah melakukan sesi fotografi pra perkahwinan di kawasan Kota Tua, Jakarta Utara.

    Pereka fesyen, Iva Gunawan memberitahu bahawa KD telah memintanya menyiapkan beberapa pakaian untuk digayakan pada hari pernikahannya termasuk untuk sesi fotografi pra perkahwinan tersebut.

    "KD telah telah mencuba baju yang diinginkan, malah mereka telah memakai beberapa baju untuk fotografi pra perkahwinan semalam," katanya.

    Ivan mengakui mudah untuk berurusan dengan diva popular Indonesia itu dalam merancang busana yang bakal digayakannya pada hari bersejarah itu.

    "Untuk fotografi tersebut KD menyuruh saya menyiapkan satu gaun pengantin berwarna putih bertema klasik," katanya.

    Ainul Aishah Kemalangan Selepas Habis Penggambaran

    Posted: 24 Feb 2011 09:06 PM PST



    Pelakon Ainul Aishah mengakui akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang menonton drama lakoanannya menyebabkan dia mengalami kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.

    Kata Ainul, selepas menjalani penggambaran salah satu daripada beberapa episod drama Begitukah Cinta kira-kira pukul 6.45 petang, dia berhasrat untuk pulang segera menonton episod terdahulu drama itu.

    "Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.

    "Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja," ujarnya.
    Ainul Aishah

    Kereta jenis Honda City tersebut mengalami kerosakan agak teruk dan kini sedang dibaiki di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.

    Tambah Ainul, biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tetap berasa terkejut dan lebih berwaspada ketika memandu.

    "Akibat kemalangan itu, kereta saya mengalami kerosakan agak teruk dan kini berada di bengkel. Buat masa ini saya gunakan kereta abang saya sementara menunggu kereta tersebut siap dibaiki.

    "Walaupun saya rasa itu kemalangan kecil tapi saya seperti takut untuk memandu. Saya lebih banyak menekan brek dan tidak mahu memandu dengan jarak yang dekat," katanya.

    Tambah Ainul, dia mengakui sikap tergesa-gesanya mendatangkan bahaya kepada banyak pihak dan menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran kepadanya.

    "Saya sedar ia mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada saya tetapi kepada pihak lain. Selepas ini saya lebih berhati-hati," katanya.

    borak kosong

    borak kosong


    Seorang tahanan dibenar saman penjara kerana kemaluannya digigit tikus

    Posted: 24 Feb 2011 09:00 PM PST

    New York - Seorang tahanan berasal dari New York yang mengeluh kemaluannya digigit tikus ketika dia ditahan di penjara, akhirnya diizinkan untuk menyaman pihak berkenaan.

    Peter Solomon mengakui  dia diberi suntikan rabies seraya menambahkan bahawa warden penjara tahu sel di mana dia ditempatkan penuh dengan tikus.

    Pengacara untuk Nassau County berusaha mencari cara agar saman itu dibatalkan.

    Dalam salah satu argumennya, pakar kesihatan mereka menuturkan bahawa mereka tak melihat bukti adanya luka serius, demikian laporkan BBC.

    Solomon ditahan di Lembaga Pemasyarakatan Nassau, dekat New York, pada tahun 2007 sebelum persidangan atas tuduhan dia telah mengancam isterinya.

    Veteran perang Vietnam ini mengatakan bahwa dia menderita gangguan shock traumatik, kini dipindahkan ke unit observasi medik di tengah kekhuatiran dia menderita sakit mental.

    Dia mendakwa seekor tikus atau "haiwan pengerat" muncul dari lubang di tilam tidurnya pada suatu malam. Haiwan itu menggigit kemaluan dan tangannya sampai berdarah.

    Mr Solomon, yang kini berusia 50 tahun itu mengatakan pihak county memberikan perlakuan yang berbeza dan gagal melindunginya dari kutu. Kini ia menuntut ganti rugi sebagai kompensasi.

    Pihak County  membantah pernyataan Solomon dan mengatakan bahawa masalah tikus itu biasa di penjara selain itu luka yang dialaminya tak memerlukan jahitan dan luka-luka lainnya lebih bersifat psikologis.

    Namun hakim Arthur Spatt tak sependapat dengan pihak County. Dia menyatakan bahawa Mr Solomon dapat melanjutkan saman untuk kelalaian jaminan perlindungan sebagai kompensasi.

    [LAWAK] Pemain Pertahanan Chile Tampar Muka Sendiri Gunakan Tangan Lawan

    Posted: 24 Feb 2011 08:45 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM, QUITO - Ada banyak cara untuk menipu pengadil di padang. Tetapi, cara yang satu ini benar-benar unik, menampar muka sendiri dengan tangan lawan!

    Bek pasukan U-20 Chile, Bryan Carrasco, menggunakan tangan seorang pemain Equador untuk memukul mukanya sendiri dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia U-20.

    Ketika itu, dalam keadaan  1-0 untuk Ekuador, Carrasco mengawal seorang pemain lawan dengan posisi di belakang pemain tersebut.

    Dengan tangan kirinya, dia kemudian memegang tangan kiri lawan dan menariknya ke belakang hingga tangan lawan mengenai mukanya sendiri sampai dia jatuh.

    Pengadil menilai pemain Equador itu melakukan pelanggaran dan menghadiahkan tendangan bebas untuk Chile. Carrasco sendiri langsung bangkit dan berlari menuju posisinya.

    Sayang, usaha Carrasco tak cukup untuk menghindarkan Chile dari kekalahan 0-1. Sementara mereka tersingkir, Equador masuk e pusinagan final.







    Seorang Pemuda Gosok-gosok Alat Kelamin di Depan Guru Perempuan

    Posted: 24 Feb 2011 07:45 PM PST

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang pekerja di kilang kain memperlihatkan organ genital dan menggosok-gosoknya di depan tetangganya. Dia  dikenakan denda dan hukuman percubaan selama tiga bulan. Demikian dilansir The Star dan dikutip Tribunnews.com, Khamis (23/2/2011).

    Pemuda bernama Ahmad Hairul Nizam Hussin (23) dinyatakan bersalah dan didenda sebanyak  RM1.500 oleh Hakim Mazana Sinin setelah seorang guru berusia 41 tahun membuat laporan ke balai polis dan kemudian diadili.

    Dia dikenakan dakwaan memperlihatkan organ genital ke tetangganya yang tinggal di sebelah apartment di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, Malaysia sekitar pukul enam pagi pada 8 Oktober 2009.

    Ahmad Hairul yang ada di dalam biliknya memperlihatkan organ genitalnya ke perempuan yang bekerja sebagai guru yang sedang menyidai cucian di koridor apartmentnya. "Saya merasa gatal pada bahagian itu dan kemudian menggaruk dan menggosoknya tapi saya tidak tahu kalau dia melihat saya," demkian kata Ahmad Hairul.

    [Kejam] Lelaki tinju,pukul dan cekik seorang perempuan

    Posted: 24 Feb 2011 06:45 PM PST

    TRIBUNNEWS.COM - Polis menangkap seorang lelaki yang meninju seorang perempuan dan memasukkan kepala wanita itu kedalam plastik sampah.

    Lelaki dari Long Island, New York, Amerika Syarikat (AS) bernama David Knudson (32), ditangkap berkaitan dengan pembunuhan dan saat bersamaan dia sempat mencekik perempuan berusia 32 tahun di Baldwin. Selain mencekik, dia meninju dan memasang plastik sampah di kepalanya dan kemudian mencekiknya.

    Untunglah sang korban berhasil melarikan diri. Polisi kemudian menjatuhkan tuduhan ke Knudson dengan tindakan penyerangan, mencekik, dan sejumlah kes lainnya. Lelaki berusia 41 tahun ini akan menghadapi dakwaan pada Khamis (24/2/2011) waktu setempat. Tidak jelas apakah dia akan diwakili oleh seorang peguambela.

    Sumber: My Fox New York

    Budak tangkap ikan lebih besar daripadanya

    Posted: 24 Feb 2011 05:36 PM PST

    Wow besar betul ikan  ni....
    saya petik daripada kosmo online

    TASIK TINAROO, Australia - Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di sini, lapor akhbar The Cairns Post semalam.

    "Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat. 

    Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.

    Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu. - Agensi

    Di Honduras, Merokok di Rumah Sendiri Boleh Didenda

    Posted: 24 Feb 2011 04:30 PM PST

    TEMPO Interaktif, Tegucigalpa - Pemerintah Honduras menerapkan Undang-undang baru yang membolehkan anggota keluarga atau tamu yang terganggu dengan asap rokok di rumahnya melaporkan kepada polis. Undang-undang yang disahkan kelmari menempatkan gangguan asap rokok sebagai satu aduan. Termasuk jika yang merokok adalah salah satu anggota keluarga sendiri.

    Jika baru sekali melanggar peraturan ini, akan diberi teguran lisan. Namun jika ingkar dan masih saja mengulangi, si perokok akan ditangkap dan dikenai denda US $ 311.Jumlah ini setara dengan upah minimum bulanan di negara Amerika Tengah ini.

    Walaupun begitu, beberapa aktivis anti-merokok meragukan aturan ini boleh dijalankan.. "Nampaknya niatnya adalah untuk mendidik dengan cara aduan," kata Armando Peruga, seorang pengurus program di World Health Organization's Tobacco-Free Initiative.

    Peruga memuji langkah Honduras yang mengadakan undang-undang anti-merokok yang sudah diadopsi di beberapa negara. Tapi Peruga mengatakan, klausul yang memungkinkan anggota keluarga untuk memanggil polis kerana saudaranya merokok, membingungkan. "Tak masuk akal, kerana hukum jelas tidak melarang merokok di rumah-rumah," kata dia.

    Selama ini larangan merokok hanya berlaku di ruang publik atau kawasan tertutup. Jika merokok di tempat terbuka, perokok juga harus berdiri minima enam meter dari orang yang tidak merokok.
    Beberapa pihak menilai aturan ini hampir mustahil untuk dilaksanakan di negara dengan 8 juta penduduk yang rimbun dengan masalah kejahatan bermaharajalela namun hanya ada 12 ribu petugas polis. "Polis sudah repot dengan kejahatan yang besar. Apalagi untuk dapat mengejar perokok di rumah," kata Jose Martinez, 38 tahun, pensyarah komputer yang telah merokok selama 20 tahun.

    Undang-undang Honduras juga melarang semua iklan produk tembakau dan kewajiban meletakkan foto paru yang terkena kanser untuk ditempatkan pada bungkus rokok. Menurut pihak berkuasa kesihatan Honduras, sepertiga penduduk Honduras adalah perokok. Sembilan dari 10 warganya menderita bronkitis akut, tinggal di rumah bersama perokok. Untuk setiap dolar memproduksi rokok di Honduras, negara menghabiskan 10 dolar untuk melawan penyakit berhubungan dengan merokok, menurut Jabatan Kesihatan.

    Selamba je brother lapah daging anjing tepi jalan

    Posted: 24 Feb 2011 03:39 PM PST

    12919699130746689
    betul-betul selamba…..

    Kanak-kanak 11 tahun berjaya selamatkan ibunya yang cacat dalam kebakaran

    Posted: 24 Feb 2011 08:01 AM PST

    TRIBUNNEWS.COM – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berhasil menyelamatkan nyawa ibunya yang cacat dan saudara laki-lakinya dalam kebakaran yang terjadi pada hari Isnin. Demikian dilaporkan KTLA.com dan dikutipTribunnews.com, Khamis (24/2/2011).

    Jamie Ward,   berasal North Carolina, Amerika Syaikat (AS), membangunkan saudara laki-lakinya dan ibunya yang cacat dan kemudian mendorongnya menggunakan kerusi roda dari rumah mereka. Petugas pemadam kebakaran menduga kebakaran disebabkan kerana tiupan angin membuat wayar elektrik terputus dan membakar rumput.

    Petugas pemadam kebakaran berhasil mencegah kebakaran menyebar namun tak berhasil menyelamatkan rumah Ward. Meski rumahnya hangus kerana kebakaran namun seluruh anggota keluarga berhasil diselamatkan.

    Aneh, Babi di Tasik Minum Kopi dan Makan Roti

    Posted: 24 Feb 2011 07:00 AM PST

    INILAH.COM, Tasikmalaya – Babi hutan pada umumnya kerap mengganggu serta merosak tanaman, namun di Kampung Cipondok, Desa Margasari, Kecamatan Ciawi, Kabupaten Tasikmalaya terdapat babi aneh dan unik. Babi ini tidak mahu makan umbi-umbian mentah, tapi nasi hangat atau roti dan minum kopi.

    Selain itu, babi berkelamin betina yang diberi nama Sarmini milik pasangan Dinta (49) dan Anah (45) ini, sering mengikuti pemiliknya jika pergi ke sawah dan kebun, bahkan ke warung ketika berbelanja.

    Sepintas babi itu tidak ada bezanya dengan haiwan sejenisnya yang kerap tinggal di hutan. Namun babi yang satu ini memiliki keunikan dan keanehan dalam memilih makanan.

    Babi hutan biasa menggali umbi dan akar-akaran dari dalam tanah dengan hidungnya itu. Sedangkan babi ini hanya memakan nasi atau roti, bahkan menyukai makanan ringan di warung.

    Babi ini akan semakin lahap memakan nasi hangat atau memakan umbi-umbian yang dimasak terlebih dahulu. Anehnya lagi, babi ini juga tidak mahu makan jika yang dihidangkan merupakan sisa makanan.

    "Babi ini begitu cerewet dalam pola makannya," ujar pemilik babi Dinta

    Menurutnya, babi aneh itu ditangkapnya di hutan 9 bulan lalu. Babi itu dirawat dan diberi makanan rumahan hingga menjadi jinak. Kini, babi ini kerap menjadi tontonan masyarakat khususnya anak-anak.

    "Jika saya pergi ke sawah atau ke kebun, babi itu akan mengikuti tanpa diikat," ucap Dinta yang bekerja sebagai petani.Babi itu juga kerap diajak jalan-jalan dan berkumpul bersama warga lainnya jika sudah selesai bekerja di sawah.

    Ketika ikut ke warung, kata Dinta, babi itu akan meronta-ronta meminta roti atau jajanan lainnya. Tak cukup di situ, setiap makanan yang dipegang Dinta atau isterinya pun selalu berusaha direbut dan disantap oleh babi itu.

    "Anehnya lagi, babi betina tersebut akan bertambah jinak bila didekati laki-laki. Tapi kalau didekati perempuan, babi itu terlihat biasa-biasa saja," kata Dinta.

    Dia mengaku tidak tahu penyebab tingkah laku babi yang aneh itu. Padahal, selama ini ia kerap kali berburu dan menangkap babi, namun baru sekali ini melihat perilaku babi yang aneh seperti ini.[den]

    Ni nak potong kek atau nak bunuh orang kakak ?

    Posted: 24 Feb 2011 06:00 AM PST

    image
    Besar betul pisau dia…nak potong kek atau nak bunuh orang kakak..
    tahu lah kek tu besar....

    Toilet untuk orang yang jenis muka selamba

    Posted: 24 Feb 2011 05:36 AM PST

    image
    ini mungkin toilet untuk mereka yang jenis muka selamba atau tak kisah….

    Cara membuat bentuk hati daripada telur rebus

    Posted: 24 Feb 2011 04:00 AM PST









    Senang je kan...

    Bapak jenis apa ni ?

    Posted: 24 Feb 2011 03:30 AM PST

    image
    Betul-betul jenis bapak gila game ni…..

    Ada acara meluncur salji dalam keadaan bogel

    Posted: 24 Feb 2011 02:00 AM PST

    BRAUNLAGE – Pada  musim salji memang saat menyenangkan untuk bermain, tapi bagaimana jika salji dijadikan acara pertandingan meluncur tanpa pakaian?

    Para lelaki dan wanita di Jerman turut serta dalam mengikuti kejuaraan dunia meluncur bogel, berpuluhan orang ikut terlibat di acara ang diselenggarakan di Braunlage, dan ditontong oleh 1,700 penonton.

    Hanya dengan menggunakan helmet dan seluar dalam,pertandingan ini dimenangkan oleh tiga pegawai hotel.

    Para peluncur yang bertelanjang dada ini meluncur di sepanjang 90 meter demi memperebutkan hadiah wang tunai dan juga gelar Juara Dunia Peluncur Bogel.

    "Tahun ini acaranya lebih meriah, banyak peserta yang ikut serta. Nampaknya mereka sangat bersemangat walaupun di cuaca dingin seperti ini," ujar penyelenggara Tobias Wannemaker, seperti dilansir Orange, Rabu (23/2/2011).

    "Sekitar 400 orang ikut mendaftar dalam acara ini, tapi kami hanya memilih 30 peserta saja. Kami memiliki semua peringkat usia, ukuran dan besarannya. Tahun depan kami berharap dapat menjaemput lebih ramaiorang lagi," katanya

    bk- semakin hari semakin pelik dunia ini

    Orang yang tunjuk hebat nak tutup masjid akhirnya memeluk Islam

    Posted: 24 Feb 2011 01:25 AM PST

     Daniel Streich, politikus berasal Switzerland, yang  terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

    Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Partai Rakyat Switzerland (SVP). Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss.

    Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam  terhadap mimbar dan kubah masjid.

    Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropa terutama di negaranya.

    Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status hukum.

    Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

    Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan tentera di Swiss Army karena popularitasnya.

    Lahir di sebuah keluarga Kristen, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai setan.

    Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

    Semoga bermanfaat untuk anda yang membacanya....

    Seekor Kuda Telah Menyelamatkan Nyawa Seorang Fotografer

    Posted: 24 Feb 2011 12:20 AM PST

    BEIJING – Seorang lelaki telah diselamatkan  oleh seekor kuda, ketika dia terjatuh dari pagar pembatas kawasan lumba kuda liar.

    Fu Min (36), terjatuh dari koridor pagar pembatas ketika dia sedang berusaha mengambil gambar terbaik dari kuda-kuda liar yang sedang beraksi. Nyawanya hampir saja menjadi taruhan atas gambar yang dia dapat.

    Fu Min tergelincir ke tanah dan nyaris menjadi sasaran amuk kuda-kuda liar yang sedang beraksi di treknya.

    Namun, dengan begitu kagum dia menceritakan bagaimana dia diselamatkan oleh salah seekor haiwan yang menangkapnya dengan mulutnya, kemudian dia dilemparkan ke pinggir trek sehingga dia selamat dari hantaman aksi kuda-kuda liar.

    "Saya cuba untuk mendapatkan foto yang lebih baik dan kemudian seekor kuda melanggar saya. Saya berfikir saat itu akan mati," kata Fu, seperti dilapor Orange.

    "Tapi kemudian seekor kuda lain menyambar lenganku dengan mulutnya dan menyeret saya keluar dari trek. Saya fikir akan diinjak-injak oleh kuda-kuda itu," katanya.

    Sumber : http://www.okezone.com/

    Pasangan berpeluk dan bercium selama 20 minit ditengah orang ramai

    Posted: 23 Feb 2011 11:49 PM PST




    sumber : stomp.com.sg

    The fact that the MRT was full of passengers this morning (Feb 16) did not bother this couple. 

    But their amorous behaviour certainly bothered STOMPer asp resh, who said that the couple was hugging and kissing for 20 minutes.

    The STOMPer said:

    "I saw them this morning. They were hugging and kissing all the way, for 20 minutes."

    Satu kilogram logam dalam perut

    Posted: 23 Feb 2011 10:25 PM PST

    INILAH.COM, Lima – Lelaki berasal dari Peru ini mengejutkan para doktor dan pasukan perubatan ketika mereka menemukan berbagai logam seberat 1 kilogram di perutnya.

    "Pesakit tersebut datang dengan keluhan sakit perut parah. Setelah pemeriksaan, kami menemukan ratusan paku dalam perutnya," kata ahli bedah di hospital di kota kecil Cajamarca, Carlos Delgado.

    Doktor yang menemani Delgado tak mampu berkata apa-apa ketika mengeluarkan hampir satu kilogram paku,duit syiling dan potongan logam dari perutnya. Bahkan, ada satu pisau kecil dalam perut lelaki bernama Requelme Abanto Alvarado itu.

    "Saya tak pernah menghadapi kes seperti ini. Setelah membedah pesakit, melihat begitu banyak benda di dalam satu perut benar-benar bukan peristiwa biasa," lanjut Delgado

    Alvarado berada dalam keadaan stabil setelah operasi tersebut. Delgado mengatakan, pesakit aneh itu kini sedang menjalani pemeriksaan dengan para ahli kesihatan mental.