Kakak datuk K,tawar ganjaran 100 ribu buat sesiapa yang punyai bukti perkahwinan Datuk K dan Rozita Che Wan Posted: 14 Apr 2012 11:24 PM PDT Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K ) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.
Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.
Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti. Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.
"Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut."
Katanya lagi, "Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."
Datin Zaitun mempunyai hubungan yang akrab dengan Dato' Siti Nurhaliza selain dia menerima banyak peluang dalam menerbitkan drama untuk stesen televisyen swasta. |
Posted: 14 Apr 2012 11:20 PM PDT Semasa Kisah Apek dikatakan menjadi punca perpisahan Liuney dan tunangnya putus tunang,Apek sudah dikatakan berpisah dengan Dahlia Teck. Namun selepas beberapa ketika,gossip Apek dan Liuney mula reda ,selepas Liuney sendiri memberitahu akhbar bahawa dia tidak ada apa-apa hubungan dengan Apek. Namun perhubungan Apek dan Dahlia menjadi misteri ..Baru-baru ini dalam majalah URTV,Apek telah memberitahu wartawan bahawa kini dia memang "single" tanpa awek,dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap skuad bola sepak negara. Wah makin naiklah saham KFCM lepas nie..saja nak umumkan dah single kannsss..hehe Kenyataan KFCM dalam URTV: Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan. Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta. Sensasi harap KFCM kurangkan kontoversi dan tingkatkan prestasi..tapi tue la sebagai manusia biasa ,muda lagi pulak tue tentu nya Apek punyai naluri nak bercinta-cinta...Dan nak sorok pun susah lah sebab semua nak jaga tepi kain Apek..So kita tunggu siapakah awek terbaru Apek nanti... |
Aidil akan berikan hak penjagaan penuh anak kepada Rita Posted: 14 Apr 2012 05:15 AM PDT Sedih dengan pengakhiran kisah rumahtangga Rita dan Aidil yang sering disensasikan. Apepun jodoh ditangan tuhan,sama-sama doakan yang terbaik buat Rita dan Aidil,andai kata masih ada jodoh antara mereka tak mustahil mereka masih boleh berbaik semula..Entahla masalah Rita dan aidil memang sering terjadi lebih lagi apabila dicampuri keluarga. memang kita sering kali mendengar kisah,kahwin tanpa restu keluarga susah bahagia dan akhirnya tak berkekalan..Mungkin kerana masalah berkahwin senyap-senyap,tak direstui akhirnya perkahwinan kucar kacir. Apepun,memang Kesian dengan Rita .Namun aanak-nak menjadi kekuatan untuk Rita,wajah anak-anak Rita pulak memang iras Aidil.Takpelah nanti bila mereka dah besar boleh lah jaga mak. Memang saya ada failkan sesuatu (permohonan cerai) melalui peguam di Mahkamah Petaling Jaya. Saya pun sudah maklumkan dengan dia (Rita) mengenai perkara itu dan Rita meminta supaya dipercepatkan. Saya serahkan kepada peguam menguruskan perkara itu. Dia yang kini beraksi dengan pasukan Tentera dalam saingan Liga Malaysia turut memberitahu, sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada Rita melalui SMS.
Namun, bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan itu menafikan dakwaan Rita yang mengatakan dia mengabaikan tanggungjawab keluarga terutama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3 dan Airit Rafqa Arjuna, 11 bulan. Saya terkejut apabila dia (Rita) mengatakan saya tidak menjenguk anak-anak. Semuanya tidak benar. Minggu lalu saya baru pulang, malah setiap hari saya menghantar SMS kepadanya bertanyakan khabar anak tetapi dia (Rita) tidak balas. Saya masih waras dan tidak akan meninggalkan mereka (anak-anak) begitu saja, saya tahu akan tanggungjawab sebagai bapa mereka. Dalam satu laporan berbeza oleh Media Hiburan, dalam nada suara yang bergetar, Aidil turut berkata akan menyerahkan hak penjagaan anak-anak pada Rita kerana anak lebih rapat dengan ibu mereka:- Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa. Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat. |
Gambar-Rita sambut hari jadi ke-36,terima surat permohonan cerai dari Aidil Posted: 14 Apr 2012 05:09 AM PDT "Kekuatan saya datang dari anak-anak saya. Saya tak akan menangis depan anak-anak sebab saya tak nak anak-anak tengok saya lemah dan sedih," ujar pelakon terkenal, Rita Rudaini ketika ditemui pada majlis sambutan ulangtahun kelahirannya yang ke-36 di Hotel Royale Chulan, petang semalam. Bertemakan 'Luxurious Black', majlis hari jadi Rita dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada peminat, para artis dan rakan media. Walaupun baru saja menerima permohonan perceraian yang difailkan suaminya, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak, sehari sebelum hari jadinya, namun Rita dilihat begitu tabah meraikan hari jadinya seperti tiada apa yang berlaku. "Saya dah biasa sebab sebelum ini pun saya dah banyak kali dihina dan dipulau sebab saya kahwin lari. Saya buat semua ini sebab sayang dan cinta pada dia. Namun, sekarang saya dah tawar hati kerana dah banyak peluang saya bagi pada dia sebelum ini. Jadi sekarang saya serahkan segalanya kepada Allah." Namun, hati wanita mana yang tidak tersentuh apabila rumahtangga yang dipertahankan selama ini bakal berkecai begitu saja. Ketika ditemubual, air mata ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1 ini akhirnya menitis kerana tidak dapat menyimpan lagi beban yang tersemat di hati. "Saya tak suka menangis dan susah nak menangis. Saya sedih bukan sebab benda ini tapi sedih sebab tengok anak-anak saya. Mereka adalah kekuatan saya. Mereka sentiasa ada bersama di sisi saya dan bila tengok anak-anak, saya rasa terharu sangat. Saya harap selepas ini saya dan anak-anak akan lebih bahagia dan tak ada masalah seperti sebelum ini." Ditanya sudahkah dia bersedia memegang gelaran janda atau ibu tunggal, Rita memberitahu, "Tak ada hinanya status janda atau ibu tunggal. Bagi saya semua orang sama saja. Saya pun tak faham kenapa semua pandang hina dengan status tersebut." Menyentuh mengenai soal hak penjagaan anak kelak, Rita memberitahu, "Saya serahkan semuanya pada peguam. Jika dia failkan hak penjagaan anak-anak, saya akan berjuang habis-habisan. Saya doakan tidak ada siapa yang boleh pisahkan anak-anak dan saya. "Saya dah bersusah-payah mengandungkan dan membesarkan mereka. Jadi, saya tak akan biarkan sesiapa pisahkan anak-anak dengan saya, kerana hanya Tuhan saja yang boleh pisahkan kami," tegas Rita lagi sambil memberitahu sudah mempunyai perancangan untuk anak-anaknya. "Selepas ini saya akan utamakan anak-anak dan saya nak besarkan anak-anak saya dalam keadaan sempurna serta mendapat didikan yang betul. Saya nak ajar mereka hidup berdikari. Saya juga akan cuba sebaik mungkin untuk tumpukan perhatian pada anak-anak dan membesarkan mereka walaupun tanpa seorang suami."
|
Kisah Awie dikafankan untuk buang santau Posted: 14 Apr 2012 05:03 AM PDT Setelah bertahun-tahun menderita akibat terkena perbuatan orang, pelakon serta penyanyi, Awie mengakui kesihatannya kini semakin pulih. Awie ketika ditemui pada majlis tayangan filem 'Berani Punya Budak' di e@Curve, malam tadi memberitahu semakin pulih setelah membuat rawatan perubatan Islam beberapa kali sejak empat bulan lepas. "Alhamdulillah, setelah menggunakan kaedah perubatan Islam, saya dah okay sikit. Pelbagai tempat saya pergi termasuk di Klang, Tapah, Bangkok dan juga Kuantan, akhirnya keadaan saya semakin pulih. Lepas dah buat rawatan, saya dah bersemangat dan ada 'jiwa' sikit," ujar Awie yang dipercayai terkena santau tuju-tuju. Berkongsi tentang penderitaan serta rawatan yang diterimanya, Awie memberitahu, "Saya dah menderita akibat perbuatan orang ini dah bertahun-tahun, sejak saya masuk Wings balik. Namun, saya mula rasa teruk selepas ayah saya meninggal dunia pada 15 Jun tahun lepas. Mula-mula saya tak percaya langsung benda-benda santau ini, tapi bila dah kena baru tahu. Ini merupakan pengalaman yang paling teruk pernah saya alami,"kongsi Awie
"Mula-mula, saya batuk tak berhenti-henti selama tiga bulan. Masa itu saya nak buat konsert dengan Ella di Istana Budaya. Saya batuk sampai rasa mata nak terkeluar dan rasa otak nak tercabut. Malah, saya sendiri dah habiskan RM3,000 pergi jumpa doktor dan ambil ubat, tapi batuk saya tak baik-baik lagi. "Saya juga pernah mengalami kaki bengkak macam belon sampai bangun pagi tak boleh jalan. Masa itu saya nak pergi buat teater Cuci The Musical. Bila jumpa doktor, doktor kata gout dan mereka bagi saya steroid, antibiotik dan ubat tahan sakit saja. Namun, lama-kelamaan, bengkak itu ada balik. Saya kemudian cuba buat perubatan Islam di Tapah, dan saya terkejut apabila masa itu keluar jarum dari kaki. Bila dah keluar jarum itu, terus kaki saya dah okay. "Selain kaki bengkak, saya juga pernah rasa bergelombang di rumah serta pelbagai benda bukan-bukan yang keluar. Saya tak nak isteri dan anak-anak kena jadi saya cuba berubat dengan apa juga perubatan, asalkan ia tak memudaratkan. Saya tak guna khidmat bomoh sebab ia selalu dikaitkan dengan jin dan syaitan. Jadi, saya mengambil kaedah perubatan Islam sebab ia mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran." Tambah Awie lagi, "Pernah sekali saya buat rawatan di Klang, mereka bagi saya minum air satu jar, baru saya muntah. Kalau orang lain, minum segelas dua mereka dah muntah. Pernah juga saya sampai dikapankan untuk buang santau dalam badan saya. Bila dah buang dua kain kapan, baru saya muntah macam air pancut," ujar Awie percaya apa yang berlaku pasti ada sebabnya. "Saya manusia biasa yang mungkin terleka dibuai duniawi. Mungkin saya pernah kurang ajar atau termarah kedua ibu bapa, adik beradik dan sesiapa saja secara tak sengaja. Saya percaya, apa yang berlaku berdasarkan dosa pada diri saya sendiri dan mungkin Tuhan nak menghapuskan dosa-dosa yang saya lalui. "Saya juga percaya, Tuhan jatuhkan hukuman secara tunai pada saya di dunia. Namun, sebagai manusia, saya punya perasaan dan tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kini setiap hari saya rasa bertaubat dan cuba untuk mengatasi kelemahan pada diri saya. Andai ada yang berdendam dengan saya, saya ampunkan dosa mereka yang buat benda ini terhadap saya. Saya tak akan berdendam dengan sesiapa," ujar Awie mengakhiri perbualan. |
Facebook Zed Zaidi di "hack" oleh peminat Aaron Aziz Posted: 14 Apr 2012 04:52 AM PDT Laman Fanpage Zed Zaidi telah digodam selama beberapa jam oleh peminat Aaron yang menggelar diri mereka sebagai Aaronators. Kelakar je apabila Zed Zaidi yang kini kecoh berkaitan isu Aaron,tetiba di FB page ada pulak gambar Kl gangster yang menampilkan Aaron Aziz. hehe.. " Hey guys and girls, Aaronators Crew is on air now. What are you doing people? Got anything to say? Tell me, I will choose the best words to post here. By the way, forgot to say that, Zed Zaidi fanpage was hacked by Aaronators Crew. Sekarang... Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok~Jangan risau, Aaron Aziz tidak ada kena mengena dalam godam menggodam ni, so jangan buruk sangka terhadap artis kesayangan kita tu, kitaorang buat di atas kehendak kitaorang sendiri. Amacam korang nak kitaorang serah balik tak? Hewhewhew |
Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi Posted: 14 Apr 2012 04:46 AM PDT Dalam Twitter milik Zed itu, dia menulis: 'AKU LEBIH BERBANGGA KALAU RAKYAT MALAYSIA YANG MENANG!!! Terima kasih rakyat Malaysia kerana mengalakkan artis luar merosakkan industri seni!'
Zed Zaidi memberi alasan tentang suara hati yang ditulis di Twitter dan penafiannya tentang individu yang dimaksudkan kepada media adalah Aaron Aziz.
Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula? Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah. Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu? Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu. Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis luar. Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya kalau dia dianggap popular. Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri dinafikan. Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini? Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut kurangkan pengambilan mereka. Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik? Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu menyuarakan hal-hal macam ini. Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima? Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini. Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang memutar belit apa yang anda katakan? Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia dan industri Malaysia sendiri. |
Siti Saleha bercinta dengan adik Sharifah Sofea,Penjaga Gol Sabah Posted: 14 Apr 2012 04:42 AM PDT Siti Saleha, Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea. Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang |
Zed Zaidi pertikai kemenangan Aaron,Aaron kata Zed kurang matang Posted: 14 Apr 2012 04:41 AM PDT Terkejut juga Sensasi dengan tweet yang dilakukan oleh Zed Zaidi seolah-olah tidak senang dengan kemenangan Aaron aziz..Menurut Zed,rakyat Malaysia telah merosakkan industri Seni tanah air apabila memilih artis luar.. Bagi sensasi,Aaron memang berlakon dalam industri seni tempatan jadi dia dah jadi sebahagian dari industri seni negara,kenapa nak menafikan haknya.. Lainlah kalau Anugerah Bintang Malaysia Popular..mungkinlah kot..haiyoo..Banyak songeh lah Zed Zaidi nie.. Sensasi rasa Zed kena lebih berfikiran terbuka,jangan terlalu 'dengki' ke ape ke.. Bagi Zed kemenangan Aaron seperti negara dijajah..oh peliss lah..Aaron memang mencipta nama dan berlakon di Malaysia,Aaron sendiri mengakui berbangga dan gembira di Malaysia..dan banyak menyumbang kepada industri seni. Menurut Aaron ,Zed Zaidi kurang matang.. "Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang . Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya. "Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia," sindir Aaron |
Lagi Gambar ABPBH 2011 Posted: 14 Apr 2012 04:18 AM PDT |
Gambar-gambar sekitar Majlis ABPBH Posted: 14 Apr 2012 04:14 AM PDT Seronok tengok artis yang kita kenal dan suka menang..Tahniah Sensasi ucapkan kepada semua pemenang,especially Aaron Aziz yang mengungguli Majlis ABPBH walaupun Zed Zaidi tak suka..huhuhu.. Sensasi rasa Aaron memang cukup Popular sekarang nie,disukai ramai,memeriahkan industri hiburan tanah air,dan menjadikan sesebuah filem menarik untuk ditonton,sekaligus Aaron telah menyumbang kepada Industri hiburan di Malaysia.
|
Natasha Hudson kini bertudung,bernikah esok tanpa majlis resepsi Posted: 14 Apr 2012 03:15 AM PDT Natasha Hudson nie memang cantik orangnya,maklumlah kacukan dan berwajah Pan Asian.Natasha dikenali sebagai model pada awalnya,kemudian menjadi pelakon dan penyanyi.Sensasi terkejut juga dapat tahu Natasha dah bertudung sebab sebagai model,natasha memang seksi orangnya..,tapi masa dapat tahu tue busy tak sempat nak update...Alhamdulillah sekarang ramai dah artis berhijab.. Sebelum ini Natasha pernah berkahwin dua kali,Perkahwinan pertama dengan seorang ahli perniagaan,handsome juga orangnya,tapi setelah lima bulan mereka bercerai.Dikatakan ketika itu si suami telah memukul Natasha dan mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Lepas tue Natasha berkahwin pula dengan ahli politik iaitu Datuk shahrin,perkahwinan mereka dikurniakan anak seorang dan berakhir setelah 5 tahun..ada kontroversi jugak masa tue. Kali nie,Natasha bakal menjadi isteri sekali lagi...pada 15 April,esok. "Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia. "Tarikh itu dipilih kerana pihak masjid maklumkan tarikh itu masih kosong. Bukan ada sebab lain. Kami akan adakan majlis sederhana sahaja. Tidak ada sebarang majlis resepsi kerana kami tidak mahu bazirkan duit. Selepas akad nikah selesai, akan ada majlis makan-makan untuk tetamu. Itu sahaja," ujar Natasha. "Baik Carleed mahupun pihak keluarga, masing-masing tidak kisah sama ada hendak adakan majlis resepsi atau tidak. Sebenarnya mereka pun tidak suka kalau kami hendak adakan majlis beberapa kali. Cukuplah sekadar majlis yang sederhana tapi cukup bermakna," ulas ibu kepada Nessa Helena ini. Untuk makluman, bakal suami Natasha selain bergelar penyanyi dia juga seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat muzik, PhuturePhlow. Pasangan ini pernah berduet menerusi lagu "Jika Ku Boleh Ubah Dunia". "Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini. "Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan," ujar Natasha dengan nada gembira. |
Rehatkan minda dengan Teka teki lucu Posted: 13 Apr 2012 04:50 AM PDT Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam? - Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia. Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap? - Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek. Waktu bila jam anda berada pada pukul 13? - Waktu untuk baiki jam. Apa beza disini dan disana? - Huruf 'i' dan 'a'. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba? - Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini) Nak Playstation3 secara percuma? Klik PLAYSTATION3 PERCUMA Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup? - Cukai jalan. Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan? - Itik beradik. Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia? - Burung raja udang. Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia? - Hingus. Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang? - 4 ekor burung. Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik? - Kedua-dua tak boleh terbang. Binatang apa paling dibenci anjing laut? - Kucing laut. Adakah ayam berkokok siang-siang? - Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok). Barang apa yang lebih berguna apabila pecah? - Telur. Ayam apa yang bertelur di mana saja? - Ayam betina. Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana? - Ayam jantan tidak bertelur. Kenapa anak babi jalan tunduk? - Kerana malu ibunya seekor babi. Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat? - Kerana ibunya bukan seekor babi. Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'? - Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia? - Pisang goreng. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....? - Tumpah la. Sungai apa paling tajam? - Sungai Lembing. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin? - Orang utan. Ikan apa yg miskin? - Ikan kering. Tembak lantai kena hidung? - Kentut. Pohon apa paling banyak di hari lebaran? - Pohon maaf zahir dan batin. Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu? - Kapal terbang jatuh dalam laut. |