Adsense

Sabtu, 14 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Natasha Hudson & Carleed Khaza Sah Bergelar Suami Isteri

Posted: 14 Apr 2012 10:54 PM PDT

Tahniah OHBULAN! ucapkan pada Natasha Hudson, 30, atau nama sebenarnya, Natasha Liyana Hudson. Tepat jam 11.55 pagi tadi, Natasha telah selamat dinikahkan dengan maskahwin sebanyak RM80 bersama Carleed Khaza, 33, atau nama sebenarnya, Khalid Kamal.

Majlis yang berlangsung sederhana ini diadakan di Masjid Wilayah dan pihak lelaki menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang hantaran dari pihak perempuan.

Natasha menerima lima dulang hantaran seperti sirih junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Semoga berbahagialah pasangan pengantin baru, Natasha Hudson & Carleed Khaza hingga ke akhir hayat ya.

sumber : mStar & Rotikaya