Adsense

Jumaat, 24 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Rindukan Rozita Che Wan? Ini Selambak Kasih Buah Bicara Sebagai Pengubat Rindu.

Posted: 24 Jun 2011 07:24 AM PDT

Home > Pictures > Rindukan Rozita Che Wan? Ini Selambak Kasih Buah Bicara Sebagai Pengubat Rindu.

Rasanya ramai dah tahu yang Rozita Che Wan pernah merasmikan sebuah spa di kawasan Wangsa Maju. Itu bukanlah isu utama, sebaliknya kami kagum dengan kecantikan Rozita Che Wan yang mengenakan gaun paras lutut, macam zaman British gitu.

Seorang penulis kami tergoda betul dengan lirikan mata Rozita Che Wan, sempat set gambarnya sebagai wallpaper. Kredit kepada Mash Peekture yang mengambil gambar se-awesome ini untuk tatapan ramai. Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-Was

Posted: 24 Jun 2011 10:07 PM PDT

Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-was
oleh Shah Shamshiri

Seringkali para pengunjung Muslim berkunjung ke luar negara, ramai juga yang kurang pasti dalam mencari tempat penginapan yang sesuai. Apalagi buat mereka yang pentingkan soal hukum syarak. Kadangkala timbul rasa ragu-ragu dalam pemilihan lokasi yang menitikberatkan soal halal dan haram.

Berlandaskan kata-kata 'For Anyone Who Desires Moslem Atmosphere' yang bermaksud 'Buat Sesiapa Yang Inginkan Persekitaran Muslim', Hotel Lingga di Bandung, Indonesia pasti menepati citarasa tersebut. Terletak di Jalan Soekarno Hatta, hotel yang berteraskan konsep keislaman ini menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar harga yang sangat berpatutan tanpa meminggirkan nilai-nilai keislamannya.

2. Sweet Rose Room for 2 pax - IDR 459.000 nett

Sweet Rose Room for 2 pax – IDR 459.000 nett

Hotel unik ini tidak menjual sebarang minuman beralkohol dan tidak mempunyai kelab malam atau pusat disko. Walau bagaimanapun, tidak bermakna hotel ini tidak lengkap dengan kemudahan-kemudahan lain. Ia juga mempunyai perkhidmatan gimnasium, dewan-dewan acara, salon Muslimah (khas buat wanita), wi-fi percuma dan banyak lagi! Hotel ini juga tidak membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk menginap di dalam bilik yang sama.

Buat yang ingin menunaikan Solat Jumaat juga, anda tidak perlu risau kerana pada setiap hari Jumaat dewan utamanya dibuka dan dijadikan ruang bersembahyang buat umat Islam yang bekerja di sekitar kawasan hotel tersebut. Ini juga memudahkan para tetamu hotel yang beragama Islam kerana mereka tidak perlu bersusah-payah mencari masjid pada setiap hari Jumaat.

Konsep keislaman unik ini telah membuka ruang untuk satu kumpulan pasaran yang baru, iaitu mereka yang mungkin lebih selesa dengan persekitaran 'Islamik'. Hotel ini turut dilengkapi dengan bilik-bilik pelbagai saiz sesuai untuk mereka yang datang berkunjung sendirian atau dengan keluarga dan rakan-rakan. Senireka dalaman hotel ini juga indah dihias dengan gaya tersendiri. Seperti mana-mana hotel lain, setiap bilik dilengkapi dengan televisyen yang mempunyai saluran TV satelit, di samping alat penghawa dingin dan bilik mandi yang lengkap.

Lingga Hotel - Large Parking Area

Biarpun hotel ini tidak menjual minuman beralkohol dan tidak membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim untuk tinggal di bilik yang sama, namun perkhidmatan mereka disambut baik oleh ramai warga asing yang berkunjung ke Bandung. Dan ramai di kalangan mereka bukan beragama Islam. Mereka sudah menerima kunjungan daripada pelancong luar negara dari China, Korea, Perancis, Australia, Amerika dan banyak lagi.

Harus juga ditekankan bahawa pengusaha hotel Lingga tidak mahu orang awam beranggapan bahawa hotel ini sebuah hotel yang anti-warga bukan Islam. Mereka hanya mengamalkan konsep Islam tetapi kami sama sekali tidak menghalang orang bukan Islam untuk berkunjung. Yang penting, kesemua tetamu hotel mesti menghormati prinsip mereka iaitu tidak membawa masuk minuman beralkohol dan barangan makanan yang haram, tidak berjudi, serta tidak membawa pasangan yang bukan muhrim ke dalam bilik.

Hotel yang terletak di lapangan yang sangat luas ini boleh ditujui dengan menaiki pengangkutan awam dari pusat kota Bandung. Tergantung kepada keadaan lalulintas, secara amnya masa yang diambil untuk ke hotel ini daripada pusat kota adalah sekitar 15 sehingga 20 minit sahaja dengan menaiki teksi.

Bagi mereka yang berminat untuk menginap di Hotel Lingga kala berada di Bandung, bolehlah melayari laman sesawang mereka di www.linggahotel.co.id atau menghubungi mereka secara terus di nombor telefon +62 22 756 2980 / 81 atau e-mel lingga_hotel@yahoo.com

Children Play Area at Lobby

CoffeeShop - 24 hours - Indonesian, Chinesse, European Menu - Free Wi Fi

Fitness Centre - Hotel Facility

IMG_9571

Mushola

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Vue Palace Hotel Bandung Selangkah Menuju Pasar Baru
  • Indahnya Bersantai di Sheraton Bandung Hotel
  • Aston Primera Pasteur Hotel Pertama di Indonesia IPTV
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur Tertinggi di Malaysia
  • Bengkel Penulisan Pilihan Raya Untuk Blogger
  • Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?
  • ADV: PERCUMA Pakej Pelancongan Dengan Promosi Mega SIY
  • Oblivious Musim ke-2 di 8TV!
  • Oblivious Musim Ke 2 di 8TV
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mari Menari Musim Kedua

    Posted: 24 Jun 2011 09:44 PM PDT

    Lantai tari Mari Menari Musim Kedua kini sudahpun memasuki minggu kedua yang bertemakan "Milenium". Seperti yang telah pun diumumkan, musim ini adalah berkonsepkan "battle" yang mana dua kumpulan di bawah pengawasan Kapten RAY serta Kapten BELALANG harus berentap setiap minggu untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

    Mari Menari

    Mari Menari Musim Kedua membawakan satu kelainan apabila 10 pasangan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selepas kumpulan yang diketuai oleh jurutari RAY melalui proses persembahan dan penyingkiran, kumpulan kedua yang dikelolai oleh jurutari BELALANG pula mengatur langkah di lantai Mari Menari. Namun langkah ini tidak berpanjangan buat pasangan WAN apabila mereka telah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir minggu ini. Pasangan abang dan adik ini pula terdiri daripada Arziwan dan Azirah Nabilah. Kedua-dua mereka berasal dari Sarawak.

    Tema Gemalai Ekstravaganza tidak mengecewakan juri-juri untuk kumpulan BELALANG ini apabila secara keseluruhan kesemua 5 pasangan mempamerkan persembahan yang mantap. Namun bagi pasangan adik-beradik ini, mungkin kurang keserasian membuatkan langkah tari mereka yang diiringi lagu Hala Timur kurang meyakinkan juri untuk memberikan markah yang tinggi serta undian yang tinggi oleh penonton.

    Dalam Mari Menari kali ini, Juri Jemputan iaitu Jaafar Onn telah menyahut cabaran penonton-penonton yang memberikan komen di laman sosial Facebook Mari Menari yang ingin melihat Jaafar Onn menyanyi dan menari. Lebih menarik lagi apabila Jaafar Onn bergandingan dengan penyanyi yang sangat baru iaitu Nera yang muncul dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 9.

    Berikut adalah markah akhir (Juri dan Undian) selepas talian undian ditutup.

    1. MIZI – 54
    2. FAIZ – 52
    3. RAZMAN – 51
    4. NITA – 46
    5. WAN – 45

    4 pasangan Mari Menari di bawah kelolaan BELALANG akan meneruskan cabaran Mari Menari Musim Kedua minggu hadapan dengan tugasan yang lain pula. Saksikan Mari Menari setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, eksklusif di Astro Ria (104).

    Undi pasangan kegemaran anda! Taip MM dan hantar ke 32999. (Contoh: MM RAZIF) Undi secara pukal dengan menaip MM<3,5,10,20> dan hantar ke 32999. (Contoh: MM20 RAZIF).

    Minggu pertama Mari Menari yang bertemakan "Gemalai Ekstravaganza" telah menyaksikan penyingkiran MM UMMI daripada Kumpulan RAY pada hari Sabtu (18 Jun) dengan peratus undian sebanyak 37% serta MM WAN daripada Kumpulan Belalang pada hari Ahad (19 Jun) dengan peratus undian sebanyak 45%.

    Kini masih tinggal empat pasangan iaitu MM NORA, MM AZLIN, MM SARAH dan MM BIBI dalam Kumpulan RAY yang berkonsepkan Hip Hop serta empat pasangan dalam Kumpulan BELALANG yang berkonsepkan Nusantara iaitu MM RAZMAN, MM FAIZ, MM NITA dan MM MIZI.

    Masih mengekalkan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% dari undian penonton, musim ini juga menyaksikan gandingan mantap Joseph Gonzalez, Harith Iskandar dan Vanida Imran yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri professional. Bersama pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani, sama-samalah kita saksikan gerak tari mengikut irama yang bakal dipersembahkan oleh pasangan-pasangan musim ini.

    Siaran Langsung Mari Menari Minggu Kedua pada 25 & 26 Jun 2011 (Sabtu & Ahad), jam 8.30 malam @ Studio 1, Astro Bukit Jalil. Siapa pula yang akan tersingkir minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lirik Mari Beraya – Metadome All Stars
  • Ujibakat Mari Menari Astro Musim Kedua
  • Pasangan Razif Juara Mari Menari Musim Pertama
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • Mari Menari Minggu 7 Tiada Penyingkiran
  • Mari Menari Singkir Pasangan Dita
  • Pasangan Shairulfazli Sharif & Rafidah Amit Tersingkir Mari Menari
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Lirik Lagu Radio Imran Ajmain
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    borak kosong


    Wow, Usia Boleh Diteka dari Air Liur

    Posted: 24 Jun 2011 09:00 PM PDT

    INILAH.COM, – Hasil penelitian ini dapat membantu detektif memecahkan kes kejahatan, iaitu dengan meneka usia pelaku dari air liurnya.

    Jurnal Public Library of Science (PLoS) ONEmenerbitkan hasil temuan yang dapat membantu penyelidikan kes kejahatan, yakni dengan menka usia pelaku melalui saliva atau air liur.

    Dr. Eric Vilain, profesor genetik manusia dari sekolah medik David Geffen UCLA mengatakan, "Dengan sampel saliva, kita dapat memperkirakan usia seseorang tanpa perlu petunjuk lainnya."

    Vilain dan rakannya menyebut proses ini sebagai metilasi, iaitu modifikasi reaksi kimia pada satu dari empat pembentuk DNA.

    "Gen menentukan usia tubuh kita. Pengaruh lingkungan pun dapat mengubah susunan DNA seiring penuaan. Maka pola metilasi seseorang juga berubah seiring pertambahan usianya," ujar Vilain.

    Peneliti menguji sampel air liur 34 pasang laki-laki kembar identik usia 21-55, serta membandingkan dan mencocokkannya dengan air liur 31 pria dan 29 wanita usia 18 hingga 70.

    Ternyata, prediksi usia dapat dilakukan dengan tepat, dengan rentang kesalahan 5 tahun.

    "Proses metilasi sangat berhubungan dengan usia, sehingga kita dapat meneka usia seseorang hanya dengan memeriksa dua dari jutaan zat penyusun gen," ujar Sven Bocklandt, ahli genetik UCLA.

    Vilain menyarankan hasil temuannya ini untuk digunakan sebagai salah satu metode forensik dalam penyelidikan kes kejahatan. Misalnya dengan meneliti air liur yang tertinggal di bekas gigitan makanan atau di cawan kopi.

    Lelaki 99 tahun pertama kali berkahwin

    Posted: 24 Jun 2011 08:00 PM PDT

    ROCHESTER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki berusia 99 tahun, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

    Herrick yang pernah menjadi askar semasa Perang Dunia Kedua melangsungkan perkahwinan dengan seorang balu berusia 86 tahun, Virginia Hartman dalam satu majlis perkahwinan di Hospital Komuniti Monroe di sini baru-baru ini.

    "Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia," kata Herrick.

    Ketika ditanya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung jika dia mempunyai nasihat mengenai hubungan romantik, Herrik berkata: "Cinta akan mencari anda."

    Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan-rakan pada 4 Jun lalu.

    Pasangan itu berkenalan pada tahun lalu apabila mereka bertembung di satu laluan di hospital berkenaan.

    Mereka kemudian menjadi rakan dengan Virginia suka melukis sama seperti Herrick.

    Majlis perkahwinan mereka diatur oleh lima orang anak Virginia, cucu dan cicitnya yang turut menghadiri majlis tersebut. Pasangan itu akan berkongsi sebuah bilik di hospital itu selepas mereka menjadi suami isteri. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Manusia asli tak pernah jumpa manusia moden ditemui

    Posted: 24 Jun 2011 07:00 PM PDT

    BRASILIA - Beberapa pegawai Yayasan Pribumi Nasional Brazil (Funai) mengesahkan kewujudan populasi orang asli yang belum pernah menjalin hubungan dengan manusia luar di hutan hujan Amazon selepas satu puak mengandungi 200 orang dikesan menerusi satelit, lapor sebuah akhbar semalam.

    Tiga kawasan lapang yang diduduki puak itu dikenal pasti terletak di barat daya Brazil berhampiran sempadan Peru tetapi kewujudan mereka hanya disahkan selepas beberapa ekspedisi udara dengan menggunakan sebuah pesawat dibuat pada April lalu.

    Dalam awal minggu ini juga, tiga kawasan dikesan telah dibersihkan dalam hutan di barat daya dekat sempadan Peru.

    Para pegawai yayasan pribumi itu mengganggarkan terdapat 68 populasi hidup terasing yang tinggal jauh di tengah hutan Amazon.

    Puak orang asli yang baru ditemui itu tinggal di dalam empat rumah beratap jerami dan menanam jagung, pisang dan kacang tanah dan tanaman lain.

    Komuniti itu tinggal berhampiran sempadan Peru di hutan simpan Vale do Javari seluas negara Portugal dan menjadi tempat tinggal lebih 14 puak pribumi yang hidup terpencil.

    "Kerja-kerja untuk mengenal pasti dan melindungi populasi itu adalah sebahagian daripada dasar awam Brazil," kata seorang penyelaras yayasan berkenaan, Fabricio Amorim.

    Menurutnya, pemerhatian awal menunjukkan puak orang asli itu tergolong dalam etnik yang menggunakan bahasa pano yang hidup dari hutan Amazon di Brazil sehingga ke hutan di Peru dan Bolivia.

    Kawasan berkenaan memiliki bilangan puak orang asli yang terbesar di dunia.

    - Agensi
    sumber : kosmo online

    Pelajar Wanita UiTM ini trauma kepala dibotakkan

    Posted: 24 Jun 2011 06:00 PM PDT

    ALOR SETAR – Seorang gadis lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) trauma apabila rambutnya dipotong sehingga botak ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba pada 2 Mei lalu.

     Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, kini terpaksa melupakan impiannya untuk berkhidmat di JBPM kerana sudah serik untuk menjalani semula latihan di kem tersebut.

     Selain Hizyaty, seramai 18 lagi pelatih wanita yang dibotakkan kepala pada hari mereka mendaftar pada petang 2 Mei lepas.

     Menurutnya, dia dan 18 pelatih wanita lain terkejut apabila rambut mereka dipotong sehingga botak tanpa diberi sebarang penjelasan mengenai tindakan itu.

     "Seorang kakitangan wanita di kem itu memanggil pelatih seorang demi seorang ke dalam sebuah bilik dan rambut kami dipotong menggunakan mesin gunting rambut.

     "Saya terkejut apabila melihat seorang pelatih keluar dengan kepala botak dan ketika itu saya hanya berserah kerana fikir mahu teruskan latihan di kem itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Berjaya di sini semalam.

     Hizyaty memberitahu, dia hanya berdiam diri ketika rambutnya dipotong dalam masa kira-kira lima minit kerana menganggap ia satu prosedur biasa sebagai pelatih di situ.
    sumber : kosmo online

    Selama 25 tahun cungkil gigi tertanam dalam perut

    Posted: 24 Jun 2011 05:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki menderita sakit perut yang parah selama 25 tahun tanpa tahu penyebabnya apa. Namun, baru-baru ini terungkap ternyata Ove Sohlberg (65) mengalami sakit perut akibat cungkil gigi yang tertanam di dalam perutnya.

    Dilansir Fox News, Jumaat (24/6/2011), Sohlberg dalam wawancaranya dengan harian Vasterbottens-Kuriren mengatakan dirinya mengalami sakit perut teruk25 tahun silam setelah operasi infeksi perut.

    "Saya merasa ada sesuatu di dalam perut saya dan saya terus merasakan sakit," katanya sembari menambahkan jika dirinya sudah dirujuk sebanyak 100 kali.

    Minggu lalu, ahli bedah akhirnya mengelurkan cungkil gigi kayu dengan panjang enam sentimeter dari dalam perutnya.

    Sohlberg, dari Lycksele di utara Sweden, mengatakan benda itu tinggal di dalam tubuhnya sekitar 25 tahun a lalu. "Ini sangat menyedihkan harus hidup dengan penderitaan itu selama bertahun-tahun," katanya.

    Beginilah yang terjadi jika kehabisan peluru saat perang

    Posted: 24 Jun 2011 11:01 AM PDT

    Video : Pesakit Tua Ini Dilempar Seperti Guni Oleh Jururawat Di Singapura

    Posted: 24 Jun 2011 10:30 AM PDT

    Dibawah ini sebuah video yang menampilkan perangai dua jururawat di sebuah Nursing Centre memperlakukan pesakitnnya yang sudah tua dan tak mampu berbuat apa-apa dengan cara tidak bermoral dan tidak manusiawi.

    Jururawat itu membiarkan pesakitnya beberapa saat telanjang dan setelah diberi baju diangkat dan lemparkan demikian saja ke tempat tidur lain seperti guni. Dalam kamera tersembunyi itu , telah diketahui Nursing Centre mana yang telah melakukan perbuatan tidak terpuji ini. [gardaproject.wordpress.com]



    Ciuman perempuan ini patahkan cubaan bunuh diri remaja 16 tahun

    Posted: 24 Jun 2011 09:01 AM PDT

    Seorang remaja cuba membunuh diri dari sebuah jejambat di daerah Guandong . Cubaan beliau berjaya dipatahkan seorang remaja wanita 19 tahun dengan satu ciuman. Gadis 19 tahun ini tidak mengenali si lelaki ini tetapi tergerak hati untuk menghalang remaja itu dari membunuh diri. Bila melihat orang ramai berkerumun melihat si lelaki nak melompat si gadis mengaku beliau teman wanita si lelaki kepada pihak polis dan bomba. Beliau kemudian sempat berbicara dan berbincang dengan si lelaki sebelum memberi satu ciuman.Remaja itu terkejut kena cium dengan perempuanitu dan pihak bomba menerpa untuk menyelamatkan lelaki itu. Kini remaja yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel  kini menjadi terkenal di China kerana beliau sanggup menyelamatkan nyawa orang yang tak dikenalinya.







    SUMBER

    Mohammad Karimi Kanak-kanak Bermuka Setengah

    Posted: 24 Jun 2011 08:47 AM PDT

    Anak berusia 11 tahun Mohammad Karimi kini boleh bermain seperti anak lain. Anak yang akrab dipanggil 'Mo' ini telah menjalani berkali-kali operasi untuk memperbaiki wajahnya.




    Anak yang membesar di Iran ini harus menjalani operasi muka atau Face off ke-19 sebagai cara bagi para doktor untuk memperbaiki kerosakan yang ia alami saat lahir, di mana hampir meragut nyawanya.



    Sejak lahir, Mo tidak mempunyai hidung, mata kanan dan banyak lagi di sisi kanan muka sehingga sudah mengalami 18 operasi sejak kedatangannya di AS pada 2003. Setelah menerima mata buatan yang disertai kalenjar air mata, jalur pernafasan serta cuping telinga dalam jangka waktu beberapa tahun terakhir, anak muda ini menjalani operasi wajah atau Face off yang diketuai oleh D. Lucie Capek untuk membentuk lubang hidung bahagian kanan lewat cangkok dari telinga Mo sesuai prosedur operasi 3 jam di Ellis Health Center, Schenectady.

    "Operasi atau Face off ini berjalan dengan baik," ujar Dr Mohammad Rad, doktor yang melakukan operasi pada Mohammad dan telah menghantar Mo beserta ibunya ke rumahnya di Amsterdam, New York, seperti dikutip dari AOL News.

    "Sebagai anak lelaki kecil, ia merasa grogi namun ia tidak merasa ragu dalam melakukan Face off."

    Anak muda ini telah menjadi sebahagian keluarga bagi Mo dan ibunya, Laila Ahmadi, sejak pertemuan mereka di tahun 2003, saat kelompok kemanusiaan Rotary Amsterdam membawa Mo ke AS sebagai sebahagian dari program Gift of Life. Selama lebih dari 7 tahun, Mo nyaris meninggal kerana kekurangan udara akibat ketiadaan lubang hidung telah mengalami 19 kali operasi dan face off.

    "Ini seperti sebuah keajaiban bagi saya," ujar Ahmadi menyangkut progres anaknya. Di Iran, ujarnya, anak-anak yang memiliki kekurangan seringkali bersembunyi di rumah mereka. Meskipun wajah Mo tetap "bengkak" dari operasi baru-baru ini, Rad mengatakan Mo cukup sihat untuk memulai perkhemahan musim panas.

    Anak yang fasih berbahasa Inggris, ternyata cukup cerdas di sekolah, meskipun pada awalnya ia ditanya oleh teman-teman sekelasnya tentang penampilannya.

    "Pertama kali saya pergi ke sekolah, semua orang terus menatap dan bertanya apa yang salah dengan wajah saya," katanya

    Andy Ray Harris Mengunyah Tikus Kecil Dalam Keadaan Hidup

    Posted: 24 Jun 2011 07:00 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki yang memakan bayi tikus hidup-hidup, merakamnya, dan kemudian mem-posting videonya ke Facebook. Lelaki ini asal Utah, Amerika Syarikat (AS). Demikian dilapor AOL, Jumaat (24/6/2011).

    Dalam video ini, Andy Ray Harris ini terlihat memasukkan tikus kecil berbulu ke dalam mulutnya sebelum mengunyah dan kemudian menelannya. Dalam video ini terlihat tikus kecil dibaringkan di atas meja.

    Ia kemudian mengambil binatang itu, memasukkannya ke dalam mulut, mengunyah, dan kemudian mengambil minuman dari gelas besar.

    Harris dikenai tuduhan melanggar peraturan itu pada April lalu ketika polis diberitahu mengenai video yang beredar secara online oleh aktivis People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).

    Anggota PETA, Martin Mersereau, mengatakan organisasi itu menerima keluhan dari penonton mengenai video itu pada March lalu.(videonya telah diremove di You Tube)

    Aneh Ada Padang Ragut Rumput Di Atas Atap Rumah

    Posted: 24 Jun 2011 06:45 AM PDT

    Lihatlah !! Indahnya Padang Rumput Diatas Atap Rumah. Ternyata atap rumah juga boleh dijadikan padang ragut rumput buat makanan kambing.





    Cara paling brutal menghukum murid

    Posted: 24 Jun 2011 05:45 AM PDT

    image

    Kalau macam menghukum murid mahu patah tulang pungkuk murid ni…..

    Moment seorang pemadam kebakaran Lepas dari MAUT

    Posted: 24 Jun 2011 04:46 AM PDT

    Gila..ada boneka barbie berharga 302,500 Dollar AS

    Posted: 24 Jun 2011 03:25 AM PDT


    Boneka Barbie sedemikian terkenal di dunia anak-anak hingga baju,beg atau produk lainnya pun banyak bergambar boneka cantik tersebut. Tapi ada boneka Berbie yang sangat mahal mencapai 302.500 dolar AS .

    Boneka Barbie ini menjadi sedemikian mahal kerana berhias kalung berlian merah muda. Boneka tersebut berhasil dilelong di New York, walau kurang dari target semula tapi tetap menjadi boneka termahal di dunia. Rekod sebelumnya dipegang oleh boneka Barbie yang dijual pada 2006 seharga 17.091 dolar AS.

    Hasil lelong menurut rancangannya akan diserahkan ke lembaga yang bergerak di bidang penelitian penyakit kanser, Breast Cancer Foundation. Boneka Barbie yang dilelong di New York dibuat oleh Stefano Canturi, perancang perhiasan Australia.

    Boneka berambut perang ini mengenakan gaun malam hitam dan kalung berlian satu karat. Oleh perancangnya, Barbie ini disebut bergaya moden tapi juga tak lekang dimakan zaman. Canturi juga mengatakan Barbie berkalung berlian adalah investasi ideal saat ini.

    "Orang mencari berbagai cara dalam berinvestasi. Dalam situasi tidak menentu seperti sekarang, orang-orang melabur dengan membeli emas dan permata," kata Canturi dikutip bbc. Rumah lelong Christie's mengatakan harga berlian dan batu berharga naik lebih dari 20% dalam setahun terakhir. (*)

    Dapat Cucu, Konglomerat Bagi-Bagi Duit US$10000 untuk setiap pekerjanya

    Posted: 24 Jun 2011 02:00 AM PDT

    HONG KONG – Taipan properti  Hong Kong Lee Shau Kee berjanji akan membahagikan bonus sebesar USD2 juta kepada 1.500 karyawannya. Bonus diberikan sang miliuner setelah kelahiran cucu keenam.

    Kee mengumumkan akan memberikan 'rezeki n' sebesar 10 ribu dolar Hong Kong  untuk setiap pekerjanya. Cucu keenam dari chairman perusahaan properti terkemuka, Henderson Land Development ini lahir, minggu lalu.

    "Kami akan menerima wang pada akhir bulan ini," kata juru bicara perusahaan Bonnie Ngan kepada AFP,Rabu (22/6/2011). Lee diperkirakan memiliki kekayaan sebesar USD19 milion. Berkat kekayaan itu, Lee dinobatkan sebagai pengusaha terkaya nombor 28 di dunia menurut majalah Forbes.

    Pengusaha berusia 83 tahun ini memiliki lima anak. Cucu keenamnya lahir dari keluarga anak lelaki bungsunya, Martin, yang menikah dengan aktris Cathy Chui. Namun belum diketahui nama cucu laki-laki Lee. Sebelumnya, pasangan ini sudah memiliki dua anak perempuan.

    Ini bukan pertama kalinya Lee mengungkapkan kegembiraan dengan 'membahagi' wang untuk pekerjanya. Pada Oktober lalu, ketika anak tertuanya, Petrus memberinya cucu, dia juga membagikan bonus sebesar 10 ribu dolar Hong kong. Petrus, yang seorang bujangan, memberinya cucu kembar tiga melalui ibu pengganti.

    Penerus laki-laki merupakan hal penting untuk taipan Hong Kong, kerana beberapa dari mereka menggunakan ini untuk mengatasi perselisihan antara anggota keluarga atas kekayaan yang melimpah.

    sumber :http://www.okezone.com/

    Dikepung 16 Jam, Penculik Asyik Main Facebook

    Posted: 24 Jun 2011 01:00 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Ogden - Jason Valdez, 36 tahun,telah menahan seorang perempuan dengan senjata di sebuah motel di kawasan Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat.

    Selama pengepungan 16 jam oleh pihak polis setempat, Valdez asyik bermain Facebook. Sedikitnya ada enam status, beberapa foto, dan 16 teman baru dalam akaun jejaring sosialnya selama negosiasi dengan polisi.

    "Aku punya mangsa baru,"begitu bunyi status pertamanya seperti dimuat dalamMasable, hari ini.

    Valdez menculik wanita bernama Veronika pada Selasa minggu lalu. Namun, polis baru mendapat tahu keberadaannya pada Jumat malam. Valdez selama ini dikenal sebagai penjahat  yang tak segan melukai korbannya.

    Selama penahanan itu, status Valdez di Facebook mengundang perhatian teman-temannya yang mengirimkan sekitar 100 pesan kepadanya. "Jason kuatlah, kamu punya keluarga di sini,"kata seorang teman.

    Polis yang kehabisan akal terpaksa menurunkan tim SWAT. Valdez yang mengetahui posisinya terjepit mendadak menembakkan senjatanya. Bukan pasukan SWAT yang ditembak, melainkan lehernya sendiri. Akhirnya korban pun dapat diselamatkan. Inilah akhir pengepungan selama 16 jam.

    "Facebook boleh membantu, tetapi juga boleh menjadi penghalang," kata Letnan Croyle kepada abcnews.

    Berhubungan seks di Depan Pengunjung Pantai, Pasangan Mabuk Ditahan

    Posted: 24 Jun 2011 12:00 AM PDT

    TEMPO Interaktif, Florida - Sepasang muda-mudi ditangkap setelah diduga berhubungan seks di Pantai Treasure Island, Florida, di depan 50 orang, termasuk anak-anak.

    Erica Huerta, 21 tahun, dan Steven Douglas, 22, masing-masing didakwa mempamerkan perbuatan cabul setelah dilaporkan menghabiskan setengah jam untuk melakukan berbagai gaya bercinta berjarak sekitar 100 kaki (30,48 meter) dari Restoran Caddy di lokasi itu.

    Menurut polis, sedikitnya ada lima anak-anak bermain pasir di dekatnya. Insiden itu terjadi sekitar pukul 7.30 pada hari Isnin 20 Jun 2011. Menurut kesaksian tertulis, baik Huerta mahupun Douglas dalam keadaan mabuk berat.

    Setelah tiba di pantai, pasangan itu menghabiskan hampir 30 minit berciuman dan saling membelai, yang terlihat jelas oleh pelanggan di dekat Caddy.

    Lalu Douglas mulai berhubungan seks dengan Huerta, dan kemudian pengunjung pantai yang terganggu pun menelefon polis. "Ini terlihat jelas oleh sekitar 50 pelanggan restoran dan anak-anak mereka," tulis kesaksian itu.

    "Setelah petugas datang, setidaknya ada lima anak-anak bermain di pantai itu sekitar 50 kaki (15,24 meter) dari tempat insiden itu terjadi."

    Huerta, dari Tallahassee, dan Douglas, dari Lutz, keduanya ditangkap dan dibawa ke penjara Pinellas County.

    Douglas dibebaskan petang berikutnya setelah membayar jaminan US$ 10 ribu, sementara Huerta tetap di tahanan sebagai pengganti wang jaminan US$ 2.500.

    Walah…DiKatakan Satu-satu Selamat dari Kiamat, Desa ini Laku Gila

    Posted: 23 Jun 2011 11:00 PM PDT

    VIVAnews - Sebuah ramalan kelompok sesat mengatakan bahawa kiamat akan datang pada 12 Disember 2012, hanya ada satu tempat di Perancis yang lepas dari kehancuran. Akibatnya, sekarang tempat ini laris jadi keutamaan para pembeli properti di seantero negeri.

    Tempat ini adalah desa Bugarach yang terkenal dengan puncak Pic de Bugarach, tempat misteri bagi para penganut aliran kepercayaan. Puncak setinggi 1.230 meter ini menyimpan berbagai hikayat mistik hingga dikatakan sebagai tempat berlabuhnya kapal alien.

    Dilapor dari harian Perancis Le Figaro, Rabu, 22 Jun 2011, akibat kisah keselamatan tempat ini dari murka akhir zaman, penjualan rumah disini laku . "Ada 15 rumah dijual. Saya telah menjadi datuk bandar Bugarach selama 34 tahun dan tidak pernah mengalami ini sebelumnya," ujar walikota desa kecil ini, Jean Pierre Delord.

    Delord mengatakan setiap harinya ada saja yang menanyakan informasi seputar lahan di desa itu. Banyak juga yang menanyakan berapa kapasiti desa dan apakah ada bahan makanan untuk bertahan hidup. Delord mengatakan banyak dari mereka yang ingin menyewa rumah pada 12 Disember 2012.

    "Kami selalu mengatakan tidak ada," ujar seorang wanita penjual sosej.

    Delord mengatakan desa kini menjadi penuh sesak akibat banyaknya orang yang datang. Kebanyakan mereka adalah para penganut kepercayaan, fanatik alien, dan pengikut aliran new age. Mereka sering mengadakan lokakarya mahupun meditasi bersatu dengan kosmos di tempat tersebut.

    Sebanyak 10.000 orang mendaki puncak Bugarach tahun lalu dan meningkat pesat pada tahun ini. Delord mengatakan bahawa hingga Julai telah 20.000 orang yang mendaki. Ramainya desa itu kini semakin mengkhuatirkan, Delord takut jika di antara puluhan ribu orang itu terdapat penganut kepercayaan berbahaya.

    Untuk menjaga desa dari hal-hal yang tidak diinginkan, Delord telah menghubungi dewan di Paris, polis dan Miviludes, sebuah badan pemerintah untuk mengawasi aliran dan sekte kepercayaan. Penjagaan akan diperketat, terutama menjelang hari H, yang dikatakan sebagai akhir zaman.

    Periuk termahal didunia ,guna kereta Rolls-Royce untuk menghantarnya kepada pembeli

    Posted: 23 Jun 2011 10:00 PM PDT

    Liputan6.com, Changchun: Apakah Anda pernah membayangkan membeli periuk dengan harga 3.8 juta yuan.? Nah, ini dia. Pembuat peralatan masak dari Jerman Fissler berhasil menciptakan periuk termahal di dunia. Periuk tersebut terbuat dari bahan-bahan berkualiti yang dilapis emas seberat 738 gram dan 13 butir berlian. Periuk itu dijual dengan harga 3,8 juta Yuan..

    Pembelinya tidak hanya akan mendapatkan periuk istimewa ini. Mereka yang berani membelinya akan medapatkan undangan untuk menikmati makan malam bersama sepuluh temannya di restoran Michelin, yang merupakan restauran paling top di Eropah. Periuk ini juga akan dihantar dengan kereta mewah Rolls-Royce ke rumah pembelinya.

    "Setiap pembeli dari periuk ini akan mendapatkan layanan utama kami," kata Juru Bicara Fissler Cina.

    Periuk tersebut kini tengah mendiami sudut di Department Store Zhuo Zhan, daerahi Jilin, China, sampai ada pembeli yang "nekad" membawanya pulang.